masalah pembelajaran

3
CIKGU, ANAK SYURGA SAYA BUKAN BODOH CUMA MEMPUNYAI MASALAH KETIDAKUPAYAAN PEMBELAJARAN..... Saya dah ajar beratus kali, tapi anak puan macam tu juga, langsung tak faham. Kerja tak siap, salin tak habis. Saya ajar anak-anak cikgu lain tak ada masalah pun......inilah kata-kata seorang guru tahun satu kepada saya 13 tahun lalu. Hati ibu mana tak luluh bila suatu hari terdengar berbualan anak syurga ini dengan adiknya... “cikgu kata kat abang, kamu ni anak cikgu pun bodoh, abang benci cikgu tu”sedikit pun anak syurga ini tidak pernah mengadu kepada saya. Sebenarnya cikgu itu tidak sedar Allah memilihnya untuk mengajar anak syurga untuk diberi pahala yang amat besar. Alhamdulillah anak saya tidak sebodoh yang diucapkan oleh guru tersebut. Ibu-ibu, ayah-ayah dan cikgu-cikgu.... Anak-anak istimewa sering dikaitkan dengan ketidakupayaan pembelajaran. Sebenarnya ketidakupayaan pembelajaran bukanlah bermaksud bodoh, lembab, malas atau tahap kecerdasan yang rendah. Ketidakupayaan pembelajaran bermaksud masalah khusus di dalam otak kanak-kanak yang menjejaskan cara seseorang itu memproses dan bertindakbalas terhadap sesuatu maklumat. Terdapat beberapa bentuk ketidakupayaan pembelajaran iaitu: DISLEKSIA Ini adalah ketidakupayaan pembelajaran yang menjadikan kanak-kanak itu sukar membaca, menulis dan mengeja dengan cara biasa. ADHD (Attention Deficit and Hyperactivity Disorder)

Upload: cikgu-ert

Post on 26-Jul-2015

42 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: MASALAH PEMBELAJARAN

CIKGU, ANAK SYURGA SAYA BUKAN BODOH CUMA MEMPUNYAI MASALAH KETIDAKUPAYAAN PEMBELAJARAN.....

Saya dah ajar beratus kali, tapi anak puan macam tu juga, langsung tak faham. Kerja tak

siap, salin tak habis. Saya ajar anak-anak cikgu lain tak ada masalah pun......inilah kata-kata

seorang guru tahun satu kepada saya 13 tahun lalu. Hati ibu mana tak luluh bila suatu hari

terdengar berbualan anak syurga ini dengan adiknya... “cikgu kata kat abang, kamu ni anak

cikgu pun bodoh, abang benci cikgu tu”sedikit pun anak syurga ini tidak pernah mengadu

kepada saya. Sebenarnya cikgu itu tidak sedar Allah memilihnya untuk mengajar anak syurga

untuk diberi pahala yang amat besar. Alhamdulillah anak saya tidak sebodoh yang

diucapkan oleh guru tersebut.

Ibu-ibu, ayah-ayah dan cikgu-cikgu....

Anak-anak istimewa sering dikaitkan dengan ketidakupayaan pembelajaran. Sebenarnya

ketidakupayaan pembelajaran bukanlah bermaksud bodoh, lembab, malas atau tahap

kecerdasan yang rendah. Ketidakupayaan pembelajaran bermaksud masalah khusus di

dalam otak kanak-kanak yang menjejaskan cara seseorang itu memproses dan

bertindakbalas terhadap sesuatu maklumat. Terdapat beberapa bentuk ketidakupayaan

pembelajaran iaitu:

DISLEKSIA

Ini adalah ketidakupayaan pembelajaran yang menjadikan kanak-kanak itu sukar

membaca, menulis dan mengeja dengan cara biasa.

ADHD (Attention Deficit and Hyperactivity Disorder)

Ini pula satu gangguan yang menjejaskan keupayaan otak untuk menumpukan atau

memfokus kepada sesuatu benda. Misalnya seseorang kanak-kanak itu mungkin

normal, cerdas, dan bijak tetapi da tidak dapat menumpukan perhatiannya dan

mengawal tingkah lakunya sendiri.

DISPRAKSIA

Merupakan satu ketidakupayaan pembelajaran yang melibatkan masalah dengan

gerakan angota tubuh.

Page 2: MASALAH PEMBELAJARAN

DISKALKULIA

Kanak-kanak mengalami masalah dalam pengiraan dan hitungan. Walau berkali-kali

diajar dengan yang paling mudah, namun tetap sukar memahami

AUTISME

Merujuk kepada ketidakupayaan kanak-kanak mengalami dunua persekitarannya,

sebagaimana yang dialami ileh rakan-rakannya yang normal. Mereka sukar bercakap

dan berbual-bual, sebaliknya mendiamkan diri serta memerlukan bantuan untuk

berkomunikasi. Mereka juga bertindak balas dengan cara yag berbeza. Bunyi yang

indah mungkin membingitkan mereka. Sentuhan dan belaian yang manjamungkin

menjadi sesuatu yang tidak disenangi. Mereka juga tidak dapat mengaikan sesuatu

perkataan dengan maksudnya. Jadi mereka mungkin menulang-ulang perkataan-

perkataan tertentu, panas baran dan bertindak balas secara luar biasa

Anak-anak Syurga ini memerlukan rawatan, bimbingan, bantuan dan perhatian khusus

daripada orang di sekeliling mereka. Bantulah sedaya upaya kita terutama ibu bapa dan

guru. Mereka ini mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri anugerah Allah.

Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…     ( Al-Baqarah: 286)

"......Allah tidak memberati seseorang melainkan sesuai dengan (kekuatan) yg diberikan Allah kepadanya..."(at-Thalaq : ayat 7)