kerja kursus literasi bahasa

21
Alhamdulillah dengan kehendakNya kami dapat menyempurnakan tugasan ini mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada Pn Rohani bt Din, Pensyarah Kursus Literasi Bahasa Melayu yang telah banyak memberi panduan dan bimbingan kepada kami dalam menyempurnakan tugasan ini. Sokongan daripada rakan-rakan sekuliah turut dihargai. Segala bahan rujukan yang disumbangkan cukup bermakna bagi diri kami kerana tanpa kerjasama rakan-rakan sudah tentu tugasan kami tidak seperti ini. Sebagai seorang pelajar yang baru, banyak perkara yang masih perlu dipelajari. Bimbingan dan sokongan daripada pensyarah kepada kami dalam kursus ini amat-amat kami harapkan. Segala kelemahan yang terdapat dalam tugasan ini adalah datangnya daripada kelemahan kami. Tunjuk ajar puan sudah tentu dapat mempertingkatlkan lagi mutu tugasan ini. Harapan kami agar tugasan ini, sedapat tidak mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada semua pihak. Semoga usaha kecil ini akan dapat keberkatan daripadaNya. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih tidak terhingga kepada suami dan anak-anak di atas sokongan mereka yang

Upload: nur-ainun-osman-osman

Post on 14-Aug-2015

165 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Untuk dikongsi

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursus Literasi Bahasa

Alhamdulillah dengan kehendakNya kami dapat menyempurnakan tugasan ini

mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Terima kasih yang tidak terhingga kami

ucapkan kepada Pn Rohani bt Din, Pensyarah Kursus Literasi Bahasa Melayu

yang telah banyak memberi panduan dan bimbingan kepada kami dalam

menyempurnakan tugasan ini. Sokongan daripada rakan-rakan sekuliah turut

dihargai. Segala bahan rujukan yang disumbangkan cukup bermakna bagi diri

kami kerana tanpa kerjasama rakan-rakan sudah tentu tugasan kami tidak

seperti ini. Sebagai seorang pelajar yang baru, banyak perkara yang masih perlu

dipelajari. Bimbingan dan sokongan daripada pensyarah kepada kami dalam

kursus ini amat-amat kami harapkan. Segala kelemahan yang terdapat dalam

tugasan ini adalah datangnya daripada kelemahan kami. Tunjuk ajar puan sudah

tentu dapat mempertingkatlkan lagi mutu tugasan ini. Harapan kami agar

tugasan ini, sedapat tidak mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada semua

pihak. Semoga usaha kecil ini akan dapat keberkatan daripadaNya. Tidak

ketinggalan juga ucapan terima kasih tidak terhingga kepada suami dan anak-

anak di atas sokongan mereka yang tidak berbelah bagi untuk kami meneruskan

pengajian ini. Tanpa mereka siapalah kami.

Sekian, terima kasih.

Page 2: Kerja Kursus Literasi Bahasa

KANDUNGAN

Soalan Tugasan i

Jadual Pelaksanaan Tugasan ii

Penghargaan iii

Pengenalan 1

Konsep Literasi 1

Konsep Prabacaan 1

Aktiviti Prabacaan 2

Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2

Aktiviti Pengamatan Pendengaran 3

Aktiviti Pergerakan Tangan Dan Mata 4

Konsep Pratulisan 4

Aktiviti Pratulisan 4

Penyerapan Pemulihan Membaca Dan Menulis Dalam Mata

Pelajaran Pendidikan Muzik, Jasmani dan Seni visual 5

Penyerapan Pemulihan Membaca Dan Menulis Dalam Mata

Pelajaran Pendidikan Muzik 6

Penyerapan Pemulihan Membaca Dan Menulis Dalam Mata

Pelajaran Pendidikan Jasmani 6

Penyerapan Pemulihan Membaca Dan Menulis Dalam Mata

Pelajaran Pendidikan Seni visual 7

Kesimpulan 8

Kaedah Pandang Sebut 9

Page 3: Kerja Kursus Literasi Bahasa

Konsep Kaedah Pandang Sebut 9

Keberkesanan Kaedah Pandang Sebut Dalam Mengajar Asas

Membaca Kepada kanak-kanak 9

Penutup 10

Rujukan 11

Lampiran 12

Page 4: Kerja Kursus Literasi Bahasa

Pengenalan

Setiap kanak-kanak mempunyai kemampuan untuk membaca dan menulis.

Kemampuan mereka mungkin berbeza bagi setiap orang. Oleh itu, penguasaan

literasi bahasa berperanan sebagai pelengkap kepada setiap individu kerana

individu yang celik literasi amat diperlukan dalam masyarakat dan negara.

Sesebuah negara akan maju jika rakyatnya celik literasi dengan mempelajari

pelbagai ilmu. Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting untuk mengajar

murid-murid ke arah celik literasi secara berkesan dan sistematik.

Konsep Literasi

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, literasi bermaksud kebolehan membaca

dan menulis. Mahzan Arshad (2008) mentakrifkan kemahiran literasi sebagai

keupayaan seseorang itu untuk membaca dan menulis. Khairuddin Mohamad

(2011) menyatakan literasi Bahasa Melayu ialah proses untuk melihat kemampuan

murid membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Kesimpulannya literasi merujuk

kepada kemampuan murid untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis

dalam Bahasa Melayu secara minimum.

Konsep Prabacaan

Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru

perlulah menyediakan pengalaman bahasa , iaitu mengenal dan mengecam huruf.

Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong mereka dalam

mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran serta koordinasi mata

dan tangan. Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan

membaca amat penting. Menurutnya jika tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu,

usaha untuk mengajar kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh

menimbulkan kesan yang buruk kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru. Konsep

kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan semulajadi yang dialami oleh

kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka.

Page 5: Kerja Kursus Literasi Bahasa

1

Aktiviti Prabacaan

Aktiviti prabacaan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan untuk memberikan

asas kepada kanak-kanak sebelum mereka boleh membaca. Kemahiran-kemahiran

yang terdapat dalam aktiviti prabacaan ini amat penting dalam perkembangan

kemahiran membaca kanak-kanak. Aktiviti prabacaan melibatkan aktiviti

pengamatan. Janet W. Learner (1971) berpendapat, pengamatan adalah satu

proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera dengan

bantuan kuasa intelek. Aktiviti pengamatan terbahagi kepada tiga jenis iaitu

pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran serta pergerakan mata dan

tangan.

Aktiviti Pengamatan Penglihatan

Dalam aktiviti pengamatan penglihatan terdapat beberapa komponen yang

dapat dijalankan bagi membantu murid mengatasi masalah pengamatan penglihatan

antaranya ialah diskriminasi penglihatan. Diskriminasi penglihatan melibatkan

keupayaan murid untuk melihat dan mengamati persamaan dan perbezaan sesuatu

objek, bentuk geometri, gambar, huruf dan perkataan. Aktiviti yang boleh dijalankan

bagi aktiviti mendiskriminasi yang sama ialah bulatkan bentuk yang sama (Gambar

1). Manakala aktiviti mendiskriminasi yang tidak sama ialah warnakan saiz yang

tidak sama(Gambar 2).

Selain itu, komponen ingat kembali melatih murid untuk mengingat kembali

apa yang telah diamati. Contoh aktivitinya ialah guru mempamerkan beberapa

keping gambar untuk diamati oleh murid. Kemudian gambar tersebut ditanggalkan.

Guru meminta murid menyebut kembali gambar yang dipamerkan tadi. Bagi

komponen orientasi kedudukan pula bertujuan menguji kebolehan murid

membezakan kedudukan sesuatu objek atau gambar. Murid diminta mengesan

kedudukan gambar yang berbeza berdasarkan beberapa keping gambar yang

mempunyai ciri-ciri yang sama.

Di samping itu terdapat beberapa lagi komponen dalam aktiviti pengamatan

penglihatan seperti turutan yang bertujuan menguji kebolehan murid mengingat

sesuatu mengikut urutan. Contohnya urutan peristiwa pada gambar, huruf atau

Page 6: Kerja Kursus Literasi Bahasa

2

nombor. Komponen melengkapkan atau menyudahkan pula menguji kebolehan

murid mengenal objek, nombor, huruf, perkataan atau perkataan. Contohnya

memadankan kepala haiwan dengan ekornya (Gambar 3).

Aktiviti Pengamatan Pendengaran

Aktiviti pengamatan pendengaran bertujuan meningkatkan ketajaman

pengamatan pendengaran murid. Dalam aktiviti ini terdapat beberapa komponen

yang dapat dilaksanakan bagi menguji pengamatan pendengaran murid seperti

diskriminasi pendengaran iaitu diskriminasi yang sama dan yang berbeza. Tujuan

diskriminasi pendengaran untuk melihat keupayaan murid-murid mengenali dan

mengecam persamaan dan perbezaan bunyi yang didengar. Bagi aktiviti

diskriminasi yang sama guru boleh memperdengarkan kaset tentang bunyi haiwan

yang sama seperti bunyi anak ayam, ayam betina dan ayam jantan. Kemudian

meminta murid menyebut haiwan tersebut. Aktiviti diskriminasi bunyi yang berbeza

pula, guru memperdengarkan pelbagai bunyi kenderaan seperti motosikal, kereta,

kereta api dan kapal terbang dan murid menamakan kenderaan tersebut.

Komponen penerimaan pendengaran pula bertujuan melihat keupayaan

murid memperoleh dan mendapat makna daripada apa yang didengar. Aktiviti yang

boleh dijalankan ialah murid menutup mata dan mendengar dengan teliti. Kemudian

menyebut bunyi yang didengar seperti bunyi tiupan wisel, tiupan rekoder, ketukan

meja dan sebagainya. Komponen ingatan pendengaran membolehkan murid

mengingati apa jua yang didengar kemudian mengulanginya kembali. Aktiviti yang

boleh dilaksanakan ialah permainan menyampaikan pesanan. Aktiviti ini dijalankan

secara berkumpulan. Ketua kumpulan membaca pesanan yang ditulis kemudian

menyampaikan secara lisan pada ahli kumpulan yang pertama. Ahli kumpulan

pertama menyampaikan kepada orang kedua. Begitulah seterusnya sehingga

kepada orang yang terakhir. Ahli kumpulan yang terakhir perlu menulis pesanan

yang diterima dan menyerahkan kepada guru. Guru menyemak dan

membandingkan dengan pesanan asal. Kumpulan yang dapat menulis pesanan

sama dengan pesanan asal dikira sebagai pemenang.

Page 7: Kerja Kursus Literasi Bahasa

3

Aktiviti pergerakan tangan dan mata

Aktiviti ini bertujuan membantu murid menguasai kemahiran asas pergerakan

tangan secara kemas, berpandu, terarah dan berfokus. Aktiviti yang boleh

dijalankan ialah menyambung titik. Murid diminta menyambung titik-titik mengikut

nombor atau abjad pada gambar dengan membuat garisan bagi menghasilkan

sebuah gambar, objek atau huruf yang lengkap (Gambar 4). Guru boleh

menyediakan bahan secara berperingkat iaitu dimulakan dengan gambar yang

bilangan titik sedikit hingga peringkat yang sukar dan rumit. Melalui cara ini murid

akan berasa seronok dan tercabar. Aktiviti kedua yang boleh dilaksanakan ialah

menyalin corak (Gambar 5). Murid boleh meniru corak yang ditunjukkan oleh guru

atau menggunakan kaedah tekap iaitu menggunakan kertas karbon atau kertas

surih. Aktiviti ini juga boleh dijalankan secara berperingkat daripada corak yang

mudah kepada corak yang sukar. Guru perlu membimbing murid supaya murid

dapat menyalin corak dengan cermat dan kemas. Aktiviti ini penting supaya proses

kordinasi tangan dan mata berlaku secara teratur dan bersistematik.

Konsep Pratulisan

Khairuddin Mohammad (2011) menyatakan pratulisan merupakan satu

peringkat yang perlu dilalui oleh murid bagi menyediakan diri ke arah melahirkan

lambang-lambang bunyi yang khusus dan boleh diterima oleh masyarakat. Ia juga

merupakan suatu kemahiran di mana murid mempunyai keupayaan menggunakan

alat tulis dan menggunakan teknik serta cara gerakan tangan untuk membentuk

huruf.

Aktiviti Pratulisan

Terdapat beberapa aktiviti pratulisan iaitu aktiviti pergerakan jari, tangan dan

mata, aktiviti mencari jalan keluar, memadan gambar atau huruf, menyambung titik

dan membuat corak serta aktiviti membentuk huruf. Aktiviti pergerakan jari, tangan

dan mata dapat melembutkan motor halus murid. Aktiviti ini dapat dijalankan dengan

santai seperti mewarna secara bebas dan secara terkawal, menyurih, melukis,

mengoyak, menampal, melipat, menggentel, menguntai, menggunting, menjahit dan

menganyam. Selain itu, aktiviti nyanyian dan pergerakan tangan juga dapat

Page 8: Kerja Kursus Literasi Bahasa

4

melembutkan motor halus murid seperti nyanyian lagu “Enjit-enjit Semut”. Murid

menyanyi sambil mengerakkan tangan ke atas dan lagu “Kalau Rasa Gembira” di

mana murid menyanyi sambil membuat pergerakan seperti petik jari dan

sebagainya. Aktiviti melukis di udara, di atas pasir (Gambar 6), di dalam air (Gambar

7) dan cermin dapat melatih murid meningkatkan kemahiran pratulisan. Aktiviti ini

dijalankan secara berpandu menggunakan jari telunjuk, dilakukan secara perlahan-

lahan dan serentak. Murid melukis bentuk yang disebut oleh guru dan dilakukan

secara berulang-ulang. Guru juga boleh meminta murid menulis huruf yang disebut

oleh guru dalam aktiviti membentuk huruf di udara, atas pasir dan atas cermin

dengan menggunakan tepung.

Di samping itu, aktiviti memadankan bentuk, gambar dan huruf , aktiviti

menyambung titik dan aktiviti membuat corak juga dapat meningkat kemahiran

pratulisan murid. Contoh aktiviti memadankan ialah memadankan bentuk yang

sama. Contoh aktiviti menyambung titik ialah menyambung titik-titik mengikut

nombor menjadi gambar yang lengkap. Manakala aktiviti membuat corak pula

seperti latihan menggaris dari atas ke bawah, dari kiri ke kanan dan sebaliknya

serta membuat garisan melengkung dan bengkak-bengkok.

Penyerapan pemulihan membaca dan menulis dalam mata pelajaran pendidikan

muzik, Pendidikan Jasmani dan Seni Visual

Penyerapan Mata pelajaran Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani dan Seni

Visual membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang dari segi intelek,

emosi, sosial dan fizikal murid selari dengan Falsafah Pendidikan Negara di samping

berperanan sebagai satu perantaraan untuk bersosial dan merenggangkan emosi

yang terganggu. Murid mudah memahami sesuatu kemahiran apabila sesuatu

pengajaran tersebut menggunakan muzik , melakukan aktiviti fizikal seperi melompat

dan berlari serta melukis. Dengan penyerapan mata pelajaran ini, murid akan

berasa seronok, ceria, gembira, tidak stress, tidak membosankan dan bersemangat

untuk belajar serta dapat menggalakkan penglibatan ramai murid dalam sesuatu

aktiviti yang dirancang. Di samping itu, pembelajaran literasi bahasa akan mudah

diterima oleh murid. Ini dapat membantu murid untuk meningkatkan penguasaan

membaca dan menulis dalam Literasi Bahasa Melayu.

Page 9: Kerja Kursus Literasi Bahasa

5

Penyerapan pemulihan membaca dan menulis dalam mata pelajaran pendidikan

muzik

Khairuddin Mohammad (2011) mentakrifkan muzik merupakan media yang

sesuai dan berkesan sebagai bahasa universal untuk menyampaikan sesuatu

maksud dan mood. Kajian Gottifried Shlaug (Begley, 2000) mendapati muzik boleh

mempengaruhi otak manusia secara saintifik, iaitu bahagian hadapan otak yang

menyambungkan hemisfera kiri dan kanan otak manusia. Oleh itu,secara

semulajadinya, seorang kanak-kanak cepat terangsang kepada irama muzik yang

didengarnya. Justeru itu, penggunaan muzik seperti aktiviti nyanyian dalam

pendidikan literasi boleh merangsangkan minat murid untuk belajar. Melalui aktiviti

nyanyian, murid belajar dalam keadaan yang menyeronokkan. Dengan ini,

memudahkan guru menyampaikan pengajarannya. Aktiviti yang dapat dijalankan

seperti menyebut nama huruf mengikut melodi iaitu murid menyanyikan lagu ABC

mengikut melodi. Selain itu, mengeja satu dan dua suku kata mengikut melodi

seperti murid menyanyikan lagu ‘Bapaku Pulang’ (senikata dilampirkan: )

Caranya, guru memperdengarkan lagu “Bapaku Pulang” menggunakan

peralatan audio dan pancarkan senikata pada layar putih menggunakan LCD.

Tujuannya supaya murid dapat menyanyi beramai-ramai berpandukan senikata lagu

yang ditunjukkan. Kemudian pamerkan beberapa kad perkataan yang mengandungi

dua suku kata KV + KV dan KV + KVK pada papan putih. Minta murid mengeja dan

membaca kad tersebut. Aktiviti seterusnya murid memadankan kad perkataan

dengan kad gambar. Akhir sekali murid dan guru menyanyi lagu tersebut bersama-

sama. Guru boleh mengaitkan nilai murni yang terdapat dalam lagu tersebut.

Penyerapan pemulihan membaca dan menulis dalam mata pelajaran Pendidikan

Jasmani

Penyerapan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dalam Literasi Bahasa

Melayu bermaksud proses asas pembelajaran menulis dan membaca melalui aktiviti

fizikal yang diperkukuh dengan pengalaman murid dengan tujuan memberikan

maklumat, mengubah sikap dan mempengaruhi tingkah laku (Khairuddin

Page 10: Kerja Kursus Literasi Bahasa

6

Mohammad,2011). Kebiasaannya murid lemah kurang memberi tumpuan kepada

pengajaran guru. Oleh itu, melalui aktiviti fizikal ini murid dapat belajar sambil

bermain. Dengan ini dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam Literasi Bahasa.

Terdapat banyak aktiviti penyerapan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dalam

Literasi Bahasa. Di antaranya ialah pancing suku kata, permainan teng-teng

perkataan, boling suku kata, lari berganti-ganti, beg abjad, eja nama sendiri,

pemburu abjad, permainan kutip huruf dan bina ayat dan sebagainya.

Aktiviti pancing suku kata amat menarik minat murid. Guru perlu menyediakan

pancing dan beberapa bentuk ikan yang ditulis suku kata KV serta sebuah kolam

mini. Murid perlu memancing untuk mendapatkan sekurang-kurangnya dua bentuk

ikan untuk membina perkataan. Murid yang paling pantas memancing dan berjaya

membentuk perkataan dikira pemenang.

Selain itu, guru boleh melaksanakan aktiviti menyusun huruf. Aktiviti ini dijalankan

dalam kumpulan. Guru menyediakan beberapa set huruf dan diletakkan di dalam

gelung rotan. Seorang ketua dipilih untuk memegang sekeping gambar. Secara

bergilir-gilir setiap ahli kumpulan perlu mengambil satu kad huruf dan menyusun kad

tersebut supaya menjadi perkataan berdasarkan gambar yang diberi. Kumpulan

yang dapat menyusun dengan cepat dan tepat dikira pemenang.

Penyerapan pemulihan membaca dan menulis dalam mata pelajaran Pendidikan

Seni Visual

Pendidikan Seni Visual merupakan satu mata pelajaran yang dapat

memberikan peluang kepada murid untuk memperkembangkan bakat semulajadi

dan minat mereka dalam bidang seni. Dalam pendidikan Seni Visual terdapat

beberapa aspek estetika yang boleh membantu proses pengajaran Literasi Bahasa

Melayu iaitu unsur peniruan, ekspresi dalam perasaan dan emosi, penggunaan

kaedah formalistik, serta keaslian, keunggulan idea dan gagasan bahan. Melalui

aspek-aspek ini, murid mampu melahirkan perasaan suka duka serta berfikir secara

kritis dan kreatif untuk menghasilkan satu bahan yang menarik.

Terdapat beberapa aktiviti Pendidikan Seni Visual yang boleh digunakan

dalam aktiviti Literasi Bahasa Melayu. Antaranya ialah kolaj, mozek, anyaman,

Page 11: Kerja Kursus Literasi Bahasa

7

ukiran dan mewarna. Kelebihannya ialah murid dapat melihat dan merasa sendiri

menggunakan tangan bentuk asas yang menjadi binaan utama huruf atau perkataan

kerana imejnya timbul. Aktiviti kolaj menggunakan bijirin amat sesuai untuk murid

pemulihan. Caranya, guru menyediakan bentuk huruf atau perkataan dengan tulisan

besar pada kertas lukisan. Murid diminta menyapu gam pada bentuk huruf atau

perkataan tersebut dan menabur bijirin di atasnya. Kemudian murid mempamerkan

hasil kerja mereka dan menyebut bentuk huruf atau membaca perkataan yang

mereka hasilkan. Melalui aktiviti ini murid akan seronok belajar dan mereka tidak

merasa jemu kerana mereka membuat sesuatu dengan usaha mereka sendiri di

samping mereka belajar mengenal huruf dan membaca perkataan.

Selain itu, guru juga boleh membina bahan bantu mengajar menggunakan

teknik kolaj supaya menarik minat murid untuk belajar terdapat empat jenis kolaj iaitu

kolaj kertas, bahan jahitan, bijirin dan bahan terbuang. Semasa membuat kolaj,

bahan tampalan boleh disusun, ditindih dan diatur pada permukaan kertas mengikut

tema atau tajuk yang diperlukan. Mozek pula merupakan susunan bahan yang

ditampal secara sebelah menyebelah dan tidak bertindih. Terdapat tiga jenis mozek

iaitu mozek kertas, mozek kain serta mozek kulit kayu, kulit telur dan kulit kerang.

Anyaman merupakan satu proses di mana daun atau kertas dianyam secara

berselang-seli, turun naik dan ke atas serta ke bawah. Jenis anyaman ialah

anyaman kertas, anyaman reben dan anyaman daun mengkuang. Ukiran

merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu. Terdapat dua jenis ukiran yang sesuai

digunakan oleh guru untuk ukiran asas huruf, suku kata dan perkataan iaitu ukiran

sabun dan ukiran blok kayu.

Kesimpulan

Setiap aktiviti yang dinyatakan di atas merupakan aktiviti yang dapat dilaksanakan

bagi membantu murid-murid untuk menguasai kemahiran asas membaca dan

menulis. Aktiviti yang pelbagai dan menarik dapat menimbulkan keinginan murid

untuk belajar. Di samping itu, aktiviti nyanyian dan pergerakan dapat mengelak

perasaan jemu ketika belajar.

Page 12: Kerja Kursus Literasi Bahasa

8

Kaedah Pandang Sebut

Kaedah pandang sebut sangat popular dalam mengajar bacaan dalam

Bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca

dalam bahasa Melayu. Kaedah ini juga dikenali dengan nama kaedah perkataan,

kaedah rangkai kata dan kaedah ayat yang  mementingkan dua perkara iaitu

membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui

gambar dan membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.

Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-

perkataan yang biasa diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan

kita seperti saya, minum, kopi, sepak, bola emak, bapa, adik, abang, kawan, dan

sebagainya.

Konsep Kaedah Pandang Sebut

Guru menunjuk gambar terlebih dahulu kemudian menyebut perkataan

secara ramai dan berulang-ulang. Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja

sama sekali. Murid hanya perlu mengecam gambar dan menyebut perkataan.

Setelah murid menguasai perkataan barulah diperkenalkan kumpulan huruf yang

membentuk perkataan berkenaan.

Keberkesanan kaedah pandang sebut dalam pengajaran asas membaca kepada

kanak-kanak

Kaedah pandang sebut dapat membantu murid membaca dengan cepat dan

pantas kerana murid tidak perlu mengeja terlebih dahulu. Dengan ini dapat

menjimatkan masa mereka dan masa yang ada boleh digunakan untuk tujuan

pemahaman apa jua yang dibaca. Selain itu, kaedah ini mengambil kira pengalaman

sedia ada murid supaya mereka mudah membuat telahan terhadap ayat atau

perkataan yang dicam. Melalui kaedah ini juga murid mudah memahami apa yang

dibaca dan dilihat oleh mereka. Ini kerana murid didedahkan dengan bahan konkrit

dan bermakna. Penggunaan kad gambar dan kad perkataan memudahkan murid

untuk memahami perkataan yang dilihat dan disebut.

Page 13: Kerja Kursus Literasi Bahasa

9

Kaedah ini merupakan kaedah yang terpantas mempelajari kemahiran

membaca. Dengan kaedah ini dapat mempertingkatkan keupayaan murid untuk

membaca. Di samping itu murid tidak perlu menghafal nama-nama huruf yang

abstrak. Kaedah ini juga dapat menarik minat murid untuk membaca kerana setiap

perkataan disertakan dengan gambar. Setiap perkataan yang dipandang dan disebut

memberi makna kepada murid. Mudah bagi murid untuk mengecam dan menyebut

serta memahaminya. Guru juga dapat melatih murid membaca dengan sebutan dan

rentak irama atau alunan suara yang betul dari mula.

Penutup

Dapat disimpulkan bahawa kaedah pandang dan sebut ini amat sesuai

digunakan oleh guru untuk mengajar asas membaca kepada murid. Murid mudah

mengecam dan menyebut perkataan tersebut dan tanpa memerlukan masa yang

panjang kerana murid tidak perlu mengeja. Murid juga tidak perlu menghafal nama-

nama huruf yang begitu banyak dan mengambil masa yang lama. Dengan ini dapat

meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran membaca.

Page 14: Kerja Kursus Literasi Bahasa

10

Rujukan

Janet W. Learner (1971) ( Khairuddin Mohamad (2011)), Siri Pendidikan Guru,

Literasi Bahasa Melayu, Oxford Fajar Sdn Bhd, Selangor.

Khairuddin Mohamad (2011), Siri Pendidikan Guru, Literasi Bahasa Melayu, Oxford

Fajar Sdn Bhd, Selangor.

Syed Abu Bakar Syed Akil (1994) Panduan Mengajar Kemahiran Membaca

Page 15: Kerja Kursus Literasi Bahasa

Lampiran

Senikata lagu “Bapaku Pulang”

Bapaku pulang dari kota

Bapaku belikan kereta

Kereta kecil warna merah 

Akan kubawa ke sekolah

Pon pon pon pon pon pon pon pon pon

Kereta kecil ku berbunyi 

Marilah adik mari naik 

Boleh kubawa jumpa nenek