kmj upsr 2005 sains

Upload: zakitamsir

Post on 06-Jul-2015

787 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

018/028/038

SAINS

BENTUK KERTAS SOALAN Kertas Sains (018/028/038) terdiri daripada 2 bahagian iaitu: Bahagian A Terdapat 30 soalan objektif aneka pilihan dan soalan aneka gabungan yang berjumlah 30 markah. Soalan ini merangkumi konstruk seperti berikut: Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Konstruk Pengetahuan Fakta Pengetahuan Istilah Pengetahuan Kaedah Pengetahuan Prinsip Pengetahuan Urutan Pengetahuan Pengelasan Kefahaman Penterjemahan Kefahaman Pentafsiran Kefahaman Ekstrapolasi Kemahiran Aplikasi Bilangan Soalan 2 1 0 7 3 2 0 5 4 6 6 5, 11, 14, 15, 19, 29, 30 3, 8, 9 1, 7 2, 17, 18, 21, 23 13, 16, 20, 22 12, 24, 25, 26, 27, 28 Nombor Soalan 4, 10

Soalan adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran yang mencakupi bidang penyiasatan seperti berikut: Bidang Penyiasatan Alam Kehidupan Alam Fizikal Alam Bahan Bumi Dan Alam Semesta Dunia Teknologi Jumlah Tahun 4 2 2 1 0 1 6 Tahun 5 5 7 4 1 1 18 Tahun 6 1 0 1 1 3 6 Jumlah 8 10 5 2 5 30

Masa yang dicadangkan untuk menjawab semua soalan dalam bahagian ini ialah 45 minit. Soalan disediakan dalam dwibahasa iaitu bahasa ibunda (bahasa Melayu/bahasa Cina/bahasa Tamil) dan bahasa Inggeris. Terdapat 28 gambar rajah, 1 jadual dan 1 graf yang mengiringi setiap soalan. Dengan mengambil kira keupayaan calon moderasi, kehadiran gambar rajah boleh membantu mereka. Nisbah aras kesukaran soalan adalah pada nisbah 5:3:2 (rendah, sederhana, tinggi).

Sains

111

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005

Bahagian B Empat (4) soalan subjektif berbentuk struktur yang memperuntukkan 20 markah. Masa yang dicadangkan untuk menjawab semua soalan ialah 30 minit. Soalan disediakan dalam dwibahasa. Calon boleh menjawab keseluruhan atau sebahagian daripada soalan sama ada menggunakan bahasa ibunda atau bahasa Inggeris. Bahagian ini menguji kemahiran proses sains (KPS) ini merangkumi aspek berikut: K1: K2: K3: K4: K5: K6: K7: K8: K9: K10 K11: K12: K13: K14: K15: Menyatakan satu penerangan yang munasabah tentang pemerhatian. Menyatakan penerangan lain yang munasabah tentang pemerhatian. Menyatakan pemerhatian lain untuk menguji kejituan inferens. Menyatakan apa yang berlaku dengan menggunakan data atau maklumat yang lepas Menyatakan apa yang berlaku dengan mengekstrapolasi data. Membuat pernyataan tentang maksud data atau maklumat yang dikumpul. Menyatakan pola atau corak daripada maklumat yang dikumpul. Menyatakan hubungan antara pembolehubah. Membuat kesimpulan berdasarkan maklumat yang dikumpul. Menyatakan pembolehubah yang perlu digunakan dalam penyiasatan. Menyatakan pembolehubah yang dimanipulasikan. Menyatakan pembolehubah yang bergerakbalas. Menyatakan pembolehubah yang dimalarkan. Mencadangkan penerangan tentang hubungan antara pembolehubah. Menyatakan penerangan berdasarkan prinsip sains atau pengetahuan yang lepas.

BAHAGIAN A PRESTASI KESELURUHAN Prestasi calon secara keseluruhannya berada pada tahap baik. Sebahagian besar daripada calon memperoleh markah melebihi separuh daripada peruntukan markah asal. Setiap soalan pada tahun ini diiringi dengan bahan grafik, sama ada dalam bentuk gambar rajah, jadual atau geraf, dan hal ini ternyata membantu calon memahami soalan dengan lebih baik. PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Calon Dalam Kumpulan Tinggi Calon dalam kumpulan ini telah memilih jawapan yang tepat hampir semua soalan yang merangkumi kebanyakan konstruk. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian kecil calon menghadapi masalah dalam menjawab soalan 3, soalan 8, dan soalan 21. Calon Dalam Kumpulan Sederhana Selain soalan yang menimbulkan masalah kepada Kumpulan Tinggi, calon dalam kumpulan ini juga menghadapi masalah dalam soalan 6, 10, 12, 13, 20, 25 dan 27. Konstruk soalan yang dapat dikuasai dengan mudah oleh kumpulan ini ialah soalan jenis fakta, prinsip dan pengelasan.

Sains

112

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005

Calon Dalam Kumpulan Rendah Jawapan calon dalam kumpulan ini kebanyakannya tidak konsisten. Calon tidak menampakkan penguasaan pada mana-mana konstruk. Adakalanya, mereka dapat menjawab dengan betul soalan aras tinggi tetapi kerap juga berlaku sebaliknya. Keadaan ini menggambarkan calon kurang menguasai aspek pengetahuan, kefahaman dan kemahiran proses sains. PRESTASI TERPERINCI Soalan 1 Sebahagian besar daripada calon dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Calon dapat membuat pengelasan berdasarkan ciri-ciri dan gambar rajah yang diberi. Sebahagian besar daripada calon dapat menjawab soalan dengan tepat kerana dapat memahami gambar rajah tentang aktiviti kemandirian spesies. Kebanyakan calon dapat menguasai konsep rantai makanan dengan baik. Terdapat calon yang keliru dengan M sumber makanan bagi haiwan akan berkurang dan gagal meletakkannya pada kedudukan rantai makanan yang betul. Kebanyakan calon dapat menjawab dengan tepat kerana dapat menguasai fakta tentang penyebaran biji benih. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan dengan tepat kerana telah menguasai prinsip pengukuran daripada gambar rajah yang disertakan. Sebahagian daripada calon gagal menjawab soalan dengan tepat kerana tidak dapat membezakan antara ciri bahan lut sinar dengan bahan lut cahaya. Kebanyakan calon dapat memahami soalan dan membuat pengelasan bahan semula jadi dan bahan buatan. Sebahagian kecil daripada calon gagal menjawab soalan disebabkan tidak dapat memahami bahawa bahan sintetik ialah bahan buatan. Sebahagian daripada calon tidak dapat menyusun langkah-langkah mengikut urutan yang betul bagi aktiviti pengasinan dan pengeringan makanan. Sebahagian besar daripada calon dapat menjawab mengikut urutan proses perubahan semula jadi air dengan tepat. Sebahagian daripada calon gagal memilih jawapan yang tepat kerana tidak dapat menguasai susunan planet dalam sistem suria. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan tepat kerana memahami prinsip mesin ringkas bagi tuas dan takal. Sebahagian daripada calon keliru dengan jawapan A (nyamuk dan ular) dengan jawapan C (ular dan burung pipit) sedangkan jawapan C adalah betul, iaitu makanan nyamuk bukan daripada sumber darah tikus sahaja tetapi merupakan sumber daripada haiwan lain juga.

Soalan 2 Soalan 3

Soalan 4 Soalan 5 Soalan 6 Soalan 7

Soalan 8 Soalan 9 Soalan 10 Soalan 11 Soalan 12

Sains

113

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005

Soalan 13 Soalan 14 Soalan 15 Soalan 16

Sebahagian besar daripada calon dapat menjawab soalan ini dengan tepat dan memahami rangsangan cahaya dan air kepada tumbuhan. Sebahagian besar daripada calon dapat menjawab soalan dengan tepat kerana memahami konsep luas. Sebahagian besar daripada calon dapat menjawab soalan dengan tepat kerana memahami prinsip cahaya bergerak lurus. Sebahagian besar daripada calon dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Calon memahami konsep hubungan antara saiz bayang dengan jarak antara objek dengan sumber cahaya. Sebahagian besar daripada calon dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Calon dapat mentafsir daya tarikan berdasarkan gambar rajah yang disertakan. Sebahagian besar daripada calon dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Calon dapat menguasai sifat asid dan sifat alkali melalui perubahan warna kertas litmus. Sebahagian besar daripada calon dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Calon memahami prinsip perubahan bentuk bahan dan istilah kondensasi. Sebahagian daripada calon dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Calon yang gagal disebabkan tidak dapat mengaitkan antara saiz dan arah bayang dengan waktu yang dinyatakan. Sebahagian daripada calon dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Calon membuat pilihan jawapan berdasarkan bentuk bulan separa pada kedudukan Z tanpa mengambilkira arah fasa bulan yang lain. Sebahagian daripada calon dapat menjawab soalan ini dengan betul kerana dapat membuat ekstrapolasi daripada jadual yang dinyatakan. Sebahagian daripada calon dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Calon dapat mentafsir maklumat daripada gambar rajah tentang pelbagai kaedah manusia berkomunikasi. Sebahagian besar daripada calon dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Calon dapat memilih siratan makanan yang betul dan memahami hubungan antara sumber makanan dengan haiwan pengguna Sebahagian daripada calon gagal menjawab soalan ini dengan tepat. Calon gagal mentafsir maklumat daripada carta palang yang menunjukkan perbezaan ketinggian menyebabkan berlakunya persaingan terhadap cahaya. Oleh sebab ketinggian tanaman koko dan pisang adalah sama, maka persaingan terhadap cahaya dapat dielakkan. Sebahagian besar daripada calon dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Calon dapat memahami hubungan antara alat elektrik dengan kesan pemanasan.

Soalan 17

Soalan 18

Soalan 19 Soalan 20

Soalan 21

Soalan 22 Soalan 23

Soalan 24

Soalan 25

Soalan 26

Sains

114

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005

Soalan 27 Soalan 28

Sebahagian besar daripada calon dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Calon dapat mengaitkan rasa masam bagi cuka dengan rasa buah limau. Sebahagian besar daripada calon dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Calon dapat mengaplikasikan konsep pengembangan bahan (gelas K sahaja) apabila dipanaskan. Sebahagian besar daripada calon dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Calon memahami prinsip kestabilan bentuk/struktur yang berkaitan dengan luas tapak dan ketinggian. Sebahagian besar daripada calon dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Calon dapat mengaplikasikan prinsip tuas dengan alat yang ditunjukkan seperti kacip, pengetip kertas, penyepit dan kapak.

Soalan 29

Soalan 30

BAHAGIAN B PRESTASI KESELURUHAN Pada keseluruhan prestasi calon dalam Bahagian B kurang cemerlang hanya pada tahap baik sahaja. Walaupun calon memperoleh markah yang tertinggi di bahagian A tetapi dalam bahagian B masih kurang menyerlah. Namun demikian sebahagian daripada calon dapat menjawab dengan tepat, ringkas dan padat mengikut tugasan soalan. Calon juga dapat menguasai kemahiran Proses Sains dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) dengan baik. Sebahagian daripada pusat peperiksaan memilih bahasa Inggeris untuk menjawab soalan terutama calon swasta dan prestasi mereka sangat baik. Kaedah menjawab yang ringkas dan tepat. Dalam kalangan calon SK dan SJKC/T amat kurang menjawab dalam bahasa Inggeris. Soalan dalam Bahagian B tahun 2005 ini meliputi lima kemahiran proses sains iaitu: KPS 1 2 3 4 5 Meramal Mentafsir Maklumat Mengawal Pembolehubah Membuat Hipotesis Tajuk Membuat Inferens Bilangan Soalan 5 4 6 4 1

Sains

115

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005

PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Calon Dalam Kumpulan Tinggi Bilangan calon dalam kumpulan ini amat kurang walaupun jawapan yang dikemukakan oleh calon adalah tepat, ringkas dan teratur. Calon dapat menguasai Kemahiran Proses Sains (KPS) sepenuhnya mentafsir maklumat seperti kriteria membuat hubungan antara pembolehubah, membuat kesimpulan, menyatakan tujuan penyiasatan dan menyatakan corak serta hipotesis. Hal ini menunjukkan calon kumpulan ini dapat mengenal pasti pembolehubah dengan tepat. Kekeliruan sering berlaku terutama bagi soalan inferens perbandingan seperti soalan 2c dan soalan 4a, calon tidak mendapat markah sepenuhnya. Calon Dalam Kumpulan Sederhana Sebahagian besar daripada calon tergolong dalam kumpulan ini. Selain daripada masalah dalam soalan 2c dan soalan 4a, kumpulan ini juga menghadapi masalah bagi mengenal pasti pembolehubah dengan tepat seperti soalan 1c, 2a, 3a dan 4b. Kelemahan dalam mengenal pasti pembolehubah dengan tepat menyebabkan calon gagal menjawab soalan lain yang berkaitan seperti soalan 2b dan 3b. Calon Dalam Kumpulan Rendah Berbanding dengan tahun lepas, jumlah calon dalam kumpulan ini adalah sedikit. Kebanyakan calon dalam kumpulan ini terdiri daripada calon yang tidak menguasai 3M. Kebanyakan mereka tidak memahami tugasan soalan dan tidak menguasai Kemahiran Proses Sains (KPS) dan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK). Sebahagian kecil calon hanya dapat menjawab soalan yang berkaitan corak dan ramalan. Kebanyakan calon meninggalkan ruang jawapan kosong tanpa menulis sebarang jawapan atau menyalin soalan yang diberi. PRESTASI TERPERINCI Soalan 1(a) Kebanyakan calon dapat menyatakan tujuan dengan tepat dan dapat mengenal pasti dua pembolehubah serta dapat menghubungkan kedua-dua kemahiran ini.

Sains

116

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005

Soalan 1(a) Calon tidak dapat memahami tugasan soalan mengikut kriteria tujuan kajian yang menghendaki calon menghubungkan antara PM dengan PB.

Soalan 1(b) Calon dapat menyatakan corak dengan tepat.

Sains

117

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005

Soalan 1(b) Calon tidak dapat menyatakan corak perubahan sebaliknya calon membuat hipotesis dengan menghubung PM dan PB.

Soalan 1(c) Calon dapat membuat kesimpulan dengan tepat sama ada menggunakan masa (minggu) atau bilangan haiwan pengguna(burung pipit) sebagai PM dan sumber makanan (beluncas) atau burung pipit sebagai PB.

Sains

118

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005

Soalan 1c: Calon tidak menyatakan PM dan PB dengan jelas. Sumber makanan dan haiwan pengguna tidak dinyatakan. Ada juga calon yang menulis pemerhatian sebagai kesimpulan.

Soalan 1(d) Calon dapat meramal dengan tepat dan menyatakan dalam nombor bulat.

Sains

119

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005

Soalan 1 d: Calon tidak memberikan nilai ramalan dalam bentuk nombor dan tidak menyatakan haiwan seperti yang dikehendaki oleh soalan. Ada calon memberikan nilai dalam bentuk julat.

Soalan 2a Calon dapat mengenal pasti pembolehubah (PM dan PB) daripada pengelasan objek dan gambar rajah yang diberi.

Sains

120

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005

Soalan 2a Calon tidak dapat menyatakan parameter bagi pembolehubah yang dinyatakan

Soalan 2b Calon boleh menhubungkait antara kedua-dua pembolehubah (PM dan PB)

Sains

121

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005

Soalan 2b Calon gagal menyatakan parameter bagi pembolehubah. Terdapat juga calon yang menghubungkan dua pembolehubah yang tidak sesuai seperti pembolehubah manipulasi dengan pembolehubah dimalarkan atau pembolehubah bergerakbalas dengan pembolehubah dimalarkan.

Soalan 2c Calon dapat menyatakan dua inferens tentang perbezaan sifat iaitu objek P dan Q.

Sains

122

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005

Soalan 2c Calon tidak dapat menyatakan inferens yang membandingkan antara kumpulan P dan Q. Calon tidak dapat menyatakan sifat kedua-dua bahan iaitu P dan Q dengan spesifik (tepat)

Soalan 2d Calon dapat menyatakan pemerhatian dengan betul iaitu kesan pertambahan panas atau kesan pertambahan suhu.

Sains

123

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005

Soalan 2d Calon tersalah menganggap bahawa objek dalam kumpulan Q sebagai mentol yang menyebabkan objek Q menyala.

Soalan 2e Calon boleh menulis kedua-dua objek dalam ruang dengan tepat dan meninggalkan ruang Q kosong.

Sains

124

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005

Soalan 2e Calon tidak dapat mempastikan ciri-ciri penyedut air dan gelang getah dan hal ini menyebabkan ada calon yang menganggap kedua-dua petak perlu diisi.

Soalan 3a Calon dapat mengenal pasti pembolehubah manipulasi dan pembolehubah bergerakbalas daripada jadual yang diberi.

Sains

125

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005

Soalan 3a Calon terkeliru dengan menyatakan tujuan eksperimen iaitu kebolehan objek menyerap air sebagai PM.

Soalan 3b Calon menulis hubungan PM iaitu jenis objek dan PB masa dengan betul dan lengkap. Ada juga calon yang dapat menyatakan PM sebagai ketebalan yang berbeza.

Sains

126

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005

Soalan 3b Calon menganggap PM adalah kebolehan menyerap air menyebabkan calon menulis hubungan yang salah

Soalan 3c Calon dapat menulis corak, masa air diserap dengan tepat iaitu menaik/bertambah.

Sains

127

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005

Soalan 3c Calon gagal mengenalpasti corak iaitu menunjukkan peningkatan iaitu/menggunakan perkataan seperti semakin lama/semakin lambat/semakin besar.

Soalan 3d Calon dapat memberikan sebab perbezaan masa objek menyerap air dengan tepat.

Sains

128

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005

Soalan 3d Ada calon yang menulis pemerhatian daripada jadual sebagai jawapan.

Soalan 3e Calon mempunyai pengetahuan tentang sifat plastik tidak menyerap air.

Sains

129

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005

Soalan 3e Calon tidak tahu tentang sifat plastik dan calon membuat tekaan sahaja sebagai jawapan.

Soalan 4a Calon dapat memberikan dua inferens perbandingan bagi situasi yang pelbagai iaitu kesan menggunakan troli dan kesan tanpa menggunakan troli untuk menarik beban.

Sains

130

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005

Soalan 4a Calon tidak menyatakan inferens perbandingan sebagai jawapan mereka tetapi hanya memberikan pemerhatian sebagai inferens. Calon tidak menyatakan kesan bagi dua situasi yang pelbagai.

Soalan 4b Calon dapat menyatakan pembolehubah manipulasi dan pembolehubah bergerakbalas dengan tepat.

Sains

131

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005

Soalan 4b Calon tidak dapat menyatakan parameter bagi kedua-dua pembolehubah dan tidak dapat mengenal pasti PM dan PB.

Soalan 4c Calon dapat menulis hipotesis yang betul dengan menggunakan maklumat yang diberi.

Sains

132

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005

Soalan 4c Calon tidak dapat membuat hipotesis berdasarkan maklumat yang diberi.

SARANAN KEPADA CALON 1. Mengenalpasti dan membezakan antara `pemerhatian` dengan `inferens. 2. Membuat latihan untuk menguasai kemahiran membuat ayat inferens dan ayat pemerhatian. 3. Mengetahui parameter untuk setiap pembolehubah. Calon perlu mengenal pasti parameter ini, iaitu apa sahaja aspek yang menjadi ciri pembolehubah. 4. Mempelajari penggunaan kata kunci dalam ayat bagi memenuhi tugasan Kemahiran Proses Sains (KPS). 5. Melatihtubi untuk menjawab pelbagai tugasan Kemahiran Proses Sains (KPS) hendaklah diperbanyakkan. 6. Mengintepretasi dan merumus beberapa fakta/pola yang sama atau sebaliknya untuk dapat menghubungkan antara pembolehubah dengan betul. Hal ini amat penting untuk membuat kesimpulan/rumusan. 7. Meningkatkan kemahiran untuk menterjemah dan mentafsir data pada pernyataan atau sebaliknya. 8. Membuat rujukan dengan membaca atau mencari bahan tambahan melalui internet. Jangan hanya bergantung pada buku teks atau guru sahaja. 9. Menulis laporan eksperimen sendiri(tidak hanya dibuat secara kumpulan). Calon digalakkan melibatkan diri secara aktif semasa menjalankan aktiviti eksperimen dalam bilik sains. SARANAN KEPADA GURU 1. Memberi latihan yang secukupnya kepada murid untuk mengenal pasti pembolehubah dalam pelbagai situasi/rangsangan seperti rajah tunggal, rajah bersiri, dialog, pernyataan, graf, jadual dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. 2. Membanyakkan aktiviti `hands-on` semasa dalam makmal atau kelas.

Sains

133

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005

3. Melatih murid dengan kaedah `penyiasatan dan tekankan langkah-langkah yang perlu berlaku dalam sesuatu penyiasatan seperti menyatakan tujuan penyiasatan, membina hipotesis, langkah-langkah menjalankan penyiasatan, merekod/mencatat pemerhatian(membina jadual/graf) dan membuat rumusan. 4. Bersifat inkuisitif dan terbuka. 5. Mengadakan aktiviti pengayaan, pengukuhan dan pemulihan kepada kumpulan murid yang berbeza secara berterusan. 6. Membuat rujukan tambahan daripada buku sains. 7. Peka mengenai sains di internet dan menggalakkan murid mencari maklumat melalui internet. 8. Menjadi ahli `World Wide Science` supaya mereka dapat menambahkan pengetahuan sains yang terkini untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran sains.

Sains

134

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005