persepsi pelajar spi utm berkenaan karamah · pdf filemengambil sampel seramai 115 orang...

27
PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH DAN SIHIR AZUBIR BIN OMAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lengoc

Post on 28-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH · PDF filemengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 ... 32 2.8 Contoh-Contoh Sihir 33 ... Item 8 67 4.14 Taburan Skor Bagi

PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH DAN SIHIR

AZUBIR BIN OMAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH · PDF filemengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 ... 32 2.8 Contoh-Contoh Sihir 33 ... Item 8 67 4.14 Taburan Skor Bagi
Page 3: PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH · PDF filemengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 ... 32 2.8 Contoh-Contoh Sihir 33 ... Item 8 67 4.14 Taburan Skor Bagi
Page 4: PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH · PDF filemengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 ... 32 2.8 Contoh-Contoh Sihir 33 ... Item 8 67 4.14 Taburan Skor Bagi

i

PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH DAN SIHIR

AZUBIR BIN OMAR

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 5: PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH · PDF filemengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 ... 32 2.8 Contoh-Contoh Sihir 33 ... Item 8 67 4.14 Taburan Skor Bagi

ii

Page 6: PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH · PDF filemengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 ... 32 2.8 Contoh-Contoh Sihir 33 ... Item 8 67 4.14 Taburan Skor Bagi

iii

DEDIKASI

بسم اهللا الرحمن الرحیم

Segala puji-pujian hanya pada Mu Ya Allah

Ku panjatkan kesyukuran di atas nikmat yang tak terkira

Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w

Teristimewa buat Ayahanda & Bonda Tersayang…..

Jasa dan pengorbanan serta doa kalian azimat kekuatan bagiku,

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala pengorbanan yang tidak ternilai ini.

Buat kekanda dan adinda…..

Janganlah leka dengan kenikmatan hidup yang sementara ini,

Tidak lupa buat Pensyarah dan Guru. Terutamanya Dr. Arieff Salleh Bin Rosman…..

Sekalian yang tidak pernah jemu mendidik dan mencurahkan ilmu,

Terima kasih atas segala tunjuk ajar.

Halalkan segala ilmu yang pernah ku pelajari….

Sahabat-sahabat seperjuangan…..

Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa, pengorbanan dan tujuk ajar kalian.

Memori kita bersama tetap terpahat kukuh dalam ingatanku buat selama-lamanya…..

Page 7: PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH · PDF filemengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 ... 32 2.8 Contoh-Contoh Sihir 33 ... Item 8 67 4.14 Taburan Skor Bagi

iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah, rahmat dan salam semoga dicurahkan selalu kepada

Saidina Muhammad utusan Allah.

Pertama dan selama-lamanya dirafa’kan kesyukuran yang tidak terhingga kepada

Allah S.W.T kerana dengan rahmat dan kasih sayangNya dapat juga saya menyiapkan

tugasan Projek Sarjana Muda yang bertajuk “Persepsi Pelajar SPI UTM Berkenaan

Karamah Dan Sihir”. Mudah-mudahan usaha ini mendapat keberkatan dan keredaan

dari Allah dan menjadi salah satu ibadah kepadaNya.

Di kesempatan yang mulia ini, dengan rasa rendah diri ingin saya mengucapkan

ribuan terima kasih yang tidak terhingga khas buat penyelia yang saya sanjungi dan

hormati, Dr.Arieff Salleh Bin Rosman di atas segala dorongan, pandangan dan tunjuk

ajar yang tidak pernah jemu di sepanjang penyelidikan projek penulisan ini. Seterusnya

terima kasih buat rakan-rakan, sahabat seperjuangan kerana sokongan dan idea yang

membina di sepanjang penyelidikan ini. Semoga usaha dan cita-cita mencapai matlamat

yang diimpikan.

Akhir kata, semoga segala yang diusahakan ini mendapat penilaian yang

sewajarnya dan segala kelemahan dan kekurangan dipohonkan kemaafan dari saya yang

sememangnya lemah dan masih memerlukan ilmu dan tunjuk ajar.

Sekian Wassalam

AZUBIR BIN OMAR

Page 8: PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH · PDF filemengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 ... 32 2.8 Contoh-Contoh Sihir 33 ... Item 8 67 4.14 Taburan Skor Bagi

v

ABSTRAK

Karamah dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya yang soleh dan bertakwa sedangkan

sihir pula diberikan oleh Allah kepada hambaNya yang fasik dan bertujuan

menyesatkannya. Secara umumnya masyarakat didapati keliru dalam membezakan

perkara-perkara yang luar biasa khususnya berkenaan karamah dan sihir. Oleh itu kajian

ini penting untuk mengkaji persepsi pelajar SPI terhadap karamah dan sihir. Objektif

kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi mahasiswa SPI terhadap maksud

karamah dan sihir, tindak tanduk yang berlaku dalam karamah dan sihir serta

perbezaannya, dan untuk mengenalpasti penyelesaian masalah sihir di kalangan

masyarakat. Kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan yang timbul dalam

masyarakat seperti maksud, tindak tanduk dan perbezaan serta penyelesaian masalah

sihir. Kajian yang dijalankan ini berbentuk kuantitatif atau deskriptif dan penyelidik

mengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 hingga tahun 4 SPI. Borang

soal selidik yang telah lengkap diisi oleh responden dikutip dan dianalisa menggunakan

perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) for window version 14.0.

Dapatan kajian ini menunjukkan purata min berkenaan persepsi mahasiswa SPI terhadap

maksud karamah dan sihir adalah positif dan nilai purata minnya ialah 4.22. Maklum

balas responden terhadap tindak tanduk yang berlaku dalam karamah dan sihir serta

perbezaannya juga adalah positif dan nilai purata minnya ialah 4.25. Manakala persepsi

mahasiswa SPI terhadap cara untuk menyelesaikan masalah sihir di kalangan

masyarakat mencatat nilai purata minnya 4.68.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH · PDF filemengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 ... 32 2.8 Contoh-Contoh Sihir 33 ... Item 8 67 4.14 Taburan Skor Bagi

vi

ABSTRACT

Karamah is given by Allah to His human being that always obeys and scared with His

rules despite the sihir. Generally the civilizations are confused in comparing those two

miracle aspect. This research is important to investigate the perception among SPI

students about karamah and sihir. The research objective is to investigate the perception

about the meaning of karamah and sihir, the consequence of subject and to investigate

the solution of sihir problem in the society. This research intends to answer the question

that issued by among people regarding meaning, consequent and problem solving for

sihir. This research is descriptive research and 115 samples among year 1 to 4 SPI

students are taken by the researcher. The questionnaires that been fulfilled by students is

analyze by the Statistical Package for Social Science (SPSS) for window version 14.0.

software. The results show that the perception among SPI students about the meaning of

karamah and sihir is positive and the average mean is 4.22. Moreover the perception

among SPI students about the aspect that happen in those subjects and the comparison is

also positive and the average mean is 4.25. Last but not least the perception among SPI

students about the solution in solving sihir problem in the society is positive and the

average mean is 4.68.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH · PDF filemengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 ... 32 2.8 Contoh-Contoh Sihir 33 ... Item 8 67 4.14 Taburan Skor Bagi

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 3

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 7

1.9 Kesimpulan 9

Page 11: PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH · PDF filemengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 ... 32 2.8 Contoh-Contoh Sihir 33 ... Item 8 67 4.14 Taburan Skor Bagi

viii

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 10

2.1 Definisi Karamah 11

2.2 Wali Allah 12

2.3 Dalil-Dalil Al-Quran Berkaitan Karamah 14

2.4 Contoh-Contoh Karamah 20

2.5 Definisi Sihir 23

2.6 Dalil-Dalil Al-Quran Dan Sunnah Berkaitan Sihir 24

2.6.1 Dalil–Dalil Al-Quran 24

2.6.2 Dalil–Dalil Al-Sunnah 28

2.7 Ahli Sihir 30

2.7.1 Cara-Cara Ahli Sihir Mendekatkan

Diri Dengan Syaitan 32

2.8 Contoh-Contoh Sihir 33

2.9 Perbandingan Antara Karamah Dan Sihir 35

2.9.1 Perbandingan Dari Segi Maksud 35

2.9.2 Perbandingan Dari Segi Tujuan 36

2.10 Hikmah Karamah 38

2.11 Kejadian-Kejadian Luar Biasa Bukanlah

Dalil Untuk Kewalian 38

2.12 Bahaya Sihir 39

2.13 Perbandingan Antara Karamah Dan

Sihir Secara Umum 40

2.14 Pendapat Ulama’ Berkaitan Karamah Dan Sihir 41

2.14.1 Pendapat Ulama' Berkaitan Karamah 41

2.14.2 Pendapat Ulama' Berkaitan Sihir 43

2.15 Penyelesaian Sihir 44

2.16 Kajian-Kajian Lepas 47

2.17 Kesimpulan 50

Page 12: PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH · PDF filemengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 ... 32 2.8 Contoh-Contoh Sihir 33 ... Item 8 67 4.14 Taburan Skor Bagi

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN MUKA SURAT

3.1 Pengenalan 52

3.2 Reka Bentuk Kajian 52

3.3 Lokasi Kajian 53

3.4 Populasi Kajian dan Sampel Kajian 53

3.5 Instrumen Kajian 54

3.6 Prosedur Kajian 57

3.7 Analisis Kajian 58

3.8 Kesimpulan 58

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 59

4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang

Responden 60

4.3 Analisis Data Bahagian B Berkaitan

Persepsi Pelajar SPI Terhadap Maksud

Karamah Dan Sihir 63

4.4 Analisis Data Bahagian C Berkaitan

Persepsi Pelajar SPI Terhadap Tindak

Tanduk Yang Berlaku Dalam

Karamah Dan Sihir Serta Perbezaannya 69

4.5 Analisis Data Bahagian D Berkaitan

Persepsi Pelajar SPI Terhadap

Cara Untuk Menyelesaikan

Masalah Sihir Di kalangan Masyarakat 80

4.6 Analisis Keseluruhan Dan Rumusan

Min Dapatan Kajian 85

4.7 Kesimpulan 91

Page 13: PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH · PDF filemengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 ... 32 2.8 Contoh-Contoh Sihir 33 ... Item 8 67 4.14 Taburan Skor Bagi

x

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN MUKA SURAT

CADANGAN

5.1 Pengenalan 92

5.2 Ringkasan Kajian 93

5.3 Perbincangan Hasil Dapatan 93

5.3.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 94

5.3.2 Persepsi Pelajar SPI Terhadap

Maksud Karamah Dan Sihir 95

5.3.3 Persepsi Pelajar SPI Terhadap

Tindak Tanduk Yang Berlaku Dalam

Karamah Dan Sihir Serta Perbezaannya 99

5.3.4 Persepsi Pelajar SPI Terhadap Cara

Untuk Menyelesaikan Masalah

Sihir Di kalangan Masyarakat 106

5.4 Rumusan 109

5.5 Cadangan 110

5.5.1 Peranan Majlis Agama Islam Negeri 110

5.5.2 Kementerian Pelajaran Malaysia 111

5.5.3 Peranan Individu 111

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 112

5.7 Kesimpulan 112

BIBLIOGRAFI 114

Page 14: PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH · PDF filemengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 ... 32 2.8 Contoh-Contoh Sihir 33 ... Item 8 67 4.14 Taburan Skor Bagi

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jumlah Populasi dan Tahun Program 54

3.2 Bilangan Sampel Kajian 54

3.3 Maklumat pembahagian borang soal selidik 55

3.4 Skala Likert 55

3.5 Klasifikasi item mengikut persoalan kajian 56

3.6 Peringkat mata nilai 58

4.1 Taburan responden mengikut jantina 60

4.2 Taburan responden mengikut tahun pengajian 60

4.3 Taburan responden mengikut umur 61

4.4 Taburan responden mengikut sekolah terdahulu 62

4.5 Taburan responden mengikut tahap

pendidikan tertinggi 62

4.6 Taburan Skor Bagi Item 1 63

4.7 Taburan Skor Bagi Item 2 64

4.8 Taburan Skor Bagi Item 3 64

4.9 Taburan Skor Bagi Item 4 65

4.10 Taburan Skor Bagi Item 5 65

4.11 Taburan Skor Bagi Item 6 66

4.12 Taburan Skor Bagi Item 7 66

4.13 Taburan Skor Bagi Item 8 67

4.14 Taburan Skor Bagi Item 9 67

4.15 Taburan Skor Bagi Item 10 68

4.16 Taburan Skor Bagi Item 11 68

4.17 Taburan Skor Bagi Item 12 69

4.18 Taburan Skor Bagi Item 13 70

4.19 Taburan Skor Bagi Item 14 70

Page 15: PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH · PDF filemengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 ... 32 2.8 Contoh-Contoh Sihir 33 ... Item 8 67 4.14 Taburan Skor Bagi

xii

4.20 Taburan Skor Bagi Item 15 71

4.21 Taburan Skor Bagi Item 16 71

4.22 Taburan Skor Bagi Item 17 72

4.23 Taburan Skor Bagi Item 18 72

4.24 Taburan Skor Bagi Item 19 73

4.25 Taburan Skor Bagi Item 20 73

4.26 Taburan Skor Bagi Item 21 74

4.27 Taburan Skor Bagi Item 22 74

4.28 Taburan Skor Bagi Item 23 75

4.29 Taburan Skor Bagi Item 24 75

4.30 Taburan Skor Bagi Item 25 76

4.31 Taburan Skor Bagi Item 26 76

4.32 Taburan Skor Bagi Item 27 77

4.33 Taburan Skor Bagi Item 28 77

4.34 Taburan Skor Bagi Item 29 78

4.35 Taburan Skor Bagi Item 30 78

4.36 Taburan Skor Bagi Item 31 79

4.37 Taburan Skor Bagi Item 32 79

4.38 Taburan Skor Bagi Item 33 80

4.39 Taburan Skor Bagi Item 34 81

4.40 Taburan Skor Bagi Item 35 81

4.41 Taburan Skor Bagi Item 36 82

4.42 Taburan Skor Bagi Item 37 82

4.43 Taburan Skor Bagi Item 38 83

4.44 Taburan Skor Bagi Item 39 83

4.45 Taburan Skor Bagi Item 40 84

4.46 Taburan Skor Bagi Item 41 84

4.47 Taburan Skor Bagi Item 42 85

4.48 Persepsi Pelajar SPI Terhadap

Maksud Karamah Dan Sihir 86

4.49 Persepsi Pelajar SPI Terhadap

Page 16: PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH · PDF filemengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 ... 32 2.8 Contoh-Contoh Sihir 33 ... Item 8 67 4.14 Taburan Skor Bagi

xiii

Tindak Tanduk Yang Berlaku Dalam

Karamah Dan Sihir Serta Perbezaannya 88

4.50 Persepsi Pelajar SPI Terhadap Cara

Untuk Menyelesaikan Masalah Sihir

Di kalangan Masyarakat 90

5.1 Purata Min Berdasarkan Objektif Kajian 109

Page 17: PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH · PDF filemengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 ... 32 2.8 Contoh-Contoh Sihir 33 ... Item 8 67 4.14 Taburan Skor Bagi

xiv

SENARAI SINGKATAN

Cet. - Cetakan

Ed. - Edisi

Nom. - Nombor

PPIPS - Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial

S - Setuju

s.a.w - Sallahu Alaihi Wasallam

SBP - Sekolah Berasrama Penuh

Sdn. Bhd. - Sendirian Berhad

SMA - Sekolah Menengah Agama

SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Package For Social Sciences

SS - Sangat Setuju

STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

STS - Sangat Tidak Setuju

S.W.T. - Subhanahu Wa Taala

Terj. - Terjemahan

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH · PDF filemengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 ... 32 2.8 Contoh-Contoh Sihir 33 ... Item 8 67 4.14 Taburan Skor Bagi

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A

Borang Soal Selidik

LAMPIRAN B

Kebolehpercayaan Kajian Rintis

Page 19: PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH · PDF filemengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 ... 32 2.8 Contoh-Contoh Sihir 33 ... Item 8 67 4.14 Taburan Skor Bagi

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Setiap kejadian yang berlaku di alam ini adalah berpunca dari 'sebab dan akibat'.

Seperti terjadinya siang hari apabila matahari terbit di sebelah Timur dan menjelangnya

malam apabila matahari tenggelam di sebelah Barat. Begitu juga manusia jika merasa

lapar ia kurang bertenaga dan harus makan untuk mengembalikan tenaga tersebut. Ini

yang dipanggil sifat semula jadi manusia dan alam. Namun ada juga sesuatu yang

berlaku di luar garisan sifat semula jadi manusia dan alam. Ia boleh berlaku atas dua

perkara iaitu kemahiran atau latihan yang intensif seperti berjalan di atas seutas tali dan

terbang di angkasa (kapal terbang) yang menggunakan ilmu sains. Perkara tersebut

boleh diperolehi oleh setiap manusia tidak kira bangsa dan agama yang dianutinya,

asalkan ia berusaha untuk menuju ke arah tersebut.

Page 20: PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH · PDF filemengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 ... 32 2.8 Contoh-Contoh Sihir 33 ... Item 8 67 4.14 Taburan Skor Bagi

2

Selain itu terdapat juga kejadian luar biasa yang berlaku kepada manusia atau

dapat dilakukan oleh manusia. Seperti mukjizat yang diberikan oleh Allah khusus

kepada para Nabi dan para Rasul. Sebagai contoh Nabi Musa dengan tongkatnya

membelah sungai Nil, Nabi Isa menghidupkan orang mati dan Nabi Muhammad saw

dengan kitab Al-Quran yang mana mukjizat baginda hingga ke hari kiamat.

Manakala karamah pula diberikan oleh Allah kepada hambaNya yang soleh dan

bertakwa. Dalam kehidupan di dunia ini mereka bersifat zuhud iaitu tidak sedikit merasa

gerun atau takut kepada sesama manusia tetapi amat takut sekali dengan kemurkaan

Allah. Malahan terdapat dalam Al-Quran yang mana hanya dengan mendengar nama

‘Allah’ disebut, hati mereka akan menjadi kecut.

Sihir pula diberikan oleh Allah kepada hambaNya yang fasik dan bertujuan

menyesatkannya. Tambahan itu, ia juga merupakan ilmu yang dapat dipelajari dan ia

lebih condong kepada perkara-perkara negatif.

Secara umumnya masyarakat didapati keliru dalam membezakan perkara-perkara

yang luar biasa khususnya berkenaan karamah dan sihir. Ini kerana terdapat garis

pemisah yang kabur antara keduanya. Hanya dengan ilmu agama saja yang dapat

menjelaskan garis pemisah yang kabur tadi.

1.2 Latarbelakang Masalah

Masa kini, masih wujud persoalan di kalangan umat Islam terhadap perkara-

perkara yang menyalahi adat seperti karamah dan sihir. Antara persoalan-persoalan yang

timbul ialah berkenaan makna sebenar kedua-dua perkara tersebut dan isu-isu yang

berlegar di sekelilingnya. Selain itu ada dakwaan yang mengatakan karamah dan sihir

tidak banyak perbezaan, malahan terdapat ciri-ciri persamaan dalamnya.

Page 21: PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH · PDF filemengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 ... 32 2.8 Contoh-Contoh Sihir 33 ... Item 8 67 4.14 Taburan Skor Bagi

3

Ramai daripada kalangan orang Islam sendiri yang terkeliru tentang konsep dan

perbezaan kedua-dua perkara tersebut, kadang-kala masyarakat tidak dapat membezakan

yang mana baik dan yang mana mesti dijauhi. Apa yang ingin difokuskan oleh

penyelidik adalah salah faham masyarakat berkenaan sihir dan karamah daripada segi

perkara-perkara luar biasa yang wujud dalam kedua-dua perkara tersebut.

Apabila masyarakat gagal membezakan perkara tersebut, maka muncul perkara-

perkara yang tidak diingini dalam agama khususnya daripada soal akidah berlaku.

Perkara yang paling ditakuti berlaku ialah masyarakat akan terjerumus ke kancah ajaran

sesat yang mana mereka menjadi taksub ke atas perkara-perkara luar biasa yang

ditonjolkan oleh guru-guru ajaran sesat ini. Lantaran perkara yang dianggap ajaib yang

dipamerkan oleh mereka tetapi sebenarnya adalah ilmu sihir, maka masyarakat akhirnya

akan menjadi sesat bahkan lebih jauh daripada agama Allah.

Selain itu kebergantungan masyarakat kita dengan ilmu perbomohan tidak dapat

dipertikaikan lagi, baik untuk perkara kebaikan apatah lagi untuk perkara-perkara yang

mungkar. Seperti sudah menjadi rutin masyarakat kita apabila segala usaha telah dibuat

maka jalan akhir yang didapati adalah dengan berjumpa bomoh. Mungkin perkara-

perkara aneh yang dilakukan oleh sebahagian bomoh itu berjaya menarik minat mereka

untuk berdamping dengannya. Apa yang dikhuatiri adalah bomoh-bomoh yang tidak

berlandaskan ajaran Islam dalam perubatannya. Dalam erti kata lain ialah mereka

menggunakan sihir, maka akhirnya akan membawa kesesatan kepada dirinya dan

masyarakat yang berada di sisinya.

1.3 Pernyataan Masalah

Perkara luar biasa yang ditunjukkan oleh seseorang guru ajaran sesat adalah

antara faktor merebaknya ajaran sesat di negara ini. Ini kerana kepercayaan terhadap

kuasa sakti, kebolehan-kebolehan luar biasa yang dimiliki oleh mereka menjadi faktor

Page 22: PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH · PDF filemengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 ... 32 2.8 Contoh-Contoh Sihir 33 ... Item 8 67 4.14 Taburan Skor Bagi

4

penyebab ajaran mereka dianggap relevan oleh pengikutnya yang jahil dalam didikan

agama.

Sebagai contoh ajaran Ayah Pin yang satu ketika dahulu pernah menggemparkan

Malaysia. Ketika Utusan Malaysia menemubual Ariffin Mohamad yang lebih dikenali

sebagai Ayah Pin, dia mendakwa boleh mengubati pelbagai penyakit termasuk penyakit

jiwa dan ketagihan dadah, selain mampu mengubah suara seseorang itu dari `tidak enak

didengar' kepada suara merdu seperti penyanyi.

Selain itu, dia turut mendakwa boleh bertukar wajah kepada pelbagai rupa yang

dikehendakinya dan boleh menyakiti sesiapa jika dia mahu. Sukar untuk mempercayai

apa yang didakwa oleh ketua ajaran sesat itu tetapi Ayah Pin berjaya memesongkan

pemikiran dan akidah ramai orang Islam sehingga menjadi pengikut fanatiknya (Utusan

Malaysia, Ahad, 31 Julai 2005).

Dalam masalah perbomohan pula, apabila masyarakat tidak meminta pertolongan

pada pihak yang sepatutnya, tetapi yang dipinta ialah kepada bomoh-bomoh yang nyata

menggunakan sihir dalam perubatannya, maka berlakulah kejadian-kejadian yang tidak

diingini. Masa kini banyak kes dilaporkan yang mengaitkan jenayah rogol, mencabul

kehormatan dan pelbagai jenis penipuan ke atas pelanggan-pelanggan mereka yang

dianggap sebagai upah dan penggeras atas perkhidmatan yang diberikan.

Sebagai satu contoh kes penipuan bomoh terhadap pelanggannya ialah apabila

seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai bomoh mengekalkan pengakuan

bersalah terhadap tuduhan menipu seorang wanita sehingga mangsa menyerahkan

barangan kemas dan wang tunai bernilai kira-kira RM45,000. Mengikut pertuduhan, dia

yang mengaku sebagai bomoh didakwa memperdayakan pelanggannya dengan

mendorongnya menyerahkan dua utas rantai masing-masing bernilai RM8,887 dan

RM2,970 serta wang tunai sebanyak RM33,000 sebagai pengeras bagi mengubati

penyakit anaknya (Utusan Malaysia, Selasa, 9 Januari 2007).

Page 23: PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH · PDF filemengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 ... 32 2.8 Contoh-Contoh Sihir 33 ... Item 8 67 4.14 Taburan Skor Bagi

5

Dalam kes jenayah rogol yang dilakukan oleh bomoh pula, menurut seorang

lelaki yang mendakwa dirinya bomoh dihukum penjara 18 tahun dan sebatan 14 kali

oleh Mahkamah Sesyen Muar, setelah didapati bersalah merogol seorang pelajar

universiti di sebuah pusat peranginan di Muar. Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz

dalam keputusannya berkata, tertuduh, Zulkifly Mustafa, 44, dari Pasir Gudang, didapati

bersalah dalam kes itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes itu

melampaui keraguan munasabah (Utusan Malaysia, Selasa, 6 Febuari 2007).

Selain itu dalam ilmu perbomohan juga, pemujaan kubur merupakan satu contoh

aktiviti yang dijalankan oleh tok bomoh dan pelanggan yang menggunakan khidmat

mereka. Pemujaan ke atas roh, para wali dan keramat, iaitu menziarahi kubur orang yang

dianggap wali dan keramat serta melakukan upacara tradisional, seperti melepaskan

ayam putih, pulut kuning, bertih dan penyembelihan binatang ternakan ke atas kubur itu

serta menyeru roh para wali dan keramat itu agar dapat memberi pertolongan kepada

mereka bagi menyampaikan apa-apa hajat mereka dan apabila beroleh kejayaan, mereka

akan membayar nazar di atas kubur orang yang dianggap wali dan keramat atau mereka

membayar nazar di tempat yang menjadi pujaan mereka.

Utusan Malaysia yang membongkar kegiatan pemujaan di kubur lama dipercayai

milik Datuk Acheh di Kesang Luar, Jasin dan kubur lama Siti Zubaidah Rambut Panjang

di Merlimau, juga di Jasin memperlihatkan kegiatan pemujaan kubur masih aktif. Apa

yang menghairankan, ada sesetengah kubur lama tersebut telah menjadi tempat

pemujaan sejak sebelum merdeka lagi. Walaupun kegiatan pemujaan yang

kebanyakannya untuk tujuan perjudian nombor ekor merupakan kes-kes yang terpencil

tetapi ia tidak sepatutnya dibiarkan. Hal ini kerana, kegiatan pemujaan seperti itu akan

menjadi barah dalam masyarakat kita umumnya dan umat Islam di negara ini khususnya

(Utusan Malaysia, Khamis, 15 Febuari 2007).

Daripada masalah-masalah yang dibangkitkan, menunjukkan ketidak fahaman

dan salah anggap masyarakat dalam hal yang dianggap luar biasa khususnya dalam

perkara sihir. Apabila kejadian luar biasa yang berlaku ke atas guru ajaran sesat dan tok

Page 24: PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH · PDF filemengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 ... 32 2.8 Contoh-Contoh Sihir 33 ... Item 8 67 4.14 Taburan Skor Bagi

6

bomoh dianggap karamah walhal ianya adalah sihir, maka kekeliruan ini seterusnya

dapat meruntuhkan nilai-nilai akidah dan akhirnya melemahkan institusi Islam itu

sendiri. Jadi bagi menjelaskan permasalahan ini maka perlulah dijelaskan dengan lebih

terperinci tentang perkara-perkara seperti karamah dan sihir agar masyarakat dapat

membezakan antara perkara-perkara terpuji dan yang terlarang.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk:

1.4.1 Mengetahui persepsi mahasiswa SPI terhadap maksud karamah dan sihir.

1.4.2 Mengenalpasti persepsi mahasiswa SPI terhadap tindak tanduk yang berlaku

dalam karamah dan sihir serta perbezaannya.

1.4.3 Mengenalpasti persepsi mahasiswa SPI terhadap cara untuk menyelesaikan

masalah sihir di kalangan masyarakat.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab soalan-soalan berikut:

1.5.1 Apakah persepsi mahasiswa SPI terhadap maksud karamah dan sihir.

1.5.2 Bagaimanakah persepsi mahasiswa SPI terhadap tindak tanduk yang berlaku

dalam karamah dan sihir serta perbezaannya.

1.5.3 Sejauhmanakah persepsi mahasiswa SPI terhadap cara untuk menyelesaikan

masalah sihir di kalangan masyarakat.

Page 25: PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH · PDF filemengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 ... 32 2.8 Contoh-Contoh Sihir 33 ... Item 8 67 4.14 Taburan Skor Bagi

7

1.6 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini sangat penting amnya kepada seluruh masyarakat Islam di

Malaysia khususnya kepada penyelidik sendiri, pelajar, ibu bapa, masyarakat, warga

kampus Universiti Teknologi Malaysia, Jabatan Agama Islam negeri-negeri di Malaysia,

dan sebagainya. Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa kepentingan tertentu iaitu :

1.6.1 Mencadangkan kepada Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS)

Universiti Teknologi Malaysia agar memasukkan tajuk karamah dan sihir dalam

silibus Akidah Islamiah.

1.6.2 Bekerjasama dalam memberi cadangan kepada Jabatan Agama Islam negeri-

negeri di Malaysia dalam menyelesaikan permasalahan berkenaan sihir.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini melibatkan kesemua mahasiswa Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam) di UTM Skudai, Johor. Mahasiswa yang terlibat adalah mahasiswa

yang mengikuti kursus ini secara sepenuh masa. Segala keputusan bagi kajian ini hanya

terbatas kepada mahasiswa kursus ini sahaja dan tidak menggambarkan keseluruhan

mahasiswa kursus lain di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Persepsi

Menurut Kamus Dewan (2002:1025), persepsi bermaksud gambaran atau

bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), tanggapan. Sementara Ensiklopedia

Global (2001:163) mendefinisikan persepsi sebagai gambaran tentang sesuatu dan

Page 26: PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH · PDF filemengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 ... 32 2.8 Contoh-Contoh Sihir 33 ... Item 8 67 4.14 Taburan Skor Bagi

8

tanggapan. Persepsi dalam kajian ini ialah pendapat responden tentang sesuatu perkara

yang dikaji oleh penyelidik. Iaitu merujuk kepada tanggapan atau pandangan pelajar

terhadap karamah dan sihir.

1.8.2 SPI

SPI ialah singkatan daripada Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam) iaitu salah satu jurusan yang terdapat di Universiti Teknologi

Malaysia. Ia terdiri daripada pelajar Islam lepasan STAM, STPM, Diploma dan Maktab

yang ingin menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. SPI dikendalikan

oleh Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial (PPIPS) dengan kerjasama Fakulti

Pendidikan UTM, Skudai.

1.8.3 Karamah

Menurut Basri (2003:83), karamah atau keramat adalah satu kejadian luar biasa

yang dianugerahkan oleh Allah khusus bagi hambaNya yang bertakwa. Matlamatnya

ialah supaya dia semakin istiqamah berada di atas jalan Allah dan semakin kuat

perjuangannya dalam menegakkan agama Allah.

1.8.4 Sihir

Menurut Wahid (1995:16), sihir ialah suatu pemujaan terhadap roh-roh jahat di

samping mengharapkan kesaktian luar biasa darinya. Selain itu ia juga merupakan

persepakatan antara ahli sihir dengan syaitan yang mensyaratkan ahli sihir tersebut

melakukan perbuatan-perbuatan haram dan syirik, di samping menyerahkan segala

bentuk ketaatan kepadanya (syaitan) demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang

dihajati.

Page 27: PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH · PDF filemengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 ... 32 2.8 Contoh-Contoh Sihir 33 ... Item 8 67 4.14 Taburan Skor Bagi

9

1.9 Kesimpulan

Bab satu ini membicarakan tentang tajuk-tajuk yang berkaitan dengan

pengenalan, latar belakang masalah, penyataan masalah, objektif kajian, persoalan

kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, definisi dan kesimpulan.

Dengan merujuk kepada bab satu ini, kita akan dapat memahami apa yang

sebenarnya yang akan dibincangkan atau dikaji oleh penyelidik. Hal ini adalah dengan

merujuk kepada penyataan masalah, objektif kajian dan persoalan kajian. Melalui

bahagian definisi istilah juga penyelidik memberi fokus kepada pengertian kajian secara

lebih terperinci dan menjadi fokus utama dalam kajian ini.

Kefahaman yang jelas tentang hakikat karamah dan bahaya sihir boleh

membantu kita memahami beberapa keadaan yang berlaku kepada diri kita dalam

kehidupan seharian. Kefahaman ini menjadikan kita lebih bergantung kepada Allah dan

lebih bersabar serta berhati-hati dalam bertindak.