pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidikan

Click here to load reader

Upload: norwaliza-abdul-wahab

Post on 21-Jun-2015

489 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

aspek-aspek dalam pendidikan murid Orang Asli serta kekuatan dan kelemahan sistem pendidikan yang ada sekarang.

TRANSCRIPT

  • 1. PENDIDIKAN MURID ORANG ASLI: SATUANALISIS MATLAMAT, PERLAKSANAAN DANHASIL PENDIDIKAN.PEMBENTANG:NORWALIZA BINTI ABDUL WAHABP59217PROF. MADYA DATO DR. ABDULRAZAQ AHMADPROF. DATO. DR ZALIZAN MOHDJELASUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2. Pengenalan 4.4 % murid sekolah rendah masihbelum menguasai kemahiran 3Mtermasuklah murid-murid Orang Asli.Pelan IndukPembangunan(2013-2025) Dirangka bagi bagi memastikan sistempendidikan negara yang berkualiti dapatdinikmati oleh semua serta dapatmelonjakkan mutu pendidikan muridOrang Asli ke taraf lebih baik.ProgramTransformasiPendidikanOrang Asli(2013-2017) 3. Latar belakang Kajian Terdapat 26,268 murid OA di sekolah rendah dan 12,147orang murid Orang Asli di peringkat sekolah menengah diseluruh negara (JAKOA 2012). Di Pahang terdapat seramai 9,492 orang murid OA diperingkat sekolah rendah tetapi hanya 4,123 orang muridsaja yang berjaya meneruskan pelajaran hingga keperingkat menengah. Berlaku keciciran sebanyak 61.4%(JAKOA 2012) Seramai 408 orang murid Orang Asli berjaya melanjutkanpelajaran di peringkat pengajian tinggi awam di seluruhnegara pada tahun 2011, dan 469 orang pada tahun 2012. Adalah menjadi satu tanggungjawab untuk mengenal pastiaspek-aspek yang dapat meningkatkan keberkesananpendidikan murid OA, meningkatkan pencapaianpendidikan dan membendung keciciran murid dari terusberlaku. 4. Pernyataan Masalah Kurangnya penglibatan murid Orang Asli samaada di peringkat sekolah menengah dan pusatpengajian tinggi berpunca dari faktor-faktor yangtimbul sewaktu persekolahan di peringkatsekolah rendah.(Nicholas, 2006;Zainal Abidin, 2008;Fatan Hamamah,2008) Kegagalan murid OA disebabkan olehkekurangan kemudahan infrastruktur diperkampungan masyarakat OA yangmenyebabkan murid OA ketinggalan berbandingmurid dari masyarakat lain.(William Hunt 1998;Ismail Sulaiman,2005) Sistem pendidikan yang berpusat, commonkurikulum dan penilaian yang sama menjadikanusaha merapatkan jurang pendidikan murid OAmenjadi sukar. Isu ini mendapat kritikan keranaketidakpadanan dengan minat dan keperluanmurid OA.(Kamaruddin danJusoh 2008; Wongdan Perumal 2012;Ramlee et al, 2009) 5. Pernyataan Masalah Kajian Kekurangan guru dari keturunan OAmenimbulkan masalah dari segi ketiadaanrole model dan menyebabkan pedagogipribumi tidak dapat dijalankan denganberkesan di dalam bilik darjah keranapenggunaan BM yang lemah.(Abdul Razaq &Zalizan, 2009) Murid OA berminat dalam aktiviti luar tetapibermasalah dalam penguasaan kemahiran3M yang membawa kepada kesukaranmenguasai subjek lalu menyebabkan muridmudah bosan dan tiada kemahiran belajar(Marof dan Sarjit 2008;Abdul Razaq dan Zalizan2009; Amir Hasan 2002;Shaari et.al. 2011). Sikap ibubapa yang tidak faham tentangkepentingan pendidikan menyebabkan anak-anakberasa tidak memerlukan pendidikanyang tinggi untuk mereka.(Hasan Mat Nor1998; Juli 2006). 6. Tujuan Kajian Untuk meninjau perspektif dan pengalamanindividu yang berkepentingan (stakeholders)dalam proses pendidikan Orang Asli terutamanyadi peringkat sistem persekolahan. Meneroka bagaimana peserta kajian memahamidan menginterpretasikan proses pendidikanmurid Orang Asli secara mendalam danmenyeluruh. Pemahaman terhadap proses pendidikan inidianalisis dan digunakan bagi mencadangkansatu kerangka baru pendidikan Orang Asli yanglebih berkesan. 7. Objektif Kajian1. Meninjau proses pendidikan murid OA yangmerangkumi aspek matlamat, pedagogi, institusi,kepimpinan, penyebaran, bukti dan pemilikanberdasarkan perspektif murid, ibu bapa, guru,pentadbir sekolah dan pemimpin masyarakat dalammeningkatkan pendidikan murid OA.2. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan prosespendidikan murid Orang Asli berdasarkan aspekmatlamat, pedagogi, institusi, kepimpinan,penyebaran, bukti dan pemilikan di peringkat bilikdarjah, sekolah dan sistem.3. Mencadangkan satu kerangka baru pendidikanmurid Orang Asli yang merangkumi peringkat bilikdarjah, sekolah dan sistem. 8. Skop dan Limitasi Kajian Kajian ini membataskan kepada murid, ibu bapa danpemimpin masyarakat Orang Asli di di daerah sekitarKuantan dan Temerloh, Pahang yang terdiri daripadasuku kaum Semaq Beri dan Jah Hut dari dua buahsekolah rendah dan perkampungan Orang Asli. Kajian ini melibatkan murid Orang Asli, guru danpentadbir sekolah yang sedang mengajar danbersekolah di sekolah rendah Orang Asli. Model GPILSEO yang digunakan dalam kajian inimengandungi 7 aspek iaitu matlamat, pedagogi,institusi, kepimpinan, penyebaran, bukti dan pemilikan.Aspek-aspek lain tidak dibincangkan. Tempoh masa yang digunakan dalam menjalankan temubual dan pemerhatian adalah terhad iaitu selama tujuhbulan sahaja. 9. Justifikasi Pemilihan Model Model GPILSEO ini merupakan satu modelpendidikan yang berfokus kepada pencapaianpendidikan murid Orang Asli. Skop dalam model GPILSEO adalah lebihkomprehensif serta mencakupi semua aspek-aspekyang diperlukan dalam transformasi pendidikanmurid OA di negara ini. Satu model pendidikan murid pribumi yang bolehdiaplikasikan untuk murid Orang Asli di Malaysia. Kajian mengenai kejayaan model ini dalammeningkatkan kualiti pendidikan masyarakat Maoriyang meliputi aspek sumber, bahasa, budaya danekonomi ini telah dijalankan sejak tahun 2001(Bishop dan Glynn 1999; Walker 1990). 10. Kerangka Konseptual KajianKerangka konseptual ini berlandaskan model GPILSEO: 1) matlamat cita-cita murid, sasaranpencapaian sekolah, hasrat ibu bapa & pemimpin masyarakat.; 2) pedagogi kaedah p&p dankurikulum dalam bilik darjah; 3) institusi kemudahan infrastruktur sekolah, rumah; 4)kepimpinan keupayaan ibu bapa, guru, pentadbir & pemimpin msy. memimpin murid OA; 5)penyebaran penglibatan dan sokongan pihak lain, 6) Bukti penilaian untuk mengukur prestasiguru dan murid OA dan 7) pemilikan rasa sense of belonging setiap stakeholders terhadapsekolah OA . Serta digabungkan dengan model Triarchic yang melihat kepada peranan murid,ibubapa, guru dan pentadbir. 11. Model Pendidikan Masy. Orang Asli danMinoritiSelain dari model GPILSEO pengkaji turut menggunakanmodel-model ini untuk memperkukuhkan konstruk yangdikaji. Model Triarchic (Sternberg,1985) - peranan sekolah,peranan ibu bapa dan peranan murid. (masyarakatminoriti) Model of More Culturally Inclusive and EducationallyEffective Schools (Aborigines, Ministerial Council onEducation, Employment, Training and Youth Affairs 2000) -komuniti, sekolah dan bilik darjah. (masyarakat Aborigines,Australia) Model Heuristic (Flett dan Gardner 2009) - apa yg guruperlu ketahui, apa yang guru perlu fahami dan apa yangguru perlu hormati. (Masyarakat Inuit, Metis dan FirstNation, Canada) 12. Metodologi Kajian Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes dengan menggunakanprotokol temu bual (temu bual secara mendalam dan bersemuka), senaraisemak pemerhatian (bilik darjah, sekolah dan rumah) dan analisis dokumen(rekod kedatangan murid, buku rekod mengajar, surat panggilan dsb)sebagai alat mengumpul data. Sampel kajian terdiri daripada murid OA (4), ibu bapa OA (4), guru (4),pentadbir sekolah (2) dan pemimpin masyarakat OA (2) menggunakankaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) yang merupakanproses mengambil sampel daripada mana-mana individu dalam populasiyang memenuhi kriteria peserta kajian dengan penggunaan tekniksnowball. Lokasi kajian SK Sungai Mas (pedalaman) dan SK Penderas (luarbandar). 13. Kajian Rintis Di SK Runchang, Pahang pada 8 hingga 12September 2011. Untuk membina rapport atau hubungan baikantara pengkaji dengan guru, pentadbir danmasyarakat Orang Asli. Untuk menentukan tahap kefahaman pesertakajian terhadap soalan temu bual khususnyayang melibatkan murid dan ibu bapa Orang Asli. Instrumen soalan temu bual disahkan oleh 3orang pakar. Melibatkan tiga orang murid, tiga orang guru,dua orang ibu bapa, seorang pentadbir sekolahdan seorang pemimpin masyarakat sebagaipeserta kajian rintis. 14. KESAHAN DANKEBOLEHPERCAYAAN Triangulasi sumber (peserta kajian) Triangulasi data (temu bual, pemerhatian, dokumen) Semakan peserta Pengesahan tema oleh 3 orang pakar dalam bidang OAdengan menggunakan Kaedah Cohen Kappa (nilai purata0.98). 15. Teknik Kesahan Pakar Inter Rater Reliability MenggunakanKaedah Cohen Kappa 16. PERSOALAN KAJIAN 1: DAPATAN, PERBINCANGAN DAN RUMUSANDapatan 1: Aspek penepatan matlamatKeseluruhannya aspek penetapan matlamat di antarasemua peserta kajian ada ditetapkan tetapi berbezadi antara satu sama lain.saya bercita-cita nak jadi cikgu (MPT1).nak anak kerja dengan kerajaan (IB2).Pihak guru menetapkan sasaran yang rendah iaitusetakat menguasai kemahiran asas 3M.paling tidak pun murid Asli ni dapat menulis danmembaca (BG2) tetapi pihak pentadbir pula inginsasaran yang lebih tinggi, di peringkat PPD dan JPNsasarannya lain. Mereka nak target keputusan yanglebih tinggi. 17. Sambungan Ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaanpenetapan matlamat di mana murid, ibu bapa danpentadbir menetapkan matlamat yang tinggimanakala peringkat perlaksanaan iaitu gurumeletakkan matlamat yg rendah. Inimenyebabkan matlamat pendidikan untuk muridOA tidak jelas dan sukar dicapai. Oleh itu, kepentingan mempunyai matlamat yangjelas dan seimbang dan dikongsi bersama bagisemua yang berkepentingan dalam pendidikanmurid Orang Asli perlu diwujudkan. Pernyataanini disokong oleh Timperley et al. (2006) yangmengenal pasti kepentingan membina matlamatyang jelas dan dikongsi bersama oleh semuapihak yang terlibat. 18. DAPATAN 2: Aspek pedagogi dalam bilik darjahDapatan menunjukkan terdapat guru yangmengetahui kaedah pedagogi yang bersesuaiandengan minat murid OA seperti fun learning, holistikdan hands on.Banyakkan cara bermain, bercerita dan menyanyiuntuk buat mereka rasa seronok (AG1).murid Orang Asli sangat minat kalau kita suruhbuat aktiviti hands on seperti melukis ataumengukir. (BGP)Namun melalui data pemerhatian, kaedah pedagogitersebut kurang dipraktikkan dalam bilik darjahkerana guru tidak kreatif serta tiada latihan danpengalaman dalam mengendalikan pengajaran lalumenyebabkan murid bosan.semasa saya di IPG saya tidak pernah didedahkandengan apa-apa kaedah atau cara untuk mengajar 19. Sambungan.. Murid OA pula menyatakan, saya suka kalau cikgu ajarsambil bercerita atau suruh kita menyanyi. Sambilmenyanyi guna alat muzik macam kompang ataukerincing, seronok! Kalau asyik menulis aja di papan tulissaya rasa mengantuk dan bosan. (MPT2) Ini menunjukkan, untuk menarik minat murid OA denganp&p, guru perlu mempelbagaikan pedagogi dalam bilikdarjah, bukan chalk and talk. Adalah dicadangkan supayaguru diberi latihan yang lebih mantap melalui pedagogipribumi yang lebih berkesan untuk meningkatkan p&pmurid. Hasil kajian ini selari dengan kajian oleh Bishop et al.(2010) yang menjelaskan kaedah pengajaran ataupedagogi merupakan salah satu elemen penting yangmenentukan kejayaan murid dalam proses p&p. Kenyataan ini turut disokong oleh kajian oleh Mohd Yusofet al. (2008) menegaskan bahawa guru haruslah kreatifdan inovatif supaya pengajaran yang dilaksanakansentiasa bersifat relevan dan sesuai dengan masa dankonteks. 20. DAPATAN 3: Aspek kemudahan dan infrastrukturSekolah OAKajian mendapati aspek kemudahan dansekolah ada disediakan tetapi masih banyak yangdiperbaiki.ada juga peralatan yang dah rosak dan tak bolehdibaiki. Kalau nak tunggu peralatan baru makanJadi cukuplah tak cukup kita kena gunakanyang ada (BG2).Ini menunjukkan kemampuan guru untukpengajaran yang terbaik tidak dapat dilaksanakankekurangan alat bantu mengajar yang diperlukan.Dapatan kajian ini selari dengan kajian yangoleh Rosli et al.(2009) yang menyatakan gurumenghadapi kesukaran kerana ketiadaan ABMmencukupi yang dibekalkan oleh KPM. 21. Sambungan Murid OA turut diberi kemudahan pengangkutan dan asramabagi memudahkan mereka ke sekolah terutama bagi yang dudukjauh di pedalaman. Namun, masih terdapat ibu bapa memberipelbagai alasan untuk tidak menghantar anak mereka kesekolah. ada asrama tapi tak berapa ramai murid yang nak dudukasrama sebab mereka lebih suka tinggal dengan keluarga(AG1). Ini menunjukkan ibu bapa masih tidak berminat dan bersediauntuk menghantar anak-anak mereka ke asrama yangdisediakan dan hanya menghantar anak mereka sekiranyaterdapat program yang menarik minat untuk dihadiri. Kalau ada program aja baru mereka datang dan duduk di asrama (AG1) 22. Dapatan 4: Aspek kepimpinan sekolahOA Kajian melalui analisis dokumen menunjukkan aspekkepimpinan oleh pentadbir telah dijalankan denganbaik melalui proses pencerapan dan pemantauan p&pguru dalam bilik darjah. dari segi pihak pentadbir, kita bergerak 4 oranguntuk memantau dan menyelia guru (AGP). saya turut menyemak buku rekod mengajar gurusetiap minggu bagi memastikan pengajaran danpembelajaran guru dan murid dilaksanakan sebaikmungkin mengikut objektif pelajaran. Ini menunjukkan, adalah menjadi peranan pentadbirselain menguruskan perjalanan sekolah, halkewangan, menjaga kebajikan guru dan murid sertamenjaga hubungan dengan masyarakat setempatuntuk memastikan guru-guru menjalankantanggungjawab mereka dengan lebih efektif dansupaya murid mendapat P&P yang lebih berkesan. 23. Sambungan Dapatan kajian ini selaras dengan kajian yangdijalankan oleh Rafisah Osman (2000) yangmenyatakan penyeliaan atau pemantauanpengajaran merupakan satu ketetapan yang telahdiwajibkan oleh KPM bagi memantau prosespengajaran dan pembelajaran di bilik darjahdalam usaha meningkatkan mutu pengajaran danpembelajaran. Kenyataan ini turut disokong oleh Noran Fauziah(1992) dan Kamaruddin (1989) yang menyatakanpenyeliaan dapat menambahbaikkan mutupengajaran dan kualiti pengajaran guru. 24. DAPATAN 5 : Aspek sokongan dan penglibatan setiap pihakKeseluruhannya dari aspek sokongan pihak ibu bapa danguru, mereka ada menunjukkan usaha untuk memberikankomitmen dalam membantu murid OA dengan memantaupembelajaran anak di rumah dan di sekolah.Akak sesekali ada juga pergi sekolah pergi jumpa cikgu.Kalau di rumah, Akak akan tengok dia buat kerja sekolah(IB1).apa saja program yang sekolah rancangkan saya akanbantu. (AG1)Ini menunjukkan terdapat sebilangan ibu bapa OA telahmula menunjukkan kesedaran tentang kepentinganpendidikan dengan memantau perkembangan anak dirumah. Dapatan kajian ini selari dengan kajian yangdijalankan oleh Paulson (2003) yang mendapati sokongandaripada ibu bapa, guru dan rakan sebaya adalah kritikaldalam menyumbang kepada pencapaian matlamat sertaperlu bagi meningkatkan pencapaian murid. 25. Sambungan Dapatan kajian mendapati penglibatan dan sokonganpihak NGO dan swasta sangat kurang dan hanyaterhad kepada pemberian sumbangan dalam bentukkewangan saja. Ada jugalah sumbangan atau bantuan yang merekaselalu berikan macam sumbangan kewangan untukmembiayai program sekolah tapi kena mohonlah. Ini menunjukkan terdapat pemberian atau sumbangankewangan secara one off oleh NGO dan swastatetapi cara ini masih tidak mencukupi serta kurangberkesan dalam membantu meningkatkanpencapaian pendidikan murid OA. Ramlee (2013) dalam kajiannya menegaskan bahawapihak kerajaan, NGO dan swasta perlu menjalankantanggungjawab sosial mereka dengan membantumasyarakat Orang Asli dengan memberi konsultansikepada ibu bapa, program latihan untuk guru sertabantuan kewangan untuk sekolah. 26. Implikasi Kajian (Teoritikal) Secara keseluruhannya kajian terhadappendidikan murid OA ini telah menyokongdapatan kajian Bishop & Sullivans (2005) yangmenjelaskan bahawa semua aspek dalam modelGPILSEO perlu dalam pelaksanaan prosespendidikan murid OA supaya hasil pendidikanyang lebih baik dapat dicapai. Dapatan kajian ini menunjukkan murid OAmemerlukan elemen budaya dalam pedagogidalam pembelajaran bilik darjah mengukuhkanpandangan Bishop (2007) bahawa teori model inidibina dan dilaksanakan melalui strategi danproses yang mementingkan budaya masyarakatOrang Asli. 27. Implikasi Terhadap Amalan Dalam BidangPendidikan Program latihan guru guru perlu bersedia untuk menjalankanproses pengajaran terhadap murid yang berlainan latar belakangbudaya seperti murid OA. Grant dan Gillespie (1993) telahmenyenaraikan apa yang perlu ketahui oleh guru tentang muriddan budaya bagi mengayakan proses p&p. Senarai ini bolehdijadikan sebagai panduan. Institut Pendidikan Guru (IPG) perlu menyediakan pengalamanpengajaran secara praktikal supaya bakal-bakal guru yangdilahirkan boleh bekerja dalam apa juga kepelbagaian populasi.Roanhorse-Dineyazhe (2007) menyatakan guru yang berlainanlatar belakang budaya sukar menyesuaikan diri mengajar muriddari latar belakang budaya yang berbeza. Keperluan bagi institut pendidikan guru untuk melatih lebihramai guru dalam kalangan masyarakat Orang Asli itusendiri. 28. Perbincangan aspek atau tema baru yg muncul dari dapatan kajianempirikal. Kokurikulum ...sekolah ni juga boleh katakan cemerlang dalamsukan. Murid Asli kami ada yang terpilih mewakili hoki dan bola sepakhingga ke peringkat negeri Pusat Kecemerlangan Sukan Pelajar Orang Aslibagi setiap sekolah berdasarkan niche area (Suhaimi dalam Ramle et al. 2012). Pedagogi Pribumi ...sewaktu mencerap guru dalam kelas saya dapatiguru-guru kurang memasukkan elemen budaya masyarakat dalampengajaran mereka. Pedagogi yang melambangkan identiti atau jati diriOrang Asli dan lebih culturally responsive (Nicholas 2008; Castagno danBrayboy 2008) Kepimpinan yang proaktif - Saya percaya kepada guru saya dan berimereka 100% kebebasan untuk mengajar (BGP) - kepimpinan pentadbiryang berjaya mendorong kakitangan sekolah membuat transformasi danberjaya menyelesaikan masalah bersama-sama (Wan Badruddin dalam Ramleet al. 2012). 29. Kepimpinan yang responsif ...sewaktu mencerap guru dalam kelas sayadapati guru-guru kurang memasukkan elemen budaya masyarakatdalam pengajaran mereka sedangkan dalam melaksanakan KAPmereka perlu memasukkan elemen-elemen tersebut. (AGP). Kurikulum yang relevan terhadap keperluan murid akan menarik minatmereka dan ini akan dapat menggerakkan mereka untuk melibatkan diridalam topik-topik yang diajar selain dari menyediakan bahan bantumengajar yang lebih berkualiti oleh guru (Cleary and Peacock 1998; Sparks2000). Partnership badan NGO dan Swasta meningkatkan kefahaman dankesedaran ibu bapa di kalangan masy. OA mengenai hak kanak-kanakterhadap pendidikan, untuk bagi sedar ibu bapa memastikananak mereka tidak tercicir dari persekolahan dan sebagainya (AGP). Usaha memajukan pendidikan murid OA amat memerlukan perhatian, sumbangan dankerjasama daripada pihak sekolah, ibu bapa dan agensi berkaitan (Bishop et al. 2010). Penilaian khas - ...soalan yang dikemukakan kadangkala terlalu sukar.Masih ramai murid yang tak menguasai kemahiran asas 3M macammana nak jawab soalan? (BGP) tertumpu kepada educational output atau hasil dari pendidikan yang diberikan kepadamurid (markah ujian akhir tahun) oleh pihak sekolah gagal untuk membantu murid OAmencapai keputusan yang diharapkan (Noddings, 2007) 30. Cadangan Kerangka Alternatif Pendidikan Murid Orang Asli 31. Cadangan Kajian Masa Hadapan Kajian berhubung dengan aspek pendidikan dalammodel GPILSEO diperincikan lagi skopnya sertadigabung dengan beberapa model pendidikan lain. Melihat peranan demografi dalam mempengaruhipendidikan murid Orang Asli. Kajian selanjutnya dalam bentuk penyelidikankuantitatif dengan pengujian hipotesis yang akanmenentukan hubungan di antara pemboleh ubahkajian. Penyelidikan seterusnya boleh dilakukan denganmengenal pasti pelbagai pemboleh ubah lain selaindaripada yang terdapat dalam model GPILSEO(Bishop & Sullivans 2005). Menambah jumlah sampel serta meluaskan kajian kenegeri lain yg ada masyarakat OA seperti di NegeriSembilan, Selangor, Perak dsb. 32. Penerbitan Jurnal & Prosiding Norwaliza Abdul Wahab, Ramlee Mustapha, Abdul Razaq Ahmad dan Zalizan MohdJelas. 2014. Vocational Education and Skills Training for Indigenous Communityin Malaysia. Journal of Education and Practice, Vol.5, No.11, 2014 Norwaliza Abdul Wahab, Abdul Razaq Ahmad, Zalizan Mohd Jelas, Norshariani Abd.Rahman dan Lilia Halim. 2014. The Role and Perspectives of Administrators inthe Schools of Orang Asli Students: A Case Study in the State of Pahang.Proceedings. International Conference on Society, Education and Psychology. IPEDR(ISSN: 2010-4626). 10-11 May 2014. IACST PRESS: Kuala Lumpur. Ramli Ismail dan Norwaliza Abdul Wahab. 2012. Teachers Education Curriculumtowards Establishment of Patriotism in Malaysia. International Journal forEducational Studies, Volume 5(2)February 2013, pp.173-190. Norwaliza Abdul Wahab, Abdul Razak Ahmad, Zalizan Mohd Jelas, Wan HasmahWan Mamat dan Ramle Abdullah. 2012. The Role of Administrators in the Schoolsof Aboriginal Students: A Case Study in the State of Pahang, Malaysia.Proceeding: International Conference on Current Issue in Education betweenIndonesia and Malaysia. 15-16 September, Universitas Negeri Yogjakarta, Indonesia. Norwaliza Abdul Wahab, Abdul Razaq Ahmad dan Ahamad Rahim. 2012. AmalanPedagogi Guru di Sekolah Masyarakat Orang Asli: Satu Kajian Kes di NegeriPahang. Prosiding: Seminar Educational Corporative in Curriculum for ActiveLearning Between Indonesia. 9-10 Jun 2011. Isola Resort UPI, Indonesia. 33. SEKIAN,TERIMA KASIH