mdi membankrapkan anda”...kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan) 2005 [p.u.(a) 176/2005]...

96

Upload: others

Post on 24-Jan-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke
Page 2: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

“MdI TIDAK MEMBANKRAPKAN ANDA”

Page 3: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

ISI KANDUNGAN

Seksyen 1Kata-kata Aluan2 Perutusan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri3 Perutusan Ketua Pengarah Insolvensi 4 Pengenalan Mengenai Panduan Kebankrapan

Seksyen 2 Apa yang anda perlu ketahui?6 Apa itu kebankrapan?6 Bagaimana anda dibankrapkan?7 Di mana perintah kebankrapan dibuat?7 Siapa akan menguruskan kes anda?8 Carta aliran proses yang membawa kepada

kebankrapan individu9 Bagaimanakah cara untuk menyemak status? 10 Apakah tangungjawab anda sebagai seorang bankrap?11 Kaedah bayaran ansuran bulanan.12 Apakah kesan kebankrapan kepada anda?

12 Individu13 Penjawat Awam16 Harta

17 Carta Aliran Penghasilan Harta18 Apakah halangan yang dikenakan terhadap seorang

bankrap?19 Bagaimana untuk bebas daripada kebankrapan?22 Tafsiran Istilah Kebankrapan

Page 4: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seksyen 3100 Soalan Lazim melalui MdI.Aduan28 Carian Rasmi30 Petisyen Penghutang31 Petisyen Pemiutang32 Senaraihitam/Muflis34 Masalah Keberhutangan36 Fungsi MdI36 Kesan-kesan Kebankrapan38 Ke luar negara46 Akaun Bank52 Pinjaman54 Harta60 Hak Bekerja61 Bayaran Bulanan64 KWSP66 Penjamin Sosial67 Penjawat Awam70 Tempoh Kebankrapan71 Borang Bukti Hutang72 Dividen73 Pindahan Fail75 Penyelesaian Hutang Kebankrapan77 Pelepasan Kebankrapan79 Kos dan Fi79 Ejen

Seksyen 482 Bagaimana untuk menghubungi MdI?

Seksyen 5Tips 88 Sebab-sebab yang boleh membawa kepada

kebankrapan89 Cara untuk mengelakkan daripada kebankrapan90 Cara untuk membuat aduan dan pertanyaan

Page 5: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Ibu Pejabat MdI

Page 6: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

KATA-KATA ALUAN & PeNGeNALAN

Seksyen 1

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa orang yang mati syahid (dijalan Allah) kecuali (dosa membabitkan) hutang piutangnya. – (Riwayat Muslim)

Page 7: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhSalam Sejahtera Salam 1Malaysia

Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada MdI atas penerbitan buku “Rujukan Pantas Kebankrapan: Panduan Untuk Penghutang”. Buku panduan ini sangat berguna bukan sahaja kepada penghutang tetapi juga kepada orang awam. Ia juga boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada Pegawai MdI sendiri. Selain itu pihak-pihak seperti badan guaman, institusi kewangan dan perbankan, agensi kerajaan dan swasta, juga akan mendapat manfaat daripada panduan yang dinyatakan dalam buku ini.

Saya yakin bahawa rujukan pantas yang didokumentasikan ini dapat memudahkan pentadbiran kes kebankrapan. Semoga usaha murni MdI untuk membantu pelanggan mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing akan tercapai. Dalam hal ini, MdI dan pelanggan perlu tahu apa yang perlu mereka lakukan supaya perkhidmatan MdI kepada pelanggan akan menjadi lebih cekap dan seterusnya mencapai kepuasan pelanggan.

Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan buku panduan ini.

Akhir kata, semoga Buku panduan ini dapat mencapai objektifnya serta MdI berjaya mendapatkan respons yang positif dari segi kerjasama dan komitmen semua pihak dalam mentadbir kes kebankrapan.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Hajah Nancy Binti Haji ShukriMenteri di Jabatan Perdana Menteri

PeRUTUSAN YB MeNTeRI DI JABATAN PeRDANA MeNTeRI

KAT

A-K

ATA

ALU

AN

DA

N P

eNG

eNA

LAN

Seks

yen

1RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

2

Page 8: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

KAT

A-K

ATA

ALU

AN

DA

N P

eNG

eNA

LAN

Seks

yen

1

Syukur Alhamdulillah kerana dengan IzinNya Buku “Rujukan Pantas Kebankrapan: Panduan Untuk Penghutang” ini dapat direalisasikan. Cadangan bagi mengeluarkan buku panduan ini berobjektif untuk memberi maklumat asas kepada orang ramai berhubung perkara kebankrapan dengan mendedahkan persoalan yang lazim diutarakan oleh masyarakat kepada MdI.

Seperti yang diketahui umum, MdI merupakan pentadbir bagi kebankrapan individu dan syarikat yang digulungkan. Selain itu, MdI juga berperanan sebagai pentadbir bagi pertubuhan dan kesatuan sekerja yang telah dibatalkan pendaftarannya yang mana tidak ramai yang tahu tentang peranan ini.

Namun, menyedari bahawa terdapatnya lebih banyak pertanyaan dan aduan orang ramai berhubung perkara kebankrapan maka MdI mengambil inisiatif untuk menerbitkan Buku “Rujukan Pantas Kebankrapan: Panduan Untuk Penghutang” ini sebagai sumber rujukan kepada masyarakat bagi mendapatkan maklumat asas mengenai kebankrapan.

Saya berharap Buku “Rujukan Pantas Kebankrapan: Panduan Untuk Penghutang” ini dapat membantu masyarakat khususnya penghutang mendapatkan maklumat dan dijadikan panduan berkaitan hal ehwal kebankrapan.

Selain itu, saya juga mengalu-alukan sebarang cadangan dan penambahbaikan bagi penerbitan Buku Rujukan Pantas Kebankrapan yang selanjutnya bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan MdI kepada rakyat.

Selamat membaca Buku Rujukan Pantas Kebankrapan ini!

Haslina MansorKetua Pengarah Insolvensi

PeRUTUSAN KeTUA PeNGARAH INSoLveNSI

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

3

Page 9: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Buku Rujukan Pantas Kebankrapan ini dikeluarkan oleh MdI sebagai garis panduan kepada orang awam untuk memahami fungsi dan peranan MdI, prosidur dan tatacara mengenai pentadbiran kes termasuk tanggungjawab dan hak seorang bankrap serta tatacara untuk bebas dan lepas daripada kebankrapan.

PeNGeNALAN MeNGeNAI RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN

PANDUAN UNTUK PeNGHUTANG

KAT

A-K

ATA

ALU

AN

DA

N P

eNG

eNA

LAN

Seks

yen

1RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

4

Page 10: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

APA YANG ANDA PeRLU KeTAHUI?

Seksyen 2

“ Hukum bagi yang meminjam sama ada sesama rakan, bank atau mana-mana institusi adalah wajib membayarnya ”– (Datuk Muhammad Shukri, Mufti Kelantan)

Page 11: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

APA YANG ANDA PeRLU KeTAHUI

Apa itu Kebankrapan?

Kebankrapan merupakan satu proses di mana seorang penghutang itu diisytiharkan sebagai bankrap lanjutan daripada suatu Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman yang dibuat di Mahkamah Tinggi atas kegagalan atau ketidakupayaan untuk membayar hutang tidak kurang daripada RM30,000.00. Kesan daripada Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman tersebut ialah segala harta milik bankrap akan terletak hak ke atas Ketua Pengarah Insolvensi dan bankrap akan tertakluk kepada tanggungjawab, sekatan dan halangan di bawah Akta Kebankrapan 1967.

Bagaimana anda dibankrapkan?

MdI tidak membankrapkan individu.

Seseorang individu hanya boleh diisytiharkan bankrap melalui perintah Mahkamah.

Terdapat dua (2) kaedah perintah kebankrapan diberikan oleh Mahkamah Tinggi, sama ada melalui:

(i) Permohonan daripada Pemiutang (Petisyen Pemiutang)

Pemiutang iaitu pihak yang memberi hutang seperti institusi kewangan, bank mahupun individu boleh membuat permohonan ke Mahkamah Tinggi untuk mengisytiharkan mana-mana individu bankrap seperti dibenarkan di bawah seksyen 6 Akta Kebankrapan 1967.

Pemiutang akan memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi di bawah seksyen 6 Akta Kebankrapan 1967 terhadap penghutang yang gagal untuk menjelaskan hutang sama ada daripada satu atau lebih pemiutang bagi jumlah hutang sebanyak RM30,000 atau lebih termasuk faedah.

Sebelum permohonan difailkan pemiutang perlu mendepositkan

RM2000.00 di MdI sebagai kos pentadbiran.

APA

YA

NG

AN

DA

PeR

LU K

eTA

HU

I?Se

ksye

n 2

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

6

Page 12: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

(ii) Permohonan sendiri secara sukarela oleh Penghutang (Petisyen Penghutang)

Seorang individu boleh membuat permohonan ke Mahkamah Tinggi untuk mengisytiharkan dirinya bankrap sepertimana dibenarkan di bawah seksyen 7 Akta Kebankrapan 1967 dengan memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi dengan menyatakan ketidakmampuan menjelaskan hutang. Segala prosidur hendaklah dipatuhi sepertimana yang dinyatakan dalam Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah-Kaedah Kebankrapan 1969.

Bagi permohonan yang dibuat oleh penghutang itu sendiri, tiada had hutang ditetapkan.

Penghutang perlu mendepositkan sebanyak RM1500.00 di MdI sebagai kos pentadbiran sebelum permohonan difailkan ke Mahkamah. Penghutang perlu mengisi dan memfailkan ke Mahkamah Tinggi borang perakuan mengenai ketidakmampuan untuk membayar hutang (Borang 2). Borang 2 ini boleh didapati di mana-mana cawangan MdI.

Di mana perintah kebankrapan dibuat?

Perintah kebankrapan dibuat di Mahkamah Tinggi di mana permohonan difailkan oleh pemiutang atau penghutang.

Siapa yang akan menguruskan kes anda?

Ketua Pengarah Insolvensi. Ketua Pengarah Insolvensi diberi peranan untuk menjadi pemegang amanah dan pentadbir bagi kes-kes kebankrapan.

APA

YA

NG

AN

DA

PeR

LU K

eTA

HU

I?Se

ksye

n 2

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

7

Page 13: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

CARTA ALIRAN PRoSeS YANG MeMBAWA KePADA KeBANKRAPAN INDIvIDU

Membuat Pinjaman Dengan Pihak Pemiutang

Pemiutang Memfailkan Penyata Tuntutan (Writ Saman) ke

Mahkamah Rendah(Tiada Had hutang )

Pemiutang boleh memfailkan Notis Kebankrapan seandainya hutang pinjaman melebihi RM30,000.00

termasuk faedah di Mahkamah tinggi

Pemiutang perlu menyerahkan Notis Kebankrapan kepada penghutang

Pemiutang perlu menyerahkan Petisyen Pemiutang pada penghutang

Gagal Membuat Bayaran Kepada Pemiutang

Penghutang memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi (Tiada had

untuk nilai hutang)

Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi

Kes kebankrapan akan didaftarkandi MdI dan ditadbir oleh KPI

APA

YA

NG

AN

DA

PeR

LU K

eTA

HU

I?Se

ksye

n 2

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

8

Page 14: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

BAGAIMANAKAH CARA MeNYeMAK STATUS KeBANKRAPAN?

1. Guna manual panduan di link http://www.mdi.gov.my/about-us/core-business/online-services/e-insolvency.

2. Klik di penyedia perkhidmatan kami iaitu www.myeg.com.my atau www.rilek.com.my.

3. Masukkan maklumat dengan tepat seperti nama dan nombor Kad Pengenalan lama atau baru

4. Setiap semakan dikenakan caj bayaran sebanyak RM12.00 melalui penggunaan kad kredit

1. Di Ibu Pejabat Putrajaya atau cawangan yang berdekatan. Semakan alamat cawangan boleh didapati di link ini http://www.mdi.gov.my/contact-us/address.

2. Mengisi borang dan keputusan semakan akan diberikan dalam masa 15 minit.

3. Setiap carian akan dikenakan caj bayaran sebanyak RM10.00.

1. Perlu mengisi borang di portal rasmi kami di link http://www.mdi.gov.my/ms/about-us/resources/download-forms/cat_view/3.

2. Borang K bagi semakan status kebankrapan individu 3. Setiap carian dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 dengan

mengemukakan bersama sampul surat bersetem dan beralamat sendiri.

ATAS TALIAN

KAUNTeR

PoSA

PA Y

AN

G A

ND

A P

eRLU

KeT

AH

UI?

Seks

yen

2

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

9

Page 15: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

APAKAH TANGGUNGJAWAB ANDA SeBAGAI SeoRANG BANKRAP?

PASTIKANANDA

Datang ke MdI segera untuk Sesi

Temu Kenal

1

2

3

4

5

6Memfailkan Penyata Hal

ehwal

Memfailkan Penyata

Pendapatan dan Perbelanjaan setiap 6 bulan

Membayar ansuran bulanan dengan teratur

Menghadiri Mesyuarat Pertama

Pemiutang

Memberi kerjasama dan

mematuhi semua arahan

yang diberi oleh KPI sepenuhnya

APA

YA

NG

AN

DA

PeR

LU K

eTA

HU

I?Se

ksye

n 2

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

10

Page 16: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

KAeDAH BAYARAN ANSURAN BULANAN

3. KIRIMAN WANG POS ATAU DRAF BANK ATAS NAMA KETUA PENGARAH INSOLVENSI

1. KAUNTER BAYARAN

SECARA TUNAI

BAGI JUMLAH

BAYARAN

TIDAK MELEBIHI

RM1,000.00.

2. POTONGAN MELALUI AKAUN BANK GAJI BAGI BANKRAP YANG BEKERJA

5. POTONGAN MELALUI AKAUN BANK ATAS ALASAN TIDAK BEKERJA TETAPI MENERIMA SUMBANGAN DARIPADA SUAMI/ISTERI/ANAK/AHLI KELUARGA

4. ATAS TALIAN

MELALUI MyBayar DI

MANA PENGGUNA

PERLU MENDAFTAR

DI PORTAL

MyGovernment SAMA

ADA MENGGUNAKAN

AKAUN SENDIRI

ATAU PIHAK KETIGA

APA

YA

NG

AN

DA

PeR

LU K

eTA

HU

I?Se

ksye

n 2

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

11

Page 17: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

APAKAH KeSAN KeBANKRAPANKePADA ANDA?

HILANG KeLAYAKAN AKIBAT KeBANKRAPAN

TIDAK BOLEH MEMEGANG JAWATAN DALAM BADAN

BERKANUN ATAU ORGANISASI ANTARA LAIN TIDAK BOLEH

MENJADI GABENOR ATAU PENGARAH BANK NEGARA,

BANK PERTANIAN MALAYSIA, BANK KERJASAMA RAKYAT

MALAYSIA DAN BANK SIMPANAN NASIONAL

TIDAK BOLEH MEMEGANG JAWATAN ATAU MENJADI PENASIHAT/PEKERJA SESUATU PERTUBUHAN BERDAFTAR

TIDAK BOLEH MEMEGANG JAWATAN AHLI MAJLIS

SEBUAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN

TIDAK LAYAK DILANTIK SEBAGAI HAKIM ATAU MAJISTRET

TIDAK BOLEH MENJADIAHLI DEWAN RAKYAT/DEWAN NEGARA/AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI

TIDAK BOLEH BERTINDAK SEBAGAI ANGGOTA EKSEKUTIF KESATUAN SEKERJA

KeSAN TeRHADAP INDIvIDU

APA

YA

NG

AN

DA

PeR

LU K

eTA

HU

I?Se

ksye

n 2

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

12

Page 18: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Peraturan 19 (1)(b)(v) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke perkhidmatan awam hendaklah bukan seorang bankrap. Calon yang akan dilantik ke perkhidmatan awam perlu membuat suatu akuan berkanun di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 [Akta 13] yang dia bukanlah seorang bankrap.

Berdasarkan kepada peruntukan tersebut, mana-mana calon yang bankrap tidak boleh dilantik ke dalam perkhidmatan awam.

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 [P.U. (A)395/1996] telah menggariskan dasar Kerajaan mengenai keterhutangan kewangan dan kebankrapan seseorang penjawat awam.

Peraturan 13 P.U. (A)395/1996 menyatakan yang seseorang penjawat awam tidak boleh dengan apa-apa jua cara pun menyebabkan dirinya berada dalam keterhutangan kewangan yang serius. Ungkapan “keterhutangan kewangan yang serius” ertinya keadaan keterhutangan seseorang penjawat awam yang, mengambil kira amaun hutang yang ditanggung olehnya, telah sebenarnya menyebabkan kesusahan kewangan yang serius terhadap dirinya.

SeBeLUM PeRLANTIKAN JAWATAN

SeMASA DALAM PeRKHIDMATAN AWAM

APA

YA

NG

AN

DA

PeR

LU K

eTA

HU

I?Se

ksye

n 2

KeSAN TeRHADAPPeNJAWAT AWAM

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

13

Page 19: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Peraturan 14 P.U.(A)395/1996 pula menyatakan sekiranya penjawat awam telah memfailkan petisyen kebankrapan atau mendapat petisyen kebankrapan daripada pemuitang, KPI akan menyediakan laporan kepada Ketua Jabatannya. Ketua Jabatannya akan melaporkan perkara ini kepada Pihak Berkuasa Tatatertib. Pihak Berkuasa Tatatertib mempunyai budibicara untuk memutuskan sama ada hendak mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai berkenaan atau tidak dan, jika demikian, apa tindakan yang hendak diarnbil.

Berdasarkan kepada kedua-dua peruntukan tersebut, mana-mana penjawat awam yang menanggung keberhutangan yang serius atau bankrap boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana dianggap sebagai memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.

Hak terhadap pencen

Menurut seksyen 19 Akta Pencen 1980 apabila seseorang penjawat awam itu bersara, apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan kepada pesara tidak boleh diserah hak atau dipindah milik, atau ditahan, diasingkan atau dilevi mengenai sesuatu tuntutan kecuali bagi maksud—

(a) menjelaskan hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan Persekutuan, atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau sesuatu Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan; atau

(b) menunaikan perintah daripada Mahkamah supaya dibayar secara berkala sejumlah wang untuk nafkah bagi isteri atau bekas isteri atau anak yang belum dewasa, sama ada sah taraf atau tidak.

Seksyen 20 Akta Pencen 1980 pula menyatakan bahawa seseorang penjawat awam tidak boleh diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain jika pada tarikh dia bersara daripada perkhidmatan awam—

(a) dia dihukum menjadi bankrap atau diisytiharkan sebagai tidak berkemampuan oleh sesuatu Mahkamah, sama ada di Malaysia atau di tempat lain; dan

(b) dia belum lagi mendapat pelepasan daripada hukuman atau perisytiharan itu.

SeLePAS TAMAT PeRKHIDMATAN AWAM

APA

YA

NG

AN

DA

PeR

LU K

eTA

HU

I?Se

ksye

n 2

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

14

Page 20: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Sesuatu pencen atau faedah lain yang diberi kepada seseorang penjawat awam yang selepas bersara dihukum menjadi bankrap atau diisytiharkan sebagai tidak berkemampuan oleh sesuatu Mahkamah, sama ada di Malaysia atau di tempat lain, akan terhenti dengan serta-merta. Sebahagian daripada pencen atau faedah lain itu akan dipotong untuk tujuan membayar hutangnya.

Oleh itu, bagi tujuan pemotongan pencen atau faedah lain itu, KPI hendaklah mendapatkan Perintah Pengasingan Gaji daripada Mahkamah.

KPI dikehendaki memberi notis kepada seorang pesara yang bankrap untuk maksud itu. Sekiranya seorang pesara yang bankrap bersetuju3 untuk memotong amaun yang ditentukan oleh KPI pada tarikh perbicaraan, Mahkamah akan memberikan Perintah Pengasingan Gaji.

Jika pesara yang bankrap tidak bersetuju, KPI boleh memfailkan permohonan ke Mahkamah supaya pencen atau faedah lain itu diasingkan untuk dibayar kepada KPI bagi maksud membayar hutangnya. Selepas perbicaraan Mahkamah akan menentukan amaun yang munasabah4 dan dengan adanya Perintah Pengasingan Gaji itu KPI boleh mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam ataupun pihak bank untuk memotong daripada pencen yang diterima oleh pesara yang bankrap amaun tersebut dan menyerahkan kepada KPI. Pesara yang bankrap itu berhak kepada baki wang pencen.

Wang Ganjaran

KPI juga berhak untuk mendapatkan sebahagian atau semua ganjaran yang akan diterima oleh pesara yang bankrap dengan mendapatkan perintah Mahkamah.

Bankrap berhak kepada baki ganjaran setelah menolak amaun yang ditetapkan oleh Mahkamah untuk dibayar kepada KPI bagi faedah pemiutang.

Seksyen 57 Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah 55 dan 56 Kaedah-Kaedah Kebankrapan 1969 adalah berkaitan.

3 Seksyen 57 Akta Kebankrapan 1967 dan Borang 107A4 Seksyen 57 Akta Kebankrapan 1967 dan Borang 108

APA

YA

NG

AN

DA

PeR

LU K

eTA

HU

I?Se

ksye

n 2

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

15

Page 21: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Selepas seseorang individu dijatuhkan bankrap, hartanya yang merangkumi semua harta yang tidak bercagar akan terletak hak kepada KPI seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 24(4) Akta Kebankrapan 1967.

a. Apa itu harta bercagar?

Harta/aset yang dipegang cagarannya oleh institusi kewangan di mana institusi kewangan mempunyai hak dan kuasa untuk menjual harta tersebut seperti yang diperuntukkan dalam Kanun Tanah Negara.

b. Apa itu harta tidak bercagar?

Harta/aset yang tidak dicagarkan kepada mana-mana pemiutang dan institusi kewangan atau harta yang telah dilepaskan cagaran oleh institusi kewangan kerana pinjaman telah habis dibayar. Sekiranya harta tersebut atas nama bankrap, ia perlu dipindahkan ke atas nama KPI.

KPI mempunyai hak untuk menghasilkan harta/aset tersebut sama ada secara lelongan atau triti persendirian.

Apakah perbelanjaan yang dibenarkan selepas kebankrapan?

Seseorang yang telah diisytiharkan bankrap hanya dibenarkan untuk menggunakan pendapatannya atau berbelanja untuk keperluan dan kelengkapan diri dan keluarganya termasuk alat atau perkakas seperti pakaian dan tempat tidur dengan jumlah tidak melebihi RM5000.00.

Bankrap tidak dibenarkan untuk menggunakan wang pendapatannya untuk perbelanjaan lain. Sehubungan itu, adalah merupakan tanggungjawab bankrap untuk membelanjakan wang pendapatannya untuk keperluan/ kelengkapan diri dan keluarga sahaja supaya baki perbelanjaannya dapat digunakan bagi tujuan pembayaran balik hutang pemiutangnya.

APA

YA

NG

AN

DA

PeR

LU K

eTA

HU

I?Se

ksye

n 2

KeSANTeRHADAP HARTA

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

16

Page 22: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

APA

YA

NG

AN

DA

PeR

LU K

eTA

HU

I?Se

ksye

n 2

CARTA ALIRAN PeNGHASILAN HARTA

KPI MEMPUNYAI HAK DAN KUASA UNTUK

HASILKAN HARTA

HARTA ATAS NAMA BANKRAP PERLU DIPINDAH MILIK

KEPADA KPI

HARTA PERLU DIHASILKAN SAMA

ADA MELALUI LELONGAN ATAU TRITI

PERSENDIRIAN

SEKIRANYA HASIL JUALAN MELEBIHI JUMLAH HUTANG, PEMIUTANG PERLU

SERAHKAN LEBIHAN KEPADA MdI

SEKIRANYA HASIL JUALAN KURANG

DARIPADA JUMLAH HUTANG, PEMIUTANG HENDAKLAH FAILKAN

BORANG BUKTI HUTANG

PERLU MAKLUMKAN KEPADA MdI HASIL

JUALAN

PEMEGANG GADAIAN MEMPUNYAI HAK

DAN KUASA UNTUK HASILKAN HARTA

HARTA BANKRAP

HARTA BeRCAGAR

HARTA TIDAK BeRCAGAR

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

17

Page 23: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

APA

YA

NG

AN

DA

PeR

LU K

eTA

HU

I?Se

ksye

n 2

APAKAH HALANGAN YANG DIKeNAKAN TeRHADAP SeSeoRANG BANKRAP?

AKAUN BANK

Semua akaun bank akan

dibekukan dan ditutup.

Bagaimanapun, anda boleh

diberi kebenaran untuk

mengaktifkan satu

akaun sahaja bagi

tujuan kemasukan

gaji bulanan.

KeL

AYA

KA

N S

eBA

GA

I Pe

NG

AR

AH

And

a ti

dak

laya

k m

enja

di

Peng

arah

sya

rika

t ta

npa

kebe

nara

n da

ripa

da

KPI

ata

u m

ahka

mah

te

rleb

ih d

ahul

u.

PeRJALANAN

Ke LUAR NeGARA

Anda tidak boleh keluar

dari Malaysia tanpa

kebenaran KPI atau

Mahkamah.

KeLAYAKAN

SeBAGAI

PeNG

ARAH

SYARIKAT

Tidak boleh menjadi

pengarah syarikat

tanpa kebenaran KPI.

PeNG

LIBATAN

DA

LAM

PeRN

IAG

AA

N

Tidak boleh menjalankan perniagaan

sama ada sendiri atau perkongsian

DA

N tidak boleh bekerja

dengan suami/isteri atau

saudara mara tanpa

kebenaran KPI atau

mahkam

ah

HAK

MeM

INJA

M

Tidak

bol

eh

mem

inja

m >

RM10

00.0

0 ta

npa

mem

aklu

mka

n sta

tus

keba

nkra

pann

ya

kepa

da p

embe

ri

pinj

aman

.

TINDAKAN DI MAHKAMAHTidak boleh

mengambil tindakan di Mahkamah tanpa

kebenaran KPI.

HALANGAN AKIBAT

KeBANKRAPAN

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

18

Page 24: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

APA

YA

NG

AN

DA

PeR

LU K

eTA

HU

I?Se

ksye

n 2

BAGAIMANA UNTUK BeBAS DARIPADA KeBANKRAPAN?

Pembatalan melalui MahkamahSeksyen 105Akta Kebankrapan 1967

Bankrap boleh mohon ke Mahkamah untuk mambatalkan Perintah Kebankrapan• Bagihutangyangdibayarsecarapenuhatauseseorangitutidak

sepatutnya dijadikan bankrap.• Bankrap mungkin memerlukan perkhidmatan peguam bagi

membuat permohonan ini.• Kesan perintah ini, seseorang itu akan bebas daripada

kebankrapannya seolah-olah tidak pernah dibankrapkan Mahkamah sepertimana diperuntukkan di bawah seksyen 5 Akta Kebankrapan 1967.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

19

Page 25: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

APA

YA

NG

AN

DA

PeR

LU K

eTA

HU

I?Se

ksye

n 2

Pelepasan melalui Mahkamah Seksyen 33 Akta Kebankrapan 1967

Bankrap boleh mohon di Mahkamah untuk dilepaskan daripada kebankrapannya (bukan dibatalkan kesnya). Faktor utama yang diambilkira oleh Mahkamah dalam mendengar permohonan pelepasan bankrap ialah seseorang bankrap itu mestilah telah memberi kerjasama yang penuh kepada KPI seperti:

• tidakmelakukanapa-apakesalahandibawahAktaKebankrapan1967;

• mematuhikehendakperundangansepertihadirdipejabatMdIdalam masa yang ditetapkan, memfailkan Penyata Hal Ehwal; dan

• telahmembuatpembayaransekurang-kurangnya50%daripadahutangnya untuk dibayar kepada pemiutangnya .

Mahkamah boleh memberi perintah melepaskan sepenuhnya atau bersyarat. Antara syarat-syarat yang ditetapkan ialah bankrap dikehendaki meneruskan pembayaran dalam jumlah tertentu bagi suatu tempoh atau sehingga satu jumlah dicapai untuk dibayar kepada pemiutang, dan lain-lain lagi. Kegagalan berbuat sedemikian akan menyebabkan seseorang bankrap itu boleh dibankrapkan semula.

Pelepasan ini akan melepaskan bankrap daripada hutangnya dengan pemiutang yang telah memfailkan bukti hutang kecuali hutang Kerajaan seperti Cukai pendapatan. Pelepasan ini juga akan membebaskan seseorang bankrap daripada terikat dengan sekatan dan larangan kebankrapan.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

20

Page 26: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

APA

YA

NG

AN

DA

PeR

LU K

eTA

HU

I?Se

ksye

n 2

Pelepasan melalui Sijil KPI Seksyen 33A Akta Kebankrapan 1967

Bankrap boleh memohon kepada KPI untuk dilepaskan dengan syarat kes telah ditadbir sekurang-kurangnya 5 tahun dari tarikh perintah kebankrapan dibuat. Hanya bankrap dengan kelakuan yang baik sahaja boleh dipertimbangkan untuk dilepaskan . Kelakuan yang baik bermaksud: - • memberikankerjasamayangbaikapabiladiperlukan;• hadirdengansegerasetelahdiisytiharkanbankrap;• telah menyerahkan Penyata Hal Ehwal yang lengkap dalam

tempoh masa yang ditetapkan;• membuatbayaranansuranbulansecarateratur;• patuhkepadaarahanKPIdanMahkamah;• patuh dengan semua sekatan di bawah Seksyen 38 Akta

Kebankrapan1967;• menyerahkan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan pada

setiap 6 bulan;• memaklumkankepadaMdI sebarangpertukaranalamat atau

pendapatan;• Tidakmembuat sebarang bayaran secara terus kepada pihak

pemiutang;

Lain-lain syarat pelepasan ialah:• Pengisytiharanperatusdividenyangmunasabah;• bankraplanjutusiadantidakberkeupayaan;• bankrapyangberpenyakitseriusdanbolehmembawamaut;• memberipeluangkeduakepadamerekayangmempunyaidaya

keusahawanan yang tinggi dan kebankrapan bukan disebabkan oleh musibah sendiri.

Bagaimanapun, kuasa ini masih tertakluk kepada bantahan pemiutang yang boleh mencabar keputusan budi bicara KPI di Mahkamah. Bankrap boleh membuat permohonan ke cawangan yang mentadbir kes kebankrapan beliau untuk dipertimbangkan bagi pelepasan cara ini.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

21

Page 27: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Apa itu Sesi Temu Kenal?

Sesi Temu Kenal merupakan suatu sesi suai kenal bagi mendapatkan maklumat hal ehwal seseorang bankrap, alasan kebankrapan, kedudukan kewangan serta harta yang dimiliki. Bankrap juga akan dimaklumkan tentang tanggungjawab, sekatan dan hilang kelayakan bankrap sepanjang beliau berada dalam tempoh kebankrapan. Sesi tersebut juga akan membincangkan kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan kes kebankrapan yang dialami.

Apa itu Pernyataan Hal ehwal?

Pernyataan Hal Ehwal (PHE) merupakan pengisytiharan harta dan liabiliti yang mana bankrap membuat pengakuan pemilikan harta dan jumlah wang serta liabiliti yang ditanggung oleh bankrap. PHE hendaklah difailkan tanpa gagal dalam tempoh tujuh (7) hari bagi Petisyen Penghutang atau dua puluh satu hari (21) hari bagi Petisyen Pemiutang, dari tarikh perintah kebankrapan dibuat.

Apa itu Borang Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan 6 Bulan?

Borang Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan Enam Bulan merupakan satu borang yang perlu dilengkapkan oleh bankrap pada setiap enam (6) bulan sekali untuk diserahkan ke MdI bagi memaklumkan jumlah pendapatan dan jumlah perbelanjaan bankrap. Ini selaras dengan peruntukan seksyen 38 (1)(b) Akta Kebankrapan 1967. Penyata tersebut hendaklah disertakan bersama dengan dokumen sokongan seperti bil, salinan slip gaji dan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dilakukan dalam tempoh tersebut .

Apa itu Bayaran Ansuran Bulanan?

Bayaran ansuran bulanan merupakan jumlah bayaran yang dipersetujui antara bankrap dengan MdI yang akan dibayar secara ansuran bulanan. Penetapan ini dibuat semasa Sesi Temu Kenal diadakan dengan bankrap.Tujuan bayaran dibuat ialah bagi melangsaikan hutangnya yang dituntut oleh pemiutang melalui Borang Bukti Hutang.

TAFSIRAN ISTILAH KeBANKRAPAN

APA

YA

NG

AN

DA

PeR

LU K

eTA

HU

I?Se

ksye

n 2

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

22

Page 28: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Ansuran bulanan minima yang ditetapkan berdasarkan kepada 10%daripada pendapatan bulanan kasar yang diterima oleh bankrap atau RM100.00, yang mana lebih tinggi tertakluk juga kepada jumlah hutang bankrap. KPI mempunyai budi bicara untuk menetapkan bayaran ansuran yang lebih tinggi.

Bankrap dinasihatkan untuk membayar ansuran bulanan yang lebih tinggi bagi menjelaskan hutang untuk membebaskan diri daripada kebankrapan dengan segera.

Apa itu harta?

“Harta” termasuk wang, barang-barang, perkara dalam tindakan, tanah, rumah, kenderaan dan setiap perihal harta; sama ada hartanah atau harta peribadi, sama ada berada dalam Malaysia atau di tempat lain. Harta termasuk juga obligasi, ismen dan setiap perihal estet, faedah dan keuntungan, sekarang atau akan datang, terletakhak atau luar jangkaan, timbul dari atau bersampingan dengan harta seperti yang ditakrifkan di atas.

Apakah Pembahagian Dividen?

Pembahagian dividen merupakan sejumlah bayaran yang akan dibuat oleh MdI kepada pemiutang bagi menjelaskan hutang bankrap sekiranya baki dalam estet kebankrapan mencukupi. Pembayaran hanya akan dibuat kepada pemiutang yang telah memfailkan Borang Bukti Hutang.

Apakah Hak Pemiutang?

Selepas perintah kebankrapan dijatuhkan oleh Mahkamah, pemiutang hendaklah menfailkan tuntutan melalui Borang Bukti Hutang dengan segera di MdI bagi melayakkan pemiutang menghadiri dan mengundi dalam mesyuarat yang diadakan, dan untuk menerima pembayaran dividen yang dibuat sekiranya baki dalam estet kebankrapan mencukupi.

APA

YA

NG

AN

DA

PeR

LU K

eTA

HU

I?Se

ksye

n 2

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

23

Page 29: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Siapakah Pemiutang Bercagar?

Pemiutang bercagar merupakan seseorang yang memegang suatu gadai-janji, caj atau lien di atas harta penghutang atau mana-mana bahagiannya sebagai suatu jaminan untuk hutang yang kena dibayar kepadanya,tidak termasuk seorang plaintif dalam mana-mana tindakan yang telah menahan harta penghutang sebelum penghakiman.

Apa itu Borang Bukti Hutang?

Borang Bukti Hutang merupakan borang yang perlu difailkan oleh pemiutang yang membuat tuntutan hutang terhadap seseorang bankrap (Borang 62). Borang Bukti Hutang perlu disertakan bersama dokumen sokongan seperti penyata akaun atau penghakiman.

APA

YA

NG

AN

DA

PeR

LU K

eTA

HU

I?Se

ksye

n 2

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

24

Page 30: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Apa itu Mesyuarat Pertama Pemiutang?

Mesyuarat Pertama Pemiutang ialah mesyuarat yang diadakan dengan bankrap dan pemiutang yang telah memfailkan Borang Bukti Hutang.

Mesyuarat ini diadakan bagi memaklumkan kepada pemiutang kedudukan pentadbiran kes dan mempertimbangkan cadangan penyelesaian daripada bankrap melalui komposisi atau skim susunan bayaran hutang yang telah dipersetujui.

Apa itu Pemeriksaan Awam?

Pemeriksaan awam diadakan atas permohonan KPI bagi mendapatkan maklumat lengkap berkenaan hal ehwal, harta, liabiliti dan tingkahlaku bankrap.

Pemeriksaan Awam diadakan di Mahkamah setelah PHE difailkan dan Mesyuarat Pertama Pemiutang diadakan. Bankrap perlu memberikan kenyataan dengan bersumpah dalam Pemeriksaan Awam tersebut dan sekiranya bankrap didapati memberikan kenyataan palsu, bankrap akan dianggap sebagai menghina Mahkamah dan boleh dikenakan hukuman sewajarnya.

Apakah Kos & Fi Pentadbiran KPI?

KosdanfipentadbiranKPIdikenakanterhadapbankrapbagiperkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh KPI sebagaimana termaktub dalam Kaedah-Kaedah Kebankrapan (Bayaran) 1969.

APA

YA

NG

AN

DA

PeR

LU K

eTA

HU

I?Se

ksye

n 2

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

25

Page 31: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Apa itu Fi Penghasilan?

FiPenghasilanmerupakanfiyangdikenakankeatassetiappembayaranyangdibuat ke dalam akaun (estet) kes kebankrapan seperti dalam peruntukan Jadual C, Kaedah-Kaedah Kebankrapan (Bayaran) 1969 seperti dinyatakan dalam Jadual 1.

Jadual 1 –Kadar Fi Penghasilan.

Jumlah Wang Dikreditkan Kadar Peratusan (%)

RM50,000 yang pertama 7%

RM50,000 yang kedua 6%

Lebih dari RM100,000 5%

Apa itu Fi Pembahagian?

Fi Pembahagian ialah fi yang dikenakan untuk setiap pembayaran yangdibuat kepada pemiutang mengikut Kadar Fi Pembahagian di dalam Jadual 2.

Jadual 2 – Fi Pembahagian

Jumlah Pembayaran Kadar Peratusan (%)

RM50,000 yang pertama 5%

RM50,000 yang kedua 4%

Lebih dari RM100,000 3%

Apa itu KPI?

KPI ialah singkatan nama yang merujuk kepada Ketua Pengarah Insolvensi.

Apa itu MdI?

MdI ialah singkatan nama yang merujuk kepada Jabatan Insolvensi Malaysia.

APA

YA

NG

AN

DA

PeR

LU K

eTA

HU

I?Se

ksye

n 2

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

26

Page 32: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

100 SoALAN LAZIM MeLALUI MdI.ADUAN

Seksyen 3

“The wicked borrows but does not pay back, but the righteous is generous and gives”- (Psalm 37:21)

Page 33: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

SeKSYeN 3 - 100 SoALAN MeLALUIMdI.ADUAN

CARIAN RASMI

SoALAN 1:Bagaimanakah cara untuk menyemak status kebankrapan?

JAWAPAN: Terdapat tiga (3) cara semakan status kebankrapan yang boleh dibuat iaitu-(a) Carian atas talian;(b) Carian kaunter; dan(c) Carian melalui pos.

Carian status kebankrapan merupakan maklumat yang berbayar dan caj akan dikenakan bagi setiap semakan status yang dibuat.

SoALAN 2: Saya seorang pengurus koperasi dan baru-baru ini Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah mengeluarkan pekeliling bahawa setiap anggota Lembaga koperasi serta anggota koperasi bebas dari kebankrapan. Bolehkah saya mendapatkan status terkini status anggota Lembaga dan anggota koperasi bebas dari kebankrapan?

JAWAPAN: Sebarang maklumat mengenai status kebankrapan anggota Lembaga boleh disemak melalui perkhidmatan carian kebankrapan yang telah disediakan.3

3 Sila rujuk muka surat 9

CA

RIA

N R

ASM

ISe

ksye

n 3

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

28

Page 34: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

SoALAN 3: Mohon makluman, boleh tak orang yang bankrap menyemak status kebankrapan untuk penjaminnya?

JAWAPAN: Semakan status kebankrapan boleh dibuat oleh sesiapa. Tuan hanya perlu dapatkan nama penuh dan nombor kad pengenalan penjamin tersebut.

Sekiranya keputusan semakan mengesahkan penjamin tersebut telah diisytiharkan bankrap, tuan hendaklah menasihatkan beliau untuk hadir segera di cawangan yang mentadbir kes kebankrapan beliau supaya pentadbiran kes kebankrapan boleh dilaksanakan.

Sekiranya beliau bukan seorang bankrap tetapi mempunyai masalah keberhutangan yang serius, beliau hendaklah menghubungi institusi kewangan yang berkenaan bagi mendapatkan jalan penyelesaian atau hubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk khidmat nasihat cara pengurusan kredit yang betul di talian telefon 03-26167766.

SoALAN 4: Saya berasal dari Gua Musang Kelantan. Adakah terdapat cawangan MdI di bandar Gua Musang? Ini kerana saya tidak mampu untuk bergerak jauh akibat dari (kemalangan jalan raya 3 tahun yang lepas). Sekarang saya sah sebagai OKU (orang kurang upaya).

JAWAPAN: MdI mempunyai satu (1) cawangan sahaja di Kelantan iaitu di Kota Bahru. Sekiranya tuan mempunyai kesukaran untuk hadir di cawangan MdI, tuan boleh berkomunikasi dengan Pegawai MdI Cawangan Kota Bharu menerusi emel atau telefon. Tuan boleh rujuk ruangan Direktori dalam portal kami.

CA

RIA

N R

ASM

ISe

ksye

n 3

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

29

Page 35: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

SoALAN 5:Saya ingin mendapatkan pengesahan rasmi daripada Jabatan Insolvensi Malaysia bahawa saya tidak pernah dihukum bankrap. Perlukah saya mengisi Borang L sahaja atau menghubungi cawangan Sabah. Sila tunjuk ajar. Terima Kasih.

JAWAPAN: Pengesahan tidak bankrap boleh diperoleh menerusi Carian Status Kebankrapan.4

PeTISYeN PeNGHUTANG

SoALAN 6: Bolehkah saya isytihar diri saya sebagai bankrap? Saya sudah tidak mampu untuk menjelaskan hutang.

JAWAPAN:Sekiranya tuan secara sukarela bersetuju untuk diisytiharkan bankrap, empat (4) proses perlu diikuti seperti berikut:5

(1) suatu permohonan perlu difailkan ke Mahkamah Tinggi dengan mengisi borang “form of declaration of inability to pay debts” iaitu borang perakuan mengenai ketidakmampuan untuk membayar hutang. Borang ini boleh diperolehi di mana-mana Cawangan MdI yang berhampiran;

(2) sebanyak RM1,500.00 perlu didepositkan kepada MdI sebagai kos pentadbiran dan resit bayaran tersebut hendaklah dikepilkan bersama semasa memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi;

(3) Mahkamah Tinggi akan menetapkan satu tarikh perbicaraan untuk pendengaran kes; dan

(4) kehadiran tuan diperlukan semasa perbicaraan tersebut.

4 Sila rujuk soalan nombor 1 dan muka surat 285 Sila rujuk di muka surat 8

Seks

yen

3Pe

TISY

eN P

eNG

HU

TAN

G

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

30

Page 36: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

SOALAN- SOALAN YANG BOLEH MEMBANTU ANDA

Seks

yen

3Pe

TISY

eN P

eMIU

TAN

G

Sebaik sahaja perintah kebankrapan diperoleh, tuan perlu hadir ke Cawangan MdI supaya pentadbiran kes kebankrapan dapat dijalankan seperti menghadiri Sesi Temu Kenal, memfailkan Penyata Hal Ehwal, menentukan bayaran ansuran bulanan dan lain-lain.

PeTISYeN PeMIUTANG

SoALAN 7: Bagaimanakah cara saya diisytiharkan sebagai bankrap?

JAWAPAN:Kebankrapan boleh berlaku melalui dua (2) cara seperti berikut:

(a) Petisyen Penghutang- Penghutang membuat permohonan ke Mahkamah untuk

membankrapkan diri sendiri

(b) Petisyen Pemiutang- Pemiutang memfailkan permohonan ke Mahkamah untuk

membankrapkan penghutang (individu yang membuat pinjaman)

SoALAN 8:Saya ingin bertanya tentang bankrap. Yang mana lebih baik iaitu membankrap diri sendiri atau bank yang bankrapkan saya? Apakah risikonya?

JAWAPAN:Dibankrapkan oleh bank merujuk kepada kes di mana pihak pemiutang (bank) memfailkan permohonan ke Mahkamah untuk membankrap penghutang disebabkan penghutang gagal menjelaskan hutang kepada pemiutang. Pemiutang perlu had jumlah keberhutangan yang membolehkan permohonan dibuat oleh pemiutang ialah sebanyak RM30,000.00.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

31

Page 37: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3Pe

TISY

eN P

eMIU

TAN

G

Manakala membankrapkan diri sendiri (melalui petisyen penghutang) merujuk kepada kes di mana penghutang memfailkan permohonan ke Mahkamah untuk membankrapkan diri sendiri disebabkan ketidakmampuan untuk menjelaskan hutang kepada pemiutang tanpa penetapan had jumlah keberhutangan.

Walau bagaimanapun, kesan kebankrapan adalah sama bagi kedua-dua cara ini, sama ada daripada aspek tanggungjawab, sekatan dan hilang kelayakan.

SoALAN 9: Berapakah jumlah hutang yang boleh diisytiharkan sebagai bankrap?

JAWAPAN: Jumlah hutang yang membolehkan seseorang individu dijatuhkan hukuman kebankrapan ialah sebanyak RM30,000.00 dan ke atas termasuk faedah bagi permohonan oleh pemiutang namun tiada had jumlah ditetapkan bagi permohonan oleh penghutang sendiri.

SeNARAIHITAM/MUFLIS

SoALAN 10: Apakahperbezaandiantarasenaraihitamdenganmuflis?

JAWAPAN:

(i) Disenaraihitamkan

Tindakan menyenarai hitam nama individu kebiasaannya dilakukan oleh pihak institusi kewangan setelah mendapati bahawa individu tersebut tidak mempunyai ‘credit rating’ yang baik sebagai contoh kerap lewat atau tidak membuat pembayaran hutang kad kredit atau pun sebarang pinjaman. Individu yang menjadi penjamin turut

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

32

Page 38: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3Se

NA

RA

IHIT

AM

/MU

FLIS

boleh disenaraihitamkan sekiranya peminjam gagal membayar hutangnya. Terdapat banyak kes di mana individu tersebut bukanlah seorang bankrap, tetapi hanya disenarai hitam oleh pihak bank atas kegagalan atau kelewatan dalam pembayaran sesuatu pinjaman/hutang mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak bank. (ii) Muflis/Kebankrapan

Muflisialahapabilaseseorangyangdikenakanhukumanbankrapoleh Mahkamah atas permohonan pemiutang atau penghutang itu sendiri. Tindakan kebankrapan hanya boleh diambil oleh pemiutang sekiranya hutang individu tersebut melebihi RM30,000.00 dan ke atas. Manakala sekiranya atas permohonan penghutang sendiri tiada had jumlah hutang. Seorang individu yang disenaraihitam tidaksemestinyaseorangyangbankrap(Muflis)6

SoALAN 11:Saya nak tahu suami saya menjadi penjamin semasa beli kereta dulu, sekarang kereta itu dah tidak ada sebab kena tarik, sekarang ini namanya masih lagi senaraihitam, jadi saya nak tahu status suami saya itu samada termasuk dalam senarai kebankrapan ke? Sebab dah 8 tahun kereta itu kena tarik. Jadi saya nak tahu cara untuk menyelesaikannya supaya nama suami saya bersih dari senaraihitam itu.

JAWAPAN:Puan dinasihatkan untuk membuat semakan status kebankrapan suami puan untuk mengetahui sama ada suami puan seorang bankrap atau tidak.7

Seseorang individu boleh dijatuhkan bankrap oleh Mahkamah sekiranya terdapat permohonan dari pemiutang. Seorang penjamin juga tidak terlepas daripada tanggungjawabnya untuk membayar hutang sekiranya terdapat kegagalan di pihak peminjam. Pihak pemiutang boleh mengambil tindakan seterusnya ke atas penjamin sekiranya terdapat kegagalan daripada peminjam.8

6 Sila rujuk muka surat 87 Sila rujuk muka surat 98 Sila rujuk Jawapan di Soalan 7

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

33

Page 39: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3M

ASA

LAH

KeB

eRH

UTA

NG

AN

Sekiranya suami puan masih belum diisytiharkan bankrap oleh Mahkamah, MdI tidak mempunyai kuasa untuk melepaskan nama beliau dari senarai hitam. Oleh itu, puan dinasihatkan untuk berbincang dengan pemiutang (bank) mengenai status suami puan yang telah disenarai hitamkan.

MASALAH KeBeRHUTANGAN

SoALAN 12:Bagaimanakah dengan kes hutang yang masih belum diisytiharkan sebagai seorang bankrap?

JAWAPAN: Tuan boleh menghubungi bank atau pihak pemuitang yang berkenaan bagi membincangkan kaedah bayaran dan lain-lain cara bagi menyelesaikan hutang tersebut. Tuan juga boleh hubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK) bagi mengetahui mengenai pengurusan kewangan yang betul dan AKPK juga boleh bantu untuk menguruskan masalah ini.

SoALAN 13: Saya mempunyai 2 akaun pinjaman bank tertunggak melebihi 3 tahun. Saya ingin melunaskan kedua-dua pinjaman tertunggak tersebut. Bolehkah saya melunaskannya melalui Jabatan Insolvensi? Buat masa ini saya belum menerima lagi surat dari pihak Mahkamah.

JAWAPAN: Tuan dinasihatkan untuk membuat semakan status kebankrapan untuk mengetahui sama ada tuan telah dibankrapkan atau sebaliknya.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

34

Page 40: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3M

ASA

LAH

KeB

eRH

UTA

NG

AN

Sekiranya tuan telah dibankrapkan, tuan boleh melunaskan hutang tersebut dengan membuat bayaran melalui MdI. Walau bagaimanapun, sekiranya tuan masih belum dibankrapkan tuan boleh membuat pembayaran tersebut terus kepada bank yang berkaitan.

SoALAN 14: Boleh saya dapatkan nombor pegawai yang boleh dihubungi ataupun pihak yang boleh membantu saya bagi menyelesaikan keberhutangan saya?

JAWAPAN: Tuan dinasihatkan untuk menyemak status kebankrapan sama ada tindakan kebankrapan telah diambil oleh institusi kewangan/bank. Sekiranya tuan telah bankrap, tuan boleh menghubungi pegawai di cawangan MdI yang tertera pada keputusan carian.

Sekiranya tuan tidak bankrap, tuan boleh menghubungi bank atau pihak pemuitang yang berkenaan bagi membincangkan kaedah bayaran dan lain-lain cara bagi menyelesaikan hutang tersebut. Tuan juga boleh hubungi AKPK bagi mengetahui mengenai pengurusan kewangan yang betul dan AKPK juga boleh bantu untuk menguruskan masalah ini.

SoALAN 15: Saya menghadapi masalah kewangan keluarga saya dan mempunyai banyak hutang yang tertunggak dan tidak tahu cara untuk menyelesaikannya?

JAWAPAN: Tuan boleh hubungi AKPK bagi mengetahui pengurusan kewangan yang betul dengan melayari laman web di alamat berikut: http://www.akpk.org.my/my/ atau menghubungi mereka di talian 03-26167766.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

35

Page 41: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3FU

NG

SI M

dI

FUNGSI MdI

SoALAN 16: Apakah fungsi Jabatan Insolvensi Malaysia?

JAWAPAN: Peranan MdI adalah mentadbir hal ehwal bankrap mengikut Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah-Kaedah Kebankrapan 1969. Antara lain, bidang tugas MdI meliputi pengzahiran dan penghasilan harta bankrap, menentusahkan tuntutan yang difailkan oleh pemiutang dan seterusnya mengagihkan hasil yang diperoleh kepada pemiutang.

KeSAN-KeSAN KeBANKRAPAN

SoALAN 17:Apakah kesan-kesan setelah seseorang diisytiharkan sebagai bankrap?

JAWAPAN: Terdapat pelbagai kesan sekiranya seseorang individu diisytiharkan bankrap antaranya kesan terhadap harta dan hilang kelayakan untuk melakukan beberapa perkara 9.

SoALAN 18:Jika saya diisytiharkan bankrap, bagaimana dengan ahli keluarga lain yang ada perkaitan dengan saya contoh seperti isteri/suami dan anak-anak? Adakah mereka juga berhadapan tindakan yang sama?

9 Sila rujuk mukasurat 12 sehingga 16

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

36

Page 42: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3K

eSA

N-K

eSA

N K

eBA

NK

RA

PAN

JAWAPAN: Kesan kebankrapan hanya akan memberikan kesan kepada tuan sebagai seorang bankrap sahaja tanpa melibatkan mana-mana anggota keluarga yang lain. Tetapi jika mana-mana anggota keluarga tuan merupakan penjamin kepada hutang tuan dan jika tuan gagal membayar ansuran hutang tuan, mereka juga berisiko untuk diisytiharkan sebagai seorang bankrap sepertimana terma perjanjian hutang yang ditandatangani antara pihak tuan, pemberi pinjaman dan penjamin.

SoALAN 19:Ayah saya baru sahaja menjadi bankrap. Saya sebagai anaknya, risau pada harta atas nama saya sendiri seperti rumah, kereta, syarikat dan sebagainya. Adakah saya akan terlibat dalam kes bankrap ayah saya? Bolehkah Jabatan Insolvensi membekukan harta saya bagi membayar hutang bapa saya?

JAWAPAN: Anak tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap kebankrapan bapa dan MdI juga tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap harta yang dimilik oleh ahli keluarga bankrap kecuali bankrap mempunyai bahagian dalam harta tersebut.

SoALAN 20:Sekiranya saya telah bankrap, adakah kemasukan anak-anak saya ke pusat pengajian tinggi akan terhalang?

JAWAPAN:Tidak kerana kesan kebankrapan tuan tidak meliputi halangan untuk anak-anak tuan ke pusat pengajian tinggi. Kesan kebankrapan hanya memberikan kesan kepada tuan sahaja.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

37

Page 43: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3K

e LU

AR

NeG

AR

A

Ke LUAR NeGARA

SoALAN 21: Bolehkah bankrap ke luar negara?

JAWAPAN: Seseorang bankrap tidak dibenarkan untuk ke luar negara kecuali dengan kebenaran KPI ataupun Mahkamah.

Kebenaran tersebut tertakluk kepada syarat-syarat yang akan ditetapkan oleh KPI, antaranya:

(a) Bayaran bon jaminan; (b) Bayaran kredit ke dalam estet kebankrapan bankrap; dan(c) Syarat-syaratlainyangdifikirkanwajarolehKPI.

Permohonan ke luar negara akan dipertimbangkan bagi tujuan-tujuan seperti berikut:

(a) Bekerja;(b) Rawatan perubatan;(c) Keagamaan;(d) Kematian;(e) Melawat ahli keluarga; atau(f) Lain-lainsebabyangdifikirkanwajarolehKPI.

Permohonan untuk lawatan sosial atau bercuti tidak dibenarkan kerana ia tidak memberi sebarang manfaat dan faedah kepada pemiutang-pemiutang bankrap. Kos untuk ke luar negara sewajarnya digunakan untuk melunaskan hutang terlebih dahulu bagi membolehkan bankrap bebas daripada hutang dengan segera.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

38

Page 44: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3K

e LU

AR

NeG

AR

A

SoALAN 22: Bolehkahseseorangyangtelahdiisytiharkanbankrap/muflispergike Sabah dan Sarawak? Perbelanjaannya ke sana ditanggung sepenuhnya oleh individu lain.

Adakah perlu mendapatkan kebenaran pihak insolvensi terlebih dahulu?

JAWAPAN: Tiada sekatan dikenakan terhadap perjalanan bankrap ke Sabah dan Sarawak memandangkan kedua-dua negeri tersebut terletak di dalam Malaysia dan kemasukan ke negeri-negeri tersebut tidak memerlukan penggunaan passport antarabangsa.

SoALAN 23: Berapakah jumlah wang jaminan untuk ke luar negara?

JAWAPAN: Tiada penetapan jumlah wang jaminan bagi kebenaran bankrap ke luar negara. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada fakta kes dan pentadbiran kes kebankrapan seperti kerjasama bankrap, jumlah bayaran ansuran bulanan yang telah dibuat, jumlah tuntutan hutang, jumlah baki kredit dalam estet kebankrapan, tujuan bankrap ke luar negara, tempoh berada di luar negara, bilangan negara yang akan dilawati dan sama ada terdapat sebarang ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat yang pernah ditetapkan dalam kelulusan ke luar negara ke atas bankrap sebelum ini.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

39

Page 45: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3K

e LU

AR

NeG

AR

A

SoALAN 24: Bolehkah seseorang bankrap ke luar negara untuk menunaikan umrah/haji?

JAWAPAN: Permohonan ke luar negara bagi tujuan ibadah seperti menunaikan umrah dan haji, hanya akan dibenarkan sekali sahaja sepanjang tempoh pentadbiran kes kebankrapan.

SoALAN 25: Saya ingin tanya tentang deposit yang pernah dibuat beberapa tahun yang lepas. Semasa itu, saya telah menjadi penjamin kepada bapasaudarasayayangtelahmuflistetapiinginmenjalanrawatanperubatan di Singapura. Saya telah bayar RM1000.00 kepada sebagai deposit kepada Jabatan Insolvensi sebagai wang jaminan.

Sampai sekarang saya tak pernah menuntut balik RM1000.00 ini walaupun bapa saudara saya telah berjaya mendapat pelepasan dari kebankrapan.

(i) Bolehkah saya menuntut balik wang ini? Saya masih memegang dokumen yang ditandatangani semasa itu. Sila memberi panduan kepada saya kerana saya tak ingin pergi kali kedua kerana maklumat yang tidak lengkap.

(ii) Bolehkah saya menuntut di pejabat Insolvensi di Putrajaya?

JAWAPAN: (i) Pemulangan wang jaminan ke luar negara hanya boleh dibuat

sekiranya tiada perlanggaran dilakukan oleh bankrap terhadap syarat kelulusan ke luar negara yang diterima. Tuan perlu merujuk kepada cawangan MdI yang mentadbir kes kebankrapan bapa saudara tuan untuk mendapatkan pengesahan sama ada wang jaminan tersebut boleh dikembalikan. Sekiranya boleh, tuan hendaklah mengemukakan permohonan pemulangan wang jaminan berserta resit asal bayaran wang jaminan tersebut.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

40

Page 46: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3K

e LU

AR

NeG

AR

A

(ii) Permohonan pemulangan wang jaminan hanya boleh dikemukakan kepada cawangan MdI yang mentadbir kes kebankrapan bapa saudara tuan.

SoALAN 26: Saya tinggal di Indiana, USA sekarang. Saya cuba untuk memperbaharui passport saya hari ini tetapi ditolak kerana saya telah diisytiharkan bankrap. Saya tidak mengetahui perkara ini kerana saya berada di Amerika Syarikat dari tahun 1996. Boleh saya tahu lebih lanjut berkenaan perkara ini? Kerana saya ingin ke New York City untuk beberapa hari sahaja, bolehkah saya mendapat kebenaran untuk memperbaharui passport saya.

JAWAPAN: Seseorang bankrap tidak dibenarkan untuk ke luar negara kecuali dengan kebenaran KPI ataupun Mahkamah.10

Sekiranya tuan berada di luar negara, tuan dinasihatkan untuk membuat carian atas talian dengan menyatakan nama dan nombor kad pengenalan baru/lama tuan untuk mendapatkan kepastian status kebankrapan selain mengetahui cawangan yang mentadbir kes tuan. Selanjutnya, tuan boleh berhubung dengan pegawai cawangan MdI yang mentadbir kes kebankrapan tuan melalui telefon / emel / surat untuk membuat permohonan berada di luar negara.

10 Sila rujuk Jawapan Soalan 21 muka surat 38

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

41

Page 47: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3K

e LU

AR

NeG

AR

A

SoALAN 27:Boleh saya tahu untuk Borang Pembiaya dan Borang Penjamin sama ada anak perempuan saya boleh menjadi penjamin dan pembiaya?

JAWAPAN: Sesiapa boleh menjadi penjamin atau pembiaya kepada bankrap bagi tujuan ke luar negara dengan syarat penjamin tersebut berumur 18 tahun ke atas, bekerja, waras dan tidak bankrap. Oleh yang demikian, anak perempuan tuan boleh menjadi penjamin dan pembiaya bagi permohonan tuan jika anak tuan memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di atas.

SoALAN 28: Boleh saya tahu tempoh masa permohonan ke luar negara diproses/diluluskan? Perlukah saya membeli tiket kapal terbang saya dahulu untuk sokongan bagi permohonan ini atau selepas saya mendapat kelulusan barulah saya boleh terus membeli tiket kapal terbang?

JAWAPAN: Permohonan ke luar negara akan diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja bagi permohonan yang lengkap. Walau bagaimanapun, tuan dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Elakkan membeli tiket kapal terbang sebelum mendapat kelulusan KPI kerana dikhuatiri tuan akan menanggung kerugian sekiranya permohonan ke luar negara tuan tidak diluluskan.

SoALAN 29: Saya ingin bertanya, sekiranya seseorang itu bankrap, tidak boleh ke luar negara tapi syarikat dia menawarkan percutian ke luar negara dengan perbelanjaan ditanggung. Selain mengisi borang untuk kebenaran, apa lagi yang perlu dilakukan oleh si bankrap? Bagaimana pula urusan membuat passport?

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

42

Page 48: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3K

e LU

AR

NeG

AR

A

JAWAPAN: Permohonan ke luar negara akan dipertimbangkan bagi tujuan-tujuan seperti berikut:

(g) Bekerja;(h) Rawatan perubatan;(i) Keagamaan;(j) Kematian;(k) Melawat ahli keluarga; atau(l) Lain-lainsebabyangdifikirkanwajarolehKPI.

Walau bagaimanapun, bagi tujuan selain daripada yang disenaraikan, tuan boleh mengemukakan permohonan dengan menyatakan keperluan untuk ke luar negara dan pihak yang akan membiayainya, beserta dengan bukti/dokumen sokongan. Sebarang kelulusan, jika ada, akan tertakluk kepada syarat yang dikenakan. Sekiranya kebenaran diberi, ia akan tertakluk kepada beberapa syarat. Mengenai urusan membuat paspot, tuan hendaklah menguruskan sendiri.

SoALAN 30: Jika saya jadi sebagai pembiaya/penjamin kepada seorang kawan yang sudah bankrap nak ke luar negara. Apa akan berlaku sekiranya kawan saya tidak balik atau tak bayar? Adakah saya akan tanggung semua hutang yang dia hutang? Bolehkah saya membatalkan surat jaminan yang saya tandatangani? Apa saya harus buat?

JAWAPAN:Jika bankrap telah ingkar dalam mematuhi dan telah melanggar salah satu syarat yang terkandung dalam surat kelulusan ke luar negara seperti gagal membuat bayaran ansuran bulanan atau gagal balik ke Malaysia dalam tempoh yang diluluskan, wang jaminan akan dirampas.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

43

Page 49: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3K

e LU

AR

NeG

AR

A

Tuan tidak akan bertanggungjawab untuk membayar semua hutang bankrap kerana hanya bankrap yang bertanggungjawab terhadap hutangnya sendiri.

Setelah bon jaminan ditandatangani dan bankrap telah ke luar negara, tuan tidak boleh membatalkan bon tersebut. Oleh itu, tuan dinasihatkan untuk memastikan bankrap kembali ke Malaysia dan mematuhi syarat-syarat yang telah dikenakan supaya wang jaminan tuan tidak dirampas.

SoALAN 31: Saya ingin ke luar negara untuk menghantar anak saya belajar di London bulan September. 2014. Saya akan ke London pada bulan Ogos 2014. Bolehkan saya memperbaharui passport saya sebelum membuat permohonan ke MdI?

JAWAPAN: Tuan perlu membuat permohonan untuk mendapatkan kebenaran daripada MdI untuk ke luar negara bagi tujuan tersebut terlebih dahulu.

SoALAN 32: Salam, saya dan kawan mahu ke luar negara China untuk bercuti. Bagaimana pun ketika membuat semakan Imigresen saya dapati status kawan saya itu dihalang ke luar negara dan apabila dirujuk dia pernah berurusan dengan Jabatan Insolvensi Malaysia. Saya tidakfahamapakahiabermaksuddiamuflisataulain-lain.

Soalan saya, bolehkah dia ke luar negara? Jika boleh bagaimanakah caranya untuk mendapat perlepasan sementara Imigresen itu kerana saya tidak berani hendak menempah tiket penerbangan bimbang disekat imigresen sewaktu di lapangan terbang nanti.

Bagaimana pula urusan permohonan visa?

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

44

Page 50: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3K

e LU

AR

NeG

AR

A

JAWAPAN:Kawan tuan mungkin seorang bankrap.Tuan dinasihatkan untuk membuat semakan berkenaan status kebankrapan kawan tuan sama ada melalui kaunter atau atas talian.

Sekiranya keputusan menyatakan beliau seorang bankrap, rakan tuan perlu mendapatkan kebenaran KPI untuk ke luar negara sekiranya ingin meneruskan niat dan ianya akan tertakluk kepada keputusan KPI. Kawan tuan boleh memohon mendapatkan visa setelah kebenaran ke luar negara diberikan oleh KPI.

SoALAN 33: Saya adalah seorang bankrap dan ingin ke luar negara untuk tujuan bercuti bersama keluarga. Harap pihak Insolvensi dapat menyatakan apakah syarat-syarat & prosedur untuk saya membuat rayuan untuk dibenarkan keluar bercuti ke luar negara.

JAWAPAN:Permohonan ke luar negara akan dipertimbangkan bagi tujuan-tujuan seperti berikut:

(a) Bekerja;(b) Rawatan perubatan;(c) Keagamaan(d) Kematian(e) Melawat ahli keluarga(f) Lain-lain yang dirasakan wajar

Permohonan untuk lawatan sosial atau bercuti tidak dibenarkan kerana ia tidak memberi sebarang manfaat dan faedah kepada pemiutang-pemiutang bankrap. Kos untuk ke luar negara sewajarnya digunakan untuk melunaskan hutang terlebih dahulu bagi membolehkan bankrap bebas daripada hutang dengan segera. Sehubungan itu, tiada rayuan dibenarkan untuk lawatan sosial atau bercuti.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

45

Page 51: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3A

KA

UN

BA

NK

AKAUN BANK

SoALAN 34: Untuk makluman pihak tuan, semua akaun bank saya tidak boleh digunakan lagi.

Saya menghadapi kesukaran untuk bekerja kerana semua akaun bank tidak dapat digunakan lagi dan menghadapi masalah pembayaran gaji oleh pihak majikan dan saya kini tidak lagi bekerja akibat masalah berkenaan.

Saya memohon/ merayu kepada MdI untuk memberikan panduan, cara & jalan penyelesaian supaya saya dapat kembali bekerja dan supaya dapat membayar hutang-hutang saya. Tanpa pekerjaan yang sesuai saya tidak mungkin dapat membayar segala hutang serta menyara kehidupan saya sebagai ibu tunggal bersama seorang anak yang bersekolah.

Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai, kelonggaran untuk memiliki satu akaun bank khas bagi pembayaran gaji.

JAWAPAN:Apabila seseorang diisytiharkan bankrap oleh Mahkamah, segala harta benda bankrap akan terletakhak kepada KPI termasuk wang simpanan dalam mana-mana akaun bank. Lanjutan daripada kebankrapan seseorang individu, arahan akan diberikan oleh KPI kepada bank untuk menutup semua akaun bank milik bankrap dan baki dalam akaun bank akan diserahkan kepada KPI untuk dikreditkan ke dalam estet kebankrapan bankrap tersebut.

Walau bagaimanapun, jika tuan ingin membuka akaun bank, bagi tujuan penerimaan wang gaji, tuan perlu mengemukakan permohonan untuk membuka akaun ke cawangan MdI yang mentadbir kes kebankrapan tuan dengan mengemukakan dokumen sokongan iaitu surat pengesahan jawatan daripada majikan dan penyata gaji. Kebenaran hanya diberikan untuk membuka satu sahaja akaun iaitu akaun gaji.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

46

Page 52: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3A

KA

UN

BA

NK

Untuk makluman tuan juga, tiada peruntukan dalam Akta Kebankrapan 1967 yang menghalang seseorang bankrap daripada bekerja namun ia juga tertakluk kepada polisi atau perundangan lain yang terpakai dalam bidang pekerjaan bankrap. MdI tidak menghalang seseorang bankrap daripada bekerja malah menasihatkan untuk bekerja supaya hutang boleh diselesaikan secepat mungkin.

SoALAN 35: Jika saya diisytiharkan bankrap/muflis, adakah akaun bank sayaakan disekat?

JAWAPAN:Apabila seseorang individu telah diisytiharkan bankrap oleh Mahkamah, segala harta bankrap akan terletak hak kepada KPI untuk dihasilkan termasuk rumah, kenderaan mahupun wang simpanan dalam akaun-akaun bank yang dimiliki bankrap.

Walau bagaimanapun, bankrap diberikan kebenaran untuk membuka satu sahaja akaun bank iaitu bagi tujuan penerimaan dan pengeluaran wang gaji (bagi bankrap yang bekerja). Permohonan perlu dikemukakan ke Cawangan MdI yang mentadbir kes kebankrapan tuan.

SoALAN 36:Gaji bulanan saya dibayar melalui akaun bank, adakah akaun tersebut akan disekat serta merta apabila saya diisytiharkan bankrap?

JAWAPAN:Pihak bank akan mengambil tindakan menutup akaun bank tuan dengan kadar segera apabila menerima maklumat kebankrapan pemegang akaun daripada MdI. Bankrap boleh memohon untuk membuka satu akaun sahaja untuk tujuan kemasukan gaji. Tuan perlu membuka akaun bank yang baru yang dibenarkan untuk tujuan kemasukan gaji.11

11 Sila rujuk Soalan 34 di muka surat 46

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

47

Page 53: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3A

KA

UN

BA

NK

SoALAN 37:Jika akaun bank saya disekat, bagaimana saya nak selesaikannya dan Jabatan/pihak mana yang saya perlu berjumpa untuk berbincang mengenai status saya?

JAWAPAN:Sekiranya akaun bank disekat, semakan status kebankrapan perlu dibuat untuk mengesahkan sama ada akaun tersebut disekat atas faktor kebankrapan atau sebaliknya.

Jika akaun tersebut disekat disebabkan status kebankrapan, tuan perlu merujuk kepada cawangan MdI yang mentadbir kes kebankrapan tuan. Sekiranya tuan tidak pasti cawangan yang tadbir kes tuan, tuan perlu buat semakan status kebankrapan.12

Jika tidak, tuan perlu merujuk kepada pihak bank yang membekukan akaun ataupun pihak yang membuat tuntutan terhadap tuan.

SoALAN 38:Apakah kesan terhadap akaun milik bersama seperti akaun bersama anak-anak?

JAWAPAN:Bagi akaun bersama, akaun tersebut akan ditutup dan hanya jumlah yang dimiliki oleh bankrap akan diserahkan kepada KPI iaitu merujuk kepada pembahagian dalam akaun manakala selebihnya dikembalikan kepada penama kedua yang bukan bankrap. Sebagai contoh akaun bersama bankrap dan isteri. Bahagian yang dimilik oleh bankrap adalah ½ bahagian kecuali dapat dibuktikan sebaliknya.

Manakala bagi akaun yang dibuka atas nama anak-anak yang bankrap merupakan penjaga, akaun tersebut akan dibekukan. Bankrap perlu kemukakan permohonan kepada KPI untuk mengaktifkan akaun tersebut bagi tujuan mengeluarkan nama beliau daripada akaun tersebut dan digantikan dengan penama yang lain.

12 Sila rujuk di muka surat 9

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

48

Page 54: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3A

KA

UN

BA

NK

SoALAN 39:Assalamualaikum.... saya telah diberitahu oleh pihak guaman MBSB dimana mereka mengatakan bahawa saya akan dibankrapkan kerana tidak membayar hutang yang masih berbaki RM38,000.00. Bagaimana dengan akaun Tabung Haji saya?

JAWAPAN:Sekiranya diisytiharkan bankrap, akaun Tabung Haji akan dibekukan. Kebenaran akan diberikan kepada bankrap untuk mengaktifkan akaun Tabung Haji bagi tujuan mendaftar dan mengerjakan Haji. Akaun tersebut selanjutnya akan ditutup serta-merta setelah bankrap pulang daripada mengerjakan Haji dan baki akan diserahkan kepada KPI untuk faedah pemiutang.

SoALAN 40:Dimaklumkan saya adalah seorang bankrap semenjak 2010. saya kini tiada pendapatan tetap.

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memberi bantuan bulanan kepada saya, pihak JKM memberitahu saya supaya membuka akaun BSN bagi memudahkan urusan pembayaran dibuat. Saya meminta jasa baik pihak Tuan membenarkan saya membuka akaun BSN bagi tujuan tersebut.

JAWAPAN:Sekiranya tuan ingin membuka akaun bank atas alasan menerima bantuan bulanan daripada JKM maka tuan perlu membuat permohonan terlebih dahulu secara bertulis di cawangan MdI yang mentadbir kes kebankrapan tuan bersama dengan dokumen sokongan yang membuktikan tujuan permohonan.

SoALAN 41:Adakah saya layak untuk mendapatkan kelulusan dari mana-mana pihak (MdI atau Mahkamah) untuk menggunakan Akaun Bank yang telah dibekukan? Akaun Bank ini digunakan untuk proses gaji oleh syarikat di mana saya bekerja sekarang.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

49

Page 55: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3A

KA

UN

BA

NK

JAWAPAN:Ianya bergantung kepada status akaun tersebut. Sekiranya akaun gaji tersebut dibekukan, tuan boleh kemukakan permohonan kepada KPI untuk mengaktifkan semula akaun tersebut.

Walau bagaimanapun, sekiranya akaun tersebut telah ditutup, tuan diminta untuk kemukakan permohonan kepada KPI untuk kebenaran membuka akaun gaji yang baru melalui cawangan MdI yang mentadbir kes kebankrapan tuan.

SoALAN 42:Ibu saya pernah diisytihar bankrap dan telah dilepaskan. Bagaimana prosedur untuk melepaskan akaun bank yang telah dibekukan?

JAWAPAN: Selepas mendapat pelepasan, nama ibu tuan akan terus dikemaskini sebagai tidak bankrap dalam sistem MdI. Ini bermaksud ibu tuan tidak lagi terikat dengan arahan dan sekatan di bawah Akta Kebankrapan 1967. Bagaimanapun, sekiranya pihak tuan masih menghadapi masalah untuk membuka akaun bank, tuan boleh mengemukakan sesalinan Perintah Pelepasan atau Sijil Pelepasan KPI kepada pihak bank sebagai rujukan.

SoALAN 43:Saya seorang pengarah di sebuah syarikat ingin memohon agar dapat membenarkan saya membuka akaun semasa di Maybank Alor Setar.

JAWAPAN:Sekiranya tuan telah dijatuhkan hukuman kebankrapan, terlebih dahulu tuan perlu dapat kebenaran memegang jawatan sebagai seorang Pengarah dalam syarikat di bawah seksyen 38 (1) (d) Akta Kebankrapan 1967.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

50

Page 56: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3A

KA

UN

BA

NK

Permohonan bagi membuka akaun akan dipertimbangkan sekiranya tuan bercadang untuk mempunyai akaun bank bagi tujuan pembayaran gaji dan tuan hanya akan dibenarkan untuk membuka satu akaun simpanan sahaja.

SoALAN 44:Saya ingin bertanya, jika diisytihar bankrap, adakah duit/wang di dalam bank dibekukan dan bagaimana untuk saya mengeluarkan duit/wang tersebut? Perlukah saya hadir ke Jabatan Insolvensi untuk menyelesaikan masalah tersebut?

JAWAPAN:Akaun tersebut akan ditutup dan baki akan diserahkan kepada KPI bagi tujuan pembayaran kepada pemiutang.

Walau bagaimanapun, KPI mempunyai budi bicara untuk membenarkan pengeluaran sejumlah wang bagi tujuan sara hidup dan keperluan yang lain.

Permohonan pengeluaran wang tersebut perlu dibuat secara bertulis kepada cawangan yang mentadbir kes kebankrapan dengan mengemukakan dokumen-dokumen sokongan yang membuktikan keperluan pengeluaran wang tersebut.

SoALAN 45:Pihak kami telah menerima senarai kebankrapan dari Jabatan Insolvensi Shah Alam bertarikh 12/11/2009. Berdasarkan senarai kami telah BLACKLISTED penama berikut. Mohon maklumkan status terkini individu ini, memandangkan terdapat satu akaun bersama dengan penama. Apa yang sepatutnya kami lakukan ke atas akaun tersebut?

JAWAPAN:Akaun bersama yang dimilik oleh bankrap akan ditutup dan bahagian milik bankrap perlu diserahkan kepada KPI.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

51

Page 57: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3PI

NJA

MA

N

PINJAMAN

SoALAN 46: Saya telah diisytiharkan bankrap pada tahun 2010. Saya telah dianiaya oleh bekas suami saya. Saya seorang ibu tunggal yang menanggung 3 orang anak. Bagaimana saya hendak menampung kehidupan saya dengan 2 orang anak di Universiti dengan beban hutang yang mengikat saya daripada membuat sebarang pinjaman komersial. Bolehkah pihak tuan/Puan memberi kelonggaran pada saya atau bolehkah saya membuat pinjaman di institusi kewangan untuk menyelesaikan hutang di insolvensi?

JAWAPAN: Ingin dimaklumkan bahawa seseorang bankrap boleh memohon untuk pinjaman yang melebihi RM1,000.00 dengan syarat beliau perlu memberitahu kepada pemberi pinjaman bahawa beliau adalah seorang bankrap. Terpulang kepada pemberi pinjaman setelah mengetahui status kebankrapan peminjam untuk meluluskan pinjaman itu. Pemberi pinjaman perlu bertanggungjawab dan menanggung semua risiko sekiranya peminjam iaitu bankrap gagal untuk membayar semula pinjaman.

Ia akan menjadi satu kesalahan oleh bankrap jika membuat pinjaman dan tidak memberitahu akan status kebankrapannya kepada pemberi pinjaman. Bankrap boleh dihukum penjara tidak melebihi tempoh dua (2) tahun atau dengan kedua-duanya sekali.

MdI hanya membantu membayar hutang dan terpulanglah kepada bankrap untuk mendapatkan sumber kewangan untuk membuat bayaran tersebut.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

52

Page 58: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3PI

NJA

MA

N

SoALAN 47:Bolehkah saya membuat pinjaman kereta dengan mana-mana bank di Malaysia? Saya memiliki kes di MdI Tawau.

JAWAPAN: Ingin dimaklumkan bahawa seseorang bankrap boleh memohon untuk pinjaman yang melebihi RM1,000.00 dengan syarat beliau perlu memberitahu kepada pemberi pinjaman bahawa beliau adalah seorang bankrap. Terpulang kepada pemberi pinjaman setelah mengetahui status kebankrapan peminjam untuk meluluskan pinjaman itu. Pemberi pinjaman itu perlu bertanggungjawab dan menanggung semua risiko sekiranya peminjam iaitu bankrap gagal untuk membayar semula pinjaman.

Bagaimanapun, pihak kami menasihatkan supaya tuan tidak mengambil apa-apa pinjaman dengan mana-mana bank kerana sebagai seorang bankrap, tuan bertanggungjawab untuk selesaikan hutang tuan terlebih dahulu dan bukannya menambah hutang dengan mengambil pinjaman lain.

SoALAN 48:Jika saya ada hutang koperasi seperti Kowaja dipotong melalui potongan Angkasa dan setelah saya diisytihar bankrap. Adakah pemotongan Angkasa akan terus dibuat melalui potongan gaji atau koperasi akan menuntut bayaran melalui insolvensi?

JAWAPAN:Sekiranya tuan diisytiharkan bankrap maka semua potongan Biro Angkasa akan diberhentikan dan pemiutang yang berkenaan akan memfailkan tuntutan di MdI. Untuk makluman tuan, semua bayaran hutang hendaklah dijelaskan melalui MdI.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

53

Page 59: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3PI

NJA

MA

N

SoALAN 49:Contoh: Si A mempunyai akaun simpanan dan juga akaun pinjaman di Bank, jika si A telah diisytiharkan bankrap maka akaun simpanan beliau akan ditutup, manakala akaun pinjaman tersebut sepatutnya tidak boleh menerima sebarang transaksi wang masuk. Adakah praktis ini betul? Jika salah, apakah tindakan yang betul?

JAWAPAN:Ya, betul. Seseorang diisytiharkan bankrap oleh Mahkamah, semua hartanya akan terletakhak kepada KPI. Oleh itu mana-mana akaun bank ataupun harta milikan bankrap akan diserah hak kepada KPI bagi tujuan penghasilan. Sebarang akaun yang dibuka di atas nama bankrap akan dibekukan, ditutup dan bakinya akan diserahkan kepada MdI untuk dikreditkan ke dalam akaun estet kebankrapan.Dengan itu, semua pembayaran hutang akan diberhentikan, kerana segala pembayaran hutang perlu dibuat melalui MdI. Pihak pemiutang boleh memfailkan tuntutan hutangnya terhadap bankrap di Cawangan MdI yang mentadbir kes kebankrapan bankrap tersebut.

HARTA

SoALAN 50: Bolehkah bankrap memiliki harta dan apa akan terjadi kepada harta beliau?

JAWAPAN: Seseorang bankrap tidak boleh memiliki harta selepas menjadi bankrap kerana undang-undang kebankrapan memperuntukkan bahawa sebaik sahaja seseorang itu diisytiharkan bankrap oleh Mahkamah, segala hartanya terletak hak kepada KPI. Oleh yang demikian, semua harta bankrap akan diserah kepada KPI untuk dijual dan diagih-agihkan kepada pemiutang-pemiutang yang memfailkan tuntutan melalui Borang Bukti Hutang di dalam kes kebankrapannya.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

54

Page 60: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3H

ART

A

SoALAN 51: Bolehkah harta bankrap dijual/dibeli oleh pihak ketiga?

JAWAPAN: Harta bankrap boleh dijual oleh KPI kepada pihak ketiga jika harta tersebut bukan harta bercagar. Apa–apa hasil penjualan tersebut akan digunakan oleh KPI bagi maksud membayar hutang bankrap kepada pemiutang-pemiutang yang memfailkan tuntutan melalui Borang Bukti Hutang di dalam kes kebankrapannya.

Jika harta tersebut merupakan harta bercagar, pemegang cagaran mempunyai kuasa untuk melelong harta tersebut dan mana-mana pihak ketiga boleh membelinya. Apa-apa lebihan hasil penjualan tersebut akan diserahkan kepada KPI bagi faedah pemuitang-pemuitangnya.

SoALAN 52: Jika individu tersebut mempunyai rumah yang didaftarkan di atas nama beliau dan isteri beliau (pemilikan bersama), bagaimana tindakan dari pihak tuan untuk menyelesaikan senario begini? Di dalamkesini,hanyasatupihakdiistiharkanmuflismanakalapihaklain tiada masalah.

JAWAPAN: Bahagian bankrap akan dipindah milik kepada nama KPI. Tawaran akan dibuat kepada pemilik ½ bahagian yang lain untuk membeli ½ bahagian milik bankrap.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

55

Page 61: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3H

ART

A

SoALAN 53: Bagaimanakah dengan status hartanah milik bankrap yang telah dipindah nama kepada orang lain?

JAWAPAN: Mana-mana harta yang dipindahkan dalam tempoh dua (2) tahun sebelum tarikh Perintah Kebankrapan dianggap tidak sah dan akan terletak hak di bawah nama KPI ini. Oleh itu, jika KPI mendapati bahawa bankrap sengaja berbuat demikian untuk mengelakkan daripada membayar kepada pemiutang beliau, KPI mempunyai kuasa untuk mendapatkan Perintah Mahkamah bagi mendapatkan semula harta tersebut untuk dipindahkan kepada KPI.

SoALAN 54:Bolehkah bankrap memasuki perjanjian penjualan hartanah?

JAWAPAN: Bankrap tidak boleh memasuki perjanjian penjualan hartanah miliknya kerana semua hartanahnya terletakhak kepada KPI dan hanya KPI mempunyai kuasa di bawah Akta Kebankrapan 1967 untuk menghasilkan harta bankrap bagi faedah pemuitang-pemuitangnya.

SoALAN 55: Apakah yang akan terjadi pada hartanah bankrap yang mempunyai pentadbir?

JAWAPAN: Sekiranya hartanah itu sememangnya milik bankrap yang telah meninggal dunia, hartanah tersebut masih terletak hak kepada KPI untuk dihasikan bagi membayar pemiutang.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

56

Page 62: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3H

ART

A

SoALAN 56: Bagaimanakah dengan harta yang diamanahkan oleh keluarga kepada seorang bankrap?

JAWAPAN: Seksyen 48 (1) (a) Akta Kebankrapan 1967 menyatakan bahawa harta yang dipegang secara amanah oleh bankrap tidak terletak hak kepada KPI. Bagaimanapun, jika bankrap menerima harta yang diwasiatkan kepada bankrap, harta tersebut akan menjadi terletakhak kepada KPI.

SoALAN 57:Apakah yang akan terjadi sekiranya bankrap menulis surat wasiat/ memberikan hibah ke atas warisnya?

JAWAPAN: Undang-Undang Kebankrapan memperuntukkan bahawa sebaik sahaja seseorang itu diisytiharkan bankrap oleh Mahkamah, segala hartanya terletak hak kepada KPI. Oleh yang demikian, harta bankrap hendaklah diserah kepada KPI untuk dijual dan diagih-agihkan kepada pemiutang-pemiutang yang memfailkan tuntutan melalui Borang Bukti Hutang di dalam kes kebankrapannya.

Justeru itu, bankrap tidak dibenarkan untuk memberi wasiat/hibah kepada warisnya selagi beliau belum dilepaskan daripada kebankrapannya. Dalam hal ini, bankrap sepatutnya mengutamakan pembayaran hutangnya terlebih dahulu.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

57

Page 63: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3H

ART

A

SoALAN 58: Adakah cukai jalan dan insuran kenderaan boleh dibayar sekiranya sudah diistiharkan bankrap?

JAWAPAN: Setelah seseorang individu diisytiharkan bankrap, semua harta bankrap termasuk kereta akan terletak hak kepada KPI seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 24(4) Akta Kebankrapan 1967 kecuali:

(a) harta yang dipegang oleh bankrap atas dasar amanah; dan

(b) alat dan perkakas seperti pakaian yang perlu dipakai dan tempat tidur untuk dirinya dan keluarga yang tidak melebihi RM5,000.00.

Oleh itu, secara amnya seseorang bankrap tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan insuran kereta kerana kereta tersebut terletak hak kepada KPI.

SoALAN 59:Saya sekarang menetap di Selangor dan sering berulang alik ke Institut Jantung Negara. Saya tidak pernah menerima sebarang notis dari pihak bank yang memberi saya pinjaman perumahan. Rumah saya telah dilelong dan telah dihuni penghuni baru sejak 2010. Saya mohon penjelasan dari pihak Insolvensi.

JAWAPAN:Untuk makluman tuan, MdI hanya menguruskan kes kebankrapan apabila perintah kebankrapan telah diisytiharkan oleh Mahkamah atas permohonan pihak pemiutang. Sebarang tindakan sebelum perintah kebankrapan dijatuhkan merupakan di luar bidang kuasa MdI.

Jika tuan masih belum dibankrapkan dan tidak pernah mendapat apa-apa notis daripada pihak bank, tuan dinasihatkan untuk menghubungi pegawai bank berkaitan untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan serahan notis penjualan rumah kepada tuan.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

58

Page 64: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3H

ART

A

Bagaimana pun, jika tuan telah dibankrapkan, tuan boleh memohon supaya MdI mengadakan Mesyuarat Bersama Pemiutang untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada pemiutang yang telah menjual rumah tuan.

SoALAN 60:Ayah saya baru diisytiharkan bankrap pada 7.5.2014. Saya nak tanya kalau pembelian rumah atas nama saya, ayah dan mak, (beli rumah dalam tahun 2008) adakah termasuk dalam aset yang perlu diserahkan kepada KPI?

JAWAPAN:Sekiranya rumah itu yang dimiliki oleh ayah puan bersama dengan puan dan ibu puan itu tidak bercagar, bahagian ayah puan akan diserah hak kepada KPI. 13 Jika rumah itu masih bercagar, ia terpulang kepada budi bicara pihak pemiutang bercagar.

SoALAN 61:Saya seorang bankrap. Adakah harta milik suami juga perlu diserahkan kepada MdI? (kereta, rumah dan sebagainya)

JAWAPAN:Harta suami puan tidak perlu diserahkan kepada MdI kerana hanya harta dan aset yang didaftarkan di atas nama puan sebagai seorang bankrap sahaja terletak hak kepada KPI.

SoALAN 62:Bolehkah bankrap memindahkan hartanya?

JAWAPAN:Seorang bankrap tidak dibenarkan untuk memindahmilik hartanya kepada pihak ketiga selepas Perintah Kebankrapan dibuat terhadapnya. Setelah diisytiharkan bankrap, segala harta dan aset secara automatik terletak hak kepada KPI.

Sekiranya bankrap memindahmilik hartanya, ia akan menjadi satu kesalahan di bawah Akta Kebankrapan 1967.

13 Sila rujuk muka surat 17

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

59

Page 65: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3H

AK

BeK

eRJA

HAK BeKeRJA

SoALAN 63:Jika saya diistiharkan bankrap boleh ke saya dapat perkerjaan baru. Sekarang ada sebuah syarikat memberi tawaran kerja pada saya. Apa harus saya lakukan? Boleh ke saya membuka akaun bank kembali untuk urusan kemasukan gaji? Minta tolong dan penjelasan. Terima Kasih.

JAWAPAN:

(i) HAK BEKERJA

Seseorang bankrap tidak pernah dinafikan haknya untuk bekerjabagi menyelenggarakan kehidupannya dan keluarga. Bagaimana pun terdapat beberapa sekatan dan halangan.14

Sekiranya tuan ingin bekerja dalam sektor swasta, tuan masih terikat dan tertakluk pada syarat-syarat atau terma kontrak pekerjaan. Jika termanya menyatakan tuan perlu memaklumkan status sebenar tuan maka tuan mesti berbuat demikian. Majikan mempunyai pilihan sama ada untuk menawarkan pekerjaan kepada seorang bankrap.

(ii) AKAUN BANK

Jika tuan ingin membuka akaun bank, tuan perlu mengemukakan permohonan untuk membuka akaun terlebih dahulu ke cawangan MdI yang mentadbir kes kebankrapan berserta dokumen sokongan iaitu surat pengesahan jawatan daripada majikan dan penyata gaji. Permohonan bagi membuka akaun akan dipertimbangkan sekiranya bankrap bercadang untuk mempunyai akaun bank bagi tujuan pembayaran gaji, dan bankrap hanya akan dibenarkan untuk membuka satu akaun sahaja. Bagaimanapun, terdapat beberapa sekatan dan larangan.15

14 Sila rujuk di muka surat 12 hingga 18 15 Sila rujuk di muka surat 12 hingga 18

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

60

Page 66: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3BA

YAR

AN

BU

LAN

AN

SoALAN 64: Buat masa sekarang saya tidak bekerja lagi dan saya adalah surirumah sepenuh masa. Saya ingin berniaga kecil kecilan dan masalahnya sekarang saya diiktiraf sebagai bankrap. Jadi, bagaimanakah caranya untuk saya untuk meneruskan niat saya? Adakah saya boleh berniaga? Bagaimana saya harus menyimpan perolehan saya?

JAWAPAN: Seseorang bankrap tidak pernah dinafikan haknya untuk bekerjabagi menyelenggarakan kehidupannya dan keluarga.

Oleh itu, puan boleh berniaga asalkan perniagaan tersebut tidak berdaftar. Sekiranya perniagaan tersebut merupakan perniagaan yang berdaftar dan puan merupakan pemilik tunggal ataupun pengarah syarikat tersebut, puan hendaklah memohon kebenaran KPI di bawah seksyen 38 (1) (d) Akta Kebankrapan 1967 untuk meneruskan perniagaan atau memegang jawatan tersebut. Bagi menerima pendapatan pula, puan hendaklah memohon kebenaran bagi membuka akaun bank. Puan hendaklah membuat permohonan terlebih dahulu secara bertulis di cawangan MdI yang mentadbir kes kebankrapan puan.

BAYARAN BULANAN

SoALAN 65: Saya ingin bertanya apakah saya akan diberi peluang untuk menyelesaikan hutang secara bayaran bulanan?

JAWAPAN: Penyelesaian hutang boleh dibuat secara bayaran bulanan di cawangan MdI yang mentadbir kes tuan. Jumlah ansuran bulanan yang ditetapkan tidak kurang daripada 10% daripada jumlahpendapatan bulanan kasar bankrap atau RM100.00 yang mana lebih tinggi tertakluk juga kepada jumlah hutang tuan. 16 Tuan juga digalakkanuntukmembuatpembayaranyanglebihdaripada10%agar kes kebankrapan dapat diselesaikan dengan segera.

16 Sila rujuk di muka surat 11

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

61

Page 67: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3BA

YAR

AN

BU

LAN

AN

SoALAN 66:Saya ingin mengetahui bagaimana saya boleh membebaskan diri saya dari bankrap? Saya tidak mempunyai banyak wang. Tetapi untuk membayar secara ansuran saya rasa saya mampu membayarnya.

JAWAPAN:Penyelesaian kes kebankrapan boleh dibuat melalui sumbangan yang dibuat setiap bulan oleh bankrap ke dalam estet kebankrapan. Sumbangan ini dibuat dengan menetapkan bayaran ansuran bulanan yang mana jumlahnya hendaklah tidak kurang daripada 10% daripada jumlah pendapatan bulanan kasar bankrap atauRM100, yang mana lebih tinggi tertakluk juga kepada jumlah hutang tuan. Tuan juga digalakkan untuk membuat pembayaran yanglebihdaripada10%agarkeskebankrapandapatdiselesaikandengan segera.

SoALAN 67: Bolehkah bankrap membuat rayuan untuk mengurangkan jumlah bayaran ansuran bulanan?

JAWAPAN: Bankrap boleh membuat permohonan rayuan pengurangan ansuran bulanan kepada cawangan MdI yang mentadbir kes kebankrapan berserta dengan alasan pengurangan. Pertimbangan yang sewajarnya terhadap rayuan tersebut akan diberikan berdasarkan fakta kes, jumlah hutang dan keadaan semasa bankrap. Bankrap juga perlu mengisi borang Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan 6 bulan sebagai panduan kepada pihak MdI untuk meneliti pendapatan dan perbelanjaan bankrap setiap bulan dan diambil kira dalam membuat keputusan.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

62

Page 68: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3BA

YAR

AN

BU

LAN

AN

SoALAN 68:Saya terpaksa menangguh pembayaran kerana tiada pekerjaan. Apakah tindakan selanjutnya yang harus saya lakukan setelah saya mendapat pekerjaan baru?

JAWAPAN:Tuan bolehlah memaklumkan kepada cawangan MdI yang mentadbir kes kebankrapan tuan berkenaan dengan pekerjaan baru tuan agar pembayaran ansuran dapat diteruskan.

Tuan dikehendaki mengemaskini pembayaran ansuran bulanan yang tertunggak setelah mendapat pekerjaan yang baru.

SoALAN 69:Kalausayaada10hutangdenganbankdankoperasi.Adakah10%dari gaji untuk setiap hutang saya perlu bayar setiap bulan?

JAWAPAN:Tuan akan diarahkan untuk membuat pembayaran/potongan sebanyak10%daripadapendapatanbulananyangdiperolehdanpemotongan10%itutidakdibuatuntuksetiaphutangtetapiuntuksemua hutang tuan dan dibuat sekali sahaja setiap bulan. Tuan juga digalakkanuntukmembuatpembayaranyanglebihdaripada10%agar kes kebankrapan dapat diselesaikan dengan segera. Bayaran ansuran bulanan yang dibuat akan digunakan oleh KPI untuk membayar kesemua pemiutang tuan yang memfailkan Borang Bukti Hutang.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

63

Page 69: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3K

UM

PULA

N W

AN

G S

IMPA

NA

NPe

KeR

JA (

KW

SP)

KUMPULAN WANG SIMPANAN PeKeRJA (KWSP)

SoALAN 70: Setelah seseorang itu diisytiharkan bankrap, apa akan terjadi kepada simpanan KWSP?

JAWAPAN: Apabila seseorang pencarum diisytiharkan bankrap, wang simpanan KWSP akan kekal dalam simpanan KWSP sehingga bankrap tersebut mengeluarkan wang KWSPnya dalam tempoh pengeluaran yang dibenarkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.

SoALAN 71: Bolehkah seseorang bankrap mengunakan simpanan KWSP untuk menjelaskan hutang?

JAWAPAN: Pengeluaran wang caruman KWSP bagi tujuan menjelaskan hutang dengan MdI tidak termasuk dalam kategori pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP. Walau bagaimanapun, sekiranya bankrap telah mencapai umur 50 atau 55 tahun bankrap boleh membuat pengeluaran wang KWSP tersebut untuk menjelaskan hutang melalui MdI.

SoALAN 72: Saya masih bekerja di syarikat swasta. Pertanyaan saya ialah bagaimana tentang pencarum KWSP saya sama ada majikan saya masih boleh mencarum untuk saya atau tidak.

JAWAPAN: Caruman KWSP merupakan sesuatu yang perlu dilakukan oleh majikan menurut Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991. Sehubungan itu, walaupun tuan telah dibankrapkan, majikan tuan masih perlu untuk membuat caruman tersebut.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

64

Page 70: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3K

UM

PULA

N W

AN

G S

IMPA

NA

NPe

KeR

JA (

KW

SP)

SoALAN 73:Tolong jelaskan jenis aset-aset yang dibekukan setelah diisytihar bankrap. Adakah Simpanan KWSP juga dikira aset dan dibekukan?

JAWAPAN:Kesan daripada Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman yang direkodkan terhadap bankrap segala harta milik bankrap akan terletak hak atas nama KPI menurut peruntukan 24(4) Akta Kebankrapan 1967.

Bagaimanapun, bagi wang simpanan KWSP, wang tersebut akan kekal dalam simpanan KWSP sehingga bankrap tersebut mengeluarkan wang KWSPnya dalam tempoh pengeluaran yang dibenarkan di bawah Akta Kumpulanwang Simpanan Pekerja 1991.

SoALAN 74:Saya seorang majikan yang telah bankrap telah disekat oleh KWSP untuk ke luar negara walaupun MdI telah membenarkan saya berbuat demikian. Bolehkah saya membayar terus hutang saya kepada KWSP bagi membolehkan saya ke luar negara?

JAWAPAN: Apabila seseorang itu telah dijatuhkan hukuman kebankrapan semua hartanya terletak hak kepada KPI. Bankrap juga dilindungi daripada dikacau ganggu oleh mana-mana orang yang memintanya melunaskan hutang kepada pemuitangnya.

Pemiutang tersebut dalam kes ini, KWSP boleh menuntut hutangnya terhadap bankrap dengan memfailkan Borang Bukti Hutang. Apa-apa bayaran hutang kepada mana-mana pemuitang hanya boleh dibuat melalui MdI bagi menjaga kepentingan semua pemuitang yang telah memfailkan Borang Bukti Hutang menurut Akta Kebankrapan 1967.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

65

Page 71: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3K

UM

PULA

N W

AN

G S

IMPA

NA

NPe

KeR

JA (

KW

SP)

Sehubungan itu, tuan tidak boleh membayar terus kepada KWSP. Tuan boleh merujuk kepada KWSP untuk mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh mereka bagi membolehkan tuan ke luar negara selain daripada syarat membayar tunggakan tersebut.

PeNJAMIN SoSIAL

SoALAN 75:Saya telah menjadi penjamin kepada individu ini untuk membeli sebuah kereta Honda City berwarna hijau tua. Tolong beritahu saya bagaimana saya boleh keluarkan nama saya tanpa perlu membayar hutang bagi pihak yang berhutang. JAWAPAN:Tuan dinasihatkan untuk berbincang dengan pemiutang bagi menyelesaikan isu ini kerana MdI hanya berfungsi mentadbir hal ehwal kebankrapan.

SoALAN 76:Untuk makluman, saya adalah penjamin kepada Puan H untuk Bank Rakyat dan saya telah disenarai hitam oleh CTOS. Pada Jumaat lepas saya ingin membuat pembayaran penyelesaian bagi akaun Bank Rakyat tersebut. Namun begitu, bayaran tidak boleh dibuat keranaPuanHtelahpundiisytiharkanmuflis.Sayapunberjumpadengan kerani Puan H pada hari Jumaat yang sama dan beliau beritahubahawapengisytiharanmuflisinibukandibuatolehBankRakyat. Saya tidak pernah berjumpa Puan H sejak 6 tahun lepas.

Di sini saya ingin mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan dari tuan agar bayaran dapat dibuat dan seterusnya membersihkan nama saya.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

66

Page 72: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3Pe

NJA

MIN

So

SIA

L

JAWAPAN:Tuan dinasihatkan untuk membuat semakan status kebankrapan untuk mengetahui sama ada tuan seorang yang bankrap atau tidak.

Sekiranya tuan masih belum dibankrapkan, tuan sebagai penjamin kepada bankrap, boleh menyelesaikan pinjaman tersebut dengan berbincang secara terus dengan Bank Rakyat tanpa merujuk kepada MdI bagi mengelakkan tindakan kebankrapan diambil terhadap tuan.

Walau bagimanapun, sekiranya tuan telah dibankrapkan, tuan tidak boleh membuat pembayaran terus kepada bank. Tetapi tuan perlu membuat bayaran penyelesaian di MdI supaya dapat keluar dari kebankrapan. Setelah itu, tuan boleh memfailkan Borang Bukti Hutang bagi jumlah yang tuan telah bayar di fail kebankrapan peminjam.

SoALAN 77:Saya adalah penjamin kepada seorang yang GAGAL menjelaskan hutang beliau pada pihak bank. Adakah saya juga akan turut menerima tindakan mahkamah sebagai bankrap dan di larang ke luar negara oleh pihak imigresen?

JAWAPAN:Sekiranya pihak peminjam itu gagal untuk membuat pembayaran hutang kepada pihak bank maka tuan juga boleh dikenakan tindakan kebankrapan oleh bank tersebut. Pada kebiasaannya, pihak bank atau pemiutang akan mengambil tindakan kebankrapan terhadap penjamin sekiranya hutang tidak dapat dibayar oleh pihak peminjam.

Hanya sekiranya tuan telah diisytiharkan bankrap oleh Mahkamah, sekatan ke luar negara akan dikenakan terhadap tuan selaras dengan Akta Kebankrapan 1967.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

67

Page 73: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3Pe

NJA

MIN

So

SIA

L

SoALAN 78:Jika penjamin membayar/menjelaskan semua hutang bankrap, bolehkah taraf bankrap itu ditarik balik serta merta atau terpaksa menunggu beberapa hari atau minggu untuk melupuskan taraf bankrap tersebut?

JAWAPAN:Jika penjamin menjelaskan semua hutang bankrap, bankrap tersebut boleh memohon ke Mahkamah untuk pembatalan Perintah Kebankrapan. Tempoh masa untuk mendapatkan perintah tersebut bergantung kepada perbicaraan yang ditetapkan oleh Mahkamah.17

Sebaik sahaja perintah tersebut diperoleh MdI akan memasukkan maklumat tersebut dalam sistem di MdI dan nama bankrap tidak lagi akan dikeluarkan daripada senarai orang bankrap.

17 Sila rujuk di muka surat 8

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

68

Page 74: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3Pe

NJA

WAT

AW

AM

PeNJAWAT AWAM

SoALAN 79: Bolehkah saya sebagai kakitangan Kerajaan dikenakan tindakan bankrap dan apakah kesan kepada pekerjaan saya sekarang?

JAWAPAN: Tindakan kebankrapan juga boleh diambil terhadap kakitangan Kerajaan yang berhutang RM30,000.00 dan ke atas. Salah satu kesan kebankrapan terhadap penjawat awam ialah boleh dikenakan tindakan tatatertib18.

SoALAN 80:Saya ingin bertanya jika seorang penjawat awam dicadangkan diambil tindakan di bawah seksyen 91(2) Akta Kebankrapan 1967 kerana kegagalan mengemaskini ansuran bulanan. Apakah tindakan tatatertib yang sewajarnya diambil oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Jabatan terhadap bankrap?

JAWAPAN: Sekiranya seseorang penjawat awam diambil tindakan tersebut dan didapati bersalah oleh Mahkamah, terpulang kepada Ketua Jabatan berkenaan untuk mengambil apa-apa tindakan sepertimana yang telah termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 kerana ia berada di luar bidang kuasa MdI.

SoALAN 81:Saya ingin mengemukakan satu pertanyaan. Saya seorang penjawat awam. Katakan suami saya telah diisytiharkan bankrap. Adakah ini akan memberi kesan terhadap perjawatan saya sebagai seorang penjawat awam? Adakah akaun bank saya turut dibekukan?

18 Sila rujuk di muka surat 13 hingga 15

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

69

Page 75: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3Te

MPo

H K

eBA

NK

RA

PAN

JAWAPAN:Kesan kebankrapan tidak memberikan kesan kepada isteri, anak-anak atau keluarga kerana kesan kebankrapan hanya kepada individu bankrap.

Oleh itu, kebankrapan suami puan tidak memberi kesan kepada penjawatan puan sebagai penjawat awam dan akaun bank puan tidak akan dibekukan.

Namun, sekiranya terdapat aset yang dimiliki oleh suami puan secara bersama dengan puan, bahagian suami puan jika aset itu bebas daripada sebarang bebanan akan diserahkan haknya kepada KPI.

TeMPoH KeBANKRAPAN

SoALAN 82: Berapa lamakah seseorang individu itu berada dalam kebankrapan?

JAWAPAN:Tiada tempoh tertentu yang telah diperuntukkan oleh Akta Kebankrapan 1967 untuk seseorang itu menjalani hukuman kebankrapan tetapi tempoh sesuatu kebankrapan itu tertakluk kepada tempoh penyelesaian yang diambil oleh bankrap dalam menyelesaikan hutangnya.

SoALAN 83:Saya seorang bankrap lebih dari 5 tahun dan telah berdaftar dengan Jabatan Insolvensi Cawangan Selangor. Saya nak bertanya berapa lama tempoh seorang bankrap itu dihukum dan bagaimana cara untuk mohon dilepaskan.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

70

Page 76: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3B

oR

AN

G B

UK

TI H

UTA

NG

JAWAPAN:Akta Kebankrapan 1967 tidak menetapkan tempoh atau had masa bagi seseorang bankrap boleh dilepaskan daripada kebankrapan. Walau bagaimanapun, bankrap boleh memohon pelepasan melalui Mahkamah di bawah seksyen 33(3) Akta Kebankrapan 1967 atau permohonan pelepasan melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi di bawah seksyen 33A Akta Kebankrapan 1967.

BoRANG BUKTI HUTANG

SoALAN 84: Bagaimanakah cara pemfailan Borang Bukti Hutang?

JAWAPAN: Pemiutang perlu mengisi Borang Bukti Hutang yang boleh diperolehi di cawangan MdI beserta dokumen sokongan seperti salinan perjanjian jualbeli, penyata akaun dan penghakiman. Bayaran akan dikenakan mengikut jumlah tuntutan yang difailkan.

SoALAN 85: Berapakah kadar bayaran untuk pemfailan Borang Bukti Hutang?

JAWAPAN: Kaedah-Kaedah (Bayaran) Kebankrapan 1969 memperuntukkan bagi tuntutan yang kurang RM500.00 bayaran akan dikenakan sebanyak RM5.00 manakala bagi tuntutan yang melebihi RM500.00 pula bayaran dikenakan sebanyak RM10.00.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

71

Page 77: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3D

IvID

eN

DIvIDeN

SoALAN 86: Bilakah dividen dibayar kepada pemiutang?

JAWAPAN: Dividen pertama perlu diisytiharkan oleh KPI dalam tempoh dua belas (12) bulan selepas Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman dibuat terhadap bankrap jika jumlah yang terdapat dalam estet kebankrapan mencukupi untuk membuat bayaran dividen tersebut. Sekiranya baki estet kebankrapan tidak mencukupi, notis penangguhan pengisytiharan dividen di bawah Seksyen 62(2) Akta Kebankrapan 1967 akan dikeluarkan oleh MdI.

Dividen seterusnya akan dibayar jika selepas membuat bayaran ansuran yang konsisten atau terdapat penghasilan aset yang menyebabkan jumlah estet kebankrapan mencukupi untuk berbuat sedemikian.

SoALAN 87: Sekiranya terdapat lebihan dividen dalam akaun bankrap, dalam tempoh berapa lamakah wang lebihan tersebut akan diserahkan kepada bankrap selepas pelepasan? Adakah terdapat undang- undang yang memerlukan wang tersebut diserahkan dalam tempoh-tempoh tertentu?

JAWAPAN: Merujuk kepada Seksyen 69 Akta Kebankrapan 1967 seorang bankrap berhak untuk mendapatkan wang lebihan selepas pembayaran penuh dibuat terhadap semua pemiutang-pemiutang termasukkos,fidanperbelanjaanKPI.Tiadaperuntukkandinyatakandalam Akta Kebankrapan 1967 mengenai tempoh pemulangan baki lebihan estet tersebut. Walaupun demikian, MdI sentiasa berusaha untuk membuat pemulangan tersebut dalam suatu tempoh yang munasabah selepas mengambil tindakan yang diperuntukan di bawah Akta Kebankrapan 1967.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

72

Page 78: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3PI

ND

AH

AN

FA

IL

PINDAHAN FAIL

SoALAN 88: Apakah prosedur pindah fail?

JAWAPAN: Permohonan perlu dikemukakan secara bertulis ke cawangan MdI yang mentadbir kes kebankrapan beserta dengan dokumen sokongan yang membuktikan bankrap menetap di kawasan yang dipohon, supaya dokumen ini boleh dieksibitkan dalam permohonan.

Sebaik sahaja permohonan pemindahan fail diterima, pegawai kes akan memfailkan permohonan ke Mahkamah bagi memindahkan fail tersebut ke cawangan MdI yang dipohon. Mahkamah kemudiannya akan menetapkan tarikh pendengaran bagi membuat keputusan berkaitan permohonan tersebut sama ada dibenarkan ataupun tidak.

Sebagai makluman, tempoh untuk pemindahan fail bergantung kepada tarikh pendengaran yang ditetapkan oleh Mahkamah.

Sekiranya dibenarkan, perintah akan dikeluarkan dan cawangan MdI sedia ada akan mengambil tindakan memindahkan fail tersebut ke cawangan MdI yang dipohon.

SoALAN 89:Saya ingin pindahkan fail saya dari Negeri Sembilan ke Johor. Apakah yang saya perlu buat?

JAWAPAN:Sekiranya tuan ingin memindahkan fail tuan ke MdI cawangan Johor, tuan hendaklah membuat permohonan di MdI cawangan Negeri Sembilan dengan mengemukakan dokumen yang membuktikan tuan menetap di Johor supaya dokumen ini boleh dieksibitkan dalam permohonan. Fail kebankrapan tuan akan dipindahkan ke MdI cawangan Johor setelah mendapat perintah Mahkamah untuk pindahkan fail.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

73

Page 79: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3PI

ND

AH

AN

FA

IL

Sebaik sahaja permohonan pemindahan fail diterima, pegawai kes akan memfailkan permohonan ke Mahkamah bagi memindahkan fail tersebut ke MdI cawangan Negeri Sembilan. Mahkamah kemudiannya akan menetapkan tarikh pendengaran bagi membuat keputusan berkaitan permohonan tersebut.

Sebagai makluman, tempoh untuk pemindahan fail bergantung tarikh pendengaran yang ditetapkan oleh Mahkamah. Sekiranya permohonan dibenarkan oleh Mahkamah, pegawai kes akan mengambil tindakan untuk memindahkan fail tersebut ke cawangan yang dipohon iaitu cawangan Johor.

Sementara menunggu perintah tersebut diperolehi, tuan bolehlah berurusan dengan MdI cawangan Johor sekiranya tuan mempunyai sebarang permohonan dan lain-lain. Namun pada masa yang sama, tuan hendaklah memaklumkan kepada MdI cawangan Negeri Sembilan bahawa permohonan/urusan sedang dibuat di MdI cawangan Johor. Manakala bagi urusan pembayaran ansuran bulanan, tuan bolehlah membuat bayaran secara bank draf melalui pos ke MdI cawangan Negeri Sembilan untuk mengelakkan isu tunggakan terhadap bayaran ansuran bulanan.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

74

Page 80: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3Pe

NY

eLeS

AIA

N H

UTA

NG

K

eBA

NK

RA

PAN

PeNYeLeSAIAN HUTANG KeBANKRAPAN

SoALAN 90:Bagaimanakah cara penyelesaian hutang kes kebankrapan?

JAWAPAN:Terdapat dua (2) cara untuk menyelesaikan hutang iaitu:

(i) Pembayaran secara penuh

Jumlah bayaran penyelesaian penuh terhadap hutang kes kebankrapan hendaklah dibuat di cawangan MdI yang mentadbir kes kebankrapan.

Bayaran perlu dibuat melalui bank draf atas nama “Ketua Pengarah Insolvensi”. Bankrap dinasihatkan menghubungi Pegawai yang mentadbir kes beliau di cawangan MdI yang berkaitan untuk mengetahui jumlah penyelesaian yang perlu dibayar.JumlahpenyelesaianadalahtermasukkosdanfiKPI.

(ii) Pembayaran secara ansuran bulanan

Untuk makluman, jumlah ansuran bulanan yang ditetapkan tidak kurang daripada 10% daripada jumlah pendapatanbulanan kasar bankrap atau RM100.00 yang mana lebih tinggi merupakan jumlah yang dikenakan bagi keseluruhan jumlah tuntutan hutang yang perlu dibayar oleh tuan pada setiap bulan.19

19 Sila rujuk di muka surat 11

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

75

Page 81: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3Pe

LePA

SAN

KeB

AN

KR

APA

N

SoALAN 91: Bolehkah bankrap memohon pengurangan hutang?

JAWAPAN: Sebarang pembayaran hutang hendaklah dibuat berdasarkan amaun tuntutan hutang yang telah difailkan oleh pihak pemiutang. Oleh itu, tiada sebarang pengurangan hutang boleh dibuat oleh MdI. Bagaimanapun, pihak MdI boleh menetapkan satu Mesyuarat Pertama Pemiutang bagi membincangkan permohonan bankrap untuk pengurangan hutang. Terpulanglah kepada pihak pemiutang sama ada untuk menerima atau tidak cadangan pengurangan ini.

SoALAN 92:Saya salah seorang yang diisytiharkan muflis kerana pinjamankereta. Saya ingin menyelesaikan semua hutang tersebut. Apa perlu saya lakukan setelah membuat bayaran penuh kepada pihak bank?

JAWAPAN:Segala pembayaran hutang perlu dibuat kepada MdI dan bukannya terus kepada bank. Setelah bayaran dibuat di MdI, maka tuan perlu dapatkan peguam untuk failkan permohonan pembatalan perintah kebankrapan tuan. Sekiranya tuan telah membuat pembayaran kepada bank maka tuan perlu maklumkan kepada MdI dan juga memaklumkan kepada bank untuk kembalikan wang tersebut kepada MdI untuk tindakan lanjut.

Ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kebankrapan 1967 untuk bankrap membuat bayaran terus kepada bank dan untuk bank menerima bayaran hutang secara terus daripada bankrap.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

76

Page 82: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3Pe

LePA

SAN

KeB

AN

KR

APA

N

PeLePASAN KeBANKRAPAN

SoALAN 93: Salam. Saya telah ditadbir oleh Insolvensi selama setahun dan tidak pernah gagal membuat bayaran pada setiap bulan sebanyak RM 500.00 melalui potongan gaji dan sentiasa bekerjasama dengan pihak Insolvensi. Oleh itu saya mohon pelepasan bankrap kerana saya tidak boleh mendaftar haji. Seperti yang kita ketahui giliran haji adalah sangat lama dan saya perlu mendaftar dahulu. Saya mohon bantuan Insolvensi untuk memberi jalan bagaimana prosedur yang membolehkan saya buat pelepasan. Sangat berharap Insolvensi dapat memberi kelonggaran bagi orang yang mempunyai rekod bayaran baik seperti yang diwar-warkan di media masa. Kes saya di bawah kelolaan MdI cawangan Muar.

JAWAPAN:Tiada halangan bagi seorang bankrap untuk mendaftar diri di Tabung Haji bagi tujuan untuk menunaikan haji. Sekiranya giliran untuk menunaikan haji telah diberikan oleh pihak Tabung Haji, bankrap hendaklah mengemukakan permohonan mendapatkan kebenaran bagi meninggalkan Malaysia di bawah seksyen 38 (1)(c) Akta Kebankrapan 1967 atas tujuan tersebut. Kebenaran meninggalkan Malaysia bagi tujuan mengerjakan ibadah/haji akan diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh kebankrapan.

SoALAN 94:Berapa lamakah masa yang diambil oleh MdI untuk mengeluarkan nama bankrap setelah mendapat pelepasan kebankrapan?

JAWAPAN: Selepas mendapat pelepasan, nama bankrap akan terus dikemaskini dalam sistem MdI serta merta pada hari yang sama. Ini bermaksud penama tidak lagi terikat dengan larangan dan sekatan di bawah Akta Kebankrapan 1967 bermula daripada tarikh tersebut.

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

77

Page 83: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3Pe

LePA

SAN

KeB

AN

KR

APA

N

SoALAN 95: Boleh saya tahu tak kalau dah bayar penuh hutang tersebut, bila nama emak saya akan dikeluarkan dari kebankrapan ya?

JAWAPAN:Sekiranya hutang telah dijelaskan sepenuhnya, permohonan untuk membatalkan nama ibu puan daripada status kebankrapan hendaklah dibuat di Mahkamah.

Semak semula bayaran yang dibuat sama ada mencukupi untuk menjelaskan tuntutan hutang termasuk kos dan fi KPI bagimembolehkan MdI menyokong permohonan pembatalan tersebut. Permohonan pembatalan dikemukakan ke Mahkamah dan satu tarikh pendengaran akan ditetapkan oleh Mahkamah.

Setelah perintah pembatalan diberikan oleh mahkamah, nama ibu puan akan dikemaskini dalam sistem MdI serta merta pada hari yang sama. Ibu puan tidak terikat dengan larangan dan sekatan di bawah Akta Kebankrapan 1967 bermula daripada tarikh tersebut.

SoALAN 96:Apakah wujud pelepasan secara automatik?

JAWAPAN:Tiada peruntukan dalam Akta Kebankrapan 1967 yang memberikan pelepasan kepada bankrap secara automatik. Pelepasan hanya boleh dibuat dengan dua (2) cara.20

20 Sila rujuk di muka surat 19 hingga 21

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

78

Page 84: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Seks

yen

3Ko

S D

AN

F

KoS DAN FI

SoALAN 97: ApakahyangdimaksudkanolehkosdanfiKPI?

JAWAPAN: Kos dan Fi KPI merupakan kos yang dikenakan untuk membayar kos pentadbiran kes-kes kebankrapan yang ditanggung oleh KPI seperti yang termaktub diperuntukan Akta Kebankrapan 1967. Jumlah kos danfiyangdikenakaniniadalahsebagaimanaditetapkandibawahJadual B & C Kaedah-Kaedah Kebankrapan 1967.21

SoALAN 98:Bolehkahbankrapmemohonpengurangankosdanfi?

JAWAPAN: Menurut Akta Kebankrapan 1967, kuasa untuk mengurangkan kos dan fi terletak kepada Menteri Kewangan. Sehubungan itu,sekiranya bankrap tidak berpuashati dengan kadar yang dikenakan, bankrap bolehlah membuat rayuan kepada Menteri Kewangan dengan mengemukakan permohonan melalui MdI.

eJeN

SoALAN 99: Adakah seseorang yang bankrap boleh melantik orang ketiga atau ejen untuk berurusan dengan MdI bagi urusan bayaran ansuran dan apa-apa hal lain berkaitan dengan kes kebankrapannya?

21 Sila rujuk di muka surat 24 hingga 26

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

79

Page 85: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

JAWAPAN:MdI hanya berurusan secara terus dengan seseorang bankrap dan tidak akan melayan mana- mana pihak ketiga atau ejen bagi pihak bankrap melainkan peguam yang dilantik oleh bankrap atau keluarga terdekat seseorang bankrap jika bankrap itu tidak berupaya untuk membuat urusan secara sendiri. Ini adalah untuk mengelakkan bankrap dikenakan bayaran tambahan oleh pihak ketiga atau ejen itu yang mana bayaran tambahan itu boleh digunakan untuk membayar hutang bankrap.

SoALAN 100:Saya ada menerima panggilan dari Encik A dari MdI dan meminta saya membuat bayaran hutang saya kepada bank. Jika gagal, MdI akan membankrapkan saya dan melelong rumah saya. Adakah Encik A merupakan pegawai MdI? Bolehkah MdI memaksa saya membuat bayaran kepada bank walau pun saya belum lagi bankrap?

JAWAPAN:MdI tidak membankrapkan mana-mana individu.

Sekiranya seseorang individu itu belum bankrap, ia berada di luar bidangkuasa MdI. Dengan itu, MdI tidak pernah dan tidak akan menghubungi mana-mana individu agar menjelaskan bayaran hutangnya dengan mana- mana bank. Hanya bank atau pemuitang yang berkaitan dengan pinjaman individu itu yang akan mengambil tindakan kebankrapan jika individu itu gagal membayar hutangnya.

Jika individu itu seorang bankrap, MdI tidak pernah dan tidak akan berurusan dengan sesiapa pun melalui panggilan telefon bagi tujuan membuat bayaran hutang. Kesemua urusan dibuat secara rasmi dan mengikut prosedur yang ditetapkan dalam Akta Kebankrapan 1967.

Tuan dinasihatkan untuk hubungi bank tersebut.

Seks

yen

3Ko

S D

AN

F

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

80

Page 86: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

BAGAIMANA UNTUK MeNGHUBUNGI MdI

Seksyen 4

“Until I have cleaned off my debts to you, what I eat is not food but filth!” – (Indian Proverbs)

Page 87: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

SEMENANJUNGMALAYSIA

Kangar

Alor Star

SABAH & SARAWAK

Pulau Pinang

Taiping

Ipoh

Shah AlamKuala Lumpur

Raub Kuantan

Kuala Terengganu

Miri

Sibu

Kuching

Tawau

SandakanKota Kinabalu

Kota Bharu

Temerloh

Seremban

MelakaMuar

Johor Bahru

SEMENANJUNGMALAYSIA

Kangar

Alor Star

SABAH & SARAWAK

Pulau Pinang

Taiping

Ipoh

Shah AlamKuala Lumpur

Raub Kuantan

Kuala Terengganu

Miri

Sibu

Kuching

Tawau

SandakanKota Kinabalu

Kota Bharu

Temerloh

Seremban

MelakaMuar

Johor Bahru

CAWANGAN MdI

CA

WA

NG

AN

MdI

Seks

yen

4RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

82

Page 88: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

CA

WA

NG

AN

MdI

Seks

yen

4

ALAMAT DAN NoMBoR CAWANGANYANG BoLeH DIHUBUNGI

IBU PeJABAT

JABATAN INSoLveNSI MALAYSIAAras 2-3, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62692 PutrajayaTelefon : 03 - 8885 1000Fax : 03 - 8885 1303

ZoN TeNGAH

Jabatan Insolvensi MalaysiaCawangan SelangorMenara MRCB, Tingkat 12, 13, 13A & 18No. 2, Jalan Majlis 14/10, Seksyen 1440712 Shah AlamSelangor Darul EhsanTelefon : 03 - 5623 2400Fax : 03 - 5623 2427

Jabatan Insolvensi MalaysiaCawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 22, 23, 24 &25, Menara TH Perdana 1001Jalan Sultan Ismail50250 Kuala LumpurTelefon : 03 - 2618 3000 Fax : 03 - 2697 5206 / 0870

ZoN SeLATAN

Jabatan Insolvensi MalaysiaCawangan Johor BharuAras 12, Menara Tabung HajiJalan Ayer Molek80720 Johor BharuJohor Darul TakzimTelefon : 07 - 226 1644 / 45Fax : 07 - 224 1644

Jabatan Insolvensi MalaysiaCawangan MuarAras 1A / 2A / 2B / 3ABangunan Lembaga Tabung HajiJalan Sisi84000 MuarJohor Darul TakzimTelefon : 06 - 952 2112Fax : 06 - 952 5627

Jabatan Insolvensi MalaysiaCawangan MelakaAras 12, Wisma Persekutuan,Jalan Persekutuan, Hang Tuah Jaya75450 Ayer Keroh, MelakaTelefon : 06 - 234 5521 / 5522 / 5523 / 748 2743Fax : 06 - 234 5524

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

83

Page 89: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Jabatan Insolvensi MalaysiaCawangan Negeri SembilanTingkat Bawah & Mezzanine,1, 2, 3 & 4 Bangunan Tabung HajiWisma Arab MalaysianJalan Tuanku Munawir70000 SerembanNegeri Sembilan Darul KhususTelefon : 06 - 763 8516Fax : 06 - 761 9316

ZoN UTARA

Jabatan Insolvensi MalaysiaCawangan KedahAras 3, Wisma Persekutuan,Jalan Kampung Baru,05000 KedahKedah Darul AmanTelefon: 04 - 720 1100Fax: 04 - 720 1101

Jabatan Insolvensi MalaysiaCawangan Pulau PinangAras 9, Bangunan Persekutuan Pulau Pinang, Jalan Anson10400 Pulau PinangTelefon : 04 - 2104 200Fax : 04 - 228 2335

Jabatan Insolvensi MalaysiaCawangan IpohAras 2, Bangunan KWSPJalan Greentown30450 IpohPerak Darul RidzuanTelefon : 05 - 240 9400Fax : 05 - 240 9500

Jabatan Insolvensi MalaysiaCawangan TaipingNo. 19, Aras 1, Lot 2842 - 2847 Jalan Idris34000 Taiping, Perak Darul RidzuanTelefon : 05 - 805 4351 / 350Fax : 05 - 805 4349

Jabatan Insolvensi MalaysiaCawangan PerlisAras 7, Bangunan KWSPJalan Bukit Lagi01000 KangarPerlis Indera KayanganTelefon : 04 - 978 2111 / 2112Fax : 04 - 978 2113

ALAMAT DAN NoMBoR CAWANGAN YANGBoLeH DIHUBUNGI

CA

WA

NG

AN

MdI

Seks

yen

4RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

84

Page 90: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

CA

WA

NG

AN

MdI

Seks

yen

4

ZoN TIMUR

Jabatan Insolvensi MalaysiaCawangan KelantanAras 1, Lot 1, Bangunan Lembaga Tabung Haji, Wisma Ilmu , Jalan Doktor, 15516 Kota BharuKelantan Darul NaimTelefon : 09 - 744 0445 / 748 2743Fax : 09 - 748 6181

Jabatan Insolvensi MalaysiaCawangan TerengganuAras 5, Wisma PERKESOLot 2467, Jalan Air Jernih20538 Kuala TerengganuTerengganu Darul ImanTelefon : 09 - 623 3066 / 0655 / 0669Fax : 09 - 623 6428

Jabatan Insolvensi MalaysiaCawangan KuantanAras 4, Wisma PuriwirawanJalan Gambut25000 KuantanPahang Darul MakmurTelefon : 09 - 516 2022Fax : 09 - 516 2023

Jabatan Insolvensi MalaysiaCawangan TemerlohAras 4 & 5, Bangunan Lembaga Tabung HajiLot 2123, Jalan Ibrahim28000 TemerlohPahang Darul MakmurTelefon : 09 - 296 2424Fax : 09 - 296 2620

ZoN MALAYSIA TIMUR

SABAH

Jabatan Insolvensi MalaysiaCawangan Kota KinabaluAras 5, Blok A,Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan SabahJalan Sulaiman Likas88450 Kota KinabaluSabahTelefon : 088 - 488 681 / 2Fax : 088 - 488 689

Jabatan Insolvensi MalaysiaCawangan TawauAras TB334 A & 334 BBlok 42, Lot 9 Parcel 110 & 111Tingkat Bawah & 1Kompleks Fajar , Jalan Merdeka 2/391000 TawauSabahTelefon : 089 - 754 030Fax : 089 - 754 021

ALAMAT DAN NoMBoR CAWANGAN YANGBoLeH DIHUBUNGI

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

85

Page 91: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

Jabatan Insolvensi MalaysiaSandakan BranchLevel 5 & 6,Menara Rickoh , Batu 4Jalan Utara90000 Sandakan, SabahTelefon : 089 - 228 464Fax : 089 - 214 377

SARAWAK

Jabatan Insolvensi MalaysiaCawangan KuchingTingkat 1, Wisma Hong,No. 202, Batu 2 3/4, Jalan Rock, 93200 KuchingSarawakTelefon : 082 - 243 512Fax : 082 - 427 891

Jabatan Insolvensi MalaysiaCawangan MiriTingkat 14, Bangunan Yu Lan PlazaJalan Brooke, Peti Surat 76698009 Miri, SarawakTelefon : 085 - 442 393 / 311Fax : 085 - 422 446

Jabatan Insolvensi MalaysiaCawangan SibuTingkat 4, Wisma Persekutaan Blok III, Persiaran BrookePeti Surat 132096008 Sibu, SarawakTelefon : 084 - 336 303 / 345 741Fax : 084 - 316 222

ALAMAT DAN NoMBoR CAWANGAN YANGBoLeH DIHUBUNGI

CA

WA

NG

AN

MdI

Seks

yen

4RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

86

Page 92: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

TIPSeksyen 5

“Poverty is no blessing, worse even is taking loans and being unable to repay.” – (Buddha)

Page 93: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

SeBAB-SeBAB YANG BoLeH MeMBAWA KePADA KeBANKRAPAN

Sewa Beli Kenderaan

PenjaminSosial

Biasiswa/PinjamanPelajaran

Keberhutanaganyang lain

PenjaminKorporat

PinjamanPerumahan

PinjamanPeribadi

HutangKad Kredit

PinjamanPerniagaan

HutangCukai

Pendapatan

TIP

Seks

yen

5RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

88

Page 94: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

LAPORKAN KEPADA PIHAK BERKUASA SEKIRANYA

KAD PENGENALAN ANDA HILANG BAGI MENGELAKKAN SALAH GUNA OLEH PIHAK

KETIGA

AMALKAN BUDAYA MENABUNG UNTUK MEMINIMAKAN

HUTANG

GUNAKAN KAD KREDIT DENGAN

BERHEMAH

URUSKAN HUTANG DENGAN BIJAK

ELAKKAN MENJADI PENJAMIN

CARA UNTUK MeNGeLAKKAN DARIPADA KeBANKRAPAN:

TIP

Seks

yen

5

BERBELANJA MENGIKUT KEMAMPUAN

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

89

Page 95: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

CARA UNTUK MeMBUAT ADUANDAN PeRTANYAAN:

TIP

Seks

yen

5

emel

Facebook

Telefon

Faks

Portal

[email protected]

https://www.facebook.com/mdi

03-8885 1288

03-8885 1302

http://www.mdi.gov.mydi ruangan Maklum balas dan Komen

atau di ruangan e-Aduan.

Hadir sendiri atau melalui surat ke alamat: Jabatan Insolvensi Malaysia, Aras 3, Presint 3,62692 Putrajaya

Hadir sendiri ke Ibu pejabat di Putrajaya atau Cawangan-Cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia yang berdekatan

RUJUKAN PANTAS KeBANKRAPAN - Panduan untuk Penghutang JABATAN INSoLveNSI MALAYSIA

90

Page 96: MdI MEMBANKRAPKAN ANDA”...Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005] telah menggariskan dasar Kerajaan terhadap perlantikan calon yang akan dilantik ke

“MdI SeDIA MEMBANTU ANDA”