makanan tradisional

4
Makanan Tradisional Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri. Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Pada asalnya mereka penganut Theravada Buddha dan Hindu pada kurun ke 1400-an, dan dengan pengaruh Istana Melaka ketika itu mereka menganut Islam. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya. Makanan tradisional Melayu yang terutama ialah nasi lemak. Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Kaum Melayu makan nasi lemak dengan telur kukus, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam, daging, sotong, udang, limpa dan hati lembu. Seterusnya, lemang merupakan sejenis makanan tradisi Melayu yang disukai orang ramai. Lemang hanya terdapat ketika Hari Raya. Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini. Lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864. Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan. Nasi di dalam buluh dibakar dengan daun pisang. Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.

Upload: zenc-ho

Post on 29-Dec-2015

74 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

makanan tradisional malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Makanan Tradisional

Makanan Tradisional

Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup

bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini

telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan

budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum

Melayu, Cina dan India. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai

kumpulan etnik peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang

unik dan tersendiri. Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia

iaitu merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk

kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan

kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu.

Pada asalnya mereka penganut Theravada Buddha dan Hindu pada kurun ke

1400-an, dan dengan pengaruh Istana Melaka ketika itu mereka menganut

Islam. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang

sangat kaya.

Makanan tradisional Melayu yang terutama ialah nasi lemak. Nasi

lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan

Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi

yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa

lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak

bagi menambahkan aromanya. Kaum Melayu makan nasi lemak dengan telur

kukus, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini pelbagai hidangan

disajikan bersama nasi lemak seperti ayam, daging, sotong, udang, limpa dan

hati lembu.

Seterusnya, lemang merupakan sejenis makanan tradisi Melayu yang

disukai orang ramai. Lemang hanya terdapat ketika Hari Raya. Semua orang

daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini. Lemang telah

direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864. Makanan tradisional ini

dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras

Page 2: Makanan Tradisional

pulut dan santan. Nasi di dalam buluh dibakar dengan daun pisang. Kaedah

memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.

Bukan begitu sahaja, belacan merupakan salah satu daripada makanan

tradisi Melayu juga merupakan sejenis bahan perisa masakan yang diperbuat

daripada udang kecil atau geragau yang dimampatkan dan tahan lama. Ia

mempunyai bau yang agak kuat tetapi sedap dan di gemari ramai. Terdapat

sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana

ini membangkitkan baunya. Tetapi belacan kini telah diterima oleh semua

peringkat usia dan bangsa di  Malaysia, malah pengeluar belacan yang

mengeluarkan secara komersial dan besar-besaran juga bukan hanya terdiri dari

bangsa Melayu sahaja. Belacan kini digunakan dalam pelbagai resipi masakan

pelbagai bangsa juga. Proses pembuatannya agak mudah tapi memerlukan

kemahiran untuk menghasilkan mutu dan kualiti belacan agar tahan lama.

Makanan tradisi kaum Cina juga digemari oleh orang ramai. Salah satu

daripadanya ialah char kway teow. Char kway teow merupakan makanan yang

popular di Malaysia . Ia diperbuat daripada kuey teow, digoreng di atas api panas

dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina.

Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah

mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi,

yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan

minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.

Selain itu, makanan tradisi kaum cina yang dikenali oleh orang ramai ialah

kuih bakul. Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan

Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun

boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika

sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah

pada masa perayaan ini kerana namanya “nian gao” di mana perkataan (gāo)

bermaksud ‘kuih’ dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan (gāo)

bermaksud ‘tinggi’ melambangkan erti “setahun lagi kehidupan, setingkat lagi

kemajuan”. Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan

Page 3: Makanan Tradisional

pulut sama yang dihancurkan atau dikisar menjadi adunan, dan, bergantung

kepada jenis itu, boleh diacukan begitu sahaja atau dimasak semula untuk

mengukuhkan ramuannya. Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya termasuklah

jenis-jenis yang didapati dalam masakan Shanghai, dan masakan

Kantonis dari Guangdong.

Kuih Bulan juga merupakan makanan tradisi kaum Cina. Kuih Bulan

adalah sejenis kuih Cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan

Musim Luruh. Menurut hikayat Cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang

berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol (Dinasti Yuan) yang

agak tegas dan kejam. Undang-undang yang tidak munasabah dan pelik

dikenakan ke atas rakyat Cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat

kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming,

bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam, semasa bulan sedang

mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai-ramai. Di

tengah-tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk

memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan.

Hingga kini, peristiwa ini dirayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina.

Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.

Kuih Bulan dibuat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai

atau kacang merah atau dengan kuning telur masin ditegahnya. Terdapat juga

tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa

Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran

buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan

yang manis itu.

Di samping itu, makanan tradisi India juga memainkan peranan yang

penting dalam dunia makanan Malaysia. Makanan tradisi kaum India yang

terkenal ialah roti canai. Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah

makanan kegemaran kaum India. Buat masa kini roti canai berjaya meletakkan

tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat

Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulen mempunyai banyak khasiat dan

Page 4: Makanan Tradisional

makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini

sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal.

Seterusnya, murukku merupakan makanan tradisi kaum India yang

digemari oleh orang ramai. Murukku adalah makanan tradisional kaum India

Malaysia yang resipinya berasal dari India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu.

Murukku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang bangsa di

negara ini. Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang

dibuat dan murah kosnya.  Murukku diperbuat dari Tepung Kacang Tosai/Urad

dhal dan Tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti

yang asli atau pun yang pedas menggunakan serbuk cili. Murukku yang

biasanya berbentuk bulatan atau pun yang halus. Murukku diperbuat

menggunakan acuan khas seperti cara menekan tepung yang telah uli ataupun

cara pemutaran.

Akhirnya, makanan tradisi kaum India juga melibatkan putu mayam. Putu

mayam merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan

yang menggalakkan dari semua bangsa dan kini turut dinikmati oleh semua

kaum di Sri Lanka, Malaysia dan Singapura sebagai snek. Proses menghasilkan

putu mayam terdiri daripada menggaul tepung beras atau

tepung idiyappam dengan air atau santan, dan menekan doh melalui acuan bagi

menghasilkan utusan seperti mi. Ia dikukus, biasanya dengan tambahan air

pandan wangi sebagai perisa. Putu mayam ini dihidangkan bersama kelapa

parut dan gula perang atau gula kabung atau gula Melaka atau guna nisan. Asal

hidangan ini kemungkinannya dari Tamil nadu, selatan India, di mana mee

tepung beras yang sama dihidangkan bersama gula dan kelapa, dan kadangkala

dengan pisang juga, sebagai iddiyappam. Hidangan ini dimakan sebagai makan

pagi bersama dengan sayuran berkuah atau aviyal dan kari ikan. Kesukaan bagi

hidangan putu mayam, putu piring, atau cendol yang agak manis dengan

hidangan berperisa juga biasa di Malaysia dan Singapura. Iddiyappam biasa

terdapat di Kerala, Tamil Nadu, dan negeri selatan India, termasuk juga Sri

Page 5: Makanan Tradisional

Lanka. Tepung iddiyapam halus yang dijual secara perdagangan turut dijual

sebagai cara mudah menghasilkan kesemua hidangan ini.