matematik murid masalah pembelajaran

10
PEMBELAJARAN MATEMATIK MURID MASALAH PEMBELAJARAN Oleh: Mohd Sabri Bin A Rahman Pengenalan Pembelajaran Matematik kepada murid masalah pembelajaran adalah berbeza berbanding pembelajaran matematik kepada murid normal. Murid masalah pembelajaran sukar menerima pembelajaran matematik ekoran daripada penerimaan kognitif mereka yang terhad. Murid masalah pembelajaran iaitu diskalkulia yang mana masalah yang berkaitan dengan kesukaran membezakan nombor-nombor dan cenderung menulis nombor secara terbalik atau mengubah bentuk nombor kepada bentuk yang mereka senang untuk tulis serta keliru dengan operasi matematik. Mereka mempunyai masalah untuk memproses maklumat atau kelajuan pemprosesan ayang agak perlahan menyebabkan mereka tidak boleh menyelesaikan atau memahami sesuatu kemahiran baru dengan cepat. Mereka memerlukan masa yang mencukupi dan teknik pengajaran yang sesuai dan berkesan untuk memproses sesuatu konsep matematik yang baru dipelajari. Punca utama mereka tidak boleh membuat pengamatan secara menyeluruh bagi sesuatu situasi nombor dan sering mencampuradukkan nombor tersebut. Tambahan pula, kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam menyusun maklumat akan mengalami masalah mengingat sesuatu fakta dan formula bagi menyelesaikan pengiraan matematik. Waima tidak semua kanak-kanak masalah pembelajaran tidak dapat menguasai tahap asas matematik ianya bergantung kepada usaha guru-guru dan kekuatan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran matematik dalam kelas. Peranan guru dalam 1

Upload: rayyan-darwisy

Post on 06-Aug-2015

201 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Matematik Murid Masalah Pembelajaran

PEMBELAJARAN MATEMATIK MURID MASALAH PEMBELAJARAN

Oleh: Mohd Sabri Bin A Rahman

Pengenalan

Pembelajaran Matematik kepada murid masalah pembelajaran adalah berbeza

berbanding pembelajaran matematik kepada murid normal. Murid masalah

pembelajaran sukar menerima pembelajaran matematik ekoran daripada penerimaan

kognitif mereka yang terhad. Murid masalah pembelajaran iaitu diskalkulia yang mana

masalah yang berkaitan dengan kesukaran membezakan nombor-nombor dan

cenderung menulis nombor secara terbalik atau mengubah bentuk nombor kepada

bentuk yang mereka senang untuk tulis serta keliru dengan operasi matematik. Mereka

mempunyai masalah untuk memproses maklumat atau kelajuan pemprosesan ayang

agak perlahan menyebabkan mereka tidak boleh menyelesaikan atau memahami

sesuatu kemahiran baru dengan cepat. Mereka memerlukan masa yang mencukupi

dan teknik pengajaran yang sesuai dan berkesan untuk memproses sesuatu konsep

matematik yang baru dipelajari. Punca utama mereka tidak boleh membuat

pengamatan secara menyeluruh bagi sesuatu situasi nombor dan sering

mencampuradukkan nombor tersebut. Tambahan pula, kanak-kanak yang

menghadapi masalah dalam menyusun maklumat akan mengalami masalah

mengingat sesuatu fakta dan formula bagi menyelesaikan pengiraan matematik.

Waima tidak semua kanak-kanak masalah pembelajaran tidak dapat menguasai

tahap asas matematik ianya bergantung kepada usaha guru-guru dan kekuatan murid

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran matematik dalam kelas. Peranan guru

dalam menggunakan pendekatan yang sesuai semasa P&P matematik dapat

membantu murid memahami pembelajaran matematik. Guru harus peka dengan

keadaan murid dan fleksibel dalam memodifikasikan pembelajaran agar dapat

memberi kefahaman kepada murid walaupun untuk jangka masa pendek ketika

dalam kelas.

Menurut Brooks (1993) lima amalan yang sering dilakukan guru dalam

pengajaran Matematik ialah :

i. Guru mengendalikan kelas matematik dan mengharapkan murid menyalin

nota yang disampaikan tanpa ada reaksi dari murid. 1

Page 2: Matematik Murid Masalah Pembelajaran

ii. Guru bergantung pada buku teks semata-mata tanpa merujuk kepada

mana-mana sumber sebagai rujukan tambahan.

iii. Kurang atau tidak menjalan P&P secara koperatif.

iv. Semasa P&P pelajar tidak digalakkan untuk membina pengetahuan tetapi

dikehendaki menguasai pengetahuan matematik yang mantap dan tetap.

Namun masalah yang sangat ketara yang mengganggu pencapaian kanak-

kanak dalam sesuatu mata pelajaran ialah masalah dalaman yang dialami oleh

seseorang individu tersebut. Secara fizikalnya kita melihat mereka seperti kanak-kanak

normal tetapi sebenarnya mereka menghadapi masalah yang tidak jelas dengan

pandangan mata kasar. Dari kajian lepas dalam bidang awal pendidikan matematik

kanak-kanak, jelas menunjukkan bahawa pengalaman lepas dalam pengetahuan

informal memainkan peranan yang penting dalam menentukan bagaimana kanak-

kanak belajar di sekolah. Dalam memperbaiki keberkesanan pendidikan matematik

pada peringkat awal, guru-guru perlu membina "jambatan" antara pengetahuan yang

dibawa oleh kanak-kanak dengan yang diajar dalam bilik darjah. Cara pengajaran

samada tradisional atau cara pengajaran konstruktif ianya dapat memperbaiki

kemahiran dengan latihan yang banyak, menunjukkan kebarangkalian yang tinggi

mempunyai pandangan konsep pengajaran "transmisi ilmu" dari seorang guru kepada

muridnya. Pelajar-pelajar kita perlu mempunyai kefahaman yang kuat terhadap konsep-

konsep matematik asas yang akan membolehkan mereka memahami matematik pada

peringkat yang lebih tinggi. Bagi menjamin masa depan negara, kita perlu mengkaji

semula dan menggunakan pendekatan yang lebih berkesan dalam mengajar kanak-

kanak bermasalah pembelajaran tentang asas pemikiran tentang matematik dari

peringkat awal persekolahan.

Kurikulum Matematik Pendidikan Khas

Dokumen Standard KSSR yang dipraktikkan mulai tahun 2011 menggariskan

Kurikulum Matematik Pendidikan dirangkumkan dalam KSSR Pendidikan Khas

mengikut Asas 3M Masalah Pembelajaran Komponen Matematik yang disekalikan

dengan Komponen bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Dalam KSSR Pendidikan

Khas Matematik sukatan Kurikulum yang diajar ialah Pranombor, Nombor,

Operasi (tambah, tolak,darab dan bahagi), Wang, Masa dan Waktu serta Ukuran

2

Page 3: Matematik Murid Masalah Pembelajaran

dan Sukatan. Murid pendidikan khas masalah pembelajaran didedahkan dengan

kurikulum matematik asas pada peringkat pranombor. Aktiviti dalam pranombor

menikut sukatan LINUS adalah klasifikasi mengikut ciri fizikal, membanding kuantiti,

padanan satu dengan satu dan keabadian kuantiti. Manakala aktiviti dalam tajuk

nombor pula ialah nombor ordinal (mengikut urutan) dan nombor cardinal (nombor

biasa) kemudian apabila murid pendidikan khas mahir dalam dua tajuk terdahulu ini

barulah mereka diajar ke tajuk operasi matematik, dan matematik sosial (wang,

masa dan waktu, ukuran dan sukatan) yang penting dalam kehidupan mereka

terutama dalam memupuk modifikasi kebergantungan mereka kepada berdikari

dalam kehidupan.

Pengajaran Matematik Sosial

Apabila murid pendidikan khas sudah memahami asas dalam matematik,

mereka akan diberi penekanan kepada matematik sosial yang saling berkait rapat

dalam kehidupan mereka. Bagi menyokong penyataan dalam soalan penulisan

akademik ini, keperluan matematik sosial sangat penting kepada murid pendidikan

khas bermasalah pembelajaran untuk mereka aplikasikan dalam kehidupan mereka

dan mampu memiliki cara untuk berdikari melalui pengetahuan dalam matematik

sosial. Matematik sosial adalah matematik yang akan digunakan oleh murid-murid

pendidikan khas dalam kehidupan harian mereka samada semasa atau apabila mereka

keluar dari alam persekolahan kelak untuk meneruskan masa depan mereka.

Matematik sosial yang terdiri daripada yang pertama iaitu Masa dan Waktu.

Masa dan waktu adalah tajuk yang memberi penekanan kepada murid pendidikan

tentang mempelajari cara merujuk kepada masa samada dengan menggunakan jam

dinding, jam loceng, jam analog. Kemudian waktu pula mendedahkan mereka keadaan

dalam hari tersebut samada pagi, tengahari, petang dan malam. Mereka akan dapat

memodifikasi pengurusan masa mereka dengan aktiviti yang bersesuaian dilakukan

atau wajib dilakukan mengikut masa dan waktu. Sebagai contoh, waktu solat dalam

sehari, mereka akan merujuk kepada jam jika waktu solat Zohor pada jam 1.15 petang

maka mereka merujuk jam bahawa waktu untuk menunaikan solat adalah jam 1.15

petang. Begitu juga dengan aktiviti-akviti lain seperti bangun pagi, sarapan, bermain di

padang, makan malam dan tidur. Segalanya akan terurus sekiranya mereka berdisiplin

3

Page 4: Matematik Murid Masalah Pembelajaran

dalam pengurusan masa. Penekanan kepada disiplin pengurusan masa perlu ditekan

oleh guru dengan memberi penegaskan kepada mereka agar datang ke sekolah

tepat pada masanya setiap pagi dan berdisiplin dari segi masa iaitu tidak lewat bangun

sehingga lewat datang ke sekolah.

Beralih kepada matematik sosial yang kedua iaitu Wang pula, mereka sudah

mempunyai pengalaman sediada dengan mengenali wang, dan mungkin ada yang

tahu nilai wang. Tetapi rata-rata murid bermasalah pembelajaran tidak memahami

nilai wang. Apa yang mereka faham ialah wang digunakan untuk membeli makanan,

pakaian , alat tulis dan sebagainya. Mereka yang memahami nilai wang tidak akan

meninggalkan kaunter kedai sekiranya belum mendapat baki dari lebihan wang.

Sebagai contoh, seorang murid pendidikan khas bernama Hakimi membeli di koperasi

sebuah buku berharga RM2. Dia menghulurkan wang kertas RM5 kemudian dia

menunggu untuk mendapatkan baki dari wang RM5 itu kepada wang RM3. Ini

menunjukkan Hakimi bertindak menolak RM5 kepada harga buku RM2 tanpa

disedarinya. Ini menunjukkan Hakimi Berjaya menguasai nilai wang dan operasi tolak.

Jika dia tidak menguasai operasi tolak dan nilai wang tersebut dia akan terus

meninggalkan kaunter tanpa mengambil baki. Dalam hal ini, murid bermasalah

pembelajaran akan sentiasa rugi jika bakinya tidak dipulangkan oleh pekedai yang

mungkin tidak perasan atau sengaja untuk menipu.

Matematik sosial yang ketiga pula berkait Ukuran dan Sukatan. Tajuk ini

membantu murid bermasalah pembelajaran untuk kerja-kerja dalam ukuran seperti

jarak, jisim, mengukur dan sebagainya. Mereka akan berdikari terutama dalam kerja-

kerja untuk mengukat bahan dalam kerja-kerja di rumah mahupun di luar rumah.

Jika diruma mereka akan gunakan untuk tujuan memasak atau membuat air. Dengan

sukatan bahan masakan yang betul mereka menunjukkan bahawa kehidupan mereka

akan lebih terurus dengan pengetahuan dalam ukuran dan sukatan. Murid-murid juga

diajar dengan ukuran relatif iaitu jengkal, siku, hasta, tapak dan langkah dan

ukuran metrik seperti millimeter, sentimeter, meter, dan kilometer.

Pembelajaran Matematik sosial akan lebih memberi kesan kepada murid apabila

diajar, dibimbing dan dilatih dengan pendekatan dan teknik pengajaran yang

berketepatan dengan murid lantaran disulami dengan modifikasi yang berjaya

memberi perubahan kepada murid pendidikan khas masalah pembelajaran dalam

p&p matematik. 4

Page 5: Matematik Murid Masalah Pembelajaran

Pendekatan Pengajaran Matematik Kepada Murid Masalah Pembelajaran

Dalam proses untuk membantu murid bermasalah pembelajaran menguasai mata

pelajaran Matematik dengan memikirkan pendekatan yang sesuai sebagai nilai tambah

dengan mempraktikkan pendekatan yang difikirkan sesuai. Pendekatan

konstruktivisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran

yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar.

Disamping itu konstruktivisme menyarankan kanak-kanak membina pengetahuan

secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. Saunders (1992) juga

menjelaskan bahawa konsruktivisme ialah suatu proses di mana seseorang membina

kefahamannya sendiri terhadap sesuatu ilmu yang telah dipersembahkan kepadanya

dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan lepas yang adaptasikan olehnya.

Sebagai contoh matematik sosial, murid mungkin pernah melaluinya cuma tidak

memahami samada itu merupakan matematikyang wujud dalam aktiviti harian mereka.

Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan

kanak-kanak menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator. Menurut

http://www.my-rummy.com dalam matematik kanak-kanak biasanya akan diajar dengan

menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman yang

akan digunapakai untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang akan

dipelajari pada masa yang akan datang.

Implikasi daripada pendekatan konstruktivisme ini, dapatlah dinyatakan bahawa:

i. pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid.

ii. guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina

pengetahuan dan menyelesaikan masalah.

iii. guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang

menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru..

iv. guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang

kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut.

v. Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang

dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara

pasif.

5

Page 6: Matematik Murid Masalah Pembelajaran

Pendekatan konstruktivisme dinyatakan oleh Nik Aziz Nik Pa dalam Pusat

Perkembangan Kurikulum (2001), konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu

komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini

bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah

hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh indidvidu tersebut, dan bukan sesuatu

maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak

boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu

yang lain. Sebaliknya, setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan

menggunakan pengalamannya secara terpilih.

Pengajaran matematik yang berkesan bagi Murid Bermasalah Pembelajaran

Pengajaran matematik memerlukan pendekatan atau strategi yang menarik yang

menekankan konsep pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Bagi

merancang dan memastikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu adalah menarik

dan berkesan, maka seorang guru harus memberi perhatian pada perkara-perkara

berikut:

1. Meletakkan objektif pembelajaran secara eksplisit dan boleh dicapai

berdasarkan tahap kebolehan murid.

2. Mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid atau kemahiran prasyarat

yang diperlukan sebelum memulakan proses pengajaran dan

pembelajaran bagi sesuatu topik.

3. Memilih dan merancang aktiviti pembelajaran yang menarik dan

berkesan.

4. Memilih alat bantu mengajar yang sesuai dan berkesan serta dapat

menarik minat.

5. Mempertimbangkan dan menyediakan aktiviti latihan untuk menguasai

sesuatu kemahiran khususnya dalam penyelesaian masalah.

6

Page 7: Matematik Murid Masalah Pembelajaran

Cadangan untuk meningkatkan kemahiran matematik di kalangan Murid

Bermasalah Pembelajaran.

Antara cadangan dalam meningkatkan matematik di kalangan murid bermasalah

pembelajaran ialah dengan mempelbagai set induksi untuk meransang murid untuk

fokus terhadap P&P matematik yang dirancang. Kedua dengan melibatkan dengan

pengalaman sedia ada murid. Mereka akan teruja jika pengetahuan sedia ada mereka

menjadi topic perbincangan, hal ini aku menarik minat mereka dan teruja sepanjang

proses p&p berlansung. Ketiga ialah dengan penggunaan BBM yang menarik agar

mereka teruja untuk mendalami, mengamati apa yang dipelajari.

Kesimpulan

Secara generalisasinya, murid pendidikan khas masalah pembelajaran agak

lemah dari segi tahap kognitif mereka untuk mempelajari dan menguasai matematik

dengan lebih berkesan. Penguasaan matematik mereka adalah pelbagai dan

memerlukan masa serta teknik pengajaran yang sesuai sebagai nilai sokongan kepada

untuk lebih memahami.

Modifikasi juga dianggap penting bagi memenuhi keperluan kekurangan murid

pendidikan khas yang pada masa sama dapat membantu mereka merubah apa yang

biasa mereka biasakan agar peningkatan dari negatif kepada positif dapat tercipta.

Begitu juga dengan tahap penguasaan mereka dalam matematik, jika pendekatan yang

sesuai diamalikan nescaya ianya membantu murid dalam pembelajaran matematik

kursusnya matematik sosial yang merupakan penjana kepada mereka untuk

berhadapan dengan masyarakat sebagai insan yang mampu berdikari.

7