perniagaan butik kecantikan (spa) dan · pdf filemengambil inisiatif ini dengan menyediakan...

7
DIMENSIKOOP BIL. 46 JULAI 2015 Perniagaan Butik Kecantikan (SPA) Dan Kesihatan Adila Hashim Maktab Koperasi Malaysia Zon Selatan Industri SPA di Malaysia semakin berkembang dengan bilangan pengusaha yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pelancongan, industri SPA negara dijangka mampu menjana sebanyak RM 400 juta kepada Pendapatan Negara Kasar (GNI) sekali gus membuka sebanyak 3,500 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020. Penggemar perkhidmatan SPA ini bukan sahaja terdiri daripada kalangan wanita, malah golongan lelaki juga semakin ramai yang mengunjungi SPA bagi tujuan kesihatan dan penampilan diri. Lebih menarik, industri ini juga mampu dijadikan satu daya tarikan kepada pelancong asing untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan kecantikan di Malaysia. SPA merupakan sebahagian komponen dalam industri pelancongan yang memberi peluang pekerjaan dan secara tidak langsung turut menyumbang kepada pendapatan negara melalui nilai tukaran wang asing. Di beberapa negara di dunia turut menjadikan industri SPA sebagai produk pelancongan yang mampu menjana ekonomi negara. Ia mampu berkembang dengan lebih pesat dan bertaraf antarabangsa bagi memastikan lebih ramai pelancong asing mengunjungi pusat SPA yang menawarkan pelbagai keunikan tersendiri. Malaysia juga dilihat mempunyai potensi untuk menjadi destinasi pelancongan kesihatan yang kompetitif. Tambahan pula, negara kita mempunyai khazanah sumber alam yang tiada ternilai seperti herba dan rempah-ratus. SPA yang baik sepatutnya menyediakan tenaga kerja yang efisien dan berkemahiran dalam memberi keyakinan kepada pengunjung untuk datang semula mendapatkan rawatan. Justeru, kursus dan latihan secara profesional amat diperlukan di pusat pengajian tinggi dan kolej swasta. Menyedari akan potensi industri SPA tanah air, tercetuslah “Program Latihan Terapi SPA” yang telah dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sejak tahun 2012 lagi bagi membangunkan kepakaran tempatan seterusnya mengatasi masalah kekurangan juruterapi SPA tempatan dan kebergantungan terhadap juruterapi SPA asing. Oleh yang demikian, Maktab Koperasi Malaysia mengambil inisiatif ini dengan menyediakan Kursus Perniagaan Butik Kecantikan (SPA) dan Kesihatan yang berobjektif: 61 BIL. 46 JULAI 2015

Upload: tranngoc

Post on 01-Feb-2018

277 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perniagaan Butik Kecantikan (SPA) Dan · PDF filemengambil inisiatif ini dengan menyediakan Kursus Perniagaan Butik Kecantikan (SPA) dan Kesihatan yang berobjektif: DIMENSIKOOP 62

61

DIMENSIKOOP

61BIL. 46 JULAI 2015

t

Perniagaan Butik Kecantikan (SPA) Dan KesihatanAdila HashimMaktab Koperasi Malaysia Zon Selatan

Industri SPA di Malaysia semakin berkembang

dengan bilangan pengusaha yang semakin

meningkat dari tahun ke tahun. Di bawah Bidang

Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pelancongan,

industri SPA negara dijangka mampu menjana

sebanyak RM 400 juta kepada Pendapatan Negara

Kasar (GNI) sekali gus membuka sebanyak 3,500

peluang pekerjaan menjelang tahun 2020.

Penggemar perkhidmatan SPA ini bukan sahaja

terdiri daripada kalangan wanita, malah golongan

lelaki juga semakin ramai yang mengunjungi

SPA bagi tujuan kesihatan dan penampilan diri.

Lebih menarik, industri ini juga mampu dijadikan

satu daya tarikan kepada pelancong asing untuk

mendapatkan perkhidmatan rawatan kecantikan

di Malaysia. SPA merupakan sebahagian

komponen dalam industri pelancongan yang

memberi peluang pekerjaan dan secara tidak

langsung turut menyumbang kepada pendapatan

negara melalui nilai tukaran wang asing.

Di beberapa negara di dunia turut menjadikan industri SPA sebagai produk pelancongan yang mampu menjana ekonomi negara. Ia mampu berkembang dengan lebih pesat dan bertaraf antarabangsa bagi memastikan lebih ramai pelancong asing mengunjungi pusat SPA yang menawarkan pelbagai keunikan tersendiri. Malaysia juga dilihat mempunyai potensi untuk menjadi destinasi pelancongan kesihatan yang kompetitif. Tambahan pula, negara kita mempunyai khazanah sumber alam yang tiada ternilai seperti herba dan rempah-ratus.

SPA yang baik sepatutnya menyediakan tenaga kerja yang efisien dan berkemahiran dalam memberi keyakinan kepada pengunjung untuk datang semula mendapatkan rawatan. Justeru, kursus dan latihan secara profesional amat diperlukan di pusat pengajian tinggi dan kolej swasta. Menyedari akan potensi industri SPA tanah air, tercetuslah “Program Latihan Terapi SPA” yang telah dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sejak tahun 2012 lagi bagi membangunkan kepakaran tempatan seterusnya mengatasi masalah kekurangan juruterapi SPA tempatan dan kebergantungan terhadap juruterapi SPA asing.

Oleh yang demikian, Maktab Koperasi Malaysia mengambil inisiatif ini dengan menyediakan Kursus Perniagaan Butik Kecantikan (SPA) dan Kesihatan yang berobjektif:

6161BIL. 46 JULAI 2015

Page 2: Perniagaan Butik Kecantikan (SPA) Dan · PDF filemengambil inisiatif ini dengan menyediakan Kursus Perniagaan Butik Kecantikan (SPA) dan Kesihatan yang berobjektif: DIMENSIKOOP 62

DIMENSIKOOP

6262 BIL. 46 JULAI 2015

1. Memberi pendedahan berkaitan kaedah pendekatan pengurusan perniagaan butik kecantikan (SPA) dan kesihatan;2. Memberi kefahaman dan pengetahuan tentang potensi perniagaan butik kecantikan (SPA) dan kesihatan;3. Memberi kefahaman berkaitan penyediaan rancangan perniagaan dalam perniagaan butik kecantikan (SPA) dan kesihatan.

Memahami Konsep SPA

Umumnya, ramai yang masih kurang jelas makna sebenar SPA kerana sesetengah rawatan yang ditawarkan pengusaha tertentu berbeza daripada perkhidmatan yang disediakan di salon-salon biasa. Hakikatnya, SPA menawarkan perkhidmatan yang lebih unik dan eksklusif.

Definisi SPA

Perkataan “SPA” adalah singkatan daripada perkataan ‘Solus Per Aqua’ yang bererti penyembuhan dengan air dalam bahasa Latin, iaitu konsep perawatan yang telah diperkenalkan sejak tahun 400 SM di Rom, pada zaman Hipokrates. Ketika itu, pancutan air panas semula jadi telah digunakan oleh askar-askar untuk merehat dan merawat badan daripada keletihan dan luka selepas perang.

Sumber Sejarah

Sehingga kini, SPA tertua Romawi masih wujud di Merano, Itali yang membuktikan kemujaraban dan populariti mata air panas semula jadi itu sebagai bahan terapi. Manakala di Bath, England, SPA sudah wujud sejak kurun ke-18 lagi yang menggunakan mata air panas semula jadi dengan tahap suhu setinggi 120 darjah fahrenheit. Kebanyakan SPA di benua Eropah yang dibuka pada kurun ke-18 dan ke-19 dikelilingi pemandangan indah seperti gunung dan tasik.

Di Asia, SPA masih lagi berada pada peringkat pengenalan, dan pembangunan sektor ini belum begitu ketara. Namun begitu, ia telah menjadi amalan turun-temurun masyarakat Asia untuk mengunjungi kawasan kawah atau mata air panas semula jadi untuk mandi

dan berendam kerana dipercayai sumber air panas ini mempunyai kelebihan dalam menyembuhkan penyakit.

Era Baru

Mengikut peredaran zaman, SPA berkembang menjadi sebuah pusat kecantikan yang berfungsi untuk merawat tubuh, kesihatan, memberi kesegaran dan nyaman ketika berada di dalamnya. SPA merupakan suatu rangkaian produk perawatan yang terdiri daripada terapi seluruh badan (kulit, badan, rambut), pusat rampingan (slimming centre), rawatan pemakanan (dietary) serta solekan dan andaman. Kini, masyarakat umum di Malaysia semakin menyedari pentingnya hidroterapi dalam meningkatkan tahap kesihatan dan mula menjadikan SPA sebagai salah satu tempat kunjungan utama bagi rawatan kesihatan. Dari segi jantina pula, lebih ramai wanita yang mengunjungi SPA berbanding lelaki. Berdasarkan statistik, nisbah pengunjung SPA wanita berbanding lelaki adalah 60:40.

Potensi Perniagaan Butik Kecantikan (SPA) dan Kesihatan

Permintaan yang Tinggi

Masyarakat di Malaysia semakin menyedari pentingnya aspek ‘hidroterapi’ atau penyembuhan menggunakan air dalam meningkatkan tahap kesihatan. Buktinya, masyarakat mula menjadikan SPA sebagai satu alternatif untuk mendapatkan rawatan kecantikan dan kesihatan. Permintaan terhadap rawatan SPA juga semakin meningkat dari semasa ke semasa. Kebanyakan pengunjung berkunjung ke pusat perawatan SPA adalah bagi tujuan kesihatan badan seperti mengeluarkan toksin, meningkatkan sistem

Perkataan “SPA” adalah singkatan daripada perkataan ‘Solus Per Aqua’ yang bererti penyembuhan dengan air dalam bahasa Latin, iaitu konsep perawatan yang telah diperkenalkan sejak tahun 400 SM di Rom

6262 BIL. 46 JULAI 2015

Page 3: Perniagaan Butik Kecantikan (SPA) Dan · PDF filemengambil inisiatif ini dengan menyediakan Kursus Perniagaan Butik Kecantikan (SPA) dan Kesihatan yang berobjektif: DIMENSIKOOP 62

63

DIMENSIKOOP

63BIL. 46 JULAI 2015

imunisasi selain mencegah alahan supaya dapat menjalankan aktiviti harian dengan penuh kesegaran.

Tarikan Pelancong

Tarikan industri perkhidmatan SPA di Indonesia dan Thailand telah merancakkan industri pelancongannya dengan membantu menjana ekonomi dan memberi peluang pekerjaan kepada ribuan penduduk. Kesan industri itu juga telah mengangkat nama urutan Thai dan Bali yang cukup terkenal dalam kalangan pelancong asing. Begitu juga dengan industri SPA di Malaysia. Seperti di negara lain, pelancongan adalah penyumbang penting kepada ekonomi dalam mewujudkan peluang pekerjaan dan memperluaskan jaringan perniagaan.

Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen telah menyatakan keyakinan beliau tentang industri SPA negara yang bakal menjadi daya tarikan utama pelancong terutamanya pada mereka yang inginkan perkhidmatan SPA yang berpatutan dan berkualiti tinggi. Di Malaysia, industri SPA juga semakin berkembang sejak lima tahun kebelakangan ini melalui pembukaan pusat-pusat SPA berlesen terutamanya di premis-premis perniagaan dan hotel-hotel sekitar ibu negara serta lokasi tumpuan pelancong.

Pulangan yang Tinggi

Kajian oleh Kementerian Pelancongan Malaysia membuktikan bahawa peningkatan perniagaan rawatan SPA yang begitu memberangsangkan sejak kebelakangan ini mampu memberi pulangan pendapatan lumayan kepada negara melalui pakej pelancongan kesihatan. Kerajaan melalui Kementerian Pelancongan Malaysia telah menumpukan perhatian untuk memperkasakan industri SPA secara kompeten dengan melihat potensi industri ini sebagai destinasi pelancongan kesihatan yang kompetitif pada tahun ini. Industri SPA mempunyai potensi yang sangat luas untuk dikembangkan, ia dilihat sebagai satu inisiatif dalam melahirkan lebih ramai tenaga mahir negara untuk bekerja secara profesional seterusnya memajukan industri SPA ke peringkat antarabangsa. Industri SPA sebenarnya mampu menjanjikan pulangan yang menguntungkan jika dilaksanakan dengan baik terutama pada mereka yang mendapat pendidikan dan kursus yang lengkap di dalam bidang kecantikan dan kesihatan ini.

Jenis Perawatan SPA Mengikut Tempat dan Fungsinya

1. Perawatan SPA Harian (Day SPA) Menawarkan pelbagai perawatan SPA oleh kakitangan (terapi) profesional yang sedia ada pada setiap hari. Day SPA biasanya menawarkan rawatan seperti yang terdapat di salon dan ia dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang inginkan rawatan seperti manicure, pedicure, facial, atau body massage. Ia merupakan rawatan yang boleh dinikmati oleh pelanggan pada setiap hari untuk mendapatkan kesegaran badan.

2. Perawatan SPA Total (Destination SPA) Sesuai dengan nama “Destination SPA”, rawatan ini memakan waktu lebih daripada satu hari. Ia menawarkan rawatan secara keseluruhan iaitu mulai daripada berelaksasi sekali gus mendorong pengunjung untuk menjalani pola pemakanan yang sihat. SPA ini terdiri daripada perawatan tubuh, aktiviti fisik, pendidikan kesihatan, kuliner sihat dan program-program khusus. Tujuannya adalah untuk membantu pengunjung menjalani gaya hidup yang lebih sihat. Bahkan, rawatan SPA yang dirancang untuk keremajaan secara holistik sangat

6363BIL. 46 JULAI 2015

Page 4: Perniagaan Butik Kecantikan (SPA) Dan · PDF filemengambil inisiatif ini dengan menyediakan Kursus Perniagaan Butik Kecantikan (SPA) dan Kesihatan yang berobjektif: DIMENSIKOOP 62

DIMENSIKOOP

6464 BIL. 46 JULAI 2015

berkesan dalam membuatkan tubuh dan fikiran menjadi lebih tenang dan nyaman. Destination SPA biasanya dilakukan di pulau, hotel atau resort di luar kota dan disediakan secara eksklusif kepada pengunjungnya.

3. Resort/Hotel SPA Daripada namanya sahaja sudah jelas untuk memberitahu lokasi rawatan SPA ini dilakukan. Tujuan adanya resort/hotel SPA ini adalah untuk menambah kenyamanan kepada pengunjung SPA atau tetamu resort/hotel untuk menginap lebih lama. Jenis rawatan yang terdapat di sini adalah sama dengan SPA-SPA yang lain.

4. Perawatan SPA Medis (Medical SPA) Jenis perawatan SPA ini lebih memfokuskan kepada rawatan kosmetik, seperti laser untuk menghilangkan flek atau noda di kulit, suntikan botox atau filler. Perawatan SPA Medis biasanya dilakukan di bawah pengawasan doktor yang berlesen dan mengikut bidang tersendiri.

5. Perawatan SPA Kesihatan (Health SPA) Perawatan SPA jenis ini hampir sama dengan Medical SPA, iaitu dilakukan oleh terapi mengikut bidangnya dan lebih fokus kepada pemeliharaan kesihatan secara keseluruhan.

6. Mineral Springs SPA Ia merupakan jenis perawatan yang menggunakan bahan-bahan mineral yang biasanya terdapat daripada sumber air panas. SPA jenis ini memberikan rawatan hydrotherapy untuk penggunanya. Mineral Springs ini biasanya dilakukan secara langsung dalam kawasan sumber air tersebut yang banyak mengandungi bahan mineral.

7. Club SPA Lokasi SPA ini berada di pusat kesihatan.

8. Cruise Ship SPA Lokasi SPA ini berada di atas pelayaran kapal.

9. Perawatan SPA di Lapangan Terbang (Airport SPA) Perawatan SPA ini bertujuan untuk memberikan rawatan secara ekspres bagi para traveler mahupun penumpang pesawat sebelum berlepas. Beberapa rawatan Airport SPA yang paling umum adalah kerusi pijat selama 15 minit beserta terapi oksigen.

Produk Perkhidmatan SPA dan KesihatanSecara amnya, perkhidmatan butik kecantikan (SPA) dan kesihatan dikategorikan seperti berikut:

1. Perkhidmatan Rawatan Kulit (Skin Treatment) Secara umumnya, rawatan kulit ini melibatkan rawatan pada bahagian muka. Walau bagaimanapun, terdapat salon kecantikan yang menjalankan rawatan khusus bagi kulit kepala dan badan. (a) Rawatan Kulit Muka (Facial Treatment) Perkhidmatan yang popular disediakan oleh salon-salon kecantikan wanita ialah rawatan muka. Terdapat dua jenis rawatan muka iaitu; rawatan kecantikan dan rawatan kulit bermasalah. Kebanyakan salon kecantikan kebiasaannya menyediakan rawatan kecantikan ke atas kulit muka. Perkhidmatan rawatan muka yang lengkap dan komprehensif disediakan dan sesuai untuk semua jenis kulit. Rawatan muka yang lengkap melibatkan superficial cleanse, deep cleanse, steaming, exfoliating, skin conditioning dan relaxing, toning, lotion dan moisturiser. Selain daripada itu, ia juga melibatkan face massage dan mask, face contour dan eye contour. Rawatan kulit bermasalah dijalankan oleh pusat kecantikan yang mengkhususkan penyediaan rawatan ke atas kulit-kulit yang bermasalah seperti kulit yang mempunyai jerawat yang teruk, pigmentasi dan alahan. Rawatan ini perlu dilakukan oleh juruterapi kecantikan yang terlatih dalam rawatan kulit bermasalah. (b) Non-Surgical Facelifting Ia merupakan perkhidmatan rawatan kulit muka yang terbaru dan sedang berkembang di Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah. Rawatan ini menggunakan proses micro-current untuk menegangkan kulit muka tanpa menjalankan sebarang pembedahan di samping dapat melengahkan proses penuaan kulit. Proses ini juga boleh digunakan ke atas kulit badan.

(c) Rawatan Kulit Kepala Tidak ramai perawat kecantikan yang berkecimpung dalam rawatan kulit kepala sama ada di salon kecantikan ataupun salon

6464 BIL. 46 JULAI 2015

Page 5: Perniagaan Butik Kecantikan (SPA) Dan · PDF filemengambil inisiatif ini dengan menyediakan Kursus Perniagaan Butik Kecantikan (SPA) dan Kesihatan yang berobjektif: DIMENSIKOOP 62

65

DIMENSIKOOP

65BIL. 46 JULAI 2015

rambut. Namun begitu, kini terdapat salon yang menyediakan rawatan kulit kepala khususnya rawatan kelemumur, kebotakan dan keguguran rambut kerana kesedaran orang ramai tentang perlunya mendapat rawatan kulit kepala. Salon yang menyediakan perkhidmatan rawatan kulit kepala juga antara lain memberikan perkhidmatan rawatan pemulihan dan penjagaan rambut.

2. Perkhidmatan Rawatan Badan (Body Treatment) Perkhimatan rawatan badan adalah untuk mendapatkan dan memelihara bentuk badan yang dikehendaki. Selain mengurangkan berat badan, perkhidmatan rawatan badan juga membantu pergerakan saraf, muscle, dan tona kulit badan. Antara rawatan yang disediakan termasuk body contour dan body polish. (a) Khidmat Mengurut (Body Massage) Perkhidmatan mengurut adalah antara pendekatan rawatan badan. Selain perkhidmatan tukang urut tradisional, perkhidmatan massage therapist yang terlatih juga digunakan.

(b) Aromatherapy Aromatherapy adalah pendekatan holistik yang menggerakkan penyembuhan kulit melalui pencapaian fisikal dan psikologi secara serentak. Rawatan aromatherapy biasanya dilakukan untuk menghilangkan tekanan (stress) melalui urutan dengan menggunakan campuran pelbagai minyak urut yang mempunyai bau yang harum. Setiap minyak yang digunakan mempunyai keharuman dan keupayaan tersendiri untuk menggerakkan proses menenangkan perasaan fisikal dan mental pada pelbagai peringkat. Rawatan ini perlu dijalankan oleh pakar therapist yang terlatih kerana kombinasi minyak yang tidak sesuai akan mendatangkan mudarat kepada pelanggan. (c) Rawatan SPA Rawatan SPA sering dikaitkan dengan resort kesihatan yang menyediakan kolam renang, sauna dan jakuzi dengan persekitaran yang mewah. Perkhidmatan SPA melibatkan antara lain ialah sauna, tanning dan body wrap.

3. Pusat Rampingan (Slimming Centre) Pusat kesihatan ini menyediakan pelbagai kemudahan dan peralatan senaman dan khidmat terapi untuk mengurangkan berat badan. Pusat rampingan ini juga ada menyediakan perkhidmatan body warp, tanning dan sauna.

4. Rawatan Pemakanan (Dietary) Perkhidmatan rawatan pemakanan amnya merujuk kepada perkhidmatan yang disediakan oleh pakar pemakanan berkaitan dengan amalan pemakanan pelanggan dan penjagaan badan dan kulit melalui program pemakanan. Khidmat nasihat pemakanan perlu dijalankan oleh pakar pemakanan yang berkelayakan.

5. Lain-lain Perkhidmatan Perkhimatan bahagian rambut adalah pemotongan dan reka bentuk rambut, mencuci rambut, dandanan, andaman dan penjagaan kulit kepala. Ia juga menyediakan perkhidmatan andaman dan solekan untuk pelbagai majlis seperti perkahwinan, sambutan hari ibu dan hari lahir.

Manfaat Rawatan SPA

Ramai yang masih samar tentang kelebihan sebagai pengguna SPA, antaranya adalah:

1. Secara umum SPA berupaya menyembuhkan penyakit dalaman, menyegarkan tubuh badan selain memberi tenaga dan oksigen serta menegangkan otot, menghaluskan kulit, meningkatkan daya tahan tubuh dalam melawan penyakit, meningkatkan proses metabolisme tubuh, mengurangkan keletihan dan menenangkan fikiran.

2. Bebas kerutan dan menyihatkan kulit Mandi wap atau sauna dan pijat batu panas dapat merelaksasi otot-otot yang tegang. Kaedah ini dapat menghilangkan tanda-tanda penuaan berupa kerutan atau keriput pada kulit.

3. Meredakan stres Stres membuat anda kelihatan tua. Oleh yang demikian, pijat relaksasi mampu membuat tubuh segar dan sihat kembali.

6565BIL. 46 JULAI 2015

Page 6: Perniagaan Butik Kecantikan (SPA) Dan · PDF filemengambil inisiatif ini dengan menyediakan Kursus Perniagaan Butik Kecantikan (SPA) dan Kesihatan yang berobjektif: DIMENSIKOOP 62

DIMENSIKOOP

6666 BIL. 46 JULAI 2015

4. Menurunkan berat badan Perawatan SPA juga membantu menurunkan berat badan. Pijatan lembut daripada juruterapi berupaya membakar kalori pada bahagian-bahagian tertentu.

5. Menghilangkan racun pada kulit Manfaat daripada sauna yang utama adalah mengeluarkan racun atau toksik dalam tubuh. Sauna atau mandi wap akan membuatkan badan mengeluarkan peluh secara berlebihan. Melalui peluh, racun-racun dalam tubuh dapat dikeluarkan. Bahkan, pori-pori kulit akan terbuka dan racun yang tersimpan di bawah kulit juga akan dikeluarkan. Kulit berisiko lebih besar terkena bahaya radikal bebas. Maka, SPA menjadi salah satu penyelesaian terbaik untuk membersihkan racun atau toksik pada kulit.

6. Meningkatkan sirkulasi darah Mandi di dalam jakuzi memiliki banyak manfaat untuk kesihatan. Perawatan ini dapat meningkatkan sirkulasi darah dan membuat kulit tampak bersinar.

7. Mengurangkan kesakitan yang dialami Rawatan SPA juga dikatakan boleh meredakan migrain dan asma, menurunkan tekanan darah tinggi dan mengatasi insomnia (tidak boleh tidur).

Penglibatan Koperasi dalam Industri SPA

Bagi menjadikan gerakan koperasi penyumbang berkesan kepada pembangunan negara, Dasar Koperasi Negara 2011-2020 telah menyasarkan peningkatan sumbangan gerakan koperasi kepada perolehan negara sebanyak RM 50 bilion menjelang 2020. Dari perspektif mikro, koperasi hendaklah menjadi penjana pertumbuhan ekonomi dan entiti perniagaan yang kompetitif mengikut bidang kepakaran koperasi itu sendiri. Sebagai institusi sosial berteraskan ekonomi, koperasi perlu meningkatkan kewibawaannya bagi menjadi organisasi bantu diri yang efektif untuk meningkatkan taraf sosioekonomi anggota. Koperasi juga perlu peka dan proaktif terhadap persekitaran agar menjadi warga korporat yang bertanggungjawab.

Pelaksanaan pencapaian kenyataan dasar di atas ditumpukan kepada bidang keberhasilan aktiviti ekonomi seperti perkhidmatan kewangan,

pemborongan dan peruncitan, pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan, pertanian dan perladangan. Ini menunjukkan sektor penjagaan kesihatan merupakan salah satu bidang yang perlu diterokai oleh koperasi untuk menjana impak yang lebih tinggi kepada perolehan koperasi. Di dalam industri pelancongan dan aktiviti perkhidmatan yang berkaitan seperti penjagaan diri dan kesihatan, industri SPA merupakan salah satu sektor ekonomi yang perlu diceburi oleh koperasi.

Contohnya seperti Koperasi Ibu Tunggal Melaka Berhad yang telah melakar kejayaan dengan membuka sebuah pusat kecantikan (SPA) dan kesihatan. Orkid Wellness Centre iaitu SPA kecantikan yang beroperasi di Taman Pertam Jaya, menjadi lambang kejayaan koperasi tersebut yang dapat membantu seramai 120 orang anggotanya. Koperasi ini pernah gagal dalam perniagaan sebelumnya, namun kegagalan lalu tidak mematahkan semangat untuk mereka terus berdaya saing. Menurut Pengerusi Koperasi tersebut, kejayaan itu juga hasil bantuan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan sokongan daripada Pakatan Strategik Industri SPA. Antara produk dan perkhidmatan yang disediakan di pusat kecantikan SPA Koperasi Ibu Tunggal Melaka ini adalah perawatan badan dan muka seperti mandi wap (sauna), facial, urutan badan, rawatan resdung dan lain-lain lagi.

Ada juga di antara anggota koperasi yang melibatkan diri dengan Mobile SPA, iaitu perkhidmatan produk kecantikan SPA yang dilakukan di rumah pelanggan. Hanya dengan menggunakan panggilan telefon, juruterapi akan datang ke rumah untuk memberikan perkhidmatan SPA mengikut keperluan pelanggan. Mobile SPA ataupun dikenali sebagai Home SPA sedang hangat diperkatakan, khususnya di kawasan bandar yang menyasarkan pelanggan yang tiada masa dan letih untuk pergi ke pusat kecantikan. Jadi, melalui perkhidmatan ini pelanggan mudah untuk mendapatkan perkhidmatan terus langsung ke rumah mereka.

Antara cabaran yang dihadapi oleh pengusaha SPA sama ada koperasi atau pengusaha Mobile SPA ini ialah pesaing. Mereka perlu bersaing dengan pusat kecantikan SPA sedia ada dan berjenama. Mereka perlu memastikan produk dan perkhidmatan SPA mereka setanding dengan pasaran, mempunyai

6666 BIL. 46 JULAI 2015

Page 7: Perniagaan Butik Kecantikan (SPA) Dan · PDF filemengambil inisiatif ini dengan menyediakan Kursus Perniagaan Butik Kecantikan (SPA) dan Kesihatan yang berobjektif: DIMENSIKOOP 62

67

DIMENSIKOOP

67BIL. 46 JULAI 2015

kemudahan dan teknologi perawatan yang sama dan memiliki tahap kemahiran yang berkualiti.

Kesesuaian perniagaan SPA ini boleh diperluaskan lagi dengan melibatkan koperasi-koperasi yang mempunyai hotel, resort atau inap desa (homestay). Kerjasama antara koperasi yang menyediakan produk pelancongan dengan koperasi yang terlibat dalam aktiviti SPA membolehkan penyediaan perkhidmatan pelancongan dibuat secara komprehensif.

Kesimpulan

Potensi perniagaan butik kecantikan (SPA) dan kesihatan ini memang tidak boleh dinafikan lagi melalui permintaan dan perkembangan industri pelancongan di Malaysia yang semakin berkembang dari tahun ke tahun. Permintaan yang tinggi terhadap produk kecantikan dan kesihatan boleh dijadikan

satu peluang kepada koperasi untuk menceburkan diri dalam industri SPA ini. Kos untuk membuka pusat kecantikan dan kesihatan ini bergantung kepada jenis produk dan perkhidmatan yang akan ditawarkan serta lokasi yang dipilih. Selain daripada itu, koperasi atau pengusaha perlu menyediakan satu Rancangan Perniagaan untuk menentukan sasaran pengguna, bahagian promosi, anggaran tunai yang diperlukan dan lain-lain.

Perniagaan butik kecantikan (SPA) dan kesihatan ini juga merupakan salah satu bidang keberhasilan utama dalam Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020 yang mampu memberi impak tinggi kepada koperasi. Usaha kerajaan dalam pembangunan industri SPA ini terbuka luas kepada usahawan-usahawan yang dinamik dan berdaya saing melalui program-program yang dijalankan di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia khususnya untuk bahagian kemahiran, latihan, pendidikan dan kewangan.

Rujukan

Hidayah Mohammad.(2013). Dunia SPA. Berita Harian Online. Dicapai daripada http://www2.bharian.com.my/ articles/DuniaSPA/Article/.

Iskandar Aruji.(2012).Jenis perawatan SPA berdasarkan tempat dan fungsinya. Dicapai daripada http://asliblogspot. blogspot.com/2012/06/jenis-perawatan-SPA-berdasarkan-tempat.html.

Jenis SPA.(2012). Dicapai daripada http://www.maunnbeauty.wordpress.com.

Jenis SPA.(2011). Dicapai daripada https://sihusky.wordpress.com/jenis-jenis-SPA/.

Manfaat SPA.(2011). Citacinta. Dicapai daripada http://www.citacinta.com/.

Martin Kahar.(2007). Memahami kebaikan SPA. Bernama. Dicapai daripada http://www.bernama.com/.

Mengenali Jenis SPA.(2012). Dicapai daripada http://wolipop.detik.com/.

Perniagaan SPA.(2010). Dicapai daripada http://www.usahawan.com/.

PEMANDU.(2010). Economic Transformation Programme (ETP) : A roadmap for Malaysia.

6767BIL. 46 JULAI 2015