masalah semangat yang hilang

2
Masalah pemasaran – Ini juga masalah biasa dihadapi oleh para usahawan. Kekangan kewangan membuat tak ada banyak pilihan. Tersilap habiskan wang untuk pemasaran yang tak menjadi bakal membungkuskan perniagaan. Nak buat tak pasti, tak buat tak boleh. Kalau sekadar tunggu atas kerusi pejabat, pelanggan tak akan datang. Jadi nak buat macam mana? Masalah jualan – Jika masalah pemasaran berjaya diselesaikan dan berjaya membuka pagar yang memisahkan antara pelanggan dengan syarikat anda, timbul pula masalah jualan. Pelanggan datang tapi tak beli. Atau pelanggan beri respon tapi tidak dilayan pula dan sebagainya. Masalah tak ada sistem – Jika kesemua di atas berjalan, akan datang pula satu masalah di mana jika taukeh tak ada, seluruh pergerakan akan terhenti secara tiba-tiba. Semua orang mengharapkan kehadiran taukeh untuk selesaikan semua perkara penting. Taukeh yang sebegini biasanya matanya lebam dan bengkak dan dia dah bertahun-tahun tak pernah bercuti panjang. Masalah perniagaan tak menyerlah – Ini merupakan satu masalah biasa yang akan dihadapi oleh kesemua perniagaan yang dah lama berjalan. Ia hanya mampu menyara semua bil dan tunggakan, membayar sedikit dividen pada taukeh dan begitulah seterusnya. Biasa saja. Masalah ini

Upload: kong-siew-yia

Post on 17-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

perniagaan

TRANSCRIPT

Page 1: Masalah Semangat Yang Hilang

Masalah pemasaran – Ini juga masalah biasa dihadapi oleh para usahawan. Kekangan kewangan membuat tak ada banyak pilihan. Tersilap habiskan wang untuk pemasaran yang tak menjadi bakal membungkuskan perniagaan. Nak buat tak pasti, tak buat tak boleh. Kalau sekadar tunggu atas kerusi pejabat, pelanggan tak akan datang. Jadi nak buat macam mana?

Masalah jualan – Jika masalah pemasaran berjaya diselesaikan dan berjaya membuka pagar yang memisahkan antara pelanggan dengan syarikat anda, timbul pula masalah jualan. Pelanggan datang tapi tak beli. Atau pelanggan beri respon tapi tidak dilayan pula dan sebagainya.

Masalah tak ada sistem – Jika kesemua di atas berjalan, akan datang pula satu masalah di mana jika taukeh tak ada, seluruh pergerakan akan terhenti secara tiba-tiba. Semua orang mengharapkan kehadiran taukeh untuk selesaikan semua perkara penting. Taukeh yang sebegini biasanya matanya lebam dan bengkak dan dia dah bertahun-tahun tak pernah bercuti panjang.

Masalah perniagaan tak menyerlah – Ini merupakan satu masalah biasa yang akan dihadapi oleh kesemua perniagaan yang dah lama berjalan. Ia hanya mampu menyara semua bil dan tunggakan, membayar sedikit dividen pada taukeh dan begitulah seterusnya. Biasa saja. Masalah ini membuatkan pelanggan tidak pernah ambil kisah untuk mencadangkan syarikat kita pada kawan atau kenalannya.