mata pelajaran sains rph.docx

5
Mata Pelajaran Sains Kelas 5 BRILLIANT Tema/Tajuk SAINS HAYAT/ HAIWAN Masa 60 minit Standard Pembelajara n 3.2.1, 3.2.2 Objektif Pembelajara n Di akhir pembelajaran murid-murid dapat, 1- Mengemukakan soalan yang relevan untuk mencungkil maklumat tentang ciri dan tingkah laku haiwan untuk melindungi diri daripada musuh dan cuaca melampau 2- Membuat penaakulan bagi setiap ciri dan tingkah laku haiwan untuk melindungi diri daripada musuh dan cuaca melampau. KPS Berkomunikasi, Memerhati, Membuat inferens Aktiviti : 1. Murid berada dalam kumpulan seperti mana semasa membina model haiwan imaginasi. 2. Aktiviti soal jawab ini melibatkan 4 kumpulan serentak. (Sebagai contoh, kumpulan tersebut ialah A, B, C dan D) 3. Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan seperti di bawah: i. Kumpulan A akan menyerahkan model ciptaan mereka kepada Kumpulan B ii. Kumpulan B akan berbincang dan membina soalan untuk mencungkil maklumat tentang

Upload: azlinahassanbakri

Post on 10-Nov-2015

218 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Mata PelajaranSains

Kelas5 BRILLIANT

Tema/TajukSAINS HAYAT/ HAIWAN

Masa60 minit

Standard Pembelajaran3.2.1, 3.2.2

Objektif PembelajaranDi akhir pembelajaran murid-murid dapat,

1- Mengemukakan soalan yang relevan untuk mencungkil maklumat tentang ciri dan tingkah laku haiwan untuk melindungi diri daripada musuh dan cuaca melampau2- Membuat penaakulan bagi setiap ciri dan tingkah laku haiwan untuk melindungi diri daripada musuh dan cuaca melampau.

KPSBerkomunikasi, Memerhati, Membuat inferens

Aktiviti :

1. Murid berada dalam kumpulan seperti mana semasa membina model haiwan imaginasi.2. Aktiviti soal jawab ini melibatkan 4 kumpulan serentak. (Sebagai contoh, kumpulan tersebut ialah A, B, C dan D)

3. Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan seperti di bawah:i. Kumpulan A akan menyerahkan model ciptaan mereka kepada Kumpulan Bii. Kumpulan B akan berbincang dan membina soalan untuk mencungkil maklumat tentang ciri dan tingkah laku khas haiwan ciptaan kumpulan A.iii. Setiap ahli kumpulan B mesti mengemukakan sekurang-kurangnya satu soalan kepada Kumpulan A.iv. Kumpulan A mesti menjawab soalan yang dikemukakan. v. Selepas menjawab, Kumpulan A juga mesti mempersoalkan soalan yang telah dikemukakan oleh Kumpulan B.vi. Kumpulan B mesti memberikan penjelasan mengapa soalan itu dikemukakan berdasarkan pemerhatian yang dilakukan terhadap model.vii. Kumpulan C dan D bertanggungjawab memberi markah kepada kumpulan A dan B berdasarkan Lampiran 1.

4. Cadangan soal jawab yang mungkin berlaku:

Ahli 1 Kumpulan BB : Adakah haiwan ini boleh terbang?A : Ya. Mengapa awak bertanya begitu?B : Bahagian belakangnya mempunyai struktur seperti sayap.

Ahli 2 kumpulan BB : Adakah haiwan ini menyembur racun?A : Tidak. Mengapa awak bertanya begitu?B : Ada serbuk berwarna merah dalam bahagian mulut.A : Serbuk merah itu untuk menakutkan musuh seperti dakwat hitam pada sotong

5. Sesi soal jawab berterusan sehingga kesemua ahli Kumpulan B bertanyakan soalan atau sehingga semua soalan yang dibina dikemukakan.

6. Secara ringkasnya, peranan kumpulan adalah seperti berikut: KumpTugasCatatan

AMenyerahkan model mereka kepada kumpulan B. Setiap ahli kumpulan WAJIB terlibat dalam sesi soal jawab yang dijalankanMenjawab soalan dari ahli kumpulan B

BMenerima model dari kumpulan A, membuat pemerhatian dan membina persoalan. Setiap ahli kumpulan WAJIB terlibat dalam sesi soal jawab yang dijalankanMengemukakan soalan kepada kumpulan A

C &DMemerhatikan soal jawab antara kumpulan A dan B. Kumpulan C memberi markah kepada kumpulan A dan Kumpulan D memberi markah kepada BMenggunakan Lampiran 1

7. Langkah 3 hingga 5 diulang dengan menggunakan model Kumpulan B dan Kumpulan A bertanggungjawab mengemukakan soalan.

8. Langkah 3 hingga 6 diulang dengan menukar peranan kumpulan iaitu Kumpulan C dan D akan bersoal jawab manakala Kumpulan A dan B memberi markah.

Penutup:1. Murid dibimbing untuk membuat rumusan tentang kepentingan ciri / tingkah laku khas kepada haiwan.2. Murid membuat refleksi tentang kepentingan kemahiran menyoal untuk mendapatkan maklumat.

EMKKreativiti dan Nilai

Bahan Bantu BelajarBahan-bahan terbuang, gunting, gam, pensil warna

Penilaian P&PLampiran 1