masyarakat industri di england

24
MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND MASYARAKAT INDUSTRI

Upload: adzila

Post on 05-Nov-2015

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sejarah dunia tema 1

TRANSCRIPT

Slide 1

MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLANDMASYARAKAT INDUSTRI

PENGENALANMasyarakat industri bermaksud sekumpulan manusia yang mengamalkan atau mengalami proses perubahan sebuah ekonomi khususnya dalam bidang pertanian kepada bidang perindustrian

Secara umumnya, revolusi industri bermaksud proses perubahan sebuah ekonomi yang mudah kepada satu bentuk ekonomi yang kompleks.Transformasi yang berlaku menyebabkan proses pertumbuhan ekonomi menjadi lebih cergas dan tahap produktiviti yang lebih tinggi.

Masyarakat yg dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran. Masyarakat yang terlibat dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan menggunakan mesinPENGENALANMenurut Straubhaar dan LaRose , masyarakat industri wujud selepas berlakunya Revolusi Industri yang dikaitkan dengan penemuan mesin wap di Eropah (Britain) pada tahun 1712. Masyarakat industri mengalami perubahan yang pesat dalam bidang ekonomi iaitu dari kegiatan ekonomi agraria kepada ekonomi industri yang penggunaan mesin dalam memproses bahan mentah menjadi barangan siap atau barangan kilang.CIRI-CIRI UMUM MASYARAKAT INDUSTRI1.KEGIATAN EKNOMI SECARA BESAR-BESARAN2.PENGKHUSUSAN PEKERJAAN3.MOBILITI SOSIAL4.KEMUNCULAN KELAS5.URBANISASI6.MASYARAKAT LITERASI7.SEMANGAT KEUSAHAWANAN8.PERKEMBANGAN SAINS & TEKNOLOGISEBAB-SEBAB REVOLUSI PERINDUSTRIAN DI ENGLANDSejarawan memperkatakan bahawa Revolusi Perindustrian bermula di England selepas tahun 1750Perkembangan pesat dalam sektor pertanian telah menambahkan pengeluaran makanan di EnglandPerusahaan tekstil juga menjadi nadi utama sumber ekonomi pada waktu ituMempunyai modal yang banyak yang dipusatkan di Bank EnglandEngland mempunyai bahan mentah yang banyak khususnya arang batu dan bijih besiKepesatan pertambahan penduduk turut menyumbang kepada bekalan tenaga buruh untuk kilang Kemajuan sistem pengangkutan membantu operasi pengagihan barangan ke seluruh negara

England mengamalkan satu bentuk aristokrat yang terbukaKemunculan kelas pedagang diterima secara terbukaEngland juga mempunyai pengetahuan dan kelengkapan kebendaan yang membantu kepada pasaran ke luar negaraGolongan puritan turut membantu perkembangan Revolusi Perindustrian di England dengan melabur sejumlah wang dalam industriPenciptaan mesin-mesin baharu menyebabkan pengurangan dalam tenaga manusia dan meningkatkan hasil pertanianFAKTOR REVOLUSI PERINDUSTRIAN DI ENGLANDPenambahan pengeluaran makananPertambahan pendudukPerkembangan perusahaan tekstilModal yang banyakSumber bahan mentahPasaran sedia adaTidak mendapat saingan negara lainKemunculan kelas pedagang dan golongan puritanPenciptaan baharuPETA PUSAT INDUSTRI DI ENGLAND

KESAN REVOLUSI PERTANIANMASYARAKAT PERTANIANMasyarakat pertanian sebelum revolusi mengamalkan kaedah tanaman lama, iaitu open field yang bergantung kepada sistem pusinganSeterusnya, masyarakat petani telah memulakan sistem tanah berpagar untuk menggantikan tanah lapangSistem pertanian yang berkonsepkan pemagaran tanah untuk mengasingkan kawasan tanah yang dimiliki di antara individu.Petani terpaksa menjual tanah mereka kerana tidak mempunyai modal untuk memagar tanahPetani tradisional luar bandar pupus dan wujud tanah ladang persendirian yang bersaiz besar

Sistem Tanaman Bergilir Norfolk telah diperkenalkan pada akhir abad ke-18. Dalam sistem ini tanah pertanianakan digunakan sepanjang tahun melalui penanaman secara bergilir-gilir dengan jenis tanaman yang berlainan seperti lobak, gandum, barli dan rumput. Kaedah ini dapat megekalkan kandungan nitrogen dalam tanah dan mengekalkan kesuburan tanah setiap masaSistem Pertanian campuran diperkenal oleh para petaniMenternak biri-biri dan lembu serta rumputBulu-bulu binatang-industri kain

Robert Blakewell memperkenalkan kaedah pembesaran binatangPerkenal baka LeicestershirePengenalan teknik penanaman baru dan jentera seperti alat penggali dan penabur benih yang dicipta oleh Jethro TullPengenalan baja tiruan iaitu baja kimia meningkatkan kesuburan tanahCoke of Holkham memperkenalkan sistem pengurusan ladang yang lebih modendan tebus guna tanah secara heavy manuring

MASYARAKAT PERINDUSTRIAN

Perkembangan industri tekstilmembawa kepada penciptaan mesin pemintal (Spinning Jenny) oleh James Hargreaves pada 1764 dan mesin tenun yang menggunakan kuasa air oleh Edmund Cartwright.Perindustrian besi telah membawa kepada kemajuan peleburan besi dengan menggunakan arang bagi menghasilkan besi tempaPada akhir abad ke-18, kuasa wap telah digunakan untuk mengendalikan jentera

KEMAJUAN SISTEM PENGANGKUTANMasyarakat industri juga menikmati kemajuan dalam bidang pengangkutan seperti perkapalan, jalan raya, jalan keretapi dan terusan/sungaiPembinaan kapal menggunakan rangka besi pada 1787 dan penggunakan enjin berkuasa wap pada 1802 menjadikan industri pembuatan kapal semakin berkembangLandasan kereta api yang moden dibina pada 1825 yang menghubungkan lombong arang batu Durham di Stockton dengan Darlington merancakkan perindustrian di England

PENGHIJRAHAN DAN PERTAMBAHAN PENDUDUKPenduduk England telah meningkat dengan mendadak antara tahun 1800 hingga 1850 dan lebih separuh populasi tinggal di bandar-bandar terutamanya LondonSelain itu kemajuan infrastruktur telah menyumbang kepada penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar. Antara kawasan yang mengalami pertambahan penduduk yang pesat ialah Lancashire, Yorkshire dan NottinghamshirePenghijrahan penduduk dari Ireland juga memajukan industri tekstil di EnglandKehidupan penduduk yang semakin berkualiti juga menyebabkan peningkatan jumlah penduduk yang ketara di negara berkenaan.

PERLUASAN PERDAGANGAN ANTARABANGSAMasyarakat industri juga terlibat dalam perdagangan antarabangsa apabila berlaku pertambahan penghasilan barangan dalam industri pembuatan. Kemajuan dalam industi tekstil telah menyebabkan pengeksportan kain kapas dari Manchester dan Leeds.Demi untuk meningkatkan perdagangan antarabangsa, England telah memansuhkan tarif import bahan mentah bagi membolehkan barang-barang dieksport ke luar negara.KERAJAAN DAN PERDAGANGAN BEBASParlimen England banyak membantu dalam amalan dasar perdagangan bebas dan telah meluluskan beberapa akta yang menghapuskan dasar- dasar ekonomi yang boleh menyekat kebebasanPemansuhan ekonomi perdagangan SHTI dengan negara ChinaPada 1822, parlimen England telah melonggarkan Undang- undang JagungPada 1849, Undang- undang Pelayaran dimansuhkanPERUBAHAN GAYA HIDUPKehidupan bebas masyarakat di bandar membawa kepada pelbagai masalah sosial yang kritikal seperti keruntuhan moral, kegiatan pelacuran dan perlakuan jenayah dan sebagainyaJusteru masyarakat yang tinggal di bandar harus menyesuaikan cara hidup yang penuh mencabar dan berlandaskan material dengan lebih berdikari, berilmu pengetahuan dan mengejar kekayaan.MASALAH PENCEMARAN DAN KESIHATANIndustri perkilangan menyebabkan berlakunya pencemaran yang menjejaskan kesihatan masyarakatPencemaran air menyebabkan merebaknya pelbagai penyakit dan bertambahnya kematian di kawasan bandarAkta Kesihatan awam telah ditubuhkan pada 1875 untuk mengurang dan memperbaiki keadaan kesihatan masyarakatKEMUNCULAN KELAS BAHARUSelain kelas pekerja wujud golongan kelas pertengahan yang terdiri daripada pemilikkilang, peniaga, ahli perbankan, peguam dan jurutera.Pertumbuhan ekonomi yang pesat menyebabkan berlakunya peningkatan dalam kedudukan dan pendapatan kelas pertengahan.Golongan ini mempunyai kuasa politik yang berjuang mendapatkan perwakilan di parlimen untuk menyuarakan kepentingan mereka dalam bidang perdagangan dan ekonomi.PEKERJA DAN KEADAAN KERJA DI KILANG

Melakukan kerja sehingga 12 jam sehariUpah sekadar cukup makanWanita dieksploitasi untuk bekerja di kilang besi, kilang kulit, kawasan perlombongan dan pembinaanPertengahan abad ke-19, 1.3 juta dan 40% adalah wanitaKanak-kanak dieksploitasi bekerja di kilang dan lombong arang batu dan bekerja selama 14 jam sehari.Pada 1833 Akta Kilang masa bekerja kanak-kanak 9 jam dan dibawah 9 tahun dilarangAkta Lombong 1842-larang wanita dan kanak perempuan bekerja dilombongAkta Sepuluh Jam 1847-masa bekerja wanita di tekstil 10 jam

PERUBAHAN DALAM PEMIKIRAN POLITIKPerubahan politik berlaku pada abad ke-18Bakat dan keupayaan seseorang mempengaruhi kedudukanPenolakan kepada keistimewaan golongan tertentuKelas pertengahan terus mengumpul kekayaan dan kekuasaanLahir golongan proletariat yang tidak dijaga gaji, makan, minum dan kebajikanLahir golongan yang merasakan golongan kaya menindas yang miskinHasilnya lahir idea sosialisme pada 1830an

SEKIAN TERIMA KASIH