malaysia dewan rakyat aturan urusan · pdf filepesakit dialisis terutamanya di kawasan luar...

21
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 25 OKTOBER 2017, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 35 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1353-L03980 Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan anggaran jumlah GST yang dapat dikutip pada Tahun 2017 ini dan untuk tahun-tahun akan datang. Apakah masalah yang dihadapi dalam melaksanakan kutipan cukai ini. 2. PR-1353-L03747 Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :- (a) berapakah jumlah pesakit dialisis sejak tahun 2010 sehingga sekarang di Sarawak mengikut lokasi bagi setiap pusat, swasta mahupun Kerajaan; dan (b) apakah pelan yang ada dari pihak Kerajaan untuk menangani masalah kekurangan tempat dialisis di hospital dan klinik-klinik Kerajaan dengan penambahan jumlah pesakit dialisis terutamanya di kawasan luar bandar. 3. PR-1353-L03014 Dato' Dr. Noraini Binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan proses sesuatu organisma diubah suai yang hidup (Living Modified Organism, LMO) dilaksanakan bagi menjamin keselamatan kesihatan manusia, kesihatan haiwan dan tumbuhan serta biodiversiti negara.

Upload: voxuyen

Post on 05-Feb-2018

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepesakit dialisis terutamanya di kawasan luar bandar. 3. ... Dato' Seri Tiong King Sing ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI RABU, 25 OKTOBER 2017, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

35

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1353-L03980

Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan anggaran jumlah GST yang dapat dikutip pada Tahun 2017 ini dan untuk tahun-tahun akan datang. Apakah masalah yang dihadapi dalam melaksanakan kutipan cukai ini.

2. PR-1353-L03747

Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) berapakah jumlah pesakit dialisis sejak tahun 2010 sehingga sekarang di Sarawak mengikut lokasi bagi setiap pusat, swasta mahupun Kerajaan; dan

(b) apakah pelan yang ada dari pihak Kerajaan untuk menangani masalah kekurangan tempat dialisis di hospital dan klinik-klinik Kerajaan dengan penambahan jumlah pesakit dialisis terutamanya di kawasan luar bandar.

3. PR-1353-L03014

Dato' Dr. Noraini Binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan proses sesuatu organisma diubah suai yang hidup (Living Modified Organism, LMO) dilaksanakan bagi menjamin keselamatan kesihatan manusia, kesihatan haiwan dan tumbuhan serta biodiversiti negara.

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepesakit dialisis terutamanya di kawasan luar bandar. 3. ... Dato' Seri Tiong King Sing ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin

2 AUM DR 25/10/2017

4. PR-1353-L03640

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan usaha Kerajaan dalam memastikan keselamatan

bangunan sekolah tahfiz di seluruh negara selepas insiden kebakaran di Sekolah Tahfiz di Jalan Dato Keramat, Kuala Lumpur.

5. PR-1353-L03118

Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan :-

(a) usaha-usaha untuk memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai kerjaya dalam bidang saintifik dan kejuruteraan; dan

(b) panduan untuk meneroka kerjaya dalam bidang STEM, dan kerjasama dengan pihak swasta dalam membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi di Malaysia .

6. PR-1353-L03882

Puan Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah yang diambil untuk membela nasib anak-anak yang dipelihara di institusi kanak-kanak dan adakah wujud kes Anak Muslim yang dijadikan anak angkat kepada keluarga bukan Islam.

7. PR-1353-L03844

Dato' Hajah Normala Binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk menaikkan kelayakan umur pencarum PERKESO membuat tuntutan daripada 60 tahun ke tiada had umur kerana masih ramai lagi pekerja yang masih bekerja selepas umur 60 tahun.

8. PR-1353-L03597

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kesudian Kerajaan untuk menetapkan peruntukan Kementerian sebanyak 7% mengikut cadangan World Health Organisation (WHO). Adakah Kerajaan bersedia untuk melakukan 'ring-fencing' bagi Kementerian Kesihatan .

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepesakit dialisis terutamanya di kawasan luar bandar. 3. ... Dato' Seri Tiong King Sing ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin

AUM DR 25/10/2017 3

9. PR-1353-L03958

Dato' Haji Mohd Fasiah Bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan program dan projek Kerajaan yang telah dilaksanakan melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan nyatakan setakat manakah kejayaan NBOS dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan serta penjimatan wang Kerajaan dalam pelaksanaan program dan projek-projek Kerajaan berkenaan serta keberhasilannya dari perspektif program transformasi Kerajaan (GTP).

10. PR-1353-L04032

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah-

langkah yang diambil untuk membantu para peniaga kecil di negara ini .

11. PR-1353-L03029

Dato' Sri Abdul Azeez Bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang Kementerian dalam menaik taraf fasiliti-fasiliti kesihatan sedia ada yang umumnya kita ketahui sebahagian besar klinik-klinik kesihatan, klinik-klinik desa ini telah dibina pada tahun 70an lagi.

12. PR-1353-L03183

Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

kos perbelanjaan untuk ubat (drugs) setiap tahun sejak 2009-2017.

13. PR-1353-L04041

Datuk William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan kenapa perlaksanaan menaik taraf Jalan Ulu Skrang tidak menunjukkan sebarang perkembangan bila ia akan bermula.

14. PR-1353-L04001

Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan butiran terperinci jumlah kutipan Cukai Pelancongan untuk bulan September 2017 mengikut pecahan negeri.

15. PR-1353-L03623

Ir. Shaharuddin Bin Ismail [ Kangar ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan berapakah jumlah statistik terkini pendaftaran sekolah tahfiz yang telah berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan serta di bawah Jabatan Agama Islam Negeri dan apakah terdapat peruntukan tambahan setiap tahun kepada pusat-pusat tahfiz yang berdaftar .

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepesakit dialisis terutamanya di kawasan luar bandar. 3. ... Dato' Seri Tiong King Sing ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin

4 AUM DR 25/10/2017

16. PR-1353-L03283

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan apakah rancangan untuk menambah baik dan menaik taraf fasiliti atau kemudahan perkhidmatan kesihatan di Hospital Sibu dan klinik-klinik kesihatan di sibu iaitu klinik kesihatan Oya, klinik kesihatan Lanang dan klinik kesihatan Sibu Jaya, dan sama ada Kerajaan bercadang untuk membina klinik kesihatan baru di Sibu.

17. PR-1353-L03091

Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mewujudkan pusat pengumpulan mini hasil pertanian di kawasan-kawasan tertentu khususnya di kawasan pendalaman Sabah bagi memudahkan petani memasarkan hasil pertanian mereka yang sekali gus dapat membantu meningkatkan taraf sosioekonomi para petani di kawasan berkenaan.

18. PR-1353-L04138

Tuan Mohd Rafizi Bin Ramli [ Pandan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan perincian (bagi setiap tahun 2010-2016) pecahan jumlah kutipan cukai-cukai oleh LHDN mengikut jenis cukai dan ditunjukkan berasingan di antara kategori berikut iaitu cukai tahun semasa, cukai tahun bukan semasa, denda, serta faedah.

19. PR-1353-L03314

Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan bagaimana Kementerian akan memastikan bahawa setiap negeri akan mendapat bahagian yang sepatutnya daripada hasil kutipan cukai pelancongan bagi pemeriksaan sektor perlancongan seperti menambah baik kemudahan selain daripada promosi sahaja.

20. PR-1353-L04139

Tuan Mohd Rafizi Bin Ramli [ Pandan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah perbelanjaan Kementerian beliau (setiap tahun 2010-2016) mengikut fungsi-fungsi berikut iaitu pembangunan sukan, operasi sukan, pembangunan belia, aktiviti belia, usahawan muda, dan pembasmian dadah.

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepesakit dialisis terutamanya di kawasan luar bandar. 3. ... Dato' Seri Tiong King Sing ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin

AUM DR 25/10/2017 5

21. PR-1353-L04012

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan jumlah etnik Rohingya di Malaysia, penempatan dan kemudahan yang disediakan, kos yang ditanggung oleh Kerajaan dan tekanan Kerajaan ke atas Kerajaan Myanmar bagi menyelesaikan isu Rohingya.

22. PR-1353-L02822

Datuk Haji Shabudin Bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah proaktif Kementerian untuk

memastikan masalah 'brain drain' di kalangan doktor-doktor pakar dihentikan atau sekurang-kurangnya dikurangkan agar kekal berkhidmat dengan Kerajaan.

23. PR-1353-L03598

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah murid yang menerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Apakah syarat-syarat kelayakan untuk menerima bantuan RMT dan adakah Kementerian mempunyai cadangan untuk memperbaiki syarat-syarat tersebut dalam tempoh terdekat.

24. PR-1353-L02784

Tan Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah [ Mukah ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan statistik sindiket penjualan kelulusan akademik palsu pelbagai peringkat termasuk PhD secara dalam talian dari tahun 2012 hingga 2017 dan apakah langkah kerjasama Kementerian di peringkat nasional mahupun antarabangsa sebagai langkah menangani kegiatan sindiket ini.

25. PR-1353-L03413

Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-

(a) perangkaan rumah-rumah ibadah mengikut agama yang telah pun beroperasi tanpa kelulusan kelayakan duduk atau memperoleh Sijil Kelayakan Menduduki (CFO); dan

(b) apakah langkah-langkah Kementerian dalam menangani permasalahan ini.

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepesakit dialisis terutamanya di kawasan luar bandar. 3. ... Dato' Seri Tiong King Sing ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin

6 AUM DR 25/10/2017

26. PR-1353-L02976

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff Bin Ahmad [ Mersing ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan akta wakaf demi menyeragamkan pengawalan fungsi 'regulatory' wakaf supaya lebih sistematik dan tersusun.

27. PR-1353-L03816

Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan apakah usaha terkini Kementerian dalam memberi pendidikan berkualiti terhadap orang asli tanpa perlu kanak-kanak orang asli terpaksa berada di asrama sekolah. Apakah pengajaran penting yang dapat diambil dalam kejadian kehilangan 7 pelajar anak-anak Orang Asli di Gua Musang.

28. PR-1353-L04103

Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada jawatankuasa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meluluskan pelaburan sebanyak US$3 sehingga US$4 bilion bagi tujuan menyokong pembangunan semula infrastruktur di Amerika Syarikat. Jika ada, apakah nilai pelaburan-pelaburan spesifik ini yang telah diluluskan.

29. PR-1353-L03300

Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta PERDANA MENTERI menyatakan

bagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh memastikan Pilihanraya Umum yang akan datang adalah bersih, bebas dan adil yang mengkehendaki semua parti politik dan calon-calon mereka berpegang kepada prinsip kebenaran, integriti, akauntabiliti dan berkelakuan etika.

30. PR-1353-L04141

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :-

(a) bagaimanakah pihak Kementerian memantau dan mencegah berlakunya mana-mana pihak yang tidak bertanggung jawab menyebarkan berita-berita palsu yang boleh mencetuskan sebarang kemusykilan kepada masyarakat; dan

(b) jumlah kes yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 susulan daripada tindakan penyebaran berita-berita palsu dan penyalahgunaan media sosial.

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepesakit dialisis terutamanya di kawasan luar bandar. 3. ... Dato' Seri Tiong King Sing ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin

AUM DR 25/10/2017 7

31. PR-1353-L03306

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI LUAR NEGERI

menyatakan perkembangan terkini rundingan dua hala antara Malaysia dan Indonesia berkenaan penentuan sempadan maritim kawasan Selat Melaka berikutan pertemuan Majlis Bersama untuk Kerjasama Bilateral (JCBC) pada bulan Ogos 2017 di Jakarta. Apakah langkah-langkah interim yang diambil oleh Kerajaan untuk melindungi hak dan keselamatan para nelayan Malaysia yang beroperasi di kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di "kawasan bertindih" diantara Malaysia dan Indonesia.

32. PR-1353-L02841

Dato' Sri Hasan Bin Malek [ Kuala Pilah ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah terdapat beberapa program galakan atau insentif khusus kepada setiap kawasan Parlimen di negara ini oleh Kementerian dalam merancakkan industri pelancongan di setiap pelosok negara/kawasan Parlimen dan tidak hanya tertumpu di beberapa negeri sahaja. Ini dilihat akan dapat meletakkan Malaysia sebagai land of total tourism product.

33. PR-1353-L03594

Tuan Gooi Hsiao Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan sama ada proses tender untuk pembinaan hospital Pendang baru telah akhirnya bermula, memandangkan projek ini sudah dilambatkan lebih sepuluh tahun.

34. PR-1353-L03030

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) apakah alasan dan mengapa, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan; dan

(b) apakah jenis rancangan alternatif dan pandangan kerajaan terhadap pandangan mereka yang mengkehendaki ujian ini diteruskan bagi membolehkan murid-murid meneruskan pegajian mereka ke peringkat pengajian tinggi.

35. PR-1353-L03596

Tuan Gooi Hsiao Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sama ada Kerajaan akan menetapkan harga siling untuk benih padi yang dijual kepada pesawah padi yang kini dipaksa membeli benih padi daripada pembekal yang sedang menaikkan harga tanpa kawalan.

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepesakit dialisis terutamanya di kawasan luar bandar. 3. ... Dato' Seri Tiong King Sing ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin

8 AUM DR 25/10/2017

36. PR-1353-L03595

Tuan Gooi Hsiao Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada kertas siasatan untuk projek pembangunan Aman Laut Kuala Kedah telah disiapkan dan bila tindakan mahkamah akan diambil bersusulan dengan soalan Parlimen saya kepada Menteri bertarikh 8 Ogos 2017.

37. PR-1353-L03280

Dato' Haji Mohd Zaim Bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kejayaan yang dicapai negara kita dalam

memacu pertumbuhan ekonomi pada masa ini dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu.

38. PR-1353-L03357

Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan

:-

(a) secara terperinci status terkini mengenai pengiktirafan UEC; dan

(b) apakah usaha yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan untuk memastikan pelajar-pelajar UEC dapat meneruskan pengajian tinggi mereka di Malaysia.

39. PR-1353-L02920

Datuk Hajah Norah Binti Abd. Rahman [ Tanjong Manis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan JAKIM telah memberikan pengiktirafan untuk 'Halal

Certification Body' (HCB) bagi 67 buah badan/organisasi di dunia dengan pelbagai logo halal masing-masing. Sejauh manakah ini berkesan untuk menyeragamkan standard halal dunia/global dan dari 67 badan ini, berapakah yang benar-benar mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh JAKIM.

40. PR-1353-L03796

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk membiayai program Blue Ocean Strategy Online Training di kalangan penjawat awam dan bagaimanakah keberkesanan program ini diukur.

41. PR-1353-L03185

Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah yang diambil untuk mengukuhkan nilai mata wang Ringgit Malaysia yang merosot 20% sejak 2009.

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepesakit dialisis terutamanya di kawasan luar bandar. 3. ... Dato' Seri Tiong King Sing ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin

AUM DR 25/10/2017 9

42. PR-1353-L03395

Dato' Sri Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah usaha-usaha yang sedang dan akan dibuat oleh Kementerian dalam memastikan belia-belia dapat menjauhi diri dari masalah-masalah sosial seperti tabiat melepak, vandalisme, pergaduhan, ketagihan arak dan penagihan dadah dan apakah perancangan ataupun program pihak Kementerian dalam membantu belia-belia yang telah didapati terjebak dengan masalah-masalah sosial tersebut.

43. PR-1353-L04007

Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) bilangan kes penceraian di mahkamah sivil dan mahkamah syariah sehingga kini dan yang berjaya bercerai dan mengapa kes penceraian mengambil masa lama untuk diputuskan walaupun asas penceraian jelas seperti di sijil nikah; dan

(b) adakah Kerajaan akan menubuhkan tabung bagi membantu wanita yang tidak berkemampuan untuk memfailkan perceraian.

44. PR-1353-L03042

Tuan Anuar Bin Abd Manap [ Sekijang ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan adakah Felda Global Ventures (FGV) mempunyai cadangan bagi memberi dividen khas atau dividen yang lebih tinggi kepada peneroka FELDA dan apakah terdapat apa-apa cadangan bagi insentif tambahan kepada peneroka selain daripada yang telah diumumkan sebelum ini.

45. PR-1353-L03620

Dato' Hasbullah Bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah usaha pihak Kementerian dalam menjamin keselesaan para pesakit di hospital-hospital Kerajaan yang kekurangan infrastruktur seperti katil serta alatan bantuan perubatan.

46. PR-1353-L03663

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan sebab pemimpin politik Pakatan Harapan seperti Ketua Menteri Pulau Pinang dilarang masuk ke sekolah kebangsaan tetapi SK Putrajaya Presint 14(1) boleh mengadakan program sokong UMNO bersama dengan YB Putrajaya pada 3 Oktober 2017. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kementerian terhadap mereka yang terlibat.

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepesakit dialisis terutamanya di kawasan luar bandar. 3. ... Dato' Seri Tiong King Sing ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin

10 AUM DR 25/10/2017

47. PR-1353-L03933

Dato' Dr. Mujahid Bin Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah tindakan segera yang disediakan dan

dilaksanakan oleh Kerajaan untuk menangani masalah banjir kilat khususnya di kawasan bandar.

48. PR-1353-L03347

Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah persatuan-persatuan telah berjaya memohon menjadi penolong pendaftar pemilih di Malaysia. Senaraikan mengikut negeri. Adakah ahli parlimen boleh memohon menjadi penolong pendaftar pemilih.

49. PR-1353-L03293

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah

kakitangan Kerajaan dan orang awam yang telah disiasat dan dilepaskan oleh SPRM mengikut negeri dari tahun 2013, 2014, 2015, 2016 dan sehingga 30/09/2017.

50. PR-1353-L03693

Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah tindakan Kerajaan untuk mengawal selia sekolah-sekolah dan asrama-asrama termasuk tahfiz untuk mengelakkan berlakunya tragedi seperti mana di sekolah Sekolah Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dan Maahad Tahfiz Yayasan As Sofa baru-baru ini.

51. PR-1353-L02904

Dato' Mansor Bin Othman [ Nibong Tebal ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan berapakah jumlah permit teksi yang telah diberikan kepada pemandu-pemandu individu teksi, mengikut negeri, semenjak SPAD memutuskan untuk tidak mengeluarkan permit teksi kepada syarikat-syarikat teksi dalam tahun 2010.

52. PR-1353-L03590

Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan tarikh penghabisan Projek Pembetungan di

semua jalan negeri dan jalan Persekutuan di kawasan Seri Kembangan, Balakong dan Bangi dan jelaskan mengapa projek ini menghadapi kelewatan.

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepesakit dialisis terutamanya di kawasan luar bandar. 3. ... Dato' Seri Tiong King Sing ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin

AUM DR 25/10/2017 11

53. PR-1353-L03669

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan status pemindahan Batu Sumpah di Keningau Sabah. Adakah terdapat masalah dalam proses pemindahan Batu Sumpah tersebut.

54. PR-1353-L(5)00018

Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan apakah tindakan tegas selain ditukarkan ke jabatan lain terhadap 7 orang polis yang didakwa berhibur bersama tauke judi di sebuah pusat hiburan di Muar dan seorang polis lagi dilihat bermesraan dengan seorang gadis dipercayai pelacur di Segamat. Apakah juga tindakan undang-undang terhadap penyiasatan polis yang dibuat secara cincai atau ''mala fide'' membawa kepada pendakwaan salah.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepesakit dialisis terutamanya di kawasan luar bandar. 3. ... Dato' Seri Tiong King Sing ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin

12 AUM DR 25/10/2017

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL 1. ( D.R.34/2017 ) Rang Undang-undang Perbadanan Harta Intelek Malaysia

(Pindaan) 2017 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (24 Oktober, 2017) [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

2. ( D.R.37/2017 ) Rang Undang-Undang Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Pindaan) 2017 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Bacaan Kali Yang Kedua

3. ( D.R.39/2017 ) Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan 2017 [ Menteri Sumber Manusia ]

4. ( D.R.35/2017 ) Rang Undang-Undang Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2017 [ Menteri Kesihatan ]

5. ( D.R.36/2017 ) Rang Undang-Undang Pusat Jagaan (Pindaan) 2017 [ Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ]

6. PR-1353-U(27)008 Dato' Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang [ Marang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49 (1) kepada Yang Berhormat Ahli bagi kawasan Marang untuk mencadangkan suatu Rang Undang-undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 seperti berikut:

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepesakit dialisis terutamanya di kawasan luar bandar. 3. ... Dato' Seri Tiong King Sing ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin

AUM DR 25/10/2017 13

Pindaan Seksyen 2

Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [ Akta 355 ] dipinda dalam proviso kepada seksyen 2 dengan menggantikan perkataan "penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali" dengan perkataan "penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu ringgit atau sebatan satu ratus kali sebagaimana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah Syariah." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

7. PR-1353-U(27)070

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, terdapat banyak tapak-tapak warisan yang terdapat di negara ini mempunyai nilai-nilai sejarah, potensi ekonomi dan keunikan yang boleh dijadikan sebagai tapak warisan dunia UNESCO.

Dewan ini hendaklah juga mengambil maklum bahawa Taman Kinabalu (Kinabalu Park) dan kawasan pemuliharaan Lembah Danum (Danum Valley conservation area) adalah antara kawasan yang mempunyai potensi yang baik untuk dijadikan sebagai "UNESCO Global Geopark" dan "UNESCO World Heritage Site".

Dan mengambil maklum juga bahawa, dengan mensasarkan Taman Kinabalu sebagai UNESCO Global Geopark dan kawasan pemuliharaan Lembah Danum sebagai UNESCO World Heritage Site yang ke-3 buat negara Malaysia (selepas taman negara gunung Mulu dan taman negara Kinabalu), negara dengan secara langsung akan dapat menempatkan namanya di kaca mata dunia sama ada dari segi pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar selain menjadi destinasi pelancongan ulung di rantau ini.

Maka, bagi mencapai matlamat ini, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan hendaklah segera mengambil segala usaha dan tindakan yang perlu agar usaha yang dibuat oleh Kerajaan negeri Sabah bagi matlamat ini segera dapat dicapai." [ Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan ]

8. PR-1353-U(27)071

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa pewujudan dan pembinaan muzium warisan sesebuah masyarakat adalah merupakan satu bahan utama dalam menjaga bahan sejarah dan juga warisan mereka.

Dan mengambil maklum juga bahawa masyarakat cina telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan fizikal dan juga ekonomi negara malaysia sejak penubuhan negara ini khasnya di negeri Sabah.

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepesakit dialisis terutamanya di kawasan luar bandar. 3. ... Dato' Seri Tiong King Sing ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin

AUM DR 25/10/2017 14

Dan mengambil maklum juga bahawa masyarakat cina di Sabah bersama dengan rakyat tempatan telah "mengalirkan darah" mereka untuk mempertahankan negara ini terutama sekali dalam gerakan "Kinabalu Guerrilas" menentang pendudukan Jepun ketika perang dunia kedua, "Brunei Rebelion" dan "konferentasi", dimana mereka berkhidmat sebagai polis, tentera dan rangers pada ketika itu.

Dalam proses pembentukan negara ini, banyak peninggalan atau warisan masyarakat cina, yang tidak tersimpan, terpulihara atau didokumentasikan, maka tempat terbaik bagi tujuan ini adalah dengan menubuhkan muzium warisan masyarakat cina di Sabah khas.

Dan mengambil maklum juga bahawa negara asing seperti Indonesia juga telah membina muzium warisan hakka (cina) di Jakarta bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan masyarakat cina dalam pembangunan negara Indonesia.

Maka, bagi menghargai dan mengingati jasa masyarakat cina di negeri Sabah khasnya, dewan yang mulia ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa kerajaan Malaysia hendaklah dengan segera menimbangkan untuk menubuhkan dan membina "muzium warisan masyarakat cina" di negeri Sabah agar ianya menjadi satu lagi tapak sejarah pembangunan negara." [ Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan ]

9. PR-1353-U(27)072

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa penggunaan bahan bungkus dan bag hasil keluaran plastik adalah lebih banyak membawa kemudaratan kepada manusia dan alam sekitar berbanding dengan manfaatnya.

Dan mengambil maklum juga bahawa semua jenis plastik adalah tidak mesra alam dimana hasil kajian mendapati bahawa plastik yang tertanam di bumi akan mengambil masa, tidak kurang daripada 25 tahun untuk terurai disamping merosakkan tanah dan saliran air/ sungai dan alam sekitar.

Dan mengambil maklum juga bahawa, bahan-bahan plastik ini juga merupakan antara punca penyebab kejadian banjir dimana ianya menyebabkan parit dan longkang tersumbat.

Dan mengambil maklum juga bahawa, terutama sekali di kawasan pantai, terdapat banyak sampah-sampah plastik yang terapung dan menjadikan tepi-tepi pantai hodoh dan kotor. Selain itu, bahan plastik yang terlepas ke lautan banyak merosakkan terumbu karang dan hidupan marin, terutama sekali penyu yang memakan bahan plastik kerana difikirkan sebagai obor-obor.

Maka, bagi menangani perkara-perkara yang boleh memudaratkan kehidupan manusia, alam sekitar dan hidupan marin, maka dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa penggunaan semua jenis pembungkus dan bag pembungkus berasakan plastik diharamkan."

[ Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar ]

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepesakit dialisis terutamanya di kawasan luar bandar. 3. ... Dato' Seri Tiong King Sing ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin

AUM DR 25/10/2017 15

10. PR-1353-U(27)073 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Chinese Independent School di Malaysia menjalankan taksiran peperiksaan persekolahan mereka melalui sijil yang dikenali sebagai Unified Examination Certificate (UEC) yang mana dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Unified Examination Certificate - Junior Middle (UEC-JML), Unified Examination Certificate Vocational (UEC-V) dan Unified Examination Certificate Senior Middle (UEC-SML).

Dan mengambil maklum juga bahawa, persijilan UEC telah pun digunapakai dalam persekolahan oleh United Chinese School Committees Association of Malaysia sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1975.

Dan mengambil maklum juga bahawa sijil UEC yang diperkenalkan oleh UCSCAM ini telah diiktiraf oleh universiti di serata negara seperti di United Kingdom, United States of America, Taiwan, Hong Kong, China, Australia, Canada, Singapore dan lain-lain negara.

Dan mengambil maklum juga bahawa malangnya, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia atau secara khususnya, Lembaga Akreditasi Negara tidak mengiktiraf sijil UEC ini terutama sekali bagi kemasukkan ke universiti awam Malaysia, walaupun National University of Singapore yang berkedudukan tempat ke-empat universiti terbaik di dunia mengiktiraf sijil UEC ini.

Dan mengambil maklum juga bahawa dengan ketiadaan pengiktirafan yang dimaksudkan di atas, negara Malaysia secara tidak langsung mengalami kerugian yang besar dimana pemegang sijil UEC ini terpaksa meneruskan pendidikan tinggi mereka di luar negara di mana aliran wang keluar daripada negara ini dan juga kecenderungan lepasan sijil UEC ini untuk terus berkerja di luar negara adalah tinggi, di mana dalam hal ini negara Malaysia akan kerugian "aliran keluar" tenaga mahir ke luar negara.

Maka, bagi menangani masalah ini, dewan yang mulia ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan haruslah dengan segera mengiktiraf sijil Unified Examination Certificate bagi manfaat negara." [ Menteri Pendidikan ]

11. PR-1353-U(27)074

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid dan graduan di negara ini adalah pada tahap yang amat minima dan keadaan ini telah menjadikan sumber tenaga manusia negara ini kurang berdaya saing di luar negara.

Dan mengambil maklum juga bahawa, kebanyakkan bahan-bahan rujukan untuk pengajian yang terdapat di atas talian dan buku-buku rujukan adalah dalam bahasa Inggeris.

Page 16: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepesakit dialisis terutamanya di kawasan luar bandar. 3. ... Dato' Seri Tiong King Sing ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin

AUM DR 25/10/2017 16

Mengambil maklum juga bahawa oleh kerana tidak dapat bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik, sumber tenaga manusia dan para graduan dari negara Malaysia tidak berpeluang untuk berkerja dan bersaing di peringkat global.

Dan mengambil maklum juga bahawa sumber tenaga manusia daripada negara-negara yang membenarkan penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem pembelajaran mereka, misalnya negara Filipina, adalah lebih mendapat pasaran tenaga kerja di peringkat antarabangsa.

Mengambil maklum juga bahawa, Kerajaan hendaklah mengambil kira saranan ramai ibubapa, agar Kerajaan mewujudkan sekolah menengah dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar bagi membolehkan anak-anak mereka menguasai bahasa Inggeris dengan baik agar keboleh-pasaran anak-anak mereka dipertingkatkan.

Mengambil maklum juga bahawa sekolah menengah La Salle Tanjung Aru Sabah telah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar sejak penubuhannya pada tahun 1903 sehinggahlah dimansuhkan pada lewat tahun 1970an. Maka, bagi menangani masalah ini, dewan yang mulia ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan haruslah dengan segera meluluskan penubuhan sekolah menengah aliran bahasa Inggeris, sekurang-kurangnya satu sekolah menengah di setiap kawasan Parlimen sebagai permulaan dan bagi kawasan Parlimen P.173 Putatan, sekolah menengah La Salle Tanjung Aru sebagai perintis." [ Menteri Pendidikan ]

12. PR-1353-U(27)077

Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik mengikut data di Jabatan Pendaftar Negara." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

13. PR-1353-U(27)078

Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] akan mencadangkan :-

"Bahawa pengambilan pekerja asing dikurangkan serta merta untuk memberi peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan." [ Menteri Sumber Manusia ]

14. PR-1353-U(27)079 Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia diaktifkan semula untuk memajukan penggunaan Bahasa Melayu." [ Menteri Pendidikan ]

Page 17: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepesakit dialisis terutamanya di kawasan luar bandar. 3. ... Dato' Seri Tiong King Sing ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin

AUM DR 25/10/2017 17

15. PR-1353-U(27)081 Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menggesa bahawa Laporan penuh Jawatankuasa Siasatan Bebas mengenai kejadian kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 25 Oktober 2016 hendaklah diumumkan untuk makluman dan pengetahuan rakyat tentang punca-punca berlakunya kebakaran tersebut. Kerajaan juga didesak untuk menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk mencegah dan mengelakkan tragedi kebakaran berulang lagi di mana-mana hospital atau pusat perubatan. " [ Menteri Kesihatan ]

16. PR-1353-U(27)082

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menyokong cadangan menetapkan sebarang pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi 100 juta oleh Kementerian Pertahanan, mesti dibawa ke Parlimen dibahas dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara supaya untuk syarat meneruskan pembelian ini. Ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan integriti dan keberkesanan pembelian sistem pertahanan. Ini adalah diakibatkan oleh pembelian Kapal Selam Scorpene telah menimbulkan banyak persepsi negatif terhadap negara." [ Menteri Pertahanan ]

17. PR-1353-U(27)084

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini memuatkan semua Jawapan-Jawapan Pertanyaan Jawab Lisan Harian Yang Tidak Dapat Dijawab, Jawapan-Jawapan Pertanyaan Bertulis, serta Undi-Undi dan Perjalanan Mesyuarat (Votes and Proceedings) bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara ke dalam portal rasmi Parlimen Malaysia untuk memastikan ketelusan Parlimen. " [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

18. PR-1353-U(27)086

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Kerajaan Malaysia bukan anggota kepada Konvensyen 1951 dan Protokol yang berhubung dengan Pelarian. Sungguhpun demikian, kad UNHCR diterima sebagai dokumen yang sah bagi pelarian yang datang termasuk dalam urusan bekerja secara bebas di negara ini sehingga ada usaha-usaha dalam memalsukan kad tersebut bagi melepaskan diri mereka daripada ditangkap pihak berkuasa. Maka Dewan yang mulia ini hendaklah menjelaskan tanggungjawab yang diberikan kepada pemegang kad tersebut dan sekiranya benar ianya mengizinkan pelarian yang mempunyai kad kuasa tersebut bekerja di negara ini." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Page 18: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepesakit dialisis terutamanya di kawasan luar bandar. 3. ... Dato' Seri Tiong King Sing ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin

AUM DR 25/10/2017 18

19. PR-1353-U(27)087 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini mencadangkan Kerajaan supaya mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar meskipun negara telah menjadi negara merdeka dan berdaulat sejak 60 tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan saling memerlukan dan memahami bagi memudahkan mereka membangunkan ekonomi negara secara bersama dan merealisasikan impian Malaysia." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

20. PR-1353-U(27)088

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini mencadangkan Kerajaan memulihkan pilihan raya Kerajaan tempatan seluruh negara supaya urus tadbir Kerajaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan melakukan pungutan suara antara rakyat." [ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

21. PR-1353-U(27)089

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini membahaskan keberkesanan untuk mencegah kebakaran di Malaysia." [ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

22. PR-1353-U(27)090 Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk menghalang dan mengharamkan penjualan arak murahan (cheap liquor) secara mudah dan murah yang semakin berleluasa. Gejala pengambilan arak murahan ini menimbulkan pelbagai masalah sosial seperti keganasan rumah tangga dan gengsterisme serta merosakkan organ dalaman. Di samping itu, kawalan dan penyeliaan terhadap kedai-kedai menjual arak perlu diketatkan. Masa penjualan arak dan lokasi minum arak perlu dikaji. Kawasan tempat awam seperti di taman awam dan taman permainan kanak-kanak, minum arak wajib diharamkan. Dewan ini juga wajib mempertimbangkan penubuhan Pusat Pemulihan Arak (PPA) di setiap negeri di Malaysia untuk membendung masalah minum arak yang semakin berleluasa di kalangan anak muda merentasi sempadan bangsa dan agama." [ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

Page 19: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepesakit dialisis terutamanya di kawasan luar bandar. 3. ... Dato' Seri Tiong King Sing ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin

AUM DR 25/10/2017 19

23. PR-1353-U(27)091 Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk kes kematian di bawah tahanan Polis DiRaja Malaysia, keluarga simati diberi kebenaran sepenuhnya untuk memperoleh Pakar Perubatan Forensik sendiri bagi mewakili pihak keluarga simati semasa bedah siasat dijalankan." [ Menteri Dalam Negeri ]

24. PR-1353-U(27)094

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] akan mencadangkan :-

"Bahawasanya Dewan yang mulia ini meluluskan satu ketetapan supaya YAB Perdana Menteri dan seluruh anggota Menteri Kabinet mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Dewan Rakyat tiap-tiap tahun pada bulan Disember." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

25. PR-1353-U(27)096

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] akan mencadangkan :-

"Bahawasanya Dewan yang mulia ini meluluskan satu ketetapan selaras dengan titah Majlis Raja-Raja Melayu dimana Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 dibentang dan dikaji semula di Dewan Rakyat dengan kadar segera." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

26. PR-1353-U(27)092 Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-

Bahawa Dewan ini mendesak agar pendidikan agama diperkenalkan di sekolah kepada pelajar bukan Islam sebagai langkah untuk menerapkan nilai-nilai murni dan keagamaan di kalangan pelajar bukan Islam bagi menangani gegala sosial yang kian meningkat dan berleluasa akibat daripada kegagalan sistem pendidikan di Malaysia.

[ Menteri Pendidikan ]

27. Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

“Bahawasanya Dewan mendesak supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung jawab terhadap Hal Ehwal Islam memanggil semua Mufti-mufti di semua negeri untuk berbincang dan membuat ketetapan bagaimana Jabatan-jabatan Agama Islam di setiap negeri mesti memainkan peranan utama dalam memerangi kegiatan judi yang makin tidak terkawal di seluruh negara.

Page 20: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepesakit dialisis terutamanya di kawasan luar bandar. 3. ... Dato' Seri Tiong King Sing ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin

AUM DR 25/10/2017 20

Mufti-mufti mesti mengarahkan semua Pejabat Agama di setiap daerah mewujudkan “task force” bagi memantau kegiatan judi dan melaksanakan tugas seperti mana Pejabat Agama berjaya mengawal orang Islam yang tidak berpuasa makan di khalayak ramai.” [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

28. Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini meminta Kerajaan Pusat lebih giat memantau kegiatan penebangan balak di negeri-negeri yang akhir-akhir ini telah mengakibatkan banjir besar dan tanah runtuh. Jabatan Hutan dan lain-lain agensi yang dipertanggung jawabkan mengawal kegiatan pembalakan mesti diberi peruntukan yang cukup serta dibantu dengan aset yang terkini agar tugas mereka lebih cekap dan efisen.” [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ]

29. Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini menyokong segala usaha yang sedang giat dilakukan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad dalam memerangi rasuah di semua peringkat. Dewan juga menyokong agar peruntukan kewangan, penambahan aset dan kakitangan yang mencukupi diberikan kepada SPRM supaya segala usaha yang sedang dijalankan tidak terbantut.” [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

30. Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini menggesa supaya Pengerusi MARA yang baru dilantik, Datuk Seri Awang Adek Hussin menjadi seorang Pengerusi yang tegas dan berwibawa. Beliau mesti meletakkan kepentingan Melayu dan Bumiputra teratas dan jangan melindungi sesiapa juga yang pernah melakukan penyelewengan semasa berkhidmat dengan MARA termasuk mantan Pengerusinya. Dengan pengalaman yang beliau dalam dalam berbagai bidang dan sektor rakyat sedang menanti perubahan yang bakal beliau lakukan.” [ Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ]

Page 21: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filepesakit dialisis terutamanya di kawasan luar bandar. 3. ... Dato' Seri Tiong King Sing ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin

AUM DR 25/10/2017 21

**UCAPAN-UCAPAN

( PERATURAN MESYUARAT 17 BAHARU )

( KAMAR KHAS )

Tarikh Ucapan

Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Bertanggungjawab

1. 25.10.2017 (Rabu)

1. YB Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang)

1. Masalah Di Hospital Sibu, Poliklinik Sibu dan Klinik 1Malaysia di Sibu

1. YB Menteri Kesihatan

2. 25.10.2017 (Rabu)

2. YB Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh (Sandakan)

2. Pelaburan China Di Negeri Sabah

2. YB Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

** Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17 Baharu)