kajian tentang kualiti air mutlak - fp.utm.my · 2.3.1.2 perkataan air (ma’) dalam al-quran 24...

29
KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM ZAIRINA BINTI ZULKIFLEE CHANDRA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: nguyenkhue

Post on 02-Mar-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · 2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24 2.3.2 Ciri Fizikal Air 25 2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26 2.4.1

KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK

MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

ZAIRINA BINTI ZULKIFLEE CHANDRA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · 2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24 2.3.2 Ciri Fizikal Air 25 2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26 2.4.1

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya ZAIRINA BINTI ZULKIFLEE CHANDRA

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI (1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

____________________________________ _________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :

82-22 JALAN BAKRI, BATU 1 1/4, PM DR SULAIMAN BIN KADIKON

84000 MUAR, Nama Penyelia

JOHOR DARUL TAKZIM.

Tarikh :______________________________________ Tarikh : ___________________________

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

Penyelidikan, atau Laporan Sarjana Muda(PSM)

Page 3: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · 2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24 2.3.2 Ciri Fizikal Air 25 2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26 2.4.1

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”

Tandatangan :______________________________________

Nama Penyelia :__PM DR SULAIMAN BIN KADIKON_____

Tarikh :______________________________________

Page 4: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · 2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24 2.3.2 Ciri Fizikal Air 25 2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26 2.4.1

KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK MENURUT

PERSPEKTIF ISLAM

ZAIRINA BINTI ZULKIFLEE CHANDRA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian

daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan ( Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 5: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · 2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24 2.3.2 Ciri Fizikal Air 25 2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26 2.4.1

ii

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : __________________________________

Nama Penulis : ZAIRINA BINTI ZULKIFLEE CHANDRA

Tarikh : __________________________________

Page 6: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · 2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24 2.3.2 Ciri Fizikal Air 25 2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26 2.4.1

iii

DEDIKASI

Buat Ayahanda Zulkiflee Chandra bin Abdullah dan Bonda Zaiton binti Haji Kabol

yang amat disayangi dan sentiasa disanjungi. Tiada kata mampu diucap

selain ucapan terima kasih tidak terhingga dari anakandamu ini.

Segala jasa, pengorbanan serta nasihatmu tidak pernah

anakanda lupa hingga ke akhir hayat.

Kepada keluarga khususnya adik-beradikku, Zuliana, Zarick dan Zetty Zarita

Semoga kasih sayang kita kekal abadi dan sentiasa bersama

susah dan senang sekeluarga.

Tidak dilupakan buat Pensyarah dan Guru

yang tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu dan mencurahkan ilmu.

Terima kasih diucapkan ikhlas dari hati dan diharapkan segala ilmu dihalalkan.

Sahabat dan rakan seperjuangan terutamanya Norhasniza,

Siti Faridah dan Fasya Nadya.

Pahit manis bersama tidak dapat kulupakan. Segala pengorbanan, jasa dan

keikhlasan kalian amatku sanjung dan kenang hingga akhir nanti.

Semua memori akan terpahat kuat di ingatan

Page 7: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · 2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24 2.3.2 Ciri Fizikal Air 25 2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26 2.4.1

iv

PENGHARGAAN

Setinggi–tinggi syukur saya panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan segala

limpah dan rahmat dariNya, akhirnya dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini

dengan sempurna.

Penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada penyelia yang disanjung

dan dihormati, PM Dr. Sulaiman bin Kadikon di atas segala nasihat, dorongan, teguran

yang membina dan bimbingan sepanjang proses pembikinan laporan kajian ini. Hanya

Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa baik yang telah dicurahkan.

Di kesempatan ini juga, rakaman terima kasih turut diucapkan kepada Cik

Rahimah binti Abdullah, Penolong Pegawai Sains, Makmal Kejuruteraan Alam Sekitar,

Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM di atas kerjasama memberi tunjuk ajar yang telah

diberikan.

Selain itu, penghargaan ini turut diucapkan kepada Encik Nur Firdaus bin Mohd.

Daud, Ketua Unit Kualiti, Jabatan Pengeluaran, SAJ dan PM Dr. Abdull Rahim bin

Mohd. Yusoff, Pengarah IPASA, UTM kerana memberi kerjasama yang sebaiknya

sepanjang proses temubual dijalankan. Terima kasih atas segala maklumat yang telah

diberikan.

Akhir sekali, kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung sepanjang menyiapkan laporan ini. Budi dan jasa kalian tidak akan dilupakan.

Semoga Allah SWT melipatgandakan pahala amalan dan dilimpahi rahmat di dunia dan

akhirat. Amin.

Page 8: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · 2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24 2.3.2 Ciri Fizikal Air 25 2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26 2.4.1

v

ABSTRAK

Sumber air bersih kini dilihat menjadi semakin terancam kualitinya akibat

gangguan dari aktiviti manusia. Pelbagai aktiviti yang dijalankan terhadap air sungai, laut

dan tasik di Malaysia seperti pembuangan sampah, pelepasan sisa efluen, pembuangan

sisa toksik dan kumbahan menunjukkan sikap manusia yang tidak sedar akan

kepentingan menjaga kesucian air mutlak. Satu eksperimen telah dijalankan untuk

mengukur bacaan parameter tertentu dari air sampel yang diambil dari Tasik UTM dan

Sungai Stulang. Ukuran parameter tersebut melibatkan jumlah koliform, E.Coli,

kekeruhan, pH, BOD, COD, ammonia, besi, klorida dan aluminium. Hasil ujikaji

mendapati terdapat beberapa bacaan yang tidak menepati ukuran parameter air mentah

dari yang telah ditetapkan oleh Syarikat Air Johor. Ukuran E.Coli, COD, aluminium dan

ammonia dari air sampel telah mencatatkan bacaan yang tidak menepati standard

parameter yang ditetapkan sebagai air mutlak. Ini bermakna kualiti air sampel yang

diambil adalah tidak baik dan memerlukan proses rawatan dengan sebaik-baiknya.

Perubahan drastik perlu dilakukan melalui kesedaran kepada masyarakat agar

menghargai sumber air mutlak yang kian tergugat kesuciannya. Penguatkuasaan yang

ketat dituntut dari pihak berwajib dan transformasi yang efektif adalah penting bagi

menjamin pelestarian air untuk masa depan kelak.

Page 9: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · 2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24 2.3.2 Ciri Fizikal Air 25 2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26 2.4.1

vi

ABSTRACT

The supply of clean water is now threatened by human interference. The activities

of dumping garbage, effluent and toxic waste as well as sewage on the river, seas and

lakes portrays the level of ignorance that the Malaysians have towards the importance of

‘mutlak’ water. An experiment has been conducted to measure the parameter reading of

water sample taken from the UTM Lake and Stulang River. From the experiment done,

the readings of total coliform, E.Coli, turbidity, pH, Biological Oxygen Demand,

Chemical Oxygen Demand, ammonia, iron and aluminium were recorded. The result

indicates that there were significant readings on the sample that does not comply with the

standard parameter set by the Syarikat Air Johor (SAJ) on raw water. The parameter of

E.Coli, Chemical Oxygen Demand, aluminium and ammonia did not fulfill the

requirement standard on ‘mutlak’ water. This indicates that the water quality of the

respective population is not compatible and treatment is much needed. Drastic move has

to be made by inculcating the Malaysian citizen to appreciate the source of ‘mutlak’

water. Effective law enforcement and transformation is highly essential in sustaining the

source for clean water consumption in the future.

Page 10: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · 2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24 2.3.2 Ciri Fizikal Air 25 2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26 2.4.1

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PERAKUAN PENYELIA

JUDUL

PERAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

TRANSLITERASI ARAB xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

Page 11: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · 2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24 2.3.2 Ciri Fizikal Air 25 2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26 2.4.1

viii

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Definisi / Istilah 11

1.8.1 Kajian 11

1.8.2 Kualiti 11

1.8.3 Air 12

1.8.4 Mutlak 12

1.8.5 Perspektif 12

1.8.6 Islam 12

1.9 Kesimpulan 13

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Air Dalam Perspektif Islam 15

2.2.1 Asal Kejadian Air 15

2.2.2 Pembahagian Air 16

2.2.2.1 Definisi Air Mutlak 18

2.2.2.2 Sumber Air Mutlak 19

2.3 Kedudukan dan Kualiti Air Mutlak 20

2.3.1 Air Mutlak Sebagai Agen Penyuci 21

2.3.1.1 Air Mutlak dan Hukumnya 22

2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24

2.3.2 Ciri Fizikal Air 25

2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26

2.4.1 Ukuran Air Mutlak Dan Perubahannya 26

2.4.2 Pencemaran Air Mutlak 29

2.4.3 Penyataan Dari Al-Quran Tentang Air 30

2.5 Kajian Lepas 33

Page 12: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · 2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24 2.3.2 Ciri Fizikal Air 25 2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26 2.4.1

ix

2.6 Kesimpulan 34

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 35

3.2 Rekabentuk Kajian 35

3.3 Instrumen Kajian 36

3.3.1 Pengumpulan Data Sekunder 36

3.3.2 Data Primer 37

3.4 Kaedah Pengumpulan Data 38

3.4.1 Kaedah Temubual 38

3.4.2 Kaedah Dokumentasi 38

3.4.3 Ujikaji Di Makmal 39

3.5 Kesimpulan 39

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 40

4.2 Kadar Penggunaan Air di Johor 2010 40

4.3 Sumber Air Bersih di Johor 41

4.4 Panduan Kualiti Air Terawat 42

4.5 Keputusan Parameter Ujikaji Air Sampel 45

4.6 Keputusan Parameter Dari Sampel Air Terlibat 48

4.6.1 Bacaan Parameter E.Coli 49

4.6.2 Bacaan Parameter COD 49

4.6.3 Bacaan Parameter Ammonia 51

4.6.4 Bacaan Parameter Aluminium 52

4.6.5 Keputusan Dari Empat Parameter Yang Didapati 52

4.7 Proses Rawatan Air 53

Page 13: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · 2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24 2.3.2 Ciri Fizikal Air 25 2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26 2.4.1

x

4.8 Kualiti Penggunaan Air Sampel Dalam Kehidupan 56

Seharian

4.8 Kesimpulan 57

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 58

5.2 Perbincangan 58

5.3 Rumusan 60

5.4 Cadangan 63

5.4.1 Kesedaran Dari Masyarakat 63

5.4.2 Menaikkan Kadar Tarif Air 64

5.4.3 Penguatkuasaan Yang Ketat 65

5.4.4 Saranan Prof Dato’ Ir Dr. Zaini B. Ujang 65

5.5 Cadangan Untuk Kajian Masa Depan 66

5.6 Kesimpulan 69

SENARAI RUJUKAN 70

LAMPIRAN 77

Page 14: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · 2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24 2.3.2 Ciri Fizikal Air 25 2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26 2.4.1

xi

TRANSLITERASI ARAB

Kajian ini memuatkan tulisan Transliterasi yang digunakan oleh

Ensiklopedia Islam dengan sedikit perbezaan dengan tulisan biasa.

Konsonan

d (dad) ض ‘ (hamza) ء

t (’ta) ط b (’ba) ب

z (’za) ظ t (’ta) ت

‘ (ayn‘) ع th (’tha) ث

gh (ghayn) غ j (jim) ج

f (’fa) ف h (’ha) ح

q (qaf) ق kh (’kha) خ

k (kaf) ك d (dal) د

l (lam) ل dh (dhal) ذ

m (mim) م r (’ra) ر

n (nun) ن z (zay) ز

w (waw) و s (sin) س

h (’ha) ه sh (shin) ش

y (’ya) ي s (sad) ص

Vowel

a fathah panjang a (fathah) َـ

i kasrah panjang i (kasrah) ِـ

u dammah panjang u (dammah) ُـ

Page 15: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · 2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24 2.3.2 Ciri Fizikal Air 25 2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26 2.4.1

xii

SENARAI SINGKATAN

BOD - Permintaan Oksigen Biokimia

COD - Permintaan Oksigen Kimia

Fe - ferum

H2 - dua hidrogen

H20 - hidrogen oksida

H2S - hidrogen sulfida

IPASA - Institut Pengurusan Alam Sekitar Dan Sumber Air

Mn - mangan

mg/L - milligram per liter

m3

- meterpadu

pH - Keasidan dan Kealkalian

RA - Radiallahu ‘anhu

SAJ - Syarikat Air Johor

SAW - Sallallahu ‘Alaihi Wassallam

SWT - Subhanahu Wa Ta’ala

TCU - True Colour Unit

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · 2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24 2.3.2 Ciri Fizikal Air 25 2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26 2.4.1

xiii

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Butiran

A - Surat Kebenaran Fakulti

- Surat Kebenaran Temubual

B - Jadual 4.1 : Kadar Penggunaan Air Di Johor 2010

- Jadual 4.2 : Sumber Air Bersih Di Johor

- Jadual 4.3 : Panduan Kualiti Air Mentah

- Jadual 4.4 : Panduan Kualiti Air Terawat

- Interim National Water Quality Standards (INWQS) For

Malaysia

C - Set Soalan Temubual : SAJ

- Set Soalan Temubual : IPASA

D - Gambar Sampel Air

- Gambar Mesin Dan Alatan Yang Digunakan Untuk

Ujikaji Di Makmal

- Gambar Semasa Proses Ujikaji Sampel Air

- Gambar Lokasi Sampel Air Diambil

Page 17: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · 2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24 2.3.2 Ciri Fizikal Air 25 2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26 2.4.1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Air merupakan keperluan asas dalam kehidupan seseorang Muslim.

Tanpa air, hidup seolah-olah hilang punca dan keperluan utama dalam perihal

pengurusan diri dan ibadat khasnya. Perihal solat, persiapan diri, makan, minum

dan juga pekerjaan seharian juga memerlukan air khususnya.

Air adalah antara bahan semula jadi paling penting di dunia dan ia

mewakili 70 peratus daripada isi bumi. Tumbuhan perlukan air untuk proses

pertumbuhan dan kitaran semula jadi fotosintesis, haiwan perlukan air juga untuk

proses pembiakan dan juga beberapa sektor juga perlukan seperti pertanian,

perindustrian, pemakanan dan lain-lain lagi. Firman Allah SWT yang bermaksud;

Page 18: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · 2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24 2.3.2 Ciri Fizikal Air 25 2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26 2.4.1

2

“Tidakkah Engkau memerhatikan, Bahawa Allah menurunkan

hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi mata air-mata air di

bumi; kemudian ia menumbuhkan Dengan air itu tanaman-

tanaman Yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-

tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa Yang

tertentu), selepas itu Engkau melihatmu berupa kuning; kemudian

ia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya Segala Yang

tersebut itu mengandungi peringatan Yang menyedarkan orang-

orang Yang berakal sempurna.”

(Surah az-Zumar 39 : 21)

Oleh kerana itulah Allah menurunkan ayat tersebut agar makhluknya

menghargai air mutlak. Segala ciptaan dan nikmat Allah SWT tidak wajar untuk

disalahgunakan dan dicemari. Allah SWT menciptakan manusia lengkap dengan

segala peraturan hidup. Apabila manusia dahaga mereka perlukan minuman,

maka Allah SWT sediakan air yang diturunkan dari langit dan juga air yang

mengalir dari tanah tinggi melalui sungai, laut dan perigi. Salji yang mencair

sesuci embun, air embun dan juga air mata air kesemuanya air mutlak ciptaan dan

kurniaan Allah.

Dengan air juga Allah SWT menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.

Apabila lapar maka Allah SWT tumbuhkan pepohon yang menghasilkan buah-

buahan. Manusia perlu melihat dan menikmati keindahan alam maya, lalu Allah

SWT datangkan matahari yang memancarkan cahaya, tanpa cahaya sudah pasti

pancaindera tidak akan berfungsi.

Namun, semua kitaran hidup itu bagaikan tidak dihargai apabila hidup

manusia tidak menghargai setitik air yang ada hingga membiarkan pembaziran air

berlaku. Penggunaan air untuk membasuh baju, membasuh kenderaan, mengemop

Page 19: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · 2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24 2.3.2 Ciri Fizikal Air 25 2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26 2.4.1

3

lantai, membasuh sayuran dan juga mengambil wudhuk adalah aktiviti kerap

manusia dalam penggunaan air. Lebih menyedihkan lagi, apabila air tersebut

bercampur pelbagai bahan kimia seperti bahan organik, nutrien seperti fosforus,

nitrogen dan patogen.

Kesucian air itu kian dicemari oleh aktiviti seharian manusia.

Bermulalah episod kurang tanggungjawab manusia untuk menghargai air dan

kualiti air yang asalnya bersih pula semakin diragui.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kegiatan berunsurkan air dan kaedah pengendalian air di negara antara

punca sikap manusia menyumbang kepada pembaziran. Aktiviti seharian seperti

merendam pakaian menggunakan peluntur dan merendam sayur-sayuran adalah

rutin dalam kehidupan. Seterusnya, air yang digunakan tidak dikitar semula untuk

menjirus pokok bunga atau membasuh kenderaan walaupun membilas tayar

kenderaan yang terkena sedikit najis sekalipun. Sikap manusia yang suka

membazir boleh dilihat sendiri dari segi persiapan diri seperti mandi, membasuh

muka, mengambil wudhuk, memasak dan kegiatan seharian.

Sepatutnya, masyarakat perlu sedar akan krisis air yang berlaku di

dunia disebabkan oleh sikap pembaziran rakyatnya. Empangan-empangan yang

wujud seperti empangan Sungai Tinggi, Semenyih, Sungai Langat, Klang Gate,

Tasik Subang, Congok dan Empangan Bekok merupakan sumber air kepada

seluruh penduduk di Malaysia.

Page 20: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · 2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24 2.3.2 Ciri Fizikal Air 25 2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26 2.4.1

4

Menurut Prof. Ir. Dr Zaini Ujang, suatu pendekatan baru dalam

pengurusan air perlu dilakukan segera yang lebih kepada teknologi tahan lasak,

bertindakbalas dengan perubahan cuaca dan mesra alam. Hanya kerana khuatir

nila setitik, maka rosak susu sebelanga. Sesetengah masyarakat bersikap lebih

kepada menjurus ke arah was-was dan kurang pengetahuan menjadi punca

pembaziran tidak terkawal. Hanya kerana ingin menghilangkan dakwat pen yang

terkena jari, wudhuk mesti diulang dengan menggunakan air yang banyak.

(Rencana Berita Harian, 21 Mac 2007)

Apabila bekalan air terputus, baharulah timbul sikap ingin berjimat

dalam penggunaan air. Dari situlah manusia mula menadah air hujan dan mula

mencari bekalan air bersih dari sungai dan laut, menghargai setitik air embun dan

mata air.

Menurut Pakar Forensik Alam Sekitar, Pencemaran Marin, Universiti

Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Mohamad Pauzi Zakaria, sikap dan

tanggungjawab masyarakat yang tidak peka terhadap alam sekitar mengakibatkan

kebimbangan terhadap kualiti air sungai kini. Ini merujuk kepada air lebihan yang

dibiarkan dialirkan ke longkang dan seterusnya menuju ke sungai dan laut di

negara.

Ini sudah tentu akan mengakibatkan pencemaran serius terhadap

hidupan di laut dan sungai yang menjadi sumber makanan utama di negara. Air

yang dialirkan pula bercampur pelbagai jenis aktiviti perlakuan manusia seperti

air basuhan pakaian, air basuhan makanan, air minyak basuhan pinggan, air

basuhan kenderaan dan juga air sisa industri yang mengandungi pelbagai bahan

kimia yang sudah tentu akan mengakibatkan penyakit yang tidak diingini. (Berita

Minggu, Disember 2009)

Page 21: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · 2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24 2.3.2 Ciri Fizikal Air 25 2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26 2.4.1

5

Oleh kerana itulah, sikap masyarakat harus dipupuk untuk menghargai

air dan menggunakan air seminimum yang mungkin. Ini dapat mengubah cara

hidup seseorang dengan menghargai air, tidak membazir air dan tahu kesan dan

akibat daripada melepaskan air sisa basuhan itu ke longkang.

Namun, jika dilihat dari sudut lain pula, dunia turut dilimpahi air

kerana banjir yang juga merupakan bencana alam yang tidak dapat dielakkan.

Sudah tentu beberapa bahagian kawasan tadahan air dan empangan tidak mampu

menampung lalu menyebabkan empangan pecah dan berlakulah banjir lumpur.

Sama ada bahan toksik, sisa campuran makanan, tanah runtuh bercampur becak,

bahan kimia dan juga air yang dibazirkan begitu sahaja.

Kebanyakkan pembaziran air yang dapat dilihat kini tidak dihiraukan

oleh masyarakat di samping bencana alam itu mengundang penyakit. Kerapuhan

akar-akar pokok yang tidak dapat menampung beban pokok lalu terjadilah

hakisan tanah.

Maka dengan itulah, pengkaji yakin bahawa rawatan atau kaedah

tapisan semula yang efektif perlu kepada masyarakat kelak. Walaupun hal ini

disedari, lebih banyak air tetap dibazirkan kerana perkara yang remeh hingga

menjejaskan kualiti air sungai dan laut.

Page 22: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · 2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24 2.3.2 Ciri Fizikal Air 25 2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26 2.4.1

6

1.3 Penyataan Masalah

Allah SWT telah melimpahkan nikmat air kepada manusia sekelian

alam tetapi manusia itu sendiri tidak menghargai wahyu dari langit itu untuk roh

dan jiwa. Apa akan terjadi kepada ekosistem di bumi dan hidupan di sungai

apabila manusia semakin hari semakin leka dan lalai membazir air begitu sahaja

tanpa memikirkan kesannya kepada alam? Tambahan pula, air yang dibazirkan itu

mengandungi pelbagai bahan yang mencemarkan. Oleh kerana itulah, sikap dan

pengurusan air seharian harus dilihat dan dikaji bagi mengelak pembaziran air

tidak terkawal ini di samping mengawal kualiti air.

Pengurus Bahagian Alam Sekitar Gabungan Persatuan-Persatuan

Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), S. Piarapakaran menyatakan

bahawa manusia disyorkan untuk menggunakan air sekitar 165 liter dalam sehari.

Namun terdapat manusia membazir dalam kegunaan harian dengan menggunakan

air sebanyak 300 liter sehari. Ini dianggarkan secara purata, penggunaan air

melebihi 135 liter sehari seorang adalah sejumlah yang sangat besar dan

menyamai kira-kira 90 botol minuman ringan (botol 1.5 liter). (Konsumerkini,

2010)

Rasulullah SAW juga pernah menjelaskan akan muncul golongan yang

suka membazir dan berlebih-lebih. Ini merujuk kepada tabiat yang suka berlebih-

lebihan dalam bersuci dan berdoa. Jelaslah, Rasulullah SAW sendiri menegur dan

memperingatkan kaumnya akan wujud golongan yang suka membazir dalam

amalan bersuci. (Che Hasliza Che Roza, 2006)

Namun, pernahkah masyarakat terfikir apa akan terjadi jika dunia

kering kontang tanpa air? Adakah masyarakat mengambil berat kesan

pembuangan pelbagai air yang dialirkan ke sungai dan laut tanpa rawatan yang

Page 23: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · 2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24 2.3.2 Ciri Fizikal Air 25 2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26 2.4.1

7

betul? Bekalan air dan pencemaran sumber air, adalah kesan buruk sikap manusia

sendiri. Dunia ini telah diciptakan Allah SWT dengan sebaik-baiknya dan

manusialah yang banyak mencemarkannya.

Atas kesedaran itulah menjadi pemangkin kepada kajian ini untuk

mengambil berat akan nikmat air dan seterusnya memastikan tahap kualiti air

yang digunakan mendapat rawatan yang betul.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai beberapa objektif yang ingin dicapai oleh

pengkaji. Objektif tersebut ialah ;

1.4.1 Untuk mengkaji kualiti air mutlak yang digunakan dalam

kehidupan seharian.

1.4.2 Untuk mengenalpasti standard kualiti air mutlak dalam

kehidupan seharian.

1.4.3 Untuk mengemukakan cadangan yang berkesan tentang

penggunaan air mutlak .

Page 24: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · 2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24 2.3.2 Ciri Fizikal Air 25 2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26 2.4.1

8

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif yang telah disenaraikan, maka persoalan kajian

yang ingin dijawab ialah,

1.5.1 Adakah air mutlak yang digunakan dalam kehidupan

seharian berada dalam kualiti yang baik?

1.5.2 Apakah standard kualiti air mutlak dalam kehidupan

seharian?

1.5.3 Apakah cadangan yang berkesan tentang penggunaan air

mutlak?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian yang ingin dilakukan adalah berkait rapat dengan kesedaran

pengkaji tentang seriusnya untuk menghargai nikmat air di dunia agar tidak

berlaku pembaziran. Sikap sayangkan air dan menghargai air sepatutnya

diamalkan oleh semua pihak bukan diabaikan hanya kerana bekalan air cukup

tanpa melalui sebarang rasa kesempitan dan kepayahan dengan ketiadaan air.

Oleh itu, pengkaji ingin membangkitkan rasa kesedaran kepada pihak tertentu

bahawa setiap aktiviti menggunakan air boleh dijimatkan jika dihayati kesan akan

datangnya.

Selain itu juga, pihak perumahan, perindustrin dan perniagaan juga

akan turut memperolehi faedah dengan memastikan aliran air dari longkang di

Page 25: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · 2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24 2.3.2 Ciri Fizikal Air 25 2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26 2.4.1

9

sekitar premis perniagaan melalui saliran air yang tidak tercemar. Ini penting

kerana air yang dialirkan terus dari saliran longkang adalah campuran air yang

kebanyakkannya dihasilkan oleh kegiatan manusia itu sendiri.

Dengan itu, pihak berwajib akan memastikan langkah dan cara

pengurusan air sisa basuhan yang dilepaskan ke saliran-saliran agar tidak

mencemarkan hidupan di dalamnya. Ini dapat membangkitkan perasaan kasih dan

sayang kepada makhluk di dalam air untuk hidup dengan alam sekitarnya yang

bersih.

Di samping itu juga, kajian ini juga penting untuk memupuk sikap

pengguna dan dan penduduk setempat, pelajar, masyarakat dan individu untuk

tidak membazir dalam penggunaan air. Ini juga jelas bahawa penggunaan air yang

diulang pakai itu mampu menjimatkan air semaksimumnya.

Pengguna perlu sedar air mandian itu perlu ditadah agar dapat

memberi sinar baru kepada tumbuhan dan pengkomersialan pertanian. Selain itu

juga, dengan kaedah sistem rawatan air perlu sebelum ia dilepaskan ke sungai. Ini

seperti dilakukan di negara membangun di Eropah dan Australia.

Akhirnya kepada pihak-pihak bertanggungjawab seperti Syarikat

Bekalan Air juga turut penting untuk mengubah cara pengurusan air dan saliran

supaya mengkaji semula kepentingan penggunaan semula air sisa basuhan dan

dibazirkan sewenang-wenangnya.

Pembangunan tidak terkawal juga antara penyumbang kepada

kerapuhan spesis hidupan di hutan selain dari penggondolan hutan. Itulah yang

menjadi penyumbang kepada hakisan tanah dan berlakulah bencana alam dan

terhapusnya kesucian nikmat hidupan sungai yang telah dicemari dengan air

Page 26: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · 2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24 2.3.2 Ciri Fizikal Air 25 2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26 2.4.1

10

khususnya. Kesucian alam perlu dijaga dari sudut kualiti dan keadaan asalnya

setelah Allah SWT menciptanya khusus untuk makhluk di bumi. Maka, adalah

tidak wajar manusia merosakkannya dan mencemari kurniaan itu.

1.7 Batasan Kajian

Pengkaji memilih negeri Johor Darul Takzim sebagai lokasi kajian.

Pengkaji memilih tiga lokasi kajian iaitu Tasik UTM, Sungai Stulang yang terdiri

dari stesen 1 dan stesen 2. Selain itu, kajian ini juga melibatkan pihak-pihak yang

bertanggungjawab dalam pengurusan berkaitan air iaitu Syarikat Air Johor (SAJ)

dan Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Air (IPASA), Universiti Teknologi

Malaysia.

Bagi Syarikat Air Johor (SAJ), pengkaji ingin mendapatkan maklumat,

data dan statistik tentang cara pengurusan air di Johor. Bagi Institut Pengurusan

Alam Sekitar dan Sumber Air (IPASA), Universiti Teknologi Malaysia pula,

pengkaji ingin mendapatkan maklumat tentang tahap kualiti air yang dilepaskan

ke sungai dan laut, rujukan penemuan baru, cadangan serta inovasi yang

digunakan untuk standard kualiti air yang digunakan agar dapat merubah masa

depan pengguna.

Page 27: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · 2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24 2.3.2 Ciri Fizikal Air 25 2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26 2.4.1

11

1.8 Definisi / Istilah

Istilah yang digunakan yang telah pengkaji gunakan sepanjang

penulisan adalah berkaitan dengan kajian yang ingin dijalankan. ini juga dapat

membantu pengkaji dan juga pembaca agar memahami dengan lebih mendalam

setiap isu yang dibincangkan.

1.8.1 Kajian

Definisi kajian menurut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998 : 378)

ialah penyelidikan, penelitian, penyiasatan. Tesaurus Bahasa Melayu (2002:90)

pula mendefinisikan kajian iaitu penyelidikan dan studi.

1.8.2 Kualiti

Menurut Tesaurus Melayu Moden Utusan (1994 : 142) kualiti

bermaksud darjah, gred, harga, kedudukan, martabat, mutu, nilai, nisbah, status,

taraf, takat dan tingkat. Kualiti yang dimaksudkan dalam kajian penyelidikan ini

ialah kualiti air mutlak dari segi punca wujudnya, kejadiannya dan termasuk mutu

air tersebut.

Page 28: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · 2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24 2.3.2 Ciri Fizikal Air 25 2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26 2.4.1

12

1.8.3 Air

Mengikut Tesaurus Melayu Moden Utusan (1994 : 4) air ialah ekstrak,

inti, intisari, jus, konsentrat, kordial, pekatan, perahan, pati dan sari. Air yang

dimaksudkan di dalam kajian penyelidikan ini ialah menyeluruh bagi semua air

yang terdapat secara semulajadi seperti dari sumber sungai dan laut.

1.8.4 Mutlak

Definisi mutlak yang dimaksudkan dari Kamus Pengetahuan Islam

ialah air biasa yang tidak dikaitkan dengan suatu nama yang tertentu seperti air

susu, air kopi. Air ini juga mempunyai tujuh jenis iaitu air laut, air sungai, air

hujan, air telaga, air mata air, air salji dan air embun.

1.8.5 Perspektif

Menurut Tesaurus Bahasa Melayu (2002 : 201) perspektif ialah sudut,

sudut pandangan dan tinjauan.

1.8.6 Islam

Islam didefinisikan sebagai agama yang disampaikan oleh Nabi

Muhammad SAW mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga. (1970:501)

Page 29: KAJIAN TENTANG KUALITI AIR MUTLAK - fp.utm.my · 2.3.1.2 Perkataan Air (Ma’) Dalam Al-Quran 24 2.3.2 Ciri Fizikal Air 25 2.4 Kedudukan Air Mutlak Dalam Kehidupan Seharian 26 2.4.1

13

Kamus Bahasa Melayu Nusantara pula mendefinisikan Islam sebagai

agama Allah SWT yang diturunkan melalui wahyu kepada Nabi Muhammad

SAW untuk diajarkan kepada seluruh umat manusia dengan berpedomankan

kepada kitab suci al-Quran. (2003:1026)

1.9 Kesimpulan

Kesimpulannya, pengkaji memahami bahawa air memberi kepentingan

yang besar kepada manusia. Kegunaan air juga perlu mengikut cara dan tujuan

sebenar penciptaanya kerana manusia hendaklah bersyukur terhadap nikmat yang

diberikan Allah SWT. Dengan merujuk kepada bab ini, pengkaji akan dapat

mendalami penyataan masalah, latar belakang masalah dan seterusnya objektif

kajian penyelidikan ini dibuat.