manual pengguna guru_mp sppbsm

16
SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS) MANUAL PENGGUNA BAGI GURU MATAPELAJARAN LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Upload: cgrohanasmksm

Post on 26-May-2015

7.839 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Manual pengguna guru_mp sppbsm

SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN

SEKOLAH (SPPBS)

MANUAL PENGGUNA

BAGI GURU MATAPELAJARAN

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 2: Manual pengguna guru_mp sppbsm

2 / 16

SENARAI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Pengenalan 3

2. Keterangan Umum SPPBS 3

3. Penggunaan Sistem Secara Menyeluruh 3.1 Laman Utama SPPBS 4

3.2 Login 4

3.3 Kemaskini Profil 5 3.4 Laman Utama Guru Matapelajaran 7

3.5 Daftar Murid Dengan MP 8

3.6 Kemasukan Prestasi 9 3.7 Laporan

3.7.1 Senarai Murid 11

3.7.2 Senarai Murid Tiada Markah 12 3.8 Cetakan 13

3.9 Bantuan

3.9.1 Pegawai Yang Boleh Dihubungi 16 3.9.2 Manual Pengguna 16

3.10 Keluar 16

Page 3: Manual pengguna guru_mp sppbsm

3 / 16

1. PENGENALAN Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dibangunkan bagi kemasukan prestasi murid berlandaskan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sistem ini dibangunkan secara atas talian.

2. KETERANGAN UMUM SPPBS

Secara umumnya, berikut adalah gambarajah proses kerja utama keseluruhan SPPBS untuk guru matapelajaran.

SPPBS menyediakan skrin-skrin bagi melakukan proses-proses kerja yang diperlukan oleh Guru Matapelajaran. Skrin-skrin tersebut dapat dicapai melalui menu yang boleh dipilih sebelah kiri skrin. Senarai menu tersebut ialah :

a. Login b. Laman Utama c. Daftar Murid Dengan MP d. Kemasukan Prestasi e. Laporan

i. Senarai Murid ii. Senarai Murid Tiada Markah

f. Cetakan g. Pengguna

i. Kemaskini profil h. Bantuan

i. Pegawai Yang Boleh Dihubungi ii. Manual Pengguna

i. Keluar

Page 4: Manual pengguna guru_mp sppbsm

4 / 16

3. PENGGUNAAN SISTEM SECARA MENYELURUH

3.1 LAMAN UTAMA SISTEM

Skrin ini akan dipaparkan pada permulaan sistem apabila memasuki laman web Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). Pengguna Guru Matapelajaran memasuki sistem ini melalui perkataan Guru Matapelajaran. Ia perlu diklik untuk memaparkan skrin login ke Sistem bagi Guru Matapelajaran. Ia perlu diklik untuk memaparkan skrin login ke Sistem bagi Guru Matapelajaran.

3.2 LOGIN

Klik untuk ke laman login

Page 5: Manual pengguna guru_mp sppbsm

5 / 16

Guru Matapelajaran perlu memasukkan Nama Login dan Kata Laluan yang telah diberikan. Setelah itu, butang <Masuk> perlu diklik bagi tujuan pengesahan pengguna sistem.

Skrin Nama Login dan Kata laluan yang tidak sepadan

Sekiranya Nama Login dan Kata Laluan tidak sepadan atau salah, skrin dan paparan mesej seperti di atas akan dipaparkan. Guru Matapelajaran perlu memasukkan semula Nama Login dan Kata Laluan bagi tujuan pengesahan sekali lagi. Sekiranya pengesahan berjaya, skrin pengemaskinian maklumat pengguna Guru Matapelajaran akan dilakukan sendiri oleh pengguna Guru Matapelajaran.

3.3 KEMASKINI PROFIL

Page 6: Manual pengguna guru_mp sppbsm

6 / 16

Menu sistem yang dipaparkan pada skrin di atas ialah <Laman Utama> dan <Keluar> sahaja. Guru Matapelajaran perlu memasukkan kata laluan yang baru. maklumat bagi tujuan keselamatan sistem serta melindungi data dalam sistem.

Sekiranya kata laluan lama tidak sepadan seperti yang diberikan, maka skrin yang mempunyai mesej dibawah akan dipaparkan.

Skrin kata laluan lama yang tidak sepadan

Guru Matapelajaran perlu mengulangi langkah memasukkan kata laluan lama, kata laluan baru dan Ulangan kata laluan. Kata laluan baru dan Ulangan kata laluan yang dimasukkan juga perlu sepadan.

Page 7: Manual pengguna guru_mp sppbsm

7 / 16

3.4 LAMAN UTAMA GURU MATAPELAJARAN

Skrin Laman Utama Guru Matapelajaran akan memaparkan maklumat mengenai pengguna Guru Matapelajaran yang telah didaftarkan. Di sebelah kiri skrin pula memaparkan Menu Sistem yang boleh dicapai oleh Pengguna Guru Matapelajaran.

Page 8: Manual pengguna guru_mp sppbsm

8 / 16

3.5 DAFTAR MURID DENGAN MP

Apabila menu <Daftar Murid Dengan MP> diklik, skrin di bawah akan dipaparkan. Guru Matapelajaran perlu memilih darjah, kelas dan matapelajaran yang ingin didaftarkan muridnya. Kemudian, tekan butang <Cari>.

Senarai murid yang berdaftar dalam darjah dan kelas yang dipilih akan dipaparkan. Guru perlu memilih murid yang diajarnya dari senarai murid tersebut dengan tanda √. Setelah pilihan murid dilakukan, tekan butang <Simpan>.

Page 9: Manual pengguna guru_mp sppbsm

9 / 16

Mesej seperti di bawah akan dipaparkan dan murid telah didaftarkan dengan matapelajaran yang diajar oleh guru.

3.6 KEMASUKAN PRESTASI

Apabila menu <Daftar Murid Dengan MP> diklik, skrin di bawah akan dipaparkan. Guru Matapelajaran perlu memilih tahun, bulan, darjah, kelas dan matapelajaran yang ingin dimasukkan prestasinya. Kemudian, tekan butang <Cari>.

Page 10: Manual pengguna guru_mp sppbsm

10 / 16

Tandakan √ pada prestasi yang telah dicapai oleh murid.

Setelah tandaan √ dilakukan, tekan butang <Simpan>.

Page 11: Manual pengguna guru_mp sppbsm

11 / 16

Prestasi murid akan dipaparkan seperti di bawah.

3.7 LAPORAN

3.7.1 SENARAI MURID

Apabila sub menu <Senarai Murid> diklik pada menu <Laporan>, skrin di bawah akan dipaparkan. Pilih tahun, bulan, darjah, kelas dan matapelajaran yang dikehendaki.

Page 12: Manual pengguna guru_mp sppbsm

12 / 16

Semua murid akan dipaparkan seperti di bawah. Sekiranya prestasi murid ingin dikemaskini, klik pada

gambar .

3.7.2 Senarai Murid Tiada Markah

Apabila sub menu <Senarai Murid Tiada Markah> diklik pada menu <Laporan>, skrin di bawah akan dipaparkan. Pilih tahun, bulan, darjah, kelas dan matapelajaran yang dikehendaki.

Page 13: Manual pengguna guru_mp sppbsm

13 / 16

Semua murid yang tiada markah mengikut pilihan yang telah dimasukkan akan dipaparkan seperti di

bawah. Sekiranya prestasi murid ingin dimasukkan, klik pada gambar .

3.8 CETAKAN

Apabila menu <Cetakan> diklik, skrin di bawah akan dipaparkan. Pilih sama ada cetak Pernyataan Pelaporan Prestasi Murid (Formatif) atau Pernyataan Pelaporan Prestasi Murid (Sumatif).

Page 14: Manual pengguna guru_mp sppbsm

14 / 16

i. Pernyataan Pelaporan Prestasi Murid (Formatif)

Sekiranya cetakan Pernyataan Pelaporan Prestasi Murid (Formatif), skrin dibawah akan dipaparkan. Guru Matapelajaran perlu memilih tahun, bulan, darjah, kelas dan matapelajaran yang ingin dimasukkan prestasinya. Guru juga perlu memilih sama ada ingin paparan prestasi semua murid atau kemasukan no. MyKid murid. Kemudian, tekan butang <Semak>.

Cetakan akan dipaparkan dalam bentuk file .pdf seperti dibawah.

Page 15: Manual pengguna guru_mp sppbsm

15 / 16

ii. Pernyataan Pelaporan Prestasi Murid (Sumatif)

Sekiranya cetakan Pernyataan Pelaporan Prestasi Murid (Sumatif), skrin dibawah akan dipaparkan. Guru Matapelajaran perlu memilih tahun, bulan, darjah, kelas dan matapelajaran yang ingin dimasukkan prestasinya. Guru juga perlu memilih sama ada ingin paparan prestasi semua murid atau kemasukan no. MyKid murid. Kemudian, tekan butang <Semak>.

Cetakan akan dipaparkan dalam bentuk file .pdf seperti dibawah.

Page 16: Manual pengguna guru_mp sppbsm

16 / 16

3.8 BANTUAN

3.8.1 PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI

Sekiranya klik pada sub menu <Pegawai Yang Boleh Dihubungi> pada menu <Bantuan>, maka paparan berkenaan pegawai yang boleh dihubungi oleh Guru Matapelajaran akan dipaparkan.

3.8.2 MANUAL PENGGUNA

Sekiranya klik pada sub menu <Manual Pengguna> pada menu <Bantuan>, maka manual pengguna Guru Matapelajaran akan dipaparkan.

3.9 KELUAR

Apabila menu <Keluar> diklik, Guru Matapelajaran tidak dapat mencapai segala proses yang boleh dilakukan di dalam sistem. Guru Matapelajaran perlu memulakan semula proses dengan memasukkan nama login dan kata laluan sekiranya hendak memasuki sistem.