makna peribahasa dgn kehidupan masyarakat melayu
DESCRIPTION
semantikTRANSCRIPT
B) buat analisis makna peribahasa tersebut berdasarkan peristiwa dalam cerpen
tersebut dan membuat huraian menurut asal makna peribahasa tersebut.
Peristiwa pertama
“Keng”
Keng masih menggisil tulang dekat acar dapur.
“Keng!”
Mulut Keng berlenja air liur. Keng tidak peduli panggilan Tuk. Keng masih
menggisil tulang.
“Keng!” Tuk memanggil lagi sampai naik urat leher.
Cucu turun dari rumah dengan sebuah raga berisi sebotol air teh yang masih
panas, sebungkus nasi lemak belacan dengan ulam pucuk janggus. Cucu pakai
seluar pendek yang pinggangnya diikat dengan tali rafia. Cucu pakai baju kain
kasar yang sudah buruk yang tuk beli di Pekan jauh lima puluh batu lima bulan
lalu.
“Keng!” cucu pula memanggil apabila Tuk mengasah parang sepanjang satu
hasta.
Tetapi Keng macam tidak peduli. Keng masih menggisil tulang dekat acar dapur.
“Keng! “Keng!” Cucu panggil lagi.
Keng masih juga menggisil tulang. air liur semakin banyak berlenja dari mulut.
Cucu naik radang. Mengapa kali ini Keng menunjukkan ketegarnya walaupun
Keng selalu baik. Seketul anak batu dicapai lalu dilontar ke arah Keng.
Sinopsis
Peristiwa ini menceritakan tentang sikap seekor anjing yang bernama Keng yang
tidak seperti hari-hari sebelum ini. Sikap Keng pada hari ini sangat degil
walaupun telah beberapa kali dipanggil oleh Tuk dan Cucu.
Analisis makna peribahasa berdasarkan peristiwa
Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan peristiwa yang berlaku di pada
perenggan ini adalah dihentak tak masuk, diumpil tidak bergerak. Maksud
peribahasa ini adalah sikap
Dalam perenggan ini, Keng bersikap seperti dihentak tak masuk, diumpil tidak
bergerak iaitu menunjukkan sikap seseorang itu yang sangat degil.
Kaitan dengan peribahasa Melayu
Dihentak tak masuk, diumpil tidak bergerak.(pepatah)
Maksud peribahasa diatas adalah sikap yang sangat degil.
Ambil pusing(simpulan bahasa)
Maksudnya sikap seseorang yang tidak ambil peduli.
Peristiwa kedua
Keng beredar. Keng bercangkung pula dekat Tuk yang sedang mengasah
parang. Badan tuk yang cengkung kurus macam badan Keng, terhinggut-
hinggut. Urat tangan Tuk timbul apabila menekan mata parang ke batu. Setelah
yakin parang itu boleh gagah tajamnya, Tuk menyarungkannya ke sarung di
pinggang. Keng melihat dengan tenang, lidahnya terjelir-jelir.
Kaitan dengan peribahasa Melayu
Lurus bagai sumpitan(pepatah)
Maksudnya merujuk kepada keadaan badan seseorang yang sangat kurus.
Seperti cicak kering(pepatah)
Sangat kurus
Peristiwa
“lari, Keng! Lariiii!” Cucu sudah naik takut. Mati Keng bererti mati
kesayangannya.
Keng yang susup-sasap ke sana sini akhirnya hilang di dalam semak. Tak
dengar suara lagi. Entah ke mana Keng menghilang.
Kaitan dengan peribahasa melayu
Bagai kumbang putus tali()
Seperti batu jatuh ke lubuk (perumpamaan)
Maksudnya hilang lenyap.
Peristiwa ketiga
Tuk macam macam hendak terjelepok. Hilang Ketuk bererti habislah baka ayam
sabung. Tak ada Ketuk, Tuk tak bersemangat lagi. Cadang-cadang Tuk, tiga
bulan lagi mahu dilepaskan Ketuk ke dalam gelanggang.
Kaitan dengan peribahasa Melayu
Tawar hati(simpulan bahasa)
Tidak bersemangat lagi.
Hancur hati(simpulan bahasa)
Sangat sedih
Peristiwa keempat
“Tak lain dari babi ‘tu. Nanti aku takik biar mampus!” tempik Tuk dan dengan
cepat Tuk meluru kepada Keng yang bercangkung di tepi batu asah pisau.
Kaitan dengan peribahasa Melayu
Serkup jarang(simpulan bahasa)
Menuduh tanpa usul periksa.
Peristiwa kelima
Cucu tak kata apa-apa.
“Patutlah tadi aku panggil dia tak mau datang. Rupa-rupanya dia tengah gisil
tulang ayam aku.”
“Heeh, Keng takkan sampai hati,” rungut Nenek di muka pintu.
“Cuba tengok di reban, bulu apa? Cuba tengok dia gisil tulang dekat dapur tadi,
tulang apa?” Tuk menjerkah kuat.
Nenek masuk ke rumah. Nenek tahu Tuk lebih sayangkan Ketuk daripada Keng.
Kaitan dengan peribahasa Melayu
Angkat tangan (simpulan bahasa)
Menyerah kalah atau menyerah diri.
Peristiwa keenam
“sudah, mari ke kebun,” ajak Tuk.
Cucu ikut di belakangTuk sambil menggalas raga bekal.
Kaitan dengan peribahasa Melayu
Ikut kata (simpulan bahasa)
Mengikut arahan tanpa membantah.
Seperti benang putih (pepatah)
Menurut sahaja
Peristiwa ketujuh
Cucu ikut Tuk dengan taat. Tetapi hati Cucu juga penuh dengan kebimbangan.
Minta-minta sehari dua ini janganlah Keng balik. Kalau Keng balik tentu nahas.
Dan apabila Keng tak balik dua tiga hari barulah Tuk terasa betapa perlunya
Keng. Tuk akan terasa juga apabila kerbau sesat merempuh pagar, Keng tidak
menyalak. Tuk akan terasa juga apabila kera lotong merosak buah pisang. Keng
tidak menyalak. Tuk akan terasa juga kambing sesat makan pokok ubi. Keng
tidak menyalak.
Kaitan dengan peribahasa Melayu
Seperti Cacing kepanasan
Bimbang atau gelisah
Peristiwa kelapan
cucu cukup sayang pada Keng. Rasa-rasanya tidak mahu terpisah dengan Keng.
Cucu percaya Keng tidak bersalah. Keng baik dan manja. Keng selalu dengar
cakap. Keng cukup setia.
Kaitan dengan peribahasa Melayu
Bagai menatang minyak yang penuh (perumpamaan)
Sangat sayang akan sesuatu
Bagai dakwat dengan kertas (perumpamaan)
Hubungan yang sangat erat
Peristiwa kesembilan
Cucu yang menghimpun ranting kering sesekali melihat Tuk. Tuk tak macam hari
kelmarin atau kelmarin dulu dan atau kelmarin dulu balik sana.
Kaitan dengan peribahasa melayu
Remuk bagai kaca terhempas ke batu ()