soalan kplir1 2005

22
Kod : PN 2051P(R) ANGKA GILIRAN:………...…. BAHAGIAN A ( 30 markah ) Jawab semua soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan. 1. Jadual 1 Berdasarkan Jadual 1, ciri-ciri tersebut mempunyai kaitan dengan kecerdasan (A) Kinestetik (B) Interpersonal (C) Intrapersonal (D) logika - Matematik 2. Seorang guru ingin menggerakkan muridnya mencapai tahap penyempurnaan kendiri, malangnya beliau sering kali kecewa kerana beliau menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya dengan murid yang mempunyai masalah tidak bersarapan. Mengikut hirarki keperluan manusia, guru tersebut seharusnya bertindak memenuhi keperluan yang dikaitkan dengan (A) Fisiologi (B) Keselamatan (C) Kasih sayang Menguji kebolehan berinteraksi dengan orang lain. Memiliki ramai kawan di sekolah.

Upload: abi-mizan-humaira-iman

Post on 23-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Soalan KPLIR1 2005

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan KPLIR1 2005

Kod : PN 2051P(R) ANGKA GILIRAN:………...….

BAHAGIAN A( 30 markah )

Jawab semua soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan.

1.

Jadual 1

Berdasarkan Jadual 1, ciri-ciri tersebut mempunyai kaitan dengan kecerdasan

(A) Kinestetik (B) Interpersonal(C) Intrapersonal(D) logika - Matematik

2. Seorang guru ingin menggerakkan muridnya mencapai tahap penyempurnaan kendiri, malangnya beliau sering kali kecewa kerana beliau menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya dengan murid yang mempunyai masalah tidak bersarapan.

Mengikut hirarki keperluan manusia, guru tersebut seharusnya bertindak memenuhi keperluan yang dikaitkan dengan

(A) Fisiologi(B) Keselamatan(C) Kasih sayang(D) Penghargaan kendiri

Menguji kebolehan berinteraksi dengan orang lain. Memiliki ramai kawan di sekolah. Menunjukkan ciri-ciri kepimpinan.

Page 2: Soalan KPLIR1 2005

Kod : PN 2051P(R) ANGKA GILIRAN:………...….

3. Seorang guru menghadapi murid-murid yang berbeza dalam bilik darjah, antaranya ialah murid yang bermasalah pembelajaran.

Untuk mengatasi masalah perbezaan tersebut guru dicadang menggunakan pembelajaran

(A) masteri(B) kontekstual(C) pemusatan bahan(D) berpusatkan guru

4 Guru A: Memberi galakan agar muridnya melafazkan semua perasaan dan idea mereka tanpa sebarang keraguan.

Guru B: Menggalakkan muridnya menggunakan pernyataan, “Saya suka diri saya.”

Guru C: Memberi galakan supaya sentiasa berjaya tanpa mengharapkan ganjaran.

Semua tindakan guru di atas bertujuan mewujudkan

(A) helah bela diri positif (B) helah bela diri negatif (C) konsep kendiri negatif

(D) konsep kendiri positif

Page 3: Soalan KPLIR1 2005

Kod : PN 2051P(R) ANGKA GILIRAN:………...….

5.

Rajah 1 Antara tugas guru ialah menggalakkan pemikiran murid yang melibatkan aktiviti mental. Corak pemikiran yang hendak dibimbing kepada murid berdasarkan kepada Rajah 1 di atas ialah pemikiran

(A) Kritis (B) Menegak (C) Divergen(D) Konvergen

6. Berikut adalah peranan guru biasa dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kecuali

(A) mengelola kursus motivasi(B) mengadakan kaunseling individu.(C) memberi panduan kepada murid tentang cara belajar(D) membantu murid membina sifat-sifat personal yang baik.

Masalah idea

Page 4: Soalan KPLIR1 2005

Kod : PN 2051P(R) ANGKA GILIRAN:………...….

7. Aspek gerak geri badan oleh kaunselor yang boleh mewujudkan proses komunikasi yang baik ialah

I. pergerakan anggota badan adalah tetap. II. postur badan yang menandakan keyakinan kaunselor.III. ekspresi muka yang sentiasa memberi senyuman . IV. kontak mata yang menandakan minat dan keyakinan

kaunselor.V. Orientasi badan yang menunjukkan kaunselor dalam

keadaan selesa.

(A) I,II,dan III sahaja(B) I,III dan IV sahaja(C) II,III dan Vsahaja(D) II,IV dan V sahaja

8. Pelajar-pelajar bermasalah boleh dikenalpasti melalui cara berikut

I. ujian diagnostik.II. pemerhatianIII. ujian tenaga asas.IV. ujian kesV. ujian sumatif.

(A) I,II dan III sahaja.(B) I,II dan IV sahaja(C) I,III dan V sahaja(D) III,IV dan V sahaja.

9. Berikut ialah tingkah laku guru yang menyebabkan masalah disiplin pelajar kecuali

(A) mengambilkira tahap keupayaan murid.(B) menyediaan pengajaran yang kurang baik(C) mengabaikan aspek keadilan kepada semua pelajar(D) sikap suka menyindir dan melabel murid..

Page 5: Soalan KPLIR1 2005

Kod : PN 2051P(R) ANGKA GILIRAN:………...….

10. Pernyataan manakah antara berikut paling tepat mengenai komunikasi verbal

I. Ia adalah komunikasi berbentuk lsan II. Ia berlaku secara langsung di antara dua individuIII. Ia melibatkan penggunaan bahasaIV. Kedua-dua pihak mesti hadir bersemukaV. Idea yang disampaikan oleh guru dalam komunikasi verbal

adalah jelas dan mudah.

(A) I,II dan III sahaja(B) I,III dan V sahaja(C) III,IV dan V sahaja(D) II,IV dan V sahaja

11. Implikasi teori kognitif Kohler dalam bilik darjah ialah,

(A) Guru memberi panduan dan bimbingan untuk menggalakkan pemikiran celik akal.

(B) Guru mesti mengaitkan pengalaman positif dengan tugas pembelajaran.

(C) Guru menggunakan motivasi untuk membangkitkan tingkah laku positif.

(D) Guru menekankan pembelajaran melalui proses pemodelan.

12. Teori konstruktivisme menekankan

(A) aspek kesediaan murid sebelum mengajar sesuatu konsep baru.

(B) perlunya pelbagai rangsangan untuk mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan.

(C) ganjaran atau peneguhan positif untuk setiap latihan.(D) proses membina pengetahuan dengan menguji idea dan

pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada

Page 6: Soalan KPLIR1 2005

Kod : PN 2051P(R) ANGKA GILIRAN:………...….

13. Rahimah merupakan seorang murid tahun enam dan menjadi murid harapan sekolahnya tetapi seringkali tidak dapat menjawab soalan matematik yang mudah .Rahimah mungkin menghadapi masalah

(A) lupaan gangguan(B) lupaan keusangan. (C) lupaan kebimbangan(D) lupaan ledakan maklumat

14. Kaedah projek perlu mengambilkira perkara-perkara berikut kecuali

(A) Objektif dan aktiviti berdasarkan pengalaman murid.(B) Bahan-bahan dan alat-alat yang diperlukan.(C) Ada perancangan dan pembahagian tugas setiap kumpulan.(D) Kepimpinan murid daripada kumpulan cerdas

15. Cikgu K yang mengajar di Sekolah Felda Bukit Goh,memilih tajuk berkaitan dengan kajian masa depan.Tajuk paling sesuai ialah.

(A) Masalah pelupusan sampah.(B) Penerokaan hutan di Malaysia.(C) Pelupusan Tumpahan minyak Selat Melaka(D) Pencemaran air dan udara di kawasan industri

16. Susunan Teknik Penyelesaian Masalah mengikut John Dewey ialah

I. Mengenal pasti masalah II. Membuat hipotesisIII. Menguji hipotesisIV. Mencari maklumat

V. Menilai dan membuat rumusan.

(A) I, II, III, IV, V(B) I, IV, II, III, V(C) IV, I, II, III, V(D) IV, II, III, I, V

Page 7: Soalan KPLIR1 2005

Kod : PN 2051P(R) ANGKA GILIRAN:………...….

17. Ujian formatif sering dilakukan oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Tujuan utama ujian tersebut dilakukan ialah untuk

(A) mengukur tahap pencapaian murid-murid.(B) memberi penggredan kepada semua murid di kelasnya.(C) menentukan tahap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran.(D) merancang tindak balas pengajaran dan pembelajaran pada masa

akan datang.

18. Guru X telah dikenalpasti menyediakan soalan peperiksaan akhir tahun sekolah tanpa merujuk kepada Jadual Penentuan Ujian. Antara kesalahan yang mungkin beliau lakukan ialah

I. menggubal soalan tidak mengikut aras yang ditetapkan.II. sebaran soalan tidak menyeluruh mengikut pemberatan.III. soalan yang digubal tidak mempunyai kesalahan aspek bahasa.IV. soalan yang disediakan tidak mengikut wajaran yang betul.V. arahan menjawab soalan dinyatakan dengan jelas.

(A) I, II dan III sahaja.(B) I, II dan IV sahaja(C) II, III dan V sahaja(D) III, IV dan V sahaja

Page 8: Soalan KPLIR1 2005

Kod : PN 2051P(R) ANGKA GILIRAN:………...….

19.

Jadual 2

Cari min bagi data terkumpul dalam jadual 2 di atas

(A) 9(B) 10(C) 12(D) 13

20. Bagi menggalakkan analisis kendiri dan refleksi, guru boleh meminta muridnya menyediakan portfolio.

Ciri terbaik sebuah portfolio seharusnya boleh menggambarkan

(A) dokumentasi hasil kerja murid.(B) markah pencapaian ujian murid (C) catatan pemerhatian dan refleksi guru. (D) bahan bantu mengajar yang disediakan oleh guru

21. Yang manakah antara berikut patut diberi aktiviti pemulihan?

I. Ali pelajar tahun 1 keliru tentang bunyi dan bentuk huruf.II. Shamsiah pelajar tahun 5 menghadapi masalah disleksia

III. Shamsuddin pelajar tahun 2 menghadapi masalah penguasaan 3 M

IV. Saudah pelajar tahun 4 menghadapi masalah pendengaran. V. Abdullah pelajar tahun 3 mendapat markah terendah dalam ujian

saringan

( A ) I,II dan III sahaja ( B ) II,III dan IV sahaja. ( C ) I, III dan IV sahaja ( D ) I, IV dan V sahaja

Sela kelas Kekerapan20 - 24 115 - 19 210 - 14 4

5 - 9 20 - 4 1

N = 10

Page 9: Soalan KPLIR1 2005

Kod : PN 2051P(R) ANGKA GILIRAN:………...….

22. Antara berikut yang manakah benar tentang pengajaran di kelas pendidikan inklusif.

(A) Guru menggunakan isi pelajaran yang sama.(B) Peruntukan masa pengajaran secara fleksibel.(C) Menggunakan sistem penilaian yang standard.(D) Murid-murid tidak terikat dengan peraturan bilik darjah.

23. Antara berikut yang manakah paling tepat tentang ciri –ciri guru yang memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

(A) Berusaha menambahkan ilmu pengetahuan untuk pengajaran(B) Menjaga akhlak dan tingkah laku sewaktu di sekolah.(C) Mengunjungi rumah jiran semasa perayaan tanpa mengira kaum.(D) Bertanggungjawab kepada diri,masyarakat dan negara.

24. Pembentukan kurikulum mengambilkira aspek berikut kecuali

(A) Faktor guru yang mencukupi.(B) Keperluan asas murid-murid .(C) Hasrat kerajaan untuk memperkembangkan potensi murid.(D) Latar belakang budaya dan sosial murid-murid.

25. Peranan guru dalam pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ialah.

I. Sebagai sumber mutlak dari segi pengajaran dan pembelajaranII. Memberi bimbingan pendidikan yang berkesan

III. Mensimulasikan aktiviti untuk murid-murid memperolehi kemahiran berfikir

IV. Menyelesaikan semua tajuk dalam Sukatan Pelajaran.V. Menhadiri kursus dan latihan dalaman .

(A) I,II,dan III sahaja(B) I,III dan IV sahaja(C) II,III dan V sahaja(D) II,III dan V sahaja

Page 10: Soalan KPLIR1 2005

Kod : PN 2051P(R) ANGKA GILIRAN:………...….

26. Seorang guru yang ingin mengubah pandangan masyarakat terhadap sekolah sewajarnya

(A) melayan semua keperluan murid-murid di dalam kelas(B) bertindak secara profesional, adil dan saksama terhadap murid.(C) bertindak secara adil apabila diarahkan oleh pengurus sekolah .(D) menyelesaikan masalah murid-murid dengan saksama apabila

terdapat rungutan daripada ibu bapa.

27.

Rangsangan 1

Berdasarkan rangsangan 1 di atas, guru tersebut merupakan seorang

(A) Pengamal ilmu(B) Pembentuk nilai(C) Pengamal kemahiran(D) Penggerak masyarakat.

28.

Rangsangan 2

Berdasarkan Rangsangan 2 di atas guru tersebut telah mengamalkan kemahiran

(A) berfikir(B) belajar(C) mengurus (D) merancang

Sentiasa mengkaji tahap pencapaian murid-murid dan berusaha mengatasi kelemahanya.Mengadakan ceramah-ceramah strategi menjawab soalan peperiksaan UPSR.Menghasilkan sebuah cerpen pada setiap bulan.

Mencatat nota-nota ringkas Mengulang kaji pelajaran Menyusun nota mengikut topik Mengurus masa dengan cekap

Page 11: Soalan KPLIR1 2005

Kod : PN 2051P(R) ANGKA GILIRAN:………...….

29. Guru-guru yang belum menguasai kemahiran ICT (Imformation Communication Technology) perlu menghadiri kursus-kursus dalam perkhidmatan yang berkaitan.

Ini merupakan sebahagian daripada

(A) memenuhi keperluan untuk kenaikan pangkat(B) memenuhi keperluan tanggungjawab guru masa kini.(C) memenuhi keperluan peningkatan profesionalisme keguruan.(D) Memenuhi keperluan untuk membolehkan kenaikan gaji tahunan.

30. Pembestarian Pendidikan ditekankan dalam profesionalisme keguruan pada Alaf Baru . Tiga tunggak utama pendidikan bestari ialah pembelajaran berdasarkan

I. akses kendiriII. kadar kendiriIII. minat kendiriIV. terarah kendiiriV. keinginan kendiri

(A) I, II dan III sahaja(B) I, II dan IV sahaja(C) II, IV dan V sahaja

(D) III, IV dan V sahaja

Page 12: Soalan KPLIR1 2005

Kod : PN 2051P(R) ANGKA GILIRAN:………...….

No. Kod: PN 2051P ( R ) Angka Giliran:…………

BAHAGIAN B(10 markah)

Jawab semua soalan

1. Menurut Arnold Gesell, perkembangan kanak-kanak berlaku daripada lahir hingga 16 tahun.berlaku mengikut jadual waktu biologi.

(a) Nyatakan ciri-ciri perkembangan yang berlaku pada peringkat umur berikut

(4 markah)

(b) Seorang guru perlu membantu murid agar tumbuh berkembang secara optimum.

Nyatakan bentuk pertumbuhan dan perkembangan yang perlu diberikan perhatian.

Bentuk ContohPertumbuhan fizikal

Perkembangan kognitif

Psikososial

(6 markah)

0 - 4 tahun

15 - 16 tahun

Page 13: Soalan KPLIR1 2005

Kod : PN 2051P(R) ANGKA GILIRAN:………...….

No. Kod: PN 2051 P (R) Angka Giliran:…………

BAHAGIAN C(60 Markah)

Jawab tiga soalan

Soalan 1 wajib dijawab, dan pilih mana-mana dua yang lain.

1. (a) Seorang guru telah memaklumkan dalam mesyuarat akademik bahawa di dalam kelasnya terdapat seorang murid yang menghadapi masalah krisis keluarga.

Sebagai tindak balas kepada masalah tersebut, cadangkan lima langkah bimbingan yang sesuai bagi mengatasinya. ( 10 markah ) (b) Keadaan bilik darjah yang kondusif sangat menyumbang kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Terangkan lima ciri utama yang boleh dikategorikan sebagai bilik darjah yang kondusif. (10 markah )

Page 14: Soalan KPLIR1 2005

Kod : PN 2051P(R) ANGKA GILIRAN:………...….

No. Kod: PN 2051 P (R) Angka Giliran:……………

2. (a) Teori pembelajaran konstruktivisme berasaskan premis bahawa murid membina perspektif tentang dunia melalui pengalaman individu dan skema.

Cadangkan lima prinsip bagaimana seorang guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan teori konstruktivisme. (10 markah)

(b)

Cadangkan tiga jenis permainan “belajar sambil bermain” secara berkumpulan yang boleh digunakan oleh guru.

(10 markah)

Setelah menggunakan kaedah dan teknik mengajar “belajar sambil bermain” didapati murid-murid begitu seronok dan gembira mengikuti kelas tersebut.

Page 15: Soalan KPLIR1 2005

Kod : PN 2051P(R) ANGKA GILIRAN:………...….

No. Kod: PN 2051 P ( R ) Angka Giliran:……………

3. (a)

Jadual 3 i) Berdasarkan Jadual 3 kira skor z bagi mata pelajaran matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.

( 3 markah )

ii) Kira skor T bagi mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris

( 3 markah )

iii) Mata Pelajaran manakah menunjukkan prestasi terbaik.

( 2 markah )

iv) Mengapakah terdapat sebilangan guru tidak gemar menggunakan skor Z sebagai perbandingan pengukuran pencapaian.

( 2 markah )

(b) Setelah menggunakan kaedah dan teknik mengajar “Belajar sambil bermain“didapati murid-murid begitu gembira mengikuti kelas tersebut.

Cadangkan tiga jenis permainan secara pasangan atau berkumpulan yang boleh digunakan oleh guru.

(10 markah)

Mata Pelajaran x Matematik 82 72 5Sains 84 80 4Bahasa Inggeris 82 73 6

Page 16: Soalan KPLIR1 2005

Kod : PN 2051P(R) ANGKA GILIRAN:………...….

No. Kod: PN 2051 P ( R ) Angka Giliran :……………….

4. (a) “Guru yang berpekerti mulia,berpandangan progresif dan

saintifik,bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin”

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Guru di atas bincangkan lima ciri guru yang berpandangan progresif dan saintifik.

( 10 markah )

(b) “Kerjaya perguruan merupakan kerjaya profesional”.

Jelaskan lima ciri profesionalisme keguruan.

( 10 markah )

© Hak Cipta Terpelihara

Page 17: Soalan KPLIR1 2005

Kod : PN 2051P(R) ANGKA GILIRAN:………...….

a) Skor z dalam matematik

(i) Skor z =

ii. 50 + 102 = 82 – 72 5

= 2

Skor z dalam sains

=

=

=