masalah dalam masyarakat yang membawa kepada pengenalan subjek pendidikan sivik dan kewarganegaraan

10
1.0 Masalah dalam masyarakat yang membawa kepada pengenalan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Laporan akhbar Utusan Malaysia Tarikh : Ahad 18 April 2010 Tajuk : Kesan Kebiadaban di dunia siber Oleh : Dr.Rahmat Ghazali Artikel ini ( Rujuk Lampiran 1) menyentuh kepada penyalahgunaan kemudahan Internet yang mana dilakukan oleh segelintir pengguna internet di negara ini. Penulis menyatakan, laman web, blog dan sebarang wahana yang ada diinternet telah digunakan untuk mencaci, mencerca dan menghasut pihak pihak tertentu. Ia bukan sahaja berunsurkan peribadi malah ada yang digunakan untuk menghina dan memfitnah kaum lain sebagai tanda tidak puas hati. Pesoalannya, pengguna internet ini tidak menyedari walaupun mereka ada kebebasan untuk menyuarakan pendapat dan kebebasan untuk memperoleh maklumat tetapi mereka masih boleh dikenakan Akta Hasutan, Akta Fitnah dan Akta Keselamatan Dalam Negara. Penggunaan kata-kata kesat dan mencarut amat membimbangkan golongan para pemikir. Ini kerana jika diteliti melalui kajian berkenaan carian yang ada pada mesin gelintar seperti Google.com, bagi carian Melayu + Babi adalah berjumlah 703 000. Manakala Cina + Babi ialah sebanyak 661 000. Itu tidak termasuk unsur pornografi, ajaran sesat, fahaman ideologi yang disalahertikan dan kumpulan forum-forum sosial yang membincangkan isu-isu sensitif seperti fahaman agama, budaya serta norma-norma sensitif kaum. Krisis siber ini memberikan dorongan kepada tercetusnya masalah perkauman seperti yang pernah termaktub dalam sejarah 13 Mei 1969. Pada ketika itu, Tunku Abdul Rahman menyatakan peristiwa itu turut disebabkan oleh faktor media luar yang memberi kesan kepada rakyat. Memang ada dikatakan bahawa kebebasan media itu perlu namun ia haru ditunjangi dengan etika kewartawanan dan jika anda seorang Islam ia harus juga bertunjangkan keimanan kepada Allah S.W.T. 1

Upload: mohamad-syafie-bin-samsir

Post on 28-Jul-2015

419 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Masalah dalam masyarakat yang membawa kepada pengenalan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

1.0 Masalah dalam masyarakat yang membawa kepada pengenalan subjek

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Laporan akhbar Utusan Malaysia

Tarikh : Ahad 18 April 2010

Tajuk : Kesan Kebiadaban di dunia siber

Oleh : Dr.Rahmat Ghazali

Artikel ini ( Rujuk Lampiran 1) menyentuh kepada penyalahgunaan

kemudahan Internet yang mana dilakukan oleh segelintir pengguna internet di

negara ini. Penulis menyatakan, laman web, blog dan sebarang wahana yang ada

diinternet telah digunakan untuk mencaci, mencerca dan menghasut pihak –pihak

tertentu.

Ia bukan sahaja berunsurkan peribadi malah ada yang digunakan untuk

menghina dan memfitnah kaum lain sebagai tanda tidak puas hati. Pesoalannya,

pengguna internet ini tidak menyedari walaupun mereka ada kebebasan untuk

menyuarakan pendapat dan kebebasan untuk memperoleh maklumat tetapi mereka

masih boleh dikenakan Akta Hasutan, Akta Fitnah dan Akta Keselamatan Dalam

Negara.

Penggunaan kata-kata kesat dan mencarut amat membimbangkan golongan

para pemikir. Ini kerana jika diteliti melalui kajian berkenaan carian yang ada pada

mesin gelintar seperti Google.com, bagi carian “Melayu + Babi” adalah berjumlah

703 000. Manakala “Cina + Babi” ialah sebanyak 661 000. Itu tidak termasuk unsur

pornografi, ajaran sesat, fahaman ideologi yang disalahertikan dan kumpulan forum-

forum sosial yang membincangkan isu-isu sensitif seperti fahaman agama, budaya

serta norma-norma sensitif kaum.

Krisis siber ini memberikan dorongan kepada tercetusnya masalah perkauman

seperti yang pernah termaktub dalam sejarah 13 Mei 1969. Pada ketika itu, Tunku

Abdul Rahman menyatakan peristiwa itu turut disebabkan oleh faktor media luar

yang memberi kesan kepada rakyat. Memang ada dikatakan bahawa kebebasan

media itu perlu namun ia haru ditunjangi dengan etika kewartawanan dan jika anda

seorang Islam ia harus juga bertunjangkan keimanan kepada Allah S.W.T.

1

Page 2: Masalah dalam masyarakat yang membawa kepada pengenalan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Kemudahan dan kebebasan untuk mencari maklumat telah disalahgunakan

oleh golongan ini. Jadi tidak hairanlah, jika kita katakan yang nilai-nilai asas

masyarakat dalam diri mereka sudah lama terpadam. Jika kita lihat dari perspektif

punca berlakunya kebejatan ini, atas dasar apakah ia akan bersandar.

Jika kita merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, ia ada

menyatakan satu frasa yang mana ia berbunyi “melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri”. Melalui pendidikan ia dapat mebentuk

dan mencapai hasrat negara ini. Ilmu bukan sahaja berbentuk angka dan huruf-huruf

yang tertulis di atas kertas. Ia merujuk kepada nilai, nilai yang dimaksudkan ialah

nilai individu tersebut. Jika dia bijak dan berpengetahuan tinggi namun dia tidak

berakhlak, in menunjukkan yang dia tidak lagi mencapai hasrat falsafah.

Mengapa kita perlu menbentuk insan –insan sebegitu dan bagaimana cara

untuk merelisasikan hasrat falsafah ini ? . Hakikatnya, jika hasrat ini tercapai dengan

jayanya, maka tidak akan ada masalah yang melibatkan perkauman dan pelbagai

bentuk masalah lain. Tidak akan ada individu yang mencemarkan dan menggunakan

media sebagai medium menyebarkan fitnah dan hasutan.

Oleh yang demikian Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan adalah wadah

yang menjadi medium untuk membentuk generasi yang mempunyai nilai-nilai asas

dalam masyarakat. Melalui sukatan pelajaran dan penekanan terhadap penerapan

semangat cintakan negara sebagai usaha membentuk kesefahaman sesama kaum.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang

berbilang kaum. Jika semua generasi terdidik dengan kesefahaman dan kematangan

untuk hidup bermasyarakat, maka tidak hairanlah jika Malaysia akan menjadi sebuah

negara maju.

2

Page 3: Masalah dalam masyarakat yang membawa kepada pengenalan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Utusan Online Malaysia

ARKIB : 17/01/2011

Tajuk : Mohon maaf sahaja tidak cukup!

Akhbar ini ( Rujuk Lampiran 2) melaporkan satu insiden yang berlaku di Pulau

Pinag. Ini berpunca daripada peritiwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar

Ng Wei Aik mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap pekerja sebuah

restoran nasi kandar semasa operasi penyitaan premis Restoran Nasi Kandar

Mohamad Aliyar.

Ungkapan "Tutup kedai, balik India" yang dilontarkan dari mulut Wei Aik pada

hari kejadian nyata terlalu sukar untuk pemilik restoran itu lupakan. Pada

hakikatnya, bukan pemilik restoran itu yang turut terasa tersinggung, malah ramai

lagi kaum India Muslim atau lebih dikenali sebagai mamak tutut serta terasa

tersinggung.

Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar, Mohamed Ghani Abd. Jiman yang

mengetuai kumpulan tersebut berkata, Wei Aik sepatutnya melepaskan jawatannya

sekarang. Ia kerana, jelas beliau, tindakan wakil rakyat tersebut mengetuai operasi

penguatkuasaan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) itu ternyata merupakan

satu kesalahan berat.

Situasi ini memaparkan bahawa orang yang mempunyai kuasa dalam

politik bertindak atas dasar perkauman dan bukan atas dasar undang-undang yang

di kenakan keatas dirinya. Jika diteliti dari perspektif untuk menegakkan undang-

undang, Wei Aik telah campur tangan dalam tugas penguatkuasaan pihak berkuasa

tempatan yang tertakluk di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dia tidak

dibenarkan campur tangan dalam tugas tersebut. Dalam erti kata yang lain dia

sememangnya sedang melanggar etika tugas semasa melakukan perkara tersebut.

Apabila kita membincangkan isu pemimpin yan bertindak melanggar undang-

undang, ia menjelaskan bahawa kepincangan individu pemimpin tersebut. Sebagai

seorang pemimpin yang berkuasa, dia hendaklah melaksanakan tugasnya secara

telus dan teliti. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap kamu dalam pemimpin

3

Page 4: Masalah dalam masyarakat yang membawa kepada pengenalan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawab berdasarkan apa yang kamu

pimpin.” Seorang pemimpin yang baik mempunyai perhubungan baik dengan orang-

orang bawahannya. Dia mengenali mereka sebagai individu-individu yang

mempunyai keistimewaan tersendiri. Pada kebiasaannya, pemimpin yang baik jarang

berkasar dengan orang-orang bawahannya.

Pada dasarnya seorang pemimpin harus bertindak sebagai seorang yang

“neutral”. Ia bermaksud, dalam kita memperkatakan mengenai politik, sebagai

pemimpin yang bertindak dan sepatutnya bersifat bebas, kita perlu berpendirian

secara ‘neutral’ dalam politik. pemimpin sepatutnya tidak menyebelahi mana-mana

pihak secara total. Di samping itu pemimpin juga perlu memilih mana-mana yang

baik yang datang daripada mana-mana pihak dan menolak mana-mana idea yang

tidak baik. Pendirian pemimpin perlu teguh. Namun, definisi ‘neutral’ kita sebagai

pemimpin harus berlandaskan prinsip hormat kepada rakyat.

Jadi bagaimana untuk membentuk pemimpin yang baik? iaini pemimpin yang

menjalankan tugasnnya secara adil dan saksama. Cabaran keempat yang

terkandung di dalam Wawasan 2020 ialah “membentuk sebuah masyarakat yang

kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai

keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan diitunjangi oleh budi pekerti yang luhur.”

Selain iman dan taqwa yang tinggi, integriti merupakan rencah utama dalam

mewujudkan masyarakat idealistik seperti yang terkandung dalam cabaran tersebut.

Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Oleh yang demikian

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan amat penting bagi membentuk generasi

pemimpin yang bukan sahaja berkaliber. Tetapi mempunyai nilai etika yang tinggi

dalam dirinya.

Adakah pasti dengan adanya matapelajaran ini dapat membentuk generasi

yang sebegitu?. Ya, ia sesuatu yang bukan mustahil kerana melalui sukatan yang

dicanangkan dan disediakan ia mencakupi seluruh skop yang berkaitan dengan sivik.

Bermula dengan perihal individu tersebut hingga ke peringkat negara. Jadi usaha

kearah pembentukan insan yang mempunyai nilai keperikemanusiaan adalah salah

satu usaha murni dan sewajarnya disokong.

4

Page 5: Masalah dalam masyarakat yang membawa kepada pengenalan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Harian Metro

Tarikh : 02 November 2009 ( Isnin ).

Tajuk : Pelajar ajuk cara “bersolat jemaah” dalam gereja

Artikel akhbar ini (Rujuk Lampiran 3) melaporkan apa yang berlaku di

Kuching,Sarawak. Ia melaporkan kejadian yang berlaku didalam sebuah gereja di

Betong, Sarawak. Sekumpulan pelajar telah merakamkan aksi “bersolat jemaah”

yang dilakukan didalam gereja.

Mereka mengajuk cara bersolat semasa azan sedang berkumandang. Aksi

mereka dirakamkan oleh rakan mereka dan dimuat naik di laman video Youtube.

Mereka malakukan aksi bersolat secara berjemaah. Ada yang mengajuk cara duduk

dan cara rukuk serta berguling-guling. Di percayai mereka dalam lingkungan umur

diantara 12 hingga 15 tahun.

Rakaman mereka diakhiri dengan salah seorang dari remaja itu mengatakan

kepada kamera dengan kata –kata “ no more musilm, muslim is ajaran sesat ”. Ini

merupakan situasi yang tidak enak dilihat dan akan menjadi isu sensitif bagi umat

islam.

Apa yang dapat dikupas dari laporan akhbar ini ialah faktor cetek

pengetahuan dan nilai sensitiviti dalam diri pelajar terbabit. Mereka menganggap

gurauan mereka itu tidak serius, namun ia sebenarnya memberikan impak yang

besar kepada umat Islam di Malaysia. Isu sensitif seperti agama dan budaya tidak

sepatutnya dimanipulasikan secara terbuka kepada masyarakat. Ini kerana, bukan

semua pihak dapat menerimanya secara positif dan terbuka. Ia bukan sahaja boleh

mencetuskan kemarahan malah boleh menyebabkan pertelingkahan dalam

masyarakat.

Meninjau kembali ketika zaman pemerintahan Rasulallah S.A.W ketika di

Madinah (622 Masihi). Penduduk Yahudi di Madinah telah deberikan kebebasan

untuk beragama walaupun dalam perlembagaan Madinah, Islam adalah agama

rasminya. Mengapa Rasulallah bertindak demikian ? Di dalam Al-Quran, Surah Al-

Khafi (18: 29) itu disebutkan: "Katakanlah, kebenaran itu dari Tuhanmu, Barang

5

Page 6: Masalah dalam masyarakat yang membawa kepada pengenalan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

siapa yang mau beriman berimanlah, dan barang siapa yang mahu kufur (ingkar atau

atheis), kufurlah, Dan sesungguhnya telah diciptakan neraka bagi orang –orang yang

kufur".

Maka, atas penyataan tersebut Rasulallah mengambil keputusan untuk

mengekalkan kaum Yahudi tinggal di Madinah, dalam suasana yang terkawal dan

saling hormat-menghormati dari segi budaya dan agama. Ini merupakan satu bentuk

diplomasi yang menjadi asas kepada perpaduan dan keharmonian sesebuah

kerajaan. Kita tidak mahu apabila tercetusnya pertelingkahan, pergolakkan yang

bakal berlaku banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.

“Dalam melahirkan kehidupan yang aman dan harmoni, rakyat Malaysia perlu

menghormati perbezaan agama di negara ini” menurut Timbalan Perdana Menteri,

Tan Sri Muhyiden Yassin (2010) dalam satu temubual akhbar. Secara tuntas,

perlunya kesefahaman dalam masyarakat lebih – lebih lagi berkaitan isu-isu yang

sensitif seperti agama, budaya dan kepercayaan agar keharmonian yang kita bina ini

terus berkekalan.

Medium yang menjadi tunjang kepada pembentukan kesefahaman ini

memerlukan pendekatan yang lebih drastik dan menyeluruh. Secara teorinya, bagi

penyemaian dan pelaksanaan nilai ini untuk setiap individu di negara ini ialah melalui

pendidikan. Apabila menngimbau kembali pelaksanaan Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan, ia mengambil kira segala bentuk aspek yang merangkumi

kesemua perkara-perkara yang sensitif seperti agama, budaya dan kepercayaan.

Bak kata pepatah “tak kenal, maka tak cinta”. Proses pengenalan dan pendekatan

inilah yang akan membentuk kesefahaman. Sekaligus, mewujudkan sikap toleransi

sesama masyarakat dan kaum.

6

Page 7: Masalah dalam masyarakat yang membawa kepada pengenalan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Laporan Internet

Tajuk : Peristiwa Kampung Medan

Sumber : http://www.ehoza.com/v4/forum/info-sejarah/41512-peristiwa-kampung-medan.html

Peritiwa ini tidak dipaparkan secara meluas oleh pihak media Malaysia atas

sebab-sebab tertentu ( Rujuk Lampiran 4). Perkara yang berlaku ialah pergaduhan

kaum di Kampung Medan antara kaum Melayu dan India. Ia bermula dari 4 Mac

hingga 8 Mac 2001. Ia merupakan satu pertembungan kaum yang menjadi hangat

dalam masa yang singkat. Ada difahamkan bahawa CNN ada membuat liputan

berdasarkan kejadian ini.

Kejadian ini berlaku berpunca di Kampung Lindungan, ekoran persediaan

majlis perkahwinan dan majlis pengkebumian. Majlis perkahwinan itu diadakan di

sebuah rumah orang Melayu. Sementara jiran Indianya mengadakan majlis

pengebumian. Kemudian, dikatakan seramai 200 orang telah menyertai pergaduhan

itu.

Jika dilihat kepada pengiraan angka korban dan kecederaan ia menunjukkan

angka yang besar. Sekiranya pergaduhan ini tidak dibendung maka akan berlakunya

pergolakkan kaum yang lebih parah. Para pemimpin MIC dan UMNO mengambil

langkah bagi memastikan kompromi antara dua kaum ini dapat dipupuk semula. Ia

bagi memastikan pergolakan kaum ini tidak menjadi barah kepada pergolakan yang

lebih beasar.

Melihat kepada situasi ini ia menggambarkan bunga-bunga berulangnya

peristiwa 13 Mei 1969. Jika pada masa itu orang Cina telah mencetuskan kemarahan

orang-orang Melayu akibat daripada penghinaan yang dikenakan keatas orang

Melayu. Sekiranya ia berulang dan dalam situasi yang lebih parah, maka akan

berlakulah pertumpahan darah dan kemalangan jiwa orang-orang yang tidak

bersalah.

Pergolakkan kaum yang berlaku sememangnya akan memberi kesan yang

buruk kepada negara. Jika kita teliti dan perhalusi, keharmonian sebuah negara akan

7

Page 8: Masalah dalam masyarakat yang membawa kepada pengenalan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

terjejas sekiranya perlaku pergolakkan. Sebagai contoh yang terdekat ini, Mesir.

Rakyat melancarkan mogok dan keadaan negara menjadi kucar-kacir.

Kesinambungan dengan itu, ekonomi negara akan merundum, sektor-sektor

kerajaan dan swasta tidak dapat berurusan. Hasil dan pendapatan negara akan

terjejas. Seterusnya akan membawa kepada pelbagai masalah yang akan

menjahanamkan negara tersebut. Logiknya, jika negara kita bergolak secara

berterusan, pelabur dan hasil ekonomi akan mendapat kesan yang nyata. Secara

kesimpulannya, negara akan mundur dan menjadi miskin.

Mengambil petikan laporan akhbar (Utusan Malaysia 14/01/2011) yang

menyatakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata,

pihak polis tidak akan berkompromi kepada pihak yang mencetuskan isu perkauman

kerana ia akan mengeruhkan keadaan dan mengancam keharmonian kaum. Ketika

ini beliau diminta mengulas berkenaan situasi di dalam Pilihan Raya Kecil Dun

Tenang. Golongan pemimpin juga memandang serius akan perkara ini. Jelas

menunjukkan bahawa kita masih lagi menghargai kesejahteraan yang kita kecapi

pada detik ini.

Kesepakatan dan kesefahaman amat penting kerana ia adalah kunci kepada

semua elemen tersebut. Maka atas dasar itulah Kementerian Pelajaran telah

memperkenalkan semula matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

untuk dijadikan salah satu matapelajaran yang wajib diikuti oleh semua murid

sekolah dan pelajar sekolah menengah. Ini adalah salah satu usaha murni bagi

memastikan peristiwa yang sebegitu tidak berulang lagi. Di samping itu, bagi

melahirkan generasi yang mempunyai pengetahuan serta kesedaran untuk hidup

dalam masyarakat yang berbilang kaum secara aman dan damai.

Biarpun ia sekadar satu usaha yang hanya bertumpu pada sekolah, tetapi

percayalah, sekolah bukan sahaja sebagai tempat untuk menuntut ilmu-ilmu

akademik semata-mata, namun ia merangkumi kesemua aspek yang mementingkan

apa yang sewajarnya dilaksanakan oleh golongan pemimpin. Malah sekolah adalah

wahana untuk menyampaikan hasrat dan misi kerajaan kepada rakyat. Bukan untuk

mempolitikkan isu ini, namun ia adalah untuk kesejahteraan sejagat.

8

Page 9: Masalah dalam masyarakat yang membawa kepada pengenalan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Utusan Online

ARKIB : 25/11/1999

Tajuk : Hapuskan Hak Melayu- Janji DAP sekiranya pembangkang memenangi

pilihan raya

Artikel laporan akhbar ( Rujuk Lampiran 5) ini melaporan bahawa Timbalan

Setiausaha Agung DAP (Democratic Action Party) Lim Guan Eng menyatakan

penyataan ini kepda 500 orang yang hadir. Beliau turut menambah, DAP menolak

sama sekali penubuhan negara Islam yang tulen.

Mereka juga turut menyatakan akan membentuk satu gagasan yang mana

memperjuangkan hak kesaksamaan kepada semua rakyat. Lim Guan Eng berkata

“'Kami masih berpegang dengan pendirian, menolak kerajaan Islam kerana gagasan

Malaysian Malaysia tidak akan memberi sebarang keistimewaan kepada mana-mana

kaum, sebaliknya, semua pihak akan mendapat taraf sama rata yang lebih adil”

Penyataan ini saya sifatkan satu penyataan yang lantang dan berbentuk

hasutan. Jika seseorang pemimpin yang mengutarakan hujah ini jelas dia seseorang

yang boleh digelar sebagai rasis. Betapa dia telah menyatakan dengan terang lagi

bersuluh dan jika dibahaskan dia boleh dikenakan Akta Hasutan kerana

mengeluarkan penyataan berbentuk perkauman, semata-mata untuk memancing

undi dari pengundi.

Jelas didalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 3 (1) ) menyatakan Islam

ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan

aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. Ini menunjukkan kesucian

agama Islam sebagai agama rasmi negara ini tidak boleh dipersoalkan. Secara

tuntasnya, Lim Guan Eng seolah-olah tidak suka akan orang Melayu dan agama

Islam.

9

Page 10: Masalah dalam masyarakat yang membawa kepada pengenalan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Tun Dr.Mahathir ada mengulas berkenaan gagasan yang hendak diwujudkan.

Dia mengatakan, sekiranya benar-benar berlaku ia akan mewujudkan satu perkara

yang mana ia boleh menggugat keharmonian negara. Secara logik dan fakta yang

benar, bilangan orang Melayu di negara ini (Menurut Statistik Banci Penduduk 2010),

seramai 53 % dari seluruh rakyat Malaysia ialah berbangsa Melayu. Jika berlaku

rusuhan dan cubaan untuk menunjuk perasaan dari orang Melayu, maka Malaysia

tidak ubah seperti apa yang berlaku di Mesir baru-baru ini.

Teori consequentialist , menurut Strike & Soltis (1998) mementingkan kesan

daripada satu-satu keputusan tindakan yang diambil. Kesan perbuatan pemimpin

atau apa sahaja penyataan yang dikeluarkan akan memberi kesan samada dari

sudut yang positif atau sebaliknya. Jika pemimpin tersebut mengeluarkan kenyataan

yang berbaur hasutan dan bersentimenkan perkauman, maka ia akan memberi

kesan yang tidak baik.

Untuk mengelakkan tercetusnya perpecahan dan perbalahan kaum, pelbagai

strategi harus dirangka. Hakikatnya sekolah merupakan institusi yang menjadi

tempat mendidik generasi yang bakal memimpin negara. Jika pemimpin yang

dikeluarkan oleh sekolah seseorang yang menanamkan hasutan dan hinaan

terhadap kaum, maka matlamat sekolah akan tersasar. Untuk merealisasikan

bangsa Malaysia, rakyat harus mula menerima kewujudan masing-masing seada-

adanya, tanpa mengira kaum dan agama’ (dipetik daripada Francis Loh Kok Wah

dan Khoo Boo Teik 2002).

Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi

dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan

mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991). Atas dasar

etika pendidikan dan demi membantu negara membentuk generasi yang bakal

memimpin negara ini Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di jadikan satu subjek

yang wajib dipelajari.

Usaha ini merupakan satu usaha murni bagi memastikan pendidikan memberi

kesan kepada rakyat Malaysia, bukan sahaja secara zahiriah namun

batiniah.Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan pendidikan bermatlamat

untuk melahirkan warganegara yang mempunyai nilai jasmani,emosi, rohani dan

intelektual. Oleh itu, untuk merealisasikan hasrat ini Pendidikan Sivik dan

10

Page 11: Masalah dalam masyarakat yang membawa kepada pengenalan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Kewaranegaraan dijadikan medium untuk menjana pembentukan modal insan yang

mempunyai kualiti yang digarapkan. Maka, dengan usaha ini, pembentukan

golongan bakal pemimpin dan pendidikan yang lebih berkualiti dan bukan rasis

adalah satu matlamat yang jelas dapat dicapai.

11