nilai murni masyarakat china dan signifikannya kepada masyarakat malaysia kini

27
Nilai murni dalam Tamadun China & signifikannya dalam masyarakat Malaysia kini.

Upload: syima

Post on 17-Dec-2015

359 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Tamadun Cina merupakan salah satu daripada tamadun terawal di dunia.Orang Cina merupakan salah sebuah bangsa yang mencapai peradaban yang paling awal.Tamadun China dikenali sebagai Zaman Batu Terakhir kerana kegemilangannya dalam pelbagai bidang yang membawa kepada kemajuan dan kemakmuran tamadun ini.

TRANSCRIPT

  • Nilai murni dalam Tamadun

    China & signifikannya dalam

    masyarakat Malaysia kini.

  • Pengenalan

    Tamadun Cina merupakan salah satu daripada tamadun terawal di dunia.

    Orang Cina merupakan salah sebuah bangsa yang mencapai peradaban yang paling awal.

    Tamadun China dikenali sebagai Zaman Batu Terakhir kerana kegemilangannya dalam pelbagai bidang yang

    membawa kepada kemajuan dan kemakmuran

    tamadun ini.

  • Nilai-nilai murni Tamadun

    China

  • 1. Hidup berlandaskan agama

    Masyarakat China tetap percaya pada konsep ketuhanan walaupun terdapat pelbagai agama dan kepercayaan yang menjadi pegangan mereka.

    Contohnya :

    Pemujaan alam semula jadi

    Penyembahan roh nenek moyang dan dewa dewi

    Fahaman Konfucianisme dan Legalisme

    Agama Buddha

  • Semua agama dan kepercayaan ini menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian yang membantu

    dalam pembangunan manusia.

    Agama ini menjanjikan balasan baik bagi perbuatan baik dan balasan buruk bagi perbuatan yang buruk.

    Agama Buddha pula mengajar tentang penderitaan manusia dan cara mengatasi penderitaan tersebut.

  • Kosmologi

    masyarakat

    Cina

    Tian

    Langit wakil Tuhan untuk

    mentadbir bumi.

    Prinsip moral

    Tao

    Jalan/lorong tabiat baik atau

    buruk

    Asas bendahidup Kesederhanaan - Sikap toleransi

    Ti

    Bumi makhluk yang unggul

    Dewa tertinggi

  • 2. Menekankan aspek kemanusiaan dan

    kekeluargaan

    Konfiusianisme amat menekankan aspek kemananusiaan dan hubungan antara keluarga.

    Terdapat konsep Ren yang bermaksud kasih sayang. Konsep ini merujuk kepada sifat perikemanusiaan yang dianggap ekspresi jantung manusia.

    Orang yang membuat jasa baik dan memberi bantuan kepada orang ramai bukan sahaja berperikemanusiaan malah telah mencapai tahap paling suci.

  • Bagi seseorang yang berperikemanusiaan, apa yang ingin didirikan untuk diri sendiri,dirikan juga untuk orang

    lain. Apa yang dicapai oleh diri sendiri, capaikan juga

    untuk orang lain. Confucius

  • Orang mulia mematuhi kepada asas, bila asas didirikan, maka kebenaran dilahirkan. Nilai berbakti

    (xiao) dan menghormati saudara tua (ti) merupakan

    asas kepada konsep perikemanusiaan(ren) Confucius

  • Berbakti kepada ibu bapa dan saling menghormati antara adik-beradik adalah asas kepada nilai

    perikemanusiaan.

    Tiada orang yang bersifat perikemanusiaan tapi mengenetepikan dan abaikan ibu bapanya.

    Setelah tanggungjawab terhadap ibu bapa sudah dilaksanakan, barulah seseorang boleh melaksanakan

    nilai perikemanusiaan kepada orang lain.

  • Orang muda berbakti kepada ibu bapa ketika dalam rumah dan menghormati saudara tua di luar rumah,

    berhati-hati dalam percakapan dan boleh dipercayai

    orang, sampai tahap ini, orang muda berkemampuan

    untuk mengasihi orang ramai dan berdamping mesra

    dengan orang yang berperikemanusiaan... Confucius

  • Bapa dan anak bapa perlu berhati baik , anak bertanggungjawab terhadap orang tua.

    Suami dan isteri suami harus jujur, isteri tunduk mendengar cakap suami.

    Saudara tua dan muda yang tua harus murah hati dan membantu yang muda, yang muda perlu hormat yang tua.

    Raja dan pegawai raja bersifat perikemanusiaan, pegawai taat.

    Antara sahabat jujur sesama sahabat.

    Lima bentuk hubungan dalam masyarakat :

  • 3. Menghargai alam sekitar

    Ajaran Taoisme yang diasaskan oleh Lao Tze dan Chuang Tzu dalam tamadun cina amat menekankan keharmonian alam semesta.

    Dalam ajaran ini, alam dianggap sebagai ibu atau Dao yang menunjukkan bumi sebagai entiti yang perlu

    dimuliakan.

  • Dalam ajaran Buddhism dan Shinto, aspek animisme merupakan kepercayaan mereka, yaitu keyakinan

    bahawa roh berada dalam berbagai benda di alam. Oleh

    sebab itu, manusia harus menjalani kehidupan yang

    harmoni dengan alam.

  • 4. Mementingkan ilmu dan orang berilmu

    China amat mementingkan kebijaksanaan dan pembentukan akhlak.

    Chun Tze merupakan matlamat utama dalam ideologi kemanusiaan Konfusianisme.

    Semua manusia berpotensi untuk menjadi Chun Tze iaitu orang berpendidikan tinggi.

  • Dalam karya Lun Yu (Analects) turut menjelaskan bahawa, kelas Chun Tze tidak dianggap sebagai satu kelas yang boleh diwarisi. Seseorang manusia itu tidak lahir sebagai

    seorang yang Chun Tze, akan tetapi seseorang itu mesti

    berusaha untuk mencapai kelas Chun Tze. Maka setiap

    individu perlu mencuba untuk mencapai kelas Chun Tze.

  • Seorang Chun Tze tidak bercakap banyak, tidak suka menonjolkan diri, tidak bersikap bongkak dan sombong

    serta tidak mementingkan diri sendiri. Dia tidak

    mempersoalkan Apa yang akan aku dapat dari mereka tetapi apa yang ditekankan adalah Apa yang aku dapat buat untuk menampung atau membantu mereka?. Dia tidak menunjukkan atau mengangkat muka apabila

    memperoleh kejayaan dan tidak juga menundukkan

    kepala apabila kecewa.

  • 5. Nilai berjimat-cermat

    Berjimat-cermat adalah salah satu nilai etika yang sangat dipuji oleh masyarakat Cina.

    Bagi mereka, apabila seseorang bersikap membazir, dia akan kelihatan sombong.

    Sebaliknya, seseorang yang berjimat cermat akan kelihatan miskin. Mengikut Confucius, dia rela kelihatan

    miskin dari bersikap sombong.

  • Orang Cina percaya bahawa orang yang berjimat-cermat jarang sekali melakukan kesalahan.

    Bagi mereka orang yang tidak berperikemanusiaan memang tidak dapat tinggal lama dengan keadaan yang

    berjimat cermat.

    Dalam memenuhi kehendak tatasusila, seseorang harus berjimat cermat tetapi tidak kedekut.

  • Signifikan nilai-nilai murni

    tersebut terhadap

    masyarakat Malaysia kini

  • Secara umumnya agama mesti ada untuk membangun seseorang individu mahupun masyarakat.

    Semua agama menuntut penganutnya melakukan perkara yang baik.

    Agama memberi panduan, pengajaran dan bimbingan rohani bagi manusia .

    Oleh itu, masyarakat Malaysia juga mesti hidup dengan berlandaskan agama untuk memiliki kehidupan yang lebih

    baik samaada didunia mahupun diakhirat.

    Agama :

  • Sikap perikemanusiaan perlu ada pada semua manusia tidak terkecuali masyarakat Malaysia.

    Masyarakat yang penyayang dan prihatin dapat dibentuk.

    Melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan sentiasa bersatu.

    Nilai kemanusiaan dan kekeluargaan:

  • Ilmu penggetahuan penting dalam melahirkan insan bermoral secara tak langsung menjamin masa hadapan

    seseorang.

    Orang yang berilmu akan dihormati dan disanjung oleh masyarakat.

    Masyarakat Malaysia sendiri sedar kepentingan ilmu dan telah dipupuk sedari kecil untuk menuntutnya.

    Ilmu :

  • Menghargai alam sekitar :

    Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai untuk kesejahteraan kehidupan Malaysia.

    Masyarakat Malaysia yang lahir di bumi yang kaya dengan sumber semula jadi ini haruslah menjaganya agar sentiasa aman dan tidak tercemar.

    Untuk menjayakan ini, kerajaan Malaysia telah melaksanakan kempen kitar semula di pelbagai peringkat dan pada tahun 1984, Akta Perhutanan Negara diluluskan dan dikuatkuasakan untuk perlaksanaan polisi dasar perhutanan negara secara berterusan.

  • Berjimat-cemat :

    Amalan berjimat-cermat merupakan amalan mulia yang turut dituntut dalam agama Islam.

    Berjimat dapat mengurangkan perbelanjaan dan menambah simpanan.

    Dalam keadaan ekonomi Malaysia yang masih tidak stabil, masyarakat Malaysia amat digalakkan untuk berjimat

    cermat yang secara tidak langsung dapat mengurangkan

    hutang negara.

  • Kesimpulan

    Amalan berjimat cermat secara tak langsung merupakan pemangkin yang efektif untuk memelihara dan

    memulihara alam sekitar.

    Masyarakat cina atau agama Budha menyeru penganutnya berakhlak mulia.

    Masyarakat dan Negara haruslah hidup secara beretika berbudi pekerti mulia.

    Setiap golongan samada pemerintah dan diperintah mestilah mempunyai moral dan akhlak yang mulia.

    Keluarga, masyarakat dan juga negara perlu mengetahui peranan masing-masing supaya kehidupan

    kita aman dan sejahtera.

  • Kesimpulan

    Tamadun China yang mencapai peradaban paling awal tidak dapat dinafikan mempunyai pelbagai nilai murni

    yang dapat dicontohi oleh masyarakat lain.