malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat … dr 3.7.2008 _khamis_.pdf · luar bandar dan...

28
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 3 JULAI 2008, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 26 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1212-L14411 Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian berkaitan dengan masalah vandalisme yang kini berleluasa yang menyebabkan banyak papan kenyataan, pondok telefon, perhentian bas / teksi dan bangunan awam kelihatan hodoh akibat tampalan nombor telefon dan iklan haram tanpa kawalan. 2. PR-1212-L13615 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sumbangan Malaysia dari awam dan swasta kepada mangsa-mangsa taufan Myanmar dan gempa bumi China. Apakah masalah yang dihadapi dan cara-cara untuk menambahbaikkan kemampuan negara untuk mengatasi bencana. 3. PR-1212-L12973 Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah kutipan cukai pendapatan LHDN pada tahun 2007. Berapa jumlah pecahan sebenar hasil kutipan tersebut dari sumber pendapatan yang dikenakan cukai (chargeable income) dan berapakah jumlah penalti yang dikutip daripada pembayar cukai kesan daripada pelaksanaan pematuhan cukai oleh LHDN. 4. PR-1212-L14552 Dato' Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah usaha Kerajaan dalam memastikan harga getah asli kekal di tahap yang tinggi di pasaran antarabangsa. 5. PR-1212-L13271 Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh mana peranan Jawatankuasa Task Force dalam menyelaraskan program pemilihan Guru Cemerlang dan berapa jumlah guru cemerlang yang telah dikenal pasti menerusi jawatankuasa tersebut mengikut negeri, khususnya di Sabah.

Upload: voxuyen

Post on 23-Jul-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 3 JULAI 2008, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 26

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1212-L14411

Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian berkaitan dengan masalah vandalisme yang kini berleluasa yang menyebabkan banyak papan kenyataan, pondok telefon, perhentian bas / teksi dan bangunan awam kelihatan hodoh akibat tampalan nombor telefon dan iklan haram tanpa kawalan.

2. PR-1212-L13615 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sumbangan Malaysia dari awam dan swasta kepada mangsa-mangsa taufan Myanmar dan gempa bumi China. Apakah masalah yang dihadapi dan cara-cara untuk menambahbaikkan kemampuan negara untuk mengatasi bencana.

3. PR-1212-L12973 Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah kutipan cukai pendapatan LHDN pada tahun 2007. Berapa jumlah pecahan sebenar hasil kutipan tersebut dari sumber pendapatan yang dikenakan cukai (chargeable income) dan berapakah jumlah penalti yang dikutip daripada pembayar cukai kesan daripada pelaksanaan pematuhan cukai oleh LHDN.

4. PR-1212-L14552 Dato' Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah usaha Kerajaan dalam memastikan harga getah asli kekal di tahap yang tinggi di pasaran antarabangsa.

5. PR-1212-L13271 Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh mana peranan Jawatankuasa Task Force dalam menyelaraskan program pemilihan Guru Cemerlang dan berapa jumlah guru cemerlang yang telah dikenal pasti menerusi jawatankuasa tersebut mengikut negeri, khususnya di Sabah.

AUM DR 3/7/2008

2

6. PR-1212-L13201

Tuan Manikavasagam A/L Sundaram [ Kapar ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah pendekatan jangka pendek dan panjang yang diambil oleh Kementerian bagi menjamin persekitaran yang lebih terjamin dan berapakah peruntukkan keseluruhan dalam RMK-9 dan berikan pecahan mengikut negeri serta jumlah yang digunakan dan yang akan digunakan.

7. PR-1212-L12791 Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah kemajuan pembangunan biotek yang boleh dikomersialkan dan senaraikan produk-produk utama yang telah dibangunkan oleh Kementerian dan bilakah Perbadanan Biotek boleh beroperasi sepenuhnya.

8. PR-1212-L14111 Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan merancang untuk membina Sekolah Agama Berasrama Penuh dan Maahad Tahfiz bantuan penuh Kerajaan terutama di kawasan-kawasan Parlimen Kuala Lumpur yang majoriti penduduknya orang Melayu seperti di Titiwangsa untuk memenuhi keperluan orang-orang Melayu Islam di Kuala Lumpur.

9. PR-1212-L14630 Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) jumlah peruntukan diberikan kepada Ikatan Relawan Rakyat

Malaysia untuk menjalankan operasi. Adakah Kerajaan bercadang untuk menambah elaun khidmat bagi Relawan menjalankan operasi. Jika ya, nyatakan jumlahnya; dan

(b) adakah Kerajaan bercadang menaiktaraf pusat kegiatan Rela ke

peringkat jabatan berikutan peningkatan aktiviti RELA.

10. PR-1212-L13403 Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan kajian yang dibuat tentang kesan-kesan "electromagnetik field" daripada talian penghantaran elektrik bervoltan tinggi 275 KV terutamanya penyakit barah serta cadangan-cadangan keselamatan untuk mencegah kesan-kesan berbahaya yang menjejaskan penduduk yang tinggal berhampiran dengan struktur-struktur ini.

11. PR-1212-L12978 Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah jarak dan nilai yang telah dibayar bagi pembinaan jalan luar bandar dan jalan kampung di seluruh Sabah dalam tempoh 5 tahun kebelakangan. Apakah langkah yang diambil oleh Kementerian bersama-sama JKR Sabah untuk mengendalikan jalan Kokol, Jalan Telipok, Tampulan ke Kiulu dalam kawasan Sepanggar yang rosak teruk sejak kejadian hujan lumpur pada 17 Julai 2005.

AUM DR 3/7/2008

3

12. PR-1212-L13561

Datuk Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapa banyakkah kesatuan sekerja dalam sektor elektronik dan apakah tindakan Kementerian dalam mengalakkan penubuhan kesatuan-kesatuan ini supaya nasib pekerja kita terbela.

13. PR-1212-L13144 Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan bagaimanakah Kementerian menggunakan program PROSPER untuk menyahut hasrat Kerajaan untuk meramaikan lagi usahawan Bumiputera terutamanya di kawasan luar bandar.

14. PR-1212-L14090 Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk mengembalikan semula status Pelabuhan Penang sebagai satu pelabuhan bebas cukai. Jika tidak, sila nyatakan sebab-sebabnya.

15. PR-1212-L13062 Tuan Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilakah bekalan air bersih dapat disalurkan kepada kampung-kampung dan rumah-rumah panjang di kawasan Sibuti.

16. PR-1212-L13975 Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan atas pencerobohan sempadan Sarawak/Indonesia dan rompakan yang sering dilakukan terhadap syarikat-syarikat pembalak milik warga negara kita contohnya seperti yang dilaporkan dalam Laporan Polis No. BAU/000350/08 dan BAU/Kpt/459/2008.

17. PR-1212-L13909 Datuk Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah bilangan Rumah Mesra Rakyat yang dibina oleh SPNB di negeri Pahang, berapa yang telah siap untuk diduduki dan berapa pula yang terbengkalai.

18. PR-1212-L13288 Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah kontrak-kontrak di bawah tiga pakej penyelenggaraan jalan raya persekutuan seluruh negeri Sabah akan dikaji semula kerana kerja-kerja penyelenggaraan tidak memuaskan. Jika ya, bila dan adakah mungkin 3 pakej ini akan dibahagikan lagi kepada lebih banyak kontraktor. Jika tidak, mengapa.

19. PR-1212-L14412 Tuan Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan dengan statistik terperinci bagi membuktikan bahawa pelajar lulusan Pengajian Islam sukar untuk mendapat pekerjaan berbanding dengan pelajar lulusan lain-lain bidang.

AUM DR 3/7/2008

4

20. PR-1212-L13663

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan dasar dan pembaharuan yang akan dijalankan oleh pihak DBKL selepas Seminar bersama dengan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan pada 17-18 April 2008.

21. PR-1212-L14352 Tuan Roslan bin Shaharum [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan tindakan yang telah diambil bagi menyekat penyalahgunaan diesel bersubsidi dan setakat mana kejayaannya berbanding perbelanjaan yang telah dikeluarkan.

22. PR-1212-L12810 Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan betapa seriusnya keadaan miskin tegar di Malaysia dan kenapakah tahap kemiskinan sifar tidak dapat dicapai sehingga hari ini walaupun adanya penunjuk maklumat.

23. PR-1212-L13895 Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan prosedur bagi orang awam membuat laporan berkaitan dengan penderaan kanak-kanak supaya Jabatan Kebajikan boleh membuat siasatan dan seterusnya mengambil tindakan.

24. PR-1212-L14396

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan dan tindakan yang lebih berkesan diambil supaya para khatib lebih kepada berkhutbah dari hanya 'membaca khutbah' selain dari hanya menjadikan kursus-kursus biasa yang didapati kurang berkesan.

25. PR-1212-L12873

Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tindakan Kerajaan dalam menyelesaikan masalah kemerosotan peratusan saham-saham amanah termasuk saham-saham amanah negeri yang amat merundum harganya dan berapakah jumlah pelabur-pelabur yang terlibat.

26. PR-1212-L13347

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-

(a) ke mana hala tuju pelajar-pelajar lepasan daripada institusi

kemahiran seperti IKBN, IKM, Giat Mara dan lain-lain di dalam menceburi pekerjaan yang berkaitan dengan bidang kemahiran mereka; dan

(b) adakah pihak Kerajaan berhasrat untuk memberi keutamaan

kepada mereka ini bekerja daripada mengambil tenaga asing yang tidak mempunyai kemahiran yang diiktirafkan oleh Kerajaan.

AUM DR 3/7/2008

5

27. PR-1212-L13458

Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan kesan ke atas komoditi minyak negara berikutan arahan Kerajaan Malaysia yang menetapkan semua stesen minyak tidak menjual kepada kenderaan negara asing dalam lingkungan jarak 30 hingga 50 kilometer dari persempadanan negara.

28. PR-1212-L13285

Tuan Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menyusun semula pembiayaan subsidi dalam tempoh terdekat ini, berikutan krisis komoditi utama dunia seperti kenaikan harga minyak dan keruncingan pengeluaran makanan global.

29. PR-1212-L14013

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah sebenarnya peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk projek-projek koridor seperti NCER, ECER, Koridor Malaysia dan lain-lain koridor sungguhpun Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan projek-projek tersebut akan menelan belanja ratusan bilion ringgit.

30. PR-1212-L13175

Dato' Seri Ong Ka Ting [ Kulai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kesediaan Kerajaan untuk mengambil tindakan keras terhadap pegawai Kerajaan yang melakukan kesalahan tatatertib atau menyalahgunakan kuasa supaya dapat meningkatkan keberkesanan perkhidmatan awam.

31. PR-1212-L13817

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-

(a) peratusan kelulusan ujian 'Proficiency for ETEMS Teachers' bagi

guru-guru yang dipilih untuk pelaksanaan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris bagi pelajar di sekolah-sekolah; dan

(b) sejauh mana ujian tersebut berkesan terhadap kualiti guru-guru di

dalam melaksanakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah.

32. PR-1212-L14062

Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk memastikan iklan-iklan yang disiarkan dalam media elektronik terutama yang ditaja oleh agensi Kerajaan dapat mengangkat maruah bangsa dan bukannya menghina bangsa sendiri.

AUM DR 3/7/2008

6

33. PR-1212-L14567

Puan Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan berapakah peratus peruntukan daripada RM15.6 bilion yang dicadangkan oleh Telekom Malaysia untuk meningkatkan jalur lebar akan ditumpukan kepada negeri Sarawak dan bilakah tarikh pelaksanaannya.

34. PR-1212-L13010

Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah konkrit yang akan diambil oleh Kerajaan Persekutuan ke atas penyelesaian masalah kehadiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk membuktikan bahawa Kerajaan benar-benar prihatin dengan masalah rakyat Sabah.

35. PR-1212-L14474

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah projek-projek yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan awam selepas Kerajaan menjimatkan sebanyak RM4.5 bilion dengan mengurangkan subsidi minyak pada tahun 2006.

36. PR-1212-L12828

Tuan Ahmad bin Kassim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan mengapakah harga padi bagi kawasan jelapang dalam negara tidak sama, apakah kriteria yang digunakan untuk menetapkan harga padi.

37. PR-1212-L13681

Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rancangan jangka panjang Kerajaan untuk menampung kehilangan pendapatan daripada Petronas.

38. PR-1212-L13526

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh mana kemudahan pertukaran mata wang Ringgit Malaysia disediakan di pasaran antarabangsa dan apakah usaha untuk mengadakan kemudahan itu supaya rakyat Malaysia dan warga asing mudah mendapatkan mata wang Malaysia.

39. PR-1212-L13412

Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk meningkatkan nilai khasiat makanan yang dijual di kantin-kantin sekolah, umpamanya kurangkan gula dan makanan ringan, selaras dengan kempen cara hidup yang sihat.

40. PR-1212-L13708

Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha untuk memudahkan kemasukan pelajar-pelajar pengajian Islam ke Universiti Al-Azhar, Mesir.

AUM DR 3/7/2008

7

41. PR-1212-L13831

Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan mengapa pengesahan Malaysia terhadap Piagam ASEAN tidak melalui proses Parlimen serta langkah-langkah yang akan diambil oleh Malaysia dalam memastikan ASEAN Human Right Machanisme ditubuhkan secepat mungkin.

42. PR-1212-L13441

Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengapakah pemegang-pemegang lesen memandu vokasional diwajibkan mengikuti kursus latihan ulangan dan ujian sebelum lesen tersebut boleh diperbaharui dan kenapakah hanya Automobile Centre of Excellence Sdn. Bhd (ACE) diberikan tanggungjawab mengendalikan kursus tersebut.

43. PR-1212-L13546

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah entiti Kerajaan yang belum memperolehi pensijilan MS ISO 9001:2000 dan sekiranya belum, menyatakan atas sebab apa ianya belum dilaksanakan.

44. PR-1212-L14137

Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

(a) baru-baru ini Kerajaan Pusat memperuntukkan RM4 bilion untuk

subsidi makanan kepada golongan miskin. Bagaimanakah agensi-agensi Kerajaan memastikan subsidi ini disalurkan kepada golongan miskin; dan

(b) bagaimana agensi-agensi tersebut memastikan proses

pembahagian subsidi makanan dilakukan dengan kos pentadbiran yang minima dan cara-cara menentukan strategi pembelian barang subsidi makanan dibeli dengan harga terbaik.

45. PR-1212-L13737

Datin Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail [ Permatang Pauh ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah justifikasi pembatalan kontrak MMC-Gamuda bagi pembinaan landasan kereta api berkembar Utara-Selatan bernila RM14.5 billion pada 2003, tetapi menganugerahkan kontrak pembinaan landasan kereta api berkembar Rawang-Padang Besar bernilai RM12.5 billion pada 2007.

46. PR-1212-L14571

Datuk Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan langkah-langkah yang diambil agar beras subsidi Super 15 tidak diseludup ke luar negara.

47. PR-1212-L13033

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan tindakan Kerajaan menyelesaikan masalah pengangguran di kalangan rakyat Malaysia.

AUM DR 3/7/2008

8

48. PR-1212-L12936

Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah Kerajaan enggan memperuntukkan masa spesifik untuk membahas laporan SUHAKAM yang dibentangkan. Nyatakan cadangan oleh SUHAKAM di dalam laporan-laporannya yang telah diambil tindakan oleh Kerajaan.

49. PR-1212-L13604

Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapa kes aduan yang telah diterima sejak tahun 2006 kerana kelewatan membaikpulih jalan raya yang berlubang atau rosak sehingga menyebabkan kemalangan kepada pengguna jalan raya.

50. PR-1212-L13833

Datuk Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-

(a) langkah-langkah baru Kerajaan untuk meningkatkan prestasi

pelajar-pelajar luar bandar; dan (b) berapa ramai pelajar-pelajar sekolah dari Pasir Salak yang telah

berjaya mengikuti kursus-kursus pengajian kritikal dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu.

51. PR-1212-L12770

Dato' Dr. James Dawos Mamit [ Mambong ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah bentuk program Kerajaan bagi menangani kemiskinan tegar di kawasan luar bandar di negeri Sarawak.

52. PR-1212-L14091

Dr. Mohd Puad bin Zarkashi [ Batu Pahat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah laporan yang diterima oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) sepanjang tempoh 2007 dan sehingga bulan Mei 2008. Nyatakan jenis aduan yang diterima dan keberkesanannya.

53. PR-1212-L13310

Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan sebab-sebab Kerajaan meluluskan projek perumahan banglo di atas tapak Taman Batu Metropolitan yang telah diwartakan.

54. PR-1212-L12844

Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan kenapakah parti politik Kerajaan dibenarkan meletak kontena-kontena yang dijadikan bilik gerakan di kebanyakan taman-taman sukan di kawasan Puchong dan bukankah tempat tersebut merupakan kawasan awam untuk kegunaan awam dan apakah tindakan Kerajaan untuk mengatasinya.

AUM DR 3/7/2008

9

55. PR-1212-L13591

Dato' Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan Malaysia bercadang untuk membina lebuh raya dari Bentong (Pahang) ke Kota Bharu (Kelantan) sama seperti Lebuh Raya Utara - Selatan memandangkan laluan ini merupakan laluan utama oleh semua jenis kenderaan dan ianya laluan 'strategik perdagangan' dan memendekkan jarak perhubungan Pantai Timur Kelantan dan bandar raya Kuala Lumpur.

56. PR-1212-L13364

Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada lesen pembaharuan tahunan untuk surat khabar akan dimansuhkan.

57. PR-1212-L14427

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah peruntukan Kerajaan dalam tempoh 2005 hingga 2010 untuk pembangunan Islam dan pembangunan hal ehwal bukan Islam termasuk tujuan pembinaan masjid, kuil Hindu, tokong dan gereja.

58. PR-1212-L12944

Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan tentang keadaan serta status keengganan Kerajaan Filipina terhadap menggugurkan tuntutan ke atas negeri Sabah.

59. PR-1212-L13651

Puan Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin [ Papar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah pro-aktif dan strategi terbaru Kementerian bagi mengatasi masalah pendatang tanpa izin dan pelarian-pelarian Filipina yang berstatus IMM13 di Sabah.

60. PR-1212-L13373

Datuk Seri Panglima Mojilip bin Bumburing @ Wilfred [ Tuaran ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah dasar Kementerian mengenai pengeluaran Bio-diesel masa hadapan memandangkan harga minyak mentah yang melambung tinggi dan juga harga minyak sawit yang tinggi sekarang ini.

61. PR-1212-L14098

Datuk Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :-

(a) apakah Kementerian sudah mempunyai cadangan untuk

menswastakan sektor bekalan makanan atau dapur kem-kem tentera; dan

(b) adakah wujud kem tentera yang telah dijadikan projek perintis

rancangan berkenaan. 62. PR-1212-L13952

Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah kajian dilakukan terhadap KIA 2M di mana masih ramai lagi murid-murid yang belum mahir membaca dan menulis khususnya di luar bandar.

AUM DR 3/7/2008

10

63. PR-1212-L14426

Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] minta PERDANA MENTERI menyatakan butir-butir lima projek yang dijalankan oleh Petronas yang telah mengalami kerugian besar sepanjang kewujudannya dan apakah langkah-langkah remedi yang diambil dalam setiap kes yang berkenaan.

64. PR-1212-L14618

Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan untuk menggalakkan penggunaan gas asli kepada kenderaan, adakah Kerajaan bercadang untuk mewajibkan semua stesen minyak di seluruh negara menjual gas asli (NGV).

65. PR-1212-L13503

Datuk Rashid bin Din [ Merbok ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengapakah penguatkuasa JPJ menyaman sesetengah kereta import, yang menggunakan cermin gelap walhal pengimportannya telah diluluskan semasa ianya di bawa masuk. Adakah ini disebabkan oleh tiada Koordinasi di antara jabatan-jabatan kerajaan. Apakah tindakan yang akan di ambil untuk menyelesaikan masalah ini.

66. PR-1212-L14189

Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah yang dimaksudkan "Toll Review Mechanism" yang diperkenalkan oleh EPU dan Kementerian serta apakah kadar tol dalam struktur "Toll Review Mechanism" sekiranya jumlah kenderaan tidak tercapai seperti dijangkakan.

67. PR-1212-L13787

Tuan Tan Tee Beng [ Nibong Tebal ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian untuk mengawal kemasukan atau pertambahan pekerja tanpa izin di negara kita, khususnya di kawasan Nibong Tebal sebab jenayah berkaitan pekerja tanpa izin kian bertambah dan semakin membimbangkan.

68. PR-1212-L14284

Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) berapakah jumlah anggota polis mengikut daerah di negeri

Selangor sejak tahun 2003; dan (b) apakah nisbah anggota polis berbanding dengan penduduk bagi

daerah Petaling Jaya dan Subang Jaya sejak 2003 69. PR-1212-L13966

Tuan Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan langkah-langkah segera untuk membasmi kemiskinan biasa dan tegar serta keperluan Kementerian bekerjasama dengan FELDA dan kerajaan negeri untuk melaksanakan projek FELDA FASA ke-2 yang telah diluluskan oleh Kerajaan bagi tindakan secara bersepadu dalam membasmi kemiskinan dengan segera.

AUM DR 3/7/2008

11

70. PR-1212-L14181

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang telah diambil untuk membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kenaikan harga-harga barang kerana inflasi dan juga kenaikan harga-harga makanan asas kerana kekurangan pengeluarannya.

71. PR-1212-L12930

Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah perancangan untuk membantu golongan kurang upaya dari segi pengangkutan awam terutamanya perkhidmatan bas yang mempunyai kemudahan untuk golongan ini diperbanyakkan lagi dan bilakah ia akan dilaksanakan.

72. PR-1212-L12765

Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah Kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan seterusnya meluluskan permohonan mana-mana syarikat penerbangan asing yang berminat untuk beroperasi dalam sektor domestik di seluruh Malaysia.

73. PR-1212-L13962

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah graduan tajaan JPA yang menuntut di luar negeri yang berjaya menamatkan pengajian mereka dan seterusnya pulang dan berkhidmat di negara kita berbanding dengan jumlah mereka yang gagal atau memilih untuk bekerja di luar negara selepas tamat pengajian.

74. PR-1212-L14035

Tuan Loke Siew Fook [ Rasah ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci semua aset dan tanggungan yang dimiliki oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad dan berapakah hutang yang masih ditanggung dalam pembentukan Rapid KL dan pengambilalihan 2 laluan LRT di Kuala Lumpur.

75. PR-1212-L13154

Tuan Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah Kerajaan menyediakan bantuan modal permulaan bagi golongan belia dan beliawanis yang berminat dalam sektor pertanian dan ternakan dan apakah kaedah yang paling mudah untuk mereka ini mendapatkan bantuan modal tersebut.

76. PR-1212-L12904

Dato’ Dr. Zainal Abidin bin Ahmad [ Hulu Selangor ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha /program konkrit Kementerian membantu ibu-ibu tunggal di seluruh negara dan jika sudah ada usaha/program konkrit itu, apakah pencapaian yang dicapai oleh golongan sasaran ibu-ibu tunggal.

77. PR-1212-L13222

Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah-langkah Imigresen dan Polis mengawal pelancong dari Afrika yang terlibat dalam kegiatan jenayah dan penipuan dan menjadikan Malaysia sebagai tempat kegiatan jenayah mereka.

AUM DR 3/7/2008

12

78. PR-1212-L13049

Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan warga emas mengikut pecahan negeri di negara ini dan apakah perancangan Kerajaan bagi menjamin masa depan warga emas yang tidak mampu berdikari.

79. PR-1212-L13107

Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilakah akan dimulakan pembinaan bangunan Sekolah Kebangsaan Limbang yang baru memandangkan bilangan murid yang semakin bertambah dan mereka sekarang ini terpaksa menumpang di bangunan lama Sekolah Menengah Kebangsaan Limbang yang dibina dalam tahun lima puluhan.

80. PR-1212-L14287

Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan berhajat untuk memansuhkan Dasar-dasar semangat DEB di Iskandar Malaysia dan juga di seluruh negara seperti mana yang dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri pada sesi soal jawab di majlis anjuran Kuala Lumpur Business Club pada tahun 2006.

81. PR-1212-L13060

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk mengubah uniform pramugari Mas dan AirAsia supaya lebih sopan dan tidak menjolok mata serta penyediaan minuman arak dalam penerbangan.

82. PR-1212-L14493

Dato' Haji Abdul Halim Bin Abdul Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan KADA telah gagal untuk mencapai 10 tan metrik bagi satu hektar. Apakah langkah-langkah yang berkesan untuk mencapai matlamat tersebut dan berapakah peruntukan segera bagi menaikkan taraf kawasan KADA dan halangan untuk mencapai matlamat tersebut.

83. PR-1212-L13509

Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah keuntungan/kerugian Kereta api Tanah Melayu pada tahun 2003 hingga tahun 2007.

84. PR-1212-L13324

Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) berapakah jumlah kutipan zakat mengikut negeri bagi tahun 2005,

2006, 2007; dan (b) berapakah jumlah sebenar zakat yang telah diagihkan bagi tahun-

tahun tersebut dan adakah cadangan menubuhkan Majlis Zakat Negara untuk pengurusan dan pengagihan zakat peringkat nasional.

AUM DR 3/7/2008

13

85. PR-1212-L13734

Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan apakah cadangan untuk memperkukuhkan perpaduan di kalangan kaum-kaum di negara ini dan kefahaman mereka kepada budaya dan tradisi masing-masing.

86. PR-1212-L12749

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk

menggalakkan lebih banyak lagi rakyat dari negeri Sabah dan Sarawak untuk menyertai perkhidmatan awam persekutuan; dan

(b) jenis insentif yang diberikan kepada mereka sekiranya berkhidmat

di Semenanjung. 87. PR-1212-L13806

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan :-

(a) mengapa begitu ketara perbezaan antara deraf Pelan Tempatan

yang baru dikeluarkan dengan PSKL 2020 dari segi pengzonan densiti, penukaran zon kawasan lapang hijau dan jenis kegunaan tanah; dan

(b) apakah kriteria-kriteria serta garis panduan yang digunakan oleh

DBKL dalam membuat deraf pelan tersebut. 88. PR-1212-L14555

Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-

(a) peranan yang dimainkan oleh pihak Kementerian mengenai

Pembinaan Menara Telekomunikasi di kawasan perumahan; dan (b) adakah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkuasa untuk

merobohkan Menara Telekomunikasi yang mendapat bantahan penduduk.

89. PR-1212-L13913

Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa banyak peruntukan tambahan yang akan diberikan kepada negeri Pulau Pinang amnya dan kawasan Parlimen Tanjong khasnya di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, nyatakan nama projek dan peruntukan bagi setiap projek.

AUM DR 3/7/2008

14

90. PR-1212-L13773

Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah kesanggupan Kerajaan menyalurkan terus peruntukan RM500,000.00 kepada Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Kalau tidak ke mana wang ini disalurkan.

91. PR-1212-L14131

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-

(a) apakah rancangan yang berkesan diambil bagi mengatasi

masalah sampah di seluruh Malaysia; dan (b) adakah pihak Kementerian bercadang untuk membina tempat

pelupusan sampah terkini di negeri Johor. Sekiranya ya, bila dan di manakah pembinaannya.

92. PR-1212-L14066

Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) syarat-syarat yang dikenakan kepada sebarang filem / iklan /

penerbitan yang dikenakan sebelum diluluskan untuk siaran awam; dan

(b) keanggotaan (termasuk jumlah kakitangan) lembaga penapis

filem dan kelayakan mereka. 93. PR-1212-L14466

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-

(a) apakah langkah-langkah yang akan diambil bagi menyelesaikan

masalah seperti membaiki jalan raya yang rosak dan berlubang, kesesakan jalan terutama di Ampang; dan

(b) sejauh mana lorong khas bagi penunggang motosikal telah

dilaksanakan di seluruh negara. 94. PR-1212-L13166

Tuan William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah CIQ akan dibina di sempadan Lubok Antu-Kalimantan Barat, Indonesia memandangkan jalan raya yang menuju ke arah sempadan tersebut sudah pun siap dibina.

95. PR-1212-L14337

Tuan Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh mana keberkesanan dengan mewujudkan balai polis dan pondok polis komuniti dalam membasmi jenayah dan mengawal keselamatan penduduk bandar.

AUM DR 3/7/2008

15

96. PR-1212-L14344 Dr. Mohamed Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PERUMAHAN

DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-

(a) jumlah purata 'solid waste' yang dibuang oleh rakyat Malaysia dalam sehari pada masa ini dan apakah perancangan Kerajaan dalam menghadapi jumlah 'solid waste' yang makin bertambah; dan

(b) berapakah jumlah pusat pembuangan sampah 'landfill' yang telah

ditutup sepanjang 5 tahun lepas dan berapa yang masih beroperasi.

AUM DR 3/7/2008

16

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Usul dibuat oleh Perdana Menteri dan masalah dicadangkan :

Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 27 (3) Dewan ini mengambil ketetapan-ketetapan berikut: “Bahawa Dewan ini, menyedari akan pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan dan pencapaian matlamat sosioekonomi yang baik semasa awal pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan meskipun ekonomi Malaysia terus berhadapan dengan pelbagai ketidaktentuan terutamanya kenaikan harga minyak petroleum mentah dunia; merestui usaha Kerajaan bagi melaksanakan Misi Nasional untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju; meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan yang bertujuan melaksanakan strategi dan program serta menyediakan peruntukan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang teguh dan bersatu padu seperti di bentang dalam Kertas Perintah CMD 8 Tahun 2008; Bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya berusaha dengan keazaman yang teguh dan terus menyokong Kerajaan untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur, progresif, adil, berdaya tahan dan berdaya saing.”

Menyambung semula Perbahasan atas Masalah (2 Julai 2008)

2. (D.R. 2/2008) Rang Undang-undang Ahli Geologi 2008 – Menyambung semula Perbahasan atas Masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (25 Jun 2008) [Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar]

3. (D.R. 6/2008) Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan)

2008 [Menteri Pelajaran]

AUM DR 3/7/2008

17

4. (D.R. 7/2008) Rang Undang-undang Saraan Hakim

(Pindaan) 2008 [Perdana Menteri]

5. (D.R. 4/2008) Rang Undang-undang Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Pindaan) 2008 [Menteri Pelancongan]

6. (D.R. 10/2008) Rang Undang-undang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2008 [Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi]

7. PR-1212-U12759

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Second Hand Dealers Act yang diamalkan di Semenanjung belum lagi dipanjangkan ke negeri Sabah. Dan mengambil maklum bahawa dengan ketiadaan Akta ini, para peniaga besi buruk di Sabah hanya perlu mendapatkan lesen mereka daripada Pihak Berkuasa Tempatan sahaja. Dan mengambil maklum bahawa, rakan niaga mereka di Semenanjung yang dikawal oleh Akta ini hanya mendapat lesen mereka setelah permohonan dan premis mereka diperiksa serta transaksi perniagaan mereka secara terperinci oleh pihak polis. Dan mengambil maklum bahawa akhir-akhir ini, banyak kejadian buruk yang merugikan bukan sahaja rakyat tetapi negara, di negeri Sabah seperti keruntuhan tiang elektrik voltan tinggi, kehilangan kabel elektrik dan telefon. Dan mengambil maklum bahawa, tindakan undang-undang yang di ambil kepada para penjenayah tersebut adalah terbatas kerana pihak polis hanya bergantung dengan Local By-Laws. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk memanjangkan second hand dealers acts ke negeri Sabah dengan kadar yang segera, agar kegiatan mencuri besi buruk dapat dibendung dan dihapuskan."

[Menteri Dalam Negeri]

AUM DR 3/7/2008

18

8. PR-1212-U12760

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa sejak akhir-akhir ini, kita kerap mendengar laporan serta keluhan mengenai dengan keruntuhan moral di kalangan muda-mudi kita, terutama sekali dalam kegiatan maksiat, jenayah dan penagihan dadah. Dan mengambil maklum bahawa Kerajaan melalui pelbagai agensi dan Jabatannya telah menjalankan banyak aktiviti dan kempen bagi mengatasi dan membendung masalah yang dimaksudkan di atas namun keberkesanannya kurang dirasai. Dan mengambil maklum bahawa pihak-pihak lain yang bernaung di bawah Badan keagamaan dan badan bukan Kerajaan juga boleh memainkan peranan mereka bagi mengatasi dan membendung masalah di atas. Namun kegiatan mereka selalunya terhad kerana ketiadaan dana untuk melaksanakan dan menjayakan program yang dirancang. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk menyediakan dana yang cukup kepada Badan-badan yang dimaksudkan di atas agar kita bersama dapat mengatasi masalah ini."

[Menteri Belia dan Sukan] 9. PR-1212-U12761

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa sejak akhir-akhir ini, negara digemparkan dengan isu kekurangan barang makanan terutama sekali beras, di mana pihak Kerajaan terpaksa campur tangan bagi memastikan bekalan adalah mencukupi. Dan mengambil maklum bahawa negeri Sabah dan Sarawak mempunyai keluasan tanah yang mencukupi bagi maksud penanaman padi yang sekurang-kurangnya boleh menambah rizab beras negara . Dan mengambil maklum bahawa selain daripada tanah sawah, negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai tanah yang dengan kecerunan di bawah 25 % yang boleh ditanam dengan beras bukit misalnya beras Bario yang sememangnya terkenal di Sabah, Sarawak dan Brunei. Dan mengambil maklum juga bahawa di setengah kawasan di negara China, misalnya mereka mengusahakan penanaman padi bukit di kawasan yang kecerunannya melebihi 25%. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk menggalakkan dan memberikan subsidi bagi penanaman padi bukit di negeri Sabah dan Sarawak bagi meningkatkan lagi bekalan dan rizab bekalan beras negara."

[Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani]

AUM DR 3/7/2008

19

10. PR-1212-U13628

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa dewan ini membincangkan dasar kedaulatan makanan termasuk beras. Bahawa Dewan ini ingin tahu apa sebenarnya 70% mampu diri mengenai beras dan usaha untuk membuka lebih banyak tanah untuk tanaman padi."

[Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani] 11. PR-1212-U13630

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini hendak membahaskan perubahan dasar subsidi termasuk beras dan diesel. Dewan juga mahu mendebatkan cara-cara yang digunakan untuk memastikan golongan yang layak dapat menikmati subsidi dan penyelewengan dapat diatasi." [Perdana Menteri]

12. PR-1212-U13693

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk membenarkan siaran langsung televisyen sepenuhnya bagi sidang Dewan Rakyat supaya rakyat boleh menonton ucapan para ahli berhormat dan proses Dewan Rakyat membuat keputusan terhadap dasar dan undang-undang."

[Menteri Penerangan] 13. PR-1212-U13695

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk memulihkan Pilihan Raya Kerajaan tempatan demi menjadikan perkhidmatan Kerajaan tempatan di negara kita lebih berkesan di samping memulangkan hak kepada rakyat untuk memilih Datuk Bandar dan ahli Majlis Kerajaan Tempatan."

[Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan]

AUM DR 3/7/2008

20

14. PR-1212-U13697

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk mendesak Kerajaan untuk melaksanakan kempen kitar semula dan kempen pengurangan penggunaan plastik dengan lebih gigih demi memelihara kebersihan alam sekitar." [Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan]

15. PR-1212-U13699

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen yang telah dimansuhkan pada tahun 1993 sebagai langkah untuk menjadikan Parlimen Malaysia sebagai Parlimen Dunia Pertama." [Perdana Menteri]

16. PR-1212-U13700 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini menyokong cadangan Suruhanjaya Diraja Pembaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM dan YAB Perdana Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC)."

[Perdana Menteri]

17. PR-1212-U12997

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mendesak Kementerian dan memandang serius agar pihak Badan Pencegah Rasuah menubuhkan satu cawangan khas untuk mengendalikan perkara yang tidak ada rasuah terbabit tetapi pihak pegawai sengaja melambat-lambatkan proses pelaksanaannya. Contohnya, sesuatu kerja tidak dapat dijalankan disebabkan sesuatu badan/agensi yang melambat-lambatkannya untuk di proses."

[Perdana Menteri]

AUM DR 3/7/2008

21

18. PR-1212-U12998

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum dan memandang serius terhadap peningkatan penduduk Malaysia khasnya di Sabah yang meningkat secara mendadak sehingga jauh lebih tinggi berbanding di negeri-negeri lain di Malaysia, contohnya seperti Malaysia 10,439430 pada tahun 1970 dan 22,202,614 pada tahun 2000 peratus kenaikannya sebanyak 113%, Sarawak 976,269 pada tahun 1970 dan 2,012,616 pada tahun 2000 peratus kenaikannya sebanyak 106/% dan Sabah 636, 431 pada tahun 1970 dan 2,449,389 pada tahun 2000 peratus kenaikannya ialah sebanyak 285%. Bagaimana penduduk Sabah melambung naik sehingga 172% lebih tinggi daripada peratus kenaikan penduduk seluruh negara kita."

[Perdana Menteri]

19. PR-1212-U13536 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini meluluskan ketetapan bahawa Kerajaan Persekutuan hendaklah memulihkan semula Pilihan Raya Kerajaan Tempatan di semua Majlis/Dewan Bandaraya dan Majlis Perbandaran seluruh Negara dengan mengambil tindakan meminda Perlembagaan Persekutuan dan Akta Kerajaan Tempatan bagi maksud tersebut supaya kuasa perwakilan rakyat di dalam Kerajaan tempatan dikembalikan semula selaras dengan amalan demokrasi berparlimen di Malaysia dan tuntutan rakyat sebagaimana yang dijelmakan dalam keputusan Pilihan Raya Umum 2008 yang mencerminkan kehendak dan hasrat rakyat."

[Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan]

20. PR-1212-U13538

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini bersetuju supaya Kerajaan Persekutuan membina sebuah Muzium Memperingati Kapitan Yap Ah Loy bagi mengenang jasa mendiang sebagai pembuka dan Bapa Pembangunan Awal Kuala Lumpur untuk tatapan masyarakat Malaysia dan antarabangsa."

[Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan]

AUM DR 3/7/2008

22

21. PR-1212-U13050

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat resolusi untuk mengambil tindakan terhadap kemasukan pendatang asing yang terlalu ramai sehingga tidak dapat dikawal dan menjejaskan sektor pekerjaan dan sosial."

[Menteri Dalam Negeri] 22. PR-1212-U13053

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat resolusi untuk mendesak Kerajaan supaya menarik balik pindaan Akta Hubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959. Sekiranya ia tidak dipinda ia akan memberikan kesan yang tidak adil bagi kaum pekerja di negara ini."

[Menteri Sumber Manusia] 23. PR-1212-U13331

Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, Pengerusi SPR dan panel-panel SPR yang lain meletak jawatan akibat daripada tindakan membatalkan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya lepas dan tiada penjelasan yang kukuh bagi membatalkan sehingga kini. Selain itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri dan Pengerusi SPR adalah bercanggah. Pengerusi SPR juga melakukan pengecualian dalam proses pendaftaran pemilih serta tiada penjelasan diberikan. Dewan ini mendesak supaya sebuah Suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat SPR dan mengadakan public hearing bagi mengembalikan ketelusan dan keyakinan kepada rakyat."

[Perdana Menteri]

AUM DR 3/7/2008

23

24. PR-1212-U12800

Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] akan mencadangkan:-

" Bahawa dewan ini mendesak Menteri Pengajian Tinggi supaya mendedahkan kepada orang awam proses pelantikan pensyarah-pensyarah di Institut-Institut Pengajian Tinggi Awam Negara." [Menteri Pengajian Tinggi]

25. PR-1212-U12802 Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] akan mencadangkan:-

" Bahawa dewan ini meminta Kerajaan Malaysia supaya meningkatkan pengambilan calon-calon dari golongan bukan Bumiputera di sektor pekerjaan awam."

[Perdana Menteri] 26. PR-1212-U13880

Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menetapkan sebarang pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi RM100 juta oleh Kementerian Pertahanan, mesti dibahas di Parlimen dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara mempertingkatkan integriti dan keberkesanan jangka panjang pembelian sistem pertahanan. " [Menteri Pertahanan]

27. PR-1212-U14379 Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa sumber bahan api seperti petroleum dan gas telah mengalami kenaikan harga yang semakin melambung dan rizab negara bahan ini akan kehabisan dalam tempoh 20 tahun. Dewan ini berpandangan bahawa Kerajaan harus mengambil langkah-langkah yang progresif dan proaktif untuk memastikan bahawa negara ini tidak akan mengalami kekurangan bahan api dan mencari sumber alternatif yang mudah diganti renewable resources dengan secepat mungkin. Dewan ini mendesak supaya PETRONAS menerajui usaha-usaha untuk mencari sumber alternatif seperti biofuel dan bioethanol daripada sumber-sumber pertanian seperti sweet potato, jagung, sweet sorghum, tebu dan menghasilkan bahan api ini dengan skala besar.

AUM DR 3/7/2008

24

Dewan ini juga menggesa PETRONAS supaya berhenti daripada menerokai bidang-bidang yang bukan core competency mereka seperti membina hospital lima bintang Prince Court Medical Centre dan membina dewan muzik filharmonik dan menggaji pemuzik-pemuzik luar negara, di mana perkara-perkara ini merupakan perbelanjaan yang membazir yang hanya memberi keuntungan atau manfaat kepada segolongan kecil rakyat negara ini."

[Perdana Menteri] 28. PR-1212-U14020

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Kerajaan Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu dalam menguatkuasakan Resolusi 62/149 Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Moratorium terhadap Hukuman Mati yang telah dikuatkuasakan oleh Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu pada 18 Disember 2007 di mana negara-negara yang masih mengamalkan hukuman mati diminta untuk menghentikan penggunaan hukuman mati dan mengurangkan jumlah hukuman-hukuman yang membawa hukuman mati secara berperingkat dan melaksanakan moratorium terhadap kesemua hukuman-hukuman mati dengan hasrat untuk menghapuskan hukuman ini sama sekali. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri untuk membantu mematuhi Moratorium tersebut dan meminda undang-undang yang bercanggah dengan Moratorium tersebut."

[Menteri Luar Negeri]

29. PR-1212-U14024

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengkaji dalam penubuhan Penguat Kuasa Pengangkutan Awam Kebangsaan National Public Transport Authority (NPTA) untuk menyeragamkan pengangkutan awam di bandar dan antara bandar. Dewan ini berpandangan bahawa badan ini akan mengambil tanggungjawab dalam perancangan, pemantauan dan pembaikan sistem pengangkutan awam di jalan raya."

[Menteri Pengangkutan]

AUM DR 3/7/2008

25

30. PR-1212-U14031

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum dan sedar mengenai isu yang berkaitan dengan air khususnya berkaitan dengan jumlah penggunaan keperluan air, kesedaran mengenainya dan konservasinya. Justeru, adalah penting bagi Dewan ini mengkaji dalam penggubalan dasar-dasar yang bersangkut paut dengan permasalahan yang dinyatakan itu. Dasar ini nanti akan menjadi rujukan dan mampu dalam meningkatkan kesedaran rakyat berkenaan dengan hak asasi manusia bagi mendapat akses kepada keperluan air dengan selamat serta menjadi panduan kepada pemuliharaan air dan teknologi kepada penguat kuasa tempatan dan sektor-sektor perindustrian." [Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi]

31. PR-1212-U14607

Tuan Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sikap tidak profesional Menteri Pelancongan yang membatalkan MoU berkaitan dengan lima buah negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat atas alasan tidak bersefahaman. Dewan ini berpandangan bahawa alasan tersebut bukan sahaja tidak munasabah, bahkan dipengaruhi oleh pemikiran politik kepartian yang amat sempit dan dangkal."

[Menteri Pelancongan]

32. PR-1212-U14617

Tuan Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak Kementerian Pelajaran supaya membuat perisytiharan terbuka tentang penggunaan semula Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk subjek sains dan matematik di sekolah. " [Menteri Pelajaran]

AUM DR 3/7/2008

26

33. PR-1212-U14620

Tuan Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan Malaysia mengkaji semula AUKU supaya ia selaras dengan hak-hak kebebasan rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Dewan ini berpandangan sekatan yang dikenakan oleh AUKU ke atas kebebasan pelajar adalah bercanggah dengan Hak Asasi Manusia. "

[Menteri Pengajian Tinggi]

34. PR-1212-U14168

Dr. Mohd Puad bin Zarkashi [ Batu Pahat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menyokong penuh agar cadangan pembinaan pusara Orang Kenamaan yang akan dibuat di ibu kota Kuala Lumpur dibatalkan. Ini kerana projek itu bukan sahaja tidak sesuai bahkan satu pembaziran kepada kawasan tanah yang semakin terhad di ibu kota." [Perdana Menteri]

35. PR-1212-U14177

Dr. Mohd Puad bin Zarkashi [ Batu Pahat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak supaya Kerajaan Malaysia bertindak segera untuk membangunkan Pulau Pisang termasuk membatalkan perjanjian yang membenarkan Singapura mendirikan rumah api di pulau tersebut." [Menteri Luar Negeri]

36. PR-1212-U14182 Dr. Mohd Puad bin Zarkashi [ Batu Pahat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mencadangkan supaya Kerajaan membuat keputusan yang jelas dan tegas untuk mengurangkan kehadiran tenaga kerja asing di Malaysia. Kehadiran yang tidak terkawal itu menyebabkan bukan sahaja menutup peluang pekerjaan kepada orang tempatan tetapi masalah jenayah yang semakin meningkat dan tidak terkawal."

[Menteri Dalam Negeri]

AUM DR 3/7/2008

27

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

(DEWAN RAKYAT)

TAHUN 2008 RISALAT/DOKUMEN

TARIKH DIBENTANGKAN

DR 1 Penyata Khas Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat Yang Kedua Belas Menurut Peraturan Mesyuarat 76(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Untuk Dibentang Di Atas Meja Mesyuarat –Dikemukakan Oleh Y.A.Bhg.Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, Yang Dipertua Dewan Rakyat (Pengerusi).

3 Julai 2008

AUM DR 3/7/2008

28

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

TARIKH UCAPAN DIBUAT

AHLI YANG BERUCAP

TAJUK UCAPAN

MENTERI YANG

BERTANGGUNGJAWAB

1. 03.7.2008 (Khamis) 2. 03.7.2008 (Khamis)

1. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) 2. Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong)

1. Mengapakah Tiada Tindakan Tegas ke atas kegiatan menipu oleh Agensi-agensi Pekerjaan Swasta ke atas Pencari-pencari Pekerjaan. 2. Masalah kerosakan dan keretakan Rumah Baru

1. Menteri Sumber Manusia 2. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan