sudut merdeka

22
PERSIDANGAN MALAYA MERDEKA DI LONDON Pada 18 Januari 1956, bermulanya Persidangan Meja Bulat di antara wakil-wakil Kerajaan Perikatan UMNO-MCA-MIC dan wakil-wakil Raja-raja Melayu dengan pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah Jajahan British di Lancaster House, London untuk menuntut kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu. Delegasi menuntut kemerdekaan ini diketuai oleh Ketua Menteri YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Dato' Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail Abdul Rahman, Kolonel H.S. Lee, Encik T.H.Tan dan Encik Bahaman Shamsuddin selaku Setiausaha Bersama. Manakala empat wakil bagi Raja-raja Melayu ialah Dato’ Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz, Dato' Nik Ahmad Kamil, Encik Abdul Aziz Majid dan Dato' Mohd. Seth Mohd Said. Persidangan yang berlangsung selama tiga minggu ini merundingkan beberapa perkara berkaitan dengan kemerdekaan Tanah Melayu, hal-hal kewangan, pentadbiran, keselamatan dalam negeri, pertahanan dan hal-ehwal luar negeri serta penubuhan Jawatankuasa Bebas Kemerdekaan bagi mengkaji semula perlembagaan terutamanya mengenai kedudukan istimewa Raja-raja Melayu yang perlu dikekalkan. Misi rombongan menuntut kemerdekaan ini telah berjaya mendapatkan persetujuan Kerajaan British untuk memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Rombongan Merdeka ke London. Berdiri dari kiri ke kanan: Dato’ Abdul Razak bin Hussein, Encik Abdul Aziz Majid, Kolonel H.S. Lee, Dato’ Mohd Seth bin Mohd Said, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz, Dr. Ismail bin Abdul Rahman, Nik Ahmad Kamil. Berdiri di belakang sebelah kiri: Encik Abdul Kadir bin Shamsuddin (Setiausaha wakil Raja-raja) dan T.H. Tan (Setiausaha Perikatan).

Upload: thivani

Post on 28-Sep-2015

221 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

sudut merdeka

TRANSCRIPT

PERSIDANGAN MALAYA MERDEKA DI LONDONPada 18 Januari 1956, bermulanya Persidangan Meja Bulat di antara wakil-wakil Kerajaan Perikatan UMNO-MCA-MIC dan wakil-wakil Raja-raja Melayu dengan pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah Jajahan British di Lancaster House, London untuk menuntut kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu. Delegasi menuntut kemerdekaan ini diketuai oleh Ketua Menteri YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Dato' Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail Abdul Rahman, Kolonel H.S. Lee, Encik T.H.Tan dan Encik Bahaman Shamsuddin selaku Setiausaha Bersama. Manakala empat wakil bagi Raja-raja Melayu ialah Dato Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz, Dato' Nik Ahmad Kamil, Encik Abdul Aziz Majid dan Dato' Mohd. Seth Mohd Said. Persidangan yang berlangsung selama tiga minggu ini merundingkan beberapa perkara berkaitan dengan kemerdekaan Tanah Melayu, hal-hal kewangan, pentadbiran, keselamatan dalam negeri, pertahanan dan hal-ehwal luar negeri serta penubuhan Jawatankuasa Bebas Kemerdekaan bagi mengkaji semula perlembagaan terutamanya mengenai kedudukan istimewa Raja-raja Melayu yang perlu dikekalkan. Misi rombongan menuntut kemerdekaan ini telah berjaya mendapatkan persetujuan Kerajaan British untuk memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Rombongan Merdeka ke London. Berdiri dari kiri ke kanan: Dato Abdul Razak bin Hussein, Encik Abdul Aziz Majid, Kolonel H.S. Lee, Dato Mohd Seth bin Mohd Said, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz, Dr. Ismail bin Abdul Rahman, Nik Ahmad Kamil. Berdiri di belakang sebelah kiri: Encik Abdul Kadir bin Shamsuddin (Setiausaha wakil Raja-raja) dan T.H. Tan (Setiausaha Perikatan).

PERJANJIAN KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYUPerjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 8 Februari 1956 di Lancaster House, London. Perjanjian ini ditandatangani di antara YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu bagi pihak kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Mr. Alan Lennox-Boyd, Setiausaha Negara Tanah jajahan British bagi pihak Kerajaan British. Mengikut perjanjian ini, kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu akan diisytiharkan pada 31 Ogos 1957. Antara perkara-perkara lain yang tercatat dalam Perjanjian Kemerdekaan ini ialah perubahan berkaitan dengan Kementerian dan jabatan bagi Persekutuan Tanah Melayu serta pemansuhan jawatan Penasihat British. Wakil dari Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang hadir sama pada upacara ini ialah Dato Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail Abdul Rahman, Encik T.H.Tan, Encik Abdul Kadir Shamsuddin, Kolonel H.S. Lee dan wakil-wakil daripada Raja-raja Melayu yang terdiri daripada Dato Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz (wakil Sultan Perak), Dato Nik Ahmad Kamil (wakil Sultan Kelantan), Dato Mohd. Seth Mohd. Said (wakil Sultan Johor) dan Encik Abdul Aziz Majid (wakil Sultan Selangor). Manakala perwakilan daripada Kerajaan British yang turut serta pada upacara ini ialah Mr. John Hore, Menteri Negara; Mr. Donald MacGillivary, Pesuruhjaya Tinggi British bagi Persekutuan Tanah Melayu; Mr. David Watherston, Ketua Setiausaha Persekutuan Tanah Melayu dan Mr. Oscar Spencer, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Persekutuan Tanah Melayu.

YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu semasa di Majlis menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Mr. Alan Lennox-Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British di Lancaster House, London pada 8 Februari 1956.

PENGUMUMAN KEMERDEKAAN DI PADANG BANDA HILIR, MELAKAPada 20 Februari 1956, Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diumumkan di Padang Banda Hilir, Melaka. Pada detik bersejarah ini YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang juga merupakan Yang Dipertua Agong Umno mengumumkan bahawa menurut Perjanjian Kemerdekaan yang ditandatangani pada 8 Februari 1956, Persekutuan Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan secara rasminya pada 31 Ogos 1957. Serentak dengan pengumuman kemerdekaan itu pekikan Merdeka' bergemuruh di angkasa raya Padang Banda Hilir yang dibanjiri oleh lebih daripada 100,000 orang yang datang dari seluruh pelosok Persekutuan Tanah Melayu. Pengumuman Kemerdekaan ini dibuat sejurus selepas rombongan rundingan Kemerdekaan, diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra yang memeterai Perjanjian Kemerdekaan pada 8 Februari 1956 kembali dari London. Kepulangan Rombongan Kemerdekaan YTM Tunku Abdul Rahman Putra ini disambut dengan meriah, rombongan ini diarak dengan diiringi oleh sepasukan pemuda bermotosikal dan berpuluh-puluh buah kereta dari Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka ke Padang Banda Hilir, Melaka.

Pemuda UMNO menunggang motorsikal mengarak YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan Rombongan Kemerdekaan yang disambut meriah di sepanjang jalan dari Lapangan Terbang Batu Berendam hingga ke Padang Banda Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956, sekembali daripada menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London.SURUHANJAYA REIDSebuah suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Reid dibentuk pada 21 Mac 1956 untuk mengkaji dan mengesyorkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai persediaan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya Reid dipengerusikan oleh Lord William Reid (Hakim Mahkamah Rayuan England) dan dianggotai oleh Sir Ivor Jennings, Sir William Mac Kell (bekas Gebenor Jeneral Australia), Tuan B.S. Malik (Ketua Hakim Mahkamah Tinggi India) dan Tuan Abdul Hamid (Hakim Mahkamah Pakistan). Suruhanjaya ini telah mengadakan sebanyak 118 persidangan dan menerima 131 memorandum daripada pelbagai lapisan masyarakat dan organisasi untuk dikaji dari bulan Jun hingga Oktober 1956. Antara perkara penting yang dibincangkan oleh Suruhanjaya ini ialah pembentukan sebuah Kerajaan Pusat, kuasa autonomi negeri dalam bidang tertentu, kedudukan istimewa Raja-raja Melayu, pelantikan seorang Ketua Negara berpelembagaan dan pengekalan hak istimewa orang-orang Melayu. Draf perlembagaan dan laporan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid diterima dengan pindaan dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada bulan Julai 1957.

Ahli-ahli Suruhanjaya Reid di Majlis Makan yang diadakan oleh Dato Tan Cheng Lock di No. 111, Heeren Street, Melaka pada 17 Ogos 1956.

Rombongan Kemerdekaan Pulang Dari LondonPada 3 Jun 1957, satu perhimpunan menyambut ketibaan Rombongan Kemerdekaan ke London yang merundingkan hal berkaitan dengan Rangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan di Lapangan Terbang Tentera Udara, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Lebih dua ribu orang telah berkumpul bagi menyambut kepulangan seramai tujuh orang anggota rombongan yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Anggota rombongan ini terdiri daripada tiga orang wakil daripada pihak kerajaan dan tiga lagi wakil daripada Raja-raja Melayu. Antara yang turut serta dalam rundingan yang berlangsung selama lapan hari di Pejabat Tanah Jajahan Inggeris di London ini ialah Encik Ong Yoke Lin, Encik V.T Sambanthan, Encik Mohamed Khir Johari dan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tuan Haji Mustapha Al-Bakri. Hasil rundingan yang diadakan ini satu persetujuan telah dicapai dan membawa kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu (lima dari kiri) mengetuai delegasi ke London untuk rundingan terakhir Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. (Dua dari kiri): Encik Ong Yoke Lin, dan (Paling kanan): Encik Mohamed Khir Johari di Bombay pada 9 Mei 1957.

PEMILIHAN YANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMAPemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu Merdeka telah diadakan pada 3 Ogos 1957 dalam satu Persidangan Khas Raja-raja Melayu di Dewan Mesyuarat Majlis Kerajaan Persekutuan, Kuala Lumpur. Persidangan Khas dan bersejarah ini dipengerusikan oleh Sultan Kedah dan dihadiri oleh semua Raja-raja dan Sultan kecuali Sultan Johor yang berada di Eropah dan diwakili oleh Tengku Mahkota. Persidangan bersejarah ini menyaksikan buat pertama kalinya pemilihan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong diadakan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka. Pemilihan ini dilakukan mengikut Bahagian 4, Artikel 32, perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Tuanku Sir Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah dipilih sebagai DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu Merdeka manakala Tuanku Sir Hishamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu Merdeka yang pertama, DYMM Tuanku Sir Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

PEMILIHAN LAGU KEBANGSAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYUUpacara Pemilihan Lagu Kebangsaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka telah diadakan pada 5 Ogos 1957 bertempat di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur. Pemilihan ini dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Lagu Kebangsaan yang dipengerusikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dengan ahli-ahlinya terdiri daripada Encik Yaacob Abdul Latiff (Pengarah Jabatan Penerangan), Tuan A.T. Reid (Timbalan Pengarah Broadcasting), Tuan Ong Yoke Lin (Menteri Kenderaan dan Pengangkutan), Haji Mustapha Al-Bakri (Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu), Cik Halimathon, (Ahli Majlis Undangan Persekutuan), Dato Abdul Razak Hussein (Menteri Pelajaran) dan Tuan W. Crops (Pengarah Muzik, Pasukan Pancaragam Polis Persekutuan). Sebanyak empat buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam Polis Persekutuan Tanah Melayu. Lagu Terang Bulan lagu kebangsaan negeri Perak dipilih sebagai lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu kerana mempunyai unsur-unsur kemelayuan. Keputusan pemilihan ini kemudianya dikemukakan untuk diperkenankan oleh Majlis Raja-raja Melayu. Lagu kebangsaan buat pertama kalinya diperdengarkan kepada khayalak ramai pada malam 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor.

Lagu NegaraKu Lagu Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu Merdeka mula diperdengarkan kepada orang ramai pada malam 31 Ogos 1957, di Padang kelab Selangor.

PERJANJIAN KEMERDEKAAN PESEKUTUAN TANAH MELAYU DITANDATANGANIPerjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani di antara Raja-raja Melayu dengan Sir Donald MacGillivary, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu bagi pihak baginda Queen Elizabeth II pada 5 Ogos 1957. Upacara bersejarah yang berlangsung di Kings House, Kuala Lumpur ini menyaksikan seramai 15 orang penandatangan utama yang terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi British ke Tanah Melayu, lapan orang Raja-raja Melayu, Tengku Mahkota Johor dan lima orang Pembesar yang berkuasa dari Negeri Sembilan (selain daripada Yang di-Pertuan Besar) serta saksi-saksi kepada penandatangan-penandatangan telah menandatangani perjanjian ini. Perjanjian ini telah ditandatangani dalam 40 salinan, 20 salinan dalam Bahasa Melayu dan 20 lagi dalam Bahasa Inggeris dengan menggunakan pena khas bertulis Federation of Malaya Agreement 1957. Menurut Artikel 3 perjanjian ini, menyatakan bahawa mulai 31 Ogos 1957, Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat akan ditubuhkan menjadi satu Persekutuan Melayu baru yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu atau dalam Bahasa Inggerisnya, The Federation of Malaya. Perjanjian ini mula berkuatkuasa ke seluruh Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 apabila Duke of Gloucester dengan rasminya mengugurkan kuasa dan wibawa penjajah British.

Raja-raja Melayu bergambar bersama Sir Donald MacGillivary bagi pihak kerajaan British di Kings House, Kuala Lumpur pada 5 Ogos 1957 selepas Majlis menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, turut serta pembesar-pembesar negeri.

Pengumuman Perlantikan Gabenor Pulau Pinang dan Melaka

Pada 10 Ogos 1957, Raja Sir Uda bin Raja Muhammad, Speaker Majlis Mesyuarat Undangan Federal, yang pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Malaya di United Kingdom diumumkan sebagai Gabenor Pulau Pinang yang pertama dalam Persekutuan Tanah Melayu Merdeka. Manakala Tuan Leong Yew Koh, Menteri Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat Persekutuan dilantik sebagai Gabenor Melaka yang pertama. Pelantikan kedua-dua Gabenor tersebut dibuat oleh Baginda Queen Elizabeth II dan Majlis Raja-raja Melayu selepas berunding dengan Ketua Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman Putra. Kedua-kedua Gabenor yang dilantik ini kemudiannya telah melepaskan semua jawatan yang dipegang dan mula menyandang jawatan tersebut selama dua tahun mulai Hari Merdeka, 31 Ogos 1957.

Raja Tun Uda bin Raja Muhammad, Gabenor Tuan Leong Yew Koh, pertama Negeri Pulau Pinang. Gabenor pertama Negeri Melaka.

Rang Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu DiluluskanPada 15 Ogos 1957, Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah diluluskan dengan sebulat suara oleh Majlis Mesyuarat Undangan Federal yang memberikan taraf Kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Usul meminta supaya Rang Undang-undang ini diluluskan telah dikemukakan oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra dan disokong oleh Encik Shamsuddin bin Naim, Menteri Besar Negeri Sembilan. Dengan lulusnya Rang Undang-undang ini bererti mulai 31 Ogos 1957, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pulau Pinang dan Melaka akan menjadi sebuah Persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu. Berikutan daripada itu Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Merdeka mula berkuatkuasa pada 31 Ogos 1957.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Perlembagaan Pulau Pinang Dan Negeri Melaka.

.

Pengumuman Jemaah Kabinet Yang Pertama Selepas Merdeka Pada 28 Ogos 1957, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, mengumumkan anggota jemaah Menteri yang akan menduduki Kabinet Perikatan pertama Persekutuan Tanah Melayu Merdeka dalam satu persidangan akhbar yang diadakan di Kuala Lumpur. Anggota Jemaah Menteri yang menganggotai Kabinet baru ini ialah Dato' Abdul Razak bin Hussein (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan); Kolenel Sir Henry Hau Shik Lee (Menteri Kewangan); Encik Sulaiman bin Dato' Abdul Rahman (Menteri Dalam Negeri dan Keadilan); Encik Tan Siew Sin (Menteri Perniagaan dan Perusahaan); Encik V.T. Sambanthan (Menteri Kesihatan); Encik Mohamed Khir Johari (Menteri Pelajaran); Encik Ong Yoke Lin (Menteri Buruh dan Kebajikan Masyarakat); Encik Abdul Rahman bin Hj. Taib (Menteri Pengangkutan); Encik Bahaman Samsudin (Menteri Hasil-hasil Bumi); Encik Abdul Aziz Ishak (Menteri Pertanian); Encik Sardon Haji Jubir (Menteri Kerja, Pos dan Telekom); dan Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman, Menteri Mutlak (Tidak Berjawatan) dan Wakil ke Bangsa-bangsa Bersatu serta Duta ke Washington.

Kabinet 1957. Barisan depan dari kiri: Abdul Aziz Ishak (Menteri Pertanian), V.T. Sambanthan (Menteri Kesihatan), Dato Abdul Razak Hussein (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan), YTM Tunku Abdul Rahman Putra (Perdana Menteri), Kolonel Sir Henry Hau Shik Lee (Menteri Kewangan), Sulaiman Dato Abdul Rahman (Menteri Dalam Negeri dan Keadilan) dan Sardon Haji Jubir (Menteri Kerja, Pos dan Telekom).Barisan belakang dari kiri: Ong Yoke Lin (Menteri Buruh dan Kebajikan Masyarakat), Abdul Rahman Talib (Menteri Pengangkutan), Mohamed Khir Johari (Menteri Pelajaran), Tan Siew Sin (Menteri Perniagaan dan Perindustrian) dan Bahaman Shamsuddin (Menteri Hasil-hasil Bumi).

Duke Gloucester, Wakil Baginda Queen Tiba Untuk Upacara KemerdekaanDuke dan Duchess of Gloucester serta Prince William yang mewakili Baginda Queen Elizabeth II ke Upacara Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu tiba di Kuala Lumpur pada 29 Ogos 1957. Duke of Gloucester mewakili Baginda Queen untuk menyampaikan Watikah Perlembagaan bagi Kemerdekaan Tanah Melayu yang akan diisytiharkan pada 31 Ogos 1957. Ketibaan tetamu Diraja Britain ini disambut oleh para pegawai Inggeris, Raja-raja Melayu serta lebih 1,000 orang yang menanti ketibaan rombongan ini di Lapangan Terbang Kuala Lumpur termasuklah YTM Tunku Abdul Rahman Putra, bakal Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu Merdeka.

Duke dan Duchess of Gloucester tiba di Stadium Merdeka untuk Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Tunku Abdul Rahman Dikurniakan Gelaran Bapa KemerdekaanYTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah dianugerahkan dengan gelaran Bapa Kemerdekaan Tanah Air pada 29 Ogos 1957. Penganugerahan gelaran ini dipersetujui hasil daripada Persidangan Agong UMNO yang berlangsung pada 29 hingga 30 Jun 1957. Pengurniaan gelaran ini secara rasmi telah diadakan pada malam 30 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor. Anugerah gelaran ini merupakan penghargaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra sebagai mengenang jasa perjuangan Tunku dalam membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajahan Inggeris.

YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Bapa Kemerdekaan.

Perasmian Stadium MerdekaStadium Merdeka yang menjadi lokasi upacara Pemasyhuran Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 telah disempurnakan pembukaan rasminya oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra pada 30 Ogos 1957. Stadium yang siap dibina pada 21 Ogos 1957, direkabentuk oleh S.E.Jewkes dari Cawangan Kejuruteraan Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya Persekutuan. Perletakan batu asas Stadium Merdeka telah disempurnakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra pada 15 Februari 1957. Kerja-kerja pembinaan stadium yang bernilai RM2.3 juta ini telah dipercepatkan dan mengambil masa selama enam bulan sahaja bagi membolehkan acara sambutan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dilangsungkan. Upacara perasmian Stadium Merdeka telah diserikan dengan persembahan pertunjukan padang oleh 1,000 orang murid-murid sekolah dengan iringan pancaragam Askar Melayu Diraja.

Pembukaan rasmi Stadium Merdeka pada 30 Ogos 1957 oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra.

Bendera Union Jack Diturunkan di MelakaPada 30 Ogos 1957, tepat jam 6.30 petang bertempat di Padang Banda Hilir, Melaka telah berlangsung upacara menurunkan bendera Union Jack. Penurunan bendera yang dilakukan lebih awal daripada tempoh berakhirnya pemerintahan British di Tanah Melayu ini menandakan berakhirnya pentadbiran British di Melaka selama 133 tahun. Bendera ini diturunkan oleh dua orang anggota dari kapal perang kecil, H.M.S. Saint Brides Bay dengan diiringi oleh tiupan serunai. Bendera Union Jack ini kemudiannya diserahkan kepada Resident Commissioner, Tuan H.G. Hammett yang terdahulu daripada itu telah menerima tabik hormat daripada pasukan pancaragam batalion pertama Rhodesian Rifles. Upacara bersejarah yang menyaksikan Melaka dan seluruh Persekutuan Tanah Melayu bebas daripada cengkaman penjajah ini telah disaksikan oleh ribuan orang ramai yang membanjiri Padang Banda Hilir, Melaka.

Acara menurunkan bendera Union Jack di Padang Banda Hilir, Melaka, 30 Ogos 1957.

Detik Jam Tengah Malam Di Padang Kelab SelangorPada malam 31 Ogos 1957, Padang Kelab Selangor, dibanjiri oleh ribuan rakyat yang datang dari seluruh pelosok tanah air untuk menyaksikan detik bersejarah negara. Pada jam 11.58 malam, kereta yang dinaiki oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra dengan diiringi oleh 30 buah motorsikal yang ditunggang oleh Pemuda Perikatan tiba di perkarangan padang. Lampu di kawasan tersebut kemudiannya dipadamkan dan dinyalakan semula pada tepat jam 12 malam. Serentak dengan itu, bendera Union Jack diturunkan sebagai simbol berakhirnya pemerintahan British di Tanah Melayu dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu. Bendera ini dinaikkan oleh Encik Tahir Abdul Majid dengan diiringi lagu kebangsaan Negaraku yang diperdengarkan buat pertama kalinya dan diikuti dengan laungan Merdeka sebanyak tujuh kali.

Upacara menurunkan Bendera Union Jack di Padang Kelab Selangor pada 30 Ogos 1957.

Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah MelayuKemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi tepat jam 9.30 pagi pada 31 Ogos 1957. Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan ini berlangsung di Stadium Merdeka dengan disaksikan lebih 20,000 orang termasuklah Raja-raja Melayu, tetamu-tetamu khas dari luar negara, anggota-anggota kabinet Kerajaan Persekutuan dan rakyat jelata. Pada upacara bersejarah ini wakil Queen Elizabeth II, Duke of Gloucester menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri menandakan berakhirnya naungan British ke atas Tanah Melayu. Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dibacakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra. Selesai pengisytiharan dibaca, Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan MERDEKA sebanyak tujuh kali dan disambut oleh ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka. Upacara ini kemudiannya disusuli dengan seruan azan yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara yang baru merdeka, diikuti dengan acara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil diiringi dengan lagu kebangsaan Negaraku. Sebanyak seratus satu das tembakan meriam dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan Merdeka pada Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan negara. Upacara bersejarah ini turut disaksikan oleh ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka, pada 31 Ogos 1957.

Penetapan Tarikh Merdeka Pada 31 Ogos 1957Penetapan tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 ditentukan selepas Tunku Abdul Rahman Putra, Haji Sulaiman Palestin, Haji Ahmad Badawi, dan beberapa pemimpin UMNO lain meminta pandangan Sheikh Abdullah Fahim, Ulama besar dari Kepala Batas, Pulau Pinang. Menurut Sheikh Abdullah Fahim, sekiranya Inggeris tidak memberikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, maka tarikh lain yang bersesuian ialah pada 31 Ogos 1962. Tarikh 31 Ogos 1957, dalam bahasa Arab adalah Am Khir Atana yang bermaksud Tahun Baik Datang Kepada Kita.

Sheikh Abdullah Fahim atau nama sebenarnya Haji Abdullah bin Ibrahim bin Tahir

SUDUT

KEMERDEKAAN