kajian kemahiran literasi maklumat di kalangan pengguna ... · pdf filediedarkan mengandungi...
Post on 13-Sep-2019
56 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
Kajian Kemahiran Literasi Maklumat di Kalangan Pengguna Perpustakaan Negara Malaysia
YAZID IBRAHIM Perpustakaan Negara Malaysia
ABSTRAK
Kejayaan mengekpolitasi maklumat telah menyaksikan banyak negara-negara maju berjaya mewujudkan
masyarakat bermaklumat yang menjadi asas kepada ekonomi berasaskan pengetahuan dengan menggunakan
maklumat untuk menjana pendapatan tinggi dan memajukan ekonomi negara. Negara-negara ini juga berjaya
mewujudkan masyarakat yang bijak menggunakan maklumat untuk tujuan pembelajaran sepanjang hayat.
Uterasi maklumat adalah elemen penting di dalam mewujudkan masyarakat bermaklumat dan pembelajaran
sepanjang hayat. Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai tahap kemahiran literasi maklumat di kalangan
pengguna Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bagi membantu PNM mewujudkan program literasi maklumat
yang baik dan berkesan. Hasil kajian menunjukkan pengguna PNM masih kurang berpengetahuan dalam
menilai dan memilih sumber maklumat dengan tepat. Justeru itu PNM perlu meningkatkan dan menggiatkan
lagi program literasi maklumat untuk mendidik kemah iran literasi maklumat di kalangan penggunanya.
Kata kunci: kemahiran maklumat, literasi maklumat, pembelajaran sepanjang hayat
LATAR BELAKANG
Malaysia sedang menuju ke arah negara maju dari segala aspek terutama dari aspek perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Perkembangan ini secara tidak langsung n:enuntut rakyat
Malaysia mengguna dan mengekploitasi maklumat secara optimum untuk menjana pendapatan dan
untuk menjadikan rakyat negara kita sebagai masyarakat bermaklumat yang sentiasa menghasilkan
maklumat berkualiti, patuh kepada etika penggunaan maklumat dan mempunyai kefasihan yang
tinggi dalam penggunaan ICT.
Oleh itu, para pustakawan harus sedar akan peranan mereka untuk mendidik pengguna
perpustakaan dengan ilmu literasi maklumat supaya mereka boleh kenalpasti, guna, nilai dan
mematuhi etika penggunaan maklumat dengan betul.
Definisi Literasi Maklumat
Definisi literasi maklumat yang paling popular dipetik daripadaAmerican Library Association (ALA).
ALA mentakrifkan bahawa orang celik maklumat seharusnya dapat:
31
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
i. Mengetahui keperluan maklumat
ii. Mengenalpasti maklumat yang berkaitan dengan sesuatu isi atau masalah
iii. Berkebolehan mencari maklumat
iv. Menilai maklumat
v. Menyusun maklumat
vi. Menggunakan maklumat secara berkesan.
(ALA,2008)
Manakala, American College and Research Libraries (ACRL), mentakrifkan orang yang celik
maklumat mempunyai ciri-ciri berikut:
i. Mengenalpasti keperluan maklumat
ii. Menentukan sejauh mana maklumat yang diperlukan
iii. Mengakses maklumat dengan cekap
iv. Menilai sumber-sumber maklumat secara kritikal
v. Menyusun, menyimpan, dan memanipulasi maklumat yang dikumpul atau dihasi lkan
vi. Menggabungkan maklumat terpi lih dengan as as pengetahuan mereka.
vii. Menggunakan maklumat dengan berkesan untuk belajar, mewujudkan pengetahuan baru,
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
(ACRL, 2000)
PERANAN PERPUSTAKAAN DALAM PROGRAM LlTERASI MAKLUMAT
Ulasan Kesusasteraan Literasi maklumat di definisikan sebagai kemampuan untuk mengenalpasti, mencari, mengguna,
menilai dan mematuhi etika penggunaan maklumat (ALA, 2001) dan pembangunan pesat
dalam teknologi maklumat telah mengubah manusia dalam mengekploitasi dan menggunakan
maklumat dan ini menjadikan literasi maklumat sebagai kompetensi yang penting di dalam era
ekonomi berasaskan pengetahuan (Jingxia, 2002). Oleh itu, perpustakaan awam harus berubah . .
daripada peranan sebagai pusat repositori maklumat kepada pemangkin perkongsian maklumat
dan membuka peluang kepada masyarakat untuk belajar mencari maklumat (Goodman, 2009).
Perpustakaan awam adalah organisasi yang menyokong pembelajaran sepanjang hayat dan
berkeupayaan untuk merapatkan jurang antara kurang maklumat dan kaya maklumat dengan
menawarkan akses Internet percuma dan menawarkan latihan untuk memperbaiki kemahiran literasi
maklumat (Horng-Ji Lai, 2011). Hal ini disokong oleh Harding, 2008 yang menyatakan bahawa
perpustakaan awam adalah tempat ideal dan berkemampuan untuk mengurus perkembangan
maklumat yang sentiasa bertambah dan membantu pengguna untuk belajar mencari, mengguna
dan menilai maklumat. Perpustakaan awam juga memainkan peranan penting dalam merapatkan
jurang digital antara mereka yang mempunyai akses Internet dan mereka yang tidak memilik akses
Internet. Masyarakat yang kurang kebolehan untuk mencari, menilai dan menggunakan maklumat
secara efektif akan ketinggalan dalam aspek pekerjaan, pembelajaran sepanjang hayat, kualiti
hidup dan akses kepada maklumat asas (Ward, 2006).
32
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
Pihak kerajaan di seluruh dunia telah mengiktiraf peranan perpustakaan awam dalam
membangunkan kemahiran literasi maklumat di kalangan rakyatnya. Oi Malaysia melalui
Perpustakaan Negara Malaysia telah berjaya membangunkan garis panduan literasi maklumat
pada tahun 2011 yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepent ingan literasi maklumat di
kalangan rakyat Malaysia. Oi Kanada, pihak kerajaan telah mengenalpasti perpustakaan awam
sebagai organisasi yang ideal untuk menjalankan program akses komuniti (Community Access
Programmes) iaitu satu inisiatif yang bertujuan untuk memberikan akses Internet yang berpatutan
dan kemah iran yang mereka perlukan untuk menggunakannya secara efektif (Ju lien & Hoffman,
2008).
Perpustakaan awam adalah salah satu jenis perpustakaan yang terli bat secara langsung
dengan literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat. Perpustakaan awam mempunyai
peranan besar untuk menjayakan literasi maklumat dan mempunyai kuasa untuk terlibat secara
aktif dalam proses pembinaan pengetahuan kumpulan sasarannya dan bekerjasama dengan pihak
lain yang berkepentingan (Skov, 2004).
Program Literasi Maklumat di Perpustakaan Negara Malaysia PNM melalui Pelan Strategik Perpustakaan Negara Malaysia 2009 - 2013 iaitu memperkukuhkan
Penyampaian Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat dengan membangunkan Progam Literasi
Maklumat secara bersepadu telah berjaya mewujudkan panduan program literasi maklumat.
Projek ini dijalankan bermula pada Mac 2011 dan telah di lancarkan pada 23 Oisember 2011 di
Maran , Pahang. Program literasi maklumat ini ditawarkan kepada semua lapisan masyarakat
dengan menyediakan tiga jenis modul iaitu modul asas, pertengahan dan lanjutan. Program literasi
maklumat ini dijalankan di sekolah menengah, perpustakaan desa, agensi kerajaan dan swasta.
Selain daripada itu, PNM mengadakan program Sesi Pendidikan Pengguna khusus
untuk pelajar sekolah menengah. Para pelajar di beri penerangan dan pendedahan berkaitan
perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh PNM, jenis-jenis bah an maklumat, penggunaan
OPAC, pangkalan data MyLib, Ebscohost, Nexis, BUS, pangkalan data tempatan dan lain-lain .
Para peserta turut diberikan peluang untuk mempraktikkan sendiri segala kemah iran yang telah ' .
dipelajari.
Sesi Pendidikan Kakitangan juga di jalankan bagi memahirkan kakitangan dengan maklumat
terkini iaitu maklumat pangkalan data, sumber elektronik dan perkhidmatan yang tersedia di PNM.
Sebagai langkah untuk memastikan kakitangan dapat mempromosi perkhidmatan PNM semasa
bertugas di kaunter rujukan. Pengguna perpustakaan akan lebih mempercayai kakitangan yang
berpengetahuan dan akan berpuas hati dengan layanan yang sempurna.
PNM juga ada menyediakan program literasi maklumat yang diadakan di sekolah-sekolah
menengah seluruh Malaysia. Program ini dikenali sebagai Program Literasi Maklumat PNM: Teknik
Pencarian dan Pempakejan Maklumat. Inisiatif in i dimulakan pada tahun 2010 yang dikenali
sebagai Program Outreach Perkhidmatan Maklumat Komuniti: Bengkel Rintis Teknik Pencarian
dan Pempakejan Maklumat. Kumpulan sasarannya adalah pelajar tingkat 1-5. Antara aktiviti yang
dijalankan dalam program ini adalah taklimat literasi maklumat, latihan (hands on), kuiz dan aktiviti
berkumpulan.
33
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hak Cipta Terpelihara ©2012 – Perpustakaan Negara Malaysia
Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
i. Mengkaji kemahiran maklumat pengguna PNM
ii. Mengkaji kemahiran penyelidikan pengguna PNM
iii. Mengkaji peranan PNM dalam membangunkan progam literasi maklumat
Metodologi penyelidikan Penyelidikan secara kuantitatif telah dijalankan untuk mengenalpasti tahap literasi maklumat
dikalangan pengguna PNM berkaitan dengan kebolehan dan kemahiran penyelid ikan mereka.
Enam elemen telah dikenalpasti untuk tujuan kajian iaitu:
i. Latarbelakang pengguna
ii. Maklumat as as kemahiran maklumat
iii. Mengenalpasti , mengguna, mengurus dan ke