masalah rbt

Upload: loh-chia-pei

Post on 06-Jan-2016

40 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rbt

TRANSCRIPT

2.1 Masalah

Kini, kebanyakan rak yang dijual di pasaran tidak dapat memenuhi sepenuh kehendak pelanggan terutamanya pelajar dan juga pekerja. Hal ini demikian kerana rak-rak yang dijual adalah lebih khusus kepada satu atau dua fungsi sahaja. Sebagai contoh, kebanyakan rak buku hanya dapat menyimpan buku-buku dan juga fail-fail sahaja dan ini tidak dapat memenuhi keperluan pelajar dan pekerja yang ingin menyimpan alat-alat tulis dan juga melekat memo ataupun nota-nota yang ada. Selain itu, terdapat juga rak-rak yang terlalu besar diletakkan di ruang yang terlalu sempit dan ia juga sukar dipindah ke sana sini. Hal ini telah mengakibatkan kebanyakan rak buku kini telah menggunakan ruang yang besar di rumah dan juga ruang pejabat di tempat kerja. Perkara yang paling penting di sini ialah kebanyakan rak buku kini bukan sahaja memakan ruang yang besar malah mempunyai fungsi yang terhad sahaja. Di samping itu, rak-rak buku yang berada di pasaran juga tidak sesuai digunakan untuk menyimpan komik. Hal ini demikian kerana saiz komik adalah terlalu kecil berbanding dengan buku-buku yang bersaiz A4. Ini secara tidak langsung telah membazirkan ruang yang telah berada pada rak tersebut. Misalnya, kebanyakan rak-rak buku yang terdapat di pasaran adalah lebih mengutamakan saiz A4 sahaja. Jadi, sekiranya murid-murid meletakkan komik mereka di atas rak yang bersaiz A4, rak buku tersebut mesti meninggalkan ruang yang lebih dan ini telah membazirkan ruang yang banyak.2.2 Penyelesaian Masalah

Demi mengatasi masalah yang telah disenaraikan, kami telah membuat keputusan untuk mereka bentuk satu rak buku yang dapat memenuhi sebarang keperluan para pelajar dan juga pekerja. Kedua-dua pihak ini mempunyai persamaan iaitu mereka memerlukan tempat untuk menyimpan fail-fail, buku-buku, alat-alat tulis, kad-kad dan sebagainya. Kami akan mereka bentuk setiap bahagian rak tersebut dengan mempertimbangkan barang-barang yang boleh diletak. Misalnya, kami telah mereka bentuk sebuah rak buku tersebut yang dapat membolehkannya meletak komik, fail-fail, buku-buku, kad-kad dan sebagainya. Setiap barang mempunyai ruangnya yang tersendiri untuk disimpan.

Manakala masalah bagi pelajar yang gemar membaca komik juga telah diselesaikan dengan mewujudkan ruang yang saiznya sesuai dengan saiz komik. Dengan ini, barulah seseorang individu dapat menggunakan rak buku tersebut dengan sepenuhnya tanpa meninggalkan sebarang ruang yang membazirkan. Tambahan pula, bagi menyelesaikan masalah rak buku yang terlalu besar dan berat berbanding dengan ruang yang sempit, kami telah mereka bentuk rak buku yang ringan dan kecil supaya rak buku ini mudah dialih ke mana-mana sahaja mengikut kehendak. Dengan ini, kami telah memilih untuk menggunakan kayu untuk membuat rak buku kami kerana kayu adalah ringan daripada bahan-bahan yang lain seperti besi. Rak buku yang mudah alih ini bukan sahaja seseuai diletakkan di atas lantai malah boleh diletakkan di atas meja pejabat. Ciri ini akan memberi kemudahan kepada pelanggan kerana tempat meletakkan rak buku ini adalah fleksibel.Hal ini demikian kerana sesetengah rak buku hanya boleh diletakkan atas lantai sahaja kerana terlalu besar.