masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekola

8
MASALAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI DISEKOLAH Tajuk : MASALAH INFRASTRUKTUR DAN PERALATAN TIDAK MENCUKUPI DI DALAM BENGKEL SENI. 1.0 pengenalan Pendidikan seni adalah program pendidikan yang mempunyai system yang bersistem, terancang dan prestasinya boleh diukur bagi memenuhi keperluan individu. Keperluan ini dapat diperoleh melalui aktiviti yang melibatkan seni ini melibatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai proses, teknik dan media serta pembentukan nilai. Feldman (1996) memberikan definisi pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, disamping mengetahui mengenai dunia kita dan mengenai diri kita melalui pendidikan seni. Seni yang dimaksudkan ialah kegiatan yang melibatkan catan, arca, seni bina, kraf, rekabentuk industry, fotografi, filem, telivisyen dan sebagainya. Pendidikan seni merangkumi segala aspek dan terdapat pelbagai kaedah dalam menghasilkan seni, 1

Upload: jiraiya

Post on 18-Jun-2015

1.393 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Disekola

MASALAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI DISEKOLAH

Tajuk : MASALAH INFRASTRUKTUR DAN PERALATAN TIDAK MENCUKUPI DI DALAM BENGKEL SENI.

1.0 pengenalan

Pendidikan seni adalah program pendidikan yang mempunyai system yang bersistem,

terancang dan prestasinya boleh diukur bagi memenuhi keperluan individu. Keperluan ini dapat

diperoleh melalui aktiviti yang melibatkan seni ini melibatkan pengetahuan dan kemahiran

mengenai proses, teknik dan media serta pembentukan nilai.

Feldman (1996) memberikan definisi pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan

pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, disamping mengetahui mengenai

dunia kita dan mengenai diri kita melalui pendidikan seni. Seni yang dimaksudkan ialah

kegiatan yang melibatkan catan, arca, seni bina, kraf, rekabentuk industry, fotografi, filem,

telivisyen dan sebagainya. Pendidikan seni merangkumi segala aspek dan terdapat pelbagai

kaedah dalam menghasilkan seni,

Herbert Read dan Victor berpendapat pendidikan seni seharusnya berasaskan aspek

psikologi seharusnya melihat kepada perkembangan kanak-kanak dalam melahirkan perasaan

diri. Dalam konteks dimensi psikologi pendidikan seni, guru dianggap sebagai pendidik dan

sekaligus membuat justifikasi pada diri mereka dalam mengajar pendidikan seni disekolah.

1

Page 2: Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Disekola

2.0 KEGIATAN DALAM BILIK DARJAH DAN KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH.

Kegiatan pendidikan seni boleh dilakukan samaada didalam bilik darjah ataupun diluar bilik

darjah. Semasa di dalam kelas biasanya guru menyampaikan pelajaran secara teori ataupun

pembelajaran secara formal atau lisan. Semasa proses pembelajaran ini guru akan

memberikan fakta-fakta yang berkaitan dengan pengajaran pendidikan seni.

Didalam bilik darjah segala objektif pembelajaran pada hari itu telah ditetapkan dan aktiviti

agak terbatas kerana seni memerlukan ruang yang besar dan persekitaran bilik darjah yang

sempit membataskan pergerakan pelajar. Kegiatan yang dapat dilakukan didalam bilik darjah

ialah seperti perperiksaan, mencatat nota dan melakar.

Manakala kegiatan diluar bilik darjah lebih kepada aktiviti bebas, ini bermaksud murid-murid

tidak terikat dengan masa, pakaian dan pergerakan. Contohnya seperti aktiviti berpesatuan

seperti persatuan atau kelab pendidikan seni seperti membuat mural pada dinding, arca,

membuat seni taman dan sebagainya. Pelajar diberi peluang secukupnya bagi menjalankan

aktiviti yang telah dirancang mereka.

2

Page 3: Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Disekola

4.0 MASALAH YANG DIHADAPI GURU.

Seperti yang kita ketahui pendidikan seni ialah matapelajaran yang memerlukan pelbagai

peralatan atau kemudahan yang khusus dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran

pendididkan seni. Tidak seperti matapelajaran yang hanya melakukan proses pembelajaran

dan pengajaran secara lisan dan teori seni lebih kepada aspek kemahiran dan ini memerlukan

beberapa peralatan dan ruang untuk menghasilkan sesuatu projek seni ataupun karya seni ini

menyukarkan guru jika tiadanya kemudahan dan keperluan ini proses pengajaran dan

pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

4.1 PERSEKITARAN TIDAK MEMUASKAN.

Dalam proses pembelajaran dan pengajaran bengkel seni merupakan nadi utama dalam

mengerakkan seni di sesebuah sekolah. Namun begitu persekitaran tempat belajar

mempengaruhi suasana di dalam bilik darjah. Bilik darjah yang ceria dan cantik melahirkan

mood untuk belajar dan tidak membuatkan pelajar berasa bosan apabila proses pembelajaran

sedang dijalankan.

keadaan bilik darjah yang tidak kemas dan teratur menyebabkan pelajar tidak minat untuk

belajar dan akan membuat masaalah didalam kelas ini akan mengganggu guru dan objektif

pembelajaran tidak dapat dicapai.

3

PERSEKITARAN DI DALAM BENGKEL SENI MEMPENGARUHI SUASANA SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KERANA KEADAAN STUDIO YANG CERIA DAPAT MEMBANKITKA N SUASANA KETIKA PROSES PEMBELAJARAN SEDANG DIJALANKAN

Page 4: Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Disekola

4.2 PERALATAN TIDAK MENCUKUPI.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni peralatan memainkan

peranan yang penting kerana di dalam matapelajajaran pendidikan seni terdapat beberapa

peralatan yang penting untuk menghasilkan hasil seni tanpa peralatan yang cukup ini menjadi

masaalah semasa aktiviti pengajaran sedang dijalankan peralatan seperti kertas lukisan, warna,

akkrilik, palet sangat penting. Dan peralatan seni adalah mahal dan tidak mampu dimiliki

pelajar, peralatan yang terhad menyebabkan sesuatu projek seni akan terbantut dan tidak dapat

disiapkan dalam masa yang di tetapkan.

4

PERALATAN DI DALAM BENGKEL SENI MERUPAKAN SESUATU YANG AMAT PENTING DALAM PROSES PENGAJARAN KERANA TANPA PERALATAN YANG SESUAI PROSES PEMBELAJARAN TIDAK DAPAT DIJALANKAN DENGAN SEMPURNA.

Page 5: Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Disekola

4.3 PERALATAN ROSAK DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN.

Diantara masalah terbesar yang di hadapi guru ialah masalah peralatan yang sedia ada

rosak dan tidak dapat di gunakan dengan sempurna. Jika masalah ini berlanjutan ini akan

membuatkan murid terpaksa bersesak dan menunggu giliran untuk melakukan setiap projek

seni kerana peralatan yang sedia ada hanya sebahagian sahaja dapat di gunakan ini menjadi

masalah kepada guru kerana terpaksa menghadapi kerenah pelajar yang nakal dan keadaan

peralatan yang tidak sempurna boleh mengakibatkan kemalangan. Disamping itu proses baik

pulih juga memakan masa kerana prosedur yang rumit. Sekaligus akan mengganggu proses

pembelajaran dan objektif pembelajaran tidak dapat dicapai.

5

JIKA PERALATAN DIDALAM BENKEL SENI DIDAPATI ROSAK PEMBELAJARAN TIDAK DAPAT DIJALANKAN DAN GURU TERPAKSA MENANGGUH KERJA ATAU KARYA PELAJAR DAN INI MEMAKAN MASA UNTUK DISIAPKAN.

Page 6: Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Disekola

5.0 LANGKAH MENGATASI.

Dalam mengatasi masalah ini pihak sekolah harus menimbangkan supaya peruntuka

untuk matapelajaran pendidikan seni ditambah supaya peralatan di baiki dengan sempurna

disamping dapat membeli peralatan yang mencukupi supaya tidak membebankan pelajar serta

guru. Bengkel seni haruslah mempunai ruang yang luas supaya pelajar dapat melakukan

aktiviti serta projek dengan mudah dan tidak mengganggu pelajar lain.

Aktiviti luar supaya pelajar dapat melakukan kerja dengan mudah seperti aktiviti diluar bilik

darjah, melalui aktiviti ini pelajar dapat melakukan kerja dengan mudah. Disamping itu proses

penyelanggaraan harus kerap dilakukan supaya peralatan tidak mengalami kerosakan. Jika ini

dapat diatasi objektif pembelajaran dan pengajaran pendidikan seni akan dapat dicapai.

6.0 KESIMPULAN.

Pendidikan seni merupakan subjek yang mudah jika segala kemudahan dapat disediakan. Ini

adalah kerana seni visual tidak hanya melibatkan kemahiran teori serta lisan sahaja tetapi

menggabungkan psikomotor pelajar kerana seni melibatkan pengetahuan dan kemahiran. Oleh

yang demikian dalam matapelajaran ini aspek permasaalahan ini harus diatasi kerana ini akan

menggangu guru dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah.

Kerjasama pihak sekolah dan pihak berwajib adalah harus bagi memastikan proses P&P dapat

dijalankan dengan lancar dan berkesan.

6