maklumat soalan 2

Upload: saadah-mahani

Post on 08-Jan-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

guru dan cabaran semasa

TRANSCRIPT

7.0 Persediaan Guru dan Penerapan budaya TMK

K-Ekonomi merupakan isu utama yang disarankan oleh Perdana Menteri kita, maka seharusnya pengetahuan tentang teknologi maklumat adalah penting bagi guru-guru dalam membentuk generasi yang akan datang. Ini sejajar apa yang dikatakan oleh Yusup Hashim dan Razmah Man (2002): Negara beralih dari ekonomi pertanian, perindustrian kepada ekonomi pengetahuan. Ekonomi pengetahuan bermaksud pembinaan, pembangunan, pengagihan dan penggunaan ilmu pengetahuan dan maklumat untuk meningkatkan produktiviti. Pengetahuan dijadikan faktor pengeluaran menggantikan pertanian atau modal untuk menjana pertumbuhan ekonomi.

Watson (1991) menyatakan empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda. Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran dan pembelajaran teknologi maklumat di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya dikikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.

Kini penggunaan komputer dan teknologi maklumat boleh dikatakan merangkumi setiap kegiatan harian dalam hidup kita. Sebagai contoh, kita lihat dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknologi maklumat adalah amat penting terutama sekali sebagai alat membantu pengurusan. Ianya digunakan untuk menyusun sistem data supaya menjadi kemas dan teratur selain dari cepat dan terkini. Ianya juga boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar yang terbahagi kepada 4 jenis iaitu mod tutorial untuk pengajaran yang lebih interaktif, mod penerokaan untuk murid merasai pengalaman menjalankan eksperimen, mod aplikasi supaya murid akan lebih memberi tumpuan dan mod komunikasi yang amat sesuai untuk proses pengajaran jarak jauh.

Rasa tanggungjawab untuk membawa perubahan bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik adalah dorongan utama buat guru yang menghayati penggunaan teknologi di dalam bidang pendidikan. Menyediakan bahan pengajaran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi sebenarnya banyak melibatkan peruntukan persendirian guru kerana ia memerlukan guru mengorban masa, tenaga dan wang untuk menyediakan bahan tersebut. Cabaran ini ditambah pula dengan kekurangan perisian yang sesuai di pasaran di samping kos yang tinggi untuk mendapatkannya. Namun guru perlu menyedari betapa pentingnya menggunakan kaedah terkini agar pelajar tidak ketinggalan di dalam bidang teknologi masa kini. Inilah motivasi untuk golongan guru tersebut menjalankan amanat di dalam bidang pendidikan.

Usaha bersungguh-sungguh menggunapakai tenologi dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja memanafaatkan tugasan dan pelajar malah ia juga berjaya menjadi contoh kepada rakan seperjuangan dan pelajar lain. Teknik ini dan keberkesanannya telah menjadi ikutan guru-guru lain dan seterusnya menjadi pemangkin kepada pembentukan satu budaya TMK di sekolah.

Apa yang penting untuk membentuk budaya TMK di sekolah ialah penekanan dan fokus terhadap guru terutamanya menyediakan kemudahan komputer khas buat guru seperti di dalam bilik guru. Selain dari itu, para guru hendaklah memberi latihan dan menggalakkan pelajar mengikuti aktiviti bagi menyedia bahan pengajaran bersama.

Walaupun memakan masa,tenaga dan wang, bahan pengajaran yang dibina berasaskan teknologi hanya perlu dibuat sekali sahaja dan boleh diguna berulang kali untuk kelas yang berlainan dan untuk tahun-tahun seterusnya. Jadi guru tidak lagi perlu menyediakan untuk tahun akan datang tetapi berkemungkinan mereka akan membuat penambahbaikan kepada bahan yang telah mereka sediakan agar ia bersesuaian dengan tahap pelajar pada tahun tersebut.

Apa yang lebih memanafaatkan lagi ialah perkongsian bahan pengajaran kerana guru tidak perlu menyediakan semua tetapi sebahagian bahan yang boleh dikongsi dengan guru lain yang telah menyediakan bahan yang lain. Ini semestinya dapat menjimat masa guru dan menambah koleksi bahan pengajaran mereka.

Dengan pengenalan teknologi di dalam pendidikan dan penggunaan bahan tersebut, secara tidak sedar guru sekolah telah celik teknologi maklumat. Sekiranya ditugas mengganti guru yang tidak hadir pun, mereka hanya perlu membawa seunit laptop ke dalam kelas untuk melaksanakan tugasan dengan efektif dan tanpa rasa bosan.

Sungguhpun dorongan untuk memberi pengajaran yang terbaik agar ia menjadi lebih menarik dan mudah difahami oleh pelajar, usaha guru TMK mahupun guru lain dalam mengguna pakai TMK tidak akan mencapai kejayaan tanpa sokongan daripada beberapa pihak. Antaranya adalah sokongan kuat daripada pihak pentadbiran sekolah terutama pengetua atau guru besar, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan juga sokongan dan kerjasama di antara para guru sendiri khasnya guru pusat sumber sekolah dan guru data yang lebih berpengetahuan serta berkemahiran dalam sistem TMK.

8.1 Faktor Sekolah

Peranan dan Sikap pengetua dan guru besar:Mengikut Rogers (1995) terdapat tujuh peranan yang dimainkan oleh agen perubahan:i. Menimbulkan keperluan dan semangat untuk perubahan.ii. Mewujudkan dan mengeratkan hubungan dengan penerima dan pengguna inovasi.iii. Mendiagnosis masalah dan keperluan pengguna.iv. Mencetuskan keinginan untuk perubahan.v. Menterjemahkan keinginan terhadap perubahan kepada tindakan.vi. Menstabilkan perubahan atau pembaharuan serta berusaha mengekalkannya.vii.Menyerahkan tanggung jawab sepenuhnya kepada pengguna.

Oleh kerana penggunaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan semakin berleluasan dan penting, sebagai agen perubahan dalam kurikulum di sekolah, pengetua dan guru besar memainkan peranan yang besar untuk membawa perubahan. Mereka harus berkebolehan mempengaruhi semua warga sekolah terutamanya guru untuk menerima inovasi dalam proses P&P. Sikap pihak pengurusan sekolah (pengetua atau guru besar, penolong kanan) adalah kritikal terhadap pembentukan dasar dan amalan di peringkat sekolah. Mereka adalah penggerak yang boleh memotivasikan setiap guru supaya mempunyai misi dan objektif yang sama untuk meningkatkan kualiti pendidikan sekolah.

Perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah pengurusan masa, sumber dan sokongan serta galakan moral kepada kakitangan atau guru yang memainkan peranan penting (Zainab Hussin, 2005). Sikap pengetua atau guru besar dan pentadbir yang lain tidak mengambil serius terhadap inovasi pendidikan akan melemahkan kesungguhan guru-guru yang mungkin telah bersedia menghadapi cabaran perubahan. Pengetua atau pentadbir yang tidak prihatin akan keperluan masa depan akan menyebabkan organisasi pendidikan ketinggalan. Maka, pengetua dan guru besar harus memainkan peranan sebagai pemangkin, penyelesai masalah, pembantu proses dan penghubung sumber seperti yang disyorkan oleh Havelock (1995).

8.2 Faktor Guru

i) Persepsi guru terhadap kepentingan komputer

Dapatan dari pemantauan kolaboratif Sekolah Bestari yang dijalankan pada tahun 2001 di semua sekolah Bestari seluruh negara mendapati walaupun guru bersedia membuat perubahan dengan mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi tetapi ada juga yang tidak bersedia membuat perubahan kerana yakin proses pengajaran dan pembelajaran konvensional relevan dengan sistem peperiksaan. Sekolah-sekolah lebih mementingkan pencapaian keputusan peperiksaan yang cemerlang. Pada dasarnya jika keputusan peperiksaan yang diperolehi setiap tahun cukup baik dan cemerlang pada tanggapan guru mengapa harus kita mengubah apa yang telah sedia baik untuk pelajar. Dengan sikap sebegini adalah sukar bagi perubahan dilakukan dengan berkesan.

ii) Kerisauan untuk menghadapi perubahan

Selain daripada sikap yang tidak menganggap teknologi itu penting, terdapat juga guru-guru yang risau untuk mengguna peralatan teknologi itu sendiri. Sebenarnya, persediaan dan penerimaan guru terhadap perkembangan dan pengaruh teknologi dalm kehidupan seharian dan proses P & P bermula dengan keyakinan diri dan sikap yang positif. Menurut Zorainawati Wati abas (1991), terdapat tiga jenis kerisauan yang dihadapi oleh guru-guru dalam penggunaan komputer iaitu takut sekiranya rosak apabila disentuh peralatan tersebut, takut kerana mereka merasakan tidak berupaya mempelajari teknologi tinggi iaitu tahap inferior yang tinggi dan ada guru yang risau sekiranya sekolah mengarahkan guru yang tahu dan mahir komputer membuat segala tugas yang memerlukan penggunaan komputer, dengan perasaan risau sebegini adalah lebih mudah bagi mereka menolak terus perubahan.

iii) Masa dan beban tugas guru

Mengintegrasikan komputer dalam pengajaran memerlukan masa yang banyak bagi guru-guru menyediakannya (Holmes, 1999). Persediaan diperlukan termasuk dari aspek menyediakan bahan mengajar serta untuk setup bahan pada komputer sebelum kelas dimulakan. Dengan bilangan waktu mengajar yang banyak, sesetengah guru mempunyai bilangan waktu mengajar sebanyak 33 waktu seminggu, adalah sukar bagi guru untuk membuat persediaan mengajar di sekolah dan juga untuk setup bahan mengajar di makmal komputer.

Guru-guru juga mempunyai beban tugas lain selain daripada mengajar yang akan mengambil masa semasa waktu persekolahan seperti guru data, setiausaha peperiksaan, ketua-ketua panitia, selepas waktu persekolahan seperti sukan, aktiviti persatuan, mesyuarat-mesyuarat daerah, PIBG, kursus-kursus jangka panjang dan pendek. Situasi ini akan menyukarkan guru untuk melakukan persediaan yang mantap terutama jika mereka perlu menyediakan bahan sendiri, sebagai contoh jika guru perlu mendapatkan bahan dari internet dan untuk memilih bahan yang sesuai kadang-kadang mengambil masa berjam-jam.

Penghasilan bahan pengajaran pembelajaran berasaskan kaedah bestari memerlukan masa yang lama kerana penghasilan bahan perlu dibuat dengan teliti supaya bahan tersebut berupaya membolehkan pelajar dapat berfikir dengan kritis dan kreatif, berupaya membuat penerokaan sendiri pada kadar kendiri dan mampu memajukan diri sendiri (self access, self pace and self excel). Bahan-bahan pengajaran atau dalam bestari disebut sebagai pakej pembelajaran juga menitik beratkan kepelbagaian kecerdasan pelajar, keadaan ini secara tak langsung memerlukan persediaan yang teliti dan masa yang lama dalam membina pakej-pakej pembelajaran tersebut.

iv) Kemahiran komputer dan pengetahuan penggunaan komputer dalam P&P

Aspek pembaharuan dalam kaedah mengajar dengan menggunakan teknologi masih terbatas kerana tidak semua guru telah dilatih dan mahir dalam penggunaannya. Proses pengajaran memperalatkan teknologi menuntut guru berkemahiran dalam membina persembahan dan mengintegrasikan multimedia sekurang-kurangnya menggunakan Powerpoint dengan input-input seperti rakaman suara, memasukan video, grafik dan bunyi mengikut kreativiti guru. Tidak semua bahan pengajaran telah tersedia untuk digunakan terus. Dengan adanya kemahiran komputer, guru dapat mencurahkan ilmu dan kemahiran dalam subjek masing-masing dan kaedah pengajaran dapat dipelbagaikan, dengan demikian peralatan-peralatan teknologi yang dibekalkan ke sekolah-sekolah tidak menjadi gajah putih yang hanya digunakan untuk membuat soalan-soalan peperiksaan.

Dapatan kajian Robiah Sidin, Juhana Salim dan Nor Sakinah Mohamad (2003) menunjukkan penggunaan komputer oleh guru adalah pada tahap yang minima iaitu sekali sekala dalam masa sebulan. Dapatan juga menunjukkan guru-guru kerap menggunakan hanya tiga jenis program iaitu pemprosesan perkataan, mengintegrasikan pemprosesan perkataan dalam pengajaran dan pengurusan fail. Guru-guru jarang menggunakan pangkalan data, persembahan mutimedia, persembahan grafik, mel elektronik dan laman web dalam pengajaran. Buat masa kebelakangan ini, lebih ramai guru yang memperolehinya secara pembacaan dan pengalaman sendiri.

8.3 Sokongan daripada pihak luarUntuk memantapkan integrasi teknologi maklumat & komunikasi dalam proses pembelajaran dan pengajaran, pihak sekolah harus menggunakan pelbagai perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik, komersial serta masyarakat sekeliling. Pusat Sumber Pendidikan Negari (PSPN) merupakan sumber rujukan dan gedung ilmu yang paling relevan untuk mendapat khidmat bantu mengenai teknik dan kaedah pembelajaran dan pengajaran menggunakan teknologi maklumat & komunikasi. Selain daripada itu, pengkongsian kepakaran antara sekolah sekawasan juga boleh dilakukan sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran teknologi maklumat & komunikasi guru dan semua warga sekolah.8.0 Peranan guru dalam era TMKMasyarakat kita sedang mengalami transformasi menyeluruh. Perubahan itu didorong oleh perkembangan Information Technology and Telecommunications (IT & T). Maka agar guru dan pendidik tetap ikut berperanan dalam era Learning Society abad 21, mesti melakukan transformasi diri: (a) trampil menggunakan teknologi informasi dan (b) menjadi seorang pendidik, yang dari kata-kata, perilaku dan sikapnya dapat mentransfer nilai-nilai kehidupan (soft skill).Guru merupakan pemimpin yang harus berperanan sebagai agen perubahan untuk melakukan perubahan ke atas sekolah dan bilik darjah (Berita Harian, 20 Julai, 2002). Kenyataan ini mecerminkan bahawa dalam sesebuah sekolah, guru memainkan peranan yang penting secara positif. Malah menjurus kepada pengertian yang lebih mendalam bahawa guru adalah individu yang menggariskan suatu hala tuju, membentuk warga pelajar ke arah merealisasikan hala tuju tersebut dengan nilai-nilai kepemimpinan yang positif (Abdul Ghani Kanesan dan Mohd. Yahya Fadzil Jusoh, 2008). Kepemimpinan guru dalam budaya sekolah yang mengutamakan TMK dapat dilihat menerusi beberapa peranan berikut:8.1 PengajarGuru merupakan agen mempertingkatkan prestasi pelajaran dan penggunaan TMK pelajar. Mereka perlu memahamkan pelajar tentang konsep dengan mudah, sistematik, seronok dan bermakna. Di samping itu, guru turut sama berperanan sebagai individu yang menjadi jambatan rujukan pengetahuan dan maklumat tentang TMK kepada warga pelajar.8.2 PembimbingGuru membimbing pelajar ke arah bersikap rasional, realitik, kondusif dalam pembelajaran sistem TMK dan menyelesaikan masalah ekoran cabaran yang ditemui. Apabila pelajar dapat menembusi proses pembelajaran yang kondusif, maka secara tidak langsung situasi ini menyediakan diri mereka dalam aspek pencapaian yang baik.

8.3 Inventor

Guru memperkenalkan inovasi teknik dan sebagai agen perubahan kepada suasana dan persekitaran pembelajaran yang menggunakan teknologi secara giat dan berkesan. Guru harus mempunyai keyakinan dan berdaya tinggi dari aspek kreativiti dan inovasi dalam proses mengajar TMK. Hal ini akan menjadikan pelajar tertarik kepada pengetahuan dan pembelajaran TMK. Jika segala atribut dalam budaya diterapkan oleh guru menjadi ikutan pelajar, maka amalan ini akan membina suatu budaya sekolah.

9.0 Kesimpulan

Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan bermaksud menggunakan teknologi secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Integrasi TMK dalam bidang pendidikan merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang sepenuhnya di antara pentadbir sekolah (pengetua dan guru besar), guru, pelajar, ibu bapa dan pihak luar. Semua warga sekolah mesti menerima perubahan dan fenomena TMK yang semakin hari semakin penting di sekolah.

Sebagai tenaga pengajar dan agen perubahan di sekolah dan alam pendidikan, para guru perlu memainkan peranan sebagai pengajar, pembimbing dan inventor yang positif dan berkesan bagi menjayakan pelaksanaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah. Guru-guru mesti membuat persediaan yang rapi baik dari segi mental (berfikiran terbuka, positif dan sanggup menerima perubahan serta cabaran), sikap (ingin tahu dan belajar, berkeyakinan diri, kreatif dan inovatif) mahupun dari segi fizikal (penggunaan ABM dengan pengetahuan dan kemahiran TMK). Ini sejajar dengan nasihat yang diberikan oleh Tuan Haji Hussin bin Haji Harun, Tuan Pengarah Pelajaran Perak, dalam Pendidik Bestari: Bicara Bestari (2008): Keperluan tenaga abad ke 21 dicerakin dan dilaksanakan melalui pembangunan potensi kemanusiaan secara bersepadu, memahami aspirasi dan agenda nasional, menguasai sepenuhnya bidang ICT, mengamalkan pembangunan penyelidikan (R&D), teknologi tinggi (high tech) dan pengurusan kewangan mapan. Perlu juga dipersiapkan generasi ketiga yang berdisiplin, berhemah tinggi, mempunyai jati diri, memiliki ciri-ciri kreatif, inovatif, responsif, proaktif, progresif dan produktif, dalam menghadapi proses dan cabaran globalisasi, menterjemah dalam bentuk realiti sebuah negara Malaysia yang maju dalam acuan sendiri.

Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak-kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini.