makna literal dan makna bukan literal

2
Makna Literal dan Makna Bukan Literal Dalam komunikasi, makna yang disampaikan oleh kita bukan sahaja berbentuk literal tetapi ada kalanya disampaikan dalam bentuk bukan literal. Dengan kata lain, ada kalanya apa yang kita kata tidak membawa makna harfiah sebagaimana yang kita katakan. Sebagai contoh, di meja makan, apabila seseorang berkata, boleh hulurkan sudu? Kita tidak bertanyakan soalan tentang kebolehannyaberbuat demikian (iaitu boleh atau tidak) tetapi kita meminta agar mereka melakukan perkara itu. Sekiranya seseorang berkata sejuknya bilik ini. Ini bermakna ’tutup tingkap’ atau ’naikkan suhu bilik tersebut’ Untuk kita lebih memahami antara bahasa literal dan bahasa bukan literal, perbezaan seharusnya melibatkan dua bentuk makna iaitu makna ayat dan makna penutur. Makna ayat secara tradisinya didefinisikan sebagai bebas konteks iaitu makna literal bagi perkataan itu sendiri sementara makna penutur adalah merupakan makna sebenar yang ingin disampaikan oleh penutur (interpretasi ujaran). Sebagai contoh, seseorang berkata sup ini perlukan perencah. Dalam kes ini makna ayat adalah makna yang dikeluarkan daripada ayat itu secara berasingan iaitu sup ini tidak cukup perencah. Makna bukan literal merupakan makna tambahan iaitu makna yang diniatkan oleh penutur. Dalam kes ini, jika dituturkan oleh seseorang chef kepada pelajar masakan, ujaran ini mungkin bermakna tambah perencah lagi. Contoh-contoh ujaran yang ditunjukkan di atas memperlihatkan cara kita menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dalam konteks tertentu berbanding bagaimana bahasa itu dituturkan secara dalamannya. Sehubungan itu, kita akan mengandaikan bahawa contoh ujaran- ujaran di atasa bersifat sistematik, iaitu ia dikawal oleh sistem prinsip-prinsip yang akan menjelaskan fenomena bahasa ini. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini bahawa pragmatik adalah berkaitan dengan interpretasi makna linguistik dalam konteks. Terdapat dua jenis konteks yang relevans. Pertama ialah konteks linguistik-wacanan yang mendahului frasa atau ayat yang akan diinterpretasikan . Sebagai contoh dalam ayat Dia menangis, Dia dalam ayat ini susah untuk dinterpretasikan. Tidak ada rujukan bagi dia dan alasan mengapa dia menangis juga

Upload: ni

Post on 13-Jun-2015

1.121 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Makna Literal dan Makna Bukan Literal

Makna Literal dan Makna Bukan Literal

Dalam komunikasi, makna yang disampaikan oleh kita bukan sahaja berbentuk literal tetapi ada kalanya disampaikan dalam bentuk bukan literal. Dengan kata lain, ada kalanya apa yang kita kata tidak membawa makna harfiah sebagaimana yang kita katakan. Sebagai contoh, di meja makan, apabila seseorang berkata, boleh hulurkan sudu? Kita tidak bertanyakan soalan tentang kebolehannyaberbuat demikian (iaitu boleh atau tidak) tetapi kita meminta agar mereka melakukan perkara itu. Sekiranya seseorang berkata sejuknya bilik ini. Ini bermakna ’tutup tingkap’ atau ’naikkan suhu bilik tersebut’

Untuk kita lebih memahami antara bahasa literal dan bahasa bukan literal, perbezaan seharusnya melibatkan dua bentuk makna iaitu makna ayat dan makna penutur. Makna ayat secara tradisinya didefinisikan sebagai bebas konteks iaitu makna literal bagi perkataan itu sendiri sementara makna penutur adalah merupakan makna sebenar yang ingin disampaikan oleh penutur (interpretasi ujaran). Sebagai contoh, seseorang berkata sup ini perlukan perencah. Dalam kes ini makna ayat adalah makna yang dikeluarkan daripada ayat itu secara berasingan iaitu sup ini tidak cukup perencah. Makna bukan literal merupakan makna tambahan iaitu makna yang diniatkan oleh penutur. Dalam kes ini, jika dituturkan oleh seseorang chef kepada pelajar masakan, ujaran ini mungkin bermakna tambah perencah lagi. Contoh-contoh ujaran yang ditunjukkan di atas memperlihatkan cara kita menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dalam konteks tertentu berbanding bagaimana bahasa itu dituturkan secara dalamannya. Sehubungan itu, kita akan mengandaikan bahawa contoh ujaran-ujaran di atasa bersifat sistematik, iaitu ia dikawal oleh sistem prinsip-prinsip yang akan menjelaskan fenomena bahasa ini. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini bahawa pragmatik adalah berkaitan dengan interpretasi makna linguistik dalam konteks. Terdapat dua jenis konteks yang relevans. Pertama ialah konteks linguistik-wacanan yang mendahului frasa atau ayat yang akan diinterpretasikan . Sebagai contoh dalam ayat Dia menangis, Dia dalam ayat ini susah untuk dinterpretasikan. Tidak ada rujukan bagi dia dan alasan mengapa dia menangis juga kabur. Tetapi jika ayat yang mendahului adalah seperti Alik memukul Kasim, makna interpretasi dia dapat diberikan dengan jelas iaitu dia merujuk kepada Kasim dan alasan mengapa dia menangis dapat diberikan iaitu dalam konteks in, dia dipukul. Kedua, ialah situasi konteks atau pengetahuan mengenai dunia. Untuk mendapatkan interpretasi yang penuh bagi sesuatu ayat, pendengar harus mengatahui rujukan dunia sebenar.

Kesimpulannya, adalah ilmuberkenaan penggunaan bahasa. Ia memperjelas bahawa memanggil seseorang dengan engkau ni lembu bukan bermaksud seseoran itu sebenarnya lembu tetapi ia merupakan satu penghinaan. Oleh kerana pragmatik berkenaan interpretasi dan penggunaan bahasa dalam konteks, maka ia boleh dipertimbangkan sebagai sabahagian daripada apa yang kita panggil sebagai perlakuan linguistik.