ulangtahun ke-500 pelayaran panglima awang …psm.org.my/phocadownloadpap/warkah/buletin psm...

20
ULANGTAHUN KE-500 PELAYARAN PANGLIMA AWANG BERSAMA MAGELLAN MENGELILINGI DUNIA PANGLIMA AWANG ATAU LEBIH TERNAMA SEBAGAI ENRIQUE DE MALACCA PERANAN DAN PENCAPAIAN DIASPORA ACEH KE TANAH MELAYU MEMBINA SEJARAH TANAH AIR Menarik di dalam: Muka 6 Muka 8 Muka 12 Bil. 59 / 19 JAN / MAC 2019 Martabatkan Sejarah Malaysia Bermula tahun 2019 sehingga 2021 Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) bersama Masyarakat Sejarawan Indonesia (MSI), dan Philippines Historical Association (PHA), dan Philippines Historical Commmission akan menganjurkan satu siri tiga persidangan bagi memperingati kejayaan Panglima Awang (nama antarabangsanya, Enrique), putera Melayu dari Melaka yang telah mengelingi dunia bersama pelayar Portugis, bagi pihak Raja Sepanyol, bernama Ferdinand Magellan. Siri persidangan tiga tahun ini diilhamkan oleh PHA, di bawah gagasan International Council for History and Culture - Southeast Asia (ICHCC-SEA) yang ditubuhkan dan dianggotai oleh PHA, MSI, dan PSM, ditubuh atas inisiatif PHA di Manila pada tahun 2015. (ICHCC-SEA) diasaskan sebagai pelantar bagi tujuan pertukaran budaya dan pendidikan (cultural and educational exchanges) antara sejarawan dan pendidik. Satu delegasi khas PHA telah berada di Kuala Lumpur pada 17 Jan. 2019 memformulasi siri persidangan ini. Diketuai oleh Dr. Rene R. Escalante, Pengerusi Philippines National Historical Commission Filipina, di bawah pejabat Presiden Filipina, kumpulan sejarawan Filipina ini telah juga berbincang dengan MSI di Bali. Turut hadir Pengerusi PHA, Dr. Ma Luisa Camagay. Beberapa keputusan telah dibuat di Kuala Lumpur. Dipersetujui tema besar (overall theme) tiga persidangan ini ialah “Melaka, Manila and Maluku : Arrival, Conflict, and Transformation in Early Modern Southeast Asia. Circa 1400 - 1800 ”. Mengikut pandangan PHA, siri tiga persidangan ini merupakan satu peluang bagi anak watan Kepulauan Melayu “memikirkan semula peninggalan dalam sejarah akibat maritim Asia Tenggara lebih terdedah (exposed) berbanding tanah besar Asia Tenggara kepada angkara orang asing, dan akhirnya terjatuh kepada penjajahan”. Sejarawan Filipina yang datang ke Kuala Lumpur itu menyatakan kerajaan Filipina akan membina tugu Enrique di pulau Mactan di Filipina bersama tugu tiga orang lain, dan telah meminta kerjasama PSM untuk mendapatkan sebarang gambaran tentang paras rupa Enrique untuk tugu berkenaan.

Upload: others

Post on 19-Oct-2020

1 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • ULANGTAHUN KE-500 PELAYARAN PANGLIMA AWANG BERSAMA MAGELLAN MENGELILINGI

    DUNIA

    PANGLIMA AWANG ATAU LEBIH TERNAMA SEBAGAI

    ENRIQUE DE MALACCA

    PERANAN DAN PENCAPAIAN DIASPORA

    ACEH KE TANAH MELAYUMEMBINA SEJARAH

    TANAH AIR

    Menarik di dalam:

    Muka 6

    Muka 8

    Muka 12

    Bil. 59 / 19 JAN / MAC 2019

    Martabatkan Sejarah Malaysia

    Bermula tahun 2019 sehingga 2021 Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) bersama Masyarakat Sejarawan Indonesia (MSI), dan Philippines Historical Association (PHA), dan Philippines Historical Commmission akan menganjurkan satu siri tiga persidangan bagi memperingati kejayaan Panglima Awang (nama antarabangsanya, Enrique), putera Melayu dari Melaka yang telah mengelingi dunia bersama pelayar Portugis, bagi pihak Raja Sepanyol, bernama Ferdinand Magellan.

    Siri persidangan tiga tahun ini diilhamkan oleh PHA, di bawah gagasan International Council for History and Culture - Southeast Asia (ICHCC-SEA) yang ditubuhkan dan dianggotai oleh PHA, MSI, dan PSM, ditubuh atas inisiatif PHA di Manila pada tahun 2015. (ICHCC-SEA) diasaskan sebagai pelantar bagi tujuan pertukaran budaya dan pendidikan (cultural and educational exchanges) antara sejarawan dan pendidik.

    Satu delegasi khas PHA telah berada di Kuala Lumpur pada 17 Jan. 2019 memformulasi siri persidangan ini. Diketuai oleh Dr. Rene R. Escalante, Pengerusi Philippines National Historical Commission Filipina, di bawah pejabat Presiden Filipina, kumpulan sejarawan Filipina ini telah juga berbincang dengan MSI di Bali. Turut hadir Pengerusi PHA, Dr. Ma Luisa Camagay. Beberapa keputusan telah dibuat di Kuala Lumpur.

    Dipersetujui tema besar (overall theme) tiga persidangan ini ialah “Melaka, Manila and Maluku : Arrival, Conflict, and Transformation in Early Modern Southeast Asia. Circa 1400 - 1800 ”.Mengikut pandangan PHA, siri tiga persidangan ini merupakan satu peluang bagi anak watan Kepulauan Melayu “memikirkan semula peninggalan dalam sejarah akibat maritim Asia Tenggara lebih terdedah (exposed) berbanding tanah besar Asia Tenggara kepada angkara orang asing, dan akhirnya terjatuh kepada penjajahan”.

    Sejarawan Filipina yang datang ke Kuala Lumpur itu menyatakan kerajaan Filipina akan membina tugu Enrique di pulau Mactan di Filipina bersama tugu tiga orang lain, dan telah meminta kerjasama PSM untuk mendapatkan sebarang gambaran tentang paras rupa Enrique untuk tugu berkenaan.

  • Warkah PSM diterbitkan oleh:

    PERSATUAN SEJARAH MALAYSIAAras 3, Anjung, Wisma Sejarah,230, Jalan Tun Razak,50400, Kuala Lumpur.

    DR ZAHIDI DATO’ HAJI ZAINOL RASHID (KETUA EDITOR)MOHD AROF ISHAKDATIN ZURAIDAH MOHAMAD

    SIDANG REDAKSITel : 03 - 2681 5388 / 2681 6388Faks : 03 - 2681 4388Email : [email protected] / [email protected]

    MARTABATKANSEJARAH

    MALAYSIA

    PRESIDENPERDANA MENTERI MALAYSIA

    NAIB RESIDENMENTERI PENDIDIKAN MALAYSIAMENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA

    Catatan Editorial

    Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyumbang artikel untuk keluaran ini yang terdiri daripada En Mohd Arof Ishak, Dr Haslinda Hassan, Lt Jen Datuk Abdullah Samsuddin, Dato’ Haji Jumaat bin Dato Haji Mohd Noor dan Dato’ Kum Boo. En Mohd Arof Ishak melaporkan perbincangan delegasi khas dari Filipina yang berada di Kuala Lumpur pada 17 Januari 2019. Persetujuan telah dicapai untuk mengadakan penyelidikan tentang Enrique. Dipersetujui diadakan tiga persidangan di Melaka, Manila dan Maluku. Dr Haslinda Hassan, pensyarah sejarah dari UUM menyentuh tentang faktor penghijrahan keluar masyarakat Acheh tetapi masih kekal dengan adat dan budaya mereka. Ramai di kalangan masyarakat Acheh yang berjaya memegang jawatan dalam kerajaan dan perniagaan. Lt. Jen. Datuk Abdullah Samsuddin menyatakan Almarhum Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah mengamal demokrasi berperlembagaan mengikut “Westminster Great Britain”. Malaysia banyak mengikut cara British iaitu “British Traditions” seperti susunan kekanan tentera, perayaan keputeraan SPB, pembukaan parlimen, kebumian raja, meletak kalungan bunga di tugu. Semuanya mengikut sepertimana yang diamalkan oleh Great Britain. Dato’ Haji Jumaat bin Dato’ Haji Mohd Noor menjejaki sejarah Panglima Awang atau ternama sebagai Enrique de Malacca. Beliau berharap menjelang tahun 2021 sanjungan dan ingatan terhadap Enrique lebih segar dan penuh kebanggaan walaupun direalisasikan di bumi Filipina. Sumbangan Dato’ Kum Boo untuk buku “Kemeriahan Alor Setar di Zaman Silam” adalah berdasarkan pengalaman beliau ketika menjawat jawatan pengetua di Kolej Sultan Abdul Hamid pada tahun1959.

    JAN / MAC 2019

  • 3

    Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat bertemu pada keluaran pertama bagi tahun 2019.

    Saya amat bersyukur kerana kini PSM telah mengorak langkah untuk merakam detik-detik sejarah yang telah dirancang beberapa kali tetapi tidak dapat diusahakan. Kini, PSM amat serius dan telah menyediakan peruntukan permulaan secukupnya kepada Dr Yusof Ibrahim, Pengerusi PSM Cawangan Selangor yang juga adalah ahli Jawatankuasa Eksekutif PSM telah ditugaskan untuk mengendalikan projek penulisan sejarah yang tergendala begitu lama.

    Pada awal penubuhannya, PSM digerakkan oleh golongan pentadbir “Malayan Civil Service” (MCS) dan pemimpin tinggi dan pendidik Inggeris dan Melayu. PSM yang ditubuhkan bukanlah sebuah badan yang terlalu akademik seperti Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS) yang telah sedia wujud sebagai badan yang memberi ruang kepada kemahiran akademik dan keilmuan tinggi. PSM yang telah ditubuhkan adalah untuk semua golongan masyarakat sesuai dengan sifatnya sebagai sejarah umum atau public history.

    Pada peringkat awal, ibu pejabat ditempatkan di Muzium Negara sebelum dipindahkan ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tahun 1976, kerajaan Malaysia telah memberikan sebuah rumah kerajaan di 958, Jalan Hose, Kuala Lumpur untuk dijadikan pejabat PSM. Tun Hussein Onn dan rakan-rakan seperti Tun Hamdan dan Tan Sri Mubin Sheppard telah berusaha mendapatkan sekeping tanah kerajaan untuk PSM di Jalan Tun Razak. Pada 1 Disember 2003, ibu pejabat PSM secara rasminya telah berpindah ke bangunan baru binaan sendiri yang dikenali sebagai Wisma Sejarah di 203, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

    Kini, Wisma Sejarah yang tersergam indah dan berdiri megah menjadi penggerak utama dalam memartabatkan dan memasyarakatkan sejarah serta perujuk berwibawa mengenai sejarah negara dan wilayah sekitarnya.

    Dalam kesempatan ini, sukalah saya menyeru semua orang-orang sejarah memberi sokongan penuh kepada PSM. Lebih-lebih lagi pada golongan belia yang kita harap akan menjadi pelapis untuk mengganti kita yang sudah lama berjuang, dengan harapan mereka akan membawa PSM ke zaman yang lebih gemilang dan dihormati.

    Perutusan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif

    Tan Sri Dato’ (Dr) Hj Omar Mohd HashimPengerusiJawatankuasa EksekutifPersatuan Sejarah Malaysia

    JAN / MAC 2019

  • 4

    PSM DI SANA SINIPada 9 mac 2019 Prof Emeritus Dato’Dr Prof Asmah Hj Omar telah menyampaikan ceramah bertajuk”Komuniti Melayu di luar alam Melayu” dalam majlis Sembang Sembang Sejarah yang telah diadakan di Wsma Sejarah.Beliau dilahirkan pada 5 mac 1940 di Jitra,Kedah.Belaiu mendapat pendidikan awal di Kedah dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Univeras Indonesia (1963)sehingga memperoleh sarjana bidang bahasa dan sastera Indonesia.Pada tahun 1969 beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti London diperingkat doktor falsafah dalam bidang linguistik.Beliau memula kerjaya beliau sebagai penolong pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu,Universiti Malaya.Beliau dilantik sebagai Profesor linguistik Melayu pada tahun 1976 sehingga beliau bersara dalam tahun 2000 dan seterusnya dilantik sebagai Profesor Emeritus oleh Universiti Malaya.Dalam tahun 1983-1986 beliau bertugas sebagai Timbalan Naib Canselor (Perjawatan).Dalam tahun 2001 beliau dijemput sebagai pemegang pertama kursi Zaaba di Universiti Pendidikan Sultan Idris,Tanjung Malim serentak dengan sebagai Pengarah Pengasas Institut Peradaban Melayu sehingga tahun 2005.Asmah menjalankan penyelidikan mengenai Bahasa Melayu,bahasa bahasa bumiputera Sabah dan Sarawak dan bahasa bahasa orang asli.Beliau banyak menghasilkan buku buku rujukan Bahasa Melayu.Dalam ceramah beliau yang bertajuk”Komuniti Melayu di luar alam Melayu”beliau membentang hasil kerja lapangan meliputi komuniti Melayu diluar alam Melayu: Australia (pantai barat dan timur),Pulau Krismas,Kepulauan Cocos (Keeling),Mekah dan Madinah,Thailand,Cambodia dan Vietnam.Dari kajian ini Asmah dapat mengemukakan kerangka teoritis mengenai penyebaran bahasa serta pemeliharaan dan pelupusannya.

    Pada 21 Mac 2019 YB Asmirul Anuar Exco Pelancongan Kedah telah merasmikan Tugu Tiga Askar Jepun di perkarangan pejabat Pelancongan Malaysia, Alor Setar.Turut hadir Konsul General Jepun dan Dato’ Wan Shamsudin Mohd Yusof, Pengerusi PSMCK. Pejabat Konsulat Jeneral Jepun di Pulau Pinang telah memuliharakan tugu peringatan setinggi 1.8 meter di bahagian utara Jambatan Sultan Abdul Halim. Menurut batu tanda tiga bahasa bersebelahan dengan tapak tersebut tugu peringatan ini bagi mengenang tindakan Komandan Platun Leftenan Hajima Asahi dan dua askar Jepun lain.Ketiga-tiga mereka terkorban ketika cuba untuk mendapatkan apa yang dikenali pada 13 Disember 1941 sebagai jambatan Alor setar ketika penaklukan kuasa penjajah Jepun di Tanah Melayu dan Borneo.

    TUGU TIGA ASKAR JEPUN

    SEMBANG-SEMBANG SEJARAH

    Bengkel ini telah diadakan pada 29-30 Januari 2019 bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Shah Alam. Bengkel ini dikendalikan oleh Mark Wong dari Pusat Sejarah Lisan, Arkib Negara Singapura. Seramai 30 peserta telah menghadiri bengkel ini yang terdiri dari pensyarah dan penyelidik daripada Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Malaysia Sabah. Juga pustakawan daripada Perpustakaan Awam Selangor, Kedah, Johor dan dari Pustaka Negeri sarawak.

    BENGKEL INTENSIF SEJARAH LISAN

    JAN / MAC 2019

    HARI KEDUA

    1.Wawancara2.Penulisan sinopsis3.Transkripsi4.Pemeliharaan sejarah lisan5.Penyebaran maklumat sejarah lisan

    HARI PERTAMA

    1.Pengenalan kepada sejarah lisan2.Perancangan projek3.Panduan wawancara4.Tekni-teknik wawancara

  • 5

    Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat bertemu pada keluaran pertama bagi tahun 2019.

    Saya amat bersyukur kerana kini PSM telah mengorak langkah untuk merakam detik-detik sejarah yang telah dirancang beberapa kali tetapi tidak dapat diusahakan. Kini, PSM amat serius dan telah menyediakan peruntukan permulaan secukupnya kepada Dr Yusof Ibrahim, Pengerusi PSM Cawangan Selangor yang juga adalah ahli Jawatankuasa Eksekutif PSM telah ditugaskan untuk mengendalikan projek penulisan sejarah yang tergendala begitu lama.

    Pada awal penubuhannya, PSM digerakkan oleh golongan pentadbir “Malayan Civil Service” (MCS) dan pemimpin tinggi dan pendidik Inggeris dan Melayu. PSM yang ditubuhkan bukanlah sebuah badan yang terlalu akademik seperti Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS) yang telah sedia wujud sebagai badan yang memberi ruang kepada kemahiran akademik dan keilmuan tinggi. PSM yang telah ditubuhkan adalah untuk semua golongan masyarakat sesuai dengan sifatnya sebagai sejarah umum atau public history.

    Pada peringkat awal, ibu pejabat ditempatkan di Muzium Negara sebelum dipindahkan ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tahun 1976, kerajaan Malaysia telah memberikan sebuah rumah kerajaan di 958, Jalan Hose, Kuala Lumpur untuk dijadikan pejabat PSM. Tun Hussein Onn dan rakan-rakan seperti Tun Hamdan dan Tan Sri Mubin Sheppard telah berusaha mendapatkan sekeping tanah kerajaan untuk PSM di Jalan Tun Razak. Pada 1 Disember 2003, ibu pejabat PSM secara rasminya telah berpindah ke bangunan baru binaan sendiri yang dikenali sebagai Wisma Sejarah di 203, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

    Kini, Wisma Sejarah yang tersergam indah dan berdiri megah menjadi penggerak utama dalam memartabatkan dan memasyarakatkan sejarah serta perujuk berwibawa mengenai sejarah negara dan wilayah sekitarnya.

    Dalam kesempatan ini, sukalah saya menyeru semua orang-orang sejarah memberi sokongan penuh kepada PSM. Lebih-lebih lagi pada golongan belia yang kita harap akan menjadi pelapis untuk mengganti kita yang sudah lama berjuang, dengan harapan mereka akan membawa PSM ke zaman yang lebih gemilang dan dihormati.

    5

    KETUA-KETUA EDITOR BULETIN WARKAH PSM

    JAN / MAC 2019

    PROF.DATO’DR OTHMAN MD YATIMBeliau dilahirkan pada 1949 di Kampung Teluk, Lumut, Perak. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Perak sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya pada tahun 1976 dengan pengkhususan dalam bidang sejarah dan perhubungan antarabangsa. Beliau memulakan tugas di Muzium Negara pada tahun 1974. Beliau meneruskan pengajian peringkat sarjana dan Doktor Falsafah di University Durham, England. Beliau pernah bertugas di Universiti Malaysia Sarawak (1993), Pengarah Muzium Seni Asia,Universiti Malaya (1996), menduduki kursi Pengajian Melayu di Victoria University of Wellington, New Zealand.Beliau banyak menghasilkan buku-buku berkaitan dengan minat dan kepakaranya. Di antaranya ialah “Batu Acheh:Early Islamic Graves in Peninsular Malaysia (1988), Epigra� Islam Terawal di Nusantara (1990), Islamic Arts (1995). Selain buku beliau banyak menghasilkan artikel dan penulisan untuk pelbagai jurnal, majalah,buku dan ensiklopedia yang membincangkan tentang sejarah, budaya dan warisan di Alam Melayu. Beliau bergerak cergas dalam Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) pada tahun 1970-1980an terutamanya sebagai ahli jawatankuasa kerja dan pernah memegang jawatan bendahari agung kehormat pada tahun 1980. Beliau pernah menjadi ketua editor buletin Warkah terbitan Persatuan Sejarah Malaysia. Beliau menerima pengiktirafan anugerah DPMP (2007), KMN (1994), AMN (1990), AMP (1989), Felo Akademi Sains Sosial Malaysia (1997), Anugerah Felo PSM (2014).

    HAJI MOHD NOR LONGBeliau dilahirkan pada tahun 1933 di Port Weld, Perak, mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Taiping (1947) seterusnya melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris (1957) dan Maktab Bahasa, Johor Bahru (1958). Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping.Pada tahun 1969 beliau melanjut pelajaran ke Universiti Malaya sehingga memperolehi ijazah sarjana muda (sejarah). Selepas itu beliau dilantik menjadi pengetua Sekolah Menengah Dato’ Onn, Butterworth,kemudian pengetua High School Batu Pahat. Seterusnya beliau berhijrah ke Sabah menjawat jawatan pegawai khas kepada Pengarah Pelajaran dan kemudian Penolong Pengarah Latihan Guru. Beliau pernah memegng jawatan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan dan juga Timbalan Pengarah Pendidikan (1) Pahang sehingga bersara pada Oktober 1988. Pada tahun 1989-1995 beliau bertugas sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa.Beliau amat aktif dan proli�k dan telah menghasilkan puluhan buah buku. Di antaranya buku biogra� Tun Hamdan: Guru Sepanjang Hayat (1998). Sumbangan Ketika bertugas sebagai karyawan tamu di DBP beliau telah menghasilkan buku autobiogra� beliau bertajuk ”Dari Kuala ke Tanjung: Memoir Seorang Guru Melayu (DBP, 2004)”. Penglibatan beliau dalam Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) bermula sejak tahun 1973 ketika berkhidmat di Sabah dan menjadi antara pengerak utama penubuhan PSM Cawangan Sabah. Di PSM beliau pernah menjadi pengarang warkah PSM (2004-2015), Pengerusi Jawatankuasa Pengkisahan Sejarah dan menganggotai Jawatankuasa Eksekutif dan panel penilai esei pertandingan menulis sejarah Malaysia. Sumbangan dan khidmat baktinya diiktiraf melalui penganugerahan pingat dan darjah kebesaran: PMC (NS), AMN(Persekutuan), ADK (Sabah), AMP (Pahang) dan DJN (P. Pinang).

    DR ZAHIDI DATO’ HAJI ZAINOL RASHIDBeliau dilahirkan pada 20 september 1953 di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Tunku Abd Halim, Sekolah Sultan Ahmad Tajuddin, Sekolah Inggeris Sik. Pendidikan menengah beliau ialah di Sekolah Tunku Abdul Rahman (Mergong) dan seterusnya melanjut pelajaran ke Universiti Teknologi MARA (1973-1977). Pada tahun 1992-1994 beliau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana di Universiti Islam Antarabangsa. Pada tahun 1994 beliau menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga memperoleh iijazah Doktor Falsafah pada tahun 2003. Kerjaya beliau bermula pada tahun 1977 ketika itu berkhidmat di Dewan Bahassa dan Pustaka. Seterusnya berkhidmat di Universiti Teknologi MARA. Pada tahun 1983 beliau kembali ke Kedah dan berkhidmat di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah sehingga bersara pada tahun 2012 sebagai Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah. Beliau aktif di bidang penulisan dan telah menghasilkan 5 buah buku termasuk antara lain “Mahathir Dimata Umum”, “Che Det dan Pekan Rabu” dan ”Mahathir Menjulang Martabat Malaysia”.Ketika di Kedah beliau telah menganggotai PSM Cawangan Kedah sebagai ahli jawatankuasa dan bertindak sebagai Pengarang Kehormat buletin “Lindungan Bulan” dan pengerusi jawatankuasa penerbitan. Beliau pernah menduduki jawatankuasa kerja Gapena dan juga ahli Majlis Persatuan Pustakawan Malaysia. Dalam PSM beliau menduduki ahli jawatankuasa eksekutif dan juga menanggotai jawatankuasa penerbitan, sejarah lisan dan penyelidikan. Kini beliau adalah ketua editor Buletin Warkah PSM. Sebagai pengiktirafan kepada sumbang baktinya beliau telah dianugerah AMK dan BKM daripada Sultan Kedah.

  • 6

    PERANAN DAN PENCAPAIAN DIASPORA ACEH KE TANAH MELAYU

    Asia Tenggara dikenali dengan pelbagai nama seperti gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago), gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara , Alam Melayu dan Tanah Jawi. Kurun ke-15 menyaksikan orang Melayu antara manusia yang terawal menguasai lautan di sebelah timur, bukan sekadar sebagai pelayar dan pelaut tetapi menguasai ilmu dan jaringan perdagangan jarak jauh. Ras Austronesia ini kemudiannya mendominasi penerokaan dan kependudukan di Alam Melayu yang juga disebut sebagai Nusantara. Oleh itu, penghijrahan perantau Melayu ini di seluruh AT dicetus atas kehendak ekonomi iaitu hubungan serantau melalui aktiviti perdagangan sama ada sesama mereka atau antarabangsa. Penghijrahan mereka untuk mendapatkan taraf hidup yang lebih baik dan selamat kemudiannya diikuti oleh aktiviti berpindah-randah di pesisir pantai, di muara-muara sungai, bercucuk tanam dan menjalankan aktiviti penternakan di samping mendapatkan hasil-hasil hutan yang mewah. Peta 1.1 di sebelah menunjukkan kedudukan Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu). Malah menurut penyair Mpu Prapanca yang menulis tentang Desawarnana pada tahun 1365 telah menyenaraikan “Tanah Melayu” terdiri daripada Lampung, Jambi, Palembang, Minangkabau, Siak, Rokan, Kampar, Pane, Kampe, Aru, Mandailing, Tumiang, Perlak, Barat, Lwas, Samudra, Lamuri dan Barus. Manakala bagi keseluruhan Kepulauan Melayu pula meliputi Langkasuka, Sai (Selatan Patani), Kelantan, Terengganu dan Kedah sebagai sebahagian daripada wilayah “Pahang”.

    Aceh pula terletak dalam wilayah Kepulauan Melayu yang berdekatan dengan Benua Kecil India dan Asia Barat. Aceh mempunyai empat suku utama iaitu suku Aceh, Gayo, Alas dan Tamiang. Dalam aspek ekonomi, tidak dapat dinafikan bahawa Aceh merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil pertanian dan terkenal sebagai pusat perdagangan terpenting di utara Pulau Sumatera. Orang Aceh dianggap Melayu (Nusantara) dan senang untuk bersatu.

    Diaspora dapat didefinisikan sebagai ‟komuniti etnik tertentu yang tercerai-berai ke pelbagai negara (baik secara sukarela maupun terpaksa) tetapi tetap memiliki keterikatan emosional dan politik dengan tempat asalnya”. Diaspora menurut Suwardi pula ialah perpindahan perantauan dan penghijrahan dari wilayah geografi tertentu ke geografi lainnya, baik berupa penyebaran dan perkembangan sesuatu budaya atau untuk menyelamatkan diri dari tempat asal. Faktor yang mendorong berlakunya penghijrahan keluar masyarakat Aceh ini disebabkan oleh masalah ekonomi, konflik politik, diskriminasi dan peperangan yang menyebabkan terbentuknya para nasionalis jarak jauh. Walaupun orang Aceh menetap di pelbagai negara namun mereka tetap mengekalkan budaya asal dan masih terikat kepada identiti keturunan asal mereka. Mereka juga sering balik ke Aceh atas faktor patriotik dan kesedaran kepada asal-usul yang membawa kepada nilai jati diri yang tinggi walaupun telah menjadi warganegara Malaysia.

    OlehDR HASLINDA HAJI HASAN

    JAN / MAC 2019

  • 7

    Migrasi merujuk kepada pergerakan manusia atau orang dari sebuah negara ke sebuah negara yang lain di mana mereka bukanlah penduduk asalnya. Ia juga merujuk perpindahan penduduk dari sebuah negara atau satu tempat ke negara atau tempat yang lain. Oleh itu, abad ke-15 dan 16 menyaksikan kemasukan secara besar-besaran penghijrahan penduduk serumpun ini ke pelbagai negara di Nusantara. di Rembau, terdapatnya Suku Anak Aceh iaitu golongan yang berketurunan Aceh yang diiktiraf sebagai satu komuniti penting di situ. Mereka juga merupakan golongan kaya dan berkemampuan untuk membeli tanah-tanah sekitar Rembau. Tekanan penjajah Belanda ke atas Indonesia telah menyebabkan berlakunya penghijrahan yang lebih besar rakyatnya ke Tanah Melayu. Faktor tarikan iaitu hasil bumi yang banyak menjadi salah satu sebab yang mendorong kemasukan orang Aceh ke Kedah dan negeri-negeri sekitarnya. Pengaruh Aceh juga boleh didapati di Perak pada hari ini melalui gelaran pembesar-pembesar Perak seperti Orang Besar Empat digelar sebagai ‘Tengku’ walaupun kebanyakan daripada mereka merupakan orang kebanyakan. Wan Shamsuddin turut menyentuh tentang hubungan keagamaan dan menyatakan bahawa bukti kewujudan hubungan antara Kedah dengan Aceh adalah melalui teks kesusasteraan berunsur sejarah yang menceritakan Sultan Aceh mengirim kitab Syeikh Nuruddin Al-Raniri iaitu Siratul-Mustaqim dan Babun-Nikah kepada Sultan Kedah. Hikayat ini juga menceritakan hubungan yang akrab antara kedua-dua buah negara yang saling sefahaman dan membantu terutama untuk menyelesaikan masalah agama.

    Hari ini ramai dalam kalangan masyarakat berketurunan Aceh telah berjaya dalam kehidupan sehingga menjawat jawatan penting dalam kerajaan dan memberikan sumbangan besar kepada masyarakat dan negara. Sehubungan dengan itu, kejayaan mereka menjadi satu inspirasi iaitu tentang bagaimana ketabahan, keazaman dan usaha yang telah dilaksanakan. Mereka berjaya memiliki aset yang besar, keilmuan yang tinggi dan nilai-nilai kerohanian yang utuh.

    Gambar 1 di atas adalah komuniti berketurunan Aceh warganegara Malaysia yang berjaya dalam meningkatkan taraf hidup dan soladariti mereka. Mereka berjaya dalam mengusahakan perniagaan dan koperasi bersama. Manakala gambar 2 di bawah adalah perniagaan yang dimiliki oleh orang berketurunan Aceh yang bukan warganegara Malaysia. Beliau menubuhkan perniagaan ubat-ubatan dan peroduk kesihatan di Kuala Lumpur.

    Kesimpulannya kebanyakan diaspora dan perantau dari Aceh berjaya memiliki taraf hidup yang baik dan memberi sumbangan ekonomi dan sosial di Malaysia pada hari ini. Oleh itu masyarakat berketurunan Aceh kebanyakannya berjaya dalam aspek ekonomi dan bergiat aktif dalam bidang perniagaan.

    Gambar 1: Masyarakat Kampung Acheh di Yan, Kedah yang menjadi usahawan berjaya.

    Gambar 2: Perniagaan Datuk Haji Mansyur Usman berketurunan Aceh di Kuala Lumpur.

    JAN / MAC 2019

  • 8

    MEMBINA SEJARAH TANAH AIR

    OlehLT. JEN. DATUK ABDULLAH SAMSUDDIN (BERSARA)

    Ahli Majlis Persatuan Sejarah Malaysia

    Almarhum Tunku Abdul Rahman merdekakan Malaya beramal demokrasi berparlimen mengikut WESTMINSTER, Great Britain (GB). Beberapa “British Traditions” telah diterima praktis semenjak MERDEKA.

    LATAR BELAKANG

    Susunan ke kanan tentera GB ialah Royal Navy (RN). The Army and Royal Air Force (RAF). RN lah yang mengibarkan “UNION JACK” di tanah jajahan takluk GB di dunia.

    Tugas menarik dan menurunkan bendera ini ditugaskann kepada RN yang Malaya mengikutinya dalam segala acara. Susun kekanan Angkatan Tentera Malaya (ATM) ialah tentera darat (TD), tentera laut (TLDM) dan udara (TUDM).

    PERANAN TENTERA BRITISH

    GB meraya hari keputeraan Queen pada hari rabu pertama dalamm bulan jun.Bulan jun di GB ialah musim panas (summer) dan bunga bunga mawar (roses) berkembang cantik di seluruh negara dengan jamuan teh di masa petang dan santapan di Raja “Royal Banquet” waktu malam.

    Malaya juga mengikut hari ini bagi merayakan keputeraan DYMM SPB pada hari rabu pertama bulan Jun. Pada tahun 1960, kabinet mengubahnya kepada “First Saturday in June” yang kita amalkan tiap-tiap tahun cara Westminster.

    HARI KEPUTERAAN

    Mengarah panji panji (trooping the colour) oleh tentera sempena merayakan hari keputeraan satu acara yang Malaya ikut amal. Acara ini bertujuan meneruskan ketaatan ATM kepada raja tiap-tiap tahun.

    MENGARAH PANJI PANJI DIRAJA

    Mendirikan kawalan kehormatan (guard of honour) oleh tentera di parlimen juga bermaksud tentera menyokong sistem kerajaan berparlimen.

    PEMBUKAAN PARLIMEN

    Acara kebumian kemangkatan DYMM SPB yang pertama dan seterusnya juga mengikut “British Tradition” dengan mengubah suai mengikut adat resam diraja Melayu.

    KEBUMIAN DIRAJA

    Sebelum Tugu Negara dibina, kerajaan meraya Peringatan Hari Pahlawan 31 Julai di tugu peringatan (cenotaph) dengan penuh acara termasuk meletak kalungan bunga. Acara ini dialih ke Tugu Negara yang siap dibina dan dirasmikan pada 8 Februari 1966 tiap-tiap tahun. Tetapi meletakkan bunga kalung telah dilarang oleh Majlis Fatwa pada tahun 1987 sebagai amalan yang bercangah dengan ajaran Islam dan perbuatan syirik. Upacara sambutan Hari Pahlawan di hadapan Tugu Negara telah dihentikan pada tahun 2010.

    MELETAK KALUNGAN BUN GA DI TUGU NEGARA

    JAN / MAC 2019

  • 9

    Gambar 1 di atas adalah komuniti berketurunan Aceh warganegara Malaysia yang berjaya dalam meningkatkan taraf hidup dan soladariti mereka. Mereka berjaya dalam mengusahakan perniagaan dan koperasi bersama. Manakala gambar 2 di bawah adalah perniagaan yang dimiliki oleh orang berketurunan Aceh yang bukan warganegara Malaysia. Beliau menubuhkan perniagaan ubat-ubatan dan peroduk kesihatan di Kuala Lumpur.

    Kesimpulannya kebanyakan diaspora dan perantau dari Aceh berjaya memiliki taraf hidup yang baik dan memberi sumbangan ekonomi dan sosial di Malaysia pada hari ini. Oleh itu masyarakat berketurunan Aceh kebanyakannya berjaya dalam aspek ekonomi dan bergiat aktif dalam bidang perniagaan.

    Untuk menghidupkan ingatan kita dalam sejarah acara membuka rumah (open house) yang diamalkan bermula pada hari raya 1970, ulangtahun pertama peristiwa 13 Mei 1969. Mantan Perdana Menteri Tun Abdul Razak waktu itu selaku pengerusi jawatankuasa muhibah (goodwill) kebangsaan membuat keputusan membuka rumah bertujuan mengatasi perasaan takut dan benci antara kaum akibat 13 Mei. Kehadiran rakyat berbilang kaum hari itu amat memuaskan hatinya. Acara itu memberi idea baru mengadakan satu majlis untuk memberi kesempatan kepada berbagai kaum mendekati mengenal dan duduk di satu tempat tanpa kebimbangan dan ketakutan. Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menjadikan satu amalan negara Malaysia di hari hari perayaan. Rumah terbuka telah diiktiraf oleh dunia sebagai satu acara unik di negara berbilang kaum dan agama hidup dalam aman damai.

    MEMBUKA RUMAH DI HARI PERAYAAN

    Negara Malaysia telah melarang bakar mercun yang amat diamalkan oleh kaum Cina menyambut tahun baru dalam majlis perkahwinan dan hari jadi. Alasan yang diterima oleh sekalian kaum ialah kerana negara masih diancam oleh pengganas bersenjata dan mengelak salah dengar dengan tembakan. Biasa terjadi kebakaran rumah oleh letupan mercun dan kebakaran tubuh badan dalam mainan mercun dan juga menjaga kebersihan kawasan. Mercun perlu terus dipandang satu benda haram dimasukkan ke Malaysia. Walaupun bunga api yang mendapat izin pihak berkuasa biasa dibakar dalam satu satu acara pemeriahan.

    MEMBAKAR MERCUN SEMPENA PERAYAAN

    Negara kita daripada tahun 1975-2000 telah bekerjasama dengan UNHCR melalui Bulan Sabit Merah, menerima,mengawal dan membantu pelarian dari Vietnam Selatan dan Cambodia seramai 250,000 orang sehingga pelarian dipindahkan ke negara ketiga kesemuanya ke Amerika, Australia, Canada, France dan Eropah. Kerana adanya pejabat wakil UNHCR di Kuala Lumpur semenjak 1975, beribu-ribu pelarian dari berbagai negara telah datang ke Kuala Lumpur mencari bantuan dan pertolongan UNHCR untuk dipindah ke negara ketiga, bantuan kemanusiaan yang tidak didendang tetapi diiktiraf antarabangsa.

    KERJASAMA DENGAN UNHCR MEMBANTU PELARIAN

    KP mula dikeluarkan oleh kerajaan British selepas DARURAT 1946 diistiharkan sepuluh ribu penduduk Malaya telah masuk ke hutan untuk memulakan peperangan. Untuk mengenali penduduk yang tidak menyokong pengganas dalam hutan KP telah dikeluarkan kepada semua penduduk berumur 12 tahun ke atas. Juga dengan Malaya MERDEKA yang datang pada 1957 status penduduk, rakyat bukan rakyat dan yang datang bekerja perlu dikenali oleh rakyat dan yang datang bekerja perlu dikenali oleh rakyat dan jabatan kerajaan KP telah berubah dari kertas biasa ke kad plastik dengan gambar kenalan dan terus berubah mengikut keadaan masa dengan siri nombor zon tempatan yang telah ditetapkan. Kerana ramai yang suka tinggal dan bekerja di Malaysia, KP amat dihargai dan telah ada KP yang ditiru dan dikeluarkan oleh sindiket yang menjual KP palsu.

    KAD PENGENALAN (KP)

    JAN / MAC 2019

  • 10

    BERITA BERGAMBAR

    KUNJUNGAN WAKIL FILIPINA MENGENAI SAMBUTAN 500 TAHUN PELAYARAN

    FERDINAND MAGELLAN

    Mesyuarat antara delegasi Filipina dengan PSM

    Dr Rene R. Escalante menerima cenderamata dari Tan Sri Omar Mohd Hashim

    JAN / MAC 2019

  • 11

    BERITA BERGAMBAR

    MAJLIS SEMBANG-SEMBANG SEJARAH PROF. EMERITUS DATO' DR. ASMAH HAJI

    OMAR

    Tan Sri Omar Mohd Hashim, Dato Jumaat Mohd Noor dan Mohd Nor Long turut hadir

    Sesi soal jawab

    Prof Dato’ Dr Asmah menerima cenderamata dari Tan Sri Omar

    Pembentangan kertas kerja oleh Prof Dato Dr Asmah Hj Omar

    Para hadirin yang turut hadir

    Sesi Sembang Sembang Sejarah dipengerusikan oleh Hajah Ramlah

    JAN / MAC 2019

  • 12

    TAHUN 2021 : WA JAR LEBIH CER AH DAN BERBANGGA BAGI KITA MENDEK ATI DAN MENEMUI

    SOSOK PANGLIMA AWANG ATAU LEBIH TERNAMA SEBAGAI ENRIQUE DE MAL ACC A

    OlehDATO’ HAJI JUMAAT BIN DATO’ HAJI MOHD NOOR

    Tahun 2021 mempunyai signifikan sejarah yang istimewa, kerana bakal diadakan suatu acara puncak program antarabangsa oleh Negara Filipina dalam rangka Sambutan 500 Tahun memperingati Angkatan Pelayaran Ferdinand Magellan mengelilingi dunia, dikenali sebagai Quincentanary.

    Sambutan mengenang kembali tentang kehebatan dan kemasyhuran ekspedisi Magellan ini telah pun mula dirancang oleh pihak kerajaan Sepanyol melalui “Sevilla 2019-2022 Initiative”.

    Sepanjang masa tiga tahun telah diperuntukkan untuk perancangan dan pelaksanaan beberapa program perayaan.

    Untuk turut sama dalam semangat kenangan ini, pihak Portugal pula melancarkan “Red Mundial de Ciudades Magallanica (RMCM) atau The General Network of Magallanic Cities”. Suatu program yang merangkaikan kota-kota atau lokasi-lokasi penempatan perbandaran yang dijejaki oleh ekspedisi tersebut.

    Kunjungan Perwakilan The National Historical Commission of The Philippines ke Persatuan Sejarah Malaysia, 17 Januari 2019

    JAN / MAC 2019

  • 13

    bertolak dari pelabuhan Seville, Sepanyol pada bulan Ogos 1519, adalah bertujuan mengharungi jalur pelayaran menghala ke barat demi menemui dunia “Kepulauan Maluku” yang ketika itu diketahui kaya dengan hasil rempah dan diberi nama “Spice Islands”.

    Seramai 270 orang menganggotai ekspedisi tersebut, dan yang terkemuka di antaranya adalah warga Sepanyol sendiri, Sebastian de Elcano, Antonio Pigafetta, Chronicler bangsa Itali dan Enrique de Malacca, orang Melayu yang cekap dan setia sebagai pembantu kanan Ferdinand Magellan. Asalnya sebagai “hamba” dibawa ke Portugal oleh Magellan selepas kejatuhan Melaka pada 1511.

    Sebagaimana direkodkan, Magellan tiba di Kota Cebu, pada 16 Mac 1521, dan dengan gaya rasmi dan puncak kemegahan, menamakan bumi yang ditemui sebagai Philippines dan seterusnya mengkristiankan Raja Humabon dan rakyat pribumi di situ.

    Namun pada 29 April, Magellan tewas dan terbunuh tatkala berhasrat menemui Raja Lapu Lapu di Pulau Mactan untuk menawan dan menundukkan daerah tersebut.

    Magellan menemui ajal dan maut, dan pastinya situasi pimpinan ekpedisi terganggu dan berpindah tangan. Sama sekali tidak kesampaian Magellan menjayakan matlamat mengelilingi dunia. Justeru bolehkah sejarah secara definitif menyebut beliau sebagai “orang pertama” mengelilingi dunia? Atau wajarkah “ekspedisi perkapalan Magellan” itu sahaja yang disohorkan sebagai yang pertama mengelilingi dunia?

    Antara 5 buah kapal yang keluar belayar, hanya kapal Victoria sahaja yang selamat kembali ke Pelabuhan Seville pada 6 September 1522 di bawah pimpinan Sebastian de Elcano bersama 17 orang anak kapal. Selepas berada di lautan dan perantauan selama 3 tahun, kapal Victoria (bererti ekspedisi Magellan) dimasyhurkan sebagai “pelayaran yang pertama mengelilingi dunia”.

    Kini pihak Sepanyol lebih secara rasmi menggelar pelayaran atau circumnavigation tersebut sebagai “The Magellan-Elcano Expedition (1521-2021)”. Ada tujuan khusus untuk menampilkan peranan teras warga Sepanyol dalam kejayaan ekspedisi tersebut.

    Catatan sejarah Ekspedisi Magellan telah menunjukkan bahawa Angkatan Pelayaran Magellan mengandungi 5 buah kapal, tajaan perbelanjaan Raja Sepanyol Charles I, yang

    Dengan turut sama menyambut inisiatif Sepanyol dan Portugal tersebut, Negara Filipina telah membentuk satu badan sambutan dengan nama Filipinas Quincentanario, bagi merancang dan menjadualkan beberapa projek.

    Ekspedisi Magellan

    JAN / MAC 2019

  • 14

    Sebagai pembantu yang cekap, tabah dan terbukti amat berkebolehan dalam “ilmu pelayaran”, Enrique de Malacca, pastinya menjadi tokoh terdekat sebagai tiang sendi disisi Magellan tatkala ekspedisi tiba di perairan dan daratan Cebu, di Philippines pada 1519.

    Pigafetta, walaupun tekun bertugas sebagai chronicler sepanjang pelayaran tersebut, kurang mencatatkan sebarang keperihalan mengenai Enrique.

    Enrique de Malacca atau Henricus Nigrum (Henry The Black), yang tidak banyak dapat kita susuri dengan sebaik-baik pencerahan dari sumber-sumber Portugis atau Sepanyol, namun agaknya lebih senang dan menarik sekali dikenali oleh masyarakat Melayu,

    Sambutan Filipinas Quincentanario (FQ)

    Pihak Filipina akan mengadakan acara puncak Sambutan pada tahun 2021. Sambutan berkenaan adalah disebut sebagai “Quincentanary to commemorate first circumnavigation of the globe”.

    Sebuah suruhanjaya iaitu Philippines Quincentennial Commission telah dibentuk dan badan petugas bagi merancang dan menggerakkan segala program adalah The National Historical Commission of the Philippines (NHCP).

    Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) amat gembira sekali apabila pihak NHCP ini mengambil peluang menghubungi PSM untuk menyampaikan segala informasi dan promosi berkaitan sambutan 500 Tahun ini, dan seterusnya mencadangkan agar PSM boleh turut sama memberikan apa sahaja sumbangan, mungkin utamanya yang berkaitan dengan Enrique de Malacca.

    Sambutan 500 Tahun dan Ingatan Terhadap Enrique de Malacca

    Arca Panglima Awang / Enrique of Malacca di Muzium Maritim Melaka

    sebagai Panglima Awang. Elok sekalilah terkini apabila “Sejarah dan Warisan Melayu” mahu meriwayatkan kemasyhuran Enrique de Malacca maka tuturkan sahaja nama Panglima Awang, walaupun terdapat para sejarawan atau golongan skeptik cenderung mempertikai atau menolak idea ini.

    Saya berpendapat kita elok sekali memberikan setinggi penghargaan dan pujian kepada Harun Aminurrashid kerana berusaha menghasilkan sebuah novel meriwayatkan perjalanan hidup Panglima Awang (disebutkan sebagai panglima Melayu menentang Portugis) dan juga sebagai anak Melayu jaguh ilmu kelautan (bertugas mengabdikan kepintaran kepada seorang pemimpin tinggi Portugis).

    Harun Aminurrashid menulis novel ini dalam suasana orang Melayu, negeri Melayu dan kuasa Melayu baru menerima kemerdekaan pada 1957. Kepada persada Melayu, beliau persembahkan suatu keagungan watak Melayu. Baginya orang Melayu ada kedudukan dalam “memory of the world”.

    JAN / MAC 2019

  • 15

    Pada 17 Januari 2019, rombongan 3 petugas dari NHCP yang diketuai oleh Dr. Rene Escalante telah mengunjungi PSM untuk membuat permakluman dan perbincangan mengenai sambutan FQ ini. Turut sama menyertai sesi pertemuan ini, 2 tokoh dari Philippine Historical Association (PHA), iaitu Dr. Ma Luisa Camagay, Presiden PHA tersebut dan setiausahanya Jonathan Balasario.

    Dalam suratnya kepada PSM tatkala menyatakan hasrat pihak NHCP mengadakan pertemuan dan perbincangan mengenai Sambutan 500 Tahun ini, Dr. Rene Escalante ada menyatakan bahawa mengenai Ekspedisi Magellan-Elcano ini, pihak Filipina mahu juga melihatnya seperti berikut :

    “The Philippine government has decided to look past from this incident of colonizing aggression and focus on a more positive aspect of the Magellan-Elcano expedition, the intermediating influence of Enrique de Malacca, the Malay slave of Magellan, who served as interpreter and arbiter between the Malay chieftains and Europeans”.

    Pada melangsungkan pertemuan tersebut, di Wisma Sejarah, PSM telah menjemput turut serta sejarawan Haji Yahya Abu Bakar dan Saudara Zaidin Mohd Noor daripada Arkib Negara Malaysia. Kedua-dua tokoh ini telah membuat kajian beberapa kali di Arkib Negara Portugal di Lisbon, mengenai kejatuhan Melaka dan Pemerintahan Portugis yang seterusnya. Mereka memberikan apa sahaja maklumat sejarah yang mungkin berkaitan dengan peristiwa Magellan dan Enrique de Malacca. Namun demikian memang tidak kedapatan maklumat atau bukti tentang kembalinya atau tidak Enrique ke Melaka selepas kematian Magellan.

    Dr. Rene Escalante menyatakan mercu tanda Sambutan 500 Tahun di Filipina ini ialah pembinaan sebuah Taman Kenangan (Memorial Park) di Cebu, seluas 30 hektar dan di situ bakal didirikan arca-arca figura tokoh-tokoh yang terkemuka di ketika pendaratan Magellan di Cebu dan ketika episod pertempuran di Pulau Mactan.

    Arca figura Enrique de Malacca akan tertegak sebagai lambang keperwiraan insan “keturunan rumpun Melayu”.

    Memberi dan menegakkan pengiktirafan dan penghormatan kepada ‘peranan kebumiputeraan’ dalam naratif kesejarahan ekspedisi Magellan-Elcano ini dalam rangka Filipina Quincentanario adalah dinyatakan dengan bangga oleh Audronico Alviso Jr, seorang tokoh dalam Lembaga Projek bagi FQ.

    “The 500th birthday of our Motherland (ie Philippines) would assert the following : ie : the assertion of freedom from foreign intervention in the Battle of Mactan by Lapu-Lapu in 1521, avenging the defeat of the Malay race in the battle of Malacca, which was conquered by the Portugues in 1511.

    Pada 18 Januari, selepas berbincang di PSM, rombongan Dr. Escalante telah bertolak ke Melaka, membawa sepenuh hasrat dan keinginan mahu berada di Melaka, bumi asas kelahiran dan keperwiraan Enrique de Malacca dan bumi Alam Melayu yang terawal dijajah pihak Portugis.

    Menjelang tahun 2021, sanjungan dan ingatan terhadap Enrique de Malacca atau Panglima Awang sewajarnya lebih bercambah segar dan penuh kebanggaan di kalbu segenap orang Melayu, walaupun pembuktian kesejarahannya direalisasikan di Negara Filipina.

    Hendaknya di ketika itu Negara Malaysia dalam apa rupa dan bentuk sekalipun, elok menandakan suatu peringatan yang nyata bermakna.

    JAN / MAC 2019

  • 16

    TAIPINGBandar yang Mencetus Banyak Tarikan

    Bandar Taiping terkenal dengan pelbagai tarikan dan antara bandar yang tertua di negara kita. Mendapat nama daripada perkataan cina ‘Tai-Peng’ yang membawa erti ‘keamanan selamanya’. Namanya ditukar daripada nama asal Klian Pauh pada tahun 1874 selepas berlakunya Perang Larut. Taiping juga dikenali sebagai Bandar Warisan kerana terdapat banyak bangunan lama dan bersejarah dan juga pernah menjadi ibu negeri Perak di suatu ketika sebelum Ipoh menggantinya.

    Antara tempat tarikan buat pengunjung ialah Taman Tasik Taiping yang cantik dan nyaman. Namun ramai yang tidak sedar bahawa ia adalah bekas lombong bijih timah. Seorang perancang bandar bernama Charles Crompton telah ditugaskan untuk membina tasik tersebut pada tahun 1880. Usaha dan idea untuk mengadakan tasik itu adalah daripada Colonel Robert F. Fawker. Lombong bijih tersebut disumbangkan oleh pemiliknya En Chung Thye Phin selepas tidak diusahakan lagi dan apabila siap, kawasan itu merupakan taman rekreasi atau taman awam pertama di negara ini yang dulu dikenali sebagai Tanah Melayu.

    Pelbagai pokok dan �ora telah ditanam dan yang masih menjadi perhatian pengunjung ialah pokok ‘Rain Tree’ (nama sainti�k Samanea Saman). Terdapat sejumlah 19 batang pokok ini yang ada antaranya berusia lebih 130 tahun yang masih hidup dan tegap berdiri. Juga kini ada 10 tasik dan kolam yang indah dan menyenangkan pandangan.

    Bandar Taiping juga ada terdapat bukit yang senantiasa dikunjungi orang sama ada berjalan naik atau menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Pandangan yang paling menakjubkan dan cantik adalah ketika matahari sedang terbenam dari atas bukit yang kedudukannya 1250m atas aras laut. Nama asalnya adalah Bukit Maxwell dan di sini

    tempatnya stesen bukit pertama di Malaysia. Jarak naik ke atas adalah sejauh 12km.

    Taiping adalah satu-satunya Zoo yang dibuka sebelah malam dan ia adalah satu pengalaman yang berkelainan serta membuat pengunjung teruja. Malah Zoo Taiping adalah zoo pertama di Malaysia dan kini memelihara lebih 2000 ekor binatang dan burung.

    JAN / MAC 2019

  • 17

    REMINISCENCE OF THE LIFE AND TIME OF ALOR SETAR DURING MY FOUR YEARS OF

    SERVICE IN KEDAH DARUL AMAN (1959-1962)

    OlehDATO’ KUM BOO

    (Dipetik dari buku “Alor Setar Dalam Warna Kemeriahan Silam”)

    I arrived in Alor Setar on 1st January 1959 to take up my post as principal of Sultan Abdul Hamid College. Before this appoitment I was the principal of English College (now renamed as Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru on the southern tip of the Malay Peninsular.

    As such I have to drive for more than 500 miles through narrow,rough and winding two-laned roads to reach my destination. It was a long and tedious journey taking two and half days with a night stop at Kuala Lumpur and Penang.

    In late 1960 I was again promoted to take over the post of Supritendent of Educarion Kedah/Perlis replacing the expatriate o�cer Haliday who was to be tranfered to Penang as Chief Education O�cer.

    It was a historical interest to note the similarity but opposing roles played by two leading educators of Kedah: E. A. G. Stuart ( 1914 ) and Dato’ Kum Boo ( 1959 ). E. A. G. Stuart was the �rst expatriate to become the headmaster of SAHC and he was also the Supritendent of Education of Kedah at the same time. He therefore marked the begining of a chain of expatriate o�cer heading SAHC and Education Department. Forty-�ve years later Kum Boo became the Principal of SAHC (1959) and also the Supritendent of Education of Kedah/Perlis ( 1960 ) replacing two expatriate o�cers E. A. C. Balsham and Haliday in the process.

    By his two appoitment in 1950 and 1960 Kum Boo has ended the chain of expatriate o�cer heading the institution �rst begun by E. A. G Stuart in 1914.

    In the early year of independence (1957) the issues and problem of education received top priority attention by the Malaysian Goverment. This issues had to be dealt with or resolved so as to speed up the progress of education and training development in order to produce adequate number of skilled and scientist manpower needed for the agricultural, industrial and economic development of the nation.

    The most urgent issues were as follows:

    1.Sekolah KebangsaanTo provide more schools and extention especially in rural areas.To provide better trained primary school teachers with higher academic quali�cation of form 5 instead of form 3 or standard 6 quali�cation. For this purpose a day training college was established within the compund of SAHC

    2. Malay medium secondary classesTo increase the number of such classes in well established goverment secondary schools such as SAHC and SK Sultanah Asma to provide more textbooks in the Malay language especially in science and mathematic. To provide more trained teachers from these Malay medium classes.

    3. University education and form 6 classesThere was an urgent need to increase classes in existing schools and to allow more schools to start these classes. The bottleneck was the shortage of teachers with university quali�cation especially in science and mathematic. As a temporary measure the Federal Ministry of Education launched a program of recruiting contract graduate teachers from India with M.Sc. quali�cation. SAHC was the only school in Kedah having form 6 classes and it had to admit quali�ed students not only from Kedah and Perlis but also from Kelantan and Terengganu.

    JAN / MAC 2019

  • 18

    Bandar Taiping terkenal dengan pelbagai tarikan dan antara bandar yang tertua di negara kita. Mendapat nama daripada perkataan cina ‘Tai-Peng’ yang membawa erti ‘keamanan selamanya’. Namanya ditukar daripada nama asal Klian Pauh pada tahun 1874 selepas berlakunya Perang Larut. Taiping juga dikenali sebagai Bandar Warisan kerana terdapat banyak bangunan lama dan bersejarah dan juga pernah menjadi ibu negeri Perak di suatu ketika sebelum Ipoh menggantinya.

    Antara tempat tarikan buat pengunjung ialah Taman Tasik Taiping yang cantik dan nyaman. Namun ramai yang tidak sedar bahawa ia adalah bekas lombong bijih timah. Seorang perancang bandar bernama Charles Crompton telah ditugaskan untuk membina tasik tersebut pada tahun 1880. Usaha dan idea untuk mengadakan tasik itu adalah daripada Colonel Robert F. Fawker. Lombong bijih tersebut disumbangkan oleh pemiliknya En Chung Thye Phin selepas tidak diusahakan lagi dan apabila siap, kawasan itu merupakan taman rekreasi atau taman awam pertama di negara ini yang dulu dikenali sebagai Tanah Melayu.

    Pelbagai pokok dan �ora telah ditanam dan yang masih menjadi perhatian pengunjung ialah pokok ‘Rain Tree’ (nama sainti�k Samanea Saman). Terdapat sejumlah 19 batang pokok ini yang ada antaranya berusia lebih 130 tahun yang masih hidup dan tegap berdiri. Juga kini ada 10 tasik dan kolam yang indah dan menyenangkan pandangan.

    Bandar Taiping juga ada terdapat bukit yang senantiasa dikunjungi orang sama ada berjalan naik atau menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Pandangan yang paling menakjubkan dan cantik adalah ketika matahari sedang terbenam dari atas bukit yang kedudukannya 1250m atas aras laut. Nama asalnya adalah Bukit Maxwell dan di sini

    tempatnya stesen bukit pertama di Malaysia. Jarak naik ke atas adalah sejauh 12km.

    Taiping adalah satu-satunya Zoo yang dibuka sebelah malam dan ia adalah satu pengalaman yang berkelainan serta membuat pengunjung teruja. Malah Zoo Taiping adalah zoo pertama di Malaysia dan kini memelihara lebih 2000 ekor binatang dan burung.

    KUALA LUMPUR DAHULU DAN SEKARANG1. POPULASI PENDUDUK DI KUALA LUMPUR- Tahun 2005 sebanyak 1,145,075 orang- Tahun 2018 sebanyak 1,341,343 orang

    2.P ENDIDIKAN DAN PUSAT ICT- 22 private smart schools- IPTA –Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perubatan - Antarabangsa dan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia- IPTS-Universiti Tun Abdul Razak dan Universiti Tunku Abdul Rahman

    3. KEMUDAHAN KESIHATAN YANG TERBAIK- Hospital Kuala Lumpur, 14 klinik kesihatan- Gleneagles Kuala Lumpur, KPJ Tawakal, Pantai Hospital Kuala Lumpur, Prince Court Medical Centre

    4. KEMUDAHAN RIADAH DAN SUKAN- DBKL bertanggungjawab menyedia dan mengurus kemudahan sukan awam seperti padang bola sepak, kompleks sukan, stadium, pusat komuniti, kolam renang, dewan serbaguna dan lain-lain-10 pusat/kompleks komuniti di seluruh Kuala Lumpur|

    5. KEMUDAHAN KOMUNITI- dewan komuniti , dewan orang ramai, balai polis, balai bomba (18), perpustakaan awam- Perpustakaan Kuala Lumpur dan 8 buah perpustakaan cawangan yang beroperasi bagi memenuhi keperluan warga kota dalam mencari maklumat dan ilmu

    6. PUSAT SUMBER SAINS DAN TEKNOLOGI- Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara

    7. KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM- dulu bas mini sekarang rapid kl-bas, lrt, putra monorel berpusat di KL Sental Railway Stesen- KLIA transit (dari KL sentral ke KLIA dalam masa 1 jam)

    8. RIVER OF LIFE- pembersihan dan mencantikkan sungai di Kuala Lumpur (sungai Gombak dan sungai Klang)

    9. ITIS- Sistem itis yang memberitahu info, tra�c light, aduan dan maklumat penutupan jalan-jalan di KL serta event-event terkini di KL.

    10. BANGUNAN WARISAN (UNESCO)- Stadium Merdeka, bangunan Sultan Abdul Samad, Sekolah Convent

    11. PEMBANGUNAN TRADISI- Kg Baru, Kg Datuk Keramat, Kampung Sungai Penchala

    12. SHOPPING KOMPLEKS/MALL YANG BESAR- Sogo, Pavilion, Lot 10

    13. MENARA KL DAN KLCC, PNB 114, BANGUNAN TRX- Bangunan ikon dan tarikan pelabur serta pelancong luar

    14. SMART TUNNEL- bagi mengelakkan banjir di KL dan laluan alternatif ke pusat bandar

    15.LALUAN LEBUHRAYA KE KL- Untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas beberapa lebuhraya bertol telah dibina seperti lebuh raya Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), lebuhraya DUKE dan sebagainya

    16. PPR DAN PA UNTUK WARGA KL- 43 kawasan perumahan PPR & PA di kawasan KL

    JAN / MAC 2019

  • 19

    JAN / MAC 2019

    RESENSI BUKUJudul : ALOR SETAR DALAM WARNA KEMERIAHAN SILAMPenyusun : PROF DR ISHAK SAAT DAN DR MOHD KASRI SAIDONPenerbit : LEMBAGA MUZIUM NEGERI KEDAH DARUL AMANCetakan : 2018Halaman : 350

    Buku berjudul ”Alor Setar dalam Warna Kemeriahan Silam” setebal 350 halaman diterbitkan oleh Lembaga Muzium Negeri Kedah. Buku ini merupakan kumpulan catatan pengalaman yang dilalui rakyat Kedah dalam menelusuri penghidupan di bandaraya Alor Setar sekitar tahun-tahun sebelum 1990an. Catatan pengalaman ini merangkumi segala bentuk peristiwa, keunikan dan tarikan yang ada pada ibu negeri Kedah ini.

    Buku ini mengandungi tiga bahagian: 1. Bahagian A : Secebis sejarah silam 2. Bahagian B : Coretan silam Alor Setar 3. Bahagian C : Warna-warna kemeriahan Alor Setar.

    Jumlah kesemua kumpulan artikel berjumlah 42 artikel yang disumbang oleh 34 penulis. Diantara penyumbang artikel ialah Tun Dr Mahathir, Dato’ Wira Dr A�fudin Haji Omar, Prof Madya Dr Mohd Isa Othman, Dato’ (Dr) Wan Shamsuddin Mohd Yusof, Dr Zahidi Zainol Rashid, Dr Mohd Kasri Saidon, Dr Muhama Muzamil Muhamad Noor, Dr Ibrahim Bakar Langkawi, Dato’ Shaari Haji Hassan dan Dato’ Kum Boo.

    Alor Setar sebelum tahun 1990 jelas menjadi pusat tumpuan rakyat untuk segala bentuk keperluan. Bandar ini juga sememangnya terungkai pelbagai peristiwa yang ada antaranya menjadi catatan sejarah bukan sahaja hanya di Kedah malah di Malaysia amnya.

    Penerbitan buku ini adalah satu usaha positif untuk mengekal kecemerlangan sejarah Kedah. Buku ini perlu dimiliki dan dibaca oleh segenap lapisan masyarakat terutama mereka yang mencintai sejarah bangsanya dan dapat memberi menafaat kepada semua.

  • 20

    JAN / MAC 2019

    Dewan Tun Hamdan Sheikh Tahir

    Kadar ini termasuk kegunaan: Rostrum (1 unit) Sistem pembesar suara (PA sistem) 300 kerusi & 30 meja (bankuet atau seminar) Kemudahan rangkaian internet

    Kapasiti Dewan: 450 orang untuk seminar (susunan teater) 300 orang untuk bankuet (susunan berhidang/dome) 250 orang untuk bankuet (susunan majlis bu�et) 150 orang untuk peperiksaan

    1/2 hari RM 2,250.001 hari RM 2,750.00Deposit Tempahan RM 500.00Depositi Sekuriti RM 300.00

    Dewan Aminuddin Baki

    Kadar ini termasuk kegunaan: Rostrum (1 unit) Sistem pembesar suara (PA sistem) 200 kerusi & 20 meja (bankuet atau seminar) Kemudahan rangkaian internet

    Kapasiti Dewan: 250 orang untuk seminar (susunan teater) 200 orang untuk bankuet (susunan berhidang/dome) 150 orang untuk bankuet (susunan majlis bu�et) 100 orang untuk peperiksaan

    1/2 hari RM 1,700.001 hari RM 2,150.00Deposit Tempahan RM 500.00Depositi Sekuriti RM 300.00

    SEWAAN DEWAN DAN BILIK SEMINAR