makmal air selangor terima anugerah kecemerlangan kualiti … · perak ikm m emastikan air terawat...

1
Makmal Air Selangor terima anugerah kecemerlangan kualiti makmal n Makmal Sungai Semenyih adalah Makmal Loji Rawatan Air pertama di negara yang menerima Anugerah Makmal Kecemerlangan Perak IKM M emastikan air terawat memenuhi pematuhan kualiti seperti yang ditetapkan dalam Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah tumpuan utama Air Selangor dalam menyediakan air yang bersih dan selamat kepada pelanggan. Air Selangor mempunyai tiga makmal bertauliah yang menjalankan ujian kualiti air dan ia sudah mendapat pengiktirafan untuk kecemerlangan kualiti. Salah satu pengiktirafan ini dianugerahkan pada Malam Kimia 2018 yang diadakan baru-baru ini. Malam Kimia dianjurkan oleh Institut Kimia Malaysia (IKM) untuk mengiktiraf kecemerlangan dalam kimia dan pembangunannya di negara ini. Malam Kimia 2018 dirasmikan oleh Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Isnaraissah Munirah Majilis. Makmal Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih memenangi anugerah Perak setelah berjaya mengekalkan Anugerah Makmal Kecemerlangan IKM selama 10 tahun berturut-turut. Penganugerahan ini sekaligus ISNARAISSAH menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Makmal Perak kepada Ir Abas Abdullah selaku Pengarah & Ketua Operasi Air Selangor. PASUKAN Air Selangor komited untuk memberikan perkhidmatan makmal yang berkualiti bagi memastikan bekalan air terawat selamat kepada pelanggan. MAKMAL Loji Rawatan Air yang dioperasikan oleh Air Selangor diiktiraf di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia. mentauliahkan LRA Sungai Semenyih sebagai makmal LRA pertama di negara untuk menerima anugerah ini. Makmal LRA Sungai Labu dan LRA Sungai Selangor Fasa 2 juga menerima anugerah ini masing-masing sejak 2016 dan 2011 lagi. Anugerah ini diberi untuk mengiktiraf akreditasi penyelenggaraan makmal LRA dalam usaha berterusan untuk meningkatkan tahap keselamatan di makmal. Jawatankuasa Anugerah Kecemerlangan Makmal IKM menjalankan penilaian terperinci ke atas makmal yang dicalonkan sebelum menamakan pemenang untuk anugerah berprestij ini. Makmal yang mengambil bahagian juga dikehendaki mengendalikan sistem kualiti mengikut keperluan seperti yang dinyatakan dalam MS ISO / IEC 17025: 2005. Ketiga-tiga makmal Air Selangor - Makmal LRA Sungai Semenyih, Makmal LRA Sungai Selangor Fasa 2 dan Makmal LRA Sungai Labu diiktiraf di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia untuk MS ISO / IEC17025 oleh Jabatan Standard Malaysia (Standards Malaysia) masing-masing sejak 2004, 2006 dan 2012. Makmal diakreditasi bagi pelbagai parameter dari bidang analitik / kumpulan seperti mikrobiologi, bukan organik, organik, logam berat, dan parameter fizikal. Dengan mematuhi sistem pengurusan makmal ISO / IEC 17025, makmal ini dikendalikan dengan pengurusan dan struktur teknikal yang baik untuk analisis kualiti air di makmal serta ujian di tapak dan program kawalan jaminan kualiti yang berkesan untuk memastikan kesahihan keputusan ujian. Kekompetenan pasukan makmal ditambah baik melalui latihan berterusan, semakan ketepatan ujian bersama Jabatan Kimia Malaysia dan makmal bertauliah yang lain. Anugerah ini juga mewajibkan makmal untuk beroperasi dalam persekitaran yang selamat dengan penekanan kepada keselamatan dan kesihatan. Pasukan makmal juga dilengkapi dengan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) sebagai langkah kawalan bahaya ketika bekerja di makmal. Selain daripada itu, makmal juga menjalankan latihan tumpahan kimia setiap tahun dan Penilaian Risiko Kesihatan Kimia setiap lima tahun untuk menilai risiko bahan kimia terhadap kesihatan. Pengiktirafan ini adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan untuk makmal Air Selangor yang terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dengan bukan sahaja mengekalkan akreditasi Standards Malaysia tetapi juga dengan memperluaskan skop analisisnya, mematuhi peraturan kesihatan dan keselamatan dan mengambil bahagian secara aktif pada seminar, persidangan serta program berkaitan kimia.

Upload: vonhan

Post on 18-Mar-2019

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Makmal Air Selangor terima anugerah kecemerlangan kualiti makmaln Makmal Sungai Semenyih adalah Makmal Loji Rawatan Air pertama di negara yang menerima Anugerah Makmal Kecemerlangan Perak IKM

Memastikan air terawat memenuhi pematuhan kualiti

seperti yang ditetapkan dalam Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah tumpuan utama Air Selangor dalam menyediakan air yang bersih dan selamat kepada pelanggan. Air Selangor mempunyai tiga makmal bertauliah yang menjalankan ujian kualiti air dan ia sudah mendapat pengiktirafan untuk kecemerlangan kualiti. Salah satu pengiktirafan ini dianugerahkan pada Malam Kimia 2018 yang diadakan baru-baru ini.

Malam Kimia dianjurkan oleh Institut Kimia Malaysia (IKM) untuk mengiktiraf kecemerlangan dalam kimia dan pembangunannya di negara ini. Malam Kimia 2018 dirasmikan oleh Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Isnaraissah Munirah Majilis.

Makmal Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih memenangi anugerah Perak setelah berjaya mengekalkan Anugerah Makmal Kecemerlangan IKM selama 10 tahun berturut-turut. Penganugerahan ini sekaligus

ISNARAISSAH menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Makmal Perak kepada Ir Abas Abdullah selaku Pengarah & Ketua Operasi Air Selangor.

PASUKAN Air Selangor komited untuk memberikan perkhidmatan makmal yang berkualiti bagi memastikan bekalan air terawat selamat kepada pelanggan.

MAKMAL Loji Rawatan Air yang dioperasikan oleh Air Selangor diiktiraf di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia.

mentauliahkan LRA Sungai Semenyih sebagai makmal LRA pertama di negara untuk menerima anugerah ini.

Makmal LRA Sungai Labu dan LRA Sungai Selangor Fasa 2 juga menerima anugerah ini masing-masing sejak 2016 dan 2011 lagi. Anugerah ini diberi untuk mengiktiraf akreditasi penyelenggaraan makmal LRA dalam usaha berterusan untuk meningkatkan tahap keselamatan di makmal.

Jawatankuasa Anugerah Kecemerlangan Makmal IKM menjalankan penilaian terperinci ke atas makmal yang dicalonkan sebelum menamakan pemenang untuk anugerah berprestij ini. Makmal yang mengambil bahagian juga dikehendaki

mengendalikan sistem kualiti mengikut keperluan seperti yang dinyatakan dalam MS ISO / IEC 17025: 2005.

Ketiga-tiga makmal Air Selangor - Makmal LRA Sungai Semenyih, Makmal LRA Sungai Selangor Fasa 2 dan Makmal LRA Sungai Labu diiktiraf di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia untuk MS ISO / IEC17025 oleh Jabatan Standard Malaysia (Standards Malaysia) masing-masing sejak 2004, 2006 dan 2012. Makmal diakreditasi bagi pelbagai parameter dari bidang analitik / kumpulan seperti mikrobiologi, bukan organik, organik, logam berat, dan parameter fizikal.

Dengan mematuhi sistem pengurusan makmal ISO / IEC

17025, makmal ini dikendalikan dengan pengurusan dan struktur teknikal yang baik untuk analisis kualiti air di makmal serta ujian di tapak dan program kawalan jaminan kualiti yang berkesan untuk memastikan kesahihan keputusan ujian.

Kekompetenan pasukan makmal ditambah baik melalui latihan berterusan, semakan ketepatan ujian bersama Jabatan Kimia Malaysia dan makmal bertauliah yang lain.

Anugerah ini juga mewajibkan makmal untuk beroperasi dalam persekitaran yang selamat dengan penekanan kepada keselamatan dan kesihatan. Pasukan makmal juga dilengkapi dengan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE)

sebagai langkah kawalan bahaya ketika bekerja di makmal. Selain daripada itu, makmal juga menjalankan latihan tumpahan kimia setiap tahun dan Penilaian Risiko Kesihatan Kimia setiap lima tahun untuk menilai risiko bahan kimia terhadap kesihatan.

Pengiktirafan ini adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan untuk makmal Air Selangor yang terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dengan bukan sahaja mengekalkan akreditasi Standards Malaysia tetapi juga dengan memperluaskan skop analisisnya, mematuhi peraturan kesihatan dan keselamatan dan mengambil bahagian secara aktif pada seminar, persidangan serta program berkaitan kimia.