malaysia dewan rakyat aturan urusan · pdf filemengambil kursus berasaskan stem ... akaun dan...

Download MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengambil kursus berasaskan STEM ... akaun dan membatalkan daftar haji akibat daripada ... menyatakan sama ada Kementerian sedar bahawa

If you can't read please download the document

Upload: vandung

Post on 08-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • MALAYSIA

    DEWAN RAKYAT

    ATURAN URUSAN MESYUARAT

    NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

    http://www.parlimen.gov.

    HARI RABU, 18 MEI 2016, PUKUL 10.00 PAGI

    Bil. 23

    PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

    1. PR-1342-L74638 Datuk Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apa langkah yang dilakukan oleh Kementerian khususnya melalui PDRM dalam usaha membanteras 'Love Scam' yang telah mengakibatkan ribuan wanita di negara ini ditipu dan melibatkan kerugian berpuluh-puluh juta ringgit.

    2. PR-1342-L74733 Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan status wakaf pendidikan tinggi dan langkah-langkah bagi memperkasakannya justeru dapat mengurangkan beban rakyat di negara ini.

    3. PR-1342-L74197 Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sejauh manakah kejayaan Kerajaan dalam mencapai matlamat untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna.

    4. PR-1342-L74708 Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah-langkah bagi meneruskan agenda Asean Economic Community (AEC) yang telah dilancarkan pada tahun lalu.

    5. PR-1342-L74152 Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah langkah-langkah proaktif Kementerian dalam usaha menanam budaya inovasi dan kreativiti di kalangan pelajar-pelajar luar bandar agar berminat untuk mengambil kursus berasaskan STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematic) yang ditawarkan di universiti.

  • 2 AUM DR 18/5/2016

    6. PR-1342-L75414 Laksamana Pertama Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) [ Lumut ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan secara terperinci berhubung dengan "DUAL LANGUAGE PROGRAM" (DLP) dan sejauh mana manfaatnya kepada pelajar.

    7. PR-1342-L73957 Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah pendeposit-pendeposit Tabung Haji daripada berterusan menutup akaun dan membatalkan daftar haji akibat daripada fitnah bahawa Tabung Haji tidak ada duit.

    8. PR-1342-L75145 Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa jenis ubat-ubatan dikecualikan daripada bayaran cukai 6% GST dan adakah Kementerian mempunyai rancangan untuk mengecualikan perubatan tradisional daripada bayaran GST.

    9. PR-1342-L74270 Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan berapakah persatuan belia yang ada di Malaysia setakat tahun 2015 dan apakah bentuk bantuan yang disalurkan oleh pihak Kementerian terhadap persatuan-persatuan belia ini.

    10. PR-1342-L74729

    Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah mekanisme Kementerian bagi menangani masalah keganasan dan pergaduhan dalam sekolah.

    11. PR-1342-L73927 Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perkembangan semasa projek 1Bestari di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia dan sejauh manakah kelajuan capaian internet melalui pemasangan pencawang telekomunikasi di sekolah-sekolah tersebut mampu membantu sistem pembelajaran di sekolah ke arah yang lebih baik.

    12. PR-1342-L74098 Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada Kementerian sedar bahawa hasil kajian sains terbaru menunjukkan bahaya penggunaan minyak masak politaktepu (polyunsaturated cooking oils). Mengapakah pihak Kementerian masih mengesyorkan minyak politaktepu kepada pesakit.

    13. PR-1342-L74348 Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah pihak Kementerian bersedia menempah lagi peruntukan pembinaan sekolah atau menaik taraf sekolah kayu melalui kaedah IBS di Sarawak untuk kawasan Parlimen Sibuti seperti pembinaan semula SK Kelapa Sawit No.2 dan SK Tinggi.

  • AUM DR 18/5/2016 3

    14. PR-1342-L74992 Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status Jalan Utama Dungun Kuala Terengganu dan mengapakah pembinaannya tergendala (tidak disiapkan) di tempat-tempat tertentu.

    15. PR-1342-L74257 Datuk Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pinjaman, pencapaian, respon dan ststus terkini skim pinjaman di bawah Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) dan Yayasan Penjaja dan Perniga Kecil 1Malaysia (YPPKM) yang ditaja oleh Kerajaan bagi membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana kaum Cina.

    16. PR-1342-L74329 Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status terkini pembaikan Sekolah Taman Sungai Besi Indah dan bila pelajar boleh kembali ke sekolah ini.

    17. PR-1342-L74198 Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan perancangan atau langkah-langkah yang bakal atau sedang diambil bagi mengatasi masalah kemerosotan sukan bola sepak Malaysia.

    18. PR-1342-L75199 Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah benar seperti yang dilaporkan bahawa sesetengah pegawai dalam Lembaga Peperiksaan sengaja menurunkan gred keputusan kertas Bahasa Cina dalam peperiksaan SPM. Oleh sebab itu, hanya beberapa pelajar yang mendapat gred A dalam peperiksaan SPM. Adakah keputusan kertas Bahasa Cina paling teruk antara semua subjek dalam peperiksaan SPM.

    19. PR-1342-L74081 Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah langkah untuk menaik taraf persimpangan lampu isyarat di Batu 24 Jalan Pekan Nanas, Johor Bahru kepada Persimpangan BULATAN dapat dilaksanakan bagi mengatasi aliran kenderaan yang terhenti kerana lampu isyarat sedia ada menambahkan kejadian kesesakan.

    20. PR-1342-L73751 Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :- (a) keputusan Kementerian untuk menggunakan vaksin Dengavaxia

    yang hanya dapat memberikan perlindungan dengan keberkesanan sebanyak 47% kepada pengidap demam denggi; dan

    (b) apakah Kementerian tidak mempunyai rancangan untuk membuat

    kajian perubatan komplimentari berkaitan potensi jus daun betik dan kunyit yang boleh digunakan sebagai ubat kepada demam denggi.

  • 4 AUM DR 18/5/2016

    21. PR-1342-L73932 Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan usaha pihak Kementerian dalam memastikan jalan raya di negara kita ini lebih selamat serta mesra pengguna terutamanya jalan-jalan utama yang digunakan oleh kenderaan berat di seluruh negara.

    22. PR-1342-L74615 Datuk Mohd Idris bin Jusi [ Batu Pahat ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan langkah-langkah Kementerian atau Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) meningkatkan taraf pendidikan Orang Asli, supaya dapat menambah bilangan pegawai Orang Asli dalam JAKOA dan tunjukkan statistik pertambahan itu daripada tahun ke tahun sehingga tahun 2016.

    23. PR-1342-L74444 Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan mengikut keutamaan, 10 jurusan yang mempunyai permintaan yang tinggi di dalam pasaran pekerjaan.

    24. PR-1342-L75143 Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi membendung sikap perkauman di kalangan masyarakat, khususnya generasi muda di negara ini.

    25. PR-1342-L74484 Datuk Joseph Salang anak Gandum [ Julau ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jadual pembangunan Klinik Desa Nanga Kemalih, Ulu Entabai Julau.

    26. PR-1342-L74854 Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Taska Autisme Sibu sejak 2013 dan sama ada Kementerian akan terus memberi peruntukan kepada Taska Autisme Sibu memandangkan pengurusan taska tersebut menghadapi masalah kewangan.

    27. PR-1342-L74640 Datuk Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah persiapan yang dilakukan oleh Kementerian dalam usaha berhadapan dengan fenomena El-Nino kerana ia dijangka mencetuskan pelbagai situasi termasuk jerebu dan krisis bekalan air.

    28. PR-1342-L75088

    Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah-langkah yang diambil sebagai mematuhi Jadual 1 Akta Keselamatan Pekerjaan 1994 di premis-premis Kerajaan ekoran kejadian murid dipatuk ular di sekolah.

  • AUM DR 18/5/2016 5

    29. PR-1342-L75388 Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah sebab utama pembatalan kerja-kerja elastomer di Projek RAPID di Pengerang, Johor oleh Petronas Chemicals Group Berhad (PetChem).

    30. PR-1342-L74269

    Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah pencarum KWSP yang ada di Malaysia dan berapakah jumlah pencarum yang masih belum memasukkan penama ke atas caruman mereka.

    31. PR-1342-L74225

    Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah dana awam dan nilai bantuan dalam semua bentuk lain yang dinikmati Proton Holding Berhad serta pulangan dan sumbangan syarikat automatif tersebut kepada negara dalam semua bentuk sejak penubuhan pada 1985 sehingga kini.

    32. PR-1342-L74008

    Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ K