mathila mansor - pengemulsipenstabil(artikel)

Upload: pismpsainsjan10

Post on 14-Apr-2018

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 MATHILA MANSOR - PengemulsiPenstabil(Artikel)

    1/12

    BAHAN ADITIF DALAM MAKANAN PENGEMULSI DAN PENSTABIL

    Selaras dengan perkembangan pelbagai industri lain, industri teknologi

    makanan di dalam negara pada hari ini telah berkembang dengan pesatnya.

    Transformasi di dalam industri makanan dari proses konvensional kepada

    penggunaan teknologi baru adalah selari dengan pembangunan teknologi makanan

    di peringkat global. Seiring dengan perkembangan teknologi, teknologi makanan

    turut berkembang dan mengalami perubahan yang cukup signifikan demi memenuhi

    permintaan konsumer yang menginginkan makanan yang lebih instan, tampak

    menarik dan enak rasanya.

    Pada hari ini, bahan makanan bukan sekadar direbus, dikukus mahupun

    digoreng sahaja tetapi turut ditambah dengan pelbagai bahan aditif. Contohnya ialah

    bahan pewarna, perisa tambahan, pengawet, penstabil makanan dan pengemulsi

    makanan. Secara amnya, bahan aditif ditambah ke dalam makanan untuk

    menambahbaik rupa fizikal, bau serta rasa bahan makanan tersebut. Selain itu,

    bahan aditif ini biasanya dimasukkan ke dalam makanan bertujuan untuk

    memastikan makanan tersebut dapat tahan lama terutamanya untuk tujuan

    pengangkutan eksport atau import.

    Peraturan-peraturan Makanan 1985, dalam Peraturan 19 (1) menakrifkan

    aditif makanan sebagai apa-apa bahan yang selamat dimakan yang dimasukkan

    dengan sengaja ke dalam atau pada makanan dalam kuantiti yang kecil bagi

    mempengaruhi kualiti penyimpanan, tekstur, ketekalan, rupa, bau, rasa,kealkalian

    atau keasidan makanan tersebut, atau bagi maksud apa-apa tujuan teknologi lain

    dalam pengilangan, pemprosesan, penyediaan, perlakuan, pengempokan,

    pembungkusan, pengangkutan atau penstoran makanan itu, dan yang berkesudahan

    atau dengan munasabahnya dijangka berkesudahan, sama ada secara langsung

    atau tidak langsung, dengan bahan itu atau apa-apa hasil sampingannya menjadi

    komponen makanan tersebut atau selainnya mempengaruhi ciri-ciri makanan itu, dan

    termasuklah apa-apa bahan pengawet, bahan pewarna, bahan perisa, penambah

    perisa, pengantioksida dan kondisioner makanan, tetapi tidaklah termasuk tambahan

    nutrien, juzuk kebetulan atau garam.

  • 7/29/2019 MATHILA MANSOR - PengemulsiPenstabil(Artikel)

    2/12

    Kajian oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyatakan hampir

    3000 bahan penambah makanan dan pengawet digunakan dalam makanan untuk

    meniru perisa asli, mewarnakannya agar kelihatan lebih asli dan segar atau

    mengawetnya supaya tahan lama. Bahan aditif makanan boleh diklasifikasikan

    kepada dua iaitu ; bahan aditif asli dan bahan aditif tiruan. Persamaan yang nyata

    antara kedua-dua bahan ini ialah kedua-duanya merupakan bahan kimia. Bahan

    aditif untuk kebanyakan makanan tradisional kebanyakannya diperolehi secara asli.

    Bahan aditif makanan ini diekstrak secara dari bahan-bahan semulajadi. Namun,

    disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap bahan aditif makanan, sumber asli

    tidak mampu untuk membekalkan bahan aditif secukupnya. Maka, manusia telah

    menghasilkan bahan aditif tiruan melalui tindak balas kimia dengan menggunakan

    Sains dan teknologi. Meskipun tiruan, bahan-bahan ini mempunyai struktur yang

    sama dengan bahan asli sekaligus memberi kesan yang sama seperti bahan aditif

    asli.

    Pengemulsi merupakan sejenis bahan aditif yang biasa ditambah ke dalam

    makanan. Fungsi pengemulsi ialah untuk membolehkan dua jenis bahan bersatu,

    misalnya air dan minyak. Sekiranya air dan minyak disatukan, keduanya akan

    berpisah kembali. Justeru, bahan yang dinamakan pengemulsi ini perlu digunakanuntuk menyatukan keduanya. Selain itu, pengemulsi

    makanan turut menjadikan makanan lebih menarik,

    menghasilkan makanan yang lebih lembut, sekata

    dan bertekstur dan membantu mengekalkan kualiti

    dan kesegaran makanan. Contoh bahan makanan

    yang ditambah pengemulsi ialah aiskrim, mayonis,

    marjerin dan coklat.

    Gambar kiri : Minyak dan air yangditambah pengemulsiGambar kanan : Minyak dan airyang tidak ditambah pengemulsi

    Gambar kiri : Mayonis yang tidak ditambah

    pengemulsiGambar kanan : Mayonis yang ditambahpengemulsi

  • 7/29/2019 MATHILA MANSOR - PengemulsiPenstabil(Artikel)

    3/12

    Coklat dan marjerin merupakan antara produk makanan yang mengandungi

    pengemulsi makanan

    Sebelum wujud pengemulsi buatan atau sintetik, pengemulsi yang digunakan

    berasal dari bahan semulajadi. Pengemulsi yang tertua adalah lilin lebah. Lilin lebah

    ini digunakan di dalam pelembap kulit oleh seorang doktor pada zaman Yunani iaitu

    pada tahun 131-201 AD. Namun, bahan yang mula digunakan sebagai pengemulsi

    dalam makanan ialah kuning telur iaitu pada awal abad ke-19. Memandangkan

    tempoh yang membolehkan penyimpanan untuk kuning telur adalah lebih singkat,

    maka pada tahun 1920-an, lesitin dari kacang soya diperkenalkan sebagai

    pengemulsi makanan. Walaubagaimanapun, perkembangan pengemulsi makanan

    untuk tujuan industri hanya bermula pada tahun 1869 melalui penemuan merjerin

    oleh seorang ahli kimia yang berasal dari Perancis iaitu Hippolyte Mege-Mouries.

    Mono-dan diglerisida yang pertama telah

    disintesis oleh Prancis Marcelin Berthelot pada

    tahun 1853. Namun begitu, bahan ini hanya

    dikomersialkan pada tahun 1930-an. Pada

    awalnya, ianya hanya digunakan di dalam

    marjerin tetapi akhirnya digunakan untuk roti.

    Pada abad ke-20 pula, pengemulsi buatan atau

    sintetik telah mula dihasilkan dan digunakan

    pada skala yang besar.Telur merupakan pengemulsi

    pertama yang digunakan dalammakanan

  • 7/29/2019 MATHILA MANSOR - PengemulsiPenstabil(Artikel)

    4/12

    Pengemulsi asli diperbuat dari bahan seperti kacang soya, jagung, kuning

    telur dan otak haiwan. Dua zat makanan iaitu air dan minyak yang terkandung dalam

    bahan seperti kacang soya ini dihubungkan oleh suatu zat yang disebut lesitin.

    Bahan inilah yang akan diekstrak untuk menjadi pengemulsi sintetik. Selain lesitin,

    terdapat beberapa pengemulsi makanan lain seperti agar, dekstrin, gelatin, gum,

    keragenan, karboksimetil selulosa (CMC) dan pektin. Kebanyakan dari pengemulsi

    termasuk keragenan, dekstrin dan pektin turut bertindak sebagai penstabil.

    Bil. Pengemulsi Contoh Makanan

    1. Monogliserida berasetil Lapisan luar coklat/ ais krim

    2. Gliseril monostearat Marjerin

    3. Mono- dan gliserida Toping

    4. Ester asid lemak Toping

    5. Alginat Sos salad

    6. Asid fosforik dan garam -

    7. Lesitin Marjerin, coklat

    Penstabil makanan juga

    merupakan antara bahan aditif makanan

    yang biasa ditambah ke dalam

    makanan. Secara amnya, penstabil

    makanan berfungsi untuk menstabilkan

    tekstur makanan agar dapat bertahan

    dalam jangka masa yang lama.

    Penstabil makanan ini digunakan juga

    untuk menghalang sebatian atau

    campuran makanan daripada terasing

    atau dengan kata lain mengekalkan

    emulsi minyak dan air dalam makanan seperti sos salad, ais krim dan sup krim.

    Penambahan penstabil dalam makanan boleh mengelakkan dari berlakunya

    tindakbalas berbalik setelah pengemulsi makanan ditambah ke dalam makanan.

    Contohnya ialah penggunaan penstabil bagi memastikan mendapan tidak terbentuk

    dalam minuman kordial. Antara makanan lain yang mengandungi bahan penstabil

    Lesitin soya merupakan antara pengemulsimakanan asli

  • 7/29/2019 MATHILA MANSOR - PengemulsiPenstabil(Artikel)

    5/12

    ialah keju, ais krim dan yogurt. Selain itu, penstabil turut menghalang pembentukan

    hablur ais yang merosakkan tekstur ais krim dan memekatkan makanan.

    Memandangkan penstabil dan pengemulsi mempunyai tujuan dan fungsi yang

    hampir sama, bahan ini diletakkan di bawah kod atau nombor yang sama iaitu 400-

    499.

    Bil. Nama Penstabil Contoh Makanan

    1. Agar-agar Agar-agar

    2. Akasia Aising, toping

    3. Gelatin Keju, yogurt

    4. Gum Ais krim, keju, yogurt

    5. Keragenan Susu coklat, jeli, minuman ringan

    6. Lesitin Minuman hasil tenusu, roti,marjerin

    8. Pektin Sos, yogurt, jeli buah

    9. Asid Alsenik dan garam natrium Ais krim, keju, yogurt

    Makanan merupakan keperluan asas kepada manusia. Justeru, pastinya

    bahan penambah dalam makanan seperti penstabil dan pengemulsi ini mempunyai

    kaitan dan kepentingan dari pelbagai aspek dalam masyarakat termasuk aspek nilai,

    kaum dan agama. Masyarakat Melayu yang biasanya beragama Islam amat

    mementingkan produk yang mempunyai status halal. Hal ini demikian kerana adalah

    kewajipan bagi umat Islam untuk mendapatkan makanan yang halal dan menjauhi

    makanan yang syubhah seperti yang disebut dalam Surah Al-Baqarah, ayat 172 :

    Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik

    (yang halal) yang telah Kami kurniakan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada

    Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya.

    (Terjemahan Surah Al-Baqarah, 172)

    Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, pengemulsi makanan boleh

    diperbuat dari pelbagai bahan seperti kacang soya, telur dan otak haiwan. Justeru,

    status halal, haram atau syubhah sesuatu produk bergantung kepada bahan mentah

    untuk menghasilkan pengemulsi atau penstabil tersebut. Sekiranya pengemulsi

    makanan dalam satu-satu produk itu diperbuat dari kacang soya, semestinya statushalal produk tersebut tidak perlu diragui lagi. Namun, dikhuatiri kandungan lesitin

  • 7/29/2019 MATHILA MANSOR - PengemulsiPenstabil(Artikel)

    6/12

    produk tersebut diekstrak dari bahan lain seperti telur dan otak haiwan yang tidak

    halal. Selain itu, meskipun lesitin diekstrak dari sumber yang halal seperti kacang

    soya, namun dikhuatiri pula lesitin tersebut ditambah enzim tertentu yang diragui

    kehalalannya. Tujuan enzim ditambah adalah untuk membolehkan pengemulsi

    makanan tersebut berfungsi secara lebih efektif. Keadaan ini seterusnya

    menyebabkan bahan tersebut terus bertukar status kepada tidak halal. Situasi ini

    menyebabkan umat Islam perlu lebih berhati-hati dan lebih terbatas dalam

    mendapatkan pelbagai produk makanan dan minuman di pasaran.

    Berbanding masyarakat dari kaum lain seperti kaum Cina, India, atau etnik

    minoriti seperti Kadazan dan Dusun yang biasanya tidak beragama Islam, mereka

    lazimnya tidak mempunyai masalah mengenai pilihan dan status makanan yang

    berada di pasaran. Mereka lebih bebas dalam membuat pilihan untuk mendapatkan

    produk minuman dan makanan yang berada di pasaran. Justeru, isu mengenai

    status halal pengemulsi makanan ini tidak memberi impak yang besar kepada

    mereka tetapi memberi pengaruh yang besar kepada umat Islam.

    Isu mengenai status halal makanan sering menjadi isu yang hangat

    diperkatakan di media massa mahupun media elektronik. Masalah ini berpunca dari

    sikap segelintir pihak yang hanya mengambil enteng mengenai sensitiviti agama dan

    kaum tertentu. Pihak pengeluar makanan yang hanya mementingkan keuntungan

    dalam aspek ekonomi tanpa mengira semua faktor merupakan antara punca kepada

    isu ni yang sentiasa berpanjangan. Selain itu, terdapat juga individu dalam

    masyarakat yang tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan maklumat yang

    tidak benar mengenai sesuatu produk makanan. Sebagai contoh, pada tahun 2013,

    telah tersebar khabar angin mengenai status halal produk makanan segera

    McDonald yang dikatakan menggunakan mayonis yang mengandungi lemak khinzir

    di laman sosial Facebook. Namun, setelah semakan dibuat kepada pihak JAKIM,

    ternyata premis makanan tersebut telah mendapatkan sijil halal yang sah sekaligus

    menangkis segala tohmahan buruk terhadap syarikat tersebut.

    Bagi mengatasi masalah ini dan menjaga sensitiviti masyarakat beragama

    Islam, garis panduan meng enai penggunaan pengemulsi dan penstabil dalammakanan perlulah diberi kepada semua pengusaha produk makanan. Setiap produk

    yang dikeluarkan perlu melalui proses tertentu bagi memastikan status halal.

  • 7/29/2019 MATHILA MANSOR - PengemulsiPenstabil(Artikel)

    7/12

    Cetakan atau label mengenai kandungan makanan yang

    dijual seharusnya memberi gambaran yang tepat serta

    menyeluruh tentang kandungan sebenar produk. Di

    samping itu, pihak berwajib perlu sentiasa membuat

    pemantauan agar logo halal tidak disalahgunakan.

    Peniaga syarikat besar seperti pasaraya mahupun peniaga

    kecil juga perlu mengambil berat mengenai isu ini dengan

    memastikan status produk makanan yang terdapat di

    premis-premis jualan. Makanan yang berstatus halal dan

    tidak halal perlu diasingkan dan diletakkan label bagi

    memudahkan para pengguna.

    Masalah kekeliruan mengenai status halal kandungan dalam makanan

    bukanlah suatu isu yang baru. Justeru, adalah wajar bagi warga masyarakat sendiri

    yang menitikberatkan masalah ini. Tanggungjawab untuk memastikan kehalalan

    sesuatu produk makanan tidak

    seharusnya diletakkan ke atas bahu

    pihak berwajib sahaja. Sebaliknya,

    konsumer sendiri perlu memilikipengetahuan mengenai bahan aditif

    dalam makanan. Sekiranya terdapat

    keraguan mengenai status halal sesuatu

    produk makanan, konsumer boleh

    membuat rujukan atau perundingan

    kepada pihak JAKIM. Selain itu, para

    pengguna perlu sentiasa peka dan tidak sesekali menyebarkan maklumat yang tidakbenar mengenai sesuatu makanan melalui pelbagai media yang ada. Masyarakat

    seharusnya tidak membuta tuli menyebarkan maklumat yang belum ternyata

    kesahihannya.

    Selain itu, isu keselamatan bahan makanan turut menjadi antara topik

    perbualan utama dalam masyarakat. Peningkatan jumlah individu yang mengidap

    pelbagai penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis menyebabkan ramai dalam

    kalangan masyarakat yang berpendapat bahawa penyakit-penyakit ini disebabkan

    Penggunaan logo halalyang betul membantupara pengguna dalam

    membuat pilihan

    Halal atau haram pengemulsi sesuatu

    produk bergantung kepada sumber

    bahan mentah bahan tersebut

  • 7/29/2019 MATHILA MANSOR - PengemulsiPenstabil(Artikel)

    8/12

    oleh bahan aditif dalam makanan. Namun, jika diteliti, penyakit serta kematian yang

    berlaku kebanyakannya disebabkan oleh makanan itu sendiri yang mengandungi

    bahan seperti lemak, gula dan garam dalam kuantiti yang tinggi dan bukannya

    disebabkan oleh aditif makanan. Sekiranya pemakanan tidak dikawal, individu akan

    lebih terdedah kepada risiko penyakit. Tambahan pula, aditif makanan biasanya

    digunakan dalam kadar yang sedikit iaitu kurang dari 2% dan kebanyakannya

    dikawal mengikut Amalan Pengilangan yang Baik (GMP). Selain itu, aditif makanan

    yang dibenarkan dalam pasaran Malaysia telah diluluskan dan dikawal

    penggunaannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Justeru, anggapan bahawa

    bahan aditif makanan adalah punca utama kepada penyakit adalah kurang tepat.

    Walaubagaimanapun, tidak dinafikan bahawa terdapat bahan aditif yang

    mampu memberi kesan buruk kepada pengguna sekiranya digunakan secara

    berlebihan dan tidak mengikut dos kandungan yang dibenarkan. Bahan pengemulsi

    serta penstabil makanan misalnya, meskipun bahan tersebut tidak berbahaya dan

    bersifat GRAS (Generally Recognized as Safe) kerana kebiasaanya berasal dari

    bahan semulajadi, namun, sekiranya digunakan secara berlebihan, bahan tersebut

    tetap mampu memudaratkan kesihatan manusia. Sebagai contoh, had maksimum

    untuk garam biasa/garam Natrium ialah 0.2% secara tunggal atau 0.3% dalamgabungan. Justeru, pengeluar produk makanan seharusnya sentiasa mematuhi

    kadar kandungan bahan tambah makanan seperti yang tercatat dalam Peraturan-

    Peraturan Makanan 1985.

    Selain itu, ramai dalam kalangan masyarakat yang berpendapat bahawa

    bahan aditif asli termasuk bahan penstabil dan pengemulsi makanan adalah lebih

    baik manakala bahan aditif tiruan adalah berbahaya dan mendatangkan mudarat.

    Keadaan ini menyebabkan ada diantara syarikat-syarikat pengeluar produk makanan

    yang mendakwa mereka menggunakan bahan aditif asli sahaja dalam produk

    mereka. Tanggapan ini sebenarnya adalah kurang tepat kerana tiada kajian khas

    yang dapat membuktikan bahawa bahan aditif asli adalah jauh lebih selamat

    berbanding bahan aditif tiruan. Berdasarkan fakta sejarah, kebanyakan bahan aditif

    makanan yang telah diluluskan pada hari ini telah digunakan sejak berpuluh tahun

    dahulu. Bermakna, kita telah lama terdedah kepada bahan aditif makanan tanpa

    menerima sebarang kesan buruk. Meskipun terdapat satu atau dua bahan yang

    mungkin mampu mengundang alahan atau asma, tetapi keadaan tersebut tidak

  • 7/29/2019 MATHILA MANSOR - PengemulsiPenstabil(Artikel)

    9/12

    boleh dijadikan penyebab untuk mengharamkannya. Kesimpulannya, aditif makanan

    yang dibenarkan adalah selamat kerana :

    a) Tiada kajian saintifik yang membuktikan aditif yang telah diluluskan adalah

    tidak selamat.

    b) Penggunaan bahan aditif makanan adalah dalam kuantiti yang sedikit dan

    penggunaannya dikawal ketat oleh undang-undag.

    c) Penggunaan bahan aditif makanan dalam kadar yang dibenarkan sehingga

    kini terbukti tidak mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan

    pengguna.

    Bagi mengatasi kekeliruan dan kerisauan masyarakat pengguna mengenai isu

    keselamatan dalam bahan makanan, Bahagian Kawalan Kualiti Makanan (BKKM) di

    bawah Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa menjalankan program pemantauan

    bagi memastikan penggunaan bahan tambah makanan mematuhi kadar yang

    sepatutnya seperti yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

    Agensi tersebut juga yang dipertanggungjawabkan untuk menggubal, meminda dan

    menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan keselamatan makanan iaitu

    melalui Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Penilaian

    terhadap produk makanan di pasaran juga perlu dilakukan secara berkala bagi

    memastikan hasil penilaian tersebut mencapai sasaran yang sepatutnya. Selain itu,

    tindakan menarik sijil peniaga atau pengeluar produk yang tidak mengikuti syarat had

    kandungan bahan aditif termasuk pengemulsi dan penstabil wajar dilakukan.

    Beberapa saranan perlu diberi kepada

    para pengguna dalam mengatasi pelbagai

    cabaran dan isu yang dihadapi berkaitandengan bahan tambah dalam makanan ini.

    Masyarakat sendiri seharusnya mempunyai

    kesedaran kendiri mengenai bahaya dan

    kepentingan bahan aditif dalam makanan.

    Masyarakat perlu sentiasa peka dengan

    kandungan makanan dengan meneliti label

    pada makanan. Selain itu, adalah penting

    bagi seorang pengguna untuk mengetahui

    Membaca label pada produk makanansebelum membeli merupakan langkah

    yang perlu dijadikan amalan

  • 7/29/2019 MATHILA MANSOR - PengemulsiPenstabil(Artikel)

    10/12

    peraturan nutrien dalam hubungannya dengan peraturan atau Akta Makanan

    Malaysia. Di samping itu, para pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut dari

    pihak pengeluar makanan atau agensi yang terlibat sekiranya terdapat ramuan

    makanan yang meragukan. Kepekaan individu dalam masyarakat mengenai bahan

    aditif dalam makanan akan memberi tekanan kepada pengeluar produk makanan

    dalam membekalkan produk makanan yang menggunakan bahan aditif yang selamat

    dan mematuhi Peraturan-peraturan Makanan 1985.

    Sebagai individu dalam masyarakat, adalah penting untuk memahami

    kepentingan mengenai bahan tambah dalam makanan. Kesedaran mengenai

    kepenggunaan dalam aspek makanan perlu diberi kepada semua generasi

    masyarakat khususnya kepada golongan belia dan kanak-kanak. Hal ini demikian

    kerana golongan muda yang akan mencorak dan memanipulasikan diet makanan

    pengguna pada masa hadapan.

  • 7/29/2019 MATHILA MANSOR - PengemulsiPenstabil(Artikel)

    11/12

    BIBLIOGRAFI

    Jamal Khair Hashim, Noraini Dato Mohd Othman. (1999) Bahan Kimia dalamMakanan. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.

    J. S Chia. (2004) Whats in Your Food? Selangor : Pelanduk Publications.

    Artikel

    Khalilah Haris. Bahaya Bahan Penambah Makanan. Dewan Kosmik. Ogos

    2013 : ms 52-54

    Dr Abu Bakar Abdul Majid. (2003) Aditif Makanan dan Ubat-Ubatan . Dewan

    Kosmik. Diakses dari

    http://www.prn.usm.my/old_website/mainsite/bulletin/kosmik/1996/kosmik12.html

    Laman Sesawang

    Kristina Mustamanah. (2012) Pengemulsi, Pemantap dan Pengental Makanan

    (Emulsifier). Diakses pada 3 September 2013. Dari http://kristina-

    mustamanah.blogspot.com/2012/01/pengemulsi-pemantap-dan-pengental.html

    Mifta Nur Rahmat. (2011) Zat Pengemulsi Makanan. Diakses pada 29 Ogos

    2013. Dari http://teenagers-moslem.blogspot.com/2011/10/zat-pengemulsi-makanan-by-mifta-nur.html

    Makanan dan Minuman Emulsi. Diakses pada 3 September 2013. Dari

    http://www.halalguide.info/2010/01/13/makanan-dan-minuman-emulsi/

    Emulsifier Halal atau Haram. Diakses pada 4 September 2013. Dari

    http://snhidayah.blogspot.com/2010/04/emulsifier-halal-atau-haram.html

    http://www.prn.usm.my/old_website/mainsite/bulletin/kosmik/1996/kosmik12.htmlhttp://kristina-mustamanah.blogspot.com/2012/01/pengemulsi-pemantap-dan-pengental.htmlhttp://kristina-mustamanah.blogspot.com/2012/01/pengemulsi-pemantap-dan-pengental.htmlhttp://kristina-mustamanah.blogspot.com/2012/01/pengemulsi-pemantap-dan-pengental.htmlhttp://teenagers-moslem.blogspot.com/2011/10/zat-pengemulsi-makanan-by-mifta-nur.htmlhttp://teenagers-moslem.blogspot.com/2011/10/zat-pengemulsi-makanan-by-mifta-nur.htmlhttp://www.halalguide.info/2010/01/13/makanan-dan-minuman-emulsi/http://www.halalguide.info/2010/01/13/makanan-dan-minuman-emulsi/http://snhidayah.blogspot.com/2010/04/emulsifier-halal-atau-haram.htmlhttp://snhidayah.blogspot.com/2010/04/emulsifier-halal-atau-haram.htmlhttp://www.halalguide.info/2010/01/13/makanan-dan-minuman-emulsi/http://teenagers-moslem.blogspot.com/2011/10/zat-pengemulsi-makanan-by-mifta-nur.htmlhttp://teenagers-moslem.blogspot.com/2011/10/zat-pengemulsi-makanan-by-mifta-nur.htmlhttp://kristina-mustamanah.blogspot.com/2012/01/pengemulsi-pemantap-dan-pengental.htmlhttp://kristina-mustamanah.blogspot.com/2012/01/pengemulsi-pemantap-dan-pengental.htmlhttp://www.prn.usm.my/old_website/mainsite/bulletin/kosmik/1996/kosmik12.html
  • 7/29/2019 MATHILA MANSOR - PengemulsiPenstabil(Artikel)

    12/12

    Food Ingredient Numbers (E-Numbers). Diakses pada 4 September 2013. Dari

    http://special.worldofislam.info/Food/numbers.html

    Bahan Aditif yang Meragukan. Diakses pada 4 September 2013. Dari

    http://dunia.pelajar-islam.or.id/dunia.pii/arsip/bahan-aditif-makanan-yang-

    meragukan.html

    http://special.worldofislam.info/Food/numbers.htmlhttp://dunia.pelajar-islam.or.id/dunia.pii/arsip/bahan-aditif-makanan-yang-meragukan.htmlhttp://dunia.pelajar-islam.or.id/dunia.pii/arsip/bahan-aditif-makanan-yang-meragukan.htmlhttp://dunia.pelajar-islam.or.id/dunia.pii/arsip/bahan-aditif-makanan-yang-meragukan.htmlhttp://dunia.pelajar-islam.or.id/dunia.pii/arsip/bahan-aditif-makanan-yang-meragukan.htmlhttp://special.worldofislam.info/Food/numbers.html