masalah bahasa (literasi bahasa)
DESCRIPTION
literasi bahasaTRANSCRIPT
Senaraikan masalah bahasa khusus yang dihadapi oleh
pelajar masalah pembelajaran
Bahasa adalah perantara untuk berkomunikasi sesama manusia. Manusia perlu berkomunikasi kerana itulah kehidupan dan manusia saling memerlukan komunikasi antara satu sama lain dalam setiap aspek kehidupan. Tanpa keupayaan berbahasa, sukar seseorang itu sukar untuk meluahkan perasaannya, menyampaikan ideanya kepada orang lain.
Masalah bahasa khusus yang dihadapi olehkanak-kanak masalah pembelajaran
i. mengingat kembali perkataanii. menyatakan perkara atau bentuk yang abstrakiii. memahami perkataan yang mempunyai pelbagai maknaiv. menggunakan ayat yang betul dan lengkapv. meminta penjelasan untuk mesej yang kurang difahamivi. menghasilkan mesej yang kompleks dari segi sintaksisvii. memaklumkan sesuatu maklumat kepada orang lainviii. mempelbagaikan gaya berkomunikasi untuk menyesuaikannya dengan pendengar yang berbeza
Tidak keupayaan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan.
Penekanan diberikan pada keyakinan pelajar untuk bertutur serta penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.
Kemahiran bertutur
Lewat dalam kemampuan mengeluarkan bunyi dan menggunakan bunyi dalam perkataan disebabkan masalah artikulasi ataupun fonologi.
Mempunyai suara yang kasar.
Tiada bunyi yang keluar apabila kanak-kanak cuba bercakap.
Gagap iaitu kanak-kanak mengulang perkataan yang sama beberapa kali
Masalah pertuturan
Kanak-kanak masalah pembelajaran kebiasaannya
menghadapi masalah bahasa yang serius
Masalah bahasa yang mereka hadapi lebih tertumpu kepada ketidakupayaan memperoleh dan menguasai bahasa penerimaan yang tepat, ketidakupayaan memproses bahasa dengan tepat, dan ketidakupayaan menguasai serta melahirkan bahasa pelahiran
Masalah bahasa dan linguistik
Kesukaran dalam memahami arahan Masalah dalam komunikasi yang melibatkan kemahiran
penguasaan bahasa bahasa reseptif dan bahasa penglahiran dan juga masalah dalam ejaan, bacaan dan tulisan.
Kemungkinan menghadapi masalah dalam bahasa lisan.
Perbendaharaan kata yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai dan tidak berupaya memahami makna perkataan.
Ketidakupayaan memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam situasi yang berbeza.
Aspek pendengaran
Menghadapi masalah dari aspek pendengaran dan sistem saraf mulut yang tidak normal.
Mengalami masalah untuk menyebut perkataan dengan jelas dan bunyi yang betul
Kesimpulan
Kanak-kanak ini memerlukan perhatian dan keprihatinan yang lebih daripada masyarakat terhadap masalah yan mereka hadapi supaya dapat menjalani kehidupan seharian bersama
orang lain.
TERIMA KASIH !