pejabat setiausaha kerajaan negeri pulau...

26
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG Dokumen Sebutharga No.Sebutharga: Bil. PSUKPP/11/2015 “PEMBEKALAN HARTA MODAL PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2015” Tarikh Tutup: 4 Mac 2015 URUSETIA BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN DAN KEWANGAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG JAUHILAH AMALAN RASUAH 1

Upload: others

Post on 10-Feb-2020

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/12758/spesifikasi_IKLAN...Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAUPINANG

Dokumen SebuthargaNo.Sebutharga: Bil. PSUKPP/11/2015

“PEMBEKALAN HARTA MODAL PEJABATSETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU

PINANG TAHUN 2015”

Tarikh Tutup:

4 Mac 2015

URUSETIA

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN DAN KEWANGANPEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

JAUHILAH AMALAN RASUAH 1

Page 2: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/12758/spesifikasi_IKLAN...Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau

TAJUK : PEMBEKALAN HARTA MODAL PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2015

NO. SEBUTHARGA: Bil. PSUKPP/11/2015

Arahan-Arahan Kepada Penyebut Harga :

Sila ambil perhatian bersama-sama ini dilampirkan arahan-arahan berikut:-

Lampiran A : Kenyataan Tawaran Sebut harga

Lampiran B : Arahan Kepada Penyebut Harga

Lampiran C : Syarat-syarat Am Sebut Harga

Lampiran D : Spesifikasi

Lampiran E : Borang Maklumat Diri Pemilik Syarikat

Lampiran F : Kedudukan Kewangan Pemilik Syarikat

Lampiran G : Borang Sebut harga Lampiran Q

Lampiran H : Senarai Kerja/Perkhidmatan Yang Sedang Dilaksanakan

Lampiran I : Surat Akuan Pembida (SPP 10 Tahun 2010 bertarikh 16 Disember 2010)

Lampiran J : Surat Akuan Pembida Berjaya(SPP 10 Tahun 2010 bertarikh 16 Disember 2010)

2

Page 3: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/12758/spesifikasi_IKLAN...Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau

LAMPIRAN A

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

KENYATAAN TAWARAN

NO. SEBUTHARGA : Bil. PSUKPP/11/2015

Tawaran adalah dipelawa kepada kepada syarikat-syarikat yang berdaftar denganKementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang berkaitan:

020101 - Perabot, Perabot Makmal dan Kelengkapan Berasaskan Kayu/Rotan/Fabrik/Logam/Plastik (Workstations) ; dan

020301 - Perkakas Elektrik dan Aksesori ;

serta masih sah tempoh lakunya dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagiperkhidmatan berikut:

“ PEMBEKALAN HARTA MODAL PEJABAT SETIASAHA KERAJAANNEGERI PULAU PINANG TAHUN 2015 ”

2. Dokumen sebut harga boleh dibeli dengan harga RM10.00 secara onlinedan dimuat turun melalui Sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinangmulai 18 Februari 2015 (Rabu) bermula jam 3.00 petang.

3. Dokumen Sebut Harga yang dilengkapkan hendaklah dimasukkan kedalam sampul surat yang berlakri serta ditandakan No. Sebut Harga di sebelahkanan atas sampul surat. Dokumen sebut harga tersebut mestilah sampai se b e l u m@ pada 4 Mac 2015 (Rabu ) j a m 1 2 . 0 0 t e n gah ha r i dan dimasukkan ke dalam PetiSebut Harga di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, BahagianKhidmat Pengurusan dan Kewangan, Paras 25, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang.Setiap tawaran harga adalah sah bagi tempoh 90 hari dari tarikh peti sebut hargaditutup.

JAUHILAH AMALAN RASUAH 3

Page 4: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/12758/spesifikasi_IKLAN...Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau

4. Bukti Penghantaran Tidak Dianggap Sebagai Bukti Penerimaan dan semuakos berkaitan dengan Tawaran Sebut Harga di atas adalah menjadi tanggungjawabkontraktor terbabit. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak tertaklukmenerima mana-mana tawaran terendah/tertinggi atau sebarang tawaran. PejabatSetiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menundaatau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutuptawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.

Y.B. Setiausaha KerajaanPejabat Setiausaha KerajaanNegeri Pulau Pinang

4

Page 5: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/12758/spesifikasi_IKLAN...Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau

LAMPIRAN BARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

1. PERIHAL SEBUT HARGA

Sebut harga ini adalah bagi perkhidmatan ‘Pembekalan Harta Modal PejabatSetiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2015’.

2. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/ MENOLAK SEBUT HARGA

Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah/tertinggi atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di ataspenolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalahmuktamad.

3. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA

Penyediaan Sebut Harga

3.1 Penyebut harga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syaratdalam dokumen sebut harga serta menyemak kandungan dokumensebut harga dengan teliti sebelum mengisi borang-borang sebutharga. Satu resit pembelian sebut harga hanya dibenarkan bagisatu dokumen sebut harga sahaja dan setiap syarikat yang menyertaihanya boleh mengemukakan satu dokumen sebut harga dengansatu tawaran harga sahaja. Sekiranya terdapat lebih daripadadokumen se b u t ha r g a dikemukakan maka hanya dokumen yangterawal dibuka oleh Jawatankuasa Pembuka Peti S e b u t H a r g aditerima untuk penilaian selanjutnya. Penyebut Harga dimintamengemukakan hanya satu tawaran harga sebut harga sahaja.

3.2. Borang sebut harga hendaklah diisi dengan lengkap dan jelasmengikut ruangan-ruangan yang disediakan. Borang-borang tersebuthendaklah seboleh-bolehnya ditaip. Jika ditulis tangan, tulisanhendaklah jelas dan boleh dibaca.

4. BORANG MAKLUMAT DIRI PEMILIK SYARIKAT (LAMPIRAN E)

Penyebut Harga adalah dikehendaki mengisi dan menandatangani borangini. Sekiranya borang ini tidak diisi dan ditandatangani tawaran penyebutharga menjadi tidak sah dan dengan sendirinya tertolak.

JAUHILAH AMALAN RASUAH 5

Page 6: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/12758/spesifikasi_IKLAN...Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau

5. BORANG SEBUT HARGA LAMPIRAN Q (LAMPIRAN G)

Borang ini perlu ditandatangani dan dicop oleh pemilik syarikat sebagaipenyebut harga. Borang yang tidak bertandatangan dan bercop adalah tidaksah dan akan ditolak.

6. PEMBETULAN DAN PINDAAN KESILAPAN

6.1 Semua pembetulan/pindaan ke atas kesilapan-kesilapan yang dibuatterutamanya dalam Jadual Harga hendaklah ditandatangani ringkasoleh orang yang menandatangani dokumen sebut harga sertadicopkan dengan cop penyebut harga (syarikat). Tandatangan ringkasini hendaklah dibuat setentang dengan kesilapan yangdibetulkan/dipinda. Pembetulan/pindaan hendaklah dibuat dengan jelassupaya mudah dibaca.

7. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

7.1 Penyebut Harga adalah dikehendaki mengembalikan dokumen sebutharga yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani olehpemilik syarikat. Senarai dokumen perlu dikembalikan iaitu :

7.1.1 Borang Maklumat Diri Pemilik Syarikat (LAMPIRAN E)

7.1.2 Kedudukan Kewangan Pemilik Syarikat (LAMPIRAN F)

7.1.3 Borang Sebut Harga Lampiran Q (LAMPIRAN G)

7.1.4 Senarai Perkhidmatan Yang Sedang Dilaksanakan (LAMPIRAN H)

7.1.5 Surat Akaun Pembida (LAMPIRAN I)(SPP bertarikh 16 Disember 2010)

7.1.6 Salinan fotostat resit pembelian dokumen Sebut Harga.

7.1.7 Salinan Sijil Kementerian Kewangan dan Sijil PendaftaranSyarikat.

7.1.8 Penyata Akaun Bank terkini Syarikat (3 bulan berturut-turut) bagibulan November 2014, Disember 2014 dan Januari 2015.

7.1.9 Salinan profail syarikat yang lengkap yang menunjukkanpengalaman, jumlah pekerja dan kepakaran berkaitan dengan tawaransebut harga.

6

Page 7: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/12758/spesifikasi_IKLAN...Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau

7.1.10 WAJIB menyertakan gambar berwarna atau model setiapjenama termasuk ukuran atau saiz yang ditawarkan.Kegagalan ini menyebabkan tawaran akan ditolak.

8. PENYERAHAN DOKUMEN SEBUT HARGA

8.1 Dokumen sebut harga yang lengkap dengan perkara–perkara di 7 .1hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditandapada bahagian atas sampul surat itu dengan butir-butir berikut :-

Bil Sebut Harga : Bil. PSUKPP/11/2015 Tajuk Sebut Harga : Pembekalan Harta Modal Pejabat Setiausaha

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2015

Alamat : Y.B. Setiausaha KerajaanPejabat Setiausaha Kerajaan NegeriBahagian Khidmat Pengurusan & Kewangan Paras 25, KOMTAR10503 PULAU PINANG

8.2 Sebut Harga yang dihantar dengan tangan hendaklah dimasukkan sendiri oleh penyebut harga ke dalam peti sebut harga yang disediakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan, Paras 25, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang pada waktu pejabat tidak lewat daripada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Sebut harga yang lewat tidak akan diterima.

8.3 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akanbertanggung jawab di atas kehilangan dokumen-dokumen sebut hargayang dihantar :-

i. Hantar Sendiri Dengan TanganMemasukkan dokumen sebut harga dalam peti sebut harga yang salah.

ii. Melalui Pos/Agen PenghantaranHilang semasa dalam perjalanan pos atau penghantaran.

8.4 Penyebut Harga menanggung sendiri semua kos yang terlibatberhubung dengan sebut harga yang disertainya.

JAUHILAH AMALAN RASUAH 7

Page 8: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/12758/spesifikasi_IKLAN...Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau

9. PENJELASAN LANJUT

Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut Harga yang tidak jelas ataubercanggah, Penyebut Harga boleh menghubungi Pegawai Inden untukpenjelasan lanjut.

10. PERINGATAN MENGENAI RASUAH

Selaras dengan usaha kerajaan untuk mencegah dan membendung perlakuanrasuah, berikut disenaraikan peringatan mengenai kesalahan rasuah :

10.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar ataumemberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuahkepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan inimerupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

10.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apasuapan kepada mana-mana anggota perkhidmatan awam, maka pihakyang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengansegera ke pejabat Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yangberhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatukesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia2009 (Akta 694).

10.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadapanggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor ataupembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahanrasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009(Akta 694).

10.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaranberkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangandibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatandiberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkantuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah AktaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

11. PELAKSANAAN INTEGRITI PACT

11.1 Kesemua penyebut harga yang menghantar dokumen sebut hargahendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akanmenawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan

8

Page 9: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/12758/spesifikasi_IKLAN...Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau

kontrak. PTJ hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida juga dijadikansebagai dokumen wajib yang perlu disertakan bersama dokumen tawaranpenyebut harga adalah seperti di Lampiran I. Surat Akuan Pembida danSurat Perwakilan Kuasa adalah dokumen wajib yang perlu disertakanbersama dokumen tawaran penyebut harga.

11.2 Penyebut harga yang berjaya menandatangani Surat Akuan PembidaBerjaya bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran keranamendapatkan kontrak. Format Surat Akuan Pembida Berjaya adalahseperti di Lampiran J. PTJ hendaklah memastikan Surat Akuan PembidaBerjaya juga dijadikan sebagai dokumen wajib yang perlu disertakanbersama Surat Setuju Terima/Pesanan Tempatan.

12. TEMPOH SAH SEBUT HARGA

Sebut harga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebutharga. Penyebut harga tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamattempoh sah sebut harga. Tindakan akan diambil sekiranya penyebut hargamenarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga.

JAUHILAH AMALAN RASUAH 9

Page 10: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/12758/spesifikasi_IKLAN...Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau

LAMPIRAN C

SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA

1. TAFSIRAN

(a) Pegawai Penguasa

Pegawai Penguasa yang disebutkan dalam syarat-syarat sebut harga iniialah Ketua Jabatan, Ketua Jabatan Pejabat Setiausaha Kerajaan ataumana-mana pegawai yang dilantik oleh Pejabat Setiausaha Kerajaanmemikul tanggungjawab Ketua Jabatan kemudian dari ini digelar“PSUKPP“.

(b) Wakil Pegawai Penguasa

Wakil Pegawai Penguasa ertinya mana-mana orang atau orang-orangyang telah diwakilkan atau dibenarkan dari semasa ke semasa olehPegawai Penguasa untuk menjalankan mana-mana atau semuakewajipan Pegawai Penguasa.

(c) Kerja

Kerja yang dimaksudkan adalah seperti ditunjukkan dalam RingkasanSebut Harga, Spesifikasi dan lukisan-lukisan yang disebut/disertakan.

(d) Kontraktor

Kontraktor ertinya orang atau orang-orang perkongsian firma atau syarikatyang menyebut harga untuk perkhidmatan/kerja dan telah di setuju terimadan ‘kontraktor‘ membawa erti dan termasuk wakil-wakil peribadikontraktor penggantinya dan mana-mana orang atau kumpulan orang lainyang kepadanya kontraktor telah menyerah hak yang telah mendapatkelulusan Pegawai Penguasa.

2. KONTRAK

Satu kontrak dikira mengikat diantara PSUKPP dengan kontraktor yang Sebutharganya ini di setuju terima dan tertakluk kepada syarat-syarat Sebut Harga.

3. PERCANGGAHAN DALAM BORANG TAWARAN SEBUT HARGA

Kontraktor hendaklah merujuk kepada Pegawai Penguasa untuk mendapatkankeputusan sekiranya kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalamBorang Tawaran Sebut Harga.

10

Page 11: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/12758/spesifikasi_IKLAN...Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau

4. MENGHALANG DARI MEMASUKI SEBUT HARGA

Dalam mana-mana hal pun PSUKPP tanpa menyentuh apa-apa hak lain berhakmenghalang kontraktor dari mengambil bahagian dalam mana-mana kerja yangdikendalikan oleh PSUKPP hingga satu masa mengikut budi bicara PSUKPPdan hanya apabila persetujuan bertulis PSUKPP telah terlebih dahulu diterimaoleh Kontraktor.

a) Menarik balik sebut harga sebelum tamat tempoh sah sebut harga atauapa-apa tempoh lanjutan atau

b) Mengenakan had, syarat atau perjanjian tambahan selepas tarikh akhiryang ditetapkan bagi penyerahan sebut harga (dan dalam hal yangsedemikian ianya hendaklah disifatkan sebagai penarikan balik sebutharga ini) atau

c) Jika kontraktor enggan dan tidak meneruskan kerja-kerja dalam masaempat belas hari dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakandalam surat setuju terima sebut harga.

5. MENYERAH HAK KERJA

Keseluruhan kontrak yang dipersetujui kontraktor di sini tidak boleh dipindahkepada mana-mana pihak yang lain, juga Kontraktor tidak dibenarkan menyerahhak sepenuhnya, sebahagian mahupun mana-mana bahagian kerja-kerjakepada kontraktor-kontraktor lain. Berkaitan dengan yang sama, kontraktormemberi akujanjinya di sini tidak akan menyerah hak apa-apa faedah di bawahkerja ini tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada PegawaiPenguasa.

6. PERATURAN PERLAKSANAAN

Perkhidmatan yang dilaksanakan hendaklah mematuhi spesifikasi, pelan-pelan,butir-butir kerja dalam Ringkasan Sebut Harga dan syarat-syarat yangdinyatakan dalam Borang Tawaran Sebut Harga Kerja ini dan arahan PagawaiPenguasa atau wakilnya.

7. ARAHAN PEGAWAI PENGUASA ATAU WAKILNYA

Kontraktor hendaklah dengan serta merta mematuhi semua arahan yangdikeluarkan kepadanya oleh Pegawai Penguasa atau wakilnya untukmenyempurnakan dan menyiapkan kerja termasuk semua arahan untuk kerja-kerja tambahan dan pindaan.

a) PSUKPP berhak melantik seorang pegawai yang akanbertanggungjawab, mengkaji, mengawasi perkembangan dan arah tujuan

JAUHILAH AMALAN RASUAH 11

Page 12: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/12758/spesifikasi_IKLAN...Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau

Kontrak yang dikendali oleh Kontraktor dari semasa ke semasa(kemudian ini bergelar “Pegawai Penguasa“).

b) Pegawai Penguasa, Pengganti dalam jawatan atau pegawai yangdilantiknya, atau wakilnya adalah layak untuk mengeluarkan arahan,pesanan, apa-apa notis termasuk pindaan dan tambahan dan tidakterhad juga kepada notis penamatan kerja/kontrak ini, bagi pihakPSUKPP kepada kontraktor, sama ada secara bertulis mahupun secaralisan.

c) Kontraktor mengakui akan menuruti dan mematuhi segala arahan,pesanan, notis untuk pindaan dan/atau tambahan, dan apa-apa notissekalipun yang mungkin diterima daripada Pegawai Penguasa, penggantidalam jawatan atau pegawai yang dilantiknya, wakilnya yang bertindakbagi pihak Pegawai Penguasa dan berkaitan dengan yang samahendaklah (sekiranya terpakai) dengan serta merta mematuhi semuaarahan, pesanan dan notis-notis yang dikeluarkan bagi menyempurnakandan pelaksanaan kerja yang dikehendaki.

8. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN KERJA OLEH PEGAWAI PENGUASA

Pegawai Penguasa atau wakilnya berhak menolak bahan, barang dan kerja olehkontraktor yang tidak mematuhi spesifikasi, dan/atau lukisan. Bahan-bahanbinaan dan kerja yang ditolak hendaklah diganti atau dibina semula dansebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh kontraktorsendiri.

9. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG KECIL, UNDANG-UNDANG BERKANUN OLEH KONTRAKTOR

Kontraktor hendaklah mematuhi semua undang-undang kecil yang berkenaandan membayar semua yuran, caj dan lain-lain bayaran yang berkaitan.Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos atau bayaran tambahanberhubung dengan pematuhannya dengan syarat-syarat ini.

10. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN PERLANTIKAN KONTRAKTOR

PSUKPP berhak menamatkan kontrak ini di atas sebab-sebab berikut dansetelah menerima Surat Amaran daripada Pegawai Penguasa;

a) Sekiranya kontraktor masih gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masayang telah ditetapkan.

b) Kemajuan kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah;

12

Page 13: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/12758/spesifikasi_IKLAN...Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau

c) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian kerja olehkontraktor tanpa apa-apa sebab yang munasabah;

d) Tidak mematuhi arahan Pegawai Penguasa tanpa apa-apa sebab yangmunasabah;

e) Apabila kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah; dan

Dalam hal sekiranya pengambilan kerja kontraktor ditamatkan di bawah kontrakini mengikut salah satu perenggan atau mana-mana perenggan campuran(sekiranya terpakai dari fasal (a) hingga (e) PSUKPP berhak:-

Menarik semula tawaran dan dengan demikian kontraktor hendaklahmemberhentikan kerjanya dan PSUKPP boleh menyiapkan kerja itu secaralangsung atau mengambil bekerja dan membayar seorang kontraktor ataumana-mana kontraktor lain mengikut budi bicara mutlak PSUKPP tanpa perlurujukan lagi kepada kontraktor.

11. TEMPOH LIABILITI KECACATAN

i) Kedua-dua pihak menetapkan Tempoh Liabiliti Kecacatan yangdipersetujui bagi siap kerja kepada enam (6) bulan sahaja, dikira daritarikh siap kerja. Dalam tempoh seperti tersebut, Kontraktor hendaklahmembaiki sebarang kecacatan yang mungkin timbul akibat kerja-kerjatersebut dengan seberapa segera. WALAU BAGAIMANA SEKALIPUN,tidak lewat dari tujuh (7) hari selepas diberitahu/penerimaan notis dariPegawai Penguasa. JUGA ADALAH DIPERSETUJUI, tiada senaraikecacatan boleh dikeluarkan oleh Pegawai Penguasa selepas tujuh (7)hari dari tamatnya Tempoh Liabiliti Kecacatan tersebut.

ii) Di dalam keadaan sekiranya setelah pemberitahuan notis untukpembetulan dan pemulihan kecacatan di serahkan kepada Kontraktor,namun Kontraktor gagal, enggan dan/atau mengabaikan untukmenyempurnakan yang sama dalam masa melebihi tempoh tujuh (7) hariyang dibenarkan mengikut Fasa 11 (i) di atas, Kontraktor memberipersetujuannya di sini bahawa, Pegawai Penguasa adalah berhak bagimendapatkan khidmat daripada pekerja, kontraktor, orang perseoranganyang lain atau sesiapa sahaja untuk menjalankan kerja-kerja pemulihandan pembetulan dan dalam keadaan demikian segala kos, pembayarandan upahan terhadap perkhidmatan seperti tersebut akan ditanggungsepenuhnya dan di kira sebagai hutang yang perlu di bayar dan/ataudiselaraskan oleh Kontraktor kepada PSUKPP.

JAUHILAH AMALAN RASUAH 13

Page 14: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/12758/spesifikasi_IKLAN...Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau

12. GANTI RUGI CAIR KERANA TIDAK SIAP/DENDA YANG DIPERSETUJUIKONTRAKTOR

Jika kontraktor tidak menyiapkan kerja pada tarikh siap yang ditetapkan ataudalam sesuatu masa lanjutan dan Pegawai Penguasa memperakui secarabertulis bahawa pada pendapatnya kerja tersebut dengan munasabahnyasepatutnya telah siap, pemotongan bayaran hendaklah dibuat dari hargaperjanjian dalam keadaan berikut :-

(a) Tiada Pelaksanaan atau Pelaksanaan tidak lengkap perjanjian sepertiyang ditetapkan seperti berikut :-

(i) Kadar denda yang akan dikenakan adalah sebanyak 0.15% untuksehari lewat bermula dari tarikh penyerahan/penyempurnaan.

13. SURAT-MENYURAT DARI PENYEBUT HARGA YANG TIDAK BERJAYA

PSUKPP tidak akan melayan sebarang surat-menyurat daripada penyebutharga-penyebut harga mengenai sebab-sebab sebut harga mereka tidakberjaya.

14. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP

Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah kontraktor menyiapkan kerjadengan sempurnanya dan perakuan siap kerja dikeluarkan. Kontraktor dimintamemajukan Pesanan Belian dan invois ke Pusat Tanggungjawab yangberkenaan.

Pengesahan Kontraktor

Syarat-syarat di atas telah dibaca dan saya/syarikat ini bersetuju dengannya.

……….…………………………………………..Tandatangan & Cop

Nama Penuh : ……………………………………………………….

No. K/P : ……………………………………………………….

Alamat : ……………………………………………………….

Tarikh : ….........................................................................

14

Page 15: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/12758/spesifikasi_IKLAN...Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau

LAMPIRAN D

SPESIFIKASI

KETERANGAN ITEM KUANTITI SPESIFIKASI / GAMBAR

BAHAGIAN AUDIT DALAM

Meja Mesyuarat/ Perbincangan 1 Ukuran : 3600 (W) x 1500 (D) x 760H (MM)Warna : Mahogany & Black

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI

Kabinet Sisi Sliding 4 Ukuran (MM) : 1000 (W) x 450 (D) x 730 (H)Warna : Full Cherry

Kipas Angin Berdiri 3 Ukuran (cm) : 67 ( L) x 21 (W) x 52.5 (H)3 Kelajuan dengan butang buka / tutupketinggian boleh laras

Mesin Faksimili 1 14ppm High Speed Printing14.4 kbps High Speed Printing170 Pages Document Memory122 Station Phonebook250 Sheets Paper Tray

BAHAGIAN PERUMAHAN

Meja Pegawai ( L-Shape) 2 Ukuran : 1500 (W) / 600 (D) x 1500 (L) / 600(D) x 460 (H) Warna : Satu (1) unit Full Cherry Warna : Satu (1) unit Grey

Kerusi Pegawai Medium Back 2 Jenis : Medium Back ExecutiveWarna : Hitam dan beroda

Kerusi Low Back 3 Jenis : Low BackWarna : Hitam dan beroda

JAUHILAH AMALAN RASUAH 15

Page 16: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/12758/spesifikasi_IKLAN...Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau

KETERANGAN ITEM KUANTITI SPESIFIKASI / GAMBAR

Meja komputer 2 Ukuran : W1200 x D736xH745Warna : Full Cherry

Papan Kenyataan ( Soft board) 3 Ukuran : 4' x 12'

Papan Putih ( White board) 4 Ukuran : 2' x 3' (3) 4' x 6' (1)

16

Page 17: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/12758/spesifikasi_IKLAN...Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau

KETERANGAN ITEM KUANTITI SPESIFIKASI / GAMBAR

Kabinet Besi 4 Laci Berpalang 4 Ukuran : 463 (W) x 613 (D) x 1320 (H)4 Drawer Filling Cabinet with Locking Bar

Almari Besi Berkunci 3 Ukuran (MM) : 915 (W) x 457 (D) x 1829 (H)Full Height Cupboard With Steel Swing Door

Kabinet Pigeon Hold 12 2 Ukuran (MM) : 800 (W) x 450 (D) x 828 (H)Jenis : 12 hole

JAUHILAH AMALAN RASUAH 17

Page 18: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/12758/spesifikasi_IKLAN...Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau

KETERANGAN ITEM KUANTITI SPESIFIKASI / GAMBAR

Kabinet Sisi Sliding 1 Ukuran (MM) : 1000 (W) x 450 (D) x 730 (H)Warna : Full Cherry

Rak Besi Bertingkat 1 Ukuran (MM) : 750 (L) x 350 (D) x 1534 (H)Jenis : MetalLoading capacity 100kg per shelfShelf level 4Decking material 8 mm HDF Board

Peti Besi 1 516 (H) x 344 (W) x 428 (D)

Meja Mesyuarat 1 Ukuran (MM) : 3000(W) x 1200(D) x 760(H)Bentuk : OvalWarna : Full Cherry

Kerusi Mesyuarat Medium Back 10 Jenis Medium Back ExecutiveWarna Hitam dan beroda

18

Page 19: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/12758/spesifikasi_IKLAN...Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau

KETERANGAN ITEM KUANTITI SPESIFIKASI / GAMBAR

Water Jet Pressure 3 Motor power : 1700WMax pressure 130 barMax operating pressure 370/lh

Mesin Punch Card 1 Jenis mengetik – Full electronicsFully electronic time recorder, lockable,strong synthetic coveringTwo – colour printing, Ringing signalAutomatic column shift

Mesin Faksimili 2 14ppm High Speed Printing14.4 kbps High Speed Printing170 Pages Document Memory122 Station Phonebook250 Sheets Paper Tray

BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN

Kerusi tetamu 2 Warna : HitamTidak beroda, with arm rest

JAUHILAH AMALAN RASUAH 19

Page 20: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/12758/spesifikasi_IKLAN...Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau

KETERANGAN ITEM KUANTITI SPESIFIKASI / GAMBAR

BADAN KAWAL SELIA AIR

GPS Handheld 1 Ukuran : 2.4” x 6.3” x 1.4 “ (6.1 x 16.0 x 3.6 cm)3-axis compass with barometric altimeter2.6” sunlight-readable color screenBuilt-in worldwide basemap with shaded reliefHigh sensitivity quad helix GPS antenna for unparalleled reception

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Almari Besi 2 Pintu (Swing Door) 6 Ukuran (MM) : 915(W) X 457(D) X 1829(H)Jenis : Swing Door

Kerusi Low back 12 Beroda dan berwarna kuning

Meja Kopi (Bilik Kaunseling) 1 Ukuran (mm) : 915W x D610D x H450Chrome Base

Meja Kopi (KPSU) 1 Ukuran :1220W x D610D x H450mmChrome Base

Walkie Talkie 5 Technical data– PMR446 radis – license free– Up to 10km tange (subject to terrain

and conditions)– Rechargeable NiMH batteries

20

Page 21: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/12758/spesifikasi_IKLAN...Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau

KETERANGAN ITEM KUANTITI SPESIFIKASI / GAMBAR

(supplied)– 8 Channels 121 codes– Scan/Monitor– Range subject to terrain and

conditions– 10 calls tones– Hands- free– LED Torch– Vibrate Alert– Splash Proof– LCD backlit display– Keypad lock– Battery level indicator– Bellt clip– 9V chargeing jack– 500mW Transit Power– Set includes

- radios 2 pcs- chargeer adapter 220V- belt clips 2pcs- manual

UNIT KHIDMAT PENGURUSAN I

Kabinet Besi Sliding Pintu Kaca 1 Ukuran (MM) : 915(W) X 457(D) X 1828(H)Comes With 3 Adjustable ShelvesFull Height Cupboard With Glass SlidingDoor

JAUHILAH AMALAN RASUAH 21

Page 22: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/12758/spesifikasi_IKLAN...Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau

KETERANGAN ITEM KUANTITI SPESIFIKASI / GAMBAR

Almari Tinggi dengan Pintu dan RakTerbuka

1 Ukuran (MM) : 915(W) X 457(D) X 1828(H)

Almari Besi 2 Pintu (Swing Door) 3 Ukuran (MM) : 915(W) X 457(D) X 1829(H)Jenis : Swing Door

Paper Cutter 2 Cutting length : 430mmCutting capasity : 15 sheets Table size : :250 x 430mmDimensions : 85H x 290W x 660mmWeight 3kg

Mesin Faksimili Berkapasiti Tinggi 2 14ppm High Speed Printing14.4 kbps High Speed Printing170 Pages Document Memory122 Station Phonebook250 Sheets Paper Tray

DEWAN SRI PINANG

Meja 4 Segi 30 Ukuran : 6' x 2'

22

Page 23: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/12758/spesifikasi_IKLAN...Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau

KETERANGAN ITEM KUANTITI SPESIFIKASI / GAMBAR

Kerusi Banquet Merah (Berkualiti) 100 Jenis : Full Fabric Warna : MerahKerangka : Warna Hitam/Gold

AUDITORIUM PARAS 5

Kerusi Banquet Biru (Berkualiti) 100 Jenis : Full Fabric Warna : BiruKerangka : Warna Hitam/Gold

Meja 4 Segi 10 Ukuran : 6' x 2'

KOMPLEKS PENTADBIRAN (KONKOS)

Mesin Pengira Wang (Duit Syiling dan Kertas)

1 Accurate counting- Counterfeit detection- Auto or manual option- Chained note detection- IR (double-note) detection- Software upgradable- Highest speed machine in the world with 800/1200/1600/2000pcs/min

JAUHILAH AMALAN RASUAH 23

Page 24: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/12758/spesifikasi_IKLAN...Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau

KETERANGAN ITEM KUANTITI SPESIFIKASI / GAMBAR

UNIT KESELAMATAN

Locker 2 Tingkat 2 Jenis : Locker Besi 6 pintuUkuran (MM) : 1143(W) X 457(D) X 1828(H)Warna : Hitam

Kerusi Medium Back 20 Warna – HitamTidak Beroda

KOMPLEKS MASYARAKAT PENYAYANG

White Screen With Stand 2 Ukuran : 8' x 8'

Meja 4 Segi 10 Ukuran : 4' x 8'Banquet Berkualiti tinggi (Kegunaankatering)

DEWAN UNDANGAN NEGERI

Meja 4 Segi Lipat 10 Ukuran : 6' x 2'Banquet Berkualiti tinggi

Troli Berpagar 1 Max load kapasiti 300 kg

24

Page 25: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/12758/spesifikasi_IKLAN...Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau

KETERANGAN ITEM KUANTITI SPESIFIKASI / GAMBAR

Troli 1 Max load kapasiti 300 kg2 Roda yang berputar 360degUkuran : 920mm x620mm

Mobile Compactor 2 Ukuran (MM) : 2440(W) X 915(D) X 2175(H)Dual Purpose Shelves

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI NEGERI

Kerusi Medium Back 4 Warna : Black GoldBeroda

Mobile Pedestal 1 Warna : Beige Brown

Kabinet Sisi Sliding 3 Warna : Dark Grey & GreyUkuran : 800(W) x 400(D) x 820(H)

MAJLIS SUKAN NEGERI

Mesin Franking 1 Digital Franking MachinePrint Speed (letter per min) -40 lpmSemi auto feeding systemEnvolope thickness – 9mmAdvertising slogan – 8 Preset & 2 Custom(Optional)10 Accounting reporting and controlSecurity functions- Security password, autodate change, hingh value & low creditwarningUsage – up to 10k mails per month

JAUHILAH AMALAN RASUAH 25

Page 26: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU …ep.penang.gov.my/Dokumen_meja/12758/spesifikasi_IKLAN...Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau

26