math anxiety-part jenifer
TRANSCRIPT
1. Apakah itu (Kebimbangan Matematik)?
Kebimbangan terhadap Matematik didefinisikan sebagai gangguan dengan
pembelajaran Matematik, diuji ke atas Matematik, dan/ atau mengambil kursus Matematik,
dan memberi kesan dalam kesukaran dengan memanipulasikan nombor dan menyelesaikan
masalah Matematik yang mempunyai variasi yang luas dan berlatarkan dunia sebenar dalam
akademik. Ia juga dikenali sebagai respons fobia, di mana seseorang tersebut ingin
mengelakkan dari Matematik dan juga situasi di mana aspek yang bakal dihadapi, dan
berasa bimbang di mana situasi kebimbangan ini tidak boleh dielakkan.
2. Kenapa ia berlaku?
Dalam persekitaran akademik, pelajar yang mempunyai kebimbangan Matematik
yang tinggi cenderung untuk tidak terlibat secara aktif di dalam kelas Matematik, dan
cenderung untuk mengambil kursus asas Matematik yang minimum diperlukan. Apa yang
penting, mereka mengelakkan diri daripada memilih karier dalam sebarang bidang yang
berkaitan dengan Matematik, walaupun karier yang mereka hendak itu agak menarik. Ini
merupakan kesan yang tidak menguntungkan disebabkan oleh kebimbangan Matematik
kerana pertama lebih dari separuh daripada semua kerjaya, memerlukan pengetahuan
Matematik, begitu juga aplikasi pecahan. Dan yang kedua ialah ia boleh mengatasi
kebimbangan Matematik dan memulakan semula pembelajaran Matematik secara normal.
Kebimbangan Matematik juga berlaku apabila pelajar berhadapan dengan tugasan
atau masalah yang sukar untuk diselesaikan dan penilaian juga dilakukan serentak. Semasa
penilaian inilah pelajar akan berasa gementar dan menunjukkan tanda-tanda seperti badan
menggeletar dan tangan berpeluh. Pelajar juga menghadapi kesukaran dalam menyusun idea,
mengalami perasaan gelisah dan cemas. Mereka juga tidak senang untuk berehat atau duduk
lama di kerusi dan mereka terikat dengan kelakuan yang bermacam-macam untuk
mengurangkan kebimbangan tersebut.
Selain itu, kebimbangan Matematik boleh berlaku disebabkan kesukaran dalam
menyelesaikan masalah Matematik yang mana ia dianggap sebagai bebanan oleh pelajar.
Pelajar tersebut akan berasa rendah diri jika beliau gagal menyelesaikan masalah tersebut,
rakan-rakannya akan memberi pandangan yang negatif ke atas kebolehannya. Akhir sekali,
faktor-faktor seperti persekitaran sekolah, teknik instruksional dan lain-lain aspek juga harus
diambil kira. Contohnya persekitaran pembelajaran yang tidak selesa akan membuat pelajar
tidak bermotivasi untuk menelaah pelajaran, cenderung untuk membuat kerja-kerja lain
semata-mata untuk meningkatkan semangat belajarnya, atau pelajar tersebut langsung tidak
melakukan aktiviti ilmiah..
3. Siapakah yang mempunyainya?
Orang yang mengalami kebimbangan Matematik berasa bahawa mereka tidak dapat
melakukan aktiviti dan kelas yang melibatkan Matematik. Mereka terdiri daripada pelajar-
pelajar sekolah rendah, menengah, menengah atas dan pra-universiti yang mana mereka akan
menduduki peperiksaan awam seperti UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah), PMR
(Penilaian Menengah Rendah), SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan STPM (Sijil Tinggi
Penilaian Malaysia) di mana dalam peperiksaan awam ini, ia merupakan subjek wajib bagi
pelajar untuk mengambil subjek Matematik. Matematik adalah salah satu subjek teras selain
subjek bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sejarah dan Pendidikan Islam/Moral.
Bukan setakat pelajar sahaja, malah guru dan guru pelatih turut mengalami
kebimbangan Matematik. Seperti pelajar, mereka juga tidak terlepas dari melakukan
penyelesaian kepada masalah Matematik di mana kadang-kadang mereka juga tidak dapat
menyelesaikan masalah tersebut dan ini memaksa mereka untuk merujuk kepada pakar
seperti guru Matematik senior. Bagi guru pelatih pula, masih ada di antara mereka keliru
dalam penggunaan dan aplikasi Matematik yang lain dalam menyelesaikan kes studi.
Beberapa antara mereka sudah jemu melihat permasalahan Matematik di mana mereka
mengaplikasikan perkara yang sama dalam menyelesaikannya. Akhir sekali, guru pelatih
melihat menyelesaikan masalah adalah sukar kerana masalah yang dinyatakan adalah terlalu
panjang lebar dan mereka memerlukan darjah pemahaman di tahap-tahap tertentu sebelum
memulakan penyelesaian masalah.
4. Bila ia berlaku?
Kebimbangan Matematik berlaku dalam banyak cara dan di mana-mana sahaja seperti
di kelas, kedai-kedai, di tempat kerja dan di rumah juga. Bagi pelajar, mereka paling kerap
berhadapan dengan fenomena ini di sekolah, iaitu di dalam kelas Matematik, Matematik
Tambahan, Fizik, Prinsip Perakaunan dan subjek-subjek lain yang kandungannya
mengandungi unsur-unsur pengiraan. Dalam kelas ini, pelajar yang mempunyai tahap
kebimbangan Matematik yang tinggi akan bergelut dengan perasaan dan mental dalam
menyesuaikan diri untuk mengadaptasikan kebimbangan tersebut dan menerima input subjek
tersebut. Contohnya, pelajar Tahun Enam didedahkan dengan masalah yang melibatkan
pecahan, pembahagian panjang dan ‘anu’. Pendedahan ini tidak sesuai kepada murid Tahun
Enam kerana ia melibatkan pengiraan yang rumit dan murid lambat untuk menyelaminya.
Dalam kehidupan seharian juga, pelajar sukar untuk melakukan perubahan,
mengelakkan membimbing atau terlampau dibimbing kerana mereka tidak mampu mengira
jumlah yang tepat, tidak menyemak baki bank atau penyata kad kredit, dan juga mengelak
menyemak bil yang mempunyai potensi salah, bayar cek, etc.
5. Apa yang menciptanya?
Pertama, kebimbangan Matematik wujud bila pelajar tidak memahami konsep dan
prinsip Matematik atau pelajar tidak dapat memberi gambaran bagaimana konsep tersebut
berlaku. Jika pelajar tidak memahami konsep tersebut, pelajar tidak dapat menyelesaikan
masalah Matematik tersebut. Seperti mana yang kita tahu, sesetengah konsep Matematik
saling berhubung antara satu sama lain. Jika pelajar tidak memahami salah satu konsep
tersebut, maka pelajar tidak mendapat jawapan yang tepat penyelesaian masalah tersebut.
Kedua, sikap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku juga boleh
mempengaruhi ke arah kewujudan kebimbangan terhadap Matematik dalam kalangan pelajar.
Seorang guru yang menyukai Matematik mampu membawa pelajarnya juga turut mencintai
Matematik. Begitu juga sebaliknya, jika guru tersebut menunjukkan kebencian dan
ketakutannya terhadap Matematik turut memberi impak negatif terhadap pelajarnya.
Ketiga, guru dan guru pelatih perlu tahu bahawa kewujudan kebimbangan terhadap
Matematik merupakan tujuan utama mereka untuk membantu pelajar mengatasi kebimbangan
Matematik mereka, dalam masa yang sama mengawal kebimbangan mereka sendiri.
Keempat, adalah membuat perbincangan dan membuat refleksi berdasarkan perkara-
perkara yang telah terjadi untuk membuat penambahbaikan bagi mengurangkan
kebimbangan tersebut seperti membuat muhasabah diri selepas proses pengajaran dan
pembelajaran di kelas.
6. Bagaimana mengurangkannya?
Fakta mengatakan pelajar mengalami kebimbangan Matematik dalam kelas yang
mengamalkan cara tradisional, guru harus mencorak bilik darjah yang boleh membuatkan
mereka lebih bermotivasi. Pelajar harus tahu dia sama ada dia di tahap kejayaan yang tinggi
dan tahap kegagalan yang mereka mampu pertimbangkan. Oleh itu, anggapan yang salah
harus ditangani secara positif untuk menggalakkan penglibatan dan menambahkan keyakinan
pelajar.
Kajian menunjukkan pelajar belajar bersungguh-sungguh apabila mereka aktif
daripada pelajar pasif (Spikell, 1993). Teori kecerdasan pelbagai mengutarakan cara
pembelajaran yang berlainan. Pelajaran dipersembahkan untuk visual, matematik, muzikal,
kinestik, interpersonal, intrapersonal dan linguistik. Semua layak untuk belajar, tapi mungkin
belajar dengan cara masing-masing. Oleh itu, pelajaran harus dipersembahkan dengan
alternatif yang pelbagai seperti menggunakan bantuan visual, berlakon dan kumpulan
koperatif. Pelajar zaman sekarang memerlukan praktikal Matematik. Oleh itu, Matematik
perlu relevan dalam kehidupan seharian. Pelajar suka membuat eksperimen. Untuk belajar
Matematik, pelajar harus melibatkan diri dalam menjelajah, meneka, dan memikir daripada
melibatkan diri hanya menghafal peraturan pembelajaran dan prosedur.
Kumpulan koperatif menyediakan pelajar peluang untuk saling bertukar idea, untuk
bertanya soalan dengan bebas, untuk menerangkan kepada satu sama lain, untuk menjelaskan
dengan cara yang bermakna dan meluahkan perasaan mereka tentang pembelajaran mereka.
Kemahiran-kemahiran ini diperlukan pada awal usia supaya menjadi manfaat sepanjang alam
pekerjaan dewasa mereka
7. Bagaimana menghapuskannya?
Kebimbangan Matematik boleh dihapuskan jika beberapa langkah-langkah bijak
diambil untuk mengatasi masalah tersebut. Pertama, ibu bapa harus mencakna perkembangan
pelajaran anak-anak mereka terutama kepada anak yang menghadapi masalah dengan subjek
Matematik. Jika ibu bapa tersebut mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam
Matematik, mereka sepatutnya membimbing anak mereka bersama-sama menyelesaikan
masalah yang berkaitan dengan Matematik. Jika tidak, mereka juga boleh mengupah guru
tuisyen untuk mengajar anak mereka atau menghantar supaya anak mereka mempunyai
pemahaman yang mendalam terhadap subjek tersebut selain memperkukuhkan ilmu
Matematik yang sedia ada. Dengan itu, anak mereka mempunyai keyakinan terhadap diri
mereka yang mereka mempunyai kepandaian dalam Matematik, seterusnya kebimbangan
terhadap Matematik boleh dihapuskan.
Kedua, membentuk kumpulan belajar dengan rakan-rakan yang positif dan membina.
Dalam kumpulan ini, ahli-ahli kumpulan mesti terdiri daripada rakan yang mempunyai tahap
penguasaan terhadap sesuatu subjek yang tinggi bagi setiap subjek. Jadi, jika terdapat rakan
yang lemah dalam sesuatu subjek terutama Matematik, rakan yang mahir dalam ilmu
Matematik harus membantu rakan yang lemah tersebut. Selain itu, memberi sokongan
motivasi kepada ahli juga penting untuk menghidupkan semangat belajar supaya objektif
pembelajaran mencapai di tahap yang optimum.