mata-mata

Upload: sir

Post on 09-Jan-2016

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

mata

TRANSCRIPT

MUSTAFA ALI 780205-11-5419 TUGASAN OLL SCE 3123E PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER _____________________________________________________________________________________________________

Bincangkan sejauh manakah integrasi ICT dalam pendidikan sains memberi kesan posiitif dalam kalangan murid-murid sekolah rendah dalam menghadapi pendidikan sains abad ke-21.

KESAN POSITIF INTEGRASI ICT DALAM PENDIDIKAN SAINSPengenalan kepada ICT telah memberi kesan dan sikap yang positif dalam kalangan pelajar. Ini kerana ICT menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding dengan kaedah tradisional. Melalui penggunaan internet pelajar boleh menimba ilmu pengetahuan serta contoh-contoh yang praktikal. Kemudahan multimedia telah memudahkan pendekatan dan kaedah belajar yang tidak mungkin dapat dilaksanakan sekiranya menggunakan kaedah tradisional. ICT menyediakan kaedah yang memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif.Antara kebaikan integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan. Guru tidak lari dari fokus utama pembelajaran kerana teknologi telah diprogramkan mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Contohnya, penggunaan perisian pembelajaran banyak membantu guru dalam menguruskan masa pengajaran di dalam kelas.Selain itu, penggunaan ICT juga dapat mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar di dalam kelas. Ia juga boleh menghiburkan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, penggunaan program-program pembelajaran menyediakan permainan interaktif untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan dapat mengalih tumpuan murid terhadap pembelajaran. Penggunaan integrasi ICT dalam pendidikan Sains dapat menambahkan pengalaman murid. Sebagai contoh, media bergerak seperti tayangan video boleh memperkayakan lagi pengalaman murid. Kejadian yang pernah mereka tidak pernah lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri. Hal ini menjadikan murid-murid seolah-olah mengalami sendiri pengalaman tersebut. Dengan adanya perisian komputer yang ada pada masa kini, banyak perkara dapat ditunjukkan kepada murid. Contohnya, animasi tumbesaran haiwan dan tumbuhan yang tidak mungkin dapat disaksikan oleh murid melainkan dengan bantuan ICT.Selain itu, penggunaan ICT seperti bahan-bahan multimedia interaktif yang dibangunkan dengan dengan menggunakan bahan visual grafik, teks, muzik, video serta animasi dapat membantu mengukuhkan lagi kefahaman murid-murid terhadap sesuatu konsep sains dengan lebih mudah. Terdapat banyak bahan-bahan interaktif sedia ada yang boleh digunakan oleh guru-guru termasuklah bahan-bahan yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru hanya perlu merancang dan memilih bahan interaktif yang sesuai berdasarkan tajuk pengajaran agar keberkesanan menggunakan ICT dapat dioptimumkan. Integrasi ICT melalui penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juga murid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar, guru dan murid dapat memanafaatkannya sebaik yang mungkin. Portal pendidikan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran. Contohnya dalam eksperimen sains, guru hanya menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kali mencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini dan murid mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks.Melalui penggunaan komunikasi elektronik seperti emel, dan chat room guru dan murid dapat bertukar-tukar idea sesama sendiri atau dengan guru dan pelajar dari sekolah yang lain. Pertukaran maklumat dengan sekolah dari luar negara juga boleh dilakukan yang memboleh memberi kesan positif dari segi meningkatkan komunikasi guru dan murid disamping mendapat ilmu baru mengenai bidang sains daripada negara luar. Akhir sekali, integrasi ICT memberikan peluang kepada guru untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid. Pembelajaran ini memfokuskan pembelajaran dalam konteks aktiviti masalah sebenar dan meletakkan pelajar sebagai penyelesai masalah. Melalui penggunaan ICT pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan murid-murid yang lebih bersedia dan yakin untuk belajar di peringkat yang lebih tinggi.1