manhaj tarbiyyah

Upload: azmi-bahari

Post on 14-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Manhaj Tarbiyyah

    1/13

    Suntingan Abu UmarGAMBARAN RINGKAS BERKAITAN

    KONSEP,MATLAMAT,PRINSIP,

    SASARAN SERTA ELEMEN &RUANG

    LINGKUP MANHAJ TARBIYYAH

    ISLAMIYYAH

    Manhaj

    Tarbiyyah

    K e h i d u p a n & K e i m a n a nm y . o p e r a . c o m / a z m i b h r /

  • 7/27/2019 Manhaj Tarbiyyah

    2/13

    2

    Manhaj Tarbiyyah

    Muqaddimah

    Firman Allah swt yang bermaksud:Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dancarilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya dan berjihadlah padajalannya supaya kamu mendapat keuntungan (Surah Al-Maidah ayat35)

    Dalam ayat diatas Allah memerintahkan manusia mencari segalajalan yang boleh mendekatkan diri kepadaNya dan berusahamendapatkan keredhaanNya. Atas dasar memenuhi tuntutan inilah

    kefahaman tarbiyyah ditegakkan. Tarbiyyah merupakan segala usahayang dilakukan kea rah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah.Justeru, ia melibatkan segala usaha melibatkan pendidikan,pengalaman, penglibatan dalam perjuangan Islam. Kesanpersekitaran dan faktor lain yang boleh mentaqarrubkan diri kitakepada Allah.

    Allah telah menggariskan dasar-dasar pentarbiyyahan serta uslubnyayang pelbagai dalam Al-Quran. Rasulullah pula telah melaksanakandasar-dasar pentarbiyyahan ini dengan begitu berkesan. Dari

    pentarbiyyahan tersebut baginda telah berjaya melahirkan generasiyang benar-benar menghayati Islam serta sanggup memberikanseluruh kehidupan mereka untuk perjuangan Islam.

    Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah

    A. Matlamat Khusus

    1. Melahirkan umat muttaqin yang mempunyai taalluq billah

    yang kuat.

    Ini bermaksud Tarbiyyah islamiyyah bertujuan melahirkan satugenerasi para duat yang bertaqwa dan bersungguh-sungguhmelaksanakan tugas perjuangan Islam. Taaluq billah bermaksudtarbiyyah Islamiyyah bermatlamat melahirkan para mukmin yanghidup dan matinya, ibadah dan pengorbanannya untuk Allah.

    2. Melahirkan insan muttaqin yang menyerahkan diri sepenuhnyakepada Allah

    Tarbiyyah Islamiyyah adalah program melahirkan insane muttaqinyang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka adalahgolongan manusia yang benar-benar cintakan Allah dan berlumba

  • 7/27/2019 Manhaj Tarbiyyah

    3/13

    3

    mendapatkan keampunan dan syurgaNya. Mereka juga benci dantakut dilemparkan oleh Allah ke neraka jahannam.

    3. Melahirkan para mukmin yang menghayati perjuangan

    Mukmin yang menghayati perjuangan ialah orang-orang yangperasaan, percakapan dan tindakan mereka telah dikuasai olehkesungguhan terhadap perjuangan. Firman Allah swt yangbermaksud:

    Sesunguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yangberiman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu untuk berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah.Mereka itulah orang-orang yang benar (Surah AlHujurat : 15)

    B. Matlamat Umum

    1. Beribadah kepada Allah swt yang Esa mengikut syariat yangdiwujudkan oleh Allah swt seperti mana firmanNya yang bermaksud:Dan ingatlah tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkanuntuk mengabdikan diri kepadaKu (Surah Az Zariyat : 56)

    2. Menjadi khalifah Allah swt di atas muka bumi. Firman Allah swtyang bermaksud:

    Dan (ingatlah) ketika Tuahnmu berfirman kepada malaikat:sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang kahlifah di bumi(Al-Baqarah : 30)

    Ekoran daripada itu, maka penciptaan manusia oleh Allahbertanggungjawab memakmurkan bumi ini dengan segalaperancangan dan poembangunan sebagaimana yang diperintahkanoleh Allah swt.

    1. Berkenal-kenalan dan berbaik-baik di kalangan manusia.

    Allah swt berfirman:

    Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamudari lelaki dan perempuan, dan Kami teloah menjadikan kamuberbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan(dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnyasemulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam

    PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah Al-Hujurat :13)

  • 7/27/2019 Manhaj Tarbiyyah

    4/13

    4

    Oleh kerana itu, manusia hendaklah berkasih-sayang sesamamereka, bantu membantu antara satu samal lain dan seterusnyaingat-mengingati serta pesan-memesan sesama mereka dalamperkara kebaikan.

    2. Memimpin dan memerintah dunia ini.

    Firman Allah swt:

    Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh darikalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akanmenjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasapemerintahan di bumi; sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orangyang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan

    menguatkan dan mengambangkan agama mereka (agama Islam) yangtelah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagimereka keamanan setelah mereka menggantikan ketakutan (dariancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidakmempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah)sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. (Surah AnNur: 55)

    Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa Allah swt menjanjikangolongan beriman dan beramal soleh dari kalangan manusia akandikurniakan kuasa pemerintahan di atas muka bumi ini. Pada waktu

    itu manusia dapat menjalankan urusan harian dan berbakti kepadaAllah swt dalam suasana yang aman.

    3. Menjalankan syariat Allah swt di bumi ini.Matlamat dan tujuan seterusnya manusia dijadikan oleh Allah swtialah untuk menjalankan syariat Allah di muka bumi ini. Inimerupakan matlamat yang sangat besar dan masyhur. Ia merupakanintisari kepada segala matlamat yang lain. Banyak ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan kepada kita tentang perkara ini. Antaranyaialah firman Allah swt:

    Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad danutuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) darihukum-hukum agama; maka turutlah syariat itu, dan janganlahengkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui(perkara yang benar) (Surah Al Jathiyyah : 18)

    C) Matlamat Tarbiyyah Dari Sudut Keahlian Dan Keanggotaan

    Matlamat tarbiyyah Islamiyyah dari sudut keanggotaan dan keahlian

    adalah untuk melahirkan:

  • 7/27/2019 Manhaj Tarbiyyah

    5/13

    5

    1) para anggota yang memahami atau bersedia untuk memahamiIslam dan perjuangannya sebagaimana yang digariskan di bawah:

    a) Hendaklah ia memahami bahawa Islam itu ialah agama yanglengkap, merangkumi seluruh bidang kehidupan manusia samaada

    aqidah dan syariah ataupun agama dan negara. Oleh kerana itu, iamestilah bersedia untuk membetulkan aqidahnya, ibadahnya danlain-lain selari dengan kehendak al-Quran, al-sunnah, ijma dan qias.

    b) Ia mestilah memahami bahawa al-Quran, al-Sunnah, Ijma danQias itu merupakan rujukan utama umat Islam. Pendapat sesiapajuapun yang berlawanan dengan sumber-sumber tersebut tidak bolehdihormati dan dipatuhi malah tidak perlu dipertimbangkan langsung.

    c) Manakala pendapat para pemimpin yang tidak berlawanan dengan

    sumber-sumber tersebut hendaklah dihormati.

    d) Perselisihan pendapat dalam perkara furu adalah perkara kecildan tidak perlu dielakkan. Oleh itu setiap muslim yang belummencapai martabat ijtihad hendaklah menerima dan memakai mana-mana pendapat alim ulamak yang muktabar dan janganlahmenjadikannya sebagai punca perpecahan di kalangan anggota.

    e) Setiap anggota mestilah faham bahawa dia tidak bolehmengkafirkan seseorang yang mengucap dua kalimah syahadahselama mana dia beramal dengan tuntutan dan kehendak dua

    kalimah syahadah tersebut dan selama mana dia tidak mengeluarkankata-kata yang menjadikan seseorang itu keluar dari Islam.

    2) setiap anggota hendaklah jujur dan ikhlas dalam perjuangan dansemata-mata kerana Allah. Allah swt berfirman yang bermaksud:

    Katakanlah:sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku,hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkansekalian alam (Surah Al-Anam: 162)

    3) Setiap anggota hendaklah bekerja dengan gigih untuk menjayakanmatlamat perjuangannya. Allah swt berfirman:

    Dan katakanlah (wahai Muhammad); beramallah kamu (akan segalayang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orangyang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akandikembalikan kepada (Allah) yang Mengetahui perkara-perkara yangghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apayang telah kamu kerjakan (Surah At-Taubah : 105)

    Setiap anggota perlulah menunaikan tanggungjawab masing-masing.

    Terdapat beberapa peringkat Tarbiyyah:

  • 7/27/2019 Manhaj Tarbiyyah

    6/13

    6

    1). Peringkat awal hendaklah dia membetulkan dirinya supayamenjadi insan yang soleh, badan yang sihat lagi kuat, cara berfikiranbaik, pekerti mulia, aqidahnya betul, ibadahnya sah, pandai menjagamasa, bermanfaat kepada diri sendiri dan masyarakat.

    2). Peringkat kedua ialah membentuk keluarga (rumahtangga) secaramuslim (baitul Muslim). Bagi yang belum berkeluarga hendaklahmemilih pasangan yang soleh seyterusnya mendidik anak secaraIslam.

    3). Peringkat ketiga adalahmemperbaiki masyarakat supaya menjadisebuah masyarakat yang terlaksana di dalamnya sebuah ajaran Islamyang dipandu dan dipimpin oleh sebuah kerajaan Islam.

    4) Setiap anggota hendaklah mengetahui bahawa mereka dikehendaki

    berjihad. Dia mestilah mengetahui bahawa berjihad adalah suatufardhu yang diwajibkan secara berterusan sampai hari kiamat.Ketahuilah bahawa serendah-rendah martabat jihad ialah ingkardengan hati, setinggi-tingginya ialah berperang pada jalan Allah danditengahnya ialah engkar dengan lisan dan dengan kata-kata.

    5) Setiap anggota hendaklah memahami bahawa dia mestilahbersedia untuk berkorban jiwa dan harta demi untuk agama Allahswt yang tercinta ini. Allah swt berfirman:

    Sesungguhnya Allah swt telah membeli dari orang-orang yang

    beriman akan jiwa dan harta benda mereka dengan balasan bahawamereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang padajalan Allah. Lalu diantara mereka ada yang membunuh dan adaayang terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janjiyang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam kitab Taurat dan Injilserta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakanjanjinya daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualan yangkamu jalankan jual belinya itu, dan (ketahuilah bahawa)jual beli(yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar (Surah At-Taubah :111)

    6) Setiap anggota hendaklah taat dan patuh kepada arahan pucukpimpinan dan melaksanakannya samaada sewaktu senang ataususah, sama ada dia bersetuju atau sebaliknya. Ketahuilah bahawaperjuangan itu melalui 3 peringkat iaitu tarif, takwin dan tanfiz

    7) Setiap anggota hendaklah tetap pendirian. Dia mestilah terusberjuang walaupun memakan masa yang panjang. Allah swtmerakamkan ayat di dalam firmanNya:

    Diantara orang-orang yang beriman itu, ada yang menepati apa yang

    mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang

  • 7/27/2019 Manhaj Tarbiyyah

    7/13

    7

    gugur (syahid), dan di antaranya ada yang masih menungu-nunggu,dan mereka tidak sedikitpun berubah janjinya (Surah Al Ahzab: 23)

    Setiap anggota hendaklah membersihkan fahaman pemikiran darisegala unsur yang tidak Islam. Ingatlah tidak ada yang lebih baik

    selain dari Islam yang diperjuangkan itu. Islam adalah ciptaan Allahyang tidak ada setanding dengannya.

    9) Setiap ahli jamaah mestilah merasakan bahawa anggota-anggotayang lain itu adalah saudaranya, saudara seaqidah yanghubungannya lebih kuat dari saudara keturunannya (menjagaukhwah).

    10) Setiap anggota hendaklah memberi kepercayaan (thiqah) yangtidak berbelah bahagi antara satu sama lain terutamanya terhadap

    pimpinan.

    D) Prinsip Tarbiyyah Islamiyyah

    1. Tarbiyyah Islamiyyah adalah perkara wajib kerana ia merupakanagenda terpenting Rasulullah saw dan kerja utama Rasulullah sawdan juga nabi-nabi dan rasul-rasul yang terdahulu.

    2. Tarbiyyah Islamiyyah perlulah berlandaskan kepada keikhlaankepada Allah swt, iaitu mengajar dan mempelajari ilmu pengetahuan

    kerana Allah swt semata-mata, bukan kerana material atau keranamatlamat lain yang bukan mencari keredhaan Allah swt.

    3. Tarbiyyah Islamiyyah itu tidak terikat dengan masa dan umur. Iadilakukan secara terus menerus bermula daripada kandungan yangbaru dilahirkan sampailah kepada berpindah kea lam kubur. Tidakada seorang pun yang boleh mendakwa dirinya sudah sempurna,paling alim dan bijak. Ini kerana ilmu yang Allah swt bekalkankepada manusia adalah sangat terhad dan sedikit Cuma berbandingdengan ilmu Allah swt yang tidak bertepi.

    4. Tarbiyyah Islamiyyah berjalan di atas prinsip al takamul (lengkapmelengkapi) anatar ilmu dengan iman. Iman mengajak manusiamencari ilmu, manakala ilmu pula mengajak manusia beriman.Firman Allah swt yang bermaksud:

    Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah)Allah dari kalangan hamba- hambanya hanyalah orang-orang yangberilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha pengampun(Surah Al Fathiir : 28)

    5. Tarbiyyah Islamiyyah itu mengajak supaya bersikap tidak terusmenerima apa sahaja yang dipusakai daripaa generasi yang lalu

  • 7/27/2019 Manhaj Tarbiyyah

    8/13

    8

    melainkan sudah dibuat kajian yang teliti dan dipastikan bahawa iabenar. Firman Allah swt yang bermaksud:

    Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukansesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: kami dapati datuk

    nenek kami mengerjakannya, dan Allah perintahkan kamimengerjakannya. Katakanlah (wahai Muhammad) SeungguhnyaAllah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji.Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamumengetahuinya? Al-Araf : ayat 28)

    E) Elemen Penting Tarbiyyah Islamiyyah

    1. Tauhidullah (mengesakan Allah)Ini mendorong tindakan bersifat tajarrud iaitu bersih dari sebarangideoogi dan pengaruh mana-mana pihak. Ia juga berupayamenentukan unsure-unsur jahiliyyah dan menegakkan Islam ataskeruntuhannya.

    2. Nubuwwah (berlandasakan apa yang dibawa oleh para Nabi)Ia membezakannya dengan tarbiyyah Jahiliyyah yang berdasarkanaqal semata-mata.

    3. Al-Hasyr wal Jaza (hari manusia dikumpulkan dan diberi

    pembalasan)Tarbiyyah Islamiyyah tidak meletakkan dunia sebagai matlamat akhirtetapi ia tidak memutuskan rantaian dunia dan akhirat.

    F) Ruang Lingkup Tarbiyyah

    1. Tarbiyyah Aqliyyah

    Mendidik dan mengajar ahli memimpin akal untuk berfikir, memberipandangan dan tafaqquh dalam ilmu serta boleh merancangberlandaskan sumber-sumber utama.

    Tuntutan kepada ahli:

    Melatih akal supaya boleh berfikir dan merancang untukkeperluan gerakan

    Menghindarkan diri dari budaya taqlid daripada orang lain atauorang terdahulu.

  • 7/27/2019 Manhaj Tarbiyyah

    9/13

    9

    Mendidik akal mengkaji sumber-sumber syariah dan melatihdiri mengaplikasikannya berdasarkan keperluan dankesesuaian semasa.

    Berlatih mendengar dan meraikan pandangan ahli,mempertimbangkan pandangan tersebut barlandaskan asasislam.

    Sentiasa menjadikan sumber asas islam sebagai makanan akal. Berlatih untuk mengembangkan pemikiran (pemikiran

    terbuka).

    2. Tarbiyyah Khuluqiyyah (tingkah laku)

    Akhlak itu meliputi seluruh sudut kehidupan. Ia meliputi kawalannafsu, benar dalam percakapan, ihsan dalam amalan, amanah dalammuamalat, berani dalam memberi pandangan, adil dalammenghukum, berazam untuk kebaikan dan sebagainya. Terdapatbeberapa elemen penting dalam Tarbiyyah Khuluqiyyah yang harusdiaplikasi oleh setiap ahli:

    Sabar sabar dengan apa jua keadaan walaupun dalamkeadaan susah, senang, suka, sedih dan sebagainya

    Thabat (tetap pendirian) istiqomah dan iltizam denganperjuangan. Perlu menjadikan Rasulullah saw sebagai qudwahhasanah.

    Amal (berwawasan)mempunyai azam untuk menaikkan Islamdan memberi pengharapan terhadap kejayaannya, tidakberputus asa dalam perjuangan Islam.

    Mencurahkan tenaga gigih dan berusaha dalammenggerakkan jamaah. Tidak kedekut dalam menyumbangkanmasa, tenaga, harta, kebahagiaan keluarga hatta diri sendiri

    untuk jamaah

    3. Tarbiyyah Jihadiyyah (Jihad)

    Tarbiyyah Jihad merangkumi iman, akhlak, ruh, usaha bersamakawalan dan latihan dan tindakan. Menanam ruh jihad termasuklahjihad nafsu, harta, jiwa dan masa. Oleh itu tarbiyyah jihadmencakupi:

    Kefahaman Akhlak

  • 7/27/2019 Manhaj Tarbiyyah

    10/13

    10

    Iman Persediaan ruh Persediaan mental Persediaan jasad Persediaan keperluan (instrument)

    4. Tarbiyyah Ijtimaie

    Firman Allah swt yang bermaksud:Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu,

    sembahlah tuhan kamu dan berbuatlah kebaikan supaya kamuberuntung. Dan berjuanglah (di jalan Allah) dengan perjuangan yangsebenarnya (Surah Al Hajj : 77-78)

    Perkara yang perlu dilakukan oleh ahli-ahli jamaah adalah:

    Sebagai pengubah masyarakat Membuat pemusatan untuk memberi khidmat dalam apa jua

    keadaan sekalipun, sama ada memberikan talim, latihan danrawatan dalam penjagaan masyarakat kepada penunjuk agama.

    Memberikan komitmen yang penuh kepada gerakan Islamdalam menjalani kerja-kerja dakwah dan mahir dalammerancang strategi dakwah.

    5. Tarbiyyah Fizikal

    Tarbiyyah ini membawa matlamat:

    Kesihatan fizikal dan menyelamatkannya dari penyakit Kekuatan anggota fizikal dan boleh berfungsi bila-bila masa Menjana kekuatan fizikal dengan mempelbagaikan medan

    perjuangan

    6. Tarbiyyah Siyasah

    Tarbiyyah siasah memberi perhatian kepada pembentukan bangsadaripada pengabdian diri kepada ideologi kepada ketaatan kepadaAllah swt. Ia menitikberatkan perkara hukum, peraturan daulah,hubungan kerajaan dengan musuh, kaitan antara muslim dan non-

  • 7/27/2019 Manhaj Tarbiyyah

    11/13

    11

    muslim dan seumpamanya. Justeru gabungan antara tarbiyyahsiyasah dan tarbiyyah agama perlu dibina agar tidak berlakupemisahan. Maka harus ke atas ahli untuk:

    Kuatkan kesedaran dan sensitiviti dalam membebaskan bumiIslam daripada kuasa kafir dan munafik

    Mengumpulkan sebanyak mungkin kemahiran dan skilpembinaan siasah Islamiyyah

    Menjalin hubungan baik dengan pemerintah serta non-muslimyang lain menampilkan asas agama secara praktikal

    Merancang tindakan dan aktiviti selaras dengan kehendaksyariat

    Memberikan pengisian ringkas tentang kesyumulan Islamdalam program siasah.

    G) Tarbiyyah Dalam Harakah Islamiyyah

    Harakah Islamiyyah perlu menekankan aspek Tarbiyyah keranatarbiyyah merupakan asas paling utama dan tulang belakang bagisesebuah harakah Islamiyyah. Sesebuah harakah Islamiyyahseharusnya mewujudkan unsur-usnur yang mampu melahirkan ahlijamaah yang mempunyai sifat-sifat berikut:

    Berkebolehan memimpin, membimbing dan mentarbiyyahummah.

    Berkemampuan untuk menyampaikan dan mempertahankanfikrah Islam yang didokong oleh Harakah Islamiyyah

    Kritikal dan tidak menjadi pengikut semata-mata Mempunyai pandangan yang mendalam terhadap waqi Berpandangan jauh. Menghayati tuntutan amal jamaie

    H) Unsur-Unsur Harakah Islamiyyah

    Manhaj Tarbiyyah merupakan perencanaan yang digunakan sesuatuharakah untuk dalam proses pentarbiyyahan ahlinya. Manhaj ituperlu merangkumi unsur-unsur berikut:

    1. Marhalah tarbiyyah

  • 7/27/2019 Manhaj Tarbiyyah

    12/13

    12

    Rasulullah saw melakukan pentarbiyyahan berperingkat terhadapsahabat disebabkan perbezaan kemampuan dan tabiat mereka.Hassan al Banna sebagai pembawa tajdid dalam gerakan Islammenggariskan tiga marhalah Tarbiyyah:

    Marhalah tarif: satu tahap pembersihan aqidah Marhalah takwin : proses pembentukan rijal ad-dakwah Marhalah Tanfiz : memastikan ahli yang ditarbiyyah berkualiti

    dari sudut praktikalnya.

    2. Tarbiyyah melalui murabbi

    Peranan murabbi perlu untuk membimbing dan memerhatikanpeningkatan ilmu dan kefahaman, pembentukan syakhsiyyah serta

    penerusan amal yang diredhai Allah.

    3. Tadrij

    Kaedah ini perlu dilaksanakan dalam Tarbiyyah. Kemampuanmenentukan tahap penekanan tarbiyyah ahli harakah perlu dimilikioleh murabbi berdasarkan kawalan di setiap marhalah. Tidak semuaahli disamakan pengisian tarbiyyah sebaliknya berdasarkanpencapaian mereka pada setiap marhalah.

    4. Tawazun

    Keseimbangan tarbiyyah antara jasadiyyah dengan ruhiyyah amatperlu untuk mengelakkan terjadinya ahli yang terlalu memberitumpuan kepada aspek tertentu sahaja.

    I) Matlamat Tarbiyyah Dari Sudut Jamaah (Harakah)

    Tujuan tarbiyyah dari sudut jamaah antara lain bolehlah disimpulkankepada perkara-perkara berikut:

    1) Membekalkan jamaah dengan faktor kemanusiaan yangmempunyai kelayakan di bidang-bidang berikut:

    Bidang dakwah dan penerangan Bidang amal dan harakah Bidang pengurusan dan pentadbiran Bidang kerja politik Bidang sosial dan kemsyarakatan

  • 7/27/2019 Manhaj Tarbiyyah

    13/13

    13

    Bidang kerja ekonomi Bidang akademik Bidang pendidikan dan pembinaan Bidang sukan

    2) Membekalkan jamaah dengan tenaga kepimpinan yang baik, yangsudah dilatih dengan matang agar tenaga-tenaga itu dapatditempatkan pada tempat-tempat yang diperlukan antara lain:

    Kepimpinan di bidang kerja fardi dan jamaie Kepimpinan di bidang kerja sosial Kepimpinan di bidang kerja politik, ekonomi, pengurusan,

    pentadbiran, pendidikan dan lain-lain.

    Membekalkan jamaah dengan faktor-faktor kemanusiaan yangmampu menangani urusan yang berkaitan dengan jamaah-jamaah yang bersimpati dengan harakah atau jamaah-jamaahyang bermusuh dengannya.

    Membekalkan jamaah dengan faktor-faktor kemanusiaan yangmampu memanjangkan fitrah jamaah kepada generasi-generasiyang akan datang.

    Kesimpulan

    Kelemahan tarbiyyah menyebabkan kelemahan ummah. Sebuahharakah yang lemah menggambarkan kekuatan tarbiyyahnya. Olehkerana itu Tarbiyyah perlu menjadi makanan utama penggerakharakah Islamiyyah, dihadamkan dan diberikan secara sepenuhnya.

    Akibat dari kelesuan tarbiyyah atau gerakan tarbiyyah yang tidakmendasar secaramenyeluruh akan menjadikan pendokong-pendokongatau penggerak-penggerak jamaah menjadi buntu, hilang punca, laridari jamaah dan timbullah penyakit-penyakit yang mewabak yangmerosakkan jamaah seperti dengki, khianat, futur, riya, cintakanpangkat, kemegahan, darjat dan sebagainya.