pencemaran kualiti air

20
PENCEMARAN KUALITI AIR AHLI KUMPULAN :- 1.) SUCI LARA SATI BT PONIDI 2.) NG JIA LING 3.) MOHD. FAIZ 4.) DIVYESHWARAN

Upload: suci-larasati

Post on 21-Jan-2015

1.957 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: pencemaran kualiti air

PENCEMARAN KUALITI AIR

AHLI KUMPULAN :-

1.) SUCI LARA SATI BT PONIDI2.) NG JIA LING3.) MOHD. FAIZ4.) DIVYESHWARAN

Page 2: pencemaran kualiti air

PENCEMARAN AIRDEFINISI Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran air bukan hanya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau tidak sengaja. 

Page 3: pencemaran kualiti air

Punca-punca pencemaran air

Pengusaha kilang berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.

Kekurangan pengetahuan juga menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang telah ditetapkan sama ada berhubung dengan keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar.

Kepesatan pembangunan industri, perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya.

Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis sering kali dilakukan oleh sesetengah individu sehingga lupa tanggungjawab dan kepentingan menjaga alam sekitar.

Penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian juga menyebabkan hakisan tanah berlaku. 

Page 4: pencemaran kualiti air
Page 5: pencemaran kualiti air
Page 6: pencemaran kualiti air

PENGAWALAN PENCEMARAN AIR

Dalam usaha mengekalkan tahap pencemaran semasa supaya tidak menjadi lebih teruk maka langkah-langkah yang wajar perlu diambil supaya punca pencemaran dapat dikurangkan dan antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut:-

a.) Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia, 2006).Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.

Page 7: pencemaran kualiti air

b) Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah.Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah bukan sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang menyebabkan sampah sarap bertaburan merata tempat.Oleh itu, diperingkat sekolah pengurusan peletakan tong sampah perlu diambil kira. Tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.

c) Pemasangan perangkap sampah.Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah perlu supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan.

Page 8: pencemaran kualiti air

d) Penyelenggaraan sistem perparitan berkala.Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekaligus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.

e) Kempen kesedaran melalui iklan TV.Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak apa' perlu ditangani. kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya.

Page 9: pencemaran kualiti air

PEMBERSIHAN AIR

Apakah itu pemberihan air ?

Pembersihan air adalah proses penyingkiran bahan cemar dari air mentah untuk menghasilkan air minuman yang cukup tulen untuk penggunaan manusia atau untuk kegunaan industri.

Page 10: pencemaran kualiti air

Kaedah pembersihan air

Air semulajadi biasanya mengandungi lumpur, mikroorganisma dan bahan terlarut. Oleh itu, air itu mesti dirawat dahulu sebelum selamat digunakan. Rawatan air melibatkan proses mengasingkan bahan yang tidak diingini melalui beberapa kaedah pembersihan. Sehubungan itu, zarah pepejal di dalam lumpur boleh diasingkan daripada air melalui penurasan. Proses pendidihan dan pengklorinan pula dapat memusnahkan mikroorganisma di dalam air. Penyulingan pula dapat mengasingkan semua bendasing daripada air termasuk bahan terlarut.

Page 11: pencemaran kualiti air

a.) Pendidihan

Pendidihan dilakukan dengan cara memanaskan air sehinnga mendidih iaitu sehingga mencapai takat didih air, 100c.

Kebaikan : air bebas daripada mikroorganisma hidup.Keburukan : air masih mengandungi zarah terampai dan bahan terlarut.

Page 12: pencemaran kualiti air

c) Pengklorinan

Pengklorinan adalah cara membersihkan air dengan cara menambahkan klorin ke dalam air tersebut bagi tujuan untuk membunuh mikroorganisma.

Kelebihan : air bebas daripada mikroorganisma hidup.Kekurangan : air masih mengandungi zarah terampai dan bahan terlarut.

Page 13: pencemaran kualiti air

d) Penyulingan

Penyulingan adalah melalui proses dalam makmal dengan radas yang disediakan di bawah dan menggunakan konsep kondensasi gas kepada cecair bagi menulenkan air yang kotor.

Kebaikan : air bebas daripada mikroorganisma, zarah terampai dan bahan terlarut.Keburukan : tidak mengandungi zat mineral yang berguna kepada kesihatan badan.

Page 14: pencemaran kualiti air

CARA PENJIMATAN PENGGUNAA

N AIR

Page 15: pencemaran kualiti air

1. Mandian

• Kurangkan jumlah dan masa mandian.   • Tutup pili air ketika ber sabun atau bersyampu. 

• Menggunakan sabun dan syampu berasaskan organik lebih menjimatkan air kerana ia kurang berbuih dan memerlukan air yang kurang untuk membilas. 

Page 16: pencemaran kualiti air

2. Penggunaan tandas 

• Curahkan air yang pernah digunakan (air basuh tangan atau sayur-sayuran) daripada menggunakan pengepam.  • Pasang peralatan dua-pam dalam sistem pengepaman. Berbanding dengan sistem biasa yang menggunakan 10 liter air setiap kali pam, sistem dua-pam hanya menggunakan 6 liter bagi pengepaman penuh dan tiga liter untuk pengepaman separuh.  • Gunakan tandas cangkuk bagi penggunaan yang singkat.

Page 17: pencemaran kualiti air

3. Taman

• Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.

• Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.

• Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan.  Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.

Page 18: pencemaran kualiti air

• Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca. • Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.

• Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.

• Pastikan ketinggian rumput di taman  lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.

• Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.

• Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.

Page 19: pencemaran kualiti air

4.Dapur

• Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.

• Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.

• Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk

• Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir

• Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.

Page 20: pencemaran kualiti air

SEKIAN TERIMA KASIH