masyarakat burma di langkawi.docx

10
1.0 : Masyarakat Burma di Langkawi. Kemunculan masyarakat pendatang Burma di Langkawi pada awal tahun-tahun 1980an merupakan detik perubahan dalan susun atur hegemoni masyarakat di Malaysia. Masyarakat ini di katakana mewarisi darah melayu dari negeri-negeri utara semenanjung Malaysia dan di katakana berhijrah secara paksa ke Myammar(Burma). Mengikut sejarah yang telah diceritakan oleh orang tua-tua langkawi. Kebanyakan orang Burma ini telah hidup berselerak di perkampungan setingan Bukit Malut, akan tetapi perkampungan mereka ini telah berlaku kebakaran yang amat besar telah menyebabkan perkampungan Burma di Bukit Malut ini ini hangus. Bukit Malut adalah tempat waris-waris hamba landasan Keretapi Maut pada zaman penjajahan Jepun dahulu. Kebanyakkan warga disini adalah terdiri daripada perkongsian hidup Melayu Kedah dengan warga Myanmar. Pada tahun 1990, pihak Kerajaan bertindak menyelamatkan mereka daripada dianiaya oleh regim Myanmar dan ditempatkan dibeberapa tempat diseluruh negara termasuk yang di Bukit Malut ini.

Upload: sujairi-amhari

Post on 12-Dec-2015

286 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Masyarakat Burma di Langkawi.docx

1.0 : Masyarakat Burma di Langkawi.

Kemunculan masyarakat pendatang Burma di Langkawi pada awal tahun-tahun 1980an

merupakan detik perubahan dalan susun atur hegemoni masyarakat di Malaysia. Masyarakat ini

di katakana mewarisi darah melayu dari negeri-negeri utara semenanjung Malaysia dan di

katakana berhijrah secara paksa ke Myammar(Burma).

Mengikut sejarah yang telah diceritakan oleh orang tua-tua langkawi. Kebanyakan orang

Burma ini telah hidup berselerak di perkampungan setingan Bukit Malut, akan tetapi

perkampungan mereka ini telah berlaku kebakaran yang amat besar telah menyebabkan

perkampungan Burma di Bukit Malut ini ini hangus. 

Bukit Malut adalah tempat waris-waris hamba landasan Keretapi Maut pada zaman

penjajahan Jepun dahulu. Kebanyakkan warga disini adalah terdiri daripada perkongsian hidup

Melayu Kedah dengan warga Myanmar. Pada tahun 1990, pihak Kerajaan bertindak

menyelamatkan mereka daripada dianiaya oleh regim Myanmar dan ditempatkan dibeberapa

tempat diseluruh negara termasuk yang di Bukit Malut ini.

1.1 : Kedatangan masyarakat Burma di Malaysia.

Menurut catatan akhbar dan salinan dokumen rasmi kerajaan Malaysia, pada mulanya

kedatangan mereka adalah semasa zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai

perdana menteri Malaysia ke 4. Kedatangan mereka bermula dengan pendaratan sekumpulan

golongan Burma di Mukim Ayer Hangat pada awal tahun 1980an. Inilah apa yang telah

mencetuskan gelombang kemasukan mereka hingga kini.

Penempatan golongan pertama ini masih terdapat di kawasan SMK Ayer Hangat dan

tidak terusik hingga sekarang. Gelombang seterusnya yang telah membawa kemasukan beramai-

Page 2: Masyarakat Burma di Langkawi.docx

ramai mereka ialah melalui pemberian kawasan Bukit Malut yang terletak di kawasan Sungai

Langkanah sebagai tapak penempatan tetap. Daripada inilah kemasukan mereka telah bertali arus

hingga membentuk apa yang di panggil sebagai orang Burma Bukit Malut pada masyarakat

tempatan.

Walaupun terdapat proses asimilasi golongan ini di dalam masyarakat tempatan tetapi

stigma penolakan dan permusuhan masih lagi wujud dan tebal pada golongan orang tempatan

Langkawi sehinggakan imej Burma Bukit Malut di samakan walaupun bukan semua sebagai

‘unwanted’ yang harus di elakkan pertembungannya dengan orang setempat.

Golongan ini masih lagi berada di beberapa tempat di sekitar negeri Kedah seperti Kuala

Kedah dan Kuala Sala. Negeri Perlis seperti Kuala Perlis dan Terengganu dan Pahang yang tidak

dapat di pastikan taburan penempatan mereka.

1.2 : Sejarah dan asal-usul mereka.

Terdapat dua keterangan rasmi dan tidak rasmi mengenai sejarah mereka ini di Malaysia

dan bagaimana mereka boleh berada di Myanmar(Burma).

Pendapat utama ialah mereka merupakan waris kepada orang-orang Kedah semasa

perang dunia ke-2 dahulu yang di bawa ke Burma untuk menyiapkan landasan keretapi maut.

Selepas perang mereka gagal pulang dan menetap di sana hingalah dibawa pulang secara

beransur-ansur oleh kerajaan.penempatan mereka masih boleh didapati di kepulauan Myanmar

dan Thailand iaitu Renong. Pulau Dua adalah antara pulau utama mereka dan masih terdapat

golongan ini yang boleh bertutur bahasa Melayu dialek Kedah lama.

Page 3: Masyarakat Burma di Langkawi.docx

Saya memilih tajuk ini kerana pengalaman saya berada dan berkawan dengan mereka

semasa bertugas mengajar anak-anak golongan ini. Semua maklumat ini akan saya ulas dan

kupas dalam kajian yang di siapkan nanti.

Terdapat peristiwa penting yang membuatkan imej Bukit Malut dikenali oleh masyarakat

di luar langkawi iaitu kebakaran besar yang memusnahkan sebahagian besar penempatan

mereka.

2.0 : Objektif

Justifikasi saya dalam memilih tajuk ini untuk tesisi saya ialah kerana bidang sejarah

adalah akar umbi kepada segala ilmu yang kita pelajari dalam dunia ini. Berbalik kepada tajuk

yang di pilih ini iaitu Penempatan Masyarakat Burma di Bukit Malut, ini ialah kerana isu ini

hamper tidak di ketahui kewujudannya di luar Langkawi. Maka dengan ini saya ingin

mengetengahkan perkara yang di anggap taboo dan ‘untouchcables’ bagi masyarakat langkawi

untuk tatapan umum.Tajuk ini amat sesuai kerana apa sahaja yang berlaku di Negara kita

haruslah di buat kajian yang terperinci kerana secara tidak langsung ianya juga telah merubah

sejarah dan asyarakat setempat bukan sahaja di Langkawi tetapi seluruh Malaysia.

Page 4: Masyarakat Burma di Langkawi.docx

3.0 : Bahan bacaan(bibliografi sementara).

3.1 Heru Susetyo; The journal of a Muslim traveler: sebuah jurnal perjalanan melintasi

Asia, Amerika, Eropa, & Australia, PT Mizan Publika, 2009 - International travel.

3.2 Muhammad Isa Othman; Politik tradisional Kedah, 1681-1942,

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990 - Kedah 

4.0 : Sumber yang akan digunakan. (kajian melalui akhbar)

4.1 ARKIB : 20/02/2013

Mengapa PATI Myanmar tuju Langkawi?

DATUK NOOR AZAM ialah pemerhati sosiopolitik.

  © Utusan Melayu (M) Bhd 

4.2 Arkib : 15/02/2013

452 pendatang tanpa izin Rohingya nekad terjun

Utusan Melayu (M) Bhd

4.3 Arkib : 11/07/2013

200 Pati ditahan cuba masuk Langkawi

Harian (Karangkraf publications. Bhd)

Page 5: Masyarakat Burma di Langkawi.docx

4.4 ARKIB : 30/12/2010

Mangsa kebakaran Bukit Malut terharu bantuan datang mencurah-curah

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Peta

Kawasan Buki Malutdari udara.(Google map)

Kawasan perkampungan Bukit Malut (dalam bulatan merah).

Page 6: Masyarakat Burma di Langkawi.docx

Kawasan penempatan Bukit Malut jika di lihat dari peta (bulatan merah)

Page 7: Masyarakat Burma di Langkawi.docx

NAMA : SUJAIRI AMHARI BIN JAMLUDIN

NO IC : 780405-02-5231

NO MATRIK : JM 11210/10

PERKARA : PROPOSAL LENGKAP JMS 418-KAJIAN TEMPATAN

KAJIAN MELALUI KERATAN AKHBAR DAN DAN DOKUMEN RASMI

KERAJAAN.

TAJUK : PENEMPATAN MASYARAKAT BURMA DI BUKIT MALUT, LANGKAWI.

E MAIL : [email protected]

HP : 012-5310283

Page 8: Masyarakat Burma di Langkawi.docx

KANDUNGAN

1.0 MASYARAKAT BURMA DI LANGKAWI

1.1 KEDATANGAN MASYARAKAT BURMA KE MALAYSIA

1.2 SEJARAH DAN ASAL-USUL MEREKA

2.0 OBJEKTIF

3.0 BAHAN BACAAN (BIBLIOGRAFI SEMENTARA)

4.0 SUMBER YANG AKAN DIGUNAKAN(KERATAN AKHBAR)

5.0 PETA (3 IMEJ)