hubungan sikap terhadap mata pelajaran sains … · keputusan peperiksaan sains pertengahan tahun...

30
HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS DENGAN PENGUASAAN KONSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA LIN HUI LING UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: trinhhanh

Post on 09-Aug-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · Keputusan Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46 4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47 4.3.1 Taburan Responden

HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS DENGAN

PENGUASAAN KONSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA

LIN HUI LING

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · Keputusan Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46 4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47 4.3.1 Taburan Responden

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS DENGAN PENGUASAAN KONSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya LIN HUI LING

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 82B, LORONG 2, SITE B 45400 SEKINCHAN, PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN SELANGOR DARUL EHSAN. Nama Penyelia Tarikh: 30 APRIL 2008 Tarikh: 30 APRIL 2008

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · Keputusan Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46 4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47 4.3.1 Taburan Responden

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia / Matematik).”

Tandatangan :

Nama Penyelia: PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN

Tarikh : 30 APRIL 2008

Page 4: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · Keputusan Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46 4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47 4.3.1 Taburan Responden

HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS DENGAN

PENGUASAAN KONSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA

LIN HUI LING

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Kimia/Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

Page 5: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · Keputusan Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46 4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47 4.3.1 Taburan Responden

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : LIN HUI LING

Tarikh : 30 APRIL 2008

Page 6: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · Keputusan Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46 4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47 4.3.1 Taburan Responden

iii

DEDIKASI

Kepada Tuhan yang Maha Esa dan Maha Kuasa,

Ayah dan ibu yang amat saya hormati,

Abang, adik dan teman saya yang amat saya kasihi.

Page 7: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · Keputusan Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46 4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47 4.3.1 Taburan Responden

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima

kasih kepada penyelia saya Prof. Madya Aziz Bin Nordin, atas tunjuk ajar yang

diberikan di samping tidak jemu memberikan bantuan sepanjang melaksanakan

kajian ini. Tidak dilupakan kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang

banyak memberi pandangan dan nasihat kepada saya.

Setinggi penghargaan juga dirakamkan kepada pengetua, guru-guru dan

semua responden kajian iaitu pelajar-pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah

Kebangsaan Skudai, Johor yang sudi memberi kerjasama dan memudahkan proses

pengutipan data.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-

rakan saya yang sudi menbantu dan memberi nasihat serta tunjuk ajar kepada saya

bagi melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda.

Penghargaan juga tidak lupa dirakamkan kepada ayah, ibu, adik-beradik dan

teman pasangan yang amat saya sayangi atas sokongan moral dan bantuan kewangan

yang diberikan. Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak dalam memberikan

sokongan, cadangan dan sebagainya.

Sekian, terima kasih.

Page 8: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · Keputusan Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46 4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47 4.3.1 Taburan Responden

v

ABSTRAK

Kajian diskriptif ini menggunakan persampelan bertujuan bagi mengukur

hubungan sikap terhadap mata pelajaran Sains dengan penguasaan konsep asas Sains

di kalangan 140 orang pelajar Tingkatan Dua di Skudai, Johor. Selain itu, kajian ini

juga mengukur tahap sikap terhadap mata pelajaran Sains pelajar serta melihat

perbezaan penguasaan konsep asas Sains dan sikap terhadap mata pelajaran sains

berdasarkan kategori kelas. Aspek penguasaan konsep asas yang diuji ialah konsep

asas Sains Tingkatan satu yang telah dipelajari oleh pelajar Tingkatan Dua. Sikap

pelajar terhadap mata pelajaran Sains pula diuji berdasarkan aspek keyakinan diri

pelajar, persepsi pelajar terhadap kepentingan Sains dan persepsi pelajar terhadap

sikap guru Sains. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang

diubahsuai daripada “Modified Fennema-Sherman Mathematics Attitude Scale”

dengan kebolehpercayaan, α = 0.884. Dua jenis statistik digunakan dalam kajian ini

iaitu statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi, peratusan dan sisihan piawai

manakala statistik inferensi menggunakan ujian-t dan kolerasi Pearson. Keputusan

kajian mendapati bahawa kebanyakan pelajar Tingkatan dua mempunyai tahap sikap

yang negatif terhadap mata pelajaran Sains (54%) tetapi mempunyai tahap

penguasaan konsep asas yang tinggi (62.9%). Dapatan kajian juga mendapati bahawa

sikap terhadap mata pelajaran Sains mempunyai hubungan yang signifikan tetapi

lemah dengan penguasaan konsep asas Sains pelajar tingkatan dua. Selain itu, hasil

kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi penguasaan konsep asas

Sains berdasarkan kategori kelas tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi

sikap terhadap mata pelajaran Sains berdasarkan kategori kelas.

Page 9: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · Keputusan Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46 4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47 4.3.1 Taburan Responden

vi

ABSTRACT

The aim of this descriptive study with purposive sampling was to determine

the relationship between the attitude towards Science and mastery level of Science’s

basic concepts among 140 Form Two students from Skudai, Johor. Level of attitude

towards Science among Form Two students be determined. The study also

highlighted the differences of mastery level Science’s basic concept and attitude

towards Science based on category class. The Science’s basic concepts tested in this

study include the Science’s basic concepts that had been learned by Form two

students during Form one. The students’ attitude on Science are tested based on their

self-confidence, value and perception towards Science teacher’s attitude. The

instrument used in this study is from “Modified Fennema-Sherman Mathematics

Attitude Scale” with reliability α = 0.884. There are two types of statistic used

namely descriptive statistic and inference statistic. Descriptive statistics was used to

obtain mean, frequency, percentage and standard deviation while inferential statistics

which included t-test and Pearson Correlation. The outcomes of this study show that

most of the Form 2 students are negative in attitude towards Science (54%) but have

high level mastery level of Science’s basic concept. Study also mentioned that there

was a weak significant positive relationship between the attitude towards Science and

mastery level of Science’s basic concepts. Apart from that, the study also shows a

significant difference on mastery level of Science’s basic concepts based on category

class but shows no significant difference on attitude towards Science based on

category class.

Page 10: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · Keputusan Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46 4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47 4.3.1 Taburan Responden

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Hipotesis Kajian 11

1.7 Batasan Kajian 12

1.8 Kepentingan Kajian 13

1.9 Definisi Operasional 15

1.9.1 Sikap 15

1.9.2 Persepsi 16

1.9.3 Keyakinan Diri 16

Page 11: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · Keputusan Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46 4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47 4.3.1 Taburan Responden

viii

1.9.4 Kepentingan 17

1.9.5 Penguasaan 17

1.9.6 Pencapaian 17

1.9.7 Pembelajaran 18

1.10 Penutup 19

2 SOROTAN KAJIAN 20

2.1 Pengenalan 20

2.2 Konsep Pengajaran Dan Pembelajaran 20

2.3 Konsep Sains 22

2.4 Kepentingan Sains 23

2.5 Konsep Sikap 24

2.5.1 Konsep Keyakinan Diri 25

2.5.2 Konsep Persepsi 26

2.5.3 Sikap Guru 26

2.6 Kajian-kajian Lepas Mengenai Sikap 27

2.7 Pembelajaran Dan Penguasaan Konsep Sains 30

2.8 Penutup 32

3 METODOLOGI 34

3.1 Pengenalan 34

3.2 Reka Bentuk Kajian 34

3.3 Pensampelan Dan Tempat Kajian 35

3.4 Instrumen Kajian 35

3.5 Kajian Rintis 38

3.6 Prosedur Kajian 38

3.7 Analisis Data 39

3.8 Penutup 41

4 ANALISIS DATA 43

4.1 Pengenalan 43

4.2 Latar Belakang Responden 43

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Kelas 44

Page 12: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · Keputusan Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46 4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47 4.3.1 Taburan Responden

ix

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 44

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 45

4.2.4 Taburan Responden Mengikut

Keputusan Peperiksaan Sains

Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46

4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47

4.3.1 Taburan Responden Mengikut

Keyakinan Diri Pelajar Terhadap

Mata Pelajaran Sains 47

4.3.2 Taburan Responden Mengikut Persepsi

Pelajar Terhadap Kepentingan Mata

Pelajaran Sains 49

4.3.3 Taburan Responden Mengikut Persepsi

Pelajar Terhadap Sikap Guru Sains 51

4.3.4 Taburan Responden secara Keseluruhan

Mengenai Sikap Terhadap Mata

Pelajaran Sains 53

4.4 Penguasaan Konsep Asas Sains 54

4.4.1 Taburan Responden Berdasarkan

Soalan 1: Kuantiti Fizikal, Unit SI

Dan Simbol 55

4.4.2 Taburan Responden Berdasarkan

Soalan 2: Keadaan Jirim 56

4.4.3 Taburan Responden Berdasarkan

Soalan 3: Isipadu Dan Ketumpatan 57

4.4.4 Taburan Responden Berdasarkan

Soalan 4: Penyelesaian Masalah 57

4.4.5 Taburan Responden Berdasarkan

Soalan 5: Kesan Pemanasan

Terhadap Jirim 58

4.4.6 Taburan Responden Secara

Keseluruhan Mengenai Tahap

Penguasaan Konsep Asas Sains 59

4.4.7 Taburan Responden Berdasarkan

Page 13: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · Keputusan Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46 4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47 4.3.1 Taburan Responden

x

Masalah Yang Dihadapi Dalam

Pembelajaran Mata Pelajaran Sains 61

4.5 Analisis Hipotesis Kajian 62

4.5.1 Hubungan Antara Penguasaan

Konsep Asas Sains Dengan Tahap

Keyakinan Diri Responden Terhadap

Mata Pelajaran Sains 62

4.5.2 Hubungan Antara Penguasaan

Konsep Asas Sains Dengan Tahap

Persepsi Responden Terhadap

Kepentingan Mata Pelajaran Sains 64

4.5.3 Hubungan Antara Penguasaan

Konsep Asas Sains Dengan Tahap

Persepsi Responden Terhadap

Sikap Guru Sains 65

4.5.4 Hubungan Secara Keseluruhan Antara

Penguasaan Konsep Asas Sains Dengan

Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 66

4.5.5 Perbezaan Penguasaan Konsep Asas

Sains Berdasarkan Kategori Kelas 67

4.5.6 Perbezaan Sikap Terhadap Mata

Pelajaran Sains Berdasarkan Kategori

Kelas 68

4.6 Penutup 69

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 70

5.1 Pengenalan 70

5.2 Rumusan Kajian 70

5.3 Perbincanagan Kajian 74

5.3.1 Tahap Sikap Terhadap Mata

Pelajaran Sains Dalam Kalangan

Pelajar Tingkatan Dua 74

5.3.2 Hubungan Antara Sikap Terhadap

Page 14: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · Keputusan Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46 4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47 4.3.1 Taburan Responden

xi

Penguasaan Konsep Asas Sains 76

5.3.3 Perbezaan Penguasaan Konsep

Asas Berdasarkan Kategori Kelas 77

5.3.4 Perbezaan Sikap Terhadap Mata

Pelajaran Sains Berdasarkan

Kategori Kelas 77

5.4 Implikasi Kajian 78

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 80

5.6 Penutup 81

RUJUKAN 83

LAMPIRAN A 90

LAMPIRAN B 98

LAMPIRAN C 99

LAMPIRAN D 101

Page 15: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · Keputusan Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46 4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47 4.3.1 Taburan Responden

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Taburan Item Mengikut Aspek Sikap Terhadap Mata 37

Pelajaran Sains

3.2 Item Positif Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 39

3.3 Skor Bagi Item Positif 40

3.4 Tahap Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains Berdasarkan

Min Skor 40

3.5 Skor Bagi Item Penguasaan Konsep Asas Sains 40

3.6 Tahap Penguasaan Konsep Asas Sains Berdasarkan Min Skor 41

3.7 Tahap Pencapaian Dengan Gred 41

4.4 Bilangan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Keputusan

Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun 46

4.5 Taburan Kekerapan (dan peratusan) Dan min Mengikut

Keyakinan Diri Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Sains 47

4.6 Taburan Kekerapan (dan peratusan) Dan Min Mengikut

Persepsi Pelajar Terhadap Kepentingan Mata Pelajaran Sains 49

4.7 Taburan Kekerapan (dan peratusan) Dan Min Mengikut

Persepsi Pelajar Terhadap Sikap Guru Sains 51

4.8 Kekerapan Dan Peratusan Responden Dalam Aspek

Keyakinan diri, Persepsi Terhadap Kepentingan Sains

dan Sikap Guru Sains 53

4.10 Kekerapan Dan Peratusan Responden Berdasarkan

Soalan 1: Kuantiti Fizikal, Unit SI Dan Simbol 55

4.11 Kekerapan Dan Peratusan Responden Berdasarkan

Soalan 2: Keadaan Jirim 56

Page 16: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · Keputusan Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46 4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47 4.3.1 Taburan Responden

xiii

4.12 Kekerapan Dan Peratusan Responden Berdasarkan

Soalan 3: Isipadu Dan Ketumpatan 57

4.13 Kekerapan Dan Peratusan Responden Berdasarkan

Soalan 4: Penyelesaian Masalah 58

4.14 Kekerapan Dan Peratusan Responden Berdasarkan

Soalan 5: Kesan Pemanasan Terhadap Jirim 59

4.15 Tahap Penguasaan Konsep Asas Sains Dengan Julat

Markah Antara Kelas Cemerlang Dan Kelas Sederhana 60

4.17 Kekerapan Dan Peratusan Responden Secara Keseluruhan

Berdasarkan Masalah Yang Dihadapi Semasa Pembelajaran

Sains 61

4.18 Analisis Korelasi Di Antara Penguasaan Konsep Asas Sains

Dengan Tahap Keyakinan Diri Terhadap Mata Pelajaran Sains 63

4.19 Analisis Korelasi Di Antara Penguasaan Konsep Asas Sains

Dengan Tahap Persepsi Responden Terhadap Kepentingan

Mata Pelajaran Sains 64

4.20 Analisis Korelasi Di Antara Penguasaan Konsep Asas Sains

Dengan Tahap Persepsi Responden Terhadap Sikap Guru Sains 65

4.21 Analisis Korelasi Di Antara Penguasaan Konsep Asas Sains

Dengan Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 66

4.22 Analisis Ujian-t Bagi Penguasaan Konsep Asas Sains

Berdasarkan Kategori Kelas 67

4.23 Analisis Ujian-t Bagi Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains

Berdasarkan Kategori Kelas 68

Page 17: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · Keputusan Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46 4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47 4.3.1 Taburan Responden

xiv

SENARAI RAJAH

NO. TAJUK HALAMAN

4.1 Jumlah Dan Peratusan Responden Mengikut Kelas 44

4.2 Jumlah Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 44

4.3 Jumlah Dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 45

4.9 Kekerapan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Sikap

Terhadap Mata Pelajaran Sains 54

4.16 Kekerapan Dan Peratusan Responden Secara Keseluruhan

Mengenai Tahap Penguasaan Konsep Asas Sains 61

Page 18: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · Keputusan Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46 4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47 4.3.1 Taburan Responden

xv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN NAMA PENUH

BPPDP Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

FPPSM Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia

EPRD Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan

IEA International Association for the Evaluation of Educational

Achievement

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

PMR Penilaian Menengah Rendah

RMKe-9 Rancangan Malaysia Kesembilan

SEPUP Science Education for Public Understanding Program

SMK Sekolah Menengah Kebangsaan

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS Statistical Packages for Social Science

STM Sains, Teknologi dan Masyarakat

TIMSS Trends in International Mathematics and Science Study

UMNO United Malays National Organisation

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 19: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · Keputusan Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46 4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47 4.3.1 Taburan Responden

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 90

B Surat Pengesahan Diri Pelajar 98

C Surat kebenaran EPRD 99

D Surat Pengesahan Soal Selidik 101

Page 20: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · Keputusan Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46 4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47 4.3.1 Taburan Responden

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Wawasan 2020 yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir

Mohamad menggariskan langkah pencapaian matlamat menjadikan Malaysia negara

maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang daripada segi

ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat menjadi

sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan diri

yang tinggi, berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika serta menikmati

kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang

adil dan saksama, progresif dan makmur, serta menguasai ekonomi yang mampu

bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan.

Jika dilihat hasrat keenam daripada cabaran wawasan 2020 iaitu:

“untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang

mempunyai daya perubahan dan memandang ke depan, yang bukan sahaja

menjadikan pengguna teknologi malah mewujudkan penyumbang kepada tamadun

saintifik dan teknologi masa depan”

Jelaslah bahawa kerajaan benar-benar berhasrat untuk menjadikan rakyatnya

sebagai salah satu bangsa yang celik ilmu sains dan teknologi.

Page 21: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · Keputusan Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46 4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47 4.3.1 Taburan Responden

2

Oleh itu, pembangunan sumber manusia yang berpengetahuan luas,

berpendidikan tinggi, berketrampilan, berkemahiran teknik yang tinggi,

berkemampuan menerima teknologi terkini, berkebolehan dalam pengurusan dan

penyeliaan serta mempunyai nilai-nilai sejagat yang disanjung amat diperlukan. Ini

adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang dirumus dengan

berpandukan hasrat dan cita-cita yang terkandung dalam Penyata Razak dan Rahman

Talib, Akta Pelajaran 1961, Laporan Jawatankuasa Kabinet serta Rukun Negara

(Mohd. Yunus, 1990). Falsafah Pendidikan Negara dirumus dan dinyatakan seperti

berikut:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara.

Segala benda dalam alam sekitar berkaitan dengan Sains. Sains adalah kajian

terhadap fenomena alam semula jadi dan harus dipelajari dengan berinteraksi secara

langsung dengan alam semula jadi itu sendiri. Melalui pendidikan Sains, pelajar

dapat diolah agar mereka mampu mengetahui kepentingan Sains dan kecenderungan

yang lebih mendalam dalam bidang Sains, sentiasa berpersepsi positif,

bertanggungjawab, bijaksana serta celik Sains dan teknologi. Kebolehan menulis

dan membaca secara saintifik juga penting untuk terus hidup dalam dunia

berteknologi tinggi (Atware, et al., 1995). Oleh itu, Sains perlu dikuasai oleh para

pelajar agar mereka dapat menangani perubahan yang berlaku dalam kehidupan yang

semakin berteraskan kepada Sains dan teknologi demi meningkatkan mutu

kehidupan manusia sejagat.

“ Manusia dilahirkan ke dunia ini adalah untuk mencapai kejayaan. Bukan

untuk mengalami kegagalan dan penderitaan ” (Z. Ahmad Ismail, 2005).

Page 22: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · Keputusan Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46 4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47 4.3.1 Taburan Responden

3

Sikap adalah penting bagi menentukan keberkesanan dan kejayaan seseorang

pelajar mempelajari Sains. Pelajar yang bersikap negatif terhadap Sains, misalnya

tidak berminat atau takut mungkin akan menyebabkan mereka gagal dalam Sains

(Abu Hassan Kasim, 2003). Sikap merujuk kepada perbuatan atau pandangan yang

berdasarkan pada sesuatu pendapat atau fikiran (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2000)

terhadap orang lain, objek, perkara, peristiwa, dan sebagainya.

Dalam konteks pendidikan awal, kanak-kanak meneroka alam sekitar,

membuat eksperimen dan mempelajari kemahiran-kemahiran baru melalui cuba jaya

serta meneroka dan menyiasat mengikut keinginan dan minat mereka. Sains

memerlukan kanak-kanak membuat inkuiri dan penemuan. Justeru, guru perlu bijak

menggunakan peluang yang ada memupuk minat dan sifat kanak-kanak yang

sentiasa bertanya bagi memenuhi naluri ingin tahu mereka. Pendekatan ‘hands-on’

dan ‘minds-on’ membantu kanak-kanak berfikir secara kritis dan membina

keyakinan mereka dalam menyelesaikan masalah (Maznah Ali, et al., 2003).

Armstrong percaya bahawa: “pengetahuan sahaja tidak membawa sebarang

makna; apa yang lebih penting adalah pengetahuan mengenai bagaimana cara untuk

menggunakan pengetahuan tersebut. Ini bermakna pemahaman dan penguasaan

konsep asas Sains adalah sangat penting supaya pelajar dapat diaplikasikan ke dalam

kehidupan seharian. Maka, guru boleh menggunakan pelbagai jenis kaedah

pengajaran yang menarik untuk memotivasikan pelajar dalam peningkatan

penguasaan konsep sains. Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh

dilaksanakan ialah eksperimen, koperatif, projek, kajian luar, simulasi, perbincangan,

dan sebagainya. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai mempengaruhi

sikap pelajar terutamanya dari segi minat dan motivasi pelajar terhadap Sains justeru

mempengaruhi pencapaian mereka (Abu Hassan Kasim, 2003).

Para pelajar hanya belajar ilmu sahaja tanpa menghayati ilmu itu akan

menyebabkan sifat penghayatan ilmu itu terkubur sedikit demi sedikit. Mereka boleh

mendapat maklumat daripada internet tanpa berjumpa guru dan maklumat tersebut

digunakan hanya untuk tujuan peperiksaan atau tugasan yang diberikan. Hal ini

Page 23: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · Keputusan Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46 4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47 4.3.1 Taburan Responden

4

tentulah akan melahirkan generasi yang cerdik pandai tanpa diimbangi dengan

penghayatan ilmu itu sendiri.

Oleh itu, kajian tentang sikap pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan

penguasaan konsep asas Sains pelajar memang perlu dengan harapan dapat mengenal

pasti faktor-faktor yang mempengaruhi peningkatan kefahaman, penguasaan dan

pencapaian Sains pelajar. Adalah diharapkan hasrat kerajaan untuk meningkatkan

mutu dalam Sains dan teknologi dapat dicapai bagi memenuhi kehendak negara

merealisasikan Wawasan 2020.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pelajar adalah elemen yang selalu dilihat prestasinya dan penting dalam

menentukan kejayaan sesuatu pembelajaran. Pada lazimnya kejayaan seseorang

pelajar dibuat ke atas sejauh mana pencapaian mereka dalam peperiksaan. Pelajar

yang bersikap positif seperti berkeyakinan tinggi, mengetahui kepentingan sains

dalam kehidupan, mengaplikasi ilmu sains dengan berfaedah, berminat serta

mempunyai motivasi yang tinggi akan menjadi dorongan kepadanya untuk mencapai

matlamatnya di samping mempengaruhi kesediaan untuk belajar serta meningkatkan

penguasaan mereka seterusnya mencapai pencapaian akademik yang

memberangsangkan.

Dalam Laporan Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2006, didapati

kefahaman Matematik, Sains merosot. UMNO Johor mendakwa pelajar luar bandar

kini hilang keyakinan manakala guru semakin tertekan sejak bahasa Inggeris

digunakan dalam pengajaran Sains dan Matematik pada tahun 2003. Wakil Johor,

Senator Dr. Mohd Puad Zarkashi yang mendedahkan hasil kajiannya, berkata

kefahaman pelajar terhadap dua mata pelajaran itu semakin merosot dan keputusan

peperiksaan pula menurun (Berita Harian, 2006).

Page 24: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · Keputusan Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46 4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47 4.3.1 Taburan Responden

5

Selain itu, dalam Sidang Kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam sesi ke-10,

(2003) pula mendapati bahawa ramai wanita tidak minat dalam bidang Sains,

Teknologi. Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan,

Prof Datuk Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, wanita yang

meliputi lebih separuh daripada jumlah penduduk di sesetengah negara Islam, perlu

mempelajari Sains dan Teknologi bagi membolehkan mereka bersaing dalam suasana

dunia yang bersifat global (Berita Harian, 2003). Ini menunjukkan persepsi terhadap

kepentingan Sains adalah kurang sehingga tidak digalak oleh ahli keluarga supaya

golongan generasi wanita memilih bidang Sains.

Sedang kerajaan berusaha dan berharap untuk melahirkan satu masyarakat

perdagangan dan perindustrian yang saintifik, progresif dan innovatif, prestasi

pelajar-pelajar sekolah menengah terhadap mata pelajaran Sains di dalam

peperiksaan SPM di antara tahun-tahun 1990-1995 menurun dengan kadar yang

membimbangkan. Setiap kali keputusan peperiksaan SPM dan PMR bagi mata

pelajaran Sains yang diumumkan amat menyedihkan. Menurut Omar (1995), apabila

pelajaran Sains kurang mendapat sambutan di sekolah, pelajar sering kedengaran

menyalahkan guru kerana tidak mengajar dengan baik, atau guru tidak mencukupi

untuk mengajar Sains. Guru pula menyatakan pelajar malas, sedangkan ibu bapa ada

yang merungut mengatakan kurikulum dan peperiksaan tidak selaras menyebabkan

ramai anak mereka gagal dalam peperiksaan.

Setiap kali menjelang saat-saat akhir peperikasaan SPM dan PMR, calon-

calon sentiasa di dalam kebimbangan, kegelisahan, kebingungan serta tidak dapat

berfikir dengan tenang sehingga menjejaskan kesihatan turut memberi impak yang

besar kepada prestasi akademik. Jelaslah bahawa keyakinan diri pada calon-calon

adalah kurang dan menyebabkan mereka tidak tenang dan takut untuk menghadapi

peperiksaan penting ini.

Melalui kajian-kajian lepas, didapati terdapat banyak faktor yang

mempengaruhi pencapaian pelajar dalam pembelajaran Sains. Gagal atau berjaya

seseorang pelajar dalam akademiknya mungkin ditentukan oleh tahap kecerdasan,

sikap, minat, kaedah pengajaran guru, isi kandungan sukatan pelajaran itu sendiri dan

Page 25: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · Keputusan Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46 4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47 4.3.1 Taburan Responden

6

sebagainya. Apabila seseorang itu gagal di dalam sesuatu perkara, ramai yang

mengatakan bahawa dia mempunyai sikap yang salah. Guru-guru pula sering

menyatakan bahawa kegagalan pelajar adalah disebabkan oleh sikap pelajar itu yang

negatif seperti malas, tidak berkeyakinan untuk belajar, tidak memahami kepentingan

Sains dan lain-lain. Sebenarnya sikap dibentuk daripada pengalaman dan persepsi

seseorang terhadap perkara atau fenomena (Robinson, 1980).

Siti Rahayah (1988) melalui kajiannya telah mengenal pasti beberapa

masalah yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar dalam pembelajaran

Sains iaitu sikap pelajar, masalah ibu bapa dan guru.

Dapatan kajian Simpson dan Oliver (1990) pula menunjukkan sikap dan

motivasi pelajar terhadap Sains telah menurun. Konsep kendiri pelajar terhadap

Sains merupakan peramal yang penting dalam pemilihan jenis kursus sains yang

akan diikuti oleh pelajar pada masa depan.

Sikap pelajar merupakan salah satu faktor yang penting untuk menentukan

pencapaian mereka dalam mata pelajaran tertentu. Peranan sikap dalam proses

pembelajaran pelajar sama pentingnya dengan faktor lain seperti kecerdasan pelajar,

keadaan alam sekeliling dan taraf sosio-ekonomi. Sikap boleh diambil kira sebagai

sebahagian daripada cara untuk meramal penyesuaian pelajar dalam berbagai

kurikulum sekolah. Ini termasuklah melihat pencapaiannya dalam bilik darjah

(Rammers dan Gage, 1943). Sikap yang konsisten terhadap diri sendiri akan

menghasilkan sikap dan pendirian yang mantap untuk menggerakkan diri anda ke

arah matlamat anda (Z. Ahmad Ismail, 2005).

Sikap juga mempengaruhi kesediaan mental seseorang pelajar: Adakah dia

telah betul-betul bersedia, dari segi emosi dan mental, untuk mempelajari Sains?

“Kesediaan” merupakan faktor penting yang menentukan kejayaan seseorang pelajar.

Pelajar yang sentiasa bersifat positif terhadap sains akan sentiasa melihat Sains dari

segi isi kandungan yang dipelajari, bahan dan peralatan yang digunakan, aktiviti

yang dijalankan, dan sebagainya secara positif. Dengan ini pelajar akan lebih

Page 26: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · Keputusan Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46 4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47 4.3.1 Taburan Responden

7

terdorong untuk mempelajari Sains, dengan semangat “ingin tahu” yang tinggi;

dalam usaha untuk memperolehi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang berkaitan

(Abu Hassan Kasim, 2003).

Selain itu, sikap seperti konsep kendiri negatif juga akan menyebabkan

kanak-kanak mempunyai aras keyakinan diri yang rendah. Ini seterusnya akan

menyebabkan pelajar berkenaan membentuk sifat rendah diri. Akibatnya, pelajar ini

akan terus menjadi pasif, muram, tidak bersedia untuk bersosialisasi ataupun menarik

diri. Di sebaliknya individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif

mengalami lebih kejayaan berbanding dengan kegagalan disebabkan orang seperti ini

sering berasa gembira, berkeyakinan dan mempercayai sepenuhnya pada diri sendiri

(Ea Ah Meng, 1999).

Teori Pendidikan Blooms telah membuat jangkaan bahawa sikap-sikap

kompleks dan konsep kendiri pelajar terhadap subjek yang berkaitan akan

menyumbang perubahan sebanyak 25% dalam pencapaian skor pelajar. Sekiranya

sikap pelajar dan pencapaian pelajar bukan sahaja berhubungkait tetapi mempunyai

hubungan kesan-akibat secara semula jadi; maka pemahaman tentang pertalian antara

kesan-akibat akan menjadi alat pendidikan yang berguna dalam mengalakkan

pembelajaran pelajar yang berjaya (Nancy Mattern dan Candace Schau, 2002).

Henry Thoreau membuat kesimpulan bahawa rahsia kejayaan yang paling

utama ialah sikap percaya pada diri sendiri. Majoriti manusia di dunia ini kurang

percaya kepada dirinya sendiri, meragui kemampuan dan kebolehannya. Maka tidak

menghairankan ramai manusia hidup melarat, gagal mencapai cita-cita, dan terbantut

di tengah jalan hanya kerana mereka tidak mempunyai sikap percaya pada diri.

Mereka sentiasa dibayangi perasaan khuatir dan kecut terhadap segala sesuatu.

Kerana itu, mereka tidak berbuat apa-apa kerananya. Lalu mereka gagal dalam

kehidupan (Z. Ahmad Ismail, 2005).

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) telah menyertai kajian TIMSS (Trend in

Page 27: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · Keputusan Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46 4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47 4.3.1 Taburan Responden

8

International Mathematics and Science Study) 2003 iaitu kajian perbandingan

antarabangsa anjuran International Association for the Evaluation of Educational

Achievement (IEA). Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pencapaian pelajar di

sekolah menengah dan faktor yang mempengaruhi proses pengajaran dan

pembelajaran. Malaysia menduduki tempat ke-20 dalam sains daripada 50 buah

negara yang mengambil bahagian dalam TIMSS 2003. Sedangkan dalam TIMSS

1999, Malaysia menduduki tempat ke -22 daripada 38 buah negara peserta. Dapatan

kajian TIMSS 2003 menunjukkan salah satu faktor membantu pelajar mendapat skor

purata yang tinggi dalam sains ialah keyakinan dan sikap terhadap Sains (KPM,

2004).

Dengan memiliki keyakinan yang teguh dan keimanan yang mantap, segala

kerja yang berat dan sukar akan menjadi ringan dan mudah dilaksanakan.

Semua pihak termasuk warga pendidik perlu menyambut baik saranan

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya semua lapisan

masyarakat negara ini memupuk dan mengembalikan semua nilai murni yang

semakin terhakis (Berita Harian, 2007). Soal pembentukan watak seseorang itu

adalah menjadi sesuatu tugas pendidikan kerana pengajaran itu ada sangkut pautnya

dengan pembentukan watak. Malahan hubungan antara kedua-duanya adalah sangat

erat. Pendidik harus sedar bahawa sekolah dapat mempengaruhi pembentukan

watak-watak kanak-kanak. Salah satu faktor adalah pengaruh dari keperibadian guru

(Musa Daia, 1978) .

Jelaslah bahawa sikap pelajar merupakan kunci penting dalam mencapai

kejayaan dalam penguasaan dan pencapaian akademik pelajar terhadap mata

pelajaran Sains. Selain itu, guru Sains harus menunjukkan tauladan dalam

melakukan tugas seperti sabar, adil, suka memaafkan, tolong menolong antara satu

sama lain. Ini kerana sikap guru akan mempengaruhi pembentukan sikap positif

kanak-kanak terhadap mata pelajaran Sains seterusnya mempengaruhi penguasaan

dan pencapaian akademik dalam mata pelajaran Sains.

Page 28: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · Keputusan Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46 4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47 4.3.1 Taburan Responden

9

Namun, mata pelajaran Sains selalunya dianggap sukar, sangat kompleks,

rumit dan sukar difahami oleh pelajar. Fenomena ini perlu dikikis supaya tanggapan

negatif terhadap mata pelajaran Sains yang diajar di sekolah dan sistem pendidikan

negara tidak terjejas (Md. Jaafar, 1999).

Memandangkan sikap positif yang mendalam terhadap mata pelajaran Sains

adalah amat penting untuk pelajar bagi mengukuhkan penguasaan pelajar terhadap

konsep sains yang abstrak seterusnya menentukan kejayaan mereka dalam bidang

Sains serta merealisasikan Wawasan 2020 yang disarankan oleh bekas Perdana

Menteri kita, iaitu untuk mencapai tahap negara maju dalam semua segi.

1.3 Pernyataan Masalah

Justeru itu, penyelidik merasakan amat perlu satu kajian tentang hubungan

sikap terhadap mata pelajaran Sains dengan penguasaan konsep asas sains pelajar

dijalankan. Melalui kajian ini, diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar Sains

memahami dan menyemaikan sikap positif dalam diri terhadap mata pelajaran Sains

bagi mengukuhkan penguasaan konsep asas sains pelajar. Manakala guru-guru Sains

pula dapat memanipulasikan kajian ini sebagai panduan untuk membantu mereka

memperbaiki pengajarannya ke arah menjadikan mata pelajaran Sains lebih menarik

dan tidak membosankan di samping memperkukuhkan pemahaman dan penguasaan

pelajar terhadap konsep Sains.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

i. Mengenal pasti tahap sikap terhadap mata pelajaran Sains pelajar

Tingkatan dua di SMK di Skudai, Johor Bahru.

Page 29: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · Keputusan Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46 4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47 4.3.1 Taburan Responden

10

ii. Mengenal pasti hubungan sikap terhadap mata pelajaran Sains dengan

penguasaan konsep asas Sains pelajar Tingkatan dua di SMK di

Skudai, Johor Bahru.

iii. Mengenal pasti perbezaan penguasaan konsep asas Sains berdasarkan

kategori kelas iaitu antara pelajar kelas cemerlang dengan kelas

sederhana cemerlang Tingkatan dua di SMK di Skudai, Johor Bahru.

iv. Mengenal pasti perbezaan sikap terhadap mata pelajaran Sains

berdasarkan kategori kelas iaitu antara pelajar kelas cemerlang dengan

kelas sederhana cemerlang Tingkatan dua di SMK di Skudai, Johor

Bahru.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini diharap dapat menjawab beberapa persoalan kajian dalam

memperolehi beberapa maklumat berkaitan sikap terhadap mata pelajaran Sains

pelajar.

Antara persoalan kajian yang dikemukakan ialah:

i. Apakah tahap keyakinan diri pelajar tingkatan dua terhadap mata

pelajaran Sains di SMK di Skudai, Johor Bahru?

ii. Apakah tahap persepsi pelajar tingkatan dua tentang kepentingan mata

pelajaran Sains di SMK di Skudai, Johor Bahru?

iii. Apakah tahap persepsi pelajar tingkatan dua terhadap sikap guru Sains

di SMK di Skudai, Johor Bahru?

Page 30: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … · Keputusan Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46 4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47 4.3.1 Taburan Responden

11

iv. Adakah terdapat perhubungan antara tahap keyakinan diri terhadap

mata pelajaran Sains dengan penguasaan konsep asas Sains pelajar

Tingkatan dua di SMK di Skudai, Johor Bahru?

v. Adakah terdapat perhubungan antara tahap persepsi tentang

kepentingan mata pelajaran Sains dengan penguasaan konsep asas

Sains pelajar Tingkatan dua di SMK di Skudai, Johor Bahru?

vi. Adakah terdapat perhubungan antara tahap persepsi terhadap sikap

guru Sains dengan penguasaan konsep asas Sains pelajar Tingkatan

dua di SMK di Skudai, Johor Bahru?

vii. Adakah terdapat perbezaan penguasaan konsep asas Sains

berdasarkan kategori kelas iaitu antara pelajar kelas cemerlang dengan

kelas sederhana cemerlang Tingkatan dua di SMK di Skudai, Johor

Bahru?

viii. Adakah terdapat perbezaan sikap terhadap mata pelajaran Sains

berdasarkan kategori kelas iaitu antara pelajar kelas cemerlang dengan

kelas sederhana cemerlang Tingkatan dua di SMK di Skudai, Johor

Bahru?