10 tarikan - pnmmyrepositori.pnm.gov.my/.../1/10tarikandimalaysia.pdf · 6 0 kembara ® 4'had...

2
6 0 KEMBARA ® 4'HAD lllllAC 2015 10 tarikan di » tokasi wajib dikunjungi pelancong, pengemba(a K ebanYakan pelancong' asing tidak mengetahui banyak perkara mengenai tempat menarik di Malaysia. Laman web pelancongan, www.wonderfulmalaysia.com yang dikendalikan oleh penulis bebas warga asing mengenai pelancongan Malaysia menyenaraikan 10 lokasi yang patut dikunjungi apabila melawat negara ini. Senarai destinasi yang disenaraikan itu bukan untuk rujukan pelawat asing, tetapijuga boleh dijadikan panduan k.epadakita yang masih tercari-cari atau sedang memikirkan ke mana tempat untuk dikunjungi. Mereka mempunyai alasan mengapa 10 tempat ini patut di kunjungi.

Upload: others

Post on 04-Jun-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 10 tarikan - PNMmyrepositori.pnm.gov.my/.../1/10TarikanDiMalaysia.pdf · 6 0 KEMBARA ® 4'HAD lllllAC 2015 10 tarikan di » tokasi wajib dikunjungi pelancong, pengemba(a KebanYakan

6 0 KEMBARA ® 4'HAD lllllAC 2015

10 tarikan di

» tokasi wajib dikunjungi pelancong, pengemba(a

KebanYakan pelancong' asing tidak mengetahui banyak perkara mengenai tempat menarik di Malaysia. Laman web pelancongan, www.wonderfulmalaysia.com yang dikendalikan oleh penulis

bebas warga asing mengenai pelancongan Malaysia menyenaraikan 10 lokasi yang patut dikunjungi apabila melawat negara ini.

Senarai destinasi yang disenaraikan itu bukan sah~a untuk rujukan pelawat asing, tetapijuga boleh dijadikan panduan k.epadakita yang masih tercari-cari atau sedang memikirkan ke mana tempat untuk dikunjungi.

Mereka mempunyai alasan mengapa 10 tempat ini patut di kunjungi.

Page 2: 10 tarikan - PNMmyrepositori.pnm.gov.my/.../1/10TarikanDiMalaysia.pdf · 6 0 KEMBARA ® 4'HAD lllllAC 2015 10 tarikan di » tokasi wajib dikunjungi pelancong, pengemba(a KebanYakan

PULAU PERHENTIAN Perhentian adalah pulau hebat untuk aktiviti menye­lam skuba dan snorkeling. Kos penginapan di pulau ini amat berpatutan, bermula pada harga serendah RMSO satu malam. Atas sebab itu, Perhentian menjadi destinasi popular bagi pelancong tempatan dan asing.

KOTA BHARU, KUALA TERENGGANU & KUANTAN Mengunjungi tiga ibu negeri di Pantai Timur Semenanjung mem­beri pengalaman menarik berbanding berada di pantai barat. Kuantan bandar yang menarik untuk dijelajahi, la tidak sebesar bandar di pantai barat, tetapi suasananya menarik dan pantainya juga, terutama Cherating sangat bagus untuk dikunjungi.

Kota Bharu dan Kuala Terengganu pula, masing-masing mem, punyai pasar basah yang terkenal. Kedua-dua bandar ini dianggap mencerminkan nilai tradisional Malaysia. Namun, elakkan berkun­jung semasa musim monsun (musim tengkujuh).

Kuala Terengganu juga adalah bandar untuk anda berlepas menuju ke pulau tropika tercantik di Malaysia iaitu Pulau Perhen­tian, Redang dan Lang Tengah.

PULAU PI NANG Ketika 'Langkawi dikenali dengan hutan dan pantai, Pulau Pinang pula lebih dikenali kerana memiliki suasana klasik Asia (kebaoyakannya dipengaruhi oleh masyarakat China) dan pelbagai makanan yang dijual di gerai tepi jalan. Kalau kita tanya kepada penduduk tem­patan apa istimewanya Pulau Pinang, ramai yang menjawab, makanannya yang sedap. la menjadi antara sebab pelancong ke sini.

KEMBARA 0 7

GUNUNG KINABALU Gunung Kinabalu adalah gunung tertinggi di Malaysia. Mendaki gunung ini hingga ke puncaknya memang hebat dan mencabar. Pendakian naik dan turun memang amat memenatkan, tetapi kebanyakan pendaki mengakui ia memberi kenangan sangat indah.

SUNGAI KINABATANGAN, SABAH Sungai Kinabatangan adalah sungai paling panjang di Sabah. Sepanjang menyusuri sungai ini, kita boleh melihat pelbagai haiwan daripada spesies eksotik. Menyusuri Sungai Kinabatangan juga adalah cara terbaik untuk menjelajah Sabah. Anda mungkin boleh melihat burung, serangga dan banyak lagi hidupan serta pokok pelbagai spesies.

Semua pemenang akan dihubungi oleh pihak DOUBLE· TREE BY HILTON JOHOR BAHRU untuk penyerahan baucar.