majlis perbandaran klang · perkhidmatan yang disampaikan oleh pekerja kepada pelanggan. oleh itu...

19
MANUAL MPK BIL : 166/2013 MAJLIS PERBANDARAN KLANG MANUAL : PEMBANGUNAN DAN PELAKSANAAN SISTEM APLIKASI MPK

Upload: others

Post on 30-Jan-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · perkhidmatan yang disampaikan oleh pekerja kepada pelanggan. Oleh itu dengan terbitnya Manual Majlis Perbandaran Klang (Manual MPK) yang dikumpul daripada

MANUAL MPK BIL : 166/2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL :

PEMBANGUNAN DAN PELAKSANAAN

SISTEM APLIKASI MPK

Page 2: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · perkhidmatan yang disampaikan oleh pekerja kepada pelanggan. Oleh itu dengan terbitnya Manual Majlis Perbandaran Klang (Manual MPK) yang dikumpul daripada

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 166 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Pembangunan Dan Pelaksanaan Sistem Aplikasi Mpk 2

KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA

SURAT

SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4

1.0 TUJUAN MANUAL 5

2.0 LATAR BELAKANG 5

3.0 DEFINISI 5

4.0 CARTA BAHAGIAN 7

5.0 SUMBER KUASA 7

6.0 SKOP KERJA 8

7.0 PROSES KERJA 9

8.0 CARTA ALIR 15

9.0 PENUTUP 18

Page 3: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · perkhidmatan yang disampaikan oleh pekerja kepada pelanggan. Oleh itu dengan terbitnya Manual Majlis Perbandaran Klang (Manual MPK) yang dikumpul daripada

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 166 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Pembangunan Dan Pelaksanaan Sistem Aplikasi Mpk 3

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya Terbilang diMalaysia menjelang 2015 maka menjadi tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk berusaha membuat penambahbaikan agar penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi, berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.

Sistem aplikasi merupakan salah satu kaedah untuk meningkatkan tahap kecekapan MPK dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan. Tanpa pemantauan yang betul ketika proses pembangunan sistem, memungkinkan sistem tidak dapat memenuhi keperluan warga kerja dalam membantu memberi perkhidmatan bermutu tinggi. Sebagai usaha penambahbaikan mutu kerja, manual pembangunan sistem aplikasi telah dikeluarkan bagi memastikan sistem yang dibangunkan dakawal dan mencapai kehendak dan kualiti yang diharapkan. Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat umumnya. “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih

Mohd Ikhsan bin Mukri

Setiausaha MPK

Page 4: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · perkhidmatan yang disampaikan oleh pekerja kepada pelanggan. Oleh itu dengan terbitnya Manual Majlis Perbandaran Klang (Manual MPK) yang dikumpul daripada

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 166 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Pembangunan Dan Pelaksanaan Sistem Aplikasi Mpk 4

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

ecemerlangan sesebuah organisasi boleh diukur melalui kualiti

perkhidmatan yang disampaikan oleh pekerja kepada pelanggan.

Oleh itu dengan terbitnya Manual Majlis Perbandaran Klang

(Manual MPK) yang dikumpul daripada pelbagai proses kerja di

setiap jabatan dan bahagian ini akan memastikan

dokumen/maklumat yang sama dan standard menjadi rujukan kakitangan dalam

menjalankan tugas masing-masing.

Sebagai menyahut seruan tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Klang, Tuan Mohd

Ehsan bin Mukri bagi melaksanakan Program Anjakan dan Tambahbaik Holistik

[PATH] MPK 2013, Saya bersama kakitangan bersatu hati untuk membuat

perubahan dan penambahbaikan dengan menyediakan manual proses kerja dalam

setiap bidang tugas yang menjadi tanggungjawab Jabatan Teknologi Maklumat.

Tujuan Asas Manual Pembangunan Sistem Aplikasi MPK disediakan adalah

untuk memastikan aktiviti pembinaan sistem dikawal dengan betul dan integriti

sistem dan data terpelihara. Selain daripada itu, Apa yang paling penting sistem

yang dibangunkan dapat memenuhi keperluan pengguna dan mencapai standard

yang ditetapkan.

Adalah menjadi harapan saya perubahan dan penambahbaikan ini dapat

meningkatkan hasil kerja setiap kakitangan yang terlibat dan seterusnya

meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.

"Together We Can Do It"

”Bersama Kita Berubah”.

Sekian, Terima kasih.

Nor Hasyimah binti Tamziz Pengarah Teknologi Maklumat

Page 5: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · perkhidmatan yang disampaikan oleh pekerja kepada pelanggan. Oleh itu dengan terbitnya Manual Majlis Perbandaran Klang (Manual MPK) yang dikumpul daripada

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 166 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Pembangunan Dan Pelaksanaan Sistem Aplikasi Mpk 5

1.0 TUJUAN MANUAL

1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik

Holistik [PATH] MPK 2013.

1.2 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga Klang.

1.3 Menjamin urusan pentadbiran, aktiviti dan sistem penyampaian MPK berjalan lancar dan berterusan;

1.4 Memastikan aktiviti pembinaan sistem dikawal dengan betul dan

integriti data dan sistem terpelihara;

1.5 Sistem yang dibangunkan memenuhi keperluan pengguna dan mencapai standard yang ditetapkan;

1.6 Dokumentasi lengkap sistem dapat disediakan untuk menjadi rujukan di peringkat pengurusan dan pengguna.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Sistem Aplikasi di MPK telah mula digunakan sejak tahun 1980an bermula dengan sistem gaji dan kutipan.

2.2 Bilangan sistem bertambah dan penggunaannya berkembang dari

semasa kesemasa mengikut keperluan pengguna.

2.3 Pada masa ini keperluan dan permintaan bagi pembangunan dan pelaksanaan Sistem aplikasi sangat tinggi dan proses pembangunan sistem aplikasi ini perlu mengikut garis panduan yang betul bagi memastikan sistem yang dibangunkan berkualiti.

3.0 DEFINISI SISTEM APLIKASI

3.1 Sistem Aplikasi adalah sistem yang digunapakai di MPK yang dibangunkan sama ada di peringkat dalaman, terima pakai dari kerajaan persekutuan/negeri atau sistem dari pihak ketiga.

3.2 Keterangan bagi pembangunan dan pelaksanaan sistem adalah seperti berikut:

3.2.1 Sistem Aplikasi dalaman (Inhouse)

i. Merupakan sistem aplikasi yang dibangunkan menggunakan kepakaran dalaman

ii. Kajian bersama pemilik/pengguna sistem dilaksanakan untuk pembangunan sistem.

Page 6: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · perkhidmatan yang disampaikan oleh pekerja kepada pelanggan. Oleh itu dengan terbitnya Manual Majlis Perbandaran Klang (Manual MPK) yang dikumpul daripada

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 166 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Pembangunan Dan Pelaksanaan Sistem Aplikasi Mpk 6

3.2.2 Sistem Aplikasi daripada Kerajaan Persekutuan/Agensi

Kerajaan Persekutuan/Kerajaan Negeri

i. Merupakan sistem aplikasi yang dibekalkan oleh kerajaan Persekutuan/Agensi Kerajaan Persekutuan/Kerajaan Negeri

ii. Ia dilaksanakan mengikut kesesuaian di peringkat MPKatau penerimaan tanpa ubahsuai.

3.2.3 Sistem Aplikasi dari pihak ketiga (Outsource)

i. Merupakan sistem aplikasi yang dibangunkan/dibekalkan oleh pihak ketiga

ii. Dilaksanakan untuk mendapat nilai pulangan yang optimum

bagi sistem aplikasi yang dibangunkan/dibekalkan.

iii. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan personel ICT melalui pemindahan Teknologi

3.3 Pembangunan dan pengubahsuaian sistem hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) atau yang setara dengannya.

Page 7: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · perkhidmatan yang disampaikan oleh pekerja kepada pelanggan. Oleh itu dengan terbitnya Manual Majlis Perbandaran Klang (Manual MPK) yang dikumpul daripada

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 166 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Pembangunan Dan Pelaksanaan Sistem Aplikasi Mpk 7

4.0 CARTA BAHAGIAN

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PENGURUSAN APLIKASI DAN PERISIAN

5.0 SUMBER KUASA

5.1 Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan Manual

Pembangunan dan Pelaksanaan Sistem Aplikasi adalah seperti

berikut:

i. Akta Kerajaan Tempatan 1976(akta 171).

ii. Arahan Keselamatan Kerajaan;

iii. Garis Panduan MAMPU Tahun 2000 : Garis Panduan

Pengurusan Keselamatan ICT Sektor Awam – Malaysian Public

Sector Management Of ICT Security Handbook (MyMIS);

iv. Garis Panduan MAMPU 2003 : Pelan Strategik ICT Sektor

Awam;

Pengarah Teknologi Maklumat

Timb. Pengarah Teknologi Maklumat

Pembantu Tadbir N17

Pen. Peg. Teknologi

Maklumat F29

Unit Aplikasi Hasil

Kewangan

Unit Aplikasi

Multimedia & R N D

Operator Mesin Prosesan

Data (OMPD) F11

Operator Mesin Prosesan

Data (OMPD) F11

Unit Aplikasi

Intranet & Internet

Pen. Pegawai Teknologi Maklumat F29

Pen. Pegawai Teknologi Maklumat F29

Page 8: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · perkhidmatan yang disampaikan oleh pekerja kepada pelanggan. Oleh itu dengan terbitnya Manual Majlis Perbandaran Klang (Manual MPK) yang dikumpul daripada

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 166 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Pembangunan Dan Pelaksanaan Sistem Aplikasi Mpk 8

v. Garis Panduan MAMPU Tahun 2006 : Garis Panduan IT

Outsourcing Agensi-Agensi Sektor Awam;

vi. Garis Panduan MAMPU 2007 : Arahan Teknologi Maklumat

2007;

vii. Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2000 : Rangka Dasar

Keselamatan Teknologi Maklumat & Komunikasi Kerajaan.

viii. Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2002 : Penggunaan &

Pemakaian Data Dictionary Sektor Awam (DDSA) Sebagai

Standard Di Agensi-agensi Kerajaan.

ix. Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2009 : Garis Panduan

Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Projek ICT

Agensi Kerajaan.

x. Surat Pekeliling Am Bilangan 3 tahun 2009 : Garis Panduan

Penilaian Tahap Keselamatan Rangkaian & Sistem ICT Sektor

Awam.

xi. Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU tahun 2010 ; Panduan

Pelaksanaan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam;

xii. Dasar Keselamatan ICT MPKlang;

xiii. Garis Panduan Pembangunan Projek ICT MPK

xiv. Pekeliling/Arahan daripada Yang Di Pertua/Setiausaha

6.0 SKOP KERJA 6.1 Skop kerja atau proses-proses pembangunan dan pelaksanaan sistem

Aplikasi hendaklah mematuhi peringkat-peringkat pembangunan sistem seperti berikut: 6.1.1 Permohonan/Cadangan Sistem Aplikasi –

Permohonan/cadangandatang sama ada daripada Jabatan yang menjadi Pemilik Proses, Jabatan Teknologi Maklumat atau arahan Pengurusan tertinggi. Permohonan akandiproses

sehingga ke peringkat kelulusan.

6.1.2 Perancangan Pembangunan – Tadbir Urus Projek ditubuhkan bagi melaksanakan pembangunan sistem.

6.1.3 Kajian Sistem –Analisis keperluan sistem dijalankan bersama

pemilik sistem dan pengguna.

Page 9: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · perkhidmatan yang disampaikan oleh pekerja kepada pelanggan. Oleh itu dengan terbitnya Manual Majlis Perbandaran Klang (Manual MPK) yang dikumpul daripada

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 166 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Pembangunan Dan Pelaksanaan Sistem Aplikasi Mpk 9

6.1.4 Rekabentuk Sistem – Rekabentuk sistem disediakan berdasarkan dapatan analisis keperluan sistem semasa

proses kajian sistem.

6.1.5 PengaturcaraanSistem – Pengaturcaraan/penulisan Kod Program berdasarkan rekabentuk sistem yang telah disediakan.

6.1.6 Pengujian Sistem – Pengujian dibuat bersama pasukan projek dan pemilik sistem berpandukan peringkat-peringkat pengujian yang ditetapkan.

6.1.7 Pelaksanaan Sistem – Pelaksanan Sistem dipersekitaran sebenar selepas sistem Berjaya dibangunkan dan serahan

Sistem kepada pengguna dibuat secara rasmi

6.1.8 Pemantauan Sistem – Pemantauan dilaksanakan untuk memastikan pelaksanaan sistem berjalan lancar.

6.1.9 Audit/Kajian Pencapaian Sistem –Audit/kajian dilakukan untukmenilai tahap penggunaan Sistem bagi menentukan

sama ada ia digunapakai, perlu penambahbaikan/ digugurkan penggunaannya.

6.2 Peringkat pembangunan sistem hendaklah selari dan mematuhi

peringkat utama dalam Pembangunan Projek ICTseperti berikut:

6.2.1 Penakrifan (Defining) –Diperingkat ini isu/permasalahan sedia ada dikenal pasti yang memerlukan pembangunan projek, aktiviti-aktiviti yang terlibat dan jadual pelaksanaan projek dikenalpasti. Proses yang terlibat adalah pembentangan cadangan projek dan kelulusan projek.

6.2.2 Perancangan (Planning) – Diperingkat ini aktiviti pembangunan projek ditetapkan dengan mengambilkira kekangan terhadap skop kerja, tempoh masa, sumber kewangan dan tenaga kerja untuk memastikan projek dapat dibangunkan mengikut spesifikasi/kehendak pengguna yang telah dipersetujui.

6.2.3 Mesyuarat Kick Off – Diperingkat ini semua pihak yang terlibat dalam aktiviti pembangunan projek ICT dimaklumkan mengenai tujuan, objektif dan skop kerja serta peranan dan tanggungjawab masing-masing sehingga projek selesai.

6.2.4 Pengurusan dan Kawalan (Managing & Control) – Diperingkat ini projek dipantau dari peringkat awal projek sehingga selesai bagi memastikan projek dibangunkan mengikut skop, tempoh masa, kos dan kualiti yang telah ditetapkan.

Page 10: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · perkhidmatan yang disampaikan oleh pekerja kepada pelanggan. Oleh itu dengan terbitnya Manual Majlis Perbandaran Klang (Manual MPK) yang dikumpul daripada

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 166 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Pembangunan Dan Pelaksanaan Sistem Aplikasi Mpk 10

6.2.5 Penamatan Projek (Projek Closure) – Diperingkat ini Jawatankuasa pemandu projek iaitu JPICT memutuskan penamatan projek berasaskan kepada semua skop dan serahan sempurna yang telah dilaksanakan.

6.2.6 Penamatan Projek (Projek Handing Over) – Diperingkat ini penyerahan projek secara rasmi dilaksanakan antara pasukan projek dan pemilik projek bagi menunjukkan bahawa projek telah selesai dan sedia untuk digunakan.

6.3 Panduan Pelaksanaan Pengurusan Projek ICT hendaklah merujuk kepada GarisPanduan Pembangunan Projek ICT Majlis Perbandaran Klang.

7.0 PROSES KERJA

7.1 Permohonan/Cadangan Pembangunan Sistem

7.1.1 Permohonan hendaklah mendapat ulasan dan sokongan Ketua Jabatan Teknologi Maklumat sebelum dibentangkan ke JPICT:

a) Pemohon dikehendaki menyediakan kertas kerja yang

mengandungi proses rekabentuk sistem melalui pengarah jabatan masing-masing kepada Jabatan Teknologi Maklumat (JTM) untuk tujuan semakan dan analisa

b) Pegawai bertanggungjawab di JTM akan akan mengkaji dan

mengenalpasti keperluan jabatan seterusnyamembuat kertas cadangan untuk kelulusan jawatankuasa Pemandu ICT sama ada sistem tersebut boleh dibangunkan secara inhouse atau outsource.

7.1.2 Spesifikasi teknikal, anggaran jabatan, dokumen perolehan dan dokumen kontrak hendaklah disediakan untuk proses perolehan/ pembangunan sistem secara outsource:

a) Proses perolehan hendaklah mematuhi prosedur perolehan

yang ditetapkan.

b) Surat tawaran kepada pembekal hendaklah segera dikeluarkan setelah keputusan dibuat bagi melantik pembekal yang terpilih.

7.1.3 Sistem yang hendak dibangunkan sama ada secara inhouse atau outsource, perancangan pembangunan hendaklah dilaksanakan bagi memastikan proses pembangunan sistem akan berjalan lancar

Page 11: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · perkhidmatan yang disampaikan oleh pekerja kepada pelanggan. Oleh itu dengan terbitnya Manual Majlis Perbandaran Klang (Manual MPK) yang dikumpul daripada

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 166 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Pembangunan Dan Pelaksanaan Sistem Aplikasi Mpk 11

7.2 Perancangan Pembangunan

a) Mana-mana permohonan/cadangan sistem aplikasi yang telah diluluskan, hendaklah diwujudkan satu jawatankuasa teknikal dan satu pasukan projek sama ada ia pembangunan tersebut secara inhouse atau outsource.:

b) Jawatankuasa Teknikal –Melihat dan memantau secara

langsung dalam pembangunan sistem termasuk menyelesaikan isu dan masalah ketika proses pembangunan yang dipengerusikan oleh sama ada Ketua Jabatan Teknologi Maklumat sebagai Penyelaras Projek atau Ketua Jabatan Berkaitan yang menjadi Pemilik Projek.

c) Pasukan Projek –Diketua oleh Pegawai Teknologi Maklumat yang dilantik sebagai pengurus projek dan ahli pasukan terdiri daripada pasukan teknikal ICT, jabatan pemilik/pelaksana, perunding dan wakil pihak pembekal (untuk sistem yang dibangunkan secara outsource) dan wakil jabatan pengguna {jika perlu) yang akan memberi focus kepada aktiviti pembangunan sistem mengikut keperluan dan kesuaian sistem sebagaimana yang telah ditetapkan dan dipersetujui.

7.2.1 Mesyuarat Kick off hendaklah segera diadakan selepas jawatankuasa teknikal dan pasukan kerja dilantik dan diluluskan JPICT untuk memastikan semua pihak yang terlibat menerima maklumat dan memahami tujuan, objektif dan skop kerja serta peranan dan tanggungjawab masing-masing sehingga proses pembangunan sistem selesai dan dilaksanakan penggunaannya:

a) Perancangan projek hendaklah dibentangkan di dalam

mesyuarat ini sebelum kerja dimulakan.

b) Kekangan terhadap skop kerja, tempoh masa, sumber kewangan dan kekangan kerja hendaklah dibincangkan untuk memastikan ahli jawatankuasa mengambilkira kekangan tersebut dalam proses pembangunan sistem.

7.2.2 Pembangunan sistem hendaklah dipantau dan dikawal melalui JPICT selaku Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Sistem, Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Sistem dan Pasukan kerja pembangunan:

a) Laporan status pembangunan sistem hendaklah disediakan

secara harian dan mingguan berdasarkan aktiviti-aktiviti pembangunan yang dijalankan.

Page 12: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · perkhidmatan yang disampaikan oleh pekerja kepada pelanggan. Oleh itu dengan terbitnya Manual Majlis Perbandaran Klang (Manual MPK) yang dikumpul daripada

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 166 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Pembangunan Dan Pelaksanaan Sistem Aplikasi Mpk 12

b) Sebarang Isu atau risiko yang dikenalpasti semasa pembangunan sistem dibuat hendaklah dicatatkan dan dibentangkan di dalam mesyuarat untuk dibincangkan dan seterusnya diambil tindakan.

7.3 Kajian Sistem

7.3.1 Kajian hendaklah dilaksanakan melalui perbincangan bersama pemilik sistem/proses dan pengguna.

7.3.2 Kajian dan maklumat proses kerja hendaklah didokumenkan untuk menjadi rujukan bagi pembangunan sistem

7.3.3 Dokumen kajian keperluan Pengguna (User Requirement Study – URS), hendaklah disahkan oleh pemilik sistem/projek sebelum reka bentuk sistem disediakan.

7.4 Rekabentuk Sistem

7.4.1 Reka bentuk sistem hendaklah disediakan berdasarkan keperluan pengguna yang diperolehi daripada User Requirement Study (URS).

7.4.2 Reka bentuk sistem ini hendaklah dibentangkan dan disahkan oleh pemilik sistem sebelum pengaturcaraan sistem dilaksanakan bagi memastikan reka bentuk adalah seperti yang dikehendaki dan dipersetujui.

7.4.3 Isu-isu atau kekangan juga hendaklah diambilkira sekiranya ada untuk memastikan sistem tidak terlalu rumit disebabkan oleh kekangan yang ada.

7.5 Pengaturcaraan Sistem

7.5.1 Pengaturcaraan/penulisan kod program bagi sistem yang hendak dibangunkan hendaklah dilaksanakan oleh pasukan teknikal sistem/programmer Business Requirement Study (BRS).

7.5.2 Format input dan output hendaklah dikenalpasti dan disahkan oleh pemilik sistem/proses.

7.6 Pengujian Sistem

7.6.1 Pengujian sistem mestilah dilaksanakan menggunakan pecahan ujian yang didokumenkan dan telah dipersetujui di peringkat perancangan projek.

7.6.2 User Acceptance Test (UAT) mestilah dilakukan dalam tempoh 14 hari selepas pengaturcaraan sistem selesai dilaksanakan.

Page 13: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · perkhidmatan yang disampaikan oleh pekerja kepada pelanggan. Oleh itu dengan terbitnya Manual Majlis Perbandaran Klang (Manual MPK) yang dikumpul daripada

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 166 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Pembangunan Dan Pelaksanaan Sistem Aplikasi Mpk 13

7.6.3 Pindaan yang diperlukan semasa UAT hendaklah didokumenkan dan disahkan pengguna untuk tindakan lanjut pembangun sistem sebelum Final Acceptance Test (FAT) dijalankan.

7.6.4 Keputusan ujian mestilah dikaji oleh Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Sistem dan dibentangkan di dalam Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Sistem.

7.6.5 Proses UAT akan diulang sehingga pengujian sistem berjaya sepenuhnya sebelum digunakan di dalam persekitaran sebenar/operasi.

7.7 Pelaksanaan Sistem

7.7.1 Fungsi setiap modul yang telah berjaya diuji hendaklah disahkan oleh pemilik sistem sebelum ianya dipindahkan ke persekitaran operasi untuk dilaksanakan.

7.7.2 Pengesahan ini hendaklah didokumenkan sebagai bukti sistem telah berjaya dibangunkan dan seterusnya pelaksanaan sistem dapat dijalankan.

7.7.3 Semua dokumentasi sistem mestilah disediakan oleh pasukan

kerja/pembangun sistem seperti berikut; a) Dokumentasi standard dan prosedur pembangunan sistem

(dokumen analisa, rekabentuk sistem, pengaturcaraan dan ujian sistem)

b) Dokumentasi Sistem yang telah dibangunkan

c) Dokumentasi Teknikal

d) Manual Pengguna

e) Lain-lain berkaitan

7.7.4 Latihan pengguna hendaklah dijalankan untuk memastikan sistem dapat dilaksanakan dengan lancar melalui latihan seperti berikut: a) Latihan teknikal – Penyelaras Sistem

b) Latihan admin – Pentadbir/Pemilik Sistem

c) Latihan pengguna – Pengguna Akhir Sistem

7.7.5 Setelah semuanya diserahkan kepada pemilik projek dan sistem telah berjalan termasuk latihan pengguna, Jawatankuasa

Page 14: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · perkhidmatan yang disampaikan oleh pekerja kepada pelanggan. Oleh itu dengan terbitnya Manual Majlis Perbandaran Klang (Manual MPK) yang dikumpul daripada

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 166 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Pembangunan Dan Pelaksanaan Sistem Aplikasi Mpk 14

Pemandu Pembangunan Sistem boleh memutuskan penamatan kerja pembangunan.

7.7.6 Penyerahan sistem secara rasmi hendaklah dilaksanakan oleh pasukan kerja/pembangun sistem kepada pemilik sistem bagi menunjukkan sistem telah selesai dibangunkan dan sedia untuk digunakan.

7.7.7 Penyerahan sistem ini sebagai tanda pelaksanaan sistem

bermula dan akan dipantau oleh pemilik sistem.

7.7.8 Untuk memastikan pelaksanaan sistem berjalan dengan lancar pemilik sistem dikehendaki melaksanakan perkara-perkara berikut: a) Mempromosi pelaksanaan sistem kepada pengguna

sasaran;

b) Menentukan pengguna dan kategori atau tahap capaian pengguna sistem aplikasi;

c) Menguruskan senarai pengguna yang terlibat dalam latihn pengguna;

d) Menguatkuasakan penggunaan sistem dikalangan

pengguna; dan

e) Memantau pelaksanaan dan keberkesanan sistem secara berterusan.

7.8 Pemantauan Sistem

7.8.1 Selepas penyerahan sistem pemantauan sistem hendaklah dijalankan oleh pemilik sistem

7.8.2 Pemantauan ini dilaksanakan untuk memastikan perkara-perkara berikut: a) Sistem diguna pakai sepenuhnya oleh pengguna

b) Keberkesanan sistem dapat dipantau secara berterusan

c) Sebarang permasalahan atau kekurangan sistem dapat

dikesan dengan segera.

d) Cadangan penambahbaikan dapat dibuat dengan segera sekiranya perlu.

7.9 Audit/kajian Pencapaian Sistem

7.9.1 Audit/kajian pencapaian Sistem hendaklah dilaksanakan secara berkala sama ada oleh:

Page 15: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · perkhidmatan yang disampaikan oleh pekerja kepada pelanggan. Oleh itu dengan terbitnya Manual Majlis Perbandaran Klang (Manual MPK) yang dikumpul daripada

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 166 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Pembangunan Dan Pelaksanaan Sistem Aplikasi Mpk 15

a) Pemilik Sistem – kajian dari segi keberkesanan penggunaan dan keperluan penambahbaikan

b) Penyedia Sistem iaitu Jabatan Teknologi Maklumat (JTM) –

kajian dari segi teknikal, kebolehsediaan sistem dan tahap penggunaan sistem.

7.9.2 Laporan audit hendaklah disediakan dan dibentangkan di dalam

mesyuarat jawatankuasa Pemandu ICT sekurang-kurangnya setahun sekali atau apabila diperlukan yang mana lebih berkesan.

7.9.3 Kajian ini dapat membantu pihak pengurusan dalam membuat keputusan untuk penambahbaikan sistem atau menggugurkan penggunaannya.

Page 16: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · perkhidmatan yang disampaikan oleh pekerja kepada pelanggan. Oleh itu dengan terbitnya Manual Majlis Perbandaran Klang (Manual MPK) yang dikumpul daripada

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 166 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Pembangunan Dan Pelaksanaan Sistem Aplikasi Mpk 16

8.0 CARTA ALIR

8.1 Prosedur pembangunan dan pelaksanaan sistem aplikasi adalah seperti yang diterangkan seperti berikut:

8.1.1 Carta alir pembangunan dan pelaksanaan sistem aplikasi

secara dalaman.

MULAMULA

LULUS?LULUS?

BERJAYA?BERJAYA?

TAMATTAMAT

YA

TIDAK

YA

TIDAK

Kajian/ analisis keperluan sistem atau terima permohonan

dari jabatan pengguna

Menyediakan kertas cadangan pembangunan sistem

Pembentangan cadangan di JPICT

Kajian sistem keperluan pengguna pengumpulan data

dan semakan data

Rekabentuk sistem

Pengaturcaraan sistem

Semakan dan ujian sistem sehinggalah kepada ujian

akhir sistem.Ujian diulang sehingga berjaya dan

disahkan oleh pemilik sistem pengguna

Latihan pengguna disertakan serahan manual

pengguna dan dokumentasi pembangunan sistem

Penamatan Pembangunan sistem Serahan

secara rasmi kepada pemilik sistem

Pemantauan sistem

Kajian/audit sistem

Page 17: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · perkhidmatan yang disampaikan oleh pekerja kepada pelanggan. Oleh itu dengan terbitnya Manual Majlis Perbandaran Klang (Manual MPK) yang dikumpul daripada

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 166 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Pembangunan Dan Pelaksanaan Sistem Aplikasi Mpk 17

8.1.2 Carta alir pembangunan dan pelaksanaan sistem Aplikasi dari agensi kerajaan persekutuan/negeri

MULAMULA

LULUS?LULUS?

BERJAYA?BERJAYA?

TAMATTAMAT

YA

TIDAK

YA

TIDAK

Terima sistem dari agensi kerajaan persekutuan/negeri

Menyediakan kertas cadangan penerimaan sistem untuk

perakuan pengurusan tertinggi dan pemakluman kepada

pengguna

Pembentangan cadangan di JPICT

Kajian persekitaran pengguna – untuk tujuan

pengubahsuaian sistem sekiranya berkaitan

Rekabentuk/pengubahsuaian sistem

(berdasarkan pengubahsuaian yang dibenarkan)

Pengaturcaraan modul sistem yang

diubahsuai

Semakan dan ujian sistem sehinggalah kepada ujian

akhir sistem.Ujian diulang sehingga berjaya dan

disahkan oleh pemilik sistem pengguna

Latihan pengguna disertakan serahan manual

pengguna dan dokumentasi pembangunan sistem

Penamatan Pembangunan sistem Serahan

secara rasmi kepada pemilik sistem

Pemantauan sistem

Kajian/audit sistem

Kelulusan bergantung kepada keperluan sistem

atau arahan kerajaan sama ada mesti terima

atau tidak

Page 18: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · perkhidmatan yang disampaikan oleh pekerja kepada pelanggan. Oleh itu dengan terbitnya Manual Majlis Perbandaran Klang (Manual MPK) yang dikumpul daripada

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 166 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Pembangunan Dan Pelaksanaan Sistem Aplikasi Mpk 18

8.1.3 Carta alir pembangunan dan pelaksanaan sistem aplikasi oleh pihak ketiga (OutSource).

MULAMULA

LULUS?LULUS?

BERJAYA?BERJAYA?

TAMATTAMAT

YA

TIDAK

YA

TIDAK

Kajian/analisis keperluan sistem atau terima permohonan

dari jabatan pengguna

Menyediakan kertas cadangan pembangunan sistem

Pembentangan cadangan di JPICT

Proses perolehan (pesanan tempatan, sebut harga/tender)

sehingga kepada lantikan vendor/pembangunan sistem.

Kajian sistem/keperluan pengguna –

pengumpulan data dan semakan data

Pembangunan sistem – proses rekabentuk dan

pengaturcaraan sistem

Semakan dan ujian sistem sehinggalah kepada ujian

akhir sistem.Ujian diulang sehingga berjaya dan

disahkan oleh pemilik sistem pengguna – Ujian

penerimaan awal dan ujian penerimaan akhir

Latihan pengguna disertakan serahan manual

pengguna dan dokumentasi pembangunan sistem

Penamatan Pembangunan sistem Serahan

secara rasmi kepada pemilik sistem

Pemantauan sistem

Kajian/audit sistem

proses bayaran

bergantung

kepada kemajuan

proses kerja

Page 19: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · perkhidmatan yang disampaikan oleh pekerja kepada pelanggan. Oleh itu dengan terbitnya Manual Majlis Perbandaran Klang (Manual MPK) yang dikumpul daripada

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 166 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013

Pembangunan Dan Pelaksanaan Sistem Aplikasi Mpk 19

9.0 PENUTUP

9.1 Pelaksanaan sistem aplikasi di MPK sangat membantu dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

9.2 Sekiranya sistem yang dibangunkan tidak mencapai standard dan keperluan pengguna, maka objektif MPK untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik tidak akan dapat dicapai.

9.3 Dengan adanya manual pembangunan dan pelaksanaan sistem aplikasi ini dapat dikawal dan mengikut kehendak pengguna seterusnya sistem yang dibangunkan lebih berkesan pelaksanaannya.