matematik tambahan (kod: 3472) · kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. kandungan...

27
MATEMATIK TAMBAHAN (KOD: 3472) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Upload: others

Post on 08-Feb-2021

24 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • MATEMATIK TAMBAHAN (KOD: 3472)

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)

    © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

  • Diterbitkan oleh:

    Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia

    © Lembaga Peperiksaan 2020 Cetakan Pertama 2020

    Hak Cipta Terpelihara. Sebarang artikel, ilustrasi, isi kandungan dari mana-mana bahagian dalam buku

    Sijil Pelajaran Malaysia: Format Pentaksiran Mulai Tahun 2021 ini adalah tidak dibenarkan untuk diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam apa jua bentuk dan

    dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada:

    Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan,Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • KATA PENGANTAR

    Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk menggubal dasar-dasar pentaksiran, peperiksaan dan pengujian pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum. Sehubungan dengan itu, perekaan bentuk format pentaksiran baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaksanakan oleh LP sebaik sahaja Kementerian Pendidikan Malaysia meluluskan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima mulai tahun 2020. Perekaan bentuk tersebut dilaksanakan dalam lima fasa utama iaitu pengkonsepsian, penentuan instrumen, pembinaan instrumen, kajian kesesuaian instrumen dan pemurnian serta penyediaan dokumen pentaksiran. Hal yang demikian bertujuan untuk memastikan agar kualiti pentaksiran dan peperiksaan kebangsaan mempunyai suatu standard atau piawai. Perekaan bentuk ini melibatkan semua mata pelajaran, termasuklah mata pelajaran Matematik Tambahan yang merupakan mata pelajaran elektif pada peringkat SPM.

    Dalam perekaan bentuk format pentaksiran, aspek penjajaran dengan kurikulum kebangsaan sangat diberikan keutamaan. Oleh sebab itu, format pentaksiran direka bentuk berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan kurikulum standard seperti terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Prinsip-prinsip asas pentaksiran terutama aspek kesahan, kebolehpercayaan, kebolehlaksanaan dan penjaminan kualiti juga amat dititikberatkan. Pentaksiran turut memberikan fokus khusus kepada pencapaian objektif mata pelajaran dan aspek-aspek yang ditaksir, iaitu bidang pengetahuan, kemahiran dan nilai di samping memastikan keseluruhan pentaksiran mempunyai kerelevanan dan kecukupcakupan dari aspek standard kandungan dan standard pembelajaran. Melalui perekaan bentuk, LP berjaya menghasilkan format pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut. Format pentaksiran ini telah diluluskan pada 21 Februari 2020 oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan (MJKK) dan digunakan sepenuhnya dalam SPM mulai tahun 2021.

    Buku format pentaksiran ini diterbitkan dengan hasrat untuk mendekatkan pentaksiran dengan masyarakat, terutama semua guru, ibu bapa, murid dan calon peperiksaan. Harapan LP agar semua maklumat yang terkandung dalam buku ini dapat memberikan huraian yang jelas tentang perkara, cara dan bentuk pentaksiran dapat dilaksanakan. Usaha murni ini sangat penting untuk memberikan keadilan kepada semua calon yang menduduki peperiksaan dan menjaga kewibawaan institusi LP. LP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam perekaan bentuk dan penghasilan format pentaksiran ini. Semoga pelaksanaan format pentaksiran ini akan dapat mencapai hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan serta mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    DATO’ HJ. PKHARUDDIN BIN HJ. GHAZALI Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia

    FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

    © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2

  • ISI KANDUNGAN

    1.0 Pengenalan 4

    2.0 Asas Pertimbangan Dalam Pentaksiran 4

    3.0 Punca Kuasa 6

    4.0 Matlamat Mata Pelajaran 7

    5.0 Objektif Mata Pelajaran (OM) 7

    6.0 Objektif Pentaksiran (OP)

    7.0 Elemen dan Aspek Yang Ditaksir 9

    8.0 Aras Kesukaran Item 9

    9.0 Format Pentaksiran 10

    10.0 Contoh Item dan Senarai Rumus 12

    11.0 Lampiran 1 13

    12.0 Lampiran 2 16

    FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

    13.0 Lampiran 3 21

    14.0 Lampiran 4 24

    © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 3

    7

  • 1.0

    2.0

    PENGENALAN

    Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1989 bagi memenuhi hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

    Selaras dengan perubahan itu, Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk format pentaksiran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Seterusnya, perekaan bentuk format pentaksiran menjadi asas kepada pembinaan instrumen pentaksiran.

    ASAS PERTIMBANGAN DALAM PENTAKSIRAN

    Beberapa prinsip yang menjadi asas pertimbangan dalam proses perekaan bentuk format pentaksiran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah:

    2.1

    2.2

    KESAHAN

    Kesahan merujuk ciri ujian dan melibatkan dua perkara, iaitu kerelevanan dan kecukupcakupan. Perekaan bentuk instrumen pentaksiran ini telah memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan berdasarkan objektif mata pelajaran. Item-item yang dikemukakan adalah akur dengan kurikulum standard dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. Kandungan instrumen pentaksiran mencakupi semua aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh dalam pendidikan mata pelajaran berkenaan, seperti yang dihasratkan oleh kurikulum standard.

    KEBOLEHPERCAYAAN

    Kebolehpercayaan merujuk ciri skor ujian dan melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan ketepatan. Di peringkat pembinaan, satu spesifikasi ujian direka bentuk bagi setiap instrumen pentaksiran untuk dijadikan piawaian. Hal ini adalah untuk memastikan ketepatan, kesetaraan dan ketekalan instrumen pentaksiran yang dihasilkan setiap tahun. Analisis data peperiksaan juga dapat menunjukkan tahap kebolehpercayaan sesuatu instrumen pengukuran.

    FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

    © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 4

  • 2.3

    2.4

    2.5

    KEOBJEKTIFAN

    Keobjektifan merujuk kejelasan fungsi setiap instrumen yang dibina. Setiap instrumen pentaksiran dibina dengan tujuan khusus mengikut spesifikasi ujian tertentu. Jadual Spesifikasi Ujian berfungsi mengawal kefungsian instrumen yang dibina. Setiap pembina harus jelas dengan kehendak setiap instrumen pentaksiran yang dibina. Antaranya, konstruk yang ditaksir dan inferens boleh dibuat daripada skor yang akan diperoleh.

    Dalam item berbentuk subjektif, keobjektifan juga merujuk ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan atau ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor calon. Dalam konteks ini, ciri keobjektifan pemberian markah atau skor boleh dipertingkatkan dengan menyediakan skema penskoran yang objektif serta markah atau skor yang diselaraskan melalui mesyuarat penyelarasan. Hal ini dapat mengurangkan perselisihan dalam pemberian markah atau skor dalam kalangan pemeriksa atau pentaksir bagi menjamin kebolehpercayaan skor.

    KEBOLEHTADBIRAN

    Kebolehtadbiran merujuk kebolehlaksanaan sesuatu program pentaksiran dari segi kos, masa dan personel sama ada program berpusat atau pentaksiran berasaskan sekolah.

    KEMUDAHTAFSIRAN

    Kemudahtafsiran merujuk keupayaan skor daripada proses pentaksiran dalam memberikan maklumat tentang seseorang murid dalam perkara yang ditaksir. Skor yang baik berupaya untuk mendiskriminasikan murid yang mempunyai kepelbagaian keupayaan. Di samping itu, kemudahtafsiran dapat memberi sebab serta tujuan sesuatu ujian dan pentaksiran itu diadakan.

    FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

    © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 5

  • 2.6 KEKOMPREHENSIFAN

    Kekomprehensifan sesuatu ujian atau pentaksiran merujuk sejauh mana sesuatu ujian itu mengandungi item yang mewakili semua objektif yang penting dalam kurikulum. Jelasnya, prinsip-prinsip pentaksiran yang dinyatakan itu merupakan landasan penting dalam menjalankan pentaksiran. Justeru, mereka yang terlibat dengan proses pentaksiran dalam pendidikan sewajarnya akur prinsip-prinsip pentaksiran yang telah ditetapkan itu agar matlamat dan objektif pentaksiran dapat dicapai dengan jayanya.

    3.0 PUNCA KUASA

    Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan format pentaksiran bagi mata pelajaran Matematik Tambahan SPM mulai tahun 2021. Format tersebut telah dibentangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bil. 1/2020 pada 21 Februari 2020.

    FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

    © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 6

  • 4.0 MATLAMAT MATA PELAJARAN

    Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Matematik Tambahan bermatlamat untuk mempertingkatkan lagi fikrah matematik murid agar mereka berupaya menghayati dan menggunakan matematik secara bertanggungjawab dan berkesan serta dapat menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Ia juga bertujuan memastikan murid mempunyai persediaan yang mencukupi untuk melanjutkan pelajaran serta berfungsi secara produktif terutamanya dalam kerjaya yang menjurus kepada sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

    5.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OM)

    KSSM Matematik Tambahan bertujuan membolehkan murid mencapai objektif seperti yang berikut:

    OM1: Memperkembang keterampilan dalam bidang algebra, geometri, kalkulus, trigonometri dan statistik;

    OM2: Memperkukuh kemahiran proses matematik;

    OM3: Memperkembang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta menaakul secara logik;

    OM4: Membuat inferens dan pengitlakan yang munasabah berdasarkan situasi dan pelbagai syarat.;

    OM5: Menghubungkaitkan pembelajaran dan idea matematik dengan situasi kehidupan sebenar;

    OM6: Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menterjemah dan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks;

    OM7: Menggunakan heuristik dan pelbagai strategi penyelesaian masalah yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi;

    OM8: Menghujahkan penyelesaian menggunakan bahasa dan perwakilan matematik yang tepat dan berkesan;

    FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

    © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 7

  • OM9: Menggunakan teknologi dalam membina konsep, menguasai kemahiran, menyiasat dan meneroka idea matematik dan menyelesaikan masalah; dan

    OM10: Mengamalkan nilai murni, bersikap positif terhadap matematik serta menghargai kepentingan dan keindahannya.

    Sumber: DSKP KSSM MATEMATIK TAMBAHAN 2018 Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia

    6.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP) Berdasarkan objektif mata pelajaran, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) Matematik Tambahan yang dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid:

    OP1: Pengetahuan dan Kefahaman • Mengetahui dan memahami tentang konsep, takrifan, syarat, prinsip,

    petua, rumus dan hukum tertentu dalam bidang algebra, geometri,kalkulus, trigonometri dan statistik.

    OP2: Kemahiran Mengaplikasi • Keupayaan menggunakan konsep, takrifan, syarat, prinsip, petua, rumus

    dan hukum dalam konteks situasi baharu.

    OP3: Kemahiran Menyelesaikan Masalah • Berupaya mengenalpasti masalah, merancang dan memilih strategi

    penyelesaian, melaksanakan strategi itu serta menyemak semula penyelesaian yang telah diperoleh. Masalah boleh dikaitkan dengan situasi kehidupan sebenar dan memerlukan kognitif pada peringkat aplikasi, analisis, menilai dan mencipta yang melibatkan pemikiran kritis dan kreatif.

    FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

    © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 8

  • 7.0 ELEMEN DAN ASPEK YANG DITAKSIR

    7.1 Konstruk untuk Kertas 1 (3472/1)

    • Mengingat dan Memahami

    • Mengaplikasi

    • Menganalisis

    • Menilai

    • Mencipta

    7.2 Konstruk untuk Kertas 2 (3472/2)

    • Mengingat dan Memahami

    • Mengaplikasi

    • Menganalisis

    • Menilai

    • Mencipta

    8.0 ARAS KESUKARAN ITEM

    Item yang dibina mestilah menepati aras kesukaran yang dihasratkan, iaitu sama ada aras kesukaran rendah (R), sederhana (S) atau tinggi (T).

    8.1

    8.2

    8.3

    Aras R Item yang mempunyai aras kesukaran rendah, boleh dijawab betul oleh lebih 60% calon (sebahagian besar calon).

    Aras S Item yang mempunyai aras kesukaran sederhana, boleh dijawab betul oleh 40% hingga 60% calon.

    Aras T Item yang mempunyai aras kesukaran tinggi, boleh dijawab betul oleh kurang 40% calon (sebahagian kecil calon).

    FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

    © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 9

  • 9.0 FORMAT PENTAKSIRAN

    FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

    Pentaksiran mata pelajaran Matematik Tambahan menggunakan dua instrumen iaitu;

    9.1.3742/1 – Matematik Tambahan Kertas 1

    9.2 3742/2 – Matematik Tambahan Kertas 2

    © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 10

    Format pentaksiran ini ditunjukkan pada halaman 11.

  • Bil. Perkara Kertas 1 (3472/1)

    Kertas 2 (3472/2)

    1 Jenis instrumen Ujian Bertulis

    2 Jenis item • Subjektif Respons Terhad• Subjektif Respons Terhad Berstruktur

    3 Bilangan soalan

    Bahagian A 12 soalan (64 markah) (Jawab semua soalan)

    Bahagian B 3 soalan (16 markah) (Jawab dua soalan)

    Bahagian A 7 soalan (50 markah) (Jawab semua soalan)

    Bahagian B 4 soalan (30 markah) (Jawab tiga soalan)

    Bahagian C 4 soalan (20 markah) (Jawab dua soalan)

    80 100

    5 Konstruk

    • Mengingat & Memahami• Mengaplikasi• Menganalisis• Menilai• Mencipta

    • Mengingat & Memahami• Mengaplikasi• Menganalisis• Menilai• Mencipta

    6 Tempoh Ujian 2 jam 2 jam 30 minit

    7 Cakupan Konstruk Standard kandungan dan standard pembelajaran dalam Dokumen

    Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM (Tingkatan 4 dan Tingkatan 5)

    8 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi 5 : 3 : 2

    9 Kaedah Penskoran Analitik

    10 Alatan Tambahan Kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogram

    FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

    FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM MULAI TAHUN 2021 MATA PELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN (3742)

    Jumlah Markah 4

    © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 11

  • 10.0 CONTOH ITEM DAN SENARAI RUMUS

    10.1

    10.2

    Contoh item ialah item yang telah disediakan untuk memberikan idea kepada pengguna tentang kepelbagaian konstruk, konteks dan aras yang ditaburkan pada keseluruhan kertas peperiksaan berdasarkan piawaian spesifikasi ujian. Rujuk Lampiran 1, 2 dan 3.

    Pembinaan instrumen bagi setiap tahun berdasarkan satu spesifikasi ujian yang piawai. Wajaran konstruk dan aras kesukaran mengikut spesifikasi ujian tersebut tetapi boleh diukur pada konteks yang berbeza.

    FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

    © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 12

  • LAMPIRAN 1

    SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021

    FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

    (3472)

    CONTOH-CONTOH ITEM

    3472/1 – MATEMATIK TAMBAHAN KERTAS 1

    MATEMATIK TAMBAHAN

    © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 13

  • CONTOH ITEM BAHAGIAN A[64 Markah]

    Given log p 7 =r , express in terms of r

    Diberi log 7p r , ungkapkan dalam sebutan r

    (a) log 49p ,

    (b) 7log p ,

    (c) log 343p p .[4 marks]

    [4 markah]

    (a) Solve the equation:Selesaikan persamaan:

    3 2 43 (3 ) 1x [2 marks]

    [2 markah](b) Simplify:

    Ringkaskan:

    24 35

    69x yx y

    [2 marks][2 markah]

    Contoh 1

    Contoh 2

    Contoh 3

    (a) The quadratic equation mx2 ( +1 +2m)x +m −1 = 0 has two equal roots.[2 marks]Find the value of m.

    Persamaan kuadratik mx2 (1 2m)x m 1 0 mempunyai dua punca sama.Cari nilai m. [2 markah]

    (b) The quadratic function f (x) x2 4x p2 , such that p is a constant, has maximum value 8.Find the possible values of p. [3 marks]

    Fungsi kuadratik f (x) x2 4x p2 , dengan keadaan p ialah pemalar mempunyainilai maksimum 8.Cari nilai-nilai yang mungkin bagi p. [3 markah]

    FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

    © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 14

  • (a) Siva has planted several types of vegetables on a rectangular shape of land. He plans to fencethe land which has a dimension of 6x metre and (4 x) metre.Find the length, in metre, the fence he has to buy when the area of the land is maximum.

    [4 marks]Siva telah menanam beberapa jenis sayur di kawasan berbentuk segi empat tepat.Dia bercadang untuk memagar kawasan tersebut yang berukuran 6x meter dan(4 x) meter.Cari panjang, dalam meter, pagar yang perlu dia beli apabila luas kawasan ituadalah maksimum. [4 markah]

    (b) Diagram 1 shows a conical container of diameter 0.6 m and height 0.5 m. Water is pouredinto the container at a constant rate of 0.2 m3 s-1.Rajah 1 menunjukkan sebuah bekas berbentuk kon berdiameter 0.6 m dan tinggi 0.5 m.Air dituang ke dalam bekas pada kadar malar 0.2 m3 s–1.

    Diagram 1Rajah 1

    2 ][Use/Guna 3.142 , Volume of cone/Isi padu kon = 1r h3

    Calculate the rate of change of the height, in cm s–1, of the water level at the instant whenthe height of the water level is 0.4 m.Hitung kadar perubahan tinggi, dalam cm s–1, paras air pada ketika ketinggian parasair ialah 0.4 m.

    [4 marks][4 markah]

    WaterAir

    CONTOH ITEM BAHAGIAN B[16 Markah]

    Contoh 1

    FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

    © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 15

  • LAMPIRAN 2

    SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021

    FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

    (3472)

    CONTOH-CONTOH ITEM

    3472/2 – MATEMATIK TAMBAHAN KERTAS 2

    MATEMATIK TAMBAHAN

    © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 16

  • [2 marks]

    Buktikan bahawa 22 tan kos sin 2 . [2 markah]

    (b) (i) Sketch the graph of 2siny for 20 .

    Lakar graf 2siny untuk 20 .

    (ii) Hence, by using same axes, sketch a suitable straight line to find the number of solutionfor the equation 2costan4 2 for 20 .State the number of solutions.

    Seterusnya, dengan menggunakan paksi yang sama, lakar satu garis lurus yang sesuai

    untuk mencari bilangan penyelesaian bagi persamaan 24 tan kos 2 untuk 20 .

    Nyatakan bilangan penyelesaian itu.[6 marks]

    [6 markah]

    It is given that 567, y, 5103 are three positive consecutive terms of a geometric progressionand the sum of first five terms of the progression is 847.Diberi bahawa 567, y, 5103 ialah tiga sebutan positif berturutan daripada suatu janjang geometridan hasil tambah lima sebutan pertama janjang itu ialah 847.

    FindCari

    (a) the common ratio, [2 marks]nisbah sepunya, [2 markah]

    (b) the first term, [2 marks]sebutan pertama, [2 markah]

    (c) the smallest value of n when the nth term exceed 10 000. [3 marks]nilai n yang paling kecil apabila sebutan ke-n melebihi 10 000. [3 markah]

    CONTOH ITEM BAHAGIAN A [50 Markah]

    Contoh 1

    (a) Prove that 2 tanθ cos2θ = sin 2θ.

    Contoh 2

    FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

    © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 17

  • Diagram 1 shows a campsite OPQR that have been cleared by a group of scouts. Point A, B and C are the centre of the tents A, B and C respectively. A, B and C are collinear.Rajah 1 menunjukkan sebuah tapak perkhemahan OPQR yang telah dibersihkan oleh sekumpulan pengakap. Titik-titik A, B dan C ialah masing-masing pusat khemah A, B dan C. A, B dan C ialah segaris.

    Diagram 1Rajah 1

    Given the distance of point C is 3 times from point B and 4 times from point A.Diberi jarak titik C ialah 3 kali dari titik B dan 4 kali dari titik A.

    (a) FindCari

    (i) the area, in m2, of the campsite OPQR,luas, dalam m2, tapak perkhemahan OPQR,

    (ii) the coordinates of point A.koordinat titik A.

    [4 marks][4 markah]

    (b) A scout spread sulphur powder around tent C such that the distance of the sulphur powder trackfrom the centre of tent C is always 3 m.Find the equation of the track of the sulphur powder. [3 marks]Seorang pengakap menabur serbuk belerang di sekeliling khemah C dengan keadaan jaraklaluan serbuk belerang dari pusat khemah C ialah sentiasa 3 m.Cari persamaan laluan serbuk belerang itu. [3 markah]

    x (m)

    y (m)

    O

    C(11, 10)

    Q(14, 18)

    P(–5, 3)A B(2, 4) R(15, 1)

    Contoh 3

    FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

    © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 18

  • Diagram 3 shows triangle OAB. The straight line AP intersects the straight line OQ at R. It is given that

    OP 1 OB3

    AB , AQ4

    1 , OP 6x

    and OA 2y

    .

    Rajah 3 menunjukkan segi tiga OAB. Garis lurus AP bersilang dengan garis lurus OQ pada R.

    Diberi bahawa OP 1 OB3

    AB, AQ4

    1 , OP 6x

    dan OA 2y

    .

    Diagram 3Rajah 3

    (a) Express in terms of x and/or y

    :

    Ungkapkan dalam sebutan x dan/atau y

    :

    (i) AP,

    (ii) OQ.

    [4 marks][4 markah]

    (b) (i) Given A R hAP

    , state AR

    in terms of h, x and y

    .

    Diberi A R hAP

    , nyatakan AR dalam sebutan h, x dan y

    .

    (ii)

    Given R Q kOQ , state RQ

    in terms of k, x and y

    .

    Diberi R Q kOQ , nyatakan RQ

    dalam sebutan k, x dan y

    .

    [2 marks][2 markah]

    (c)

    from 1b), find the value of h and of k. [4 marks]Using AR and RQ

    Menggunakan AR dan RQ

    dari 1(b), cari nilai h dan nilai k. [4 markah]

    P

    Q

    O

    R

    A

    B

    CONTOH ITEM BAHAGIAN B [30 Markah]

    Contoh 1

    FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

    © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 19

  • A particle moves along a straight line and passes through a fixed point O. Its velocity, v ms−1 , is givenby 10 3v t 2t , where t is the time, in seconds, after passing through O.Suatu zarah bergerak di sepanjang suatu garis lurus dan melalui satu titik tetap O.Halajunya, v ms1 , diberi oleh 10 3v t 2 , t dengan keadaan t ialah masa, dalam saat,selepas melalui O.[Assume motion to the right is positive][Anggapkan gerakan ke arah kanan sebagai positif]

    FindCari

    [1 mark][1 markah]

    [2 marks][2 markah]

    [3 marks]

    (a) the initial velocity, in ms1, of the particle,halaju awal, dalam ms1 , bagi zarah itu,

    (b) the values of t, in seconds, when the particle stops instantaneously,nilai-nilai t, dalam saat, apabila zarah itu berhenti seketika,

    (c) the maximum velocity, in ms1, of the particle,halaju maksimum, dalam ms1 , bagi zarah itu, [3 markah]

    (d) the total distance, in m, travelled by the particle in the first 8 seconds. [4 marks]jumlah jarak, dalam m, yang dilalui oleh zarah itu dalam 8 saat yang pertama.

    [4 markah]

    CONTOH ITEM BAHAGIAN C [20 Markah]

    Contoh 1

    FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

    © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 20

  • LAMPIRAN 3

    SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021

    FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

    CONTOH-CONTOH ITEM

    (3472)

    MATEMATIK TAMBAHAN

    © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 21

  • Diagram 1Rajah 1

    It is given SR = 6y metre and QR = 7x metre, . The area of the rectangular garden PQRS is 168 metre2 and the perimeter of the grassy area is 60 metre. The pond with uniform

    depth contains 15.4 metre3 of water.

    Find the depth, in metre, of water in the pond.

    Diberi SR = 6y meter dan QR = 7x meter, . Luas taman berbentuk segi empat tepat PQRS ialah 168 meter2 dan perimeter kawasan berumput ialah 60 meter. Kolam dengan kedalaman seragam mengandungi 15.4 meter3 air.

    Cari kedalaman, dalam meter, air dalam kolam itu.[8 marks]

    [8 markah]

    CONTOH ITEM SUBJEKTIF RESPONS TERHAD

    Contoh 1

    Diagram 1 shows the plan of a rectangular garden PQRS. The graden consists of a semicircular pond PTS and grassy area PQRST.Rajah 1 menunjukkan pelan bagi sebuah taman berbentuk segi empat tepat PQRS. Taman itu terdiri daripada sebuah kolam berbentuk semi bulatan PTS dan kawasan berumput PQRST.

    P

    R

    T

    S

    Q

    FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

    © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 22

  • CONTOH ITEM SUBJEKTIF RESPONS TERHAD BERSTRUKTUR

    Contoh 1

    Diagram 1 shows the side elevation of part of stairs built of cement blocks.Rajah 1 menunjukkan pandangan sisi sebahagian tangga yang dibina daripada blok-blok simen.

    Diagram 1 Rajah 1

    The thickness of each block is 15 cm. The length of the first block is 985 cm. The length of each subsequent block is 30 cm less than the preceding block as shown in Diagram 1.Tebal setiap blok itu ialah 15 cm. Panjang blok yang pertama ialah 985 cm. Panjang setiap blok yang berturutan yang berikutnya ialah 30 cm kurang daripada blok yang sebelumnya seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.

    (a) If the height of the stairs to be built is 3 m, calculateJika tinggi tangga yang hendak dibina itu ialah 3 m, hitung

    (i) the length, in cm, of the top most block,panjang, dalam cm, blok yang paling atas,

    (ii) the total length, in cm, of the blocks.jumlah panjang, dalam cm, blok-blok itu.

    [5 marks][5 markah]

    (b) Calculate the maximum height, in cm, of the stairs. [3 marks]Hitung tinggi maksimum, dalam cm, tangga itu. [3 markah]

    985 cm

    955 cm

    925 cm

    15 cm

    FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

    © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 23

  • LAMPIRAN 4

    SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021

    FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

    SENARAI RUMUS

    (3472)

    MATEMATIK TAMBAHAN

    © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 24

  • 1a

    acbb x2

    2 4

    2 loga b = ac bc

    loglog

    3 Tn = a + (n – 1)d

    4 Tn = arn – 1

    5 Sn = n 2a n 1 d 2

    6 Sn = 1 a 1 rn

    r 1 ra rn

    1

    , r 1

    7 Z X

    8 P X r = nCr pr qn – r , p + q = 1

    9n r !

    !n rP

    n

    10 !

    ! rn r ! n

    r Cn

    11 I = 1000Q

    Q1

    12 I

    i

    i i

    W

    W I

    13 sin2 A + cos2 A = 1sin2 A + kos2 A = 1

    14 sec2 A = 1 + tan2 Asek2 A = 1 + tan2 A

    15 cosec2 A = 1 + cot2 Akosek2 A = 1 + kot2 A

    16 sin A B sin A cos B cos A sin Bsin A B sin A kos B kos A sin B

    17 cos A B cos A cos B sin A sin Bkos A B kos A kos B sin A sin B

    18 BBtan Atan A Btan

    1 tan A tan

    19 sin 2A = 2 sin A cos Asin 2A = 2 sin A kos A

    20 cos 2A = cos2 A – sin2 A = 2 cos2 A – 1 = 1 – 2 sin2 A

    kos 2A = kos2 A – sin2 A = 2 kos2 A – 1 = 1 – 2 sin2 A

    21tan 1

    A tan 2 tan

    AA 2 2

    22 Csin c

    Bsin

    b

    Asin a

    23 a2 = b2 + c2 – 2bc cos Aa2 = b2 + c2 – 2bc kos A

    24 Area of triangle / Luas segi tiga1

    = 2 ab sin C

    SENARAI RUMUS

    FORMAT PENTAKSIRAN MATEMATIK TAMBAHAN

    © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 25

  • Lembaga PeperiksaanKementerian Pendidikan Malaysia

    © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

    Binder3.pdfBUKU FORMAT SPM 2021 3472 MATE TAMBAHAN.pdfBUKU FORMAT SPM 2021 3472 MATE TAMBAHAN.pdfBUKU FORMAT SPM 2021 3472 MATE TAMBAHAN.pdfBuku Format SPM 2021 3472 MATEMATIK TAMBAHANBuku Format SPM 2021 3472 ADD MATHBuku Format SPM 2021 3472 ADD MATH.pdf

    lampiran 1 - contoh item kertas 1.pdf

    lampiran 2 - contoh item kertas 2.pdf

    lampiran 3 - item contoh

    lampiran 4 - senarai rumusBlank Pageback page.pdfBlank Page