laporan merdeka raya

Upload: khairuddin-muhamad

Post on 11-Jul-2015

344 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

SK LADANG BODE, KRETAM KOTA KINABATANGAN, SABAH

TAJUK :

LAPORAN SAMBUTAN MERDEKA RAYATARIKH :

22 september 2011ANJURAN:

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, PANITIA PENDIDIKAN SIVIK, UNIT KO-KURIKULUM

Laporan Sambutan Merdeka-raya Sk Ladang Bode, Kretam, KinabatanganBaru-baru ini, Sk Ladang, Bode telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan sempena Ulangtahun Kemerdekaan Ke-54 dan Hari Raya Aidilfitri Yang jatuh serentak pada tahun ini. Sambutan yang bertujuan memupuk semangat cinta dan Untuk mengeratkan silaturrahim di antara warga sekolah dengan ibu bapa murid-murid dan penduduk ladang. Sambutan yang diadakan pada pagi Sabtu 22 September 2011 lalu telah disertai oleh seluruh warga Sk Ladang Bode termasuk guru-guru dan para pelajar, Ibu bapa, tetamu jemputan dari pejabat pelajaran Dearah dan pengurus Ladang. Segala perancangan dan persiapan dibuat dengan terancang. Sepanjang bulan kemerdekaan dan bulan ramadhan pelbagai acara di adakan. Antaranya ialah projek membuat Jalur Gemilang terpanjang, explorace merdeka, pertandingan kuiz merdeka, pertandingan mewarna bagi tahap satu, penyerahan sumbangan Hari Raya dan duit raya. Dalam usaha untuk menjayakan sambutan tersebut, guru-guru dan murid-murid bekerjasama membuat persiapan. Latihan persembahan di adakan bagi memastikan acara ini berjalan dengan lancar . Perhiasan dan persiapan pentas diadakan pada hari terakhir sebelum sambutan untuk memastikan tiada sebarang kesilapan teknikal ketika acara sambutan sedang berlangsung. Guru-guru bertungkus lumus mencari lagu

patriotik dan lagu raya untuk dimainkan pada hari sambutan kemerdekaan. Beberapa orang pelajar dipilih untuk membantu guru menyusun kerusi untuk guru-guru dan tempat duduk tetamu jemputan khas sempena hari sambutan itu. Walaupun tugas yang dilakukan sangat berat, namun apabila dilakukan bersama pekerjaan tersebut menjadi mudah. Acara penagguhan bulan kemerdekaan dan hari raya ini bermula pada jam 9.30 pagi. Acara bermula dari bacaan doa yang di sampaikan oleh oleh Ustz Mohd Fairul. Selepas itu, nyanyian Negaraku, Sabah Tanah airku, Lagu 1 Malaysia dan lagu Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.Perasmian sambutan ini dirasmikan oleh wakil pegawai pelajaran Kinabatangan. Sepanjang sambutan ini para hadirin di sajikan persembahan deklamasi sajak dari dua orang wakil murid tahun 5 iaitu Adik Charmerls sinoh dan murid tahun 6 Adik Dayangku Izatul Munirah dan juga tayangan video berkaitan dengan aktiviti yang di jalankan . Pada akhir majlis ini adalah penyampian hadiah bagi pertandingan yang di adakan sepanjang bulan kemerdekaan dan Ramadhan serta pemilihan pelajar yang memakai pakaian raya sangat paling cantik dan kemas. Suasana ketika itu, amat meriah. Murid seronok menyaksikan persembahan oleh rakan-rakan mereka serta guru-guru yang terlibat. Majlis diakhiri dengan jamuan dan dendangan lagu hari raya. Syukur alhamdulilah majlis ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Disediakan oleh, .. (KHAIRUDDIN MUHAMAD) TIMBALAN PENGARAH MERDEKA-RAYA 2011

Disemak oleh, . (MARINAH ALI) GPK KO-KURIKULUM

Disahkan oleh, (NORLILA HJ AWG DAMIT) Guru Besar

Lampiran.

PROJEK MEMBINA JALUR GEMILANG TERPANJANG

13

SUMBANGAN HARI RAYA& DUIT RAYA

KUIZ MERDEKA

PERTANDINGAN MERWARNA EXPLO RACE MERDEKA