mc serah tgas pengawas

6
ATURCARA MAJLIS PENYERAHAN TUGAS PENGAWAS SEKOLAH DAN PELANTIKAN PENGAWAS PERCUBAAN SMK SUNGAI LEMBING BAGI TAHUN 2014 1. Ucapan Aluan Pengacara Majlis 2. Nyanyian Lagu 3.Bacaan Doa 4. Ucapan Ketua Pengawas 5. Ucapan Pengetua 6. Pelantikan pengawas percubaan 7. Serah tugas ajk tertinggi kepada ajk baru disaksikan oleh Pengetua 8.Bersurai

Upload: inamawarosa86

Post on 25-Dec-2015

269 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

teks pengacara

TRANSCRIPT

Page 1: Mc Serah Tgas Pengawas

ATURCARA MAJLIS PENYERAHAN TUGAS PENGAWAS SEKOLAH DAN PELANTIKAN PENGAWAS PERCUBAAN

SMK SUNGAI LEMBING BAGI TAHUN 2014

1. Ucapan Aluan Pengacara Majlis2. Nyanyian Lagu 3. Bacaan Doa4. Ucapan Ketua Pengawas5. Ucapan Pengetua6. Pelantikan pengawas percubaan7. Serah tugas ajk tertinggi kepada ajk baru disaksikan oleh Pengetua8. Bersurai

Page 2: Mc Serah Tgas Pengawas

TEKS PENGACARA MAJLIS PENYERAHAN TUGAS PENGAWAS SEKOLAH DAN PELANTIKAN PENGAWAS

PERCUBAAN SMK SUNGAI LEMBING BAGI TAHUN 2014

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, wabihi nasta’in ala umurid dunia waddin, wa ala alihi wasahbihi ajma’in. 

Dari Johor hendak ke Kuantan,Singgah di Pekan membeli haruan,

Semanis senyuman kami hamparkan,Buat bingkisan salam pertemuan.

 Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Yang Berusaha, Encik Hamzah b K. Mohamed, Tuan Pengetua

Encik Mohamad Nasir b Abd Rahman, Penolong Kanan Pentadbiran

Cik Norjanah bt Suhadi , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Mohd Azmi b Nor, Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru Kanan,

Guru-guru,

barisan Pengawas ,

serta para pelajar SMK Sungai Lembing

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang barakah ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi melangsungkan Majlis Serah Tugas AJK Tertinggi Badan Pengawas dan Pelantikan Pengawas Percubaan SMK Sungai Lembing bagi sesi 2014.

Kita mulakan majlis kita pada pagi ini dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu negaraku, lagu negeri Pahang dan lagu sekolah. Diminta para hadirin bersedia dan menyanyikan dengan penuh semangat.

Hadirin dipersilakan duduk.

Page 3: Mc Serah Tgas Pengawas

MENANDAH TANGAN POHON PERKENANAGAR MAJLIS BERJALAN LANCARAL-FATIHAH KITA LAFAZKAN,APA DIHAJAT MOGA TERPANCAR.

Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini,majlis dengan segala hormatnya ,mempersilakan Saudara Mohd Zulfikri b Mohd Nasir untuk menyampaikan bacaan doa.Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.

Amin ,Ya Rabb al-Alamin.Semoga majlis mendapat keberkatan Robbul izzati.

Untuk makluman hadirin, Majlis ini diadakan bagi memberi laluan kepada para pemimpin pelajar Tingkatan 5 dan pengawas-pengawas Tingkatan 3 yang sedang rancak membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan SPM dan PT3 mereka. Ini bermakna, dengan sesi penyerahan tugas, barisan pengawas tingkatan 5 dan tingkatan 3 dikecualikan daripada menjalankan tugas mereka sebagai pemimpin pelajar bagi sesi persekolahan pada penggal ini. Majlis ini juga akan mengumumkan senarai pengawas percubaan bagi tujuan pelantikan sebagai pengawas sekolah pada tahun hadapan.

Bagi memberi peluang dan penghormatan kepada ajk tertinggi badan pengawas sesi 2014, Majlis menjemput Ketua Pengawas SMK Sungai Lembing sesi 2014 saudari Mardiana Izati bt Mokhtar bagi menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan.

Tidak sempurna kata tanpa bicaraTiada sempurna bicara tanpa bahasaTiada sempurna perjalanan majlis kitajikalau tiada ucapan dari Tuan Pengetua.

Majlis menjemput Tuan Pengetua En hamzah b K.Mohamed untuk meyampaikan ucapan sempena Majlis Serah Tugas dan Pelantikan Pengawas Percubaan ini. Segala hormatnya dipersilakan.

Ikan gelama si ikan SengatBerenang-renang di dalam tebat

Page 4: Mc Serah Tgas Pengawas

Tuan laksana mutiara hikmatPemberi dorongan peniup semangat.

Bagi meneruskan acara, majlis menjemput En Mohd Nasir b Abd Rahman untuk mengiringi Tuan Pengetua, En Hamzah b K. Mhamed bagi menyerahkan tanda nama kepada pengawas percubaan yang dilantik. Diharap pengawas percubaan yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik sepanjang tempoh percubaan. Semoga anda dapat memberi komitmen yang terbaik bagi membantu meningkatkan disiplin sekolah.

Dengan ini, diumumkan barisan pengawas percubaan sesi 2014. Dipersilakan.

(senarai nama)

-----------------

Seterusnya,sebagai simbolik penyerahan tugas, ajk yang baru dilantik akan menerima fail tugas daripada ajk tertinggi disaksikan oleh Tuan Pengetua.

Majlis mempersilakan barisan ajk tertinggi y ang baru menerima fail tugas daripada ajk tertinggi sesi 2014.

Dengan ini, Dipersilakan saudara Mohd Rashidi Razali menerima fail Ketua Pengawas daripada saudari Mardiana Izati sebagai tanda menerima tugas yang diamanahkan. Dengan ini, saudara Mohd Rashidi mengetuai barisan pengawas dan akan meneruskan tugas ketua pengawas bagi sesi 2014.

Seterusnya, saudari siti umairah menerima fail timbalan ketua pengawas daripada saudara mukhlis alif b mahadi. Ini bererti siti umairah akan menjalankan tugas sebagai timbalan pengawas bagi sesi 2014. Untuk makluman hadirin, siti umairah dan mukhlis alif tidak dapat hadir di dalam majlis ini kerana mewakili sekolah kita dalam pertandingan inovasi yang sedang berlangsung di smk pelindung kuantan. Marilah bersama-sama kita mendoakan kejayaan mereka di sana.

Dengan berakhirnya simbolik serah dan terima tugas itu tadi maka berakhirlah Majlis Serah tugas ajk tertinggi badan pengawas dan pelantikan pengawas percubaan bagi tahun 2014.

Semoga barisan pengawas tingkatan 5 dan 3 dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran masing-masing bagi mengahdapi peperiksaan pada tahun ini bagi meningkatkan prestasi akademik seterusnya menaikkan nama SMK Sungai Lembing. Bagi ajk tertinggi yang baru dan pengawas percubaan

Page 5: Mc Serah Tgas Pengawas

yang dilantik, diharap anda dapat menjalankan tugas dan tanggunjawab yang diamanahkan dengan dedikasi.

Majlis merakamkan berbanyak terima kasih kepada pihak Pengetua, guru-guru Penolong Kanan , guru-guru serta pelajar-pelajar sekalian atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan majlis ini.

Tuan puteri pergi ke RasahPulang semula sebelah pagi

Kita bertemu akhirnya berpisahDi lain acara bersua lagi

Sekian, dengan lafaz wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hita’alawabarakatuh.