matlamat dan fungsi pendidikan

5
Matlamat Dan Fungsi Pendidikan Matlamat pendidikan yang utama adalah untuk membangunkan manusia berdasarkan fitrah dan melahirkan keharmonian diri. Keharmonian fitrah ini akan membangunkan kehidupan dan mendokong serta menjunjung prinsip keadilan dan kebenaran (Sidek Baba, 2010). Menurut Falsafah Metafizik tujuan utama pendidikan ialah untuk mencapai kesedaran diri,

Upload: nuri26sarah

Post on 01-Oct-2015

93 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

none

TRANSCRIPT

Matlamat Dan Fungsi Pendidikan Matlamat pendidikan yang utama adalah untuk membangunkan manusia berdasarkan fitrah dan melahirkan keharmonian diri. Keharmonian fitrah ini akan membangunkan kehidupan dan mendokong serta menjunjung prinsip keadilan dan kebenaran (Sidek Baba, 2010). Menurut Falsafah Metafizik tujuan utama pendidikan ialah untuk mencapai kesedaran diri, berpengetahuan, dan mengembangkan potensi diri selari dengan fitrah dan nilai kerohanian manusia. Pendidikan juga mendidik manusia berfikir secara rasional, bebas dan baik dan juga dapat menyelesaikan masalah dengan berkesan ( Abdul Fatah Hassan, 2003). Selain itu pendidikan juga mesti bertujuan mensosialisasikan individu dalam masyarakat. Pendidikan yang berkualiti juga dapat membentuk fikiran yang sihat. Merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan juga akan melengkapkan individu supaya boleh memahami konsep kemerdekaan dalam kehidupan. Hal ini akan menjadikan seseorang individu itu menghormati perlembagaan, taat kepada raja dan tahu tanggungjawab sebagai seorang warganegara. Oleh hal yang demikian, pendidikan ialah satu proses mengembangkan potensi individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Dengan kata lain pendidikan ialah satu proses untuk mengembangkan potensi individu yang mengenali diri dan tujuan hidupnya.================================================Penyata Razak 1956Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, cari Penyata Razak 1956 merupakan cadangan-cadangan yang dibuat oleh satu jawatankuasa oleh kerajaan Malaysia bagi mengkaji semula sistem pendidikan di Malaysia. Jawatankuasa pelajaran ini ditubuhkan pada bulan September 1955 dan dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu Tun Abdul Razak Hussein.Cadangan yang dikemukakan oleh Penyata Razak ini diluluskan oleh kerajaan persekutuan Tanah Melayu dan antara perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa bahasa pengantar bagi SRK. Penyata Razak juga mencadangkan satu sistem pendidikan menengah dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.Tugas jawatankuasa[sunting | sunting sumber]Tugas jawatankuasa ini ialah untuk: membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang bangsa menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 dan membuat pindaan yang perlu.Cadangan[sunting | sunting sumber]Penyata Razak mempunyai 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Di antara perkara yang diperkatakan ialah:1. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.3. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah.4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar.5. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.8. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan-----------------------------------------------------------------Penyata Razak (1956) 1. Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956).2. Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 19573. Tujuan Penyata Razak adalah

a. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah

b. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu

c. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan

d. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.

e. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan

f. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan progresif

g. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan

4. Syor untuk perubahan dalam Penyata RazakPenyata Razak (1956) 1. Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956).2. Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 19573. Tujuan Penyata Razak adalah

a. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah

b. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu

c. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan

d. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.

e. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan

f. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan progresif

g. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan

4. Syor untuk perubahan dalam Penyata Razak