makllumat part b

10
Instrumen Kajian Instrumen kajian adalah soal selidik yang dibina bagi mengukur tahap pengetahuan membina item aneka pilihan dalam kelangan guru pelatih PTK, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai. Penyelidik memilih soal selidik sebagai instrumen di dalam kajian ini. Pemilihan instrumen ini adalah bertepatan dengan pandangan Colombo Plan (1984) yang menyatakan bahawa soal selidik merupakan instrumen kajian yang sering digunakan oleh penyelidik dalam kajian deskriptif. Selain itu, instrumen ini dibina sendiri oleh penyelidik dengan mengambil kira keperluan untuk menjawab persoalan kajian. Cates (1990) menyatakan jika setiap item disediakan dengan baik maka akan menghasilkan item-item yang konsisten dan boleh dipercayai. Menurut Sulaiman Ngah Razali (1996), soal selidik merupakan satu cara yang paling mudah untuk memperolehi maklumat. Manakala Wolf (1988) berpendapat bahawa kajian berbentuk tinjauan dalam penyelidikan pendidikan sangat popular menggunakan soal selidik berbanding teknik temu bual. Donald (1985) menyatakan terdapat banyak kelebihan mengunakan kaedah soal selidik. Antara kebaikan yang dikemukakan ialah : i. Soal selidik mengurangkan masa dan kos yang diperlukan berbanding temuduga ii. Soal selidik dapat melibatkan topik yang banyak serta boleh disampaikan ke lokasi yang berbeza iii. Soal selidik menjamin maklumat yang diberikan adalah sulit dan hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan. Dengan ini isu yang agak sensetif dan melibatkan perasaan turut dapat dikaji dengan lebih tepat berbanding temuduga iv. Soal selidik turut tidak mementingkan perwatakan individu seperti yang diperlukan untuk kaedah temuduga. Mohd Majid Konting (1994) pula menyatakan soal selidik merupakan cara yang sering digunakan di dalam bidang pendidikan. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Menurut beliau lagi, penggunaan soal selidik membolehkan kita mendapat maklumat yang banyak dengan perbelanjaan yang sedikit. Pembinaan soal selidik telah dilakukan berdasarkan andaian : i. Responden dapat membaca dan memahami item-item. ii. Responden mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi untuk menjawab item-item soal selidik. iii. Responden secara sukarela dan ikhlas menjawab soal selidik. Kajian Rintis Kajian rintis dijalankan bagi memperolehi kesahan dan mendapatkan indeks kebolehpercayaan kandungan item-item dalam soal

Upload: nurhayati-abu-bakar

Post on 18-Nov-2015

17 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

Instrumen Kajian Instrumen kajian adalah soal selidik yang dibina bagi mengukur tahap pengetahuan membina item aneka pilihan dalam kelangan guru pelatih PTK, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai. Penyelidik memilih soal selidik sebagai instrumen di dalam kajian ini. Pemilihan instrumen ini adalah bertepatan dengan pandangan Colombo Plan (1984) yang menyatakan bahawa soal selidik merupakan instrumen kajian yang sering digunakan oleh penyelidik dalam kajian deskriptif. Selain itu, instrumen ini dibina sendiri oleh penyelidik dengan mengambil kira keperluan untuk menjawab persoalan kajian. Cates (1990) menyatakan jika setiap item disediakan dengan baik maka akan menghasilkan item-item yang konsisten dan boleh dipercayai. Menurut Sulaiman Ngah Razali (1996), soal selidik merupakan satu cara yang paling mudah untuk memperolehi maklumat. Manakala Wolf (1988) berpendapat bahawa kajian berbentuk tinjauan dalam penyelidikan pendidikan sangat popular menggunakan soal selidik berbanding teknik temu bual. Donald (1985) menyatakan terdapat banyak kelebihan mengunakan kaedah soal selidik. Antara kebaikan yang dikemukakan ialah : i. Soal selidik mengurangkan masa dan kos yang diperlukan berbanding temuduga ii. Soal selidik dapat melibatkan topik yang banyak serta boleh disampaikan ke lokasi yang berbeza iii. Soal selidik menjamin maklumat yang diberikan adalah sulit dan hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan. Dengan ini isu yang agak sensetif dan melibatkan perasaan turut dapat dikaji dengan lebih tepat berbanding temuduga iv. Soal selidik turut tidak mementingkan perwatakan individu seperti yang diperlukan untuk kaedah temuduga. Mohd Majid Konting (1994) pula menyatakan soal selidik merupakan cara yang sering digunakan di dalam bidang pendidikan. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Menurut beliau lagi, penggunaan soal selidik membolehkan kita mendapat maklumat yang banyak dengan perbelanjaan yang sedikit. Pembinaan soal selidik telah dilakukan berdasarkan andaian : i. Responden dapat membaca dan memahami item-item. ii. Responden mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi untuk menjawab item-item soal selidik. iii. Responden secara sukarela dan ikhlas menjawab soal selidik.

Kajian Rintis Kajian rintis dijalankan bagi memperolehi kesahan dan mendapatkan indeks kebolehpercayaan kandungan item-item dalam soal selidik. Malah menurut Wiersma (1995) kajian rintis mampu memberi peluang kepada responden untuk memberi komen terhadap kekurangan, kekeliruan dan kekaburan bahasa instrumen. Menurut Ary (1995) : The pilot test study will also demonstrate the adequacy of the research procedures and the measures that have been selected for variables Bagi memperbaiki soal selidik ini terutama dari segi pembentukan item dan kekaburan bahasa, penyelidik telah menjalankan satu kajian rintis. Seramai sepuluh orang pelajar yang dipilih secara rawak daripada pelajar perdana tahun akhir selain daripada kursus SPA, SPE dan SPJ di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor bagi menjawab set soal selidik yang disediakan. Menurut Siegel (1988), tujuan kajian rintis ini ialah : i. Untuk mengetahui kesesuaian item yang dibina kepada responden kajian terutama dari segi penggunaan istilah dan struktur ayat ii. Untuk mengenalpasti sama ada responden memahami setiap pernyataan bagi item yang dibina. Penyelidik membenarkan responden bertanya jika terdapat pernyataan item yang kabur dan kurang difahami. iii. Untuk memastikan responden memahami kehendak setiap item di dalam instrumen yang diedarkan. Kajian rintis dijalankan juga bagi memperolehi kesahan dan mendapatkan kebolehpercayaan kandungan item-item dalam soal selidik DEFINISI PENGUKURANPengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen. Atau dalam erti kata lain langkah menentukan tahap sejauh mana seseorang individu memiliki sifat-sifat tertentu. Biasanya kita mewakilkan sesuatu indeks berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu supaya status individu berkenaan lebih tepat dan dapat mewakili sifat tertentu. Misalnya, Ramli mendapat markah 60 peratus dalam ujian Matematik. Kita tidak menyatakan prestasi Ramli berkenaan sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur tanpa menentukan nilai. Justeru, pengukuran adalah hanya penentuan status atau tahap.Pengukuran boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Sebagai contoh, proses mendapatkan maklumat berbentuk kuantitatif menggunakan proses pencerapan atau penggunaan skala pemeringkatan. Berbeza dengan pengujian yang ingin mendapatkan maklumat sebanyak mana prestasi yang diperolehi, pengukuran pula menjurus kepada banyak mana skor atau markat yang diperolehi dengan menggunakan proses tertentu.

**memukul atau menyebat dgn rotan (sbg satu hukuman):

***Pada era ini, amalan merotan tidak lagi dipraktikkan di institusi-institusi pengajian. Pada halaman 1344, kamus dewan edisi keempat,merotan membawa maksud memukul atau menyebat dengan rotan sebagai satu hukuman terhadap pesalah. Antara kesalahan yang boleh disabitkan dengan hukuman merotan di sekolah ialah ponteng sekolah, membuli, melawan guru, samseng sekolah dan lain-lain lagi. Hukuman merotan dapat membantu para guru dalam menyelesaikan masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Namun begitu hukuman ini mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri.

Antara kebaikan merotan ialah dapat memperbaiki akhlak para pelajar yang bermasalah. Hukuman merotan tidaklah dilaksanakan sekiranya pelajar itu malakukan kesalahan pertama tetapi pelajar tersebut diberi amaran terlebih dahulu. Hukuman ini dijalankan sekiranya pelajar tersebut tidak mengendahkan amaran pertama dan amaran kedua. Pesalah yng tidak menghiraukan teguran oleh guru disiplin ibarat mencurah air ke daun keladi. Individu yang menerima hukuman ini dapat membentuk disiplin diri. Mereka juga dapat mengambil iktibar dari hukuman yang diterima. Oleh itu, jelaslah di sini merotan dapat memperbaiki akhlak para pelajar disamping memberi satu pengajaran yang dapat diterap dalam diri setiap pesalah.

Selain itu, merotan dapat melahirkan pelajar yang berkualiti dari segi akademik dan sahsiah. Hal ini kerana para pelajar tidak lagi berani mengulangi kesalahan yang dilakukan. Seterusnya, para pelajar juga akn lebih serius dan komited dalam menuntut ilmu pengetahuan. Negara memerlukan pemangkin masa hadapan yang telus dan berwibawa. Oleh yang demikian negara dapat melahirkan pemimpin yang berkualiti dan berfikiran rasional untuk membangunkan negara kita, Malaysia. Justeru itu, adalah baiknya kita mengubah setiap individu sebelum mereka merubah sesuatu yang tidak terlintas di fikiran.

Seterusnya, hukuman yang dikenakan juda dapat mempertingkatkan jati diri para pelajar. Pelajar yang dijatuhkan hukuman dapat berubah dan dapat mendisiplinkan dirinya dalam pelbagai aspek. Contohnya, apabila individu itu telah menamatkan pengajiannya,dia dapat mempraktikkan disiplin dalam institusi pekerjaan, cara berkomunikasi dan dapat menentukan corak kehidupan pada masa hadapan. Generasi masa kini adalah pemimpin masa hadapan. Oleh yang demikian, kita perlulah bersama-sama memainkan peranan dalam membentuk jati diri para pelajar, bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Terdapat pelbagai keburukan bagi hukuman merotan ini. Antara keburukan merotan ialah menimbulkan perasaan ketidak puasan hati dalam diri setiap individu terbabit. Hal ini para pesalah akan memikirkan cara untuk memuaskan hati mereka dengan mengadu domba hal ini kepada orang yang terdekat. Pada kebiasaannya, individu terbabit akan meluahkan ketidak puasan dengan tindakan guru terhadap ibu bapa bagi mendapatkan pembelaan. Tidak ada ibu bapa yang sanggup melihat kekecewaan yang ditanggung oleh anak-anak mereka akibat dari hukuman tersebut. Malah ibu bapa akan menyalahkan pihak yang telah menjatuhkan hukuman terhadap anak emas mereka. Hal ini dapat menjejaskan hubungan silaturahim antara guru dan ibu bapa. Malah mereka sering bermusuhan. Jelaslah di sini bahawa salah satu keburukan yang dapat menimbulkan rasa ketidak puasan hati palajar apabila menerima hukuman.

Selain itu, keburukan daripada merotan ialah para pelajar tersebut akan berasa bosan seandainya guru yang merotannya mengajar di dalam kelas. Sikap tidak bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu juga akan wujud dalam diri pelajar tersebut. Pelajar tersebut tidak akn menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru yang merotannya. Contohnya, pelajar-pelajar tidak akn membantu guru yang meminta pertolongan. Sikap suka memberontak dalam kalangan pelajar akan wujud secara semulajadi.

Tuntasnya, merotan dapat mendisiplinkan para pelajar. Semua pihak harus bersama-sama memikul tanggungjawab untuk menjadikan para remaja berjaya pada masa hadapan dan bakal mentadbir negara yang kita cintai ini. Setiap yang berlaku ada hikmahnya tersendiri,jadi janganlah kita menuding jari kepada satu pihak sahaja. Sebagai rakyat Malaysia yang telah mengecapi kemerdekaan selama 51 tahun, kita perlulah membentuk para pelajar agar kita dapat melahirkan masyarakat yang dikagumi pada masa hadapan. Bak kata pepatah bagaimana acuan, begitulah bentuknya.

ROTAN

PENGENALANIsu merotan bukanlah perkara baharu di dalam dunia pendidikan di negara ini. Pelbagai pihak seperti ibu bapa, pihak sekolah, tokoh akademik dan para pemimpin Negara telah menyuarakan pendapat dan cadangan masing-masing sehinggalah berlaku beberapa kali perubahan dalam tatacara perlaksanaan hukuman rotan di kalangan pelajar sekolah di negara ini. Hukuman merotan adalah dibenarkan ke atas pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan berat seperti mana yang termaktub dalam Akta Dsiplin Sekolah (1957/59). Walaubagaimanapun, Kementerian Pendidikan (1992) telah mengarahkan semua guru besar dan pengetua supaya mengutamakan perbincangan dari hati ke hati terhadap pelajar yang melakukan kesalahan, walaupun hukuman rotan masih dibenarkan. Sekali lagi perubahan berlaku apabila Kementerian Pendidikan (1994) mengeluarkan arahan supaya hukuman rotan di khalayak ramai dihentikan. Sebaliknya hukuman rotan seharusnya dijalankan di dalam bilik pengetua dengan disaksikan oleh beberapa orang guru. Malangnya masalah disiplin tetap terus meningkat. Perubahan berlaku lagi apabila Kementerian Pendidikan pada tahun 1996 telah mengarahkan supaya hukuman rotan diteruskan termasuklah terhadap pelajar-pelajar perempuan. Perubahan ini adalah berdasarkan resolusi yang dicapai dalam Seminar Disiplin Pelajar Kebangsaan yang dihadiri oleh pegawai-pegawai pendidikan, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru, kesatuan dan persatuan perguruan, pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik, media massa dan juga wakil-wakil pelajar. Kementerian Pendidikan pada tahun 1997 juga telah menetapkan hanya guru besar, pengetua dan guru disiplin diberi kuasa merotan. Walaubagaimanapun, peraturan tersebut telah diubah lagi apabila Kementerian Pendidikan (1988) membenarkan guru besar atau pengetua member kuasa kepada mana-mana guru melaksanakan apa-apa hukuman termasuklah merotan. Ini adalah kerana guru-guru agak sukar mengawal disiplin pelajar di dalam kelas kerana peraturan sebelum itu hanya membenarkan pengetua, guru besar dan guru disiplin sahaja melaksanakan hukuman terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah.Kementerian Pendidikan sekali lagi pada tahun 1999 telah mengedarkan garis panduan yang terbaru berhubung peraturan dan disiplin pelajar termasuklah merotan di kalangan pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Dalam garis panduan tersebut digariskan kesalahan berat, sederhana, ringan dan biasa serta bentuk hukumannya.Dalam tahun 2003, isu hukuman merotan sekali lagi menjadi bahan perbincangan yang sangat hebat apabila pada tahun tersebut, media massa banyak melaporkan tentang kes salah laku pelajar termasuklah kesalahan yang melibatkan pergaduhan berkumpulan dan kes pembunuhan. Berikutan desakan daripada pelbagai pihak termasuklah para menteri maka sekali lagi Kementerian Pendidikan (2003) telah mengkaji secara serius untuk memberi kuasa semula kepada semua guru di sekolah melaksanakan hukuman rotan terhadap pelajar, sebagai usaha mengekang masalah disiplin yang semakin membimbangkan.Kenakalan sebahagian pelajar hari ini mengarah kepada bentuk jenayah seperti samseng di sekolah, pergaduhan, memiliki bahan lucah dan penyalahgunaan dadah. Bahkan ada pelajar yang berani mengugut guru yang cuba mendisiplinkan mereka. Fenomena ini tentunya mencemaskan semua pihak dan langkah pencegahan perlu dilakukan dengan segera sebelum ianya menjadi parah. Mungkin salah satu cara yang pencegahannya ialah melalui hukuman yang berat seperti rotan. Hukuman ini walaupun dibenarkan, namun ada pihak yang tidak berpuashati dan beranggapan ia cara lama yang tidak sesuai pada zaman ini. Merotan atau memukul sebagai satu cara mendidik sebenarnya bukanlah perkara baru. Di Amerika, merotan dan cara dendaan fizikal yang lain adalah perkara biasa pada masa lalu. Blair G.M, at.el (1975) melaporkan bahawa pada awal abad ke 20, di sebuah sekolah yang mempunyai 250 guru, terdapat 328 kes merotan pada suatu minggu, atau purata 65 kes merotan setiap hari. Di sebuah sekolah yang lain pula, lapan belas orang murid lelaki dirotan selama dua jam di hadapan seorang dewasa atau orang yang tidak dikenali. Ada seorang guru tua memberitahu, bahawa pada hari pertama beliau mengajar, dia merotan setiap orang murid yang ada di dalam kelasnya. Pada tahun 1848, sebuah sekolah tinggi di Carolina Utara menerbitkan satu senarai tingkah laku yang dilarang bersama dengan hukumannya sekali. Diantara peraturan tersebut ialah;

Murid lelaki yang bermain dengan murid perempuan, empat kali sebat.Berkelahi, empat kali sebat.Menyimpan kuku panjang, dua kali sebat. Bercakap kasar, lapan kali sebat.Di dalam tradisi Pendidikan Islam, Rasulullah membenarkan kaedah rotan di dalam mendidik anak. Dalam salah satu hadis Baginda bersabda maksudnya: Ajar anakmu untuk belajar mengerjakan solat apabila berumur tujuh tahun. Pukul dia andai kata enggan melakukan solat itu pada usia 10 tahun. Berdasarkan hadis ini, jelas bahawa memukul atau merotan sebenarnya adalah salah satu cara pendidikan yang dibenarkan dalam Islam. Walau bagaimanapun merotan atau memukul adalah hukuman yang akhir selepas melalui beberapa peringkat seperti nasihat, peringatan atau bentuk bimbingan. Di dalam sistem pendidikan di negara ini, Kementerian Pendidikan (1999) telah telah mengariskan 35 kesalahan berat yang membolehkan pelajar yang melanggar kesalahan tersebut diberi hukuman rotan di punggung.Antara kesalahan yang di katogerikan sebagai berat ialah seperti menyimpan, membawa, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah, membawa menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau dan membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan atau menghayalkan. Selain itu, biadap terhadap guru, pengawas dan murid lain juga turut dikategorikan sebagai kesalahan berat.Turut disenaraikan sebagai kesalahan berat ialah membuli, berjudi, mencuri serta mencetak, menerbit, mempamer, mengedar, menyimpan rencana, majalah atau pita rakaman dan multimedia terlarang. Jika didapati bersalah, pelajar berkenaan akan dirotan di punggung menggunakan rotan ringan maksimum tiga kali. Sehingga hari ini, walaupun hukuman rotan masih dijalankan namun, kesalahan disiplin di kalangan pelajar terus meningkat. Ini terbukti dengan cadangan terbaru untuk memberikan semula kuasa merotan kepada semua guru bagi membendung masalah disiplin yang semakin membimbangkan (Rafie2003).

Masih relevankah hukuman rotan pada masa kini?KebaikanIanya dapat memberi pengajaran supaya pelajar berkenaan insaf dan tidak mengulangi kesalahan tersebut.Ianya juga dapat mendisiplinkan para pelajar dan bertujuan mendidik agar pelajar tahu bahawa kesalahan yang dilakukan itu menyalahi peraturan sekolah.Ianya dapat mencegah dan menghalang para pelajar daripada melakukan kesalahan kerana pelajar takut dirotan.Pelajar akan lebih mudah dikawal dan mengikut peraturan sekolah yang telah ditetapkan.Sesetengah pelajar lebih mudah menerima hukuman rotan untuk memperbaiki diri. Contohnya seorang pelajar memberi tindak balas kepada cara lemah lembut manakala seorang lagi mungkin memerlukan cara yang keras untuk mambaiki kesalahan.

Kelemahan

Dari segi psikologi, pelajar akan menanggung perasaan malu akibat dirotan di khalayak ramai dan akan bertindak lebig agresif.Guru disiplin akan menghadapi kemungkinan pelajar akan membalas dendam terhadapnya. Ini terbukti apabila pernah terpampang di dada akhbar, guru dipukul oleh pelajar yang tidak berpuas hati dengannya akibat dirotan.Guru juga mengadapi kemungkinan implikasi undang-undang jika ada ibu bapa pelajar yang tida berpuas hati anaknya dirotan akibat kesalahan kecil.Kuasa merotan pelajar hanya diberikan kepada guru disiplin dan pengetua. Ini membuatkan guru lain yang tidak diberikan kuasa merasa bimbang dan enggan menanggung sebarang permasalahan yang timbul jika merotan para pelajar dengan sewenang-wenangnya.

Kesimpulan

Rotan hanya jalan yang terakhir bagi pelajar yang melakukan kesalahan disiplin. Ini kerana tujuan hukuman hanyalah untuk memperbaiki tingkah laku yang tidak diingini. Seseorang guru perlulah menggunakan kebijaksanaannya dan menggunakan pendekatan seperti kaunseling, terapi tingkah laku, nasihat dan bimbingan. Hal ini kerana pelajar yang dihasilkan oleh sekolah haruslah selari dengan apa yang digariskan dengan rukun Negara dan falsafah pendidikan kebangsaan selain mempunyai ciri-ciri akhlak, disiplin, agama, budaya, akademik dan sukan yang baik.

Anda mungkin juga meminati:

http://kulanzsalleh.com/kuasa-guru-merotan-murid/http://sarjana.tripod.com/denda3.html http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id141.htmlhttp://epondok.wordpress.com/2009/06/17/rotan-antara-mendidik-dan-menambah-masalah/http://laxmanajebat.blogspot.com/2008/04/rotan-pelajar-apa-kesudahannya.html