masyarakat pluraliti di alam melayu

12
Masyarakat Pluraliti Di Alam Melayu Contoh: Baba dan Nyonya (peranakan cina) Chilti Mekka (peranakan Hindu) Terangkan dari segi budaya dan cara hidup perkahwinan campur. Pengenalan Perkahwinan campur antara pelbagai etnik di negara ini perlu digalakkan kerana ia dilihat mampu menyumbang mempercepatkan proses pembinaan satu bangsa Malaysia. Perkahwinan campur dapat membina masyarakat yang lebih berintegrasi pada masa depan. Penyatuan dua kaum yang berbeza dapat meningkatkan persefahaman antara satu sama lain seperti masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka. Perkahwinan campur juga dapat menyumbang kepada pembinaan bangsa yang seterusnya dapat mewujudkan hubungan antara kaum yang lebih harmoni. Ia juga secara tidak langsung dapat menjadi wadah tumpuan pelbagai bangsa dari negara lain. Ada juga yang berpendapat, perkahwinan campur seharusnya memberi tumpuan kepada persekitaran budaya, cara hidup, bahasa dan pengorbanan agama bagi setiap pasangan. Malaysia adalah sebuah negara yang wujud hasil pemuafakatan antara berbilang kaum, justeru untuk melahirkan sebuah negara yang aman damai dari jumlah penduduk yang mempunyai kepelbagaian kaum sudah tentu ianya bukanlah satu usaha yang mudah,

Upload: nor-rishah-bakar

Post on 01-Jun-2015

1.181 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: masyarakat pluraliti di alam melayu

Masyarakat Pluraliti Di Alam Melayu

Contoh: Baba dan Nyonya (peranakan cina)

Chilti Mekka (peranakan Hindu)

Terangkan dari segi budaya dan cara hidup perkahwinan campur.

Pengenalan

Perkahwinan campur antara pelbagai etnik di negara ini perlu digalakkan kerana ia

dilihat mampu menyumbang mempercepatkan proses pembinaan satu bangsa

Malaysia. Perkahwinan campur dapat membina masyarakat yang lebih berintegrasi

pada masa depan. Penyatuan dua kaum yang berbeza dapat meningkatkan

persefahaman antara satu sama lain seperti masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka.

Perkahwinan campur juga dapat menyumbang kepada pembinaan bangsa yang

seterusnya dapat mewujudkan hubungan antara kaum yang lebih harmoni. Ia juga

secara tidak langsung dapat menjadi wadah tumpuan pelbagai bangsa dari negara lain.

Ada juga yang berpendapat, perkahwinan campur seharusnya memberi tumpuan

kepada persekitaran budaya, cara hidup, bahasa dan pengorbanan agama bagi setiap

pasangan.

Malaysia adalah sebuah negara yang wujud hasil pemuafakatan antara berbilang kaum,

justeru untuk melahirkan sebuah negara yang aman damai dari jumlah penduduk yang

mempunyai kepelbagaian kaum sudah tentu ianya bukanlah satu usaha yang mudah,

kepelbagaian kaum bermakna kita mempunyai berbagai karakteristik budaya,

keanekaragaman adat istiadat, bermacam macam ciri tingkahlaku yang didasarkan

kepada pembawaan kaum serta peninggalan adat nenek moyang, justeru kepelbagaian

ini akan melahirkan pula pelbagai kemahuan dan kecenderungan yang biasanya akan

mewujudkan pula bermacam macam pendapat dan idealogi dalam usaha untuk

menguasai citarasa politik negara, perebutan sumber ekonomi, meraih kedudukan dan

kuasa sehingga dengan idealogi yang berbagai ini biasanya akan meletakkan

kepentingan kaum mereka sebagai asas membina sebuah negara.

Page 2: masyarakat pluraliti di alam melayu

Melihat dari keadaan di atas maka kerajaan Malaysia telah mencetuskan sebuah

gagasan dalam rangka membentuk kekuatan pada negara Malaysia iaitu yang disebut

sebagai pembinaan negara bangsa, pembinaan negara bangsa ini dapat ditakrifkan

sebagai : “Pembinaan negara bangsa adalah agenda kerajaan bagi menyatupadukan

rakyat yang berbilang kaum di Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara yang unik

kerana masyarakatnya mampu hidup bersatu padu dalam kepelbagaian budaya,” (Ishak

Saat 2009). Pembinaan negara bangsa dapat kita huraikan sebagai proses untuk

mewujudkan semangat cintakan negara atau perasaan kekitaan di kalangan rakyat

yang nantinya akan melahirkan sebuah perasaan persamaan satu bangsa dengan

keperibadian bangsa yang bermatlamat untuk mewujudkan proses integrasi antara

kaum agar lebih lancar, progresif dan bersatu dalam sebuah perjuangan iaitu untuk

hidup dalam kerukunan serta aman makmur dalam sebuah negara yang pesat

membangun. Proses integrasi ini merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti

nasional antara kumpulan kumpulan dari segi sosial, wilayah, ekonomi, kebudayaan,

pendidikan dan juga politik. Dalam sesebuah masyarakat yang majmuk seperti

Malaysia, tunjang perpaduan terletak kepada satu hubungan baik antara kaum. Bagi

merealisasikan perpaduan dalam sesebuah masyarakat, kerjasama dan tolak ansur

sangat penting untuk memastikan kesejahteraan hidup dapat di kecapi bersama.

Hubungan hubungan baik yang terjalin antara kaum melalui berbagai medium seperti

hubungan kejiranan, persekolahan, hubungan di tempat kerja, kegiatan kegiatan sosial

lainnya telah mewujudkan sebuah hubungan yang lebih rapat antara rakyat dan kaum

di Malaysia, hubungan hubungan seperti ini akan melahirkan perkenalan dan situasi

mereka yang semakin dekat ini boleh membuahkan hubungan cinta antara kaum yang

berputik di institusi institusi di atas sehingga terjadinya hubungan yang lebih serius

menuju ke jinjang pelamin atau sering disebut sebagai perkahwinan campur.

Page 3: masyarakat pluraliti di alam melayu

Asimilasi Budaya Dan Cara Hidup Perkahwinan Campur

Perkahwinan merupakan penyatuan seorang lelaki dengan seorang perempuan dan

zuriat yang dilahirkan oleh si perempuan diakui sebagai anak kepada kedua dua pihak,

perkahwinan boleh juga ditafsirkan sebagai penerimaan masyarakat terhadap hak

seseorang lelaki dan seorang perempuan untuk tinggal bersama sebagai suami isteri,

(Norazit Selat, 128 : 1993).

Perkahwinan campur pula merupakan sebuah penyatuan yang terdiri dari berlainan

bangsa atau kaum, berlainan agama atau berlainan warganegara. Proses ini di sifatkan

sebagai penyatuan dua insan golongan berbeza sama ada agama atau bangsa. Dalam

kehidupan masyarakat setiap orang mempunyai hak untuk bergaul dan berkawan serta

berkenalan dengan siapa sahaja, begitu juga beragamnya bangsa yang masuk ke

Malaysia di hari ini telah memberikan satu kesan khusus terhadap sistem perkhawinan

campur di negara ini, kemungkinan untuk berkenalan dengan bangsa bangsa lain yang

masuk ke Malaysia justru tidak tertutup kemungkinan untuk mereka saling jatuh cinta

sehingga terjadinya perkahwinan campur.

Contoh jelas yang dapat di lihat apabila seorang lelaki melayu berkahwin dengan

seorang perempuan India atau perempuan melayu berkahwin dengan lelaki keturunan

cina atau lelaki india berkahwin dengan perempuan keturunan cina, ataupun

perkahwinan antara wanita melayu dengan lelaki keturunan Pakistan, perkahwinan

campur ini boleh saja terjadi antara pemuda pemudi dalam negara atau melintasi

sempadan. Perkahwinan campur dapat diibaratkan sebagai sebuah permulaan budaya

baru dari sebuah keluarga.

Hal ini dapat dilihat dari petikan bahawa keluarga bukan sahaja merupakan alat

penyambung dalam kesinambungan sesuatu kebudayaan tetapi ia merupakan anasir

dalam merubah kebudayaan. Oleh itu keluarga mempunyai kaitan yang rapat dengan

masyarakat apabila keluarga memainkan peranan yang besar kearah pembentukan

sesebuah masyarakat.

Berdasarkan petikan di atas dapat kita huraikan bahawa perkahwinan antara dua kaum

atau dua keturunan yang berbeza ras akan melahirkan sebuah budaya baru, paling

tidak ianya akan terjadi sebuah proses asimilasi secara fizik antara dua kebudayaan

Page 4: masyarakat pluraliti di alam melayu

atau dua ras, kerana pada konsep perkahwinan ialah penyatuan dua insan yang datang

dari dua keluarga berbeza.

Kesan Perkahwinan Campur Dari Segi Budaya dan Cara Hidup

Penyatuan dua insan dalam perkahwinan campur boleh disifatkan sebagai permulaan

kepada dua buah keluarga besar dari dua ras berbeza untuk mulai saling mengenali

adat istiadat atau pola perilaku keluarga yang satu lagi. Permulaan ini adalah sesuatu

yang positif kerana mereka akan saling mempelajari aspek kebudayaan keluarga suami

atau isteri masing masing sehingga akan wujud satu pengertian baru terhadap budaya

suami isteri tersebut.

Menurut Koenjaraningrat, “Budaya menjadi suatu aspek yang penting dalam

perkawinan, dimana pasangan tersebut tentu memiliki dalam hal nilai-nilai budaya yang

dianut, menurut keyakinan dan kebiasaan, serta adat istiadat dan gaya hidup budaya.

Di dalam perkawinan juga disatukan dua budaya yang berzeda, latar belakang yang

berzeda, suku yang berbeza.

Secara mudahnya dapat dikatakan bahawa perkahwinan bukanlah hanya semata-mata

sebuah perjanjian suci yang dilafazkan atau ikrar oleh dua manusia berbeza jantina

bagi meneruskan sebuah hidup baru dalam alam rumahtangga. Proses perkahwinan

tidak hanya persetujuan hubungan seks halal, malah konsep perkahwinan yang sejati

biasanya melibatkan aspek aspek yang lebih besar seperti pertemuan dua keluarga,

menyatunya dua karakter, menyesuaikan dua budaya, tradisi, adat istiadat,

latarbelakang keluarga malah lebih jauh lagi ianya boleh menjadi sebagai persatuan

dua bangsa.

Justeru, apabila terjadi perkahwinan campur samada ianya antara kaum dalam negara

atau yang melibatkan bangsa lain dari luar negara perbezaan budaya kadangkala

menjadi asas yang sangat kuat dalam mewujudkan suatu pemikiran baru tentang garis

keturunan baru sehingga dua keluarga yang berbeza budaya ini akan menjadi saling

mengerti tentang adat istiadat.

Apabila berlangsungnya upacara pernikahan atau akad nikah maka pengantin atau

mereka yang terlibat dengan perkahwinan campur ini sangat menjaga adat, kerana

Page 5: masyarakat pluraliti di alam melayu

dikesempatan inilah mereka akan menonjolkan adat istiadat masing masing sebagai

sebuah kebanggaan dan keunikan adat mereka, lebih lebih lagi perkahwinan

merupakan upacara adat yang harus mereka jaga dan banggakan sebagai warisan

nenek moyang. Dari tradisi upacara perkahwinan ini akan tercermin jati diri bangsa

mereka, namun biasanya bersatunya dua buah keluarga dapat mencerminkan

bersatunya sebuah masyarakat berbilang kaum dan ini jelas terpancar melalui

perkahwinan antara masyarakat Cina dengan Melayu.

Keluarga sesebuah sukubangsa atau etnik yang terlibat dengan perkahwinan campur

seakan dipaksa untuk mempelajari atau menilai secara positif tentang sumbangan

keanekaragaman budaya, kepelbagaian bahasa dan masyarakat majmuk, hal ini sangat

penting kerana kalau dilihat dari sudut adat istiadat, perkahwinan campur mempunyai

kesan positif terutama dari sudut wujudnya amalan amalan budaya yang baru hasil

gabungan dua keluarga dari 2 sukubangsa. Malah dari sudut agama dan sejarah ianya

mempunyai kesan yang lebih mendalam iaitu bagaimana dengan perkahwinan jugalah

penyebaran agama dapat dilakukan secara semulajadi. Hal ini dapat kita lihat dari sudut

sejarah lagi yang mana sejak zaman kerajaaan melayu Melaka lagi penyebaran agama

Islam telah dilakukan melalui perkahwinan.

Sungguhpun perkahwinan campur sering membawa erti kepada pembentukan suatu

budaya bangsa yang baru, namun perkahwinan campur juga tidak terlepas dari

mengalami pasang surut rumahtangga, kerana pertembungan dua budaya, dua bahasa

malah adat yang berbeza sering juga menjadi punca keretakan rumahtangga. Ada

pandangan yang menyatakan bahawa pasangan perkahwinan campur mengalami

kesulitan dengan di kelilingi oleh perbezaan adat, bahasa dan agama, perbezaan ini

diburukkan lagi oleh tekanan dari keluarga masing masing dan masyarakat luas yang

mengharapkan mereka dapat memberikan sesuatu yang meyakinkan. Sebagai contoh

pasangan perkahwinan campur yang berfikiran moden kelihatannya berusaha

melupakan perbezaan-perbezaan tersebut ketika mereka sedang dilamun cinta.

Walaubagaimanapun masyarakat luas dan keluarga mereka sentiasa mengharapkan

berlakunya pertukaran agama sebagai jalan untuk memaksa pasangan ini memilih

antara perbezaan mereka daripada mencari jalan hidup yang lebih harmoni. Kita juga

Page 6: masyarakat pluraliti di alam melayu

boleh melihat terdapat beberapa pasangan yang terpaksa mengakhiri rumahtangga

sebagai akibat dari tekanan dari keluarga dan masyarkat.

Ini bermakna masyarakat masih berada dalam dilema samada membiarkan

perkahwinan campur dengan jalan mudah atau salah satu pihak masih terpaksa

mengikuti salah satu pihak yang lain dalam rangka menyelamatkan rumahtangga

kerana tidak selamanya dan tidak semua keluarga dapat menerima perbezaan budaya,

agama dan adat dalam keluarga mereka.

Perkahwinan campur sering juga dilihat sebagai sebuah proses menyemai benih baru

bagi melahirkan generasi campuran baru, sudah tentu seandainya pasangan melayu

Pakistan pastinya akan melahirkan zuriat yang lebih cerah warna kulitnya atau

pasangan Cina Melayu sering dikatakan akan melahirkan zuriat yang lebih cerdik dan

pintar. Hal ini boleh kita sifatkan sebagai perkembangan genetik baru yang mana

pernikahan antara dua budaya sering memiliki kesan positif terutama dalam hal

keturunan yang dilahirkan. Adalah dipercayai bahawa perkahwinan dua manusia dari

keturunan sukubangsa yang berbeza sudah pasti akan mewujudkan sebuah keturunan

atau genetik baru, sehingga akan wujud pula wajah-wajah campuran yang unik seperti

campuran Cina India, Cina Melayu, Melayu India, atau Melayu Kadazan yang pastinya

akan terjadi kefasihan dalam bahasa ibunda atau bahasa baru atau kedua duanya

sekali.

Umumnya kita ketahui juga bahawa masyarakat cina memang agak terkenal dengan

bakat berniaga, dan seandainya kita mampu mewujudkan lebih ramai lagi pasangan

melayu cina atau cina India maka kita mungkin dapat mewujudkan suatu bangsa

campuran baru yang lebih berkeyakinan dalam bidang perniagaan. Wujudnya suasana

ini akan lebih mempermudahkan lagi proses pembinaan negara bangsa kerana selama

ini pembinaan negara bangsa dilihat sering dihalang oleh sikap prejudis antara kaum.

Apabila kita melihat pada sebab-sebab berlakunya perpecahan kaum yang

menggagalkan integrasi kaum dan pembinaan negara bangsa di Malaysia ini adalah

kerana didorong oleh rasa tidak puas hati dan prejudis dalam kalangan kaum-kaum di

Malaysia. Ianya juga dapatlah kita katakan berpunca daripada sikap sesetengah kaum

itu sendiri yang terlalu mahu menonjolkan kebudayaan masing-masing dengan

Page 7: masyarakat pluraliti di alam melayu

mengetepikan kebudayaan kebangsaan seperti yang termaktub didalam Dasar

Kebudayaan Kebangsaan. Obsesi untuk berada didalam kelompok kaum sendiri dari

segala segi juga adalah salah satu punca utama yang telah melambatkan proses

pembinaan negara bangsa di Malaysia. Justru dengan perkahwinan campur dapat

dilihat menjadi salah satu jambatan yang mampu mengurangi sikap dan rasa prejudis

antara kaum di Malaysia.

Rumusan

Gagasan pembinaan negara bangsa menjadi sangat penting di saat isu-isu perkauman

mulai bergema di negara ini akibat pergeseran politik dalam negara, agenda pembinaan

negara bangsa ini menjadi penting kerana negara ini mempunyai penduduk yang

berbilang kaum, dan tidak dapat disangkal lagi salah satu faktor yang melambatkan

proses pembinaan negara bangsa ini ialah sikap prejudis antara kaum yang masih

menebal antara satu sama lain.

Di Malaysia setiap kaum masih mempunyai persepsi negatif dan prejudis terhadap

kaum yang lain lantaran sikap dan pengetahuan yang tidak menyeluruh tentang budaya

dan cara hidup serta aspirasi kaum lain menjadikan masyarakat sering dipisahkan oleh

perbezaan pendapat, perbezaan perspektif, kepentingan ekonomi dan perbezaan

kebudayaan yang mana akan menghalang proses penyatuan bangsa agak tergendala.

Justeru sebagai salah satu langkah ke depan dalam rangka mencapai matlamat

perpaduan dan integrasi kaum sebagai usaha untuk menjayakan agenda pembinaan

negara bangsa, maka perlunya digalakkan proses perkahwinan campur sebagai salah

satu cara untuk melahirkan semangat dan kefahaman terhadap budaya serta adat

sesuatu kaum itu. Sikap prejudis terhadap kaum lain sedikit demi sedikit akan pupus

apabila mereka disatukan dalam sebuah rumahtangga yang harmoni, kerana

penyatuan dua insan boleh menyatukan pula dua keluarga berlainan kaum, situasi ini

mungkin agak sukar untuk dicapai seandainya semua pihak belum dapat menerima

secara terbuka tentang kebaikan perkahwinan campur sebagai salah satu usaha

pembinaan negara bangsa. Namun usaha usaha gigih kearah itu perlu digembleng

dengan peranan sektor berkepentingan sangat dituntut.

Page 8: masyarakat pluraliti di alam melayu

Harapan juga boleh dipertaruhkan kepada pihak kerajaan, agensi agensi kekeluargaan,

badan badan persatuan dan NGO agar lebih banyak memberikan insentif serta galakan

kepada mana mana pasangan yang akan mendirikan rumahtangga dalam bentuk

perkahwinan campur, usaha-usaha untuk memberikan pendidikan tentang budaya

bangsa juga amat diperlukan kepada keluarga masing masing tentang bentuk

perbezaan yang boleh mereka serap sebagai tanda pemahaman terhadap budaya

kaum lain. Peranan institusi agama, NGO, intitusi sosial lainnya amat diharapkan dalam

rangka merangsang pertumbuhan minda bagi mengubah persepsi agar perkahwinan

campur dapat dikembangkan sebagai salah satu jambatan untuk membina negara

bangsa.

Rujukan :

Dato Seri Najib Tun Razak. (http://www.1malaysia.com.my/zh/news/keunikan-kaum-

satu-kekuatan-transformasi-negara-najib/

Ishak Saat, 2009, Pendidikan Negara Bangsa Malaysia

Rohana Yusof, 2010, Asas Sains Sosial

Norazit Selat, 1993, Konsep Asas Antropologi

Koentjaraningrat, 1981, Manusia Kebudayaan di Indonesia