masyarakat dan tamadun

18
AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322 FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN NAMA : AZLINA BINTI ISMAIL NO KAD MATRIK: 800206025322001 NO K/P: 800206025322 NO TELEFON: 0125415059 E-MAIL: [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN: SUNGAI PETANI LEARNING CENTRE,KEDAH 1

Upload: azlina-ismail

Post on 06-Sep-2015

231 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

budaya dialog

TRANSCRIPT

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF 1503

MASYARAKAT DAN TAMADUN

NAMA : AZLINA BINTI ISMAIL

NO KAD MATRIK: 800206025322001

NO K/P: 800206025322

NO TELEFON: 0125415059

E-MAIL: [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN: SUNGAI PETANI LEARNING CENTRE,KEDAH

SEMESTER: JANUARI 2014

ISI KANDUNGAN M/S

1. PENGENALAN 3

2. BUDAYA DIALOG DALAM MASYARAKAT MAJMUK MALAYSIA 4-7

3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BUDAYA DIALOG 8-10

4. KESIMPULAN 11

5. RUJUKAN

PENGENALAN

Masyarakat boleh didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Manakala budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya. Dengan itu dapatlah dihuraikan bahawa masyarakat dan budaya ini saling berkait rapat bagi mewujudkan sebuah negara yang harmoni dan bersatu. Dalam konteks Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu amat jelas sekali bahawa perpindahan pelbagai kaum telah membentuk sebuah negara yang berbilang kaum. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras, etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 Mei 1969. Apabila konflik yang berlaku dalam masyarakat majmuk satu pendekatan perlu diambil bagi mengatasi konflik tersebut dan disinilah bermulanya budaya dialog.

Ini kerana keharmonian sesebuah negara tidak semestinya dikawal dengan aktiviti ketenteraan, namun dengan berdialog kita dapat mewujudkan sebuah negara yang aman dan bersatu padu walaupun berbilang kaum serta agama. Dari sini luahan perasaan dan pendapat dari semua kaum di Malaysia akan diambil perhatian, seterusnya penambahbaikan akan dapat dilakuakan untuk mengekalkan keharmonian dan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia. Sebagaimana yang diketahui dan difahami umum, perpaduan kaum adalah pemboleh ubah yang penting dalam menentukan kestabilan politik, social, malah ekonomi sesebuah negara. Dimana perpaduan kaum ini menuntut hubungan empatetik dikalangan masyarakat majmuk sebagaimana yang disarankan oleh Dr Chandran. http://zanas.wordpress.com/isu-perpaduan-kaum-di-malaysia/. Oleh itu, kita perlulah berusaha untuk menentukan elemen-elemen penting perpaduan kaum ini supaya dapat digarap dikalangan rakyat Malaysia agar keamanan dan keharmonian negara dapat dikekalkan.

BUDAYA DIALOG DALAM MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Dialog bermaksud perbincangan atau perundingan antara pihak-pihak yang berlainan pendapat, pandangan, kepercayaan dan sebagainya. Dialog dilaksanakan bukan untuk mencari kesalahan pihak yang lain tetapi mencari satu kefahaman dan persetujuan ke arah hidup yang harmoni. Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu duduk bersama berbincang bukan mencari perbezaan tetapi persamaan dan persefahaman. Dialog seperti ini perlu dijadikan budaya dalam masyarakat agar tidak timbul salah faham, prejudis atau salah sangka. Budaya dialog bukan sahaja dilaksanakan antara kaum, malah perlu dimulakan dalam masyarakat satu agama sendiri. Ini ekoran daripada pertembungan pendapat dan ideologi yang membangkitkan isu-isu sentiviti masing-masing. Malahan dialog bersifat pragmatik yang boleh bertindak balas (reaction) kepada kemelut permasalahan yang timbul.

Oleh itu, budaya dialog ini dapat mewujudkan perpaduan dan persefahaman diantara masyarakat majmuk. Sebagai contohnya Malaysia kini telah mengamalkan dasar 1 Malaysia bagi mengurangkan diskriminasi diantara kaum. Ekoran daripada Peristiwa Berdarah 16 Mei 1969, yang mana isu-isu sensitif telah ditimbulkan dan mengakibatkan kaum melayu dan cina bertelagah dan masing-masing menunding jari. Justeru itu, walaupun mempunyai pelbagai perbezaan kita perlu berinteraksi dan bekerjasama bagi memastikan kestabilan dan keharmonian negara kita. Interaksi ataupun dialog ini juga merupakan satu kemestian dan perlu diusahakan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan kesukaran. Ini kerana melalui dialog inilah masyarakat Malaysia akan menyedari kepentingan dan hak-hak kaum lain di Malaysia. Malahan menurut ketokohan Nursi: manusia akan menemui kebenaran disebabkan kebebasan berfikir dan keinginan manusia untuk mencari kebenaran dan masyarakat moden akan hanya dapat dipuaskan dengan hujah(dialog). http://www.malaysianur.com/keharmonian-sosial-dalam-kepelbagaian-budaya-menurut-pandangan-badiuzzaman-said-nursi/

Selain itu, budaya dialog ini juga dapat memecahkan tembok pemisah antara etnik dengan diberi peluang sama rata kepada semua lapisan masyarakat. Ini kerana perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan merupakan agenda utama dalam matlamat Wawasan 2020 iaitu Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum berasaskan persamaan hak dan keadilan. Dimana ianya berkait rapat dengan mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum, bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing serta pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada negara. Senario ini akan terlaksana dengan adanya dialog antara semua pihak dalam menerangkan fakta serta luahan pendapat masing-masing dalam isu mengekalkan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia. Sebagai contohnya, Budaya dialog antara agama perlu dihidupkan dalam menjamin pemahaman dan amalan hormat-menghormati antara agama di negara ini, dalam rancangan Analisis AWANI terbitan Astro AWANI yang membincangkan topik Menyuburkan Dialog Agama. :http://www.astroawani.com/news/show/budaya-dialog-antara-agama-perlu-dihidupkan-28371?cp

Seterusnya memberi peluang untuk menyalurkan pandangan, idea, usul atau saranan secara langsung di mana semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama atau etnik dapat memberi pandangan serta pendapat dalam mewujudkan keharmonian dan mengekalkan perpaduan dikalangan masyarakat Malaysia. Malahan sebagaimana yang diketahui juga budaya dialog ini mementingkan kejujuran dan keterbukaan dalam menyalurkan pandangan, idea, usul atau saranan tanpa membangkitkan provokasi antara kaum. Melalui sifat keterbukaan dan dialog ini, kita akan dapat merungkai setiap akar umbi permasalahan yang dihadapi dikalangan masyarakat Malaysia. Di samping itu juga, jalan penyelesaian akan dapat dicari untuk mengatasi setiap isu yang diutarakan dan ini dapat dilihat melalui dengan penubuhan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN), yang memainkan peranan dalam penyatuan masyarakat majmuk Malaysia.

Akhirnya, masyarakat bebas bertukar pendapat dan menghargai pendapat orang lain. Sebagaimana yang diketahui juga dialog adalah sebuah komunikasi dua hala antara individu atau pihak yang mempunyai pegangan atau pandangan yang berbeza mengenai subjek atau perkara yang tertentu dengan tujuan ingin mencapai kebenaran. Melalui inilah, dialog akan dapat membantu kita meneruskan perasaan muhibbah dikalangan masyarakat majmuk Malaysia. Malahan melalui dialog ini jugalah, kita boleh membincangkan perkara-perkara yang boleh atau perlu disepakati bagi menjamin perpaduan dan keharmonian masyarakat Malaysia. Justeru itu, melalui dialog kita boleh memanfaatkan keadaan dimana kepelbagaian pendapat ini dijadikan satu mekanisme dalam mengekalkan keamanan di Malaysia tidak kiralah dari segi agama, politik, ekonomi, ataupun kebudayaan masyarakat Malaysia. Ini dapat dilihat melalui artikel Padam segera api fitnah pengadu domba, Berita Harian, 27 Januari 2014-rencana m/s27. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia(YADIM).

Namun demikian, budaya dialog ini juga tidak kurangnya kelemahan, ini kerana melalui dialog sikap fanatik dan obses kepada kaum akan terlihat dan usaha untuk mengekalkan perpaduan akan tergendala dan mencetuskan pelbagai ideologi dikalangan masyarakat majmuk. Ini dapat dibuktikan melalui, peristiwa penentangan Dong Jiao Zhong terhadap dasar kementerian pendidikan pada tahun 1987 yang membawa kepada pelaksanaan Operasi Lalang, yang menurut beberapa pemerhati politik, hampir sahaja mengulangi peristiwa 13 Mei. http://zanas.wordpress.com/isu-perpaduan-kaum-di-malaysia/. Selain itu, kita juga dapat melihat isu perbalahan pengurusan sebuah kuil Hindu dan masjid di Kampung Rawa, Pulau Pinang pada tahun 1998, tragedi Kampung Medan pada tahun 2001 dan isu mahasiswa UM yang tidak mesra dalam bentuk hubungan silang-etnik yang dipropagandakan dalam budaya dialog.

Kelemahan kedua budaya dialog ialah saluran komunikasi yang terhad, dimana terdapat kekangan-kekangan yang menghalang budaya dialog ini diperluaskan. Ini kerana saluran media yang terdapat di Malaysia adalah terhad dan dikawal, dengan demikian saluran pendapat atau idea berhubung isu-isu perpaduan ini tidak dapat disampaikan terus kepada masyarakat majmuk Malaysia. Ini terbukti melalui rangkaian televisyen yang lebih mementingkan hiburan daripada menerbitkan rancangan berbentuk dialog dalam mengutarakan permasalahan dan penyelesaian masalah berkaitan dengan perpaduan rakyat Malaysia. Maka tidak hairanlah jika isu-isu perkauman ini akan berterusan menjadi agenda utama negara kerana tiadanya dialog yang berkesan untuk disaluran kepada masyarakat Malaysia.

Akhirnya, budaya dialog ini juga boleh mencetuskan perspektif salah faham dikalangan rakyat Malaysia. Ini kerana, apabila sesi dialog yang melibatkan pelbagai kaum akan memberikan pelbagai bentuk perspektif atau pandangan. Dari sinilah, pemahaman setiap kaum di Malaysia akan berbeza dan ini akan menyebabkan salah faham sewaktu mengikuti sesi dialog tersebut. Ini dapat dilihat melalui isu klip video Onederful Malaysia CNY 2014, oleh Teresa Kok yang menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan kaum di Malaysia. Ekoran daripada salah faham inilah pelbagai bantahan dan tunjuk perasaan tercetus seterusnya keamanan Malaysia akan tergugat.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TeresaKokperlubertanggungjawabataspenerbitanklipvideo-Teo/Article/index_html

Dari sini, dapatlah dirumuskan bahawa budaya dialog ini mempunyai kekuatan tersendiri dan juga terdapat beberapa kelemahan. Namun jika budaya dialog ini dikendalikan dan diuruskan dengan sistematik serta mengikut prinsip-prinsip budaya dialog maka isu negatif tidak akan timbul sebaliknya usaha meningkatkan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia melalui budaya dialog ini akan berjalan lancar.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PENGAMALAN BUDAYA DIALOG DALAM MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA.

Dapatlah dinyatakan disini bahawa budaya dialog ini semakin diyakini dan digunapakai di seluruh dunia kini. Malahan, pakar dalam bidang dialog kini menggelarkan zaman ini sebagai Zaman Dialog atau Age of Dialogue yang menggantikan Zaman Monolog yang telah pun berlalu. Walaubagaimanapun penambahbaikan terhadap budaya dialog ini masih perlu dilakukan kerana tidak semua golongan masyarakat Malaysia memahami erti sebenar budaya dalog. Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah melalui penyebaran promosi dan kempen budaya dialog. Ini boleh dilakukan melalui media massa atau pun risalah-risalah yang mana dapat memberi gambaran yang jelas kepada rakyat Malaysia akan konsep sebenar budaya dialog. Ini kerana budaya dialog ini masih lagi kabur bagi semua lapisan masyarakat majmuk Malaysia, oleh itu dengan adanya promosi dan kempen, masyarakat akan lebih terdedah dengan budaya dialog ini. Sebagai contohnya dengan memperbanyakkan karnival yang melibatkan budaya dialog antara kaum atau agama. Dengan ini sedikit sebanyak akan dapat mendorong rakyat Malaysia menjiwai sensiviti kaum atau etnik lain dan seterusnya Malaysia dapat mengekalkan perpaduan dikalangan rakyatnya.

Selain itu, kita juga boleh mengadakan penguatkuasaan dasar-dasar yang berkaitan dengan perpaduan. Sebagai contohnya menyekat penyebaran maklumat yang boleh mencetuskan provokasi membangkitkan semangat perkauman. Malahan penguatkuasaan dasar-dasar ini perlu diperkukuhkan dengan tindakan undang-undang yang berat kepada individu yang menyebarkan fitnah melalui dialog ini. Ini kerana budaya dialog mempunyai prinsip-prinsipnya yang tidak membolehkan individu tersebut membangkitkan provokasi rakyat dan menyebarkan fitnah. Dengan itu, jika penguatkuasaan dasar-dasar yang berkaitan dengan perpaduan ini dapat dilaksanakan dengan lebih tegas maka budaya dialog akan menjadi platform untuk semua lapisan masyarakat majmuk Malaysia menyuarakan pendapat atau usul serta idea untuk mengekalkan perpaduan.

Seterusnya, adalah melalui dasar pendidikan di sekolah yang perlu ditambahbaik dalam menyelaraskan perjalanan akademik dan juga sahsiah pelajar. Malahan sekolah wawasan perlu diperluaskan ke seluruh negeri bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran dengan memberi pendedahan kepentingan menjaga hubungan antara kaum atau etnik serta agama. Ini kerana dalam masa terdekat ini sekolah wawasan hanya terdapat di kawasan bandar dan negeri-negeri tertentu sahaja, oleh itu dengan mendirikan sekolah wawasan di semua negeri dalam Malaysia akan sedikit sebanyak akan dapat menperjelaskan kepada generasi muda akan kepentingan perpaduan dalam sesebuah negara. Disamping menyemai kejujuran serta hormat-menghormati diantara satu sama lain tanpa mengira status agama, kaum, etnik dan pengangan hidup.

Sebagaimana yang diketahui juga rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum dan mempunyai keunikan budaya masing-masing. Oleh itu, dengan memantapkan lagi kebudayaan nasional kaum-kaum di Malaysia akan sedikit sebanyak boleh memberi impak positif terhadap perpaduan dikalangan rakyat Malaysia. Usaha ini boleh dilaksanakan melalui perayaan-perayaan kaum di Malaysia dijadikan sebagai satu mekanisme dalam memupuk semangat muhibah dikalangan rakyat Malaysia. Melalui ini, pelbagai aktiviti akan dapat dijalankan seperti sambutan perayaan 1Malaysia, Karnival Kebudayaan 1Malaysia dan sebagainya akan dapat mewujudkan interaksi masyarakat majmuk Malaysia seterusnya mewujudkan hubungan yang harmoni dikalangan rakyat Malaysia. Dari sini juga budaya dialog ini akan diserap ke dalam diri masyarakat majmuk Malaysia. Seterusnya akan menghakis semangat perkauman serta menghapuskan perasaaan pentingkan diri dalam masyarakat majmuk Malaysia.

Akhirnya, penyelidikan dan seminar juga boleh dijadikan sebagai satu platform untuk memperkenalkan dan memperkembangkan budaya dialog ini dalam masyarakat Malaysia. Jelas sekali penyelidikan adalah salah satu mekanisme yang paling berkesan dalam melaksanakan satu-satu dasar atau keperluan lain kepada kelompok yang besar atau masyarakat. Melalui penyelidikan masyarakat majmuk Malaysia akan lebih yakin terhadap sesuatu konsep yang asing dalam kehidupan mereka untuk dipraktikan atau diamalkan. Justeru itu, penyelidikan akan memainkan peranan yang lebih baik dalam melaksanakan budaya dialog di Malaysia. Dalam pada itu, seminar juga harus dimantapkan lagi dan diperluaskan keseluruh pelosok negeri. Ini kerana keciciran maklumat di kawasan pendalaman akan menggugat keharmonian negara kita. Dengan adanya seminar di semua kawasan maka kepelbagaian maklumat dapat disampaikan kepada masyarakat majmuk Malaysia dan seterusnya akan menggelakkan pertelagahan atau salah faham dikalangan masyarakat majmuk Malaysia.

Oleh itu untuk memperkasakan perpaduan antara kaum dalam masyarakat majmuk Malaysia langkah-langkah penambahbaikan perlu diambil dengan segera dalam usaha mengecapi perdamaian positif, yakni boleh hidup dalam keadaan aman dan harmoni tanpa sebarang persepsi negatif dan pandangan streotaip di Malaysia, dan seterusnya mampu membangunkan negara menuju kearah wawasan 2020.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, budaya dialog ini amat penting di zaman kini, kerana keganasan tidak menjanjikan keamanan dan persefahaman dalam sesebuah masyarakat terutamanya bagi negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik. Ini adalah salah satu langkah yang bijak dalam mengelakkan pertumpahan darah dan mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa. Malahan daripada dialog-dialog yang diutarakan juga akan membantu negara bertindak dengan waras dan bijak serta sistematik dalam mentadbir negara yang mempunyai pelbagai kaum serta etnik. Bak kata pepatah Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh, jelas menyatakan jika kita sebagai rakyat Malaysia bersatu tanpa mengira kaum dan agama sudah pasti keamanan dan keharmonian negara dapat dikekalkan malah menjadi lebih kukuh.

Ini dapat dilakukan sekiranya budaya dialog ini diteruskan dan disebarkan kepada semua lapisan masyarakat agar tiada sedikitpun maklumat tercicir yang akan merosakkan perpaduan rakyat Malaysia. Jelaslah disini budaya dialog ini amat penting dan wajar dilaksanakan serta diperluaskan kepada semua masyarakat majmuk Malaysia. Malahan dengan adanya budaya dialog ini, interaksi serta persefahaman diantara masyarakat majmuk Malaysia akan menjadi lebih kukuh serta sifat hormat-menghormati terhadap kaum, etnik, agama, ras dan budaya dapat dikekalkan serta diperluaskan.

Rujukan

Prof Dr Mohamed Yusoff Ismail et.al.(2013), Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran

Bahasa Melayu, Open University Malaysia, Meteor Doc.Sdn.Bhd.

Berita Harian, 27 Januari 2014-rencana m/s27. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah

Malaysia(YADIM).

http://www.astroawani.com/news/show/budaya-dialog-antara-agama-perlu-dihidupkan-28371?cp

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TeresaKokperlubertanggungjawabataspenerbitanklipvideo-Teo/Article/index_html

http://www.malaysianur.com/keharmonian-sosial-dalam-kepelbagaian-budaya-menurut-pandangan-badiuzzaman-said-nursi/

http://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-masyarakat-majmuk-di-malaysia/

11