manual prosedur kerja.doc lengkap

Upload: arfa-suhaida-zain

Post on 07-Mar-2016

400 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

induksi

TRANSCRIPT

LATAR BELAKANGMengikut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 8 Tahun 1991, Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja adalah dua dokumen rasmi yang harus ada dalam sesebuah jabatan atau pejabat. Kedua-dua dokumen ini adalah alat pengurusan yang penting kerana dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti jabatan atau pejabat keseluruhannya. Sebelum Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja diperkenalkan, pekerja-pekerja dalam sesebuah jabatan/organisasi menjalankan tugas berasaskan pengetahuan, pengalaman dan tunjuk ajar pekerja-pekerja yang lama. Oleh itu, terdapat pekerja-pekerja yang menjalankan tugas mereka tanpa mengetahui cara-cara bekerja yang betul dan tidak jelas dengan bidang kuasa masing-masing. Keadaaan ini telah melambatkan penyelesaian dalam pelaksanaan sesuatu tugas. Oleh itu, Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja telah diperkenalkan.

Selain daripada fungsinya sebagai alat pengurusan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan individu dan jabatan/pejabat, Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja juga berguna sebagai alat latihan terutama kepada pegawai baru yang dilantik atau pegawai yang baru ditukarkan ke sesebuah jabatan/pejabat. Kedua-dua dokumen ini adalah saling berkait dan dapat membantu mengurangkan pergantungan pegawai kepada pengalaman pekerja lama serta dapat menjimatkan masa untuk mempelajari dan memahami cara-cara menjalankan tugas. MANUAL PROSEDUR KERJAManual Prosedur Kerja adalah sebuah dokumen rujukan bagi peringkat jabatan atau pejabat. Ia mengandungi maklumat yang memberikan gambaran secara menyeluruh tentang sesebuah jabatan/pejabat. Antara maklumat tersebut adalah seperti sejarah dan rasional penubuhan jabatan/pejabat, objektif, fungsi, prosedur dan pegawai atau staf yang bertanggungjawab melaksanakan prosedur tersebut. Maklumat yang jelas dan terperinci membolehkan anggota jabatan/pejabat melaksanakan tugas secara berkesan, tersusun dan lebih cekap. Penetapan fungsi dan pembahagian tugas juga membolehkan setiap individu di jabatan/pejabat memahami parameter tugas masing-masing dengan tepat di samping mengetahui tugas bahagian/unit/individu lain di jabatan/pejabat tersebut. Rangkaian prosedur dan pegawai/staf bertanggungjawab yang ditunjukkan pula dapat memberikan gambaran yang jelas kepada individu mengenai langkah-langkah yang terlibat dalam semua aktiviti. Manual Prosedur Kerja merupakan satu proses pendokumentasian yang sistematik dari segi susunan cara bekerja. Setiap kerja mempunyai proses dan peraturan yang tertentu. Kerja yang tidak dijalankan mengikut proses dan peraturan yang telah ditetapkan boleh mendatangkan kelewatan dan pembaziran masa. Bagi membolehkan kerja dibuat dengan tepat, satu cara yang sistematk perlu diwujudkan. Adalah penting bagi proses, peraturan, pegawai yang bertanggungjawab dan hubungan kerja di antara pegawai dapat dikenalpasti, disusun dan dibukukan dengan jelas supaya ianya dapat dijadikan sebagai bahan panduan. Dengan ini, cara bekerja yang jelas dan teratur akan dapat meningkatkan produktiviti jabatan/organisasi.KANDUNGAN MANUAL PROSEDUR KERJA

LATAR BELAKANG JABATAN/PEJABATLatar belakang jabatan/pejabat mencatatkan sejarah penubuhan sesebuah jabatan/pejabat. Maklumat-maklumat seperti tujuan dan matlamat jabatan/pejabat ditubuhkan serta akta atau perundangan yang berkaitan akan dikandungkan di dalam latar belakang ini.Maklumat-maklumat di dalam latar belakang boleh dijadikan asas untuk membentuk strategi bertindak jabatan/pejabat. Ia juga menjadi sumber rujukan utama ke arah membentuk dan menyusun struktur, fungsi dan objektif jabatan/pejabat. Selain daripada itu, maklumat-maklumat tersebut juga dapat membantu para penyelidik dan mereka yang berminat untuk mengetahui danmendapatkan bahan-bahan mengenai sesebuah jabatan/ pejabat.Contoh Latar Belakang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan FAMA) :

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Latar Belakang

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah ditubuhkan pada 30 September 1965 di bawah Akta Parlimen 49 (1965) dan Akta Parlimen 141 (Pindaan) 1974

Strategi

Berdasarkan kepada hasrat Dasar Pertanian Negara, FAMA telah menyusun strategi supaya dapat meningkatkan sumbangannya kepada pembangunan pasaran hasil-hasil pertanian melalui:

1. Menggalakkan penyertaan petani dalam pemasaran;

2. Meluaskan saiz pasaran di dalam dan di luar negeri;

3. Memperbaiki amalan pemasaran di peringkat ladang dan pasaran

4. Mempertingkatkan maklumat pasaran; dan

5. Menambahkan saluran pasaran.

2.1.1 OBJEKTIF JABATAN/PEJABAT Objektif jabatan/pejabat adalah kenyataan mengenai apa yang hendak dicapai oleh sesebuah jabatan/pejabat iaitu selaras dengan matlamat penubuhannya. Objektif jabatan/pejabat amat penting kerana ia menjelaskan dengan tepat arah tuju dan merupakan asas bagi proses pengurusan strategik. Oleh itu, pengurusan atasan hendaklah membentuk objektif jabatan/pejabat masing-masing dengan baik, menjelaskannya kepada ahli-ahli dalam jabatan/ pejabat dan memastikan objektif ini dicapai. Objektif jabatan/pejabat juga menjadi asas bagi pembentukan objektif setiap bahagian/unit. Contoh objektif FAMA :

Objektif Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

"Objektif Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ialah untuk memperbaiki pemasaran hasil-hasil pertanian. Hasil-hasilpertanian yang dipertanggungjawabkan kepada FAMA adalah luas, meliputi hampir kesemua hasil pertanian yang dikeluarkan oleh petani-petani kecuali padi, getah, kelapa sawit, tembakau, nenas dan ikan laut."

CARTA ORGANISASI JABATAN/PEJABAT Carta organisasi jabatan/pejabat menggambarkan struktur yang menerangkan fungsi, aktiviti dan hierarki di dalam sesebuah jabatan/pejabat. Carta organisasi ini dijadikan sebagai rangka kerja dan panduan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti bagi membantu jabatan/pejabat mencapai objektif yang ditetapkan. Carta organisasi jabatan/pejabat amat penting bagi menjelaskan perkara-perkara berikut:a) Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh jabatan/pejabat.Pembahagian dan pengumpulan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ditunjukkan dengan kewujudan beberapa Unit/Seksyen/Bahagian. Biasanya setiap Unit/Seksyen/ Bahagian akan diperuntukkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu sahaja. Misalnya, Bahagian Perkhidmatan biasanya hanya melaksanakan urusan-urusan berkaitan hal-hal perkhidmatan sahaja, manakala Bahagian Gaji pula hanya menjalankan urusan-urusan berhubung gaji. Contoh Unit/Seksyen/Bahagian yang diwujudkan berdasarkan aktiviti ialah Pentadbiran, Kewangan, Penyelidikan, Latihan dan lain-lain.b) Rantaian perintah (chain of command)Rantaian perintah menunjukkan peringkat hierarki sesebuah jabatan/ pejabat. Peringkat-peringkat hierarki ini akan dapat membantu mengenalpasti ketua-ketua yang bertanggungjawab dalam memberi arahan, membuat keputusan dan mengawal kerja-kerja yang ditetapkan. Dengan mengenali hierarki yang telah ditetapkan, proses membuat keputusan boleh dipercepatkan. Bagi jabatan/pejabat pula, struktur atau carta organisasi jabatan/pejabat amat berguna bagi membantu pihak pengurusan membuat perancangan seperti:I. penambahan atau pengurangan kakitangan; II. pembesaran fungsi-fungsi jabatan/pejabat; III. perancangan latihan staf;IV. saluran maklumat-maklumat pengurusan.Carta organisasi jabatan/pejabat adalah berbeza-beza di antara satu jabatan/ pejabat dengan jabatan/pejabat yang lain disebabkan kelainan dari segi aktiviti, fungsi dan peranan yang dimainkan. Ianya juga boleh berubah-ubah dari masa ke semasa selaras dengan perkembangan yang berlaku dalam jabatan/pejabat. Oleh itu, carta jabatan/pejabat perlu dikemaskini. FUNGSI UTAMA JABATAN/PEJABAT Fungsi utama jabatan/pejabat adalah tugas-tugas utama yang dijalankan bagi membolehkan jabatan/pejabat mencapai objektif penubuhannya. Fungsi-fungsi utama ini bergantung kepada jenis-jenis kegiatan sesebuah jabatan/pejabat. Kegiatan-kegiatan ini ada yang khusus untuk jabatan/pejabat tersebut sahaja dan ada yang merupakan kegiatan biasa (common activity) bagi setiap jabatan/pejabat. Contoh fungsi-fungsi utama yang khusus bagi sesuatu jabatan/pejabat adalah seperti berikut:Jabatan:Jabatan Pendaftaran Negara

Fungsi Utama:Pendaftaran

Contoh Fungsi-fungsi Utama yang biasa bagi setiap jabatan/pejabat ialah:(a)Perkhidmatan

(b)Pentadbiran Am

(c)Kewangan

AKTIVITI-AKTIVITI BAGI SETIAP FUNGSI UTAMA Aktiviti ialah kerja yang dijalankan di bawah fungsi utama. Pelaksanaan sesuatu aktiviti melibatkan tenaga manusia, peralatan, bahan, masa dan kos. Contoh-contoh aktiviti yang khusus adalah seperti berikut:Jabatan:Jabatan Pendaftaran Negara

Fungsi Utama:Pendaftaran

Aktiviti:(a) Kad Pengenalan(b) Perkahwinan(c) Sijil Kelahiran(d) Kewarganegaraan(e) Kematian

Contoh-contoh aktiviti yang biasa (common activity) ialah seperti berikut:Fungsi Utama:Perkhidmatan

Aktiviti:(a) Urusan Pengisian Jawatan(b) Urusan Pengesahan Dalam Jawatan(c) Urusan Kemasukan Dalam Jawatan Berpencen(d) Urusan Penanggungan Kerja

PROSEDUR KERJA BAGI SETIAP AKTIVITI Prosedur kerja ialah rangkaian tindakan yang perlu diambil secara berturutan mengikut peraturan yang ditetapkan bagi melaksanakan sesuatu aktiviti. Adalah penting bagi proses kerja disenaraikan kerana pekerja akan jelas dengan tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk melaksanakan sesuatu aktiviti. Proses kerja yang jelas dapat:a. Mengelakkan kesilapanoperasi dan perundangan ketika menjalankan tugas;

b. Memperlihatkan tindakan-tindakan lengkap yang perlu diambil semasa menjalankan tugas;

c. Membantu kerja penyeliaan;

d. Memudahkan semakan dan pindaan ke atas proses kerja apabila pengemaskinian diperlukan; e. Mengurangkan arahan biasa yang berulang-ulang; f. Memendekkan masa latihan kepada pekerja-pekerja baru; g. Mengekalkan tahap kecekapan dan keberkesanan kerja seseorang pegawai; h. Memudah dan melicinkan urusan harian pejabat;i. Menjamin pencapaian kualiti kerja melalui standard kerja yang telah ditetapkan.Tindakan-tindakan bagi menyediakan proses kerja adalah seperti berikut:i. Semak senarai aktiviti bagi mengenalpasti jenis-jenis aktiviti yang memerlukan penyediaan proses kerja; ii. Sediakanturutantindakan untuk melaksanakan aktiviti tersebut; iii. Mula dengan perkataan 'perbuatan' bagi menyenaraikan setiap proses;iv. Senaraikan jawatan pegawai yang perlu mengambil tindakan ke atas langkah-langkah berkenaan.Contoh format dan proses kerja adalah seperti berikut:

a. Aktiviti Urusan Pengesahan Dalam JawatanJawatanProses

Kerani PerkhidmatanSemak daftar perkhidmatan tiap-tiap bulan dan pastikan pegawai-pegawai yang belum disahkan dalam jawatan.

Semak fail peribadi dan Buku Perkhidmatan pegawai-pegawai berkenaan dan pastikan sama ada syarat-syarat pengesahan telah dipenuhi. Berikan fail kepada Penolong Pengarah Perkhidmatan.

Penolong Pengarah PerkhidmatanJika pegawai tidak memenuhi syarat:

Simpan fail dan Buku Perkhidmatan jika tidakmelebihi tempoh percubaan.

Minta Kerani Perkhidmatan ambil tindakan melanjutkan tempoh jika tempoh percubaan telah tamat.

Jika pegawai sudah memenuhi syarat, rujuk kepada Ketua Jabatan dengan catitan bahawa semuasyaratsyarat yang ditetapkan telah dipenuhiuntukperakuan pengesahan dalam jawatan.

Ketua JabatanCatat perakuan dalam fail.

Kerani PerkhidmatanJika pegawai tidak memenuhi syarat lanjutkan tempoh percubaan (sila lihat proses lanjut tempoh percubaan.)

Bagi pegawai yang diperakukan untuk Pengesahan, sediakan borang berikut:

Borang perakuan Pengesahan Dalam Jawatan (seperti Perintah Am 36);

Kenyataan Lulus Peperiksaan; dan

Kenyataan Perkhidmatan

Sedia surat dan hantar borang-borang di atas kepada SPA melului Ketua Perkhidmatan.Rekodkan pengesahan dalam kawatan dalam Buku Perkhidmatan dan beri surat asal kepada Pegawai berkenaan.Sediakan Kew.8 (7 salinan) dan edarkan kepada:

Kerani Kewangan

SPA

JPA

Fail Peribadi

b. Aktiviti Urusan Pengesahan Dalam Jawatan

JawatanProses

Kerani Bekalan/ Kerani KewanganTerima permohonan/arahan untuk mendapatkan perkhidmatan penyelenggaraan dari Operator Mesin/ Jurutaip/Pemandu

Kerani Bekalan/ Kerani KewanganBagi Penyelenggaraan Kereta: Tentukan bengkel untuk menjalankan penyelenggaraan berasaskan senarai bengkel yang dikeluarkan oleh Kontrak Pusat

PemanduHantar kereta untuk disenggarakan

Kerani Bekalan/ Kerani KewanganBagi Penyelenggaraan Mesin:Pastikan sama ada mesin berkenaan ada kontrak penyelenggaraan atau tidak.

Kerani Bekalan/ Kerani KewanganJika ada kontrak (tempoh jaminan/Kontrak Pusat) semak jadual kontrak penyelenggaraan.

Jika tempoh jaminan telah berakhir pastikan sama ada kontrak penyelenggaraan ada dalam Kontrak Pusat.Jika ada, panggil syarikat yang dilantik oleh Kontrak Pusat.Jika tiada dalam Kontrak Pusat tandatangani Kontrak penyelenggaraanDapatkan kos bagi membaiki mesin berkenaan sari syarikat yang menjalankan pembaikan.Keluarkan Pesanan Kerajaan kepada syarikat berkenaan.Terima pesanan Kerajaan dan invois dari syarikat pembaikan dan pastikan: Kerja-kerja pembaikan telah dijalankan dengan sempurna. Barang-barang gantian yang tercatit dalam invois telah dibekalkan.Sahkan invois dan kembalikan kepada syarikat berkenaan.Rekodkan dalam buku daftar bil-bil dan dalam daftar logi (Buku Daftar Pembaikan).Uruskan bayaran.

CARTA ALIRAN KERJA Carta aliran kerja ialah gambaran secara grafik atau gambarajah ke atas tindakan-tindakan yang terlibat dalam satu aktiviti atau prosedur. Carta aliran kerja diperlukan kerana ia dapat memperlihatkan dengan jelas setiap langkah atau tindakan yang perlu diambil mengikut turutan yang betul, iaitu menunjukkan peringkat permulaan dan peringkat penyelesaian yang dijelaskan secara ringkas. Carta aliran memberikan kefahaman kepada staf mengenai tugas dan tanggungjawab masing-masing.Selain daripada itu carta aliran juga dapat menunjukkan di mana berlaku kelewatan, 'bottleneck' dan kerja berulang-ulang. Ia juga dapat memberi gambaran menyeluruh mengenai aktiviti yang dilakukan. Simbol-simbol tertentu digunakan dalam carta aliran.Carta aliran kerja hendaklah disediakan selepas penyediaan proses kerja. Langkah-langkah bagi penyediaan carta aliran kerja adalah seperti berikut:

a. Rujuk proses kerja bagi aktiviti yang terlibat;

b. Sediakan carta aliran kerja terperinci berdasarkan proses kerja aktivitic. Gunakan simbol-simbol carta aliran yang ditetapkan.

BORANG Borang adalah alat pengurusan yang penting dalam urusan pentadbiran pejabat. Borang digunakan untuk: a. Menyimpan dan merekodkan maklumat;

b. Menyenangkan maklumat direkod dengan cara yang teratur dan sistematik;

c. Membolehkan maklumat yang perlu dan mustahak sahaja yang direkodkan.

Dengan adanya contoh-contoh borang yang digunakan, tujuan berikut dapat dicapai:

a. Dapat menjelaskan lagi prosedur-prosedur yang diterangkan; b. Semua borang-borang yang digunakan oleh jabatan/pejabat dan tujuan borang dapat dikumpulkan untuk rujukan; dan c. Pegawai-pegawai dapat memahami prosedur-prosedur dan borang-borang yang digunakan dalam menjalankan tugas-tugasnya dengan lebih berkesan. FAIL MEJA Fail Meja adalah panduan terperinci mengenai semua tugas yang dijalankan oleh seseorang individu setiap hari yang meliputi:i. Senarai tugas dan tanggungjawab seseorang individu dalam jabatan/pejabat

ii. Rangkaian prosedur dan senarai semak (checklist)

iii. Peruntukan kuasa dan undang-undang yang terlibat dengan tanggungjawab seseorang individu

iv. Objektif Jabatan, Bahagian dan Unit Individu

v. Carta yang menunjukkan kedudukan individu dalam Bahagian atau Unit masing-masingFail Meja berperanan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan setiap individu dalam sesebuah jabatan/pejabat. Bagi tujuan ini, Fail Meja dirangka khusus untuk memberikan panduan terperinci mengenai semua tugas yang dijalankan oleh seseorang individu setiap hari. Asas Fail Meja adalah senarai tugas dan tanggungjawab seseorang individu dalam jabatan/pejabat. Rangkaian prosedur dan senarai semak (checklist) yang terdapat dalam Fail Meja adalah garis panduan langkah demi langkah yang dapat memandu setiap individu menjalankan tugas mereka dengan cekap. Peruntukan kuasa dan undang-undang yang terlibat dengan tanggungjawab seseorang individu juga dimuatkan dalam Fail Meja ini. Objektif Jabatan, Objektif Bahagian dan Unit serta carta yang menunjukkan kedudukan individu dalam Bahagian atau Unit masing-masing akan membantu setiap individu memahami peranan mereka dalam jabatan/pejabat.Dengan adanya Fail Meja, seseorang pegawai akan dapat memahami peranannya dalam sesebuah jabatan/pejabat dan bagaimana ia boleh membantu meningkatkan produktiviti jabatan/pejabat. Fail Meja adalah dokumen rujukan untuk setiap pegawai bagi menjalankan tugasnya setiap hari dan harus ditempatkan di meja pegawai.KANDUNGAN FAIL MEJA

CARTA ORGANISASI JABATAN/PEJABAT Penerangan mengenai carta organisasi jabatan/pejabat yang menunjukkan fungsi jabatan/pejabat adalah sama seperti yang dijelaskan di dalam Bahagian Kandungan Manual Prosedur Kerja.CARTA ORGANISASI BAHAGIAN/UNIT Carta organisasi bahagian adalah pecahan dari carta jabatan/pejabat. Di dalam Fail Meja, hanya carta bahagian yang berkaitan dengan individu/pekerja sahaja yang perlu disediakan. Misalnya, jika individu itu bertugas sebagai Kerani Perkhidmatan, hanya carta Bahagian Perkhidmatan sahaja yang perlu dimasukkan dalam Fail Mejanya. Kedudukan individu ini perlu ditandakan dalam carta organisasi bahagian/unit berkenaan. Carta ini perlu sebagai menjelaskan kepada pekerja yang bertugas di Bahagian tersebut mengenai:a. Aktiviti yang dilaksanakan oleh bahagian/unitnya;

b. Siapa rakan-rakan sejawat yang boleh membantu mengambil alih tugasnya semasa ia berkursus, bertugas di luar pejabat atau bercuti;

c. Pegawai atasan yang boleh dirujuk sekiranya ia menghadapi masalah dalam melaksanakan tugas-tugas harian;d. Di mana dirinya/jawatannya ditempatkan di bahagian/unit berkenaan. OBJEKTIF JABATAN/PEJABAT Penerangan mengenai objektif jabatan/pejabat adalah seperti yang dijelaskan di dalam Bahagian Kandungan Manual Prosedur Kerja.OBJEKTIF BAHAGIAN/UNIT Objektif bahagian/unit adalah pecahan kepada objektif jabatan/pejabat dan ia dinyatakan dalam bentuk objektif jangka pendek yang perlu dicapai oleh bahagian. Setiap aktiviti yang dijalankan oleh bahagian/unit haruslah menyumbang ke arah pencapaian objektif jabatan/pejabat padakeseluruhannya. Ianya perlu dinyatakan dengan tepat, jelas, boleh dicapai dan boleh diukur supaya pihak pengurusan boleh membuat keputusan dan penilaian kemajuan dengan berkesan berasaskan objektif-objektif yang ditetapkan. Tujuan menyediakan objektif bahagian/unit adalah:a. memberi arah tuju yang jelas kepada setiap bahagian bagi mencapai objektif jabatan/pejabat;

b. menjadi asas perancangan dan pembangunan program, projek dan aktiviti yang perlu dijalankan oleh sesebuah bahagian/unit supaya memenuhi objektif jabatan/pejabat;

c. menjadi asas bagi penilaian keberkesanan sesebuah bahagian/unit bagitujuan meningkatkan lagiprestasi bahagian/ unit berkenaan;

d. menetapkan keutamaan-keutamaan jangka panjang bahagian/unit;

e. membolehkan seseorang pengurus menilai keberkesanan sesuatu rancangan supaya ia dapat diubah jika perlu;f. merupakan mekanisma penyelarasan antara penyelia dan pekerja.Contoh objektif bahagian/unit adalah seperti berikut:Objektif Bahagian Kad Pengenalan, Jabatan Pendaftaran Negara

"Untuk mendaftar dan mengeluarkan kad pengenalan kepada mereka yang diwajibkan mengikut undang-undang di bawah Akta PendaftaranNegara 1956 dengan cekap, teratur dan bermutu."

SENARAI TUGAS/KUASA DAN HUBUNGANSenarai tugas ialah senarai yang menjelaskan dengan tepat dan terpennci mengenai tugas, tanggungjawab dan kuasa seseorang pegawai untuk menjalankan tugas-tugasnya. Setiap pegawai perlu mempunyai satu senarai tugas. Ini adalah penting bagi memaklumkan kepada pemegang jawatan berkenaan tugas, tanggungjawab, pengetahuan atau kemahiran yang diperlukan. Setiap senarai tugas perlu mengandungi perkara-perkara berikut:a) Nama Jabatan/Pejabat/Bahagian/Unit

Nama Jabatan/Pejabat/Bahagian/Unit di mana seseorang pegawai itu ditempatkan hendaklah dijelaskan.Contoh:Jabatan:Bahagian:MAMPUPentadbiran dan Kewangan

b) Jawatan Yang Disandang

Jawatan yang disandang oleh seseorang pegawai perlu dicatatkan.Contoh:Jawatan:Kerani Perkhidmatan

c) Tugas dan tanggungjawabTugas dan tanggungjawab pegawai hendaklah disenaraikan dengan jelas dan terperinci.Contoh:Jawatan:Kerani Perkhidmatan

Tugas dan tanggungjawab:a.Mengurus rayuan penyelarasan dan pengubahsuaian gaji.

b.Mengurus penyediaan laporan sulit tahunan, penyata perkhidmatan dan lain-lain.

Kuasa yang diberikan kepada seseorang pegawai perlu dimaklumkan. Ini bagi memudahkan seseorang pegawai bertindak atau membuat keputusan mengikut had yang dibenarkan.Hubungan kerja pegawai dengan pegawai-pegawai lain perlu diketahui. Ini penting dijelaskan bagi membantu pegawai menyelesaikan sesuatu tugas. Hubungan kerja pegawai lain dibahagikan kepada empat cara iaitu:

I. Hubungan kerja dengan pegawai atasan

II. Hubungan kerja dengan pegawai bawahan

III. Hubungan kerja dengan rakan sejawat

IV. Hubungan kerja dengan pegawai dari agensi-agensi luar

Senarai tugas, kuasa dan hubungan kerja perlu dimasukkan ke dalam FM kerana:

i. dapat menjelaskan tugas dan tanggungjawab seseorang pegawai;

ii. memudahkan pihak pengurusan merancang kursus yang sesuai untuk seseorang pegawai;

iii. memudahkan pegawai menguruskan tugas yang dipertanggungjawabkan;

iv. setiap pegawai mengetahui had-had kuasa yang diperuntukkan;v. menjelaskan hubungan di antara seseorang pegawai dengan pegawai lain samada di dalam jabatan/pejabat atau dengan pegawai-pegawai di jabatan/pejabat yang lain.

PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRANSetiap aktiviti mempunyai beberapa peraturan pentadbiran yang harus diketahui oleh pegawai-pegawai sesebuah jabatan/ pejabat. Ia merupakan peraturan-peraturan jabatan/ pejabat yang mesti dipatuhi dalam menjalankan sesuatu aktiviti.

Contoh:

Aktiviti: Urusan Pengesahan Dalam Jawatan.

Peraturan-Peraturan Pentadbiran:a. Pengesahan jawatan di dalam Perkhidmatan Awam mengambil masa di antara 1 hingga 3 tahun dari tarikh mula berkhidmat. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya seseorang staf telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatannya;

b. Semua urusan mengesahkan seseorang pegawai dalam jawatannya hendaklah disertai dengan surat perakuan dari Ketua Jabatan;

c. Seseorang pegawai yang tidak disahkan selepas tempoh percubaannya, tidak layak dinaikkan gaji tahunannya sehingga beliau disahkan dalam jawatannya;

d. Pada amnya, lanjutan tempoh percubaan seseorang pegawai diperlukan dalam keadaan di mana pegawai tidak lulus semua peperiksaan yang disyaratkan dalam tempoh percubaannya;

e. Permohonan lanjutan tempoh percubaan hendaklah dibuat kepada pihak berkuasa yang melantik melalui Ketua Perkhidmatan dengan sokongan Ketua Jabatan; dan

f. Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk mengemukakan perakuan kepada pihak berkuasa lantikan melalui Ketua Perkhidmatan tentang perlanjutan tempoh percubaan tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh percubaan pegawai itu.

PROSES KERJAKonsep proses kerja adalah seperti yang diterangkan dalam Bahagian Kandungan MPK. Untuk FM, senarai jawatan pegawai yang meluluskan tindakan dan senarai undang-undang dan peraturan yang berkaitan perlu disertakan dalam proses kerja. Bagi menyediakan proses kerja, tindakan seperti berikut perlu dilaksanakan:

a. Semak senarai tugas bagi mengenalpasti jenis-jenis kerja yang memerlukan penyediaan proses kerja;

b. Sediakan turutan tindakan mengenai kerja tersebut;

c. Mulakan dengan perkataan 'perbuatan' bagi menyenaraikan setiap proses;

d. Senaraikan pegawai yang perlu dirujuk;e. Senaraikan undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan tugas.CARTA ALIRAN KERJA Penerangan mengenai carta aliran kerja adalah seperti yang diterangkan dalam Bahagian Kandungan MPK. Carta aliran kerja bagi FM seseorang pegawai hendaklah diambil daripada carta aliran yang terdapat dalam MPK bagi aktiviti yang berkaitan dengan pegawai berkenaan. Langkah-langkah dalam aktiviti yang melibatkan pegawai berkenaan perlu ditandakan. Dengan menandakan langkah-langkah ini, pegawai berkenaan akan dapat dimaklumkan mengenai tanggungjawab dan peranannya dalam menyelesaikan sesuatu aktiviti. SENARAI SEMAK/CHECKLIST Checklist ialah satu alat perancangan dan kawalan kerja yang ringkas dan tepat mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil dalam mengendalikan sesuatu aktiviti. Ia boleh berbentuk rangkai kata, soalan dan jawapan ataupun pernyataan peringatan yang diperlukan mengikut jenis/bidang aktiviti yang dilakukan. Seboleh-bolehnya, checklist disusun mengikut tertib turutan tindakan di mana sesuai.Checklist berfungsi sebagai pelan tindakan di dalam melaksanakan sesuatu aktiviti. Kepentingannya amat ketara terutama bagi aktiviti-aktiviti seperti memproses permohonan, semakan keselamatan, semakan kualiti, perancangan dan kawalan pelaksanaan projek-projek pembangunan, persediaan sebelum mengadakan mesyuarat, persidangan dan seminar, pemilihan serta pengambilan pekerja, latihan dan perancangan kemajuan kerjaya.

Checklist perlu disediakan kerana ia:

a. Memberi peringatan dan semakan ke atas tindakan yang perlu diambil dalam melaksanakan sesuatu aktiviti harian;

b. Mengelakkan berlakunya kecuaian, lupa, kesilapan dan pertindihan kerja;

c. Menjadi asas kepada kawalan keselamatan terutama yang melibatkan aktiviti teknikal seperti jadual perjalanan udara dan laut, proses alatan dalam 'assembly line' dan pengekalan kualiti;

d. Menjadi alat pengawasan yang mudah dirujuk dalam usaha menentukan tahap pencapaian kerja, mengesan kelewatan dan memudahkan mengambil tindakan awal jika terdapat masalah;

e. Menjadi semakan terhadap perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian sebelum diteliti atau diluluskan seperti penyediaan kertas kabinet, kertas cadangan atau yang berkaitan dengan pemprosesan lesen/permit/ kelulusan;

f. Menjadi alat mengawal dan menyelaras tindakan-tindakan yang diambil oleh berbagai-bagai unit;g. Mewujudkan disiplin dalam melaksanakan tugas.SENARAI BORANG-BORANG YANG DIGUNAKANKonsep borang adalah seperti penerangan konsep borang dalam Bahagian Kandungan MPK. Senarai borang-borang dalam FM adalah bertujuan membantu pegawai berkenaan mengetahui borang-borang yang berkaitan dengan tugasnya. Contoh senarai borang bagi pegawai yang bertugas di Bahagian Permohonan Kad Pengenalan adalah seperti berikut:

a. Borang Daftar Permohonan Kad Pengenalan (JPN 1/1);

b. Borang Permohonan Kad Pengenalan (JPN 1/2); dan

c. Borang Permohonan Gantian Kad Pengenalan (JPN 1/3).SENARAI UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN Senarai undang-undang dan peraturan yang perlu ada dalam FM adalah petikan kecil daripada arahan-arahan rasmi yang perlu dirujuk oleh seseorang pegawai. Hanya arahan-arahan yang masih digunakan sahaja yang perlu dikandungkan dalam FM. Senarai undang-undang dan peraturan adalah perlu kerana ia:

a. Menjadi rujukan asas yang membolehkan sesuatu aktiviti itu dilaksanakan dengan sah;

b. Menjimatkan masa mengesan semula arahan-arahan yang diperlukan, yang biasanya tersimpan di pelbagai bahagian/unit dalam sesebuah jabatan/ pejabat;c. Memudahkan staf lain membuat rujukan apabila diperlukan.

Cara menyediakan senarai undang-undang dan peraturan adalah seperti berikut:

I. Kumpulkan semua perundangan dan peraturan yang ada kaitan langsung dengan tugas jawatan berkenaan. Undang-undang dan peraturan tersebut adalah seperti Pekeliling Am, Pekeliling Perbendaharaan, Perintah Am, Akta-akta tertentu, Peraturan Pejabat, Arahan dan lain-lain;

II. Sediakan senarai undang-undang dan peraturan tersebut dengan mencatitkan bilangan, tahun dikeluarkan, tarikh serta tajuk ringkas sesuatu arahan tersebut;

III. Kandungkan petikan daripada perundangan dan peraturan tersebut yang mana mempunyai kaitan dengan jawatan-jawatan berkenaan.

SENARAI JAWATANKUASA YANG DIANGGOTAI

Senarai jawatankuasa yang perlu ada dalam FM adalah semua jawatankuasa yang dianggotai oleh pegawai berkenaan. Jawatankuasa itu hendaklah sekurang-kurangnya wujud untuk tempoh 6 bulan.Tujuan menyenaraikan jawatankuasa-jawatankuasa ini ialah supaya pegawai berkenaan mengetahui jawatankuasa-jawatankuasa yang dianggotainya dan membolehkannya membuat persediaan dan perancangan awal sebelum hadir ke mesyuarat jawatankuasa tersebut. Senarai ini juga membolehkan pegawai baru yang mengambil alih tugas mengetahui jawatankuasa-jawatankuasa yang perlu dianggotainya.Di dalam senarai tersebut perlu dicatit nama, kekerapan mesyuarat dan jenis keanggotaan sama ada Pengerusi, Setiausaha, Ahli Tetap, Ahli Turut Hadir, Ahli Jemputan dan lain-lain.

NORMA KERJA Norma kerja ialah jangka masa atau lain-lain pengukuran prestasi yang telah ditetapkan bagi menyiapkan sesuatu kerja. Norma kerja ini boleh menjadi panduan kepada pekerja dalam melaksanakan tugas supaya tahap prestasi yang diharapkan dapat dicapai sepenuhnya. Ia Juga menjadi asas mengukur pencapaian produktiviti sesuatu kerja. Melalui pembaikan dalam persekitaran kerja, sama ada penggunaan teknologi baru, latihan staf dan lain-lain motivasi bekerja, norma kerja boleh diubahsuai supaya selaras dengan usaha-usaha pembaikan yang telah dijalankan. Norma kerja membantu dalam memperbaiki kaedah bekerja bagi tujuan mengurangkan pembaziran dan kesilapan bekerja.

Bagi mewujudkan norma kerja, langkah-langkah berikut boleh diikuti:

a. Dapatkan norma kerja bagi jawatan yang berkenaan atau yang bersamaan dari sumber-sumber yang boleh digunakan, sekiranya ada, dan sesuaikan dengan kebolehan/ keupayaan penyandang jawatan tersebut, peralatan dan mesin-mesin di pejabat.

b. Jika belum ada norma kerja yang diwujudkan dari sumber-sumber lain, jalankan kajian pengukuran kerja bagi mewujudkan norma kerja yang diperlukan.SENARAI TUGAS HARIAN Senarai tugas harian ialah format bagi mengingati dan merancang aktiviti-aktiviti utama yang perlu dilaksanakan pada hari berkenaan. Senarai ini sebaik-baiknya diletakkan di atas meja supaya mudah dirujuk. Senarai tugas harian memudahkan pegawai merancang kerja atau mengambil tindakan-tindakan penting lebih awal. Dengan itu dapat menggalakkan amalan pengurusan masa yang cekap dan berkesan.Senarai tugas harian boleh disediakan sama ada di sebelah petang selepas waktu pejabat ataupun sewaktu mula bekerja di sebelah pagi. Tandakan mana-mana tindakan yang telah selesai dan catitkan alasan bagi tindakan yang memerlukan tindakan susulan atau tertangguh.Penggunaan senarai tugas harian boleh diselaraskan dengan keperluan seseorang pegawai iaitu boleh disediakan secara mingguan atau bulanan. Ada juga jenis jawatan yang hanya sesuai menggunakan checklist sebagai panduan dalam perancangan kerja mereka. Dengan itu senarai tugas harian tidak akan digunakan.

PERBEZAAN ANTARA MANUAL PROSEDUR KERJA DAN FAIL MEJAManual Prosedur Kerja dan Fail Meja mempunyai fokus serta tujuan yang berbeza. Oleh itu, adalah penting bagi sesebuah jabatan/pejabat untuk mempunyai kedua-dua dokumen ini. Perbezaan di antara kedua-dua dokumen ini boleh diringkaskan seperti berikut:

MANUAL PROSEDUR KERJA (MPK)FAIL MEJA (FM)

1. Dokumen rujukan peringkat jabatan1. Dokumen rujukan peringkat individu/jawatan

2. Berasaskan fungsi dan bidang tugas jabatan;2. Berasaskan tugas dan tanggungjawab individu;

3. Satu MPK untuk satu jabatan; 3. Satu FM bagi satu jawatan

4. Mengandungi maklumat menyeluruh mengenai semua aktiviti dalam jabatan.4. Mengandungi maklumat/panduan untuk

mengendalikan tugas yang ditetapkan

bagi satu-satu jawatan.

Manual Prosedur Kerja adalah untuk rujukan semua semua pegawai atau staf. Hanya satu Manual Prosedur Kerja yang perlu disediakan untuk satu jabatan/pejabat. Fokus utama dokumen ini adalah utnuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan jabatan/pejabat itu secara keseluruhan.

Sementara itu, fokus Fail Meja pula adalah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan tugas yang dilaksanakan oleh seseorang individu yang bekerja di jabatan/pejabat tersebut. Fail Meja perlu disediakan untuk setiap individu atau jawatan di jabatan/pejabat tersebut.

KEBAIKAN PENYEDIAAN MPK & FMMerekodkan semua prosedur dan peraturan kerja untuk dijadikan rujukan rasmi

Mewujudkan keseragaman dalam cara menjalankan kerja

Menentukan peraturan jabatan/pejabat dipatuhi

Mengurangkan kesilapan operasi semasa menjalankan tugas

Memendekkan masa latihan bagi pekerja baru

Menyenangkan pertukaran pekerja dari satu jabatan ke jabatan lain

Menyenangkan kajian ke atas sistem kerja dan membolehkan pembaikan sistem

dibuat

Mengurangkan arahan lisan mengenai cara menjalankan kerja

Menjelaskan kuasa dan hubungan kerja dengan pegawai lain

KESIMPULAN Daripada apa yang kami perhatikan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja memang mempunyai perbezaan. Namun begitu, kedua-dua nya mempunyai tujuan dan matlamat yang sama iaitu bertujuan untuk memudahkan tugasan dan menjadikan sesuatu tugas atau kerja dapat dilakukan secara bersistematik, malahan bukan itu sahaja bahkan menjadikan sesuatu individi itu atau sesebuah organisasi dapat mengetahui setiap bidang tugas yang perli dilaksanakan. Dengan ada kedua-dua sistem tersebut pihak sekolah dapat mengikut segala langkah-langkah untuk menyempurnakan sesuatu tugasan dengan baik dan berkualiti.

Oleh itu setiap organisasi mampu menjalankan tugasan masing-masing mengikut tatacara yang telah ditetapkan itu. Oleh itu masalah setiap organisasi di sekolah terutamanya dapat dikurangkan dan tugas berjalan dengan lancar dan baik.

LAMPIRAN

BIBLIOGRAFI

PENGERTIAN DAN KONSEP KEBUDAYAANBudaya diberi pelbagai takrif mengikut kesesuaian dengan latar sosio masyarakat di sesuatu kawasan. Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya.Perkataan budaya berasal dari cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu yang membawa pengertian :i. Budhi (Sanskrit) : kecergasan fikiran dan akal

ii. Kecergasan akal fikiran seseorang akan menentukan tiap pemikiran dalam menangani sesuatu permasalahan dan mencari penyelesaian kepada permasalahan tersebut.

iii. Daya (Melayu) : kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruhiv. Menggunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh semulajadi bagi membantu menjana pemikiran mereka.Kebudayaan ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan meliputi hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan.

Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya ialah :i) Membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti.ii) Memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusian, spiritual dan mental.Culture dalam Bahasa Inggeris bermaksud menanam atau mengerjakan sesuatu. Budaya berkait rapat dengan apa yang dikerjakan sesuatu masyarakat.Budaya juga sesuatu yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi dan boleh diwarisi serta sering berubah mengikut peredaran masa. Kamus Dewan (2005) , budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran , akal budi (cara fikiran), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga dikelasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan sesuatu kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Dictionary of Philosophy (1996), the way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception and habits of thoughts and activity. Nik Safiah Karim, budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa mengerakkan jiwa. Mohd Taib Osman (1988), budaya adalah satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi , budaya merupakan satu alat penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan dalam sesebuah masyarakat.Budaya dari segi bahasa merupakan satu cara yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat kini. Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan kebanyakan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang. Budaya merupakan warisan sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi. Budaya adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka.Budaya dalam konteks pendidikan semasa dilihat melalui budaya di sekolah yang disamakan atau sebahagian daripada budaya masyarakat. Murid akan di didik untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam masyarkat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah. Sebagai pendidik, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Ini membolehkan murid yang dihasilkan sekolah boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum.Sekolah harus berupaya menerapkan budaya melalui pendidikan formal dalam kurikulum dan kegiatan ko-kurikulum. Dalam kepelbagaian kelompok murid di Malaysia, budaya meliputi setiap aspek berikut iaitu lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang diterima, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina. Budaya dalam masyarakat dikatakan melibatkan kesleuruhan aspek yang mengandungi budaya rakyat asal. Budaya adalah lambing dan institusi kebangsaan. Budaya adalah hasil ciptaan nasional yang merangkumi aspek kepercayaan, pemikiran, falsafah, moral, undang-undang, etika, kesenian, bahasa, kesusateraan dan cara hidup yang disebati untuk diterima bersama.Budaya merupakan aspek kepunyaan bersama yang dikongsikan semua masyarakat. Budaya menjadi sumber identifikasi kekitaan dalam kepelbagaian kelompok di Malaysia dan terus diamalkan untuk mengangkat martabat negara.

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.Kebudayaan amat penting bagi individu atau masyarakat. Cara hidup sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat itu tidak dapat difahami melainkan melalui kebudayaan. Kebudayaan dapat membezakan antara suatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Dalam konteks Malaysia, kebudayaan itu dilihat daripada aspek persamaan dan perbezaan cara hidup antara kita sebagai rakyat Malaysia yang kita panggil sebagai masyarakat Malaysia. Apa yang dimaksudkan sebagai kebudayaan di sini menurut definisi sosiologi ialah cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama.Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan daripada penjajah Inggeris kita mewarisi cara hidup zaman penjajah yang mengamalkan dasar "divide and rule". Masyarakat terbahagi kepada golongan atau ras dengan kebudayaan yang bercorak sukuan. Masyarakat kita ketika itu tidak mempunyai dasar-dasar kebudayaan yang pokok yang menjadi kepunyaan kita bersama.

Kesan daripada warisan zaman penjajahan itu menyebabkan rakyat Malaysia tidak mempunyai kejiwaan Malaysia. Warganegara yang berasal dari golongan imigran masih meletakkan taat setia dan berkiblat kepada negara asalnya. Oleh itu, wujud semacam benteng budaya (cultural barrier) antara golongan imigran dengan penduduk peribumi Malaysia.Adalah diakui bahawa perbezaan keturunan atau ras tidak dapat dihapuskan, tetapi ciri-ciri kebudayaan yang asas harus ditonjolkan supaya dapat menentukan corak keperibadian kebangsaan yang memperlihat identiti masyarakat Malaysia. Dengan cara yang demikian corak kebudayaan sukuan dapat diperkecilkan dan semangat (hal.199) kebangsaan Malaysia dapat diperkukuhkan demi untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersepadu.Pembinaan sesuatu negara memerlukan penglibatan semua lapisan masyarakat yang menjadi rakyat negara itu. Pembinaan negara itu belum sempurna jika rakyat negara tersebut tidak meletakkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara itu, terutamanya apabila mempertahankan negara berkenaan daripada pencerobohan musuh. Untuk mencapai matlamat pembinaan negara maka rakyat negara itu harus mempunyai ciri-ciri persamaan dalam perkara pokok termasuk kejiwaannya. Tegasnya, Malaysia memerlukan suatu corak kebudayaan kebangsaan yang dapat memupuk semangat kebangsaan Malaysia demi untuk mewujudkan perpaduan dan kestabilan di dalam negara.

Selain itu, Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik dimana setiap emosi dan sensitiviti masing-masing perlu dijaga supaya kekecohan dan pergaduhan tidak berlaku. Hal ini mengingatkan kita tentang peristiwa hitam 13 Mei 1969. Peristiwa rusuhan kaum pada bulan Oktober 1945 dan 13 Mei 1969 memberi pengajaran yang cukup berguna bahawa pentingnya perpaduan antara kaum bagi menjamin keharmonian yang sedia ada. Sejak awal kemerdekaan lagi tolak ansur telah wujud di antara kaum dengan adanya kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua kaum dan termaktub dalam perlembagaan negara.PEMBENTUKAN KEBUDAYAAN KEBANGSAANBagi menjamin kelangsungan perpaduan nasional, kerajaan telah merangka pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang menjadi garis panduan dalam usaha membentuk satu bangsa yang bersatu dan mempunyai identiti negara, serta dapat mencirikan keperibadian bangsa Malaysia yang unik dan unggul. Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) telah digubal dalam tahun 1971 iaitu pada tanggal 16 - 20 Ogos 1971. Ianya lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (1971).Sesungguhnya, dasar-dasar kerajaan yang bukan bersifat ekonomi inilah yang berjaya menseimbangkan dasar-dasar kerajaan lain dalam memastikan pembangunan negara dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Budaya penting sebagai alat kemajuan atau pembangunan bangsa dan negara. Proses pembangunan negara yang pesat sekarang pasti akan membawa kepada perubahan kepada sistem nilai, perlakuan dan institusi masyarakat Malaysia. Perubahan tanpa mengambilkira soal kesinambungan dan perubahan dalam kehidupan budaya dan masyarakat Melayu akan menimbulkan masalah kesenjangan budaya atau cultural gap, atau masalah residual behaviour atau dysfunctional social habit yang berpanjangan. Masalah ini boleh muncul kerana perkembangan perindustrian dan persejagatan yang berlaku kini telah, dan akan mempercepatkan proses perubahan ekonomi, institusi dan struktur yang lebih pesat berbanding dengan darjah perubahan yang berlaku pada sikap, nilai, norma dan pola perlakuan dalam masyarakat Malaysia. Oleh yang demikian, pemikiran semula tentang dinamika budaya Melayu dan budaya rakyat Malaysia yang lain harus dilakukan. Persoalan asas dalam penilaian semula budaya masyarakat perlu ditumpukan kepada dinamika berikut; teknologi, nilai, kepercayaan dan norma.Perjuangan menuntut kemerdekaan telah diperjuangkan oleh penduduk negeri ini sejak zaman Portugis, Belanda hinggalah ke zaman Inggeris. Akhirnya pada tahun 1957 Malaysia telah mencapai kemerdekaan dan menjadi sebuah negara yang berdaulat. Sebagai sebuah negara bererti ia Malaysia mempunyai satu bangsa Malaysia hasil daripada permuafakatan antara penduduk peribumi dengan berbagai-bagai golongan imigran yang berhijrah ke negara ini.Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan permuafakatan telah diadakan di antara rakyat negeri ini untuk mewujudkan suatu bentuk perlembagaan yang akan menjadi undang-undang yang tertinggi di negara ini. Hasil daripada persetujuan itu terguballah perlembagaan Malaysia. Walaupun perlembagaan Malaysia tidak menjelaskan tentang corak kebudayaan, namun kita mendapati beberapa garis kasar tentang corak kebudayaan negara.

Dalam pengertian yang paling umum, kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkahlaku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran. Tetapi dalam pertuturan sehari-hari, kebanyakan daripada kita membuat pengertian kebudayaan atau mengaitkan dengan fenomena-fenomena seperti bentuk tarian dan muzik, makanan, fesyen pakaian sahaja. Jadi pengertian di sini adalah terlalu sempit dan terhad. Tetapi bagi ahli sains sosial, pengertian kepada konsep kebudayaan ini lebih luas.Dari perspektif sosiologi kebudayaan membawa pengertian segala hasil dan idea yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sebuah masyarakat. Ini termasuklah segala kepercayaan, nilai-nilai politik, adat resam, undang-undang, moral, institusi sosial, seni lukis, bahasa dan bahan-bahan material.Edward B.Taylor telah memberi satu takrif yang klasik mengenai konsep kebudayaan. "..kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat."RASIONALPenggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, pewujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:

(i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.

(ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.

(iii) Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.OBJEKTIFPembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan. Objektif ini dapat dilihat dari aspek keseluruhan penduduk yang berbilang kaum dan keturunan di negara ini. Masyarakat majmuk Malaysia perlu dipupuk dengan nilai-nilai yang dapat dikongsi bersama. Nilai-nilai budaya yang suci ini akan membawa kepada titik-titik persamaan dalam kehidupan masyarakat.ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan. Objektif ini sangat wajar kerana setelah lebih 50 tahun merdeka, masyarakat Malaysia masih belum mempunyai identiti yang kukuh. Semangat sayangkan bangsa, tanahair dan sebagainya masih kabur. Sikap dan imej penduduk Malaysia haruslah dapat dikenalkan di kalangan antarabangsa.iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan manusia dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. Jika dua objektif di atas tercapai, barulah kualiti kehidupan boleh meningkat. Peningkatan kehidupan bermaksud, setiap kaum sudah hilang perasaan prejudis. Keadaan ini memberi peluang kepada setiap kaum di Malaysia mengecapi pembangunan sosioekonomi dan politik yang seimbang.Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:-

i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya.

ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan.

iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia.

iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya.

v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.Prasyarat utama dalam memperkasa budaya adalah dengan memahami bahawa budaya merupakan jelmaan nilai-nilai masyarakat setempat dan bukanlah semata-mata dibataskan kepada stereotaipnya seperti muzik tradisional, tarian asli, dan sebagainya. Tetapi budaya merupakan gaya hidup, penghayatan nilai, pancaran peribadi dan perilaku dalam kehidupan sehari-hari. Hal ini dapat dilakukan dengan memperbanyak penganjuran aktiviti-aktiviti yang dapat membangunkan budaya ilmu, memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam segenap lapangan dan mengetengahkan seni budaya seperti silat dan muzik tradisional yang kaya dengan pengaruh budaya setempat. Selain itu kempen-kempen permartabatan ciri-ciri budaya setempat seperti kempen budi bahasa sewajarnya diperluaskan sehingga masyarakat merasai kesannya. Selain daripada itu juga,dasar kebudayaan kebangsaan dapat dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti pembangunan persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa Kerjasama dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Hal ini termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan- jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan. Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan amat diperlukan . Hal ini kerana badan-badan ini berperanan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan. Selain daripada itu juga, dasar kebudayaan kebangsaan boleh dilaksanakan melalui beberapa bidang. Kebudayaan masyarakat Malaysia dapat ditonjolkan dengan jelas melalui bidang-bidang seperti berikut:i) Pendidikan:Kurikulum yang sama iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Namun begitu bahasa Cina dan bahasa Tamil kekal digunakan. Selain itu juga penubuhan beberapa buah sekolah seperti sekolah kluster dan sekolah sukan turut membantu melaksanakan dasar ini. Di samping itu, dasar MBMMBI yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan baru baru ini antara langkah yang baik dalam mewujudkan dasar kebudayaan kebangsaan.

ii) Media massa:Penonjolan melalui iklan atau rancangan yang melibatkan perpaduan seperti tarian satu Malaysia, penganjuran Citrawarna dan banyak lagi. Manakala akhbar tempatan boleh juga menyumbang menerusi penulisan di ruangan akhbar. Selain itu media elektronik seperti televisyen merupakan medium terbaik dalam mempromosikan kebudayaan kebangsaan.

iii) Sukan: Melalui penganjuran sukan SUKMA iaitu penglibatan dari semua kaum.Secara ringkasnya strategi dan pelaksanaan objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut iaitu dengan pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya.Selain daripada itu,objektif boleh dicapai dengan meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendukung dan mengerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan.Objektif dasar juga turut boleh dicapai dengan mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia. Seterunya, memenuhi keperluan sosiobudaya; dan meninggikan taraf serta mutu kesenianCABARAN YANG DIHADAPIMeskipun telah mencapai kemerdekaan selama lebih 50 tahun namun Malaysia belum mampu untuk menonjolkan kebudayaan yang melambangkan identiti Malaysia sendiri. Setiap kaum dan etnik masih lagi berpegang kuat dan meminta hak yang lebih luas untuk mengamalkan kebudayaan masing- masing. Media elektronik dan media cetak pula terpaksa melayan permintaan kaum yang ada di Malaysia masing-masing dengan menyiarkan iklan atau rancangan yang memenuhi permintaan kaum. Jelasnya rupa bentuk kebudayaan yang masih wujud sehingga ini masih lagi terbahagi mengikut kaum dan etnik masing-masing. Kelahiran pelbagai disiplin ilmu dalam pelbagai bidang seperti teknologi maklumat merupakan satu cabaran dalam era globalisasi. Cabaran yang dibawa bersama oleh teknologi ini ialah budaya luar yang asing daripada budaya tempatan. Budaya asing yang negatif memberikan kesan mendalam terhadap masyarakat.Dalam bidang seni persembahan didapati banyak hasilan seni tradisi itu semakin dipinggirkan atau tidak mendapat perhatian. Hasil seni persembahan tradisi di kawasan-kawasan pendalaman kini didapati kian pupus. Generasi muda yang berminat untuk menyambungkan tradisi itu didapati amat berkurang. Malahan nilai-nilai sosial terhadap seni persembahan tradisi itu didapati semakin kurang diberikan perhatian. Selain itu, dengan pesatnya proses islamisasi, orang melihat seni persembahan tradisi yang berkaitan dengan ritual adalah tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam. Namun, kebanyakan seni persembahan tradisi yang merupakan ritual, seperti main puteri dan main dewa tidak lagi didapati hari ini. Sebahagian daripada seni persembahan tradisional itu merupakan ritual yang mempunyai tujuan atau kepentingan tertentu bagi menjaga keselamatan. Kini dengan pesatnya perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan moden menyebabkan kegiatan atau amalan tradisi itu tidak lagi diteruskan. Dengan itu unsur-unsur seperti itu tidak dapat berfungsi sebagaimana dahulu lagi.Dalam bidang seni tampak tradisional, seperti anyaman, tekstil, pertukangan dan sebagainya masih mempunyai tempat dalam kehidupan moden kini. Kegiatan itu masih diteruskan dan permintaan ramai masih dapat dipertahankan. Malahan dengan menyedari perlunya mengenali lambang-lambang kebangsaan, orang ramai masih memberikan nilai tinggi terhadap hasilan seni tampak itu. Kerajaan melalui badan-badan tertentu, seperti Perbadanan Kraftangan Malaysia memainkan peranan dalam mendorongkan perkembangan kegiatan seni tampak tradisi itu. Penghasilan seni itu cuba dipertahankan keasliannya bagi melambangkan jatidiri Melayu. Walaupun didapati sebahagian daripada hasil seni tampak tradisi itu telah hilang fungsi kini, tetapi fungsi baru misalnya alat perhiasan tetap dipertahankan. Dengan cara itu keaslian seni tampak tradisi itu dapat dihayati bersama oleh generasi akan datang.Masyarakat malaysia yang juga kaya dengan berbagai jenis mainan tradisi, kini dengan pendedahan kepada berbagai jenis mainan moden maka mainan tradisi itu semakin diketepikan. Orang muda tidak berminat untuk terlibat dengan mainan tradisi. Segala jenis mainan tradisi akan tinggal kenangan yang tidak dapat berfungsi dalam perkembangan budaya moden kini. Malahan, berbagai jenis mainan moden itu dianggap bertaraf dunia, dan orang Melayu juga patut mengambil bahagian, terutama untuk turut bersaing dalam pertandingan yang diadakan di peringkat dunia.MEKANISME/ORGANISASIDi samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan.Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan. Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.

Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan.Peranan budaya Melayu dalam negara pelbagai bangsa seperti Malaysia merupakan dimensi yang juga perlu difikirkan, terutama dalam konteks dasar kebudayaan kebangsaan. Dalam masyarakat majmuk budaya juga menjadi faktor pembentukan jati diri bangsa atau negara dan sumber perpaduan kaum. Strategi pelaksanaan dasar kebudayaan kebangsaan dari segi sosial bertujuan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum. Ini kerana perbezaan antara kaum boleh menyebabkan berlakunya polarisasi kaum dan mementingkan kaum masing-masing sahaja. Sekiranya polarisasi kaum berlaku, sukar bagi negara ini mengecapi kedamaian dan tidak mustahil sekiranya isu perkauman akan wujud di negara ini. Oleh itu, melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, kerajaan telah melaksanakan beberapa program dan aktiviti ke arah memelihara dan memperkukuhkan semangat perpaduan negara melalui pelaksanaan aktiviti penggalakan interaksi dan promosi perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia. Strategi jangka pendek dilaksanakan secara berterusan di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan di kawasan-kawasan Rukun Tetangga dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melibatkan masyarakat setempat dari pelbagai peringkat umur dan keturunan etnik. Masyarakat di setiap kawasan Rukun Tetangga boleh bekerjasama dalam gerak kerja gotong-royong seperti semasa kenduri-kendara, membersihkan kawasan kubur, rumah ibadat atau mendirikan balai raya. Bagi mereka, gerak kerja sukarelawan adalah asas mengukuhkan lagi perhubungan antara ahli masyarakat. Lawatan-lawatan integrasi juga dianjur untuk para penduduk melawati wilayah-wilayah lain semasa majlis-majlis perayaan umum negara. Adanya aktiviti yang berterusan akan membolehkan rakyat untuk berinteraksi dan menjalinkan perhubungan antara mereka di samping mewujudkan suasana persefahaman yang mesra dan harmoni. Sementara itu, strategi jangka panjang pula dilaksanakan melalui dasar-dasar dan program-program kerajaan yang menjurus ke arah perpaduan nasional seperti Dasar Pembangunan Negara, Dasar Belia Negara, Dasar Sosial Negara, Program Latihan Khidmat Negara, dan sebagainya. Ini termasuklah juga program-program sukan, kebudayaan dan perayaan-perayaan seperti majlis-majlis rumah terbuka Malaysia sempena menyambut hari perayaan umum kumpulan-kumpulan etnik di negara kita.Memetik kata-kata AllahyarhamTunAbd.Razak, Perdana Menteri kedua dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971, nenek moyang bangsa kita yang endiami rantau Nusantara ini meninggalkan pusaka kebudayaan yang kaya raya dan tinggi mutunya. ...sewajarnya kita menerima gagasan bahawa Kebudayaan Kebangsaan yang sedang dibentuk dan dicorakkan hendaklah berlandaskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. patutlah juga mengambil unsur-unsur kebudayaan yang datang ke rantau iniyang dapat menyegarkan dan mencorakkan kebudayaan Malaysia masa hadapan. Namun harus diingat dalam mencari bentuk dan menentukan corak tersebut, kita tidak lah melupakan masyarakat kita yang berbilang bangsa the reality of our multiracial societyOleh itu, sama-samalah kita menghargai warisan budaya kita kerana melalui perkara sebegini jugalah perpaduan dapat dipupuk di dalam negara yang berbilang kaum ini.

PENCAPAIAN, HARAPAN DAN JANGKAAN1. Penggunaan satu bahasa, iaitu bahasa Melayu di Malaysia lebih meluas pada hari ini berbanding pada masa dahulu. Boleh dikatakan sebahagian daripada matlamat kejayaan ini adalah untuk mencapai identiti budaya.

2. Sudah terdapat bukti beberapa unsur-unsur kebudayaan kebangsaan dalam bidang seni seperti muzik dan tarian.

3. Pada keseluruhannya, pencapaian-pencapaian dasar kebudayaan nasional masih jauh daripada matlamat.KESIMPULAN

Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.BIBLIOGRAFI Sidang Pengarang.( 2003). Penilaian Tahap kecekapan (PTK) . Kuala Lumpur. Penerbit FeminaKementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia. (2005). Wan Liz Ozman Wan Omar. (1996). Pengurusan Islam Abad Ke-21. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors PEMBANGUNAN SOSIAL DALAM HUBUNGAN ETNIK. ZALIZA MOHD. NASIR

NORLIN AHMAD. Dipetik daripada http://www.penerbit.utm.my.pada 4 mei 2012

Diambil dari http://kebudayaan.kpkk.gov.my, pada 10 November 2010

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/238-dasar-kebudayaan-kebangsaan.htmlhttp://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=538&Itemid=161&lang=bmi. Latar Belakang Jabatan/Pejabat

ii. Objektif Jabatan/Pejabat

viii. Borang

MANUAL PROSEDUR KERJA

iii. Carta Organisasi Jabatan/Pejabat

vii. Carta Aliran Kerja

vi. Prosedur Kerja Bagi Setiap Aktiviti

iv. Fungsi Utama Jabatan/Pejabat

v. Aktiviti-aktiviti Bagi Setiap Fungsi Utama

Objektif Jabatan/Pejabat

Senarai Jawatankuasa Yang Dianggotai

Carta Aliran Kerja

Senarai Tugas Harian

Peraturan-peraturan Pentadbiran

Senarai Tugas/Kuasa dan Hubungan

Proses Kerja

Objektif Bahagian/Unit

Senarai Borang-borang yang Digunakan

Carta Organisasi Bahagian/Unit

Carta Organisasi Jabatan/Pejabat

FAIL MEJA

Norma Kerja

Senarai Undang-Undang

Senarai Semak

SOALAN 1:-

Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja. Nyatakan perbezaan-perbezaan di antara keduanya.

SOALAN 2:-

Tujuan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah untuk mewujudkan satu identiti bangsa Malaysia. Bincangkan.