masalah pelajar bising

9
1. BAHAGIAN SATU Senario Pengajaran Pembelajaran 1.0 Senario Kelas Bising Saya mengajar di kelas 5 Bestari, Sekolah Kebangsaan Tambirat, Asajaya. Apabila saya ditempatkan di sini saya berasa tidak selesa kerana lokasi sekolah ini adalah di luar bandar. Kebanyakan murid- murid di sekolah ini tidak boleh bercakap dalam bahasa Inggeris. Walau bagaiamanpun hubungan guru-guru dan murid-murid adalah rapat. Prestasi akademik sekolah ini tidak begitu baik terutamanya dalam mata pelajaran bahasa Inggeris. Pada tahun lepas hanya 40 % murid-murid lulus dalam mata pelajaran ini. Oleh demikian, pengajaran mata pelajaran bahasa Inggeris di sekolah ini amat mencabar. Setelah 3 minggu mengajar bahasa Inggeris saya mendapati beberapa orang murid-murid di bahagian belakang kelas telah membuat bising semasa pengajaran saya. Ada kalanya saya terpaksa berhenti mengajar kerana kebisingan murid-murid ini di dalam kelas telah menganggu pengajaran sehingga mereka tidak dapat memberi perhatian kepada pengajaran saya. Dalam pada itu, saya percaya bahawa murid-murid ini masih kecil maka unsur kenakalan mesti wujud. Walau bagaimanapun sifat kenakalan ini tidak boleh dibenarkan kerana menjejas pengajaran pembelajaran. Menurut Harry K. Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru sendiri. Most behavior problems in the classroom are caused by the teacher s failure to teach students how to follow procedures. Gangguan daripada kebisingan kelas amat ketara semasa pertukaran waktu mengajar. Mengikut Wong (1998) pelajar mengambil masa 2 hingga 3 minit ini untuk bercakap, bergerak dari tempat duduk serta bertingkah laku yang mengganggukan. Dalam pada itu Wong (1998) turut menjelaskan bahawa prosedur dan rutin akan member keyakinan kepada pelajar kerana mereka tahu apa yang perlu dilakukan pada setiap masa. routines and procedures offer security. Students cannot get down to the serious business of learning unless they feel secure in the classroom. They want instruction and guidance on all the how-to s in the classroom how to head a paper, how to ask for help, how to sharpen a pencil, how to get to work, how to turn on the computer, how to…” Saya ingin membawa perubahan dalam keadaan kelas ini. Saya ingin murid-murid mendengar pengajaran saya kerana percakapan dua hala boleh menjejaskan pembelajaran. Kebisingan yang disebabkan oleh pembelajaran tidaklah menjadi masalah tetapi kebisingan yang mengganggu pembelajaran perlu dielakkan. Murid-murid yang bising bukan sahaja tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar tetapi murid-murid lain juga terjejas dan ini berlaku tidak adil kepada semua murid-murid yang lain. 1.2 Senario Pelajar Hilang Minat Kerana Sikap Guru Yang Dianggap Keterlaluan

Upload: ahmad-lili

Post on 19-Jun-2015

5.550 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Masalah pelajar bising

1. BAHAGIAN SATUSenario Pengajaran Pembelajaran

1.0 Senario Kelas Bising

Saya mengajar di kelas 5 Bestari, Sekolah Kebangsaan Tambirat, Asajaya. Apabila saya ditempatkan di sini saya berasa tidak selesa kerana lokasi sekolah ini adalah di luar bandar. Kebanyakan murid-murid di sekolah ini tidak boleh bercakap dalam bahasa Inggeris. Walau bagaiamanpun hubungan guru-guru dan murid-murid adalah rapat. Prestasi akademik sekolah ini tidak begitu baik terutamanya dalam mata pelajaran bahasa Inggeris. Pada tahun lepas hanya 40 % murid-murid lulus dalam mata pelajaran ini. Oleh demikian, pengajaran mata pelajaran bahasa Inggeris di sekolah ini amat mencabar.Setelah 3 minggu mengajar bahasa Inggeris saya mendapati beberapa orang murid-murid di bahagian belakang kelas telah membuat bising semasa pengajaran saya. Ada kalanya saya terpaksa berhenti mengajar kerana kebisingan murid-murid ini di dalam kelas telah menganggu pengajaran sehingga mereka tidak dapat memberi perhatian kepada pengajaran saya. Dalam pada itu, saya percaya bahawa murid-murid ini masih kecil maka unsur kenakalan mesti wujud. Walau bagaimanapun sifat kenakalan ini tidak boleh dibenarkan kerana menjejas pengajaran pembelajaran.Menurut Harry K. Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru sendiri.“Most behavior problems in the classroom are caused by the teacher’s failure to teach students how to follow procedures.”Gangguan daripada kebisingan kelas amat ketara semasa pertukaran waktu mengajar. Mengikut Wong (1998) pelajar mengambil masa 2 hingga 3 minit ini untuk bercakap, bergerak dari tempat duduk serta bertingkah laku yang mengganggukan. Dalam pada itu Wong (1998) turut menjelaskan bahawa prosedur dan rutin akan member keyakinan kepada pelajar kerana mereka tahu apa yang perlu dilakukan pada setiap masa.“routines and procedures… offer security. Students cannot get down to the serious business of learning unless they feel secure in the classroom. They want instruction and guidance on all the how-to’s in the classroom – how to head a paper, how to ask for help, how to sharpen a pencil, how to get to work, how to turn on the computer, how to…”Saya ingin membawa perubahan dalam keadaan kelas ini. Saya ingin murid-murid mendengar pengajaran saya kerana percakapan dua hala boleh menjejaskan pembelajaran. Kebisingan yang disebabkan oleh pembelajaran tidaklah menjadi masalah tetapi kebisingan yang mengganggu pembelajaran perlu dielakkan. Murid-murid yang bising bukan sahaja tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar tetapi murid-murid lain juga terjejas dan ini berlaku tidak adil kepada semua murid-murid yang lain.

1.2 Senario Pelajar Hilang Minat Kerana Sikap Guru Yang Dianggap Keterlaluan

5 orang murid Tahun 4 ini bermasalah kerana sering menghilangkan lembaran kerja yang diberi tetapi mereka buat roket.Mereka ini tidak mahu belajar, senang gaduh-sikap mereka kurang minat terhadap pelajaran.Cikgu : Woi senyap lah! (ulang 5 kali). Mana ketua kelas ni? Apasal haaakelas bising?

Page 2: Masalah pelajar bising

K.Kelas : Ya, saya ketua kelas. Maaf cikgu, saya dah suruh mereka senyap tapimereka tak dengar cakap saya. Er er errr…Cikgu : Betul ke? Tapi tadi saya nampak awak pun bising jugak kenapa? Naktipu cikgu pun agak-agak la.K.Kelas : Mane ade saya bising cikgu. Saya duduk tempat saya je ni studyKimia.Cikgu : Ohh kamu nak buat lawak ke? Saya nak gelak ni.K.Kelas : Betul la, mane ada buat lawak. Suka hati je nak gelak.Cikgu : Ahh banyak cakap pulak budak ni. Mari sini.K.Kelas : Mari ke mane pulak ni cikgu?Cikgu : Hish budak ni loyer buruk pulak. Mari kedepan la sayang.K.Kelas : Ohh ok! sambil bangga dalam hati sebab cikgu panggil die sayang.Cikgu : Ohh tadi kamu melawan cakap saya yer? Ambik ni. Penampar sulungnaga kepala tujuh. Paaapppp!!K.Kelas : Aduhhh, sakitnya. Kenapa cikgu tampar saya. Saya kecik lagi tau.Dah la tadi panggil saya sayang. Repot kat ayoh! Repot kat emokmau!Cikgu : Dah jangan banyak cakap, lain kali jangan main-main dengan saya.Saya nak, lepas ni kelas ni senyap. Faham?Murid lain : FAHAMMM!K.Kelas : Sob sob sob… *sambil berjalan ke meja die untuk meneruskan studyKimia die tu la konon.

Selang beberapa minit cikgu tu berlalu dari kelas. Keadaan menjadi bising kembali. Geng tadi kembali menguasai kelas. Tapi ada juga dengar ketua kelas mengarahkan murid-murid lain supaya senyap.

1.3 Senario Kelas Pemulihan

Dalam kelas Pemulihan saya, murid perempuan adalah paling sukar didekati kerana mereka pemalu, pendiam dan perahsia. Sebagai seorang guru lelaki, saya tidak boleh sewenang-wenangnya mendekati perempuan. Maklum sajalah, macam-macam boleh berlaku walaupun niat kita baik. Baiklah, hari ini saya hendak berkongsi lagi dengan anda cerita di kelas Pemulihan saya.

Situasi 1Seorang murid perempuan masuk ke kelas Pemulihan atas permintaan guru Bahasa Melayu-nya yang mendapati prestasi semasa murid berkenaan semakin merosot.

Situasi 2Saya gagal berkomunikasi dengan salah seorang murid perempuan tahun tiga dalam kelas Pemulihan. Setiap kali saya memanggilnya, murid berkenaan tidak memberikan respon.

Situasi 3Seorang guru wanita mengadu salah seorang anak murid perempuannya kerap tidur

Page 3: Masalah pelajar bising

sewaktu ketika sesi pengajarannya. Murid tersebut adalah salah seorang anak didik saya yang belajar di kelas Pemulihan.

Ketiga-tiga situasi yang dinyatakan di atas memang rumit untuk diselesaikan. Semuanya memerlukan kerjasama semua pihak. Contohnya dalam situasi 1, saya memerlukan maklumat daripada guru Bahasa Melayu dan guru kelas murid tersebut kerana merekalah yang kerap berjumpa dengan murid sebelum ini. Kesemua maklumat itu di’fail’kan dan giliran saya pula mendapatkan maklumat daripada murid dan penjaga murid berkenaan.Namun, bukan semua ibu bapa akan berterus terang dengan guru. Cerita yang disampaikan oleh penjaga jauh berbeza dengan cerita yang disampaikan oleh murid. Jika penjaga menyatakan anak mereka terlalu manja dan tidak boleh ditegur apabila disuruh belajar. Jika dimarahi, anak mereka akan merajuk. Berbeza dengan apa yang disampaikan oleh murid sendiri yang menyatakan ibu dan bapa sering bertengkar dan ayahnya pula jarang pulang ke rumah.Situasi 2 pula membabitkan diri saya sendiri apabila gagal menarik perhatian murid semasa mengajar. Setiap kali saya memanggil murid berkenaan juga, murid berkenaan tidak akan memberikan respon. Saya mula memikirkan di mana silapnya dan apa yang tak kena. Saya dapatkan maklumat daripada murid, guru kelas, rakan sejawat dan penjaga. Seperti situasi 1, penjaga murid tidak memberikan kerjasama dengan baik demi masa depan murid.Mujur ada guru yang prihatin memberitahu saya bahawa murid berkenaan pernah mengalami kemalangan jalan raya yang tragis hingga meragut nyawa kakaknya. Berdasarkan sumber yang ada, saya dapatkan lagi maklumat daripada murid berkenaan. Setelah mengamati maklumat yang dikumpul, saya dapati murid berkenaan masih belum sembuh sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami tiga tahun lepas. Murid berkenaan yang kemalangan bersama kakaknya telah mengalami keretakan pada tulang hidung dan telinga sebelah kirinya separa pekak. Sebab itulah saya gagal berkomunikasi dengan murid.Selepas mengetahui masalah murid, saya menghubungi penjaganya. Kini, jika saya hendak bercakap dengan murid berkenaan, saya perlu bercakap dari arah hadapan. Jika saya bercakap dari arah belakang, murid berkenaan tidak akan mendengarnya.Berbeza ceritanya dengan situasi yang ke-3. Saya sendiri yang bertanyakan kepada murid berkenaan mengapa dia kerap tertidur semasa guru mengajar. Murid berkenaan secara jujurnya menjawab, dia tidak berminat untuk belajar lebih-lebih lagi guru mengajar mata pelajaran Matematik. Waktu malamnya dihabiskan untuk menonton cerita sehingga larut malam.Kemudian, setiap kali murid ini turun belajar di kelas Pemulihan, saya akan mengasingkannya daripada pelajar lain dan memberinya latihan bahasa dan logik secara berulang-ulang. Di akhir sesi, saya akan memberinya sedikit kaunseling. Sebelum murid berkenaan keluar ke kelas Pemulihan untuk ke kelas asalnya, saya memberinya amaran lisan agar tidak lagi tertidur di dalam kelas. Ibu bapanya juga telah dimaklumkan supaya meminta murid tidur selewat-lewatnya jam 9.00 malam.

2. TEORI KONSTRUKTIVISME

Page 4: Masalah pelajar bising

Pelajar perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk pelajar. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh pelajar sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan.

Fikiran pelajar tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui pelajar adalah realiti yang dia bina sendiri. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu pelajar membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.

Ciri pembelajaran secara konstruktivisme1. Pembelajaran berpusatkan murid.2. Fokus kepada pembelajaran bukan pengajaran3. Guru sebagai fasilitator.4. Pembelajaran sebagai satu proses yang pembelajaran.5. Menyokong pembelajaran secara koperatif.6. Menggalakkan dan menerima daya usaha murid.7. Memberi peluang kepada murid untuk membina memahaminya melalui penglibatan murid sebenar.8. Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru.9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan experiment10. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea.11. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid.12. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid.

3. TEORI MOTIVASI

Sesetengah ahli psikologi mengklasifikasikan motivasi kepada motivasi fisiologi dan sosial yang merangkumi keperluan asas manusia. Ada juga yang menyatakan bahawa motivasi adalah bersifat semula jadi dan motivasi yang dibentuk daripada pembelajaran yang mana menggolongkan motivasi kepada :a) Motivasi intrinsik – wujud secara semula jadi daripada ransangan dalaman. ianya terdorong daripada dorongan dan minat seseorang individu untuk melakukan sesuatu aktiviti tanpa berharap atau meminta sebarang ganjaran. Dikaitkan dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan (Bruner, 1996)b)Motivasi ekstrinsik – diwujudkan daripada ransangan luaran dengan menggerakkan orang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya. Boleh diransangkan dalam bentuk-bentuk seperti memberi peneguhan positif seperti pujian,

Page 5: Masalah pelajar bising

insentif, hadiah, gred dan membentuk iklim alam belajar yang kondusif untuk mendorongkan mereka belajar.

4. KAEDAH KONTEKSTUALPengajaran kontekstual membantu pelajar menghubungkaitkan pembelajaran kandungan dengan situasi sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara apa-apa yang dipelajari di dalam bilik darjah dan bagaimana pengetahuan ini digunakan dalam kehidupan mereka sebagai warganegara dalam masyarakat. Dalam kaedah ini guru hanya bertindak sebagai pengelola kelas yang membantu pelajar dalam mendapatkan penemuan beru. Proses pembelajaran juga lebih kepada pemusatan pelajar dan bukan pemusatan guru.

BAHAGIAN DUA

2.0 Huraian Masalah Mengikut Teori

Yvonne. J. Clerehugh, (2000) dari Notre Dame High School, Norwich, UK telah melaksanakan satu kajian tindakan ke atas pengajaran bahasa asing moden. Dalam kertas kajiannya yang bertajuk “ICT as a Motivator for Disaffected Pupils?” Beliau mendapati penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran seperti penggunaan “Powerpoint” memang boleh mengurangkan “pupil disaffection”. Beliau juga menjelaskan bahawa terdapat bias gender dalam pembelajaran bahasa asing. Di UK murid-murid lelaki akan suka mempelajari bahasa Jerman kerana ia lebih bersifat kejantanan sedangkan murid-murid perempuan suka pada bahasa Spanyol kerana ia lebih romantik. Perbezaan minat ini mungkin dapat menerangkan pencapaian dalam bahasa asing seperti bahasa Inggeris di Malaysia. Selain itu, Clerehugh (2000) mendapati kerelevanan dan penggunaan sesuatu bahasa dalam situasi kehidupan pelajar adalah penting .“Pupils want to learn quickly; that is, they want to see ‘results’ in that they are able to use the language in a meaningful way as a reward for the learning effort put in. They want to discuss things which are of personal interest or which are of direct relevance to their situation. It is not usual to hear a group of fourteen year olds discussing the time they get up, get dressed or clean their teeth, and if they have no real desire to communicate on a given topic they may naturally become disengaged with the subject.”Saya terpaksa menyiasat punca-punca masalah kebisingan daripada sebilangan kecil murid-murid di belakang. Setiap kali saya mengajar, beberapa murid-murid akan bercakap atau bermain di belakang. Mereka akan berbuat demikian sepanjang masa pengajaran saya. Beberapa soalan berlegar dalam minda saya:a) Apakah murid-murid ini sudah bosan dengan pengajaran saya?b) Apakah yang menjadikan mereka bosan?c) Bagaimanakah saya mengatasi masalah ini?d) Kenapakah ia berlaku dalam pengajaran saya?e) Adakah saya menjadi punca berlakunya?f) Bolehkah faktor-faktor lain yang terlibat dalam hal ini?Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan melalui temu bual dan soal selidik serta pemerhatian, beberapa dapatan telah dapat saya senaraikan:

Page 6: Masalah pelajar bising

a) murid-murid ini adalah dari kumpulan lemah.b) Murid-murid ini tidak faham apa yang disampaikan dalam kelasc) Murid-murid ini tidak berminat dalam pembelajaran bahasa Inggerisd) Suara saya kurang jelas dan tidak didengari oleh merekaSaya cuba menganalisis kepercayaan dan andaian saya berkaitan dengan masalah ini. Pada dasarnya saya percaya murid-murid dari kumpulan lemah kurang minat belajar kerana mereka tidak mempunyai motivasi untuk berbuat demikian. Selepas membuat refleksi, saya rasa andaian ini tidak berasas kerana guru sebagai pendidik perlu memikul tanggungjawab untuk membolehkan murid-murid ini belajar. Kemampuan saya sebagai guru telah dicabar.Dari suatu perspektif yang lain saya boleh melihat peristiwa ini sebagai suatu percanggahan dari segi kerelevanan mata pelajaran yang diajar dengan realiti mereka. Murid-murid dari sekolah luar bandar tidak menganggap bahasa Inggeris sebagai penting dan relevan dalam kehidupan mereka. Kenapakah mereka belajar sesuatu yang mungkin tidak berguna pada masa depan.Dari perspektif murid-murid, kebisingan ini adalah biasa dan percakapan diantara satu sama lain adalah pembelajaran juga. Murid-murid tidak mempunyai banyak masa untuk berinteraksi memandangkan beban kerja sekolah bukan sahaja bertambah tapi kelas-kelas tambahan yang diadakan setiap hari, telah mengurangkan masa untuk mereka berkomunikasi dengan satu sama lain. Murid-murid perlu bertukar-tukar fikiran dan mendapat maklumat terkini berkaitan dunia mereka.Adakah kebisingan murid-murid ini satu tanda kebosanan terhadap pembelajaran? Adakah kebisingan kelas sesuatu yang buruk? Adakah kebisingan menandakan murid-murid sudah hilang minat belajar?

BAHAGIAN TIGA

3.0 Pelan Mengatasi Masalah Berlandaskan Teori Pembelajaran

Untuk mengelakkan murid-murid membuat bising saya ingin mencadangkan langkah-langkahberikut:a) menyusunkan semula kedudukan murid-murid di dalam kelas. Membahagikan kepadaempat kumpulan mengikut tahap kebolehan yang berbezab) membuat ujian diagnostik untuk tahap pencapaian kemahiran / topik yang dikuasaimurid tersebut yang membuat bisingc) menggunakan pelbagai kaedah / teknik yang sesuai dengan tahap kebolehan merekasemasa pengajaran dan pembelajaran. Mereka diberikan latihan-latihan yang mudahberbeza dengan murid-murid laind) memberi perhatian yang lebih kepada kumpulan ini dengan selalu berdamping danmemberi bimbingan secara berterusane) memberi motivasi dengan memberi pujian dan penghargaan bagi setiap usaha atauaktiviti yang berjaya dilakukanCadangan-cadangan ini perlu dikaji dengan teliti melalui tinjauan literatur supaya tindakan yang diambil lebih mantap dan bermanfaat. Saya telah membaca literatur berkaitan dengan perkara ini supaya dapat mengenal pasti tindakan yang paling sesuai.

Page 7: Masalah pelajar bising

Linda Ashton (1996) dari James Cook University dalam artikelnya “Shared Reading Strategies In Secondary Art Classes: An Opportunity For Reflective Practice,” mengatakan bahawa strategi pembacaan bersama (shared reading strategies) boleh menangani isu “pupil disaffection” dalam bilik darjah. Beliau menyenaraikan langkah-langkah dalam strategi ini seperti di bawah:a) mereka permainan apabila berkongsi bacaan teks,b) menarik perhatian pelajar melalui mod pendengaran aktifc) memberi ulasan dan ringkasan dengan cepat serta petunjuk pemahamand) memberi sokongan kepada pelajar yang mungkin bermasalah ingkah laku keranamenghadapi masalah membacaBerdasarkan prosedur yang diyatakan dalam “California Standards for the Teaching Profession” masa yang digunakan dalam kelas perlu berkesan dan dioptimumkan sepenuhnya. Apabila masa pengajaran dirancang sesuai untuk memenuhi keperluan pelajar, maka masa pembelajaran dapat menghabiskan isi kandungan yang ingin disampaikan. Masalah kebisingan kelas adalah disebabkan oleh ketidakselarasan masa pengajaran dengan isi kandungan yang ingin disampaikan. Dengan ini pelajar akan hilang minat belajar dan keinginan untuk belajar berkurang.Dengan ini saya bercadang untuk menangani masalah ini berasaskan Canter model ofAssertive Discipline (2002). Model disiplin Marlene and Lee Canter adalah berasaskan ribuanjam penyelidikan dengan memerhati guru dalam bilik darjah. Model ini adalah suatu pendekatan yang positif yang membenarkan guru mengajar dan pelajar belajar. Ia berasaskan prinsip-prinsip bahawa guru dan pelajar mempunyai hak untuk mengajar dan belajar. Dalam situasi ini saya akan mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:a) menyatakan jangkaan pengajaran seawal-awalnyab) menggunakan suara yang lantang, tenang dan tegas serta berlakunya kontak matac) menggunakan gesture bukan lisan untuk menyokong pernyataan lisand) mengubah tingkah laku pelajar tanpa ancaman atau jeritane) mengamalkan teknik “broken record” iaitu mengulangi mesej dengan tenang setiap kalif) pelajar cuba mencabar daripada menimbulkan konflik

Daripada pengalaman menggunakan model Canter “assertive discipline” guru yang asertif adalah lebih berkesan daripada seseorang guru yang tidak asertif atau garang. Kegarangan dan ketidakkonsistenan arahan guru yang menyebabkan kekeliruan dan trauma psikologi. Seorang guru asertif dapat mewujudkan iklim bilik darjah yang positif, penyayang dan produktif. Iklim ini yang dapat menghasilkan pembelajaran yang maksimum. Dapatan daripada amalan pengajaran berasaskan model Canter, saya telah mendapati semangat berkumpulan di kalangan pelajar kelas ini telah mula berputik dengan adanya kerjasama dan tolong menolong sesama ahli kumpulan. Kumpulan murid yang suka membuat bising telah menunjukkan minat untuk menyiapkan tugasan yang diberi kerana mereka bukan sahaja mendapat tugasan yang selaras dengan kebolehan mereka tetapi berada dalam suasana / iklim penyayang dan positif. Tumpuan dan bimbingan guru yang prihatin dan berterusan telah membantu murid-murid menjadi lebih yakin untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan. Keadaan bilik darjah telah dapat dikawal kerana murid-murid telah menunjukkan minat untuk belajar.

Page 8: Masalah pelajar bising

Dalam model Canter ini jangkaan tingkah laku adalah jelas. Selain peraturan yang ditetapkan, saya telah merancang satu sistem peneguhan. Jika pelajar telah menunjukkan tingkah laku positif yang dijangkakan atau pencapaian akademiknya cemerlang, mereka akan diberi peneguhan seperti masa tambahan rehat dan lain-lain. Jika peraturan tidak dipatuhi, saya telah mencatatkan pelanggaran peraturan ini di atas jadual yang dipaparkan di dinding bilik darjah. Saya akan menanda tanda salah (X) pada papan notis. Tingkah laku negatif hasil daripada pelanggaran peraturan yang ditanda (X) akan menerima hukuman-hukuman berikut:Satu tanda X – amaranTiga tanda XXX – satu jam dalam kelas tahanan dan tidak dapat rehat dua kaliEmpat tanda XXXX – panggilan ke rumahLima tanda XXXXX – berjumpa dengan guru besar

4. Kesimpulan

asertif. Dalam hal ini, ia telah menggantikan tingkah laku garang oleh guru dengan tingkah laku tegas yang positif. Kunci kawalan disiplin pelajar adalah kekonsistenan penguatkuasaan peraturan dengan kesannya. Menurut Canter (2002) seseorang guru tidak boleh berkompromi dengan penguasaan peraturan dalam apa jua.“Once you make a rule, you must enforce it-always. There are no exceptions to this requirement. It is mandatory. You can’t enforce the rule with one student-and let it go with another. You can’t call students on the rule one day and overlook it the next. Rules must be enforced with the consistency of the second hand one a clock.”Walaupun setiap pelanggaran peraturan perlu diambil tindakan tetapi tidak semua situasi pelanggaran peraturan adalah sama. Oleh yang demikian situasi yang berlainan memerlukan kaedah penguatkuasaan yang berlainan inovasi yang telah saya majukan di sini adalah disiplin asertif bagi guru untuk menangani isu kebisingan dalam kelas. Nilai tambah yang saya telah bawa kepada model ini adalah peneguhan dan hukuman untuk menguatkuasa peraturan dalam bilik darjah. Saya percaya bahawa kebisingan kelas adalah satu isu pengurusan kelas dan bukan disebabkan oleh murid-murid yang tidak ingin belajar. Sekarang saya faham bahawa pengajaran bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi faktor-faktor lain juga penting dalam memantapkan tugas sebagai guru. Guru adalah seperti tukang masak dimana masakan sedap bukan sahaja bergantung kepada bahan-bahan masakan tetapi kawalan api dapur, peralatan di dapur, suasana di dapur dan lain-lain.

Rujukan

Muhd. Sidek, Pendekatan Pengajaran Kontekstual Dalam membentuk Tingkahlaku Positif