mate aplikasi

3
REFLEKSI Pertamanya kesyukuran dipanjatkan kepada Maha Pencipta, kerana dengan keizinanNya jua tugasan projek bagi kursus MTE 3109 ( Pengajaran Nombor, Pecahan, Perpuluhan dan Peratusan ) ini dapat dilaksanakan dalam tempoh waktu yang diberikan. Setelah menerima tugasan projek serta bimbingan daripada pensyarah iaitu Puan Hajah Jamaliah Bte Hashim dalam pelaksanaan tugasan yang perlu dilakukan, kumpulan kami telah dibentuk yang mengandungi 4 orang ahli. Pemahaman tentang tugasan dibincangkan bersama dan pengagihan tugasan telah diberikan kepada setiap ahli. Kami memulakan langkah kerja dengan mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat berkaitan tugasan serta berbincang tentang perkara yang perlu dilakukan secara bersama. Memandangkan tugasan yang perlu dibuat adalah berkaitan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ianya memberikan kelebihan kerana bidang tugasan projek adalah mencakupi tugas rutin mengajar di sekolah. Saya mendapatkan carian bahan-bahan pengajaran yang berkaitan dengan pecahan dan peratusan kerana topik ini yang menjadi bahan tugasan projek yang kami pilih. Proses pembinaan bahan bantu mengajar dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pun difikirkan bersama sehingga mendapat kata sepakat untuk memilih aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantu mengajar yang bersesuaian. Dalam melakukan gerakkerja secara berkumpulan ini, masalah perhubungan antara kami sedikit sebanyak menimbulkan halangan kerana kami tidak dapat bertemu sekerap yang mungkin memandangkan jarak kedudukan ahli jauh antara satu sama lain tetapi dengan kemudahan teknologi seperti telefon mudah alih, e-mel banyak membantu saya

Upload: afandi-maelah

Post on 04-Oct-2015

5 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

mate aplikasi

TRANSCRIPT

REFLEKSIPertamanya kesyukuran dipanjatkan kepada Maha Pencipta, kerana dengan keizinanNya jua tugasan projek bagi kursus MTE 3109 ( Pengajaran Nombor, Pecahan, Perpuluhan dan Peratusan ) ini dapat dilaksanakan dalam tempoh waktu yang diberikan.Setelah menerima tugasan projek serta bimbingan daripada pensyarah iaitu Puan Hajah Jamaliah Bte Hashim dalam pelaksanaan tugasan yang perlu dilakukan, kumpulan kami telah dibentuk yang mengandungi 4 orang ahli. Pemahaman tentang tugasan dibincangkan bersama dan pengagihan tugasan telah diberikan kepada setiap ahli. Kami memulakan langkah kerja dengan mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat berkaitan tugasan serta berbincang tentang perkara yang perlu dilakukan secara bersama.Memandangkan tugasan yang perlu dibuat adalah berkaitan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ianya memberikan kelebihan kerana bidang tugasan projek adalah mencakupi tugas rutin mengajar di sekolah. Saya mendapatkan carian bahan-bahan pengajaran yang berkaitan dengan pecahan dan peratusan kerana topik ini yang menjadi bahan tugasan projek yang kami pilih. Proses pembinaan bahan bantu mengajar dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pun difikirkan bersama sehingga mendapat kata sepakat untuk memilih aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantu mengajar yang bersesuaian. Dalam melakukan gerakkerja secara berkumpulan ini, masalah perhubungan antara kami sedikit sebanyak menimbulkan halangan kerana kami tidak dapat bertemu sekerap yang mungkin memandangkan jarak kedudukan ahli jauh antara satu sama lain tetapi dengan kemudahan teknologi seperti telefon mudah alih, e-mel banyak membantu saya untuk berurusan dengan ahli yang lain dalam melaksanakan tugasan ini. Proses pembinaan bahan bantu mengajar (BBM ) menuntut penumpuan saya untuk melaksanakannya kerana apa yang perlu saya lakukan adalah cuba membinanya melalui idea sendiri dan perbincangan bersama rakan-rakan lain tanpa perlu merujuk sepenuhnya dapatan daripada bahan bantu mengajar yang sedia ada. Proses tersebut diikuti dengan pengambilan visual sepanjang pembinaanya supaya ianya menjadi bahan visual yang perlu dibentangkan. Kesukaran dialami pada mulanya kerana dalam menyiapkan bahan bantu mengajar saya juga perlu mengaitkan bahan bantu mengajar tersebut dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang hendak disampaikan. Di sini saya perlulah mengambil pendekatan yang bahan bantu mengajar yang dibina mestilah memiliki ciri-ciri yang akan memberikan impak terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dan bersesuaian dengan tahap pencapaian muridSesungguhnya apa yang saya dapati sepanjang proses dalam penyiapan tugasan projek ini semangat kerjasama antara ahli kumpulan adalah memainkan peranan penting. Perbezaan pendapat antara kami mendatangkan satu hasilan yang positif di mana setiap daripada kami telah memberi idea sebaik mungkin sehinggalah penghasilan tugasan projek ini disiapkan. Secara tidak langsung kursus yang saya jalani ini memberikan pengetahuan yang amat berguna kepada saya untuk menambahbaikkan pada sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah khusnya dalam penyediaan bahan bantu mengajar dan aktiviti yang disediakan oleh kumpulan kami.

Disediakan oleh :

AFANDI BIN MAELAH710330-01-6117